Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 51 – 57 (Nabi Ibrahim berdakwah kepada kaumnya)

Ayat 51: Dari ayat ini sehinggalah ke ayat 93 adalah Perenggan Makro Keenam. Ia mengandungi sejarah dan peranan para Nabi.

Ada banyak Nabi yang disebut dan senarainya:
Nabi Ibrahim [51-71]
Ishaq dan Ya’qub [72-73]
Lut [74-75] Nuh [76-77]
Daud dan Sulaiman [78-82]
Ayub [83-84]
Ismail, Idris, dan Zulkifli [85-86]
Yunus [87-88]
Zakariya, Yahya [89.90]
Maryam dan Isa [91].

Sekarang kita mulakan dengan Dalil Naqli iaitu kisah Nabi Ibrahim a.s sebagai pengajaran untuk kita.

۞ وَلَقَد آتَينا إِبرٰهيمَ رُشدَهُ مِن قَبلُ وَكُنّا بِهِ عٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly given Abraham his sound judgement before,¹ and We were of him well-Knowing

•i.e., before Moses. Allāh had guided him from early youth.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.

 

وَلَقَد آتَينا إِبرٰهيمَ رُشدَهُ مِن قَبلُ

Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelumnya

Iaitu hidayah itu diberikan kepada baginda sebelum mendapat wahyu lagi. Nabi Ibrahim telah dianugerahkan dengan akal yang hebat sebelum baginda diberikan dengan wahyu lagi.

Ini diberikan kepada baginda sebelum ada Taurat dan sebelum ada Injil lagi. Waktu itu juga baginda belum dapat suhuf lagi. Belum dilantik menjadi Nabi pun lagi. Maknanya ini adalah semasa baginda muda lagi. Juga bermaksud baginda diberikan dengan hujah dari Allah itu sebelum adanya Nabi Musa.

 

وَكُنّا بِهِ عٰلِمينَ

dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.

Allah beri hidayah kepada Nabi Ibrahim sebelum baginda baligh lagi kerana Allah kenal Nabi Ibrahim. Allah juga tahu apa sahaja yang baginda lakukan. Allah sebut tentang perkara ini kerana baginda ada buat perkara yang nampak macam salah, bukan? Sebagai contoh,

Baginda pernah cuba hendak menyembelih anaknya bukan?

Baginda juga pernah meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir yang tidak ada kehidupan yang kalau kita fikirkan balik seperti membiarkan mereka untuk mati.

Baginda pernah memusnahkan berhala-berhala di kuil, bukan? Dan kalau kononnya kita nak ikut sunah Nabi Ibrahim, kita kena pergi ke kuil Hindu dan pecahkan patung-patung mereka. Itu salah sekali dan memang ada orang bodoh yang buat begitu. Dikatakan pernah terjadi di Malaysia. Semoga kita terselamat dari jadi bodoh sampai begitu sekali. Bukan begitu caranya nak amalkan sunnah Nabi Ibrahim dan cara nak dakwah agama Islam ini.

Memang kalau nak ikut betul, kena buat macam bagindalah. Tapi itu bukanlah sunnah kerana itu hanya dugaan kepada baginda sahaja. Begitu juga dengan Nabi Muhammad ada amalan untuk baginda sahaja. Tahajjud contohnya, wajib untuk baginda sahaja. Baginda tidak suruh orang lain wajibkan atas diri mereka pun. Jadi kena pandai bezakan antara perkara-perkara itu. Ini perlu belajar dengan akal yang sihat.

Jadi, segala apa yang Nabi Ibrahim buat itu, semuanya itu adalah atas arahan spesifik dari Allah. Bukanlah apabila Nabi buat sahaja, kita terus boleh ikut.

Ayat ini bermaksud Allah tahu apa yang difahami oleh Nabi Ibrahim iaitu faham dari segi akidah. Walaupun nampak macam salah sahaja perbuatan baginda itu, tapi Allah tahu apa yang baginda lakukan dan ianya tidak salah.


 

Ayat 52: Dalil kefahaman Nabi Ibrahim tentang akidah.

إِذ قالَ لِأَبيهِ وَقَومِهِ ما هٰذِهِ التَّماثيلُ الَّتي أَنتُم لَها عٰكِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When he said to his father and his people, “What are these statues to which you are devoted?”

(MELAYU)

(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?”

 

إِذ قالَ لِأَبيهِ وَقَومِهِ

(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:

Ada kata yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ayah Nabi Ibrahim sendiri dan ada juga yang kata itu adalah pakcik Nabi Ibrahim, kerana mereka tidak dapat terima yang ayah seorang Rasul melakukan syirik.

Baginda sanggup berdakwah kepada ayahnya sendiri dan kaumnya. Ini kerana dia telah cakap dengan ayahnya tetapi ayahnya tidak mahu menerima. Maka dia bertanya kepada kaumnya dan cuba untuk bercakap kepada mereka dengan menggunakan cara logik akal. Dari kecil lagi baginda telah diberikan kefahaman yang tinggi.

 

ما هٰذِهِ التَّماثيلُ الَّتي أَنتُم لَها عٰكِفونَ

“Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?”

Apa التَّماثيلُ ‘representasi’ yang kamu iktikaf padanya? Kalimah التَّماثيلُ dari م ث ل yang bermaksud misalan. Mereka menjadikan berhala-berhala itu sebagai misalan (representasi kepada perkara lain), sebagai wakil. Inilah soalan yang Nabi Ibrahim tanya kepada bapa dan kaumnya itu. Kerana mereka melakukan perkara yang salah.

Mereka yang sembah berhala itu tahu yang berhala itu bukan tuhan, tapi sebagai tawajuh (fokus) sahaja. Iaitu mewakili ilah-ilah mereka sahaja. Kalau Hindu yang tinggi ilmunya pun tahu perkara ini. Tapi penganut Hindu yang awam tengok berhala itulah tuhan.

Begitulah kalau orang awam. Banyak yang tak faham perkara yang tinggi sikit kerana mereka faham perkara luaran sahaja. Kerana itu banyak puisi-puisi yang disalahfahami oleh manusia kerana orang yang menulisnya maksud lain dan orang yang membacanya memahami dengan maksud lain.

