Ayat 18: Ini adalah tafsir bagi ayat 11
وَتَحسَبُهُم أَيقاظًا وَهُم رُقودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُم ذاتَ اليَمينِ وَذاتَ الشِّمالِ ۖ وَكَلبُهُم باسِطٌ ذِراعَيهِ بِالوَصيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعتَ عَلَيهِم لَوَلَّيتَ مِنهُم فِرارًا وَلَمُلِئتَ مِنهُم رُعبًا
Sahih International
And you would think them awake, while they were asleep. And We turned them to the right and to the left, while their dog stretched his forelegs at the entrance. If you had looked at them, you would have turned from them in flight and been filled by them with terror.
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا
Engkau sangka mereka itu sedar;
Kalau ada orang yang tengok keadaan Pemuda Kahfi waktu itu, mereka akan sangka para pemuda itu sedang sedar. Sebahagian penafsir ada mengatakan bahawa ketika Allah menidurkan mereka, Allah jadikan mata mereka tidak tertutup dan tetap terbuka. Allah tutup telinga mereka sahaja, tapi tidak mata mereka.
Dan juga pendapat lain mengatakan kerana mereka bergolek dari kiri ke kanan dalam tidur mereka itu. Kalau orang tengok, tentu mereka sangka yang para pemuda itu sedang jaga.
Atau terjemahan kedua, kamu sangka mereka sedar seperti orang yang buat-buat tidur. Kadang ada orang sengaja buat-buat tidur, bukan? Sebab nak dengar apa yang orang di sekeliling bercakap.
وَهُمْ رُقُودٌ
sedangkan mereka itu tidur dengan nyenyak sekali;
Makna رُقُودٌ adalah ‘tidur dengan sedap’. Maknanya tidur dengan nyenyak. Boleh diterjemahkan dalam bahasa kita ‘tidur mati’. Kadang-kadang kita tidur dengan muka kita tersenyum. Maknanya itu bukan tidur yang menggelisahkan.
وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ
Kami balik-balikkan mereka ke arah kanan
Allah menggerakkan tubuh mereka berpusing ke sebelah kanan. Untuk menjaga tubuh mereka.
وَذَاتَ الشِّمَالِ
dan ke arah kiri
Dan kemudian Allah balikkan tubuh mereka ke sebelah kiri pula. Kiri dan kanan ini adalah nisbah kepada pintu gua.
Pergerakan itu berulang-ulang dari masa ke semasa. Ada beberapa tafsir tentang ayat ini. Ada yang kata Allah menggerakkan mereka ke arah kiri apabila sinar matahari menyinari sebelah kanan dan menggerakkan mereka ke arah kanan apabila matahari menyinari sebelah kiri. Supaya mereka tidak tepat kena sinaran matahari.
Ada juga yang mengatakan Allah membolak-balikkan badan mereka supaya darah mereka dapat mengalir dengan baik. Sama seperti yang dilakukan oleh jururawat kepada pesakit yang baring lama. Jururawat akan pusingkan kedudukan pesakit itu. Kerana mungkin pesakit itu tidak dapat bergerak sendiri kerana dia koma atau tidak larat untuk bergerak. Ini kerana kalau tidak digerakkan, darah akan mendap ke satu tempat dan akan menyebabkan masalah lain pula. Ini dinamakan ‘bed sore’. Atau, supaya badan mereka tidak dimakan oleh tanah.
وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ
Dan anjing mereka menghamparkan dua lengannya ke arah pintu gua dengan cara nak terkam;
Ini adalah anjing pengembala yang telah mengikut golongan pemuda itu. Anjing itu duduk di pintu gua dan kedudukan anjing itu seolah-olah nak terkam, tapi sebenarnya dia tidur juga. Ada yang kata dia tidur dalam keadaan celik. Sebab kalau dia tidur dalam keadaan biasa, tidak kelihatan yang dia sedang menjaga kawasan itu. Anjing itu tidur dengan keadaan mendepangkan tangannya.
Allah menyebut tentang anjing dalam ayat ini kerana anjing itu telah berkhidmat kepada mereka. Oleh itu, janganlah kita menghina anjing. Kadang-kadang orang kita sampai bencikan kepada anjing, kalau nampak sahaja anjing, mereka akan terus tendang atau baling dengan batu dan sebagainya.
