Tafsir Surah an-Nur Ayat 59 – 60 (Kelonggaran kepada wanita tua)

Ayat 59: Dalam ayat sebelum ini telah disebut adab yang perlu dilakukan oleh anak-anak yang belum baligh apabila masuk ke bilik ibubapa. Sekarang tentang anak-anak yang telah baligh pula.

وَإِذا بَلَغَ الأَطفٰلُ مِنكُمُ الحُلُمَ فَليَستَأذِنوا كَمَا استَأذَنَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم ءآيٰتِهِ ۗ وَاللهُ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the children among you reach puberty, let them ask permission [at all times] as those before them have done. Thus does Allāh make clear to you His verses; and Allāh is Knowing and Wise.

(MELAYU)

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

وَإِذا بَلَغَ الأَطفٰلُ مِنكُمُ الحُلُمَ

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh,

Telah baligh itu apabila telah cukup umur. Kalau lelaki selalunya berumur 15 tahun atau apabila telah mimpi basah. Dan kalau anak perempuan, setelah mereka keluar haidh. Waktu itu mereka sudah sedar tentang seksual dan aurat.

Mereka dikenakan hukum lain kerana mereka sudah dewasa dan sudah tahu tentang aurat. Harus dibezakan dengan ayat sebelum ini.

 

فَليَستَأذِنوا كَمَا استَأذَنَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم

maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin.

Bila sudah baligh, anak-anak itu kenalah meminta kebenaran sebelum masuk rumah atau bilik ibubapa mereka. Kerana mereka mungkin sudah tinggal di rumah lain. Atau mereka masih lagi tinggal di rumah itu, tetapi mereka sudah mempunyai bilik sendiri.

Mereka kenalah meminta izin untuk masuk ke dalam rumah atau ke dalam bilik ibubapa mereka seperti telah disebut tentang orang luar yang hendak memasuki ke dalam rumah. Ini kerana mereka telah dewasa.

Maknanya, kalau mereka duduk di luar, maka kenalah meminta izin untuk masuk ke rumah; dan kalau mereka tinggal juga di rumah itu, maka mereka kenalah meminta izin untuk masuk ke dalam bilik.

Kalau anak-anak yang belum baligh, kenalah meminta izin pada tiga waktu sahaja, tetapi bagi yang telah baligh, kena minta izin untuk setiap masa.

 

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُم ءآيٰتِهِ

Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya.

Begitulah Allah ‎ﷻ menjelaskan hukum-Nya kepada kita semua untuk menjaga adab sesama kita. Supaya anak-anak tidak nampak perkara yang tidak sepatutnya mereka nampak. Kerana kalau mereka nampak, maka akan mengganggu pemikiran mereka.

 

وَاللهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ tahu apa yang kita patut jaga kerana Allah ‎ﷻ amat mengenali kita. Kerana itulah Allah ‎ﷻ membuat hukum yang tepat di atas kebijaksanaan-Nya.


 

Ayat 60: Sekarang tentang jenis-jenis wanita berkenaan penjagaan aurat. Ayat 60 ini adalah Perenggan Makro Keenam. Ia berkenaan hukum aurat kepada perempuan yang sudah tua.

وَالقَوٰعِدُ مِنَ النِّساءِ اللّٰتي لا يَرجونَ نِكاحًا فَلَيسَ عَلَيهِنَّ جُناحٌ أَن يَضَعنَ ثِيابَهُنَّ غَيرَ مُتَبَرِّجٰتٍ بِزينَةٍ ۖ وَأَن يَستَعفِفنَ خَيرٌ لَّهُنَّ ۗ وَاللهُ سَميعٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And women of post-menstrual age who have no desire for marriage – there is no blame upon them for putting aside their outer garments [but] not displaying adornment. But to modestly refrain [from that] is better for them. And Allāh is Hearing and Knowing.

(MELAYU)

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian luar mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

 

وَالقَوٰعِدُ مِنَ النِّساءِ اللّٰتي لا يَرجونَ نِكاحًا

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin

Ada kelonggaran penjagaan aurat kepada wanita-wanita yang tua. Mereka itu القَوٰعِدُ (duduk) sahaja di rumah tidak bekerja di luar. Dan mereka tidak ada lagi keinginan untuk berkahwin. Ini adalah kerana mereka telah tua sangat. Kerana itu mereka tidak menarik perhatian lelaki.

Sa’id ibnu Jubair, Mu’qatil ibnu Hayyan, Ad-Dahhak, dan Qatadah telah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mereka adalah wanita-wanita yang tidak berhaidh lagi dan sudah tidak boleh beranak lagi.

 

فَلَيسَ عَلَيهِنَّ جُناحٌ أَن يَضَعنَ ثِيابَهُنَّ

tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian luar mereka 

Kepada mereka, tidak salah kalau mereka tidak memakai baju luar sebagaimana yang disebut dalam Ahzab:59. Baju tentulah masih lagi kena pakai. Tetapi mereka boleh kalau tidak mahu memakai pakaian luar lagi. Mereka pakai pakaian biasa sahaja, tidak pakai jilbab. Tapi aurat tetap kena tutup. Jangan salah faham dengan ayat ini pula.

 

غَيرَ مُتَبَرِّجٰتٍ بِزينَةٍ

dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan,

Tetapi dengan syarat mereka jangan menunjuk-nunjuk perhiasan mereka. Kalimah مُتَبَرِّجٰتٍ dari kalimah ب ر ج yang bermaksud tinggi, tugu, menunjuk-nunjuk. Kalau menunjuk-nunjuk perhiasan mereka, itu sudah dipanggil ‘tabarruj’. Maksudnya menunjuk-nunjuk perhiasan dan tubuh mereka. Kalau mereka tabarruj, tidak boleh.

 

وَأَن يَستَعفِفنَ خَيرٌ لَّهُنَّ

dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.

Walaupun mereka dibenarkan untuk tidak memakai pakaian luar lagi, tetapi kalau mereka pakai, itu lagi bagus. Ia dapat menjaga kehormatan mereka.

 

وَاللهُ سَميعٌ عَليمٌ

Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ mendengar keluhan manusia dan Allah ‎ﷻ tahu apa yang manusia perlukan kerana Allah ‎ﷻ itu Maha Bijaksana.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 29 Mei 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

One thought on “Tafsir Surah an-Nur Ayat 59 – 60 (Kelonggaran kepada wanita tua)”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s