Itulah sebabnya bahaya kalau mempopularkan kalimah-kalimah yang ditulis oleh manusia kerana ramai akan salah faham. Sebaiknya kita kena popularkan ayat-ayat Al-Qur’an kerana ayat-ayat itu senang untuk difahami.

Jadi jangan kita salah faham tentang patung-patung itu kerana mereka bukan memuja patung itu tetapi asalnya adalah memuja wali, Nabi dan malaikat yang diwakili oleh patung-patung itu. Kerana kalau kita kata salah menyembah patung sahaja maka tidak salahlah orang-orang kita yang menyeru Nabi, wali dan malaikat kerana tidak ada patung.

Sebenarnya orang kita yang menyeru Nabi, wali dan malaikat itu juga salah walaupun tidak ada patung yang terlibat dalam penyembahan itu. Jadi kita kena luaskan pemahaman kita. Kerana kalau sembah patung itu salah, maka menyembah Nabi, wali dan malaikat juga salah, walaupun tanpa patung.

Iktikaf pula bermaksud duduk-duduk sekeliling patung-patung itu. Mereka duduk memuja dan menyeru-nyeru patung-patung itu. Yang sebenarnya mereka memuja siapa yang diwakili oleh patung itu. Ini semua adalah amalan ibadat yang Allah telah tetapkan hanya kepada Dia sahaja. Kerana iktikaf hanya boleh dilakukan untuk Allah sahaja.

Malangnya ada orang kita yang duduk iktikaf di kuburan para wali dan Nabi kerana tidak faham agama. Ini yang sekarang dipopularkan oleh golongan Habib yang memang menyembah kubur wali mereka. Ada yang bertapa dengan menyebut lafaz-lafaz tertentu di kubur dan ada yang sembelih binatang di situ. Kadang-kadang ada yang tawaf kubur itu. Sedangkan tawaf hanya dilakukan di Kaabah dan Safa dan Marwah sahaja.

Nabi Ibrahim menegur perbuatan mereka yang beribadat kepada patung-patung itu. Ianya perbuatan yang salah dan syirik kerana bagaimanakah ia dapat menolong mereka? Bagaimana patung-patung itu boleh bantu mereka sedangkan mereka sendiri yang buat patung-patung itu, bukan?


 

Ayat 53: Ini adalah jawapan masyarakat Nabi Ibrahim apabila baginda menegur mereka.

قالوا وَجَدنا آباءَنا لَها عٰبِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We found our fathers worshippers of them.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya”.

 

Mereka yang menyembah berhala itu cuba menjelaskan fahaman mereka kepada Nabi Ibrahim tetapi baginda tidak memahaminya kerana memang hujah-hujah itu adalah hujah-hujah yang bodoh. Maka akhir sekali hujah mereka adalah mereka hanya mengikut amalan-amalan tok nenek mereka sahaja.

Mereka juga marah kepada Nabi Ibrahim kerana mempersoalkan amalan yang telah lama diamalkan turun temurun. Begitulah juga alasan yang diberikan oleh golongan bidaah apabila kita memberitahu kesalahan amalan-amalan masyarakat kita yang salah. Mereka juga kata: “amalan ini kita sudah lama dibuat orang dulu…….” Mereka seolah-olah mengatakan kita menghina golongan-golongan yang terdahulu.

Jadi kalau masyarakat kita juga memberi jawapan yang sama tentang amalan-amalan mereka, ianya adalah amat bahaya kerana itu adalah jawapan golongan-golongan syirik pada zaman dahulu. Takkan mereka nak kata mereka sama dengan golongan itu pula, bukan? Tapi mereka jawab sama kerana memang mereka tak belajar tafsir dan tak perasan pun jawapan mereka sama sahaja dengan golongan musyrik.

Nabi Ibrahim waktu itu muda dan apabila baginda mempersoalkan amalan-amalan syirik itu, maka baginda dipandang serong kerana baginda muda. Begitulah juga apabila kita sebagai orang yang nampaknya biasa sahaja di dalam masyarakat, bukan ustaz dan bukanlah ulama tetapi apabila kita menegur mereka, maka mereka memandang kita atas dan bawah dan memperlecehkan kata-kata nasihat kita itu.

Mereka akan kata orang-orang dulu sudah buat perkara itu maka kenapa kita sekarang yang pandai-pandai hendak mengatakan amalan itu salah? Sampai sekarang golongan yang hendak menegakkan sunnah masih dipanggil ‘Kaum Muda’. Seolah-olah kita golongan yang masih lagi tidak tahu tentang agama, tapi memandai nak ajar orang tua.


 

Ayat 54:

قالَ لَقَد كُنتُم أَنتُم وَآباؤُكُم في ضَلٰلٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “You were certainly, you and your fathers, in manifest error.”

(MELAYU)

Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan bapa-bapamu berada dalam kesesatan yang nyata”.

 

Nabi Ibrahim dengan beraninya memberitahu bahawa mereka, dan bukan hanya mereka sahaja tetapi keturunan mereka termasuk tok nenek dulu, telah sesat dan sesat itu adalah sesat jenis yang nyata. Baginda amat berani berkata begitu.

Baginda berani kerana benar. Jadi, tidaklah salah kalau kita kata seseorang itu beramal dengan amalan yang sesat, jikalau ianya telah jelas nyata.


 

Ayat 55: Apabila Nabi Ibrahim berkata begitu maka mereka amat terkejut.

قالوا أَجِئتَنا بِالحَقِّ أَم أَنتَ مِنَ اللّٰعِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Have you come to us with truth, or are you of those who jest?”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh atau kah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?”

 

قالوا أَجِئتَنا بِالحَقِّ

Mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh

Dalam bahasa kita sekarang, beginilah kata mereka yang terkejut dengan dakwaan Nabi Ibrahim itu: “Biar biar benar kamu ini?” Ini kerana mereka tidak pernah dikatakan sebegitu. Amalan mereka itu tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa pun sebelum itu.

 

أَم أَنتَ مِنَ اللّٰعِبينَ

atau kah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?”

Mereka terkejut dengan dakwaan baginda dan kata: “Adakah kamu bercakap betul-betul ini atau kamu cakap main-main sahaja? Tentu kamu bercakap lepas sahaja kerana kamu sekarang sedang mempersoalkan keturunan kita yang dahulu. Takkanlah kau nak kata begitu, bukan?”

