Tafsir Surah Kahfi Ayat 84 – 90 (Perjalanan Dzulkarnain)

Ayat 84: 

إِنّا مَكَّنّا لَهُ فِي الأَرضِ وَءآتَينٰهُ مِن كُلِّ شَيءٍ سَبَبًا

Sahih International

Indeed We established him upon the earth, and We gave him to everything a way.

Malay

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

 

إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ

Sesungguhnya Kami telah menetapkan baginya;

Allah telah menetapkannya untuk jadi raja dan mempunyai kekuasaan. Kekuasaan itu bukan dari kelebihan dia tapi Allah kata Dia yang tetapkan. Begitulah mana-mana raja pun Allah yang letakkan mereka di tampuk pemerintahan. Sesiapa yang ada kekuasaan dan kerajaan pun kerana Allah. Dan Allah boleh letak dan boleh tarik balik. Maka jangan nak berlagak sangat dan rasa akan kekal memerintah.

 

فِي الْأَرْضِ

di atas muka bumi ini; 

Dzulkarnain telah diberi kekuasaan di bumi ini. Kekuasaan yang diberikan kepadanya seperti berupa bala tentera, peralatan perang dan benteng yang kuat. Dia menguasai timur dan barat dan banyak negeri yang tunduk kepadanya.

 

وَءآتَيْنٰهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

dan Kami beri jalan kepadanya dari segala sesuatu untuk menjayakan apa yang diperlukannya;

Allah beri jalan dan kemudahan untuk dia memerintah dengan mudah. Ini dengan diberikan kepadanya kekayaan, kekuatan, tentera dan sebagainya. Ada yang kata, maksud ‘jalan’ di sini adalah ilmu pengetahuan. Ada pula yang kata dia diberi ilmu untuk mengetahui banyak bahasa. Maka semua itu boleh sahaja dimasukkan dalam ‘jalan’ yang Allah berikan kepadanya. Kelebihan itu semua dari Allah.


 

Ayat 85:

فَأَتبَعَ سَبَبًا

Sahih International

So he followed a way

Malay

Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

 

Dzulkarnain adalah seorang raja yang menyebar agama dia dengan berjihad fi sabilillah dengan tenteranya. Bukanlah dia hanya menakluk negara lain sahaja tapi semua itu dalam rangka untuk menyebarkan agama yang sebenar. Dia mengembangkan agama tauhid, bukannya hendak mengembangkan jajahan takluknya.

Dia adalah antara individu yang dipilih oleh Allah untuk memerintah dunia. Ada empat orang dalam sejarah, dua dari kalangan orang Islam dan dua dari golongan kafir. Yang Islam adalah Dzulkarnain dan Nabi Sulaiman; sedangkan dari golongan kafir adalah Namrud dan Bukhtanasar.

Kerana kerajaannya besar, maka dia perlu menjelajah keliling dunia untuk mengajar manusia beriman kepada Allah. Maka kita akan baca sebentar lagi kisah perjalanan beliau.


 

Ayat 86: Ini adalah tempat pertama yang diceritakan dalam kisah ini. Ada tiga tempat semua sekali.

حَتّىٰ إِذا بَلَغَ مَغرِبَ الشَّمسِ وَجَدَها تَغرُبُ في عَينٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَها قَومًا ۗ قُلنا يٰذَا القَرنَينِ إِمّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمّا أَن تَتَّخِذَ فيهِم حُسنًا

Sahih International

Until, when he reached the setting of the sun, he found it [as if] setting in a spring of dark mud, and he found near it a people. Allah said, “O Dhul-Qarnayn, either you punish [them] or else adopt among them [a way of] goodness.”

Malay

Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.

 

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ

Sehingga dia sampai ke satu tempat tenggelamnya matahari;

Tempat itu tentunya terletak di sebelah barat kerana matahari tenggelam di sebelah barat. Tidak diceritakan di manakah tempatnya. Ada yang beri pendapat tapi kerana tidak pasti, maka kita tidak masukkan dalam perbincangan ini. Kerana di mana tempatnya, tidak penting seperti yang kita telah pernah sebutkan. Apabila Allah tidak ceritakan, ia bermaksud maklumat itu tidak penting.

