Tafsir Surah al-Ahqaf Ayat 26 – 28 (ilah mereka tidak membantu)

Ayat 26: Sambungan kisah Kaum Aad dan Tsamud.

وَلَقَد مَكَّنّٰهُم فيما إِن مَّكَّنّٰكُم فيهِ وَجَعَلنا لَهُم سَمعًا وَأَبصٰرًا وَأَفئِدَةً فَما أَغنىٰ عَنهُم سَمعُهُم وَلا أَبصٰرُهُم وَلا أَفئِدَتُهُم مِّن شَيءٍ إِذ كانوا يَجحَدونَ بِئآيٰتِ اللهِ وَحاقَ بِهِم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِءونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly established them in such as We have not established you, and We made for them hearing and vision and hearts [i.e., intellect]. But their hearing and vision and hearts availed them not from anything [of the punishment] when they were [continually] rejecting the signs of Allāh; and they were enveloped by what they used to ridicule.

MALAY

Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

 

وَلَقَد مَكَّنّٰهُم فيما إِن مَّكَّنّٰكُم فيهِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka yang tidak Kami berikan kamu di dalamnya

Allah memberitahu bahawa Dia telah memberi kelebihan keduniaan kepada kaum Aad. Kalau kita lihat dalam sejarah, masih ada lagi kesan peninggalan mereka di dunia ini. Mereka hebat sungguh, sampaikan beribu tahun pun, masih ada lagi peninggalan mereka yang kita dapat lihat sampai hari ini.

Allah bandingkan dengan apa yang ada pada Musyrikin Mekah yang menentang dan menolak dakwah Nabi Muhammad. Penduduk Mekah itu tidak ada apa yang boleh dibandingkan dengan penduduk Aad itu. Tapi kenapalah mereka berlagak sangat?

Jadi, khitab ayat ini pertamanya kepada Musyrikin Mekah kerana mereka yang mula-mula diperbacakan ayat-ayat Qur’an kepada mereka. Allah ingatkan yang mereka tidak punya apa-apa pun kalau dibandingkan dengan Kaum Aad itu. Mereka kalau nak makanan pun kena dapatkan dari tempat lain sebab tempat mereka tidak banyak tanaman yang tumbuh.

Malangnya ramai manusia yang sombong untuk terima kebenaran kerana kedudukan mereka yang tinggi dalam dunia. Mereka rasa mereka sudah cukup segala serba serbi, jadi tidak perlukan orang lain lagi. Dan kalau yang datang beri nasihat kepada mereka itu adalah dari kalangan orang bawahan, mereka susah nak terima kerana mereka lihat mereka lebih hebat dari orang itu.

Allah nak beritahu, kehebatan keduniaan mereka tidak ada apa-apa nilainya kalau mereka tolak kebenaran.

 

وَجَعَلنا لَهُم سَمعًا وَأَبصٰرًا وَأَفئِدَةً

dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati;

Mereka bukannya orang yang bodoh atau tidak cukup sifat, kerana segala pancaindera yang diperlukan untuk menerima kebenaran telah diberikan kepada mereka.

 

فَما أَغنىٰ عَنهُم سَمعُهُم وَلا أَبصٰرُهُم وَلا أَفئِدَتُهُم مِّن شَيءٍ

pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka,

Tapi malangnya, mereka sahaja yang tidak mahu guna segala kemudahan pancaindera yang Allah telah berikan kepada mereka. Kalau kita zaman sekarang pun macam itu juga, akan mengalami nasib yang sama seperti Kaum Aad itu kalau kita pun sama macam mereka. Kalau tidak terima azab semasa di dunia, akan diberikan azab di akhirat kelak.

 

إِذ كانوا يَجحَدونَ بِئآيٰتِ اللهِ

kerana mereka sentiasa menentang ayat-ayat keterangan Allah;

Mereka dikenakan dengan azab itu kerana mereka menolak wahyu Allah. Segala pancaindera dan kelebihan yang Allah berikan tidak berguna kepada mereka apabila mereka membantah dan berhujah melawan wahyu dari Allah.

Apabila mereka telah banyak melawan, Allah akan tutup pancaindera mereka sampaikan mereka tidak akan dapat terima hidayah lagi – ini yang dinamakan Khatmul Qalbi (penutupan hati).

