Tafsir Surah Ghafir Ayat 67 – 70 (Azab Neraka untuk pengamal tawasul)

Surah Hamim 7 tauhid dalam berdoa

Ayat 67: Kenapa kita hanya kena sembah kepada Dia sahaja? Ini adalah pengulangan semula dalil aqli anfusi.

هُوَ الَّذي خَلَقَكُم مِّن تُرابٍ ثُمَّ مِن نُّطفَةٍ ثُمَّ مِن عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخرِجُكُم طِفلًا ثُمَّ لِتَبلُغوا أَشُدَّكُم ثُمَّ لِتَكونوا شُيوخًا ۚ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفّىٰ مِن قَبلُ ۖ وَلِتَبلُغوا أَجَلًا مُّسَمًّى وَلَعَلَّكُم تَعقِلونَ

Sahih International

It is He who created you from dust, then from a sperm-drop, then from a clinging clot; then He brings you out as a child; then [He develops you] that you reach your [time of] maturity, then [further] that you become elders. And among you is he who is taken in death before [that], so that you reach a specified term; and perhaps you will use reason.

Malay

Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).

 

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِّنْ تُرَابٍ

Dialah  yang menjadikan kamu dari asalnya tanah.

‘Kamu’ di sini adalah Nabi Adam as. Penciptaan pertama manusia adalah dari tanah. Itulah asal kejadian manusia tapi Nabi Adam sahaja yang dijadikan dari tanah.

Allah yang beritahu kita maklumat ini kerana ini adalah perkara ghaib. Kalau kita cuba fikirkan sendiri, memang kita tidak tahu kerana akal kita tidak akan sampai.

 

ثُمَّ مِنْ نُّطْفَةٍ

kemudian dari sperma.

Nabi Adam dijadikan dari tanah, tapi anak cucunya (iaitu kita ini) dijadikan dari sperma. Bukannya ‘air mani’ kerana dalam air mani itu ada sperma dan sperma itulah yang akan menjadi manusia, bukan keseluruhan air mani itu. Cuma kita masih ada lagi elemen-elemen tanah dalam diri kita. Makanan kita pun datangnya dari tanah. Dari makanan itu jadi sperma, maka dari sperma itulah kita terjadi. Maka kita ini memang ada elemen tanah.

 

ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ

kemudian dari segumpal darah

Dari sperma kita menjadi segumpal darah. Proses kejadian ini boleh dikaji oleh sains dan kita akan dapati bahawa prosesnya sama seperti yang disebut dalam Al-Qur’an. Maklumat dalam Al-Qur’an tidak bercanggah dengan sains. Bagaimana Al-Qur’an yang diturunkan sebelum manusia tahu sains kejadian manusia? Kerana ianya adalah dari Allah.

Dan memang ramai yang sudah masuk Islam kerana mereka tahu bahawa tidak mungkin Nabi Muhammad menulis sendiri Al-Qur’an itu. Kerana maklumat itu sungguh tepat. Takkan seorang yang duduk di padang pasir lebih seribu tahun lalu tahu tentang perkara ini. Oleh itu, kalau bukan baginda yang menulisnya, ianya tidak lain dan tidak bukan tentulah dari Allah, Tuhan manusia yang menjadikan manusia.

 

ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا

kemudian dikeluarkan kamu dari perut ibu kamu sebagai kanak-kanak

Apabila sampai masanya, kita dikeluarkan dari perut ibu kita. Semua kejadian ini adalah tanda bagi Qudrat Allah. Tidaklah manusia terjadi sendiri, tapi ianya adalah atas kehendak dan perbuatan Allah.

Allahlah yang mengajar budak yang baru lahir itu pandai minum susu ibu. Tak perlu kita nak ajar dia makan dan minum. Allahlah yang mengajar budak itu supaya pandai menangis untuk beritahu apa yang dia hendak, sama ada dia lapar, kencing, sakit dan sebagainya. Ibu dia yang tidak tahu bahasa bayi pun boleh faham apa yang anak dia hendak, kerana Allah beri ilham kepada ibu itu.