Mereka tanya kepada baginda adakah baginda ada bukti untuk mengatakan yang mereka itu sesat?


 

Ayat 56: Jawapan dari Nabi Ibrahim a.s.

قالَ بَل رَّبُّكُم رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ الَّذي فَطَرَهُنَّ وَأَنا عَلىٰ ذٰلِكُم مِّنَ الشّٰهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “[No], rather, your Lord is the Lord of the heavens and the earth who created them, and I, to that, am of those who testify.

(MELAYU)

Ibrahim berkata: “Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya: dan aku termasuk orang-orang yang bersaksi atas yang demikian itu”.

 

قالَ بَل رَّبُّكُم رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ الَّذي فَطَرَهُنَّ

Ibrahim berkata: “Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya:

Nabi Ibrahim menjawab soalan mereka, bukan baginda yang bawa hujah itu tetapi ianya adalah dari Allah, Tuhan langit dan bumi. Allah lah yang buat langit dan bumi itu. Itulah Tuhan dan Dialah Tuhan yang sebenar dan bukannya apa yang mereka sembah dan puja itu.

Kaum Nabi Ibrahim bukan tidak kenal Allah. Apabila Nabi Ibrahim sebut nama Allah, ini menunjukkan mereka kenal. Cuma mereka ada fahaman dan amalan syirik. Allah mereka sembah, dan ilah lain pun mereka sembah juga. Sama dengan golongan musyrik sekarang dari kalangan orang Islam. Mereka sembah Allah dan dalam masa yang sama, mereka beribadat kepada selain Allah dan mereka berdoa kepada selain Allah.

 

وَأَنا عَلىٰ ذٰلِكُم مِّنَ الشّٰهِدينَ

dan aku termasuk orang-orang yang bersaksi atas yang demikian itu”.

Dan Nabi Ibrahim bersaksi, iaitu bermaksud baginda akan menjadi saksi ke atas kesalahan mereka ini. Iaitu apabila di hadapan Allah Ta’ala nanti baginda akan beritahu kepada Allah dan menjadi saksi atas kesalahan syirik yang mereka semua sedang lakukan ini.

Juga bermaksud yang Nabi Ibrahim bersaksi dengan akidah tauhid baginda dan baginda yakin dengan apa yang baginda pegang itu. Kerana baginda ada dalil bukti.


 

Ayat 57: Rancangan Nabi Ibrahim a.s. terhadap berhala-berhala itu.

وَتَاللهِ لَأَكيدَنَّ أَصنٰمَكُم بَعدَ أَن تُوَلّوا مُدبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [I swear] by Allāh, I will surely plan against your idols after you have turned and gone away.”

(MELAYU)

Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan rancangan terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya.

 

وَتَاللهِ لَأَكيدَنَّ أَصنٰمَكُم

Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan rancangan terhadap berhala-berhalamu 

Kalimah sumpah تَاللهِ ini digunakan apabila seseorang itu marah sampaikan kalimah Wallahi tidak cukup. Ini adalah kerana baginda amat marah sekali dengan perbuatan mereka dan kita kena ingat yang waktu ini baginda adalah seorang yang muda.

As-Saddi mengatakan bahawa ketika hari raya itu sudah dekat masanya, ayah Nabi Ibrahim berkata, “Hai anakku, seandainya kamu keluar bersama kami menuju ke tempat perayaan kami, nescaya kamu akan kagum kepada agama kami.” Maka Ibrahim keluar (berangkat) bersama mereka.

Ketika di tengah jalan, Ibrahim menjatuhkan dirinya ke tanah dan berkata, “Sesungguhnya aku sakit.” Ketika kaumnya melaluinya, sedangkan dia dalam keadaan tergeletak, mereka bertanya, “Mengapa kamu?” Ibrahim menjawab, “Sesungguhnya saya sakit.”

 

بَعدَ أَن تُوَلّوا مُدبِرينَ

sesudah kamu pergi meninggalkannya.

Baginda merancang untuk melakukan sesuatu terhadap berhala-berhala mereka itu. Iaitu apabila mereka meninggalkan berhala mereka untuk ramai-ramai pergi ke tempat lain (perayaan syirik mereka yang dilakukan di tempat lain). Akan tetapi apabila baginda katakan begini kepada masyarakatnya, mereka tidak percaya.

Ada juga yang mengatakan Nabi Ibrahim bukan beritahu kepada kaum baginda tetapi baginda mengatakan di dalam hati sahaja. Ini adalah baru rancangan sahaja.

Baginda buat perancangan ini kerana baginda tahu yang tidak lama lagi masyarakat baginda akan buat pesta syirik di mana mereka akan menyembah berhala dan kemudian keluar berpesta meninggalkan kuil berhala mereka. Dan kemudian mereka akan kembali ke kuil itu untuk menyambung ibadat mereka.

Orang kita pun ada juga yang melakukan pesta syirik sebegini seperti pesta air, pesta laut, semah padi dan sebagainya kerana orang kita pun ada fahaman syirik dan lebih teruk daripada golongan musyrik zaman dahulu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 45 – 50 (Qur’an sebagai furqan)

Ayat 45: Ini adalah jawapan apabila manusia marah apabila kita berdakwah.

قُل إِنَّما أُنذِرُكُم بِالوَحيِ ۚ وَلا يَسمَعُ الصُّمُّ الدُّعاءَ إِذا ما يُنذَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “I only warn you by revelation.” But the deaf do not hear the call when they are warned.

(MELAYU)

Katakanlah (hai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan”

 

قُل إِنَّما أُنذِرُكُم بِالوَحيِ

Katakanlah (hai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu 

Musyrikin Mekah itu amat marah kepada Rasulullah kerana baginda memberi ancaman-ancaman seolah-olah baginda kuat. Allah memberitahu dengan menyuruh Rasulullah memberitahu mereka bahawa walaupun kalimah ancaman itu keluar dari mulut baginda, tetapi ia sebenarnya wahyu dari Allah dimana Allah sendiri yang mengancam mereka dan Allah berhak untuk mengancam mereka kerana Dia Tuhan.

Maka beritahu kepada manusia yang kita hanya sampaikan apa yang Allah suruh sampaikan sahaja. Memang itu sudah tugas kita. Janganlah marah dengan kita yang sampaikan pula.