 

وَحاقَ بِهِم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِءونَ

mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.

Mereka ejek segala azab yang telah diancam kepada mereka. Kerana mereka nampak Nabi dan pengikut Nabi orang yang lemah sahaja, mereka rasa macam mana orang lemah nak azab mereka? Sedangkan azab itu bukan dari Nabi dan orang Islam, tapi dari Allah.

Maka nanti di akhirat, mereka akan diliputi dengan azab yang dulu mereka olok-olokkan. Perkara yang mereka dulu ejek seperti buah Zaqqum dan sebagainya itu akan nyata di hadapan mereka.


 

Ayat 27: Takhwif duniawi kepada Musyrikin Mekah. Diberikan bila mereka menentang Nabi Muhammad. Apabila kaum terdahulu menentang Nabi-nabi mereka, Allah musnahkan mereka. Dan pujaan-pujaan mereka yang mereka sembah, tidak dapat membantu mereka sedikit pun.

وَلَقَد أَهلَكنا ما حَولَكُم مِّنَ القُرىٰ وَصَرَّفنَا الآيٰتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have already destroyed what surrounds you of [those] cities, and We have diversified the signs [or verses] that perhaps they might return [from disbelief].

MALAY

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).

 

وَلَقَد أَهلَكنا ما حَولَكُم مِّنَ القُرىٰ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu

Yang dimaksudkan adalah daerah sekeliling Mekah seperti tempat tinggal Kaum Aad dan Tsamud. Kaum sebelum Nabi Muhammad memang duduk sekeliling mereka sahaja. Bukan jauh pun dari mereka dan maknanya musyrikin Mekah kenal dan tahu sejarah kaum-kaum itu. Mereka pun ada bermusafir ke kawasan-kawasan itu. Allah suruh mereka tengoklah balik. Ambillah pengajaran dari mereka.

Kaum Aad tinggal di Al-Ahqaf di Hadramaut, yaitu negeri Yaman. Dan kaum Tsamud tempat tinggal mereka terletak antara Mekah dan negeri Syam. Demikian pula penduduk Saba’ yang terletak di negeri Yaman.

Selain dari itu ada penduduk Kota Madyan yang tempat tinggal mereka berada di tengah jalan yang biasa dilalui oleh penduduk Mekah menuju ke Gazzah (Palestina). Juga kaum Nabi Luth yang tempat tinggal mereka telah diubah menjadi danau. Semuanya itu mereka (penduduk Mekah) biasa lalu kawasan itu juga.

 

وَصَرَّفنَا الآيٰتِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ

dan Kami telah menerangkan tanda-tanda dengan berbagai cara, supaya mereka kembali (bertaubat).

Maksudnya mereka telah diberitahu segala bukti dan dalil. Bukan dengan satu cara, tapi dengan macam-macam cara. Allah bagi banyak cara kerana kadang-kadang manusia boleh faham dengan kaedah ini, dan ada yang boleh faham dengan kaedah lain pula. Maka semua cara telah digunakan oleh Allah untuk beri mereka faham.

Semuanya Allah lakukan supaya manusia dapat faham. Sampaikan tidak ada alasan yang mereka kata mereka tidak faham. Seorang yang mahu buka hatinya kepada kebenaran akan nampak kebenaran yang disampaikan.


 

Ayat 28: Ini adalah Dakwa/Maksud Surah ini. Jadi kena beri perhatian yang lebih kepada ayat ini. Allah beritahu yang pujaan mereka selain dari Allah itu tidak akan membantu mereka.

فَلَولا نَصَرَهُمُ الَّذينَ اتَّخَذوا مِن دونِ اللهِ قُربانًا ءآلِهَةً ۖ بَل ضَلّوا عَنهُم ۚ وَذٰلِكَ إِفكُهُم وَما كانوا يَفتَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then why did those they took besides Allāh as deities by which to approach [Him]¹ not aid them? But they had strayed [i.e., departed] from them. And that was their falsehood and what they were inventing.

  • According to their claim.

MALAY

Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (Tetapi tidak), bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.

 

فَلَولا نَصَرَهُمُ الَّذينَ اتَّخَذوا مِن دونِ اللهِ قُربانًا ءآلِهَةً

Maka mengapa mereka tidak dibantu oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)?