 

ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ

kemudian kamu akan mencapai tempoh hidup kamu sebagai seorang remaja

Setelah jadi bayi, Allah pelihara dengan kasih sayang ibubapa. Menangis sahaja sudah dapat makan dan minum. Allah yang jaga kanak-kanak itu, tapi melalui tangan ibu dan ayahnya. Dia mula belajar berjalan dan kemudian berlari. Kemudian dia mencapai umur remaja.

 

لِتَكُونُوا شُيُوخًا

kamu mencapai umur tua.

Allahlah yang menjadikan kita menginjak umur tua. Asal dari kanak-kanak, jadi dewasa dan akhirnya tua.

Allah nak beritahu yang semua itu Dia yang buat belaka. Allah lakukan semua itu supaya kita menjalani hidup sampai tempoh mati. Kita tak dapat kawal proses ini. Berapa ramai yang cuba untuk tidak jadi tua, tapi gagal.

 

وَمِنْكُمْ مَّنْ يُتَوَفَّىٰ مِنْ قَبْلُ

Dan diantara kamu ada yang Kami matikan sebelum tempoh-tempoh itu.

Ada yang mati dalam perut, ada yang mati lepas beranak, ada yang mati semasa berumur 18 tahun, ada yang mati sebelum sempat tua dan sebagainya. Maknanya, mereka tak sempat sampai kepada umur tua. Dan ramai juga manusia ada yang sampai tua nyanyuk baru mati. Keputusan umur kita dalam tangan dan kehendak Allah.

 

وَلِتَبْلُغُوا أَجَلًا مُّسَمًّى

Supaya kamu mencapai usia yang telah ditetapkan untuk kamu. 

Inilah perjalanan hidup manusia. Dari mula lahir sampai mati, Allahlah yang menentukan. Hidup dan mati ditentukan oleh Allah. Allah beri kita penuhi ‘ajal’ kita sahaja. Ajal adalah jangkamasa dari kita mula hidup sampailah hari kita mati.

 

وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Mudah-mudahan dengan memahami semua dalil-dalil ini kamu dapat memahami.

Iaitu memahami bahawa Allah sahaja tempat kita berdoa dan berharap. Kita bawakan kepada maksud doa kerana surah ini pasal tauhid dalam doa.

Pertama, iyakan segala perbuatan Allah itu. Memang Dialah sahaja yang mengurus semua perkara yang disebut di atas. Kemudian kalau setuju, kena ikut dan taat kepada Allah. Kena doa hanya kepada Allah sahaja.


 

Ayat 68: Tuhan tambah dalil lagi.

هُوَ الَّذي يُحيي وَيُميتُ ۖ فَإِذا قَضىٰ أَمرًا فَإِنَّما يَقولُ لَهُ كُن فَيَكونُ

Sahih International

He it is who gives life and causes death; and when He decrees a matter, He but says to it, “Be,” and it is.

Malay

Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.

 

هُوَ الَّذِي يُحْيِي

Dialah yang menghidupkan

Allahlah yang menghidupkan kita dengan beri nyawa kepada kita. Sumber kehidupan kita adalah dari Allah. Tanpa Allah, kita tidak bernyawa langsung.

 

وَيُمِيتُ

dan mematikan 

Dan Dia sahaja yang buat keputusan mematikan kita dengan cabut nyawa. Kita hidup dan mati bukan jadi sendiri tapi kerana Qudrat Allah. Allahlah yang beri roh dan cabut roh dari kita.

 

فَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا

Apabila tiba keputusan Dia,

iaitu apabila Dia berkehendak akan sesuatu.

 

فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

hanya perlu Dia kata, ‘jadi’, maka jadilah.

Ayat ini memberitahu kita betapa cepatnya iradah (kehendak) Allah terjadi, seolah-olah apabila Dia kata kun sahaja, terus jadi. Kita kena faham, bukan setiap kali Allah kena sebut ‘kun’ baru sesuatu itu terjadi. Allah cuma nak beritahu cepatnya iradah Dia. Sebenarnya kejadian itu lebih cepat lagi. Apabila Allah hendak sahaja, terus jadi. Kalau setiap kali nak kena kata kun, sudah jadi lambat.

