Ayat 75:
۞ قالَ أَلَم أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَستَطيعَ مَعِيَ صَبرًا
[Al-Khidhr] said, “Did I not tell you that with me you would never be able to have patience?”
Dia menjawab: “Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”
قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَّكَ
Nabi Khidr berkata: “Tidakkah aku telah katakan kepada kamu”
Khidr menjawab balik kata-kata Nabi Musa itu. Nabi Khidr mengingatkan Nabi Musa tentang perjanjian mereka. Sepatutnya Nabi Musa jangan tanya dia tentang apa-apa.
Sebelum ini pun Nabi Khidr dah cakap macam itu, tapi dalam ayat ini ada tambahan perkataan لَكَ. Ini menunjukkan Nabi Khidr pun sudah semakin marah dengan Nabi Musa. Kerana itu ada penekanan dalam ayat ini.
إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
“bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersama aku?”
Nabi Khidr mengulang katanya pada awal-awal lagi yang Nabi Musa tidak akan mampu bersabar. Nah sekarang memang telah terbukti. Sudah dua kali Nabi Musa melanggar perjanjian. Maka kalau kali pertama itu masih boleh diterima lagi, tapi kalau kali kedua ia sudah jadi berat dan sudah boleh ditolak.
Ayat 76:
قالَ إِن سَأَلتُكَ عَن شَيءٍ بَعدَها فَلا تُصٰحِبني ۖ قَد بَلَغتَ مِن لَّدُنّي عُذرًا
[Moses] said, “If I should ask you about anything after this, then do not keep me as a companion. You have obtained from me an excuse.”
Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan aku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku”.
قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا
Nabi Musa berkata: “Jika aku tanya kepada kamu sesuatu apapun selepas ini”;
Nabi Musa beri syarat kali ini. Baginda sudah dua kali melanggar perjanjian. Maka kalaulah baginda tanya lagi, maka ada tindakan yang Nabi Khidr boleh ambil.
فَلَا تُصٰحِبْنِي
“Maka jangan engkau memperbolehkan aku menyertaimu lagi”;
Kalau baginda tanya lagi, tak payahlah Nabi Khidr bersahabat lagi dengan baginda. Maknanya Nabi Khidr boleh tolak Nabi Musa dari ikut dia lagi dan dari belajar lagi dengan dia.
قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَّدُنِّي عُذْرًا
“Sesungguhnya engkau sudah cukup alasan untuk berbuat begitu”;
Secara literal ayat ini bermaksud: telah sampai kepadamu dari sisiku keuzuran. Maknanya, sudah cukup alasan Khidr untuk meninggalkan Nabi Musa dari mengajar kalau Nabi Musa masih tanya lagi selepas itu.
Ayat 77:
فَانطَلَقا حَتّىٰ إِذا أَتَيا أَهلَ قَريَةٍ استَطعَما أَهلَها فَأَبَوا أَن يُضَيِّفوهُما فَوَجَدا فيها جِدارًا يُريدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقامَهُ ۖ قالَ لَو شِئتَ لَاتَّخَذتَ عَلَيهِ أَجرًا
So they set out, until when they came to the people of a town, they asked its people for food, but they refused to offer them hospitality. And they found therein a wall about to collapse, so al-Khidh r restored it. [Moses] said, “If you wished, you could have taken for it a payment.”
Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!”
فَانْطَلَقَا
Maka mereka berdua berangkat lagi;
Dengan perjanjian baru dari Nabi Musa itu (boleh tinggalkan baginda kalau tanya lagi), maka mereka berdua pun meneruskan perjalanan.
حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ
sehingga mereka sampai ke penduduk satu negeri;
Dikatakan bahawa nama negeri itu adalah Antokiah. Di situlah tempat dibunuhnya Nabi Yahya, dan dua lagi rasul. Tempat ini juga ada dalam kisah dalam Surah Yaasin.
Allah tidak kata dalam ayat ini bahawa mereka telah sampai ke kota itu, tapi mereka telah sampai kepada ‘ahli kota’ itu. Bermakna, kemungkinannya mereka berdua telah berjumpa dengan penduduk kota itu di luar kota itu.
Nota: potongan ayat ini dan selepasnya adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Maka kena baca: ahlal qaryatinis tat’ama.
اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا
Mereka meminta makanan kepada penduduk negeri itu;
Oleh kerana mereka musafir dan lapar, maka mereka memohon bantuan kepada penduduk di situ untuk memberi mereka makanan. Ini biasa sahaja dan selalunya penduduk setempat akan bantu kerana kalau mereka pergi ke tempat lain pun, mereka mengharapkan bantuan orang lain juga. Kerana itu dalam Islam, kalau ada musafir, penduduk setempat wajib bagi makan selama 3 hari sekurang-kurangnya.
فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا
Penduduk di situ enggan untuk melayan mereka sebagai tetamu;
Akan tetapi, penduduk negeri itu enggan untuk beri makan kepada mereka berdua. Sepatutnya mereka sebagai tetamu dilayan dengan diberi makan, tapi penduduk tempat itu tidak memenuhinya.
فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ
Mereka mendapati di kota itu satu dinding yang hampir nak roboh;
Nabi Musa dan Khidr tidak boleh buat apa kalau mereka tidak dibantu. Tetapi semasa mereka di situ, Nabi Khidr telah nampak satu dinding yang miring nak roboh. Belum roboh lagi, tapi nampak tak lama lagi akan roboh. Tinggi dinding itu adalah seratus hasta.
فَأَقَامَهُ
Lalu Nabi Khidr membetulkan dinding itu;
Nabi Khidr menegakkan dinding itu dengan tangannya.
قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
Nabi Musa berkata: “Jika kamu mahu, kamu boleh mengambil upah darinya”;
Nabi Musa tidak tahan lagi dengan kelakuan Nabi Khidr itu. Sudahlah penduduk negeri itu tadi tak memberi kita makan, sekarang Nabi Khidr betulkan pula dinding itu? Pada Nabi Musa, sepatutnya Nabi Khidr bolehlah minta upah dari mereka atas kerja membetulkan dinding itu.” Begitulah lebih kurang kata Nabi Musa kepada Nabi Khidr.
Ataupun, minta upah dari tuan tembok itu kerana telah memperbetulkannya. Dari upah yang diberi, bolehlah mereka beli makanan.
Lihatlah bagaimana Nabi Musa menggunakan perkataannya. Dia menyusun ayatnya supaya tidak menjadi bentuk pertanyaan. Dia tidak kata: “kenapa kau buat begitu?” atau, “kenapa tak minta upah”. Dia cuma kata: “patut kamu boleh minta upah ni…..” Baginda buat begitu kerana larangan adalah jangan tanya soalan. Tapi cara ini masih juga tidak diterima oleh Khidr.
Ayat 78:
قالَ هٰذا فِراقُ بَيني وَبَينِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأويلِ ما لَم تَستَطِع عَّلَيهِ صَبرًا
[Al-Khidhr] said, “This is parting between me and you. I will inform you of the interpretation of that about which you could not have patience.
Dia berkata: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ
Nabi Khidr berkata: “Inilah waktu berpisahnya antara aku dan kamu”;
Sebelum ini pun, iaitu selepas Nabi Khidr bunuh budak itu, Nabi Musa telah kata, kalau dia tanya lagi, Nabi Khidr boleh tinggalkan dia. Maka sekarang Nabi Khidr telah ambil keputusan yang perjalanan mereka bersama setakat itu sahaja.
Nabi Khidr berkata yang sekarang adalah masa bagi mereka berpisah. Kisah mereka bermula dengan pertembungan dua lautan dan sekarang pemisahan mereka berdua pula. Ini memberi isyarat yang mereka juga adalah dua lautan ilmu. Nabi Musa mempunyai lautan ilmu syariat dan Nabi Khidr mempunyai lautan ilmu yang lain.
Apabila Khidr menyebut ‘aku’ dahulu, itu bermaksud dia yang akan meninggalkan Nabi Musa. Maknanya, Nabi Musa boleh terus tinggal di situ, tapi dia akan pergi.
سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ
“Aku akan ceritakan kepada kamu dengan huraian”;
Akan tetapi, seperti yang telah dijanjikan, Nabi Khidr akan beri penafsiran (penjelasan) tentang apakah yang telah dilakukannya sebelum itu. Sepatutnya kalau Nabi Musa bersabar, memang Nabi Khidr akan ceritakan pun, tapi lambat lagi.
مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَّلَيْهِ صَبْرًا
“apa yang kamu tak mampu bersabar untuk nak tahu”;
Jadi kerana Nabi Musa tidak dapat bersabar, maka setakat itu sahajalah persahabatan mereka. Kalau Nabi Musa dapat lagi bersabar, tentu banyak lagi kisah yang kita akan dapat tahu kerana perjalanan mereka berterusan dan akan ada banyak kisah lagi.
Ayat 79:
أَمَّا السَّفينَةُ فَكانَت لِمَسٰكينَ يَعمَلونَ فِي البَحرِ فَأَرَدتُّ أَن أَعيبَها وَكانَ وَراءَهُم مَّلِكٌ يَأخُذُ كُلَّ سَفينَةٍ غَصبًا
As for the ship, it belonged to poor people working at sea. So I intended to cause defect in it as there was after them a king who seized every [good] ship by force.
Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسٰكِينَ
Nabi Khidr berkata: “Adapun perahu itu dimiliki oleh orang-orang miskin”
Nabi Khidr tahu dan kenal pemilik perahu yang mereka naiki itu. Ianya adalah milik orang kampung yang miskin. Mereka itu sepuluh orang dan berkongsi satu perahu.