Bukanlah nak kata yang memang matahari itu betul-betul ‘tenggelam’ di situ. Itu adalah mustahil. Inilah adalah peribahasa sahaja. Macam kita kata negara Jepun adalah negara ‘matahari terbit.’ Bukanlah matahari betul-betul terbit dari negara Jepun pula.

Ini penting kerana ada orientalis yang mengatakan Qur’an memberikan fakta yang silap tentang sains dengan mengatakan matahari terbenam di tempat yang dikatakan Dzulkarnain telah sampai ini.

 

 وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ

Dan dia dapati tempat tenggelamnya matahari itu ke dalam laut yang berlumpur hitam; 

Ibn Abbas menafsirkan maksudnya adalah sesuatu yang berlumpur hitam; Manakala dikemukakan oleh Hasan al Basri bahawa Dzulkarnain mendapati ianya terbenam di laut yang panas. Ada yang kata ini di hujung Maghribi.

 

وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا

Dan dia jumpa satu kaum; 

Iaitu satu umat yang besar dari jenis Bani Adam. Sekali lagi kita tidak tahu bangsa apakah mereka ini.

 

قُلْنَا يٰذَا الْقَرْنَيْنِ

Kami memberi ilham kepada Dzulkarnain: Wahai Dzulkarnain;

Oleh kerana dia bukan seorang Nabi, jadi kita boleh agak bahawa perantaraan Allah adalah dengan beliau adalah Allah memberi ‘ilham’ kepadanya, bukanlah wahyu.

 

إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ

Sama ada kamu hendak menyeksa mereka;

Allah memberi pilihan kepada Dzulkarnain. Dzulkarnain telah diberi kekuasaan oleh Allah untuk mengatur mereka dan menjalankan hukum kepada mereka. Ini kerana dia telah berjaya menawan negara mereka dan selalunya terpulang kepada yang menawan untuk melakukan apa sahaja kepada yang ditawan. Jadi kalau beliau nak hukum mereka kerana kesalahan mereka, maka bolehlah. Maknanya tidak dakwah, terus azab sahaja.

 

وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

atau kamu jadikan untuk mereka kebaikan;

Satu lagi pilihan, beliau boleh beri kebaikan kepada mereka, iaitu mengajar tentang agama kepada mereka. Maknanya dakwah dahulu. Kaum itu sudah mendapat ilmu tauhid sebelum itu tapi mereka telah derhaka. Jadi, terpulang kepada Dzulkarnain sama ada hendak bunuh mereka atau tabligh lagi kepada mereka. Keputusan di tangan beliau.


 

Ayat 87: Selepas mendapat mandat, apakah keputusan yang dipilih oleh Dzulkarnain?

قالَ أَمّا مَن ظَلَمَ فَسَوفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذابًا نُّكرًا

Sahih International

He said, “As for one who wrongs, we will punish him. Then he will be returned to his Lord, and He will punish him with a terrible punishment.

Malay

Dia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

 

قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ

Dzulkarnain berkata: Adapun orang-orang yang zalim dan buat syirik itu; 

Maksud ‘zalim’ dalam ayat ini bermaksud berbuat syirik. Kaum itu telah mengamalkan syirik maka kerana itu Dzulkarnain telah tawan mereka. Iaitu zalim setelah diajar beriman dengan tauhid.

 

فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ

kelak kami akan menyeksanya;

Kepada mereka yang telah berbuat syirik, maka dia akan seksa mereka atau membunuh mereka. Ini adalah keputusan yang dipilih Dzulkarnain.

 

ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ

Kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya

Dan mereka yang dibunuh itu tidak hanya akan diseksa di dunia sahaja. Mereka juga kena mengadap Allah di akhirat kelak.

 

فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُّكْرًا

lalu dia akan diazab pula oleh Tuhannya dengan azab yang dahsyat.

Mereka juga akan diseksa di akhirat kelak kerana kesalahan syirik yang mereka lakukan. Kalau buat syirik, akan kekal dalam neraka selama-lamanya. Maka kerana itu penting untuk kita tahu mana tauhid dan mana syirik. Dan untuk tahu, kena belajar tafsir Qur’an.


 

Ayat 88:

وَأَمّا مَن ءآمَنَ وَعَمِلَ صٰلِحًا فَلَهُ جَزاءً الحُسنىٰ ۖ وَسَنَقولُ لَهُ مِن أَمرِنا يُسرًا

Sahih International

But as for one who believes and does righteousness, he will have a reward of Paradise, and we will speak to him from our command with ease.”