Allah mampu untuk menjadikan sesuatu itu dengan segera, dengan kadar terus. Macam Dia jadikan malaikat dengan cara terus. Tidak ada yang melahirkan malaikat itu, terus jadi sahaja.

Tetapi dalam kejadian manusia, Allah memilih untuk kita melalui proses kejadian seperti yang kita tahu sekarang. Apabila di’kun’kan kepada kita semasa dalam perut ibu kita, kita sebenarnya sudah jadi tapi ambil masa sembilan bulan dalam perut.

Maknanya, ‘Kun’ itu boleh jadi serta merta dan boleh jadi juga mengambil masa. Dan Allah pernah menjadikan manusia dengan cara terus seperti Dia menjadikan Nabi Isa a.s.

Oleh itu, tidak betul kalau setiap kali Allah nak buat sesuatu, Allah kena kata ‘kun’ sekali. Tidaklah Allah jadikan darah, kun; nak jadikan daging, kun lagi; nak jadikan tulang, kun lagi. Entah berapa kali kun kalau begitu. Tidak perlu Dia kata ‘kun’ pun. Apabila Dia hendak sahaja, sudah terjadi. Dinisbahkan kalimah ‘kun’ itu supaya manusia boleh faham betapa cepatnya Allah menguruskan kejadian sesuatu.

Yang penting dalam ayat ini, Allah nak ajar kita bahawa Dia tidak sama macam makhluk. Bila kita doa, kita qasad (fahami) begitu. Kita bukan minta dengan manusia yang tidak dapat melakukan apa-apa tanpa keizinan dari Allah. Kita minta dengan Allah yang boleh berikan apa sahaja yang kita minta. Jangan kita sangka mustahil bagi Allah nak beri apa yang kita minta. Kerana kalau Allah hendak beri, Dia boleh beri apa sahaja, bukan?

Habis Ruku’ ke 7 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 69: Ayat Zajrun.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ يُجٰدِلونَ في ءآيٰتِ اللهِ أَنّىٰ يُصرَفونَ

Sahih International

Do you not consider those who dispute concerning the signs of Allah – how are they averted?

Malay

Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

 

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِي ءآيٰتِ اللهِ

Tidakkah kamu tengok kepada orang-orang yang membantah tentang ayat-ayat Allah

Iaitu mereka bantah apabila dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepada mereka. Tapi bukanlah maksudnya ‘baca’ sahaja, tapi ditafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an kepada mereka.

Sebelum ini telah disebutkan kejadian manusia bagaimana Allah telah menjadikan mereka. Mereka itu manusia sahaja, tapi mereka berani nak bantah ayat-ayat Allah. Mereka bantah apabila ianya bercanggah dengan nafsu mereka.

 

أَنَّىٰ يُصْرَفُونَ

Bagaimana mereka boleh terpesong? 

Setelah diberikan dengan berbagai dalil dan bukti, macam mana mereka boleh tak faham? Ke manalah agaknya mereka letak akal mereka? Perkara mudah macam ini pun mereka tidak dapat nak faham dan terima?

Begitulah masyarakat kita sekarang: ayat Al-Qur’an ini senang sahaja nak faham, tapi mereka masih juga buat tak faham dan bila mereka faham, mereka tak boleh nak terima. Apabila kita katakan yang ayat-ayat Al-Qur’an melarang melakukan tawasul melalui perantaraan Nabi, wali dan malaikat, mereka tidak dapat nak terima. Mereka tetap juga nak kata yang ianya dibenarkan.


 

Ayat 70: Ini dinamakan jumlah badaliah. Iaitu menjelaskan apa yang telah mula disebut dalam ayat sebelum ini.

الَّذينَ كَذَّبوا بِالكِتٰبِ وَبِما أَرسَلنا بِهِ رُسُلَنا ۖ فَسَوفَ يَعلَمونَ

Sahih International

Those who deny the Book and that with which We sent Our messengers – they are going to know,

Malay

Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Qur’an dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak.

