Tafsir Surah Ghafir Ayat 82 – 85 (Iman yang tidak berguna)

Ayat 82: Ini adalah ayat Takhwif Duniawi.

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ فَيَنظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۚ كانوا أَكثَرَ مِنهُم وَأَشَدَّ قُوَّةً وَءآثارًا فِي الأَرضِ فَما أَغنىٰ عَنهُم مّا كانوا يَكسِبونَ

Sahih International

Have they not traveled through the land and observed how was the end of those before them? They were more numerous than themselves and greater in strength and in impression on the land, but they were not availed by what they used to earn.

Malay

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.

 

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ

Apakah tidak mereka boleh berjalan di muka bumi?

Allah dah sebut tentang kenderaan yang digunakan dalam pengangkutan. Apa mereka tidak boleh gunakankah cara pengangkutan yang berbagai itu untuk melihat dunia?

Tentu boleh. Macam Musyrikin Mekah pun, mereka ada banyak mengembara dalam perjalanan perniagaan mereka ke Syam dan Yaman. Mereka dah lihat tempat-tempat mastautin yang lain.

Ayat ini bukan suruh kita pergi berjalan ke tempat-tempat itu. Ini adalah untuk mereka yang degil sahaja. Bukanlah sunnah untuk melawati tempat-tempat yang telah dikenakan azab.

Nabi tidak benarkan dan kalau terpaksa lalu, kena lalu dengan cepat dan dengan rasa yang takut. Takut kalau azab yang sama dikenakan kepada kita pula.

 

فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ

dan memperhatikan bagaimanakah akibat kesudahan mereka yang derhaka dulu sebelum mereka

Tentu mereka dapat lalu di kawasan-kawasan yang Allah telah binasakan. Seperti kaum Aad, Tsamud dan kaum Luth di Laut Mati.

Dulu Allah telah pernah beri azab kepada kaum yang sebelum mereka, sekarang pun Allah boleh buat lagi. Jangan kita sangka Allah tidak boleh buat. Akan berlaku bila dah sampai peringkatnya.

Azab yang dikenakan kepada mereka itu adalah kerana mereka telah derhaka kepada Allah dan kepada Rasul mereka. Jadi, kalau kamu pun derhaka juga, apa kamu rasa kamu akan selamat?

 

كَانُوا أَكْثَرَ مِنْهُمْ

Orang-orang itu lebih ramai dari mereka

Kamu ingat kamu hebat, kuat? Mereka yang kena azab itu lebih ramai dari kamu. Mereka lebih ramai dari musyrikin Mekah.

 

 وَأَشَدَّ قُوَّةً

Mereka dulu lebih gagah

Mereka dulu lebih gagah dari Musyrikin Mekah. Kaum Aad itu boleh cabut pokok kurma dengan satu tangan sahaja. Kekuatan tentera mereka lebih hebat. Tapi mereka tetap dihancurkan juga.

 

وَءآثَارًا فِي الْأَرْضِ

dan banyak lagi kesan-kesan peninggalan sejarah atas muka bumi yang mereka tinggalkan

Tamadun mereka dulu lagi hebat dari kamu. Macam Pyramid di Mesir itu, sampai sekarang kalau nak buat balik pun kita tidak mampu.

Macam di negara kita telah dijumpai tamadun purba di Kedah lama yang telah lama ada teknologi buat bahan dari besi.

 

فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ

tidak ada lagi berguna yang boleh membantu mereka

Walaupun mereka ramai, kuat dan lebih bertamadun dari Musyrikin Mekah, mereka masih juga dikenakan azab oleh Allah dan mereka tidak ada lagi atas mukabumi.

Apa sahaja kelebihan yang mereka ada tidak dapat menyelamatkan mereka dan menepis azab Allah. Allah hilang lenyapkan keturunan mereka. Yang tinggal hanya kesan tempat tinggal sahaja. Keturunan mereka tidak ada yang tinggal pun.

 

مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

terhadap apa yang mereka dulu usahakan

Amalan-amalan syirik mereka tidak dapat membantu mereka. Sembahan-sembahan mereka tak bantu mereka pun masa mereka kena azab dulu. Kerana memang tidak ada pun yang boleh bantu.


 

Ayat 83: Kenapa mereka yang telah dimusnahkan itu kena azab dari Allah semasa di dunia lagi?

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّنٰتِ فَرِحوا بِما عِندَهُم مِّنَ العِلمِ وَحاقَ بِهِم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

Sahih International

And when their messengers came to them with clear proofs, they [merely] rejoiced in what they had of knowledge, but they were enveloped by what they used to ridicule.