Malay

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.

 

وَأَمَّا مَنْ ءآمَنَ

Dan adapun orang-orang yang beriman

Iaitu kepada mereka yang mengamalkan fahaman dan ajaran tauhid. Setelah diberi dakwah agama kepada mereka, mereka sanggup untuk ikut.

 

وَعَمِلَ صٰلِحًا

dan yang beramal soleh

Dan mereka bukan sahaja beriman, tapi mereka juga ada melakukan amal kebaikan. Dan amal kebaikan itu mestilah mengikut syariat. Bukannya amalan rekaan seperti bidaah yang banyak dilakukan manusia.

 

فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ

baginya balasan yang baik;

Kepada mereka yang beriman sempurna dan beramal dengan amalan yang soleh, maka Dzulkarnain akan berbuat baik dengan mereka. Mereka juga akan mendapat nikmat baik di akhirat kelak, iaitu Syurga yang mereka akan kekal di dalamnya.

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Maka ayat ini kena dibaca begini: jazaa anil husna.

 

وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا

Dan kami akan kata (ajar) dari ajaran agama ini dengan syariat yang mudah-mudah;

Maknanya Dzulkarnain akan ajar yang mudah-mudah sahaja kepada mereka sebab ini bukan kaum yang bertamadun sangat. Beri arahan-arahan lembut sahaja, tidak dengan cara keras.

Bermakna, kalau orang kafir itu tidak mahu mendengar juga ajakan agama, maka mereka hendaklah dibunuh. Tapi kalau mahu ikut, dia akan beri ajaran kepada mereka.

Atau ia bermakna, Dzulkarnain akan memerintah mereka dengan lemah lembut. Bercakap dengan cara yang baik kepada mereka. Ini kerana mereka mahu taat dan tidak memberontak.


 

Ayat 89: Sekarang masuk ke babak kedua dari cerita Dzulkarnain ini. Sebagaimana kisah Nabi Musa dan Khidr ada tiga kisah kecil, maka begitu juga dengan kisah Dzulkarnain ini.

ثُمَّ أَتبَعَ سَبَبًا

Sahih International

Then he followed a way

Malay

Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

 

Selepas dia telah menetapkan kerajaan dan pemerintahan yang adil di tempat yang pertama itu, dia telah meneruskan perjalanannya. Iaitu dia berjalan ke Timur pula. Kali ini di kawasan Asia.

Sepanjang perjalanan dari Barat tadi, dia akan menyeru penduduk negeri-negeri yang dalam perjalanan itu untuk beriman kepada Allah. Jika mereka ada yang menolak seruannya, mereka akan dikuasai dan dihalalkan harta mereka kepadanya dan digunakan untuk menyebarkan dakwah beliau.


 

Ayat 90:

حَتّىٰ إِذا بَلَغَ مَطلِعَ الشَّمسِ وَجَدَها تَطلُعُ عَلىٰ قَومٍ لَّم نَجعَل لَّهُم مِن دونِها سِترًا

Sahih International

Until, when he came to the rising of the sun, he found it rising on a people for whom We had not made against it any shield.

Malay

Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

 

حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ

Apabila dia sampai ke tempat matahari terbit;

Ini adalah kawasan di benua timur, mungkin termasuklah negeri Cina, Jepun dan lain-lain. Tidak dinyatakan dengan tepat di manakah negeri itu. Maka kita tidak perlu tahu dengan tepat. Qur’an hanya beri isyarat sahaja.

 

وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَلْ لَّهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا

dia dapati matahari terbit kepada satu kaum yang Kami tidak jadikan bagi mereka tutupan dari matahari;

Ini bermakna mereka itu adalah orang asli. Pakaian atau rumah pun tiada. Atau kalau ada rumah, rumah itu tidak ada atap untuk menutup mereka dari panahan cahaya matahari yang terik. Maknanya mereka terdedah sahaja.

Mereka itu adalah kaum yang belum ada tamadun. Mereka tinggal di dalam gua dan makanan mereka adalah ikan. Di negeri mereka juga tidak ada gunung untuk melindungi dari sinar matahari. Maka, apabila matahari terbit, mereka akan masuk ke dalam gua mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s