 

الَّذِينَ كَذَّبُوا بِالْكِتٰبِ

Iaitu orang-orang yang mendustakan kitab (Al-Qur’an) ini.

Mendustakan ayat Al-Qur’an bermakna menolak ayat-ayat Allah. Sama ada satu ayat atau semuanya. Bermaksud orang itu sudah engkar kepada Al-Qur’an. Satu ayat atau dua, tidak kira. Kalau tolak satu ayat sahaja, dia sudah dikira engkar kepada Allah.

Selalunya, kalau orang Islam, mereka tidak sebut yang mereka bantah ayat-ayat Al-Qur’an, kerana tentu mereka tidak sanggup nak kata begitu, bukan? Tapi apabila mereka tidak pakai arahan Allah dalam kehidupan mereka, sama ada dalam ibadat atau dalam adat (kehidupan), itu bermaksud mereka membantah ayat-ayat Allah.

 

وَبِمَا أَرْسَلْنَا بِهِ رُسُلَنَا

dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus;

Ataupun mereka mendustakan Rasulullah ﷺ yang menyampaikan ayat Al-Qur’an. Ini termasuk juga orang yang sebar agama dengan bawa ajaran Al-Qur’an. Mereka tetap juga juga nak bantah padahal orang yang sebar agama tu bawa dalil Al-Qur’an, tapi mereka masih tak nak terima.

Banyak orang yang sebegini. Kadang-kadang orang yang sepatutnya menyebar agama pun tak mahu nak terima. Sebagai contoh, ramai dari Jemaah Tabligh itu sudah mahu kepada agama, semangat berdakwah sudah ada dalam diri mereka. Tapi apabila diajak untuk belajar tafsir Al-Qur’an, mereka tidak mahu datang belajar.

Ini amat bahaya kerana takut Tuhan butakan mata mereka daripada faham. Kalau hati tak mahu kepada agama, Tuhan akan butakan mata mereka dari faham. Walaupun mereka faham bahasa Arab pun. Kerana Musyrikin Mekah itu bukannya tidak tahu bahasa Arab, tapi kerana mereka tidak mahu kepada kebenaran, mereka tidak mahu nak faham.

Apakah yang paling penting dibawa dalam Al-Qur’an? Lafaz مَا dalam perkataan وَبِمَا merujuk kepada tauhid – tauhid dalam ibadat dan tauhid dalam doa. Ada banyak perkara dalam Al-Qur’an tapi perkara yang paling penting sekali adalah akidah tauhid.

 

فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

Pasti kelak mereka akan mengetahui

Ini adalah Takhwif Ukhrawi. Allah memberitahu apakah balasan kalau tolak akidah tauhid. Balasan kepada mereka adalah amat berat sekali. Dan mereka akan pasti tahu apabila di akhirat kelak. Waktu itu sudah terlambat. Jadi, janganlah sampai di sana baru nak menyesal. Kenalah pegang akidah tauhid ini dari dunia ini lagi.

Bukannya Allah tidak beritahu, kerana Dia sudah beri Al-Qur’an 30 juzuk ini dan Dia telah berikan Nabi ﷺ untuk menerangkan maksudnya dan Dia telah menghantar penyebar tauhid kepada kita dalam bentuk pendakwah-pendakwah yang tidak berhenti mengajak kepada tauhid. Maka jangan kata kita tidak tahu pula.

Hidayah memang sudah sampai cuma sama ada kita nak dengar atau tidak sahaja. Alangkah rugi kalau tidak memberi perhatian? Rugi itu pula bukan rugi sikit, tapi rugi yang paling rugi – masuk neraka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 19 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

2 thoughts on “Tafsir Surah Ghafir Ayat 67 – 70 (Azab Neraka untuk pengamal tawasul)”

  1. Assalamu’alaikum Tuan, mengenai tafsir Ghafir: 71, tuan ada sebut “dibelenggu rantai besi sepanjang 40 hasta”. Apakah hadis tersebut (riwayat dan nombor)? JazakAllahu khaira.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s