Malay

Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.

 

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّنٰتِ

Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata

Mereka juga telah didatangi dengan Rasul-rasul mereka yang menyampaikan ajaran Tauhid kepada mereka.

Rasul-rasul itu datang bukan dengan tangan kosong, tapi mereka datang dengan bawa berbagai hujah, dalil dan mukjizat untuk membenarkan apakah yang mereka bawa itu.

Zaman kita, Rasul sudah tiada, yang tinggal adalah penyebar-penyebar tauhid, mereka juga bawa dalil bukti iaitu Qur’an dan hadis.

 

فَرِحُوا بِمَا عِنْدَهُمْ مِّنَ الْعِلْمِ

mereka sombong/bangga diri dengan apa yang ada di sisi mereka dari ilmu.

Mereka rasa mereka dah maju. Maka mereka bangga dengan apa yang mereka miliki. Ilmu yang mereka miliki hanya berkenaan dengan dunia sahaja. Mereka mungkin doktor, professor, peguam, pensyarah, hakim atau apa-apa sahaja. Ini disebut dalam Rum:7

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Mereka rasa mereka dah berjaya dan hebat dalam kehidupan dan kerana itu mereka pandang rendah ilmu agama. Mereka hanya nampak ilmu dunia sahaja dan ini amat bahaya.

Mereka tidak ada ilmu terutama ilmu tauhid tetapi apabila rasul atau penyebar tauhid datang kepada mereka dengan ajaran benar, mereka tolak kerana mereka rasa ilmu mereka lebih hebat.

Ini termasuklah golongan sufi Tarekat yang yang banyak sekarang diamalkan. Apabila kita ajak mereka belajar ilmu wahyu mereka pandang rendah sahaja kerana mereka rasa ilmu mereka lebih hebat. Mereka sangka mereka sudah dapat ‘ilmu rahsia’ yang istimewa. Mereka kata ilmu syariat yang kita ajar ini ‘ilmu kulit’ sahaja.

Mereka inilah yang ulama kata jahil murakkab. Jahil yang bertimpa-timpa. Kerana mereka itu jahil tapi mereka tak tahu mereka jahil. Mereka sangka mereka ada ilmu.

Tapi ilmu pada mereka itu hanyalah ilmu khayalan sahaja. Ilmu dapat dari mimpi, dari akal dan dari bisikan syaitan sahaja.

Inilah yang susah untuk sedarkan mereka. Kerana kalau mereka terima mereka jahil, senanglah kita hendak ajar dan nasihat mereka. Tapi kalau mereka rasa mereka pandai, bukankah susah untuk kita ajar mereka?

Ataupun, mereka berbangga dengan ilmu syirik yang mereka ada. Macam zaman sekarang, pengamal syirik itu bangga dengan ilmu sesat mereka. Kerana dengan ilmu sesat mereka itu, mereka boleh jadi dan buat macam-macam.

Mereka boleh tundukkan orang, boleh mengubat orang, boleh melihat ke alam jin dan macam-macam lagi. Orang lain tidak ada ilmu itu, oleh itu memang mereka bangga dengan ilmu mereka. Mereka sangka itu ilmu yang baik tapi bukan ilmu sebenarnya tapi ilmu karut.

 

وَحاقَ بِهِم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

dan mereka ditimpa dengan azab yang mereka dulu ejek-ejek.

Bila diberitahu mereka dengan kemungkinan azab yang mereka boleh terima, tidak mahu terima. Malah, mereka ejek-ejek pula. Mereka kata: “mana, mana dia azab yang kamu janjikan kepada kami dulu? Ni kami buat syirik ni, tak jadi apa-apa pun”?

Begitulah lebih kurang kata-kata ejekan mereka. Dan Allah kenakan azab kepada mereka semasa mereka di dunia lagi.


 

Ayat 84: Lalu, apakah kata-kata mereka apabila mereka lihat azab itu?

فَلَمّا رَأَوا بَأسَنا قالوا ءآمَنّا بِاللهِ وَحدَهُ وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ

Sahih International

And when they saw Our punishment, they said,” We believe in Allah alone and disbelieve in that which we used to associate with Him.”

Malay

Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: “Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik”.

 

فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا

Maka tatkala mereka melihat azab Kami

Ini adalah kata-kata mereka apabila azab datang kepada mereka. Iaitu mereka sudah dapat melihat azab itu dengan sungguh-sungguh di depan mata mereka.