Dari ayat ini, kita dapat ambil pengajaran yang orang miskin bukanlah tidak ada apa-apa. Macam orang miskin dalam ayat ini, mereka ada perahu. Cuma pendapatan mereka tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka dengan penuh.
يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ
yang bekerja di laut mengambil upah;
Mereka menggunakan perahu itu untuk ambil upah bawa orang ke pulau dari darat. Ataupun mereka itu adalah nelayan yang menggunakan perahu atau kapal itu untuk menangkap ikan. Ada banyak interpretasi yang boleh diambil kerana tidak jelas disebutkan di dalam Qu’ran atau hadis. Detail tidak penting tapi kita dapat tahu bahawa mereka amat memerlukan perahu itu untuk kehidupan mereka.
فَأَرَدْتُّ أَنْ أَعِيبَهَا
Aku sengaja ingin untuk merosakkannya
Kalimah أَعِيبَهَا dari katadasar ع ي ب yang bermaksud rosak, buruk, ada kecacatan. Kita pun biasa pakai kalimah ini, iaitu ‘aib’. Nabi Khidr beritahu yang dia memang sengaja merosakkan perahu itu. Walaupun baginda tahu yang perahu itu dimiliki oleh orang miskin yang memerlukannya untuk pendapatan harian. Tapi ada sebab kenapa baginda bocorkan.
وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَّلِكٌ
kerana di belakang mereka ada seorang raja;
Nabi Khidr rosakkan kerana baginda tahu ada raja zalim bersama dengan tenteranya yang akan datang tidak lama lagi. Apabila perkataan وَرَاءَ (belakang) digunakan sebelum perkataan مَلِكٌ, ia bermakna tentera-tentera raja itu ada dekat di belakang mereka, cuma mereka sahaja yang tak nampak lagi. Tapi sudah dekat dan tak lama lagi akan sampai.
يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
yang akan merampas setiap perahu yang elok;
Raja dan tentera itu akan merampas perahu-perahu penduduk di situ untuk digunakan oleh tentera raja itu untuk menyerang negeri itu. Raja itu sedang mengumpul peralatan tentera dan mereka sedang mengutip peralatan perang. Dan tentunya mereka akan rampas dengan cara paksa (غَصْبًا) perahu-perahu yang elok sahaja. Dan apabila Raja itu tengok perahu itu sudah rosak, tentu dia tidak mahu nak ambil.
Maka selamatlah perahu itu dari diambil raja. Dan Nabi Khidr rosakkan perahu itu pun sikit sahaja dan boleh diperbaiki dengan mudah. Orang-orang miskin itu boleh lagi pakai dan memanfaatkan perahu itu sebagai punca pendapatan mereka. Dan selepas itu pendapatan mereka akan jadi banyak kerana perahu-perahu orang lain telah diambil. Ini kerana tinggal perahu mereka sahaja yang beroperasi.
Perkara yang akan berlaku itu hanya Allah sahaja yang tahu. Maka kerana itu kita kena yakin dengan qadha dan qadr Allah. Kadangkala kita tidak tahu kenapa terjadi sesuatu perkara, tapi kita kena terima sahaja.
Dalam ayat ini, tidaklah disebut yang ‘raja tidak akan mengambil perahu yang rosak’. Tapi kita dapat faham kerana telah disebut bagaimana Nabi Khidr menebuk perahu itu untuk merosakkannya. Ada sebab rupanya dia rosakkan perahu itu. Walaupun tidak disebut tapi kita tahu kerana Allah menggunakan kaedah ‘i’jaaz’ iaitu meringkaskan kalimah dalam Qur’an tapi maksudnya sampai. Ini adalah salah satu dari keindahan Qur’an. Dan kita dapat faham kalau belajar tafsir (bukan dari terjemahan).
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 28 April 2019
Rujukan:
Maualana Hadi
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi
Nouman Ali Khan
Tafsir Jalalain
Salam Tuan
Mohon utk kemaskini Link – rujuk disini (page not found) & maka kena baca : ahla atau ahlal
Nota: potongan ayat ini dan selepasnya adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Maka kena baca: ahlal qaryatinis tat’ama.
Terima Kasih
LikeLike
Maaf. Saya ambil link dari webpage orang lain dan mungkin ia sudah ditukar URL. Sila google iltiqa’ sakinain. Ada banyak juga di dalam internet.
LikeLike
Taipkan ‘Iltiqa’ sakinain’ gunakan ‘search’ dalam website tersebut walaupun link tidak berfungsi (page not found) jawapan yang dikehendaki akan dipaparkan. Selamat mencuba
LikeLike
ya. boleh cari sendiri yer. masa saya letak link tu masih ada lagi.
LikeLike