Kenapa semasa Allah membinasakan dan memberi azab dunia kepada mereka, ilah-ilah yang mereka sembah itu tidak tolong mereka pun?

Lihatlah apa yang terjadi kepada kaum Aad dan Tsamud itu – Allah musnahkan mereka dan tidak ada sesiapa pun yang datang tolong mereka. Mana dia ilah-ilah mereka yang mereka puja dan seru itu? Sia-sialah sahaja mereka menghabiskan masa dan tenaga dengan beribadat kepada ilah-ilah mereka itu apabila mereka tidak datang tolong.

Semasa di dunia, ramai manusia yang menyembah selain dari Allah, bertawasul kepada selain dari Allah, seru dan doa kepada selain dari Allah. Mereka telah melakukan ibadat kepada ilah-ilah itu itu – lawat kubur, tawaf kubur, baca zikir dan ayat Qur’an di kubur, minta tolong kepada ahli kubur, sedekah Fatihah, korbankan binatang, dan macam-macam lagi cara penyembahan yang tidak ada dalam agama.

Mereka melakukan semua itu kerana mengharapkan bantuan dari Nabi dan wali yang dalam kubur itu. Mereka sangka, kalau mereka selalu berbuat baik kepada wali, Nabi dan juga malaikat itu, tentulah mereka akan beri pertolongan kepada mereka nanti di akhirat. Tapi Allah beritahu dalam ayat ini bahawa mereka yang disembah itu tidak tolong pun mereka yang menyembah. Ilah yang mereka harapkan beri pertolongan itu tidak tolong mereka langsung, tidak tolong sedikit pun.

Lafaz قُربانًا dalam ayat ini hendak menceritakan bagaimana tujuan mereka buat ibadat dan sembahan seperti seruan kepada ilah-ilah itu adalah untuk ‘mendekatkan’ diri kepada Nabi, wali dan malaikat itu dan supaya mereka dapat dekat kepada Allah. Ia dari kalimah ق ر ب yang bermaksud ‘dekat’ seperti kita gunakan untuk kawan kita yang rapat sebagai ‘rakan karib’.

Jadi banyaklah amalan syirik yang dilakukan oleh golongan musyrik untuk mendekatkan diri mereka dengan ilah-ilah selain Allah itu. Inilah salah faham orang kita pun. Mereka salah sangka yang roh Nabi, wali malaikat akan selamatkan mereka di akhirat kelak. Maka ramai yang selalu lawat ke kubur ‘tok wali’ untuk berziarah dan buat ibadat.

 

ۖ بَل ضَلّوا عَنهُم

bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka. 

Tapi tidak ada ilah (samada dalam bentuk Nabi, wali atau malaikat) yang datang kepada mereka di dunia atau di akhirat nanti untuk beri pertolongan. Waktu itu mereka sangat memerlukan pertolongan tapi tidak ada pun yang datang tolong. Jangan kata nak tolong, nak tunjuk muka pun tidak.

 

وَذٰلِكَ إِفكُهُم وَما كانوا يَفتَرونَ

Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.

Kepercayaan mereka yang kata ada ilah selain Allah yang akan tolong mereka itu adalah kepercayaan khayalan mereka sahaja. Tidak pernah ada dalam syarak tentang perkara ini. Mereka sahaja yang ada-adakan setelah dibisikkan oleh syaitan.

Maka masyarakat kita kena diajar kesalahan syirik yang dilakukan oleh mereka. Ramai yang tidak tahu bahaya syirik kerana jahil dengan wahyu. Ramai yang tidak tahu yang amalan mereka itu adalah amalan yang syirik. Mereka sangka mereka buat amalan yang baik, tapi sebenarnya tidak.

Inilah bahayanya apabila ajaran tarekat dibiarkan berleluasa tanpa teguran dari kita. Begitu juga dengan ajaran dari Golongan Habib yang datang ke negara ini. Mereka bawa ajaran yang salah tapi bertopengkan ajaran Islam. Merekalah yang mengajak masyarakat kita beramal di kuburan dan menyeru-nyeru roh-roh manusia yang telah mati.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 21 Ogos 2018


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s