 

قَالُوا ءآمَنَّا بِاللهِ وَحْدَهُ

mereka berkata: Kami beriman dengan Allah yang esa.

Bila dah nampak azab depan mata mereka yang akan kena kepada mereka, waktu itu kelam kabutlah mereka hendak beriman. Barulah mereka percaya dengan apa yang diberikan oleh penyeru Tauhid dulu. Memang sesiapa sahaja bila nampak azab, sudah pasti mereka akan percaya.

Macam juga mereka yang mengamalkan amalan yang salah tu, kalau mereka tengok ribut pun dah cukup takut dah. Dah tak ingat keris keramat dah. Waktu itu mereka akan sebut ‘Allah’. Sudah tidak teringat wasilah-wasilah mereka dari kalangan Nabi, wali dan malaikat. Mereka akan terus doa kepada Allah tanpa perantaraan lagi.

 

وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ

Dan kami engkar dengan apa yang kami dulu syirikkan

Waktu itu, mereka akan tekad untuk meninggalkan amalan-amalan syirik mereka. Kerana waktu itu mereka dah nampak kesalahan dan kebathilan perkara yang mereka telah lakukan dahulu. Mereka menyesal kerana telah mengamalkan amalan salah mereka maka mereka nak tinggalkan terus.

Kalau orang kita, mereka akan kata: Kami dah tak nak buat benda-benda syirik dulu dah. – cincin, keris, dan sebagainya, semua kami akan tinggalkan.


 

Ayat 85: Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana apabila mereka melihat azab yang akan dikenakan kepada mereka, mereka beriman dan akan mengingkari perbuatan syirik yang mereka lakukan sebelum itu. Tapi adakah iman waktu itu bermanfaat kepada mereka?

فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمٰنُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا ۖ سُنَّتَ اللهِ الَّتي قَد خَلَت في عِبادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنالِكَ الكٰفِرونَ

Sahih International

But never did their faith benefit them once they saw Our punishment. [It is] the established way of Allah which has preceded among His servants. And the disbelievers thereupon lost [all].

Malay

Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.

 

فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمٰنُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا

Maka tidaklah bermanfaat bagi mereka iman-iman mereka tatkala mereka sudah dapat lihat azab Kami

Iman yang hanya lahir apabila melihat azab yang akan menyebabkan mereka mati, tidak berguna, tidak laku lagi waktu itu. Waktu itu, memang semua akan beriman, walaupun mereka pengamal syirik yang paling tegar pun. Tapi tidak dikira lagi iman mereka waktu itu.

Kalau sesiapa yang terlibat dalam kamalangan atau azab yang akan menyebabkan dia mati, taubat dia ketika itu juga tidak diterima lagi dah. Contohnya, seseorang itu kena langgar kereta. Dalam dia tercungap-cungap nak mati tu, dia bertaubat. Taubat dia waktu itu tidak diterima.

Begitu juga dengan Firaun. Semasa dia nak mati lemas tu, dia kata dia beriman dengan Tuhan Nabi Musa. Tapi tidak diterima iman Firaun waktu itu kerana sudah terlambat. Maka dijawab oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ}

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. (Yunus: 91)

 

سُنَّتَ اللهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ

Itulah ketetapan Allah taala yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya yang terdahulu

Begitulah ketetapan dari Allah dari dahulu lagi – kalau beriman waktu sudah nampak azab, tidak laku iman waktu itu. Ini bertepatan dengan Hadis dari Nabi:

“إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ”

Sesungguhnya Allah Swt. senantiasa menerima taubat hamba-(Nya) selama dia belum sakarat.

Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang selamat semasa mereka telah diturunkan azab. Ini kerana Nabi Yunus telah meninggalkan mereka. Itu adalah kerana Nabi Yunus telah lari meninggalkan mereka sebelum diberi kebenaran oleh Allah.

Semasa Nabi Yunus tidak ada di sisi merekalah itulah datang azab yang telah dijanjikan kepada mereka. Tapi kerana Nabi Yunus telah meninggalkan mereka, waktu itu mereka diselamatkan. Kita  belajar kisah mereka dalam Surah Yunus.

 

وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكٰفِرُونَ

maka disitulah zahirnya kerugian kepada orang-orang yang kafir.

Waktu itu barulah mereka akan sedar tentang kerugian mereka atas amalan syirik mereka sebelum itu. Tapi sesalan yang tidak berguna sama sekali. Mereka tetap akan dikenakan dengan azab itu.

Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Fussilat.

Kemaskini: 25 Jun 2018


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s