Kita hendaklah menghormati binatang-binatang yang telah dijadikan oleh Allah. Anjing itu tidak salah pun. Manusia yang salah faham kerana mereka diajar yang anjing itu adalah ‘najis’. Tapi perkara ini perlu diperbincangkan lagi.
Sebenarnya, perkataan وَصِيدِ bermaksud ‘tutupan’, bukan pintu. Kerana kalau pintu, perkataan lain yang digunakan – باب. Sebenarnya, tempat masuk itu kalau dilihat, ianya lebih kepada penutup pintu gua. Mungkin kerana batu-batu telah jatuh menutupi pintu gua itu.
Ini supaya orang-orang yang terjumpa tempat itu, mereka tidak terfikir bahawa ianya adalah pintu gua. Kerana Allah tidak mahu ada sesiapa yang menjumpai tempat itu dan masuk ke dalam gua itu. Kalau mereka sampai pun, mereka tidak akan jumpa pintu untuk memasukinya.
لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا
Kalau kamu dapat lihat mereka kamu nescaya akan lari dari mereka
Perkataan طَّلَعْ bermaksud ‘menjumpai sesuatu selepas memanjat’. Ini bermaksud, orang hanya dapat melihat gua itu setelah memanjat dan melihat ke bawah. Ini bermakna, gua itu adalah di antara dua gunung. Susah untuk sampai ke tempat itu. Maknanya, memang Allah sudah pelihara tempat itu supaya para Pemuda itu tidak dijumpai.
وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا
dan engkau akan dipenuhi dengan rasa gerun kepada mereka;
Kalau sesiapa nampak mereka, kalau tengok sahaja sudah jadi gerun. Allah telah menyeliputi mereka dengan perkara-perkara yang menyeramkan. Sesiapa yang pandang sahaja mereka, akan lari dalam ketakutan.
Allah telah menjadikan tempat itu tidak mudah didatangi orang. Macam-macam penghalang telah diberikan. Sudahlah susah untuk sampai ke tempat itu. Tapi apabila sampai pun, mereka tidak jumpa pintu. Ada anjing pula lagi. Mereka yang sampai ke tempat itu pun akan timbul rasa gerun untuk masuk lagi ke tempat itu.
Oleh kerana itu kalau sesiapa yang tersesat sampai ke situ, mereka akan berpusing dan lari dari tempat itu. Itu semuanya adalah untuk menjaga supaya pemuda-pemuda itu tidak dijumpai. Ini cara Allah jaga kedudukan mereka.
Dikatakan ada pernah sahabat Nabi pergi ke tempat gua itu. Dia kata bila dia tengok sahaja keadaan gua itu, dia jadi gerun. Itu adalah kerana Allah beri kepada mereka karamah kegerunan itu. Itu berlaku selepas mereka sudah lama mati. Jadi, walaupun mereka sudah lama mati, tapi tempat itu masih lagi menimbulkan kegerunan kepada orang yang sampai ke tempat itu.
Ayat 19: Banyak sungguh kekeliruan manusia tentang ayat ini. Ada orang yang amalkan pembacaan ayat ini dengan cara yang salah. Mereka gunakan ayat ini sebagai azimat pula. Sebenarnya ayat ini adalah ayat menceritakan apakah yang berlaku apabila Pemuda Kahfi itu apabila mereka bangkit dari tidur mereka.
وَكَذٰلِكَ بَعَثناهُم لِيَتَساءَلوا بَينَهُم ۚ قالَ قائِلٌ مِنهُم كَم لَبِثتُم ۖ قالوا لَبِثنا يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ ۚ قالوا رَبُّكُم أَعلَمُ بِما لَبِثتُم فَابعَثوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُم هٰذِهِ إِلَى المَدينَةِ فَليَنظُر أَيُّها أَزكىٰ طَعامًا فَليَأتِكُم بِرِزقٍ مِنهُ وَليَتَلَطَّف وَلا يُشعِرَنَّ بِكُم أَحَدًا
Sahih International
And similarly, We awakened them that they might question one another. Said a speaker from among them, “How long have you remained [here]?” They said, “We have remained a day or part of a day.” They said, “Your Lord is most knowing of how long you remained. So send one of you with this silver coin of yours to the city and let him look to which is the best of food and bring you provision from it and let him be cautious. And let no one be aware of you.