 

وَلا يَسمَعُ الصُّمُّ الدُّعاءَ إِذا ما يُنذَرونَ

dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan”

Tetapi Allah menghina mereka lagi dengan mengatakan mereka itu pekak kerana orang pekak tidak akan dengar apabila mereka diberi ancaman. Ini adalah kerana hati mereka telah ditutup.

Oleh itu jangan hairan kalau ada manusia yang jenis tidak faham-faham apabila kita sampaikan ajaran wahyu kepada mereka.


 

Ayat 46: Ayat takhwif duniawi.

وَلَئِن مَّسَّتهُم نَفحَةٌ مِّن عَذابِ رَبِّكَ لَيَقولُنَّ يٰوَيلَنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if [as much as] a whiff of the punishment of your Lord should touch them, they would surely say, “O woe to us! Indeed, we have been wrongdoers.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya, jika mereka ditimpa sedikit saja dari azab Tuhan-mu, pastilah mereka berkata: “Aduhai, celakalah kami, bahawasanya kami adalah orang yang menganiaya diri sendiri”.

 

وَلَئِن مَّسَّتهُم نَفحَةٌ مِّن عَذابِ رَبِّكَ

Dan sesungguhnya, jika mereka ditimpa sedikit saja dari azab Tuhan-mu, 

Apabila digunakan kalimah لَئِن ini, ia bermaksud yang kebarangkalian ia akan terjadi adalah lemah. Kalaulah mereka ‘disentuh’ dengan sedikit pun dengan azab dari Allah itu. Maknanya mereka memang akan kena. Allah firman: ‘kalaulah’ yang bermaksud mereka memang akan kena. Mereka bukan kena ‘sentuh’ sahaja, tapi mereka memang akan kena azab itu.

Kalimah نَفحَةٌ adalah angin sejuk yang keluar dari bilik kalau di buka pintu bilik itu di mana orang-orang yang di luar itu akan terasa sedikit dari kesejukan itu. Contohnya kalau buka peti ais, akan terasa kesejukan daripada dalam peti ais itu bukan?

Oleh itu bayangkan keadaan mereka sekarang iaitu mereka belum masuk di dalam neraka lagi tetapi bayangkan pintu neraka telah terbuka sedikit dan mereka dirasakan sedikit sahaja dengan haba dari neraka itu. Dan ia bukannya haba yang panas tapi haba yang sejuk sahaja pun. Ianya sejuk kalau dibandingkan dengan panasnya api neraka yang sebenar. Maknanya, ia tidaklah sejuk, tapi sudah amat panas melampau.

Maknanya tak rasa lagi keseluruhan haba dari neraka itu lagi. Sentuh dari cara angin sahaja. Kerana kita boleh disentuh dengan pepejal, air atau angin. Dan yang paling kurang adalah dengan cara angin, bukan? Kiranya mereka dikenakan dengan cara yang paling kurang pun mereka akan rasa azab sangat dah.

 

لَيَقولُنَّ يٰوَيلَنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ

pastilah mereka berkata: “Aduhai, celakalah kami, bahawasanya kami adalah orang yang menganiaya diri sendiri”.

Mereka akan berkata berterusan, “celakanya kami…. celakanya kami….” ini adalah kerana kalimah ويل adalah kalimah yang bermaksud celaka. Tapi mereka belum masuk lagi pun, baru rasa angin sahaja sudah kata begitu. Kalau sudah masuk lagilah teruk.

Selalunya kalau penjenayah kena tangkap mereka tak mengaku kesalahan mereka. Mereka mulanya akan menidakkan kesilapan mereka. Siap minta peguam lagi untuk cuba lari dari hukuman. Tapi kalau seseorang itu kena seksaan, lama-lama dia sudah tak tahan dan akan mengaku sahaja.

Begitulah apabila ahli neraka sudah kena azab teruk, mereka terus mengaku. Nak minta peguam, pun memang tidak akan ada peguam yang akan bela mereka. Kerana itu mereka terus mengaku walaupun baru dapat rasa angin neraka sahaja – bukan azab yang sebenar lagi pun. Itu pun mereka sudah mengaku diri mereka zalim dah kerana mereka sudah tak tahan kerana itu pun sudah amat teruk sekali. Semoga kita diselamatkan dari neraka.


 

Ayat 47:

وَنَضَعُ المَوٰزينَ القِسطَ لِيَومِ القِيٰمَةِ فَلا تُظلَمُ نَفسٌ شَيئًا ۖ وَإِن كانَ مِثقالَ حَبَّةٍ مِّن خَردَلٍ أَتَينا بِها ۗ وَكَفىٰ بِنا حٰسِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We place the scales of justice for the Day of Resurrection, so no soul will be treated unjustly at all. And if there is [even] the weight of a mustard seed,¹ We will bring it forth. And sufficient are We as accountant.

•i.e., anything as small or insignificant as a mustard seed.

(MELAYU)

Kami akan memasang timbangan yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah dianiaya seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.

 

وَنَضَعُ المَوٰزينَ القِسطَ لِيَومِ القِيٰمَةِ

Kami akan memasang timbangan yang adil pada hari kiamat,

Allah akan mengadakan penimbang amal yang amat adil di akhirat kelak dan tidak ada yang lebih adil dari penimbang itu.

 

فَلا تُظلَمُ نَفسٌ شَيئًا

maka tiadalah dianiaya seseorang barang sedikit pun.

Tidak akan ada sesiapa pun yang akan dizalimi dalam penimbangan amal mereka. Kerana timbangan amal ini amat tepat.

 

وَإِن كانَ مِثقالَ حَبَّةٍ مِّن خَردَلٍ أَتَينا بِها

Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. 

Kalau ada apa-apa amalan, walaupun sekecil biji sawi pun ia akan ditimbang dan akan dibalas dengan secukupnya. Allah boleh balas kerana Allah Maha Tahu apa yang kita lakukan. Bandingkan kalau kita buat kerja lebih masa di pejabat, bos di pejabat tak bagi pun gaji lebih kerana dia tak tahu pun kita kerja lebih masa, bukan?

