Tafsir Surah Saffat Ayat 52 – 63 (Ahli syurga tengok kawan ahli neraka)

Ayat 52: Ini sambungan kisah ahli syurga yang terkenangkan kawannya semasa di dunia dahulu.

يَقولُ أَءِنَّكَ لَمِنَ المُصَدِّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who would say, ‘Are you indeed of those who believe

(MELAYU)

yang berkata: “Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)?

 

Ahli syurga itu telah beriman dengan ajaran tauhid tapi kawannya itu tidak ikut beriman. Malah kawannya itu hairan dan tak dapat terima bila kawan baiknya itu masuk Islam. Nak penolakan musyrikin Mekah itu adalah dalam hal kebangkitan semula.

Begitulah kita dalam dunia ini. Kadangkala kita nak berubah tapi kawan baik kita sendiri tidak terbuka hatinya. Ada yang akhirnya berubah tapi ada juga yang kekal dengan perangai lama yang buruk.

Ada yang boleh terima kita nak berubah tapi ada juga yang jadi pelik. Mereka tidak dapat terima kerana sudah hilang geng nak buat macam-macam hal lagha.


 

Ayat 53: Kawan yang tidak mahu beriman itu berhujah dengan kawannya yang mahu beriman itu. Dia konon nak bagi hujah yang takkan ada hari kebangkitan.

أَءِذا مِتنا وَكُنّا تُرابًا وَعِظٰمًا أَءِنّا لَمَدينونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That when we have died and become dust and bones, we will indeed be recompensed?’ “

(MELAYU)

Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?”

 

Musyrikin Mekah menolak kebangkitan semula kerana akal mereka kata: takkan apabila manusia dah mati dan tulang semua sudah hancur itu akan dibangkitkan semula? Pada mereka pelik sangat kejadian itu dan tidak mungkin berlaku.

Ini adalah kerana mereka hanya guna akal mereka yang cetek. Mereka hanya pandang satu perkara sahaja iaitu tidak pernah ada orang mati hidup balik. Jadi pada mereka, kalau ianya tidak pernah berlaku, maka takkan ia akan berlaku pula?

Kawan kepada ahli syurga itu macam tidak percaya yang kawannya itu mahu percaya kepada benda karut seperti kebangkitan semula. Jadi dia tanya dalam nada mengejek.

Jadi ini adalah kata-kata ahli syurga yang teringat hujah kawannya itu semasa di dunia. Dia teringat dan terfikir, di manakah agaknya kawannya itu, sebab tak nampak dia di syurga.


 

Ayat 54: Maka ditawarkan kepada ahli syurga itu.

قالَ هَل أَنتُم مُّطَّلِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will say,¹ “Would you [care to] look?”

  • To his companions in Paradise.

(MELAYU)

Berkata ia: “Mahukah kamu meninjau?”

 

Kalimah مُّطَّلِعونَ dari ط ل ع yang bermaksud panjat gunung untuk lihat sesuatu yang di sebalik gunung itu.

Maksudnya, ditawarkan kepada ahli syurga yang bertanya tentang kawannya itu, nak tengokkah kawannya yang tidak percaya kepada hari akhirat?

Atau, kalimat ini dikatakan oleh orang mukmin kepada teman-temannya sesama penghuni syurga. Dia nak tunjukkan kawannya itu kepada kawannya di syurga.

Ini menunjukkan bahawa ahli syurga boleh dapat apa sahaja. Mereka boleh minta macam-macam. Kita selalu fikir mereka boleh minta nikmat seperti makanan sahaja. Di sini kita tahu yang mereka boleh minta nak tengok keadaan orang lain.


 

Ayat 55:

فَاطَّلَعَ فَرَءآهُ في سَواءِ الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he will look and see him¹ in the midst of the Hellfire.

  • The companion who had tried to dissuade him from belief on earth.

(MELAYU)

Maka dia meninjaunya, lalu dia melihat temannya itu di tengah-tengah neraka menyala-nyala.

 

Maka ahli syurga itu pun diberikan melihat kawannya yang di Dubai dulu. Maka dia nampak kawannya itu sedang diazab di dalam neraka. Ini adalah kerana dia telah menolak hari kebangkitan semula.

Apabila tidak percaya kepada akhirat, maka banyaklah kesalahan yang dia telah lakukan. Maka tempatnya di neraka.


 

Ayat 56:

قالَ تَاللهِ إِن كِدتَّ لَتُردينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will say, “By Allāh, you almost ruined me.

(MELAYU)

Dia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya kamu benar-benar hampir mencelakakanku,

 

Apabila kalimah تَاللهِ digunakan, ia adalah sumpah yang kuat dari biasa. Kerana sumpah biasa adalah واللهِ sahaja. Ini adalah kerana dia amat terkejut melihat azab itu dan dia bersyukur sangat kerana terselamat. Kalau dia ikut kawannya itu, tentu dia pun dah masuk neraka sekali.