Dan demikianlah Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ
Demikianlah Kami bangkitkan mereka;
Mereka dibangkitkan setelah sekian lama mereka tidur dalam gua. Sepanjang masa itu, tempat mereka itu tidak dinaiki dan dijumpai oleh orang langsung. Kerana seperti yang telah disebut sebelum ini, sesiapa yang tengok gua itu sahaja, akan diselimuti dengan rasa gerun.
Mereka tidur dalam masa 300 tahun. Maka setelah sekian lama, kaum mereka telah masuk kembali mengikut agama Nabi Isa yang sebenar.
Tapi walaupun mereka telah beriman dengan agama Nabi Isa, tapi mereka tidak banyak maklumat tentang kebangkitan semula kerana tidak banyak diceritakan dalam Kitab Injil. Ada yang tak pasti dan ada yang ragu-ragu tentang kesahihan kebangkitan semula. Jarak antara mereka dan Nabi Muhammad dalam enam ratus tahun kira-kiranya.
لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ
supaya mereka saling bertanya antara sesama mereka;
Allah biarkan mereka bertanyaan sesama mereka tentang berapa lamakah mereka tinggal di gua itu. Sebab masing-masing tak pasti. Kalau tengok keadaan diri mereka, memang tidak nampak yang mereka telah tidur selama 300 tahun.
قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ
Maka berkata salah seorang dari mereka: berapa lama kamu tidur di sini?
Salah seorang dari mereka bertanya kepada yang lain: agaknya berapa lama kamu tidur?
قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ
Mereka jawab: kita tidur di sini sehari atau separuh hari sahaja;
Kenapa mereka cakap begitu? Kerana mereka memang rasa mereka tidur sekejap sahaja. Mereka masuk ke gua itu pada awal siang. Dan apabila mereka terjaga, ianya adalah waktu akhir siang. Tidaklah mereka berambut atau berjanggut panjang atau baju mereka telah reput kerana Allah telah pelihara fizikal mereka.
Mereka tidak tahu jangka masa mereka tidur kerana Allah telah buat tidak ada apa-apa perubahan kepada mereka. Sebab itu mereka rasa mereka tinggal tidak lama. Jadi, kalau ada filem yang tunjuk mereka dalam keadaan kusut masai, itu adalah salah. Kalau mereka dalam keadaan macam itu, tentulah mereka tak kata mereka tinggal paling lama sehari sahaja di situ.
قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ
Mereka berkata: Tuhan kamu yang lebih mengetahui berapa kamu tidur dalam gua ini;
Akhirnya mereka mengembalikan pengetahuan tentang berapa lamanya mereka tidur di situ kepada Allah. Begitulah adab kita dengan ilmu. Kalau kita tidak pasti, kita serahkan sahaja kepada Allah.
Kemudian mereka rasa lapar. Ini jadi masalah lebih utama kemudiannya.
فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ
Maka suruhlah seorang dari kamu pergi ke bandar dengan wang perak ini;
Seperti telah disebutkan sebelum ini, mereka itu adalah anak-anak orang kaya, jadi tentulah mereka ada wang. Mereka ada lagi lebihan wang yang mereka bawa dari rumah mereka. Pada wang itu ada gambar Diqyanus, iaitu raja yang memerintah semasa mereka mula masuk ke dalam gua itu.
Bandar yang mereka akan pergi keluar mencari makanan itu adalah bandar yang mereka tinggalkan dulu. Ada yang mengatakan bahawa nama kota itu adalah Daqsus. Ada yang mengatakan namanya Tharasus. Sekali lagi, nama bandar itu tidak penting.
فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا
Maka hendaklah dia perhatikan manakah makanan yang paling suci;
Bukan dia suruh cari makanan yang paling sedap, tapi makanan yang paling suci. Bermakna, mereka mencari makanan yang halal. Kena cari sembelihan yang halal. Sebab yang mereka tinggalkan dulu adalah manusia yang menyembah berhala. Maka makanan mereka tidak suci kerana mereka tidak kisah halal atau haram lagi. Oleh itu, yang disuruh membeli makanan itu disuruh supaya mencari makanan yang halal dan suci.
فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ
Maka hendaklah dia bawa balik dengan sebahagian rezeki itu
Perkataan بِرِزْقٍ مِنْهُ bermaksud beli sekadar yang perlu sahaja. Jangan beli banyak-banyak, nanti buang sahaja dan membazir. Lihatlah betapa berhemahnya mereka. Bandingkan dengan kita yang selalu beli makanan banyak sangat, tapi tak habis nak makan. Kemudian kita akan buang makanan itu. Itu membazir namanya. Ada pengajaran yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan kita dari ayat ini.
وَلْيَتَلَطَّفْ
dan hendaklah dia bersikap lemah lembut;
Perkataan itu diambil dari perkataan latiff (kelembutan) iaitu dalam perbuatan dia semasa mencari makanan itu, semasa dia terpaksa bergaul dengan orang-orang di kota untuk membeli makan itu, hendaklah dia sedaya mungkin bersembunyi dan tidak menarik perhatian kepada diri mereka.
Janganlah dia berbuat sesuatu yang menarik perhatian orang lain. Jangan buat hal tapi berlembutlah dengan orang. Jangan bagi alasan kepada orang lain untuk tanya lebih-lebih kepada mereka. Kerana mereka memang orang yang lari dari pemerintah dan nama mereka pun tentu telah disebut-sebut dan dicari orang. Jadi mereka tidak mahu tarik perhatian.
Ada masalah sedikit dengan ayat ini. Ada orang yang guna ayat ini untuk tumbuk orang. Mereka kata kalau tumbuk orang sambil baca ayat ini, orang yang ditumbuk itu akan mati. Ada pula yang guna ayat ini untuk cari harta karun. Ada yang cari mushaf Qur’an yang ada tulisan ayat ini dalam tulisan warna merah sebab mereka kata ada keramat dalam Qur’an itu.
Begitulah macam-macam perkara khurafat yang diamalkan oleh orang yang jahil untuk salah guna ayat ini. Padahal warna merah itu adalah kerana sebagai tanda pertengahan Qur’an. Ini kerana kalimah ini terletak betul-betul pada pertengahan Qur’an 30 juzuk.
Semua kepercayaan khurafat itu adalah dari ajaran syaitan untuk menyesatkan manusia yang bodoh. Masyarakat kita bukannya hendak belajar tafsir Qur’an dan faham makna isi kandungan. Mereka cuma pandai baca sahaja. Dan mereka hormat kepada Qur’an dan kerana itu mereka gunakan ayat Qur’an sebagai azimat sahaja. Ada juga yang gunakan sebagai pendinding diri, sebagai pemurah rezeki dan macam-macam lagi. Ini semua adalah amalan yang karut.
وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا
dan jangan dia beri sesiapa pun sedar tentang kamu;
Lelaki yang ditugaskan untuk pergi beli makanan itu kena berhati-hati dan berjaga sangat jangan sampai orang tahu tempat persembunyian mereka itu.
Ayat 20:
إِنَّهُم إِن يَظهَروا عَلَيكُم يَرجُموكُم أَو يُعيدوكُم في مِلَّتِهِم وَلَن تُفلِحوا إِذًا أَبَدًا
Sahih International
Indeed, if they come to know of you, they will stone you or return you to their religion. And never would you succeed, then – ever.”
“Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya”.
إِنَّهُمْ إِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ
Bahawasanya kalau mereka itu tahu hal kamu,
Mereka kena berhati-hati kerana tidak mahu penduduk negeri itu tahu tentang mereka. Kerana mereka itu adalah orang larian dari undang-undang dan Raja sedang mencari mereka. Maka mereka takut kalau kena tangkap. Kerana bahaya kalau mereka kena tangkap.
يَرْجُمُوكُمْ
tentulah mereka akan rejam kamu
Kalau mereka kena tangkap, hukuman bagi mereka adalah direjam sampai mati. Dari sini kita dapat tahu bahawa itulah hukuman yang akan dikenakan kepada mereka jika ditangkap. Mungkin itulah yang telah diberitahu kepada mereka atau itulah undang-undang negara mereka.
أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ
atau memaksa kamu masuk balik dalam agama mereka;
Ataupun mereka mungkin akan dipaksa untuk murtad. Mereka takut nanti pengikut-pengikut Daqyanus akan menyeksa mereka. Takut nanti mereka bersetuju untuk masuk agama syirik mereka kalau tak tahan kena seksa. Atau kalau teruk sangat kena seksa, mereka akan mati.
Perkataan مِلَّتِ digunakan dalam ayat ini, bukan دين ‘deen’. Ini adalah kerana agama mereka itu bukan agama sebenarnya dan kerana itu tidak digunakan kalimah دين. Kalimah مِلَّتِ atau millah itu bermaksud fahaman pegangan sesuatu negara. Mereka melihat amalan mereka yang mereka anggap sebagai agama itu sebagai adalah sebahagian dari kenegaraan mereka. Oleh itu, apabila pemuda-pemuda itu tidak mahu mengamalkan amalan syirik mereka, masyarakat syirik itu menganggap pemuda-pemuda itu menolak negara mereka.
Padahal, pemuda-pemuda itu bukan begitu. Mereka tidak ada masalah bercakap bahasa yang sama, pakaian yang sama dan makanan yang sama. Tapi yang mereka tolak adalah amalan yang syirik. Kalau amalan yang salah, tidak kira sama ada diamalkan oleh semua orang atau tidak dalam negara itu, tetap tidak boleh diamalkan.
Macam kita juga sekarang. Apabila kita menolak amalan bersanding yang sama macam diamalkan oleh agama Hindu, ada antara masyarakat kita yang kata kita menolak adat resam masyarakat kita. Mereka sangka kita tidak sayang kepada bangsa pula. Padahal, yang kita tolak adalah apa-apa sahaja yang bertentangan dengan agama Islam. Bukan kita menolak bangsa Melayu.
Kita hendaklah tahu bahawa tidak sama taraf antara ‘adat’ dan ‘Islam’. Kalau adat bercanggah dengan agama, hendaklah dibuang adat itu. Antara adat dan agama, adat kena mengalah. Jangan kerana kita memegang adat yang salah, sampai menjerumuskan kita ke dalam neraka pula.
Masyarakat perlu sedar bahawa walaupun amalan itu telah dibuat zaman berzaman, ianya tidak semestinya diterima oleh agama. Kalau ianya amalan yang salah dan syirik, ia masih tidak diterima sampai bila-bila. Tambahan pula adat ini bukannya sesuatu yang kekal. Adat Melayu pun sudah berubah zaman berzaman. Apabila masa berlalu, adat baru pula yang timbul. Sebagai contoh, adat dulu, bakal tunang lelaki tidak boleh ke rumah bakal tunangan dalam majlis pertunangan. Tapi sekarang sudah biasa sahaja.
وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا
Dan kamu sekali-sekali tidak akan dapat keuntungan di dunia dan di akhirat selama-lamanya.
Pemuda-pemuda Kahfi itu sedar yang kalau mereka dipaksa masuk balik ke dalam agama asal mereka, maka mereka tidak akan berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Di dunia lagi sudah rugi. Ini adalah kerana amalan yang bercanggah dengan agama itu sebenarnya merugikan tapi kita sahaja yang tidak perasan. Kerana kadangkala kena keluarkan duit tapi ianya tidak berhasil langsung dan tidak ada pahala. Macam buat Majlis Ya Hanana, habis berpuluh ribu ringgit, tapi buat dosa sahaja.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 27 April 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi
Tafsir Jalalain
309 tahun
LikeLike
Assalamualaikum, perkongsian yang sangat bagus. Membuatkan saya lebih suka untuk memahami al-Quran. Tapi sayangnya, tak tahu nama penulis dan latar belakang. Jadi susah untuk jadikan rujukan assignment sbb kene ikut APA style. Huhu.
LikeLike
saya tidak pasti kalau quote blog ini boleh diterima di medan akademik atau tidak. rasanya tidak.
LikeLike