Begitu juga hukuman akan diberikan atas kesalahan kerana Allah tahu apa yang kita buat. Dalam ayat yang lain, disebut yang kerlingan mata manusia pun Allah tahu dan rekodkan.

 

وَكَفىٰ بِنا حٰسِبينَ

Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.

Dan cukuplah Allah sebagai penghitung amal-amal kita kerana Allah tahu segala galanya.

Akan tetapi mungkin timbul persoalan: kenapa ada para malaikat yang menulis amal-amal kita dan kenapa ada mahkamah dimana makhluk akan dibicarakan di atas perbuatan mereka sedangkan Allah kata Dia telah tahu? Kerana kalau kita fikirkan, Allah tidak perlu ada penulis amal-amal dan Allah tidak perlu adakan mahkamah pun kerana Allah boleh terus masukkan makhluk ke dalam syurga ataupun neraka.

Allah tidak perlukan semua itu tetapi Allah lakukan semua itu untuk memuaskan hati kita kerana kalau manusia tidak melihat bagaimana proses keadilan itu dijalankan mereka tidak akan puas hati. Kerana keadilan mesti ada dan keadilan perlu dinampakkan.

Maka kalau telah ditunjukkan segala amal perbuatan manusia semasa di dunia dulu, dan mahkamah telah diadakan untuk beri peluang kepada manusia untuk mempertahankan diri, maka barulah nampak keadilan itu. Maka selepas itu tidak ada lagi alasan atau ketidakpuasan hati manusia dan jin. Memang mereka akan sedar yang apa sahaja hukuman atas balasan yang dikenakan kepada mereka adalah adil. Tak boleh nak bantah lagi dan kena terima sahaja.


 

Ayat 48: Ayat 48-50 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia memberi ringkasan pengajaran Kitab terdahulu. Allah memberitahu yang Taurat dan Qur’an berisi pengajaran tentang Tauhid dan Hari Pembalasan.

Ayat ini memberi dalil naqli tafsili.

وَلَقَد آتَينا موسىٰ وَهٰرونَ الفُرقانَ وَضِياءً وَذِكرًا لِّلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had already given Moses and Aaron the criterion and a light and a reminder¹ for the righteous

•These are three qualities of the Torah.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa dan Harun Kitab Pembeza dan penerangan serta peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.

 

وَلَقَد آتَينا موسىٰ وَهٰرونَ الفُرقانَ

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa dan Harun Kitab Pembeza

Yang diberikan kepada Bani Israil adalah Kitab Taurat. Sifatnya adalah ‘furqan’. ‘Furqan’ bermaksud pembeza dan pemisah antara haq dan batil dan bunyi an yang digunakan di hujungnya adalah dalam bentuk mubalaghah. Iaitu bersangatan. Maksudnya ia adalah satu alat yang dapat memisahkan dengan jelas sejelas-jelasnya, manakah yang benar dan manakah yang tidak.

Begitu juga umat manusia sekarang yang ada Qur’an. Ia juga bersifat furqan. Telah dijelaskan dengan kemas manakah tauhid dan manakah syirik. Penjelasan telah diberikan dan kalau ada yang tidak tahu, itu adalah kerana mereka tidak meluangkan masa untuk belajar sahaja. Bukan salah sesiapa tapi salah mereka sendiri. Perkara telah jelas tapi mereka yang degil untuk menerimanya. Jadi tidak ada alasan: “maaf saya tidak tahu”.

Kesimpulannya ialah semua Kitab samawi (turun dari langit) di dalamnya terkandung pemisah antara perkara yang hak dan perkara yang batil, jalan hidayah dan jalan sesat, kekeliruan dan kebenaran, halal dan haram. Sebagaimana kitab samawi pun mengandung cahaya penerang bagi hati, hidayah, membangkitkan rasa takut, dan berserah diri kepada Allah.

 

وَضِياءً

dan penerangan

Kitab Taurat juga bersifat terang. Kalimah وَضِياءً bermaksud cahaya dan ini lain daripada nur kerana ia adalah cahaya yang panas. Sedangkan nur adalah cahaya yang lembut dan sejuk. Mungkin digunakan kalimah ضِياءً ini sebagai isyarat bahawa syariat yang diberikan kepada Bani Israil itu lebih susah dan lebih berat kalau dibandingkan dengan syariat yang diberikan kepada kita.

Memang banyak syariat-syariat mereka yang lebih berat dari kita. Sebagai contoh, hari khas untuk mereka adalah hari Sabtu dan mereka langsung tidak boleh bekerja pada hari itu. Tetapi hari khas untuk kita adalah hari Jumaat tapi kita masih boleh bekerja pada hari itu, cuma berhenti sewaktu Solat Jumaat sahaja.

Dan kalimah ini boleh juga bermaksud cahaya yang terang benderang yang sampai boleh menunjukkan dan menjelaskan mana yang tauhid dan mana yang syirik. Kerana kita perlukan cahaya untuk melihat. Mata fizikal memerlukan cahaya dan mata hati juga memerlukan cahaya wahyu untuk melihat kebenaran. Asalkan mahu belajar untuk memahaminya.

 

وَذِكرًا لِّلمُتَّقينَ

serta peringatan bagi orang-orang yang bertakwa.

Dan mereka diberikan dengan peringatan dan ini kita kena bezakan dengan syariat semata-mata. Wahyu bukan hanya hukum syariat semata-mata. Mungkin manusia ramai yang merasakan yang syari’at dari Allah ini adalah sebagai hukum untuk melakukan sesuatu dan larangan untuk melakukan sesuatu sahaja. (The do’s and don’ts). Tetapi Allah mengatakan yang ianya adalah ‘peringatan’. Kalau ianya peringatan, maka ianya kena selalu diingatkan.

Maksudnya wahyu itu kena selalu dibaca kerana kalau ianya hanya undang-undang ataupun hukum sahaja, maka kita hanya perlu baca sekali dan kita sudah tahu. Tetapi bila ianya peringatan, maka kena selalu dibaca.  Bayangkan kalau kita ada aplikasi yang digunakan untuk mengingatkan kita waktu solat maka bukankah aplikasi itu akan sentiasa mengingatkan kita berkali-kali dan bukanlah ia memberitahu kita sekali sahaja?