Lihatlah ahli syurga ini setelah melihat kawannya itu, dia tidak minta untuk tolong kawannya pun. Kerana dia tahu yang kawannya itu sudah tidak boleh ditolong. Jadi kalau nak harap kawan-kawan yang masuk syurga boleh tarik masuk syurga, ini adalah harapan kosong.

Sebaliknya dia dapat bercakap dengan kawannya itu yang sedang berada di neraka. Kita pun tidak tahu bagaimana cara mereka berkomunikasi tapi Allah boleh jadikan ini sebagai realiti.

Kalimah لَتُردينِ dari katadasar ر د ي yang bermaksud jatuh juram. Ahli syurga itu dah nampak dah kalaulah dia ikut kawannya itu, maka dia akan masuk neraka juga.

Maka ini mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam memilih kawan. Kalau kawan bagi hujah apa-apa tentang agama, kenalah pakai akal yang sihat untuk menilai.


 

Ayat 57: Dia bersyukur kepada Allah.

وَلَولا نِعمَةُ رَبّي لَكُنتُ مِنَ المُحضَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If not for the favor of my Lord, I would have been of those brought in [to Hell].

(MELAYU)

jikalau tidaklah kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).

 

Ahli syurga ini terkenang rahmat Allah SWT yang menyelamatkannya dari masuk ke dalam neraka. Ini mengajar kita yang kita masuk syurga dan selamat dari neraka adalah kerana rahmat Allah. Bukannya kita dapat masuk syurga kerana amalan kita.

Tapi, untuk mendapatkan rahmat Allah itu, hendaklah beriman dan memperbanyakkan amal-amal Soleh. Tidaklah hanya berharap sahaja tapi kenalah ada usaha.

Kenapa digunakan kalimah المُحضَرينَ yang bermaksud ‘orang yang hadhir’. Ini adalah kerana ada orang yang mereka tidak dibenarkan masuk syurga. Ahli syurga ini terkenang semasa dia nampak sekumpulan manusia yang tidak dibenarkan masuk syurga. Dia dapat masuk tetapi ada ramai yang tertahan di pintu syurga. Mereka hadhir sahaja tapi tidak dapat masuk.

Macam di imigresen ada ramai yang tidak dapat masuk ke dalam negara tertentu kerana dokumen tak lengkap dan mereka tertahan di imigresen lapangan terbang. Begitu jugalah perumpamaan manusia yang tidak dapat memasuki syurga kerana masalah-masalah tertentu.

Maka ini adalah  kenangan lama ahli syurga itu. Dia teringat kenangan semasa di dunia dahulu.


 

Ayat 58:

أَفَما نَحنُ بِمَيِّتينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then, are we not to die

(MELAYU)

Maka apakah kita tidak akan mati?,

 

Dia terkenang nikmat tak mati sampai bila-bila. Apabila tidak mati, dia tahu yang dia akan kekal dalam syurga selama-lamanya.

Ini terjadi selepas dia tengok neraka. Dia sedang mensyukuri nikmat yang dia sedang terima. Kerana kalau bukan di syurga, tentu dia di neraka. Dan dia dah nampak bagaimana teruknya neraka itu kerana dia baru lihat kawannya diazab di sana.


 

Ayat 59:

إِلّا مَوتَتَنَا الأولىٰ وَما نَحنُ بِمُعَذَّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except for our first death, and we will not be punished?”

(MELAYU)

melainkan hanya kematian kita yang pertama sahaja (di dunia), dan kita tidak akan disiksa (di akhirat ini)?

 

إِلّا مَوتَتَنَا الأولىٰ

melainkan hanya kematian kita yang pertama sahaja (di dunia),

Dia bimbang hidup semula di dunia. Jadi dia suka dan bersyukur betul apabila dia teringat yang dia tidak akan mati dan akan kekal dalam syurga. Hanya sekali sahaja dia mati iaitu mati di dunia dulu.

 

وَما نَحنُ بِمُعَذَّبينَ

dan kita tidak akan disiksa (di akhirat ini)?

Apabila tidak akan mati, maka ahli syurga tidak akan masuk neraka dan mereka tidak akan diazab sampai bila-bila.