Maka kerana itu sesiapa yang sentiasa membaca peringatan yang diberikan oleh Allah di dalam wahyu, maka mereka akan mendapat taqwa. Maka jadikan kebiasaan kita untuk selalu baca Qur’an ini setiap hari supaya kita dapat mendengar peringatan dari Allah selalu.

Qur’an ini bukan untuk dikhatam sekali seumur hidup seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat kita. Selalunya mereka khatam Qur’an semasa kecil dan kemudian sudah tak buka lagi Qur’an ini. Amat malang sekali kerana Qur’an ini kena dibaca dari kecil sampailah kita tua.


 

Ayat 49: Maka siapakah orang yang bertaqwa? Bagaimanakah sifat mereka?

الَّذينَ يَخشَونَ رَبَّهُم بِالغَيبِ وَهُم مِّنَ السّاعَةِ مُشفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who fear their Lord unseen,¹ while they are of the Hour apprehensive.

•Which can mean “Him being unseen” by them or “though they are unseen” by others.

(MELAYU)

(iaitu) orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.

 

الَّذينَ يَخشَونَ رَبَّهُم بِالغَيبِ

(iaitu) orang-orang yang takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, 

Mereka takut kepada Allah yang ghaib.  Maksudnya walaupun mereka tidak nampak Allah, tetapi mereka tetap takut dan tetap menjaga hukum Allah sentiasa dan di mana sahaja mereka berada.

Ia juga boleh bermaksud mereka yang ghaib, iaitu mereka bukan takut kepada Allah semasa di khalayak ramai sahaja tetapi sewaktu mereka tidak berada di khalayak ramai. Ramai orang boleh jaga hukum kalau depan orang tapi susah nak jaga kalau bersendirian atau kalau pergi ke negara luar. Waktu itu mereka dah tak malu buat maksiat lagi. Tapi sifat orang mukmin, mereka tetap takut buat dosa walau di mana sahaja mereka berada.

 

وَهُم مِّنَ السّاعَةِ مُشفِقونَ

dan mereka merasa takut akan hari kiamat.

Dan mereka amat takut dengan akhirat. Kalimah ش ف ق itu bermaksud yang ketakutan itu meliputi diri mereka. Mereka sentiasa ingat yang mereka akan mati dan akan bertemu dengan kiamat nanti. Maka ada kesan kepada diri mereka iaitu mereka akan jaga hukum sentiasa.


 

Ayat 50:

وَهٰذا ذِكرٌ مُّبارَكٌ أَنزَلنٰهُ ۚ أَفَأَنتُم لَهُ مُنكِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And this [Qur’ān] is a blessed message which We have sent down. Then are you with it unacquainted?¹

•i.e., pretending ignorance, disapproving or refusing to acknowledge it?

(MELAYU)

Dan Al Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan. Maka adakah kamu mengingkarinya?

 

وَهٰذا ذِكرٌ مُّبارَكٌ أَنزَلنٰهُ

Dan Al Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan.

Sebelum ini telah disebut tentang Taurat yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Sekarang adalah penerangan tentang Qur’an pula. Qur’an itu bukan saja peringatan tetapi peringatan yang mempunyai barakah di dalamnya. Bayangkan yang ianya sudahlah memberi kita pengajaran, tetapi setiap huruf yang kita baca itu akan digandakan dengan 10 pahala sekurang-kurangnya. Pahala yang diberikan amat banyak.

Barakah itu bermaksud sesuatu yang bertambah-tambah menjadi semakin banyak, maka ini mengajar kita yang kebaikan yang diberikan dengan Qur’an ini kepada kita akan bertambah sehingga kita pun tidak tahu banyak mana. Ada kebaikan yang Allah akan tolong dalam kehidupan kita. Maka teruskan untuk terus mempelajari dan baca Qur’an kerana keberkatannya tidak akan berkurangan.

 

أَفَأَنتُم لَهُ مُنكِرونَ

Maka adakah kamu mengingkarinya?

Adakah kamu engkar dengan perkara ini? Adakah kamu buat tidak kisah sahaja dengan Qur’an ini? Kamu tak percayakah yang Qur’an ini mampu memberi keberkatan kepada kita semua? Adakah kamu seperti orang biasa yang tidak kisah dengan Qur’an ini dan tidak mahu belajar tafsir Qur’an?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 41 – 44 (Wilayah syirik berkurangan)

Ayat 41: Ayat tasliah kepada Nabi Muhammad. Yang menolak baginda adalah orang-orang yang rapat dengan baginda. Maka baginda amat terasa hati. Kalau orang asing yang menolak dan menentang, tidaklah kita terasa sangat, tapi kalau ahli keluarga sendiri?

Allah nak beritahu dalam ayat ini, sama ada ahli keluarga atau orang luar, memang akan ada sahaja yang akan menentang.

وَلَقَدِ استُهزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبلِكَ فَحاقَ بِالَّذينَ سَخِروا مِنهُم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And already were messengers ridiculed before you, but those who mocked them were enveloped by what they used to ridicule.

(MELAYU)

Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa orang rasul sebelum kamu maka meliputi kepada orang yang mencemuhkan rasul-rasul itu azab yang selalu mereka perolok-olokkan.

 

وَلَقَدِ استُهزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبلِكَ

Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa orang rasul sebelum kamu

Allah memberitahu kepada Nabi Muhammad bahawa rasul-rasul sebelum baginda juga telah diejek, diperolok-olokkan juga oleh kaum mereka. Maka janganlah baginda rasa sedih sangat. Begitulah cara Allah pujuk baginda. Dari segi psikologi, kalau kita dapat tahu yang ada orang lain yang kena nasib yang sama dengan kita, tidaklah kita rasa sedih sangat.

Dalam ayat sebelum ini telah diberitahu bagaimana mereka yang menentang akan dibakar wajah dan belakang mereka dan mereka tidak akan dapat menahan azab itu dari kena kepada mereka.  Itu adalah balasan bagi mereka yang engkar. Maka serahkan sahaja hal mereka kepada Allah. Tak perlu pening memikirkan hal mereka. Kalau serahkan kepada Allah maka hati akan menjadi tenang.

 

فَحاقَ بِالَّذينَ سَخِروا مِنهُم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

maka meliputi kepada orang yang mencemuhkan rasul-rasul itu dengan azab yang selalu mereka perolok-olokkan.

Allah memberitahu yang mereka yang melakukan perbuatan hendak menjatuhkan rasul-rasul itu dengan olok-olokkan para Rasul itu, akan diliputi dengan azab yang akan menimpa mereka dari atas. Azab itu dulu mereka tidak percaya lalu mereka olok-olokkan sahaja. Nah nanti akan dikenakan kepada mereka.

Azab itu akan meliputi mereka. Bayangkan kalau jala akan jatuh ke atas mereka dari atas. Mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana lagi kerana jala azab itu akan meliputi mereka. Kalau Allah nak kenakan azab, mana lagi nak lari?


 

Ayat 42: Dari ayat ini sehingga ke ayat 47 adalah Perenggan Makro Keempat. Ia mengandungi celaan terhadap tuhan-tuhan palsu. Allah memberitahu yang ilah-ilah itu tidak sanggup menolong diri mereka sendiri dan tidak (pula) mereka dilindungi dari (azab) Allah. Allah jelaskan perkara itu dengan memberi dalil aqli dan ayat ini juga mengandungi zajrun.

قُل مَن يَكلَؤُكُم بِاللَّيلِ وَالنَّهارِ مِنَ الرَّحمٰنِ ۗ بَل هُم عَن ذِكرِ رَبِّهِم مُّعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Who can protect you at night or by day from the Most Merciful?” But they are, from the remembrance of their Lord, turning away.

(MELAYU)

Katakanlah: “Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari dari (azab Allah) Yang Maha Pemurah?” Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang berpaling dari mengingati Tuhan mereka.

 

قُل مَن يَكلَؤُكُم بِاللَّيلِ وَالنَّهارِ مِنَ الرَّحمٰنِ

Katakanlah: “Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari dari (azab Allah) Yang Maha Pemurah?”

Kalimah يَكلَؤُكُم  dari kalimah ك ل أ yang bermaksud perbuatan seseorang yang sentiasa menjaga seseorang yang lain dari bahaya. Iaitu beri perlindungan dan bantuan. Kalau dalam dunia ini, ada manusia yang kaya di mana mereka akan diawasi dan dijaga oleh pengawal-pengawal peribadi mereka siang dan malam.

Tetapi Allah memberitahu kepada mereka yang engkar, tidak akan ada sesiapa pun yang akan menjaga mereka nanti. Tidak akan ada sesiapa pun yang akan kisah tentang hal mereka.

 

بَل هُم عَن ذِكرِ رَبِّهِم مُّعرِضونَ

Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang berpaling dari mengingati Tuhan mereka.

Allah memberitahu yang mereka itu tidak suka untuk ingat kepada Allah. Iaitu tak kisah untuk ambil peringatan dari Qur’an. Kalau ada orang ajak belajar pun mereka buat tak endah sahaja. Kalau ada yang beritahu mereka sesuatu dari pelajaran tafsir Qur’an, mereka akan bantah kerana lain dari apa yang mereka faham dan belajar dulu.


 

Ayat 43: Zajrun.

أَم لَهُم آلِهَةٌ تَمنَعُهُم مِّن دونِنا ۚ لا يَستَطيعونَ نَصرَ أَنفُسِهِم وَلا هُم مِّنّا يُصحَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do they have gods to defend them other than Us? They are unable [even] to help themselves, nor can they be protected from Us.

(MELAYU)

Atau adakah mereka mempunyai tuhan-tuhan yang dapat memelihara mereka dari (azab) Kami. Tuhan-tuhan itu tidak sanggup menolong diri mereka sendiri dan tidak (pula) mereka dilindungi dari (azab) Kami itu?

 

أَم لَهُم آلِهَةٌ تَمنَعُهُم مِّن دونِنا

Atau adakah mereka mempunyai tuhan-tuhan yang dapat memelihara mereka dari (azab) Kami. 

Kalimah تمنع dari katadasar م ن ع yang bermaksud menghalang, menahan, menolak. Allah tanya secara retorik: adakah mereka ada tuhan-tuhan lain selain Allah yang menghalang mereka dari menyembah kepada Allah sahaja?

Atau, mereka ada ilah lainkah yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah nanti?

 

لا يَستَطيعونَ نَصرَ أَنفُسِهِم

Ilah-ilah itu tidak sanggup menolong diri mereka sendiri 

Ilah-ilah yang mereka sembah itu tidak dapat hendak menolong diri mereka sendiri pun. Maka kenapa nak bergantung dengan mereka? Itu amat bodoh sekali. Kalau nak bergantung, bergantunglah kepada yang berkuasa penuh.

Dalam ayat lain disebut bagaimana kalau ada lalat yang ganggu mereka, mereka pun tak dapat nak halau lalat itu. Kalau ada makanan yang dipersembahkan kepada mereka, dan lalat datang ambil makanan itu, mereka pun tidak boleh nak halang.

 

وَلا هُم مِّنّا يُصحَبونَ

dan tidak (pula) mereka dilindungi dari (azab) Kami itu?

Dan Allah memberitahu bahawa ilah-ilah mereka itu tidak dapat pun menemani mereka yang menyembah mereka itu. Kalimah يُصحَبونَ dari katadasar ص ح ب yang digunakan juga untuk sahabat.

Pada zaman dahulu jikalau seseorang dari sesuatu puak telah melakukan kesalahan di dalam puak itu, maka dia tidak berani untuk datang kembali ke kampungnya. Akan tetapi jikalau dia terpaksa juga lalu ke kawasan kampung itu maka dia akan meminta tolong seseorang yang kuat dari kampung itu untuk menemaninya (sebagai sahabat) supaya orang orang lain tidak menyakitinya.

Allah memberitahu fikiran orang-orang yang engkar itu. Mereka sangka mereka boleh ada sahabat dari ilah-ilah yang mereka sembah untuk mempertahankan diri mereka daripada Allah. Itu tidak ada langsung. Ini adalah salah faham seperti puak tarekat yang sangka Syeikh Abdul Qadir Jilani yang mereka seru itu tentulah akan menaungi mereka nanti di akhirat. Tapi itu ada sangkaan yang kosong sahaja.


 

Ayat 44: Kenapa mereka jadi degil?