Berita baik ini Allah sampaikan dengan mematikan ‘mati’.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاءُ بِالْمَوْتِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ كَبْشٌ أَمْلَحُ

Bersabda Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam: “Kematian didatangkan pada hari kiamat berupa seekor kambing hitam…” (HR Muslim 5087)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَارَ أَهْلُ الْجَنَّةِ فِي الْجَنَّةِ وَأَهْلُ النَّارِ فِي النَّارِ جِيءَ بِالْمَوْتِ حَتَّى يُوقَفَ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ ثُمَّ يُذْبَحُ ثُمَّ يُنَادِي مُنَادٍ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُودٌ لَا مَوْتَ يَا أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ لَا مَوْتَ فَازْدَادَ أَهْلُ الْجَنَّةِ فَرَحًا إِلَى فَرَحِهِمْ وَازْدَادَ أَهْلُ النَّارِ حُزْنًا إِلَى حُزْنِهِمْ (أحمد)

“Bila penghuni syurga sudah masuk syurga dan penghuni neraka masuk neraka, datanglah kematian berdiri di antara syurga dan neraka, kemudian disembelih. Lalu terdengar seruan “Hai penghuni syurga, kekallah tidak ada lagi kematian… Hai penghuni neraka, kekallah tidak ada lagi kematian”, maka bertambahlah kegembiraan penghuni syurga dan bertambahlah kesedihan penghuni neraka.” (HR Ahmad 5721)


 

Ayat 60:

إِنَّ هٰذا لَهُوَ الفَوزُ العَظيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, this is the great attainment.

(MELAYU)

Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar.

 

Sekarang disebut nikmat yang baru sebab selamat dari neraka. Tadi tentang masuk ke dalam syurga. Dan satu lagi nikmat adalah selamat dari neraka. Kerana itu digunakan kalimah الفَوزُ yang bukan bermaksud kemenangan dan kejayaan sahaja tetapi ia bermaksud berjaya selamat dari bahaya.

Dan apakah bahaya yang lebih besar daripada neraka? Maka apabila berjaya selamat dari neraka, tentulah itu kejayaan yang paling besar sekali, bukan?


 

Ayat 61:

لِمِثلِ هٰذا فَليَعمَلِ العٰمِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For the like of this let the workers [on earth] work.

(MELAYU)

Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja”

 

Maka Allah sudah sampaikan berita kejayaan yang amat besar. Maka kejayaan-kejayaan inilah yang kena dikejar. Takkan tak mahu dapat seperti yang telah disebut di atas?

Dan untuk dapat kejayaan di atas, kena ada usaha. Bukan cakap dan berharap sahaja.

Dan sebelum nak beramal, kenalah ada ilmu dulu kerana kalau tidak, seseorang itu akan silap amal dan hanya tambah dosa sahaja. Maka kena belajar mana amalan tauhid dan mana amalan syirik; mana amalan Soleh dan mana amalan bidaah. Kena luangkan masa untuk belajar.


 

Ayat 62: Allah suruh kita berfikir.

أَذٰلِكَ خَيرٌ نُّزُلًا أَم شَجَرَةُ الزَّقّومِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Is that [i.e., Paradise] a better accommodation or the tree of zaqqūm?

(MELAYU)

Itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon Zaqqum?

 

Banyak sudah disebut tentang syurga dan segala kenikmatan di dalam Qur’an sebelum ini. Tidak cukupkah maklumat itu semua sebagai galakan untuk kita berusaha untuk memasukinya?

Semua yang disebut itu adalah sebagai نُّزُلًا sahaja, iaitu sebagai makanan sambutan tetamu sahaja. Maknanya hidangan utama lebih hebat lagi. Tapi tidak dapat diberitahu sekarang kerana akal kita tidak akan mampu untuk memahami dan menggarapinya kerana ia terlalu hebat.

Begitu jugalah dengan neraka. Apa yang disebut dalam Qur’an tentang neraka dan azabnya hanya sebagai azab menyambut sahaja. Maknanya ada azab yang lebih teruk lagi!

Antara azab yang disebut adakah buah Zaqqum. Maka buah Zaqqum itu sebagai snack sahaja dulu sebelum diberikan dengan azab yang lebih teruk!


 

Ayat 63:

إِنّا جَعَلنٰها فِتنَةً لِّلظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We have made it a torment for the wrongdoers.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim.

 

Di akhirat nanti, Zaqqum itu menjadi makanan bagi ahli neraka. Tapi semasa di dunia, ia menjadi ujian (fitnah) kepada manusia. Ini kerana apabila disebut tentang pohon Zaqqum, ada yang terima dan ada yang tidak.

Kepada orang-orang yang zalim yang tidak percaya kepada hari akhirat, mereka mempersendakan pohon Zaqqum itu. Mereka kata kalau ada makanan di dalam neraka maka tidaklah ada masalah kerana mereka kata ada juga makanan untuk mereka kalau mereka masuk neraka pun.

Dan mereka juga kutuk Nabi Muhammad kerana Nabi Muhammad kata di neraka itu ada api, maka mereka kata, bagaimana pula ada pokok boleh hidup dalam api? Mesti keliru atau pembohong Muhammad itu, kata mereka.

Maka mereka mempermainkan berita yang Allah dan Rasul sampaikan. Kerana kata-kata ejekan mereka itu, mereka akan menerima balasannya di akhirat kelak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 4 Februari 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s