بَل مَتَّعنا هٰؤُلاءِ وَءآباءَهُم حَتّىٰ طالَ عَلَيهِمُ العُمُرُ ۗ أَفَلا يَرَونَ أَنّا نَأتِي الأَرضَ نَنقُصُها مِن أَطرافِها ۚ أَفَهُمُ الغٰلِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But, [on the contrary], We have provided good things for these [disbelievers] and their fathers until life was prolonged for them. Then do they not see that We set upon the land, reducing it from its borders?¹ Is it they who will overcome?

•See footnote to 13:41.

(MELAYU)

Sebenarnya Kami telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kenikmatan (hidup di dunia) hingga panjanglah umur mereka. Maka apakah mereka tidak melihat bahawasanya Kami mendatangi negeri (orang kafir), lalu Kami kurangi luasnya dari segala penjurunya. Maka apakah mereka yang menang?

 

بَل مَتَّعنا هٰؤُلاءِ وَءآباءَهُم

Sebenarnya Kami telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kenikmatan

Allah mengingatkan kepada kita yang orang-orang yang engkar itu kerana telah banyak nikmat yang Allah telah curahkan kepada mereka. Bukan sahaja kepada mereka tapi kepada tok nenek mereka juga.

Walaupun mereka amalkan syirik, tapi Allah tak ganggu hidup mereka malah memberikan segala macam kenikmatan kepada mereka. Kerana itu mereka rasa mereka tak salah. Pada mereka, kalau mereka buat salah, tentulah hidup mereka akan susah. Mereka tidak faham bahawa kesenangan hidup mereka bukanlah kerana mereka buat perkara yang baik.

Mereka memang dapat banyak nikmat, tapi mereka tidak mengenang segala nikmat yang mereka dapat. Nikmat itu dari Allah tapi mereka tidak sembah hanya Allah. Mereka sembah Allah tapi dalam masa yang sama, mereka sembah juga ilah-ilah yang lain.

Ini adalah tempelak kepada Musyrikin Mekah dan mereka yang sama akidah dengan mereka. Kalau masyarakat kita pun ada seru kepada selain Allah (Nabi, wali dan malaikat), maka mereka pun sama sahaja dengan Musyrikin Mekah.

 

حَتّىٰ طالَ عَلَيهِمُ العُمُرُ

hingga panjanglah umur mereka.

Mereka sentiasa dapat nikmat dari Allah sampaikan mereka panjang umur dan sepanjang umur mereka yang panjang itu mereka tidak melakukan tauhid kepada Allah dan sekarang masa mereka sudah habis. Peluang untuk mereka bertaubat telah habis.

 

أَفَلا يَرَونَ أَنّا نَأتِي الأَرضَ نَنقُصُها مِن أَطرافِها

Maka apakah mereka tidak melihat bahawasanya Kami mendatangi negeri (orang kafir), lalu Kami kurangi luasnya dari segala penjurunya. 

Allah memberitahu yang tanah mereka semakin mengecil. Maksudnya pengaruh mereka yang semakin mengecil. Memang puak Musyrikin Mekah itu asalnya berpengaruh dan banyak penyokong mereka dari kalangan bangsa Arab sekitarnya. Ini adalah kerana mereka menjaga Kaabah dan puak lain banyak letak berhala mereka di Kaabah. Jadi mereka takut nak ganggu orang Mekah.

Tetapi nanti mereka akan kehilangan pengaruh mereka. Ini akan terjadi apabila Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani yang akan berlaku di masa hadapan. Ini disebut dalam Surah al-Fath. Waktu itu, penyokong-penyokong mereka akan semakin berkurangan dan mereka akan rasa sendiri yang kawasan pengaruh mereka semakin sempit. Mereka sudah hilang pengaruh di Tanah Arab sedikit demi sedikit.

Dengan para sahabat sebarkan wahyu, bumi mereka yang buat syirik telah bertukar. Dengan cara diramaikan golongan yang beriman kepada Allah. Maka kita pun kenalah berusaha untuk berdakwah dan sampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia. Semoga semakin ramai yang akan beriman tauhid dan meninggalkan ajaran syirik. Kalau kita tidak jalankan dakwah, maka sampai bila-bila nanti dunia ini akan dikuasai oleh golongan musyrik lah jawabnya.

Kita akan baca di dalam Surah al-Fath nanti bagaimana apabila gencatan senjata dari Perjanjian Hudaibiyah itu telah ditandatangani, maka puak-puak Arab yang dahulunya menghormati Musyrikin Mekah sudah rasa boleh melakukan perjanjian damai dan menyokong puak Islam Madinah.

Allah kata sekarang kepada mereka: tidakkah mereka lihat perkara itu? Ini adalah pemberitahuan tentang perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Allah beritahu awal-awal lagi.

 

أَفَهُمُ الغٰلِبونَ

Maka apakah mereka yang menang?

Adakah mereka rasa yang mereka akan memenangi pertelingkahan mereka dengan umat Islam? Tentu tidak. bermula dari Badr, mereka akan semakin kalah dan kalah.

Walaupun golongan Mekah tak mahu beriman, tapi ramai lagi yang hendak beriman di masa hadapan. Dalam masa yang singkat sahaja telah berubah keadaan Tanah Arab dari ‘wilayah syirik’ menjadi ‘wilayah tauhid’.

Nanti akan sampai beratus ribu bangsa Arab yang akan beriman pada zaman Nabi lagi. Dan nanti apabila para sahabat meneruskan dakwah walaupun setelah Nabi Muhammad wafat, pengaruh Islam semakin berkembang ke seluruh dunia.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 36 – 40 (Manusia minta azab)

Ayat 36:

وَإِذا رَءآكَ الَّذينَ كَفَروا إِن يَتَّخِذونَكَ إِلّا هُزُوًا أَهٰذَا الَّذي يَذكُرُ آلِهَتَكُم وَهُم بِذِكرِ الرَّحمٰنِ هُم كٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when those who disbelieve see you, [O Muḥammad], they take you not except in ridicule, [saying], “Is this the one who mentions [i.e., insults] your gods?” And they are, at the mention of the Most Merciful, disbelievers.

(MELAYU)

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka membuat kamu menjadi olok-olok. (Mereka mengatakan): “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhan-mu?”, padahal mereka adalah orang-orang yang engkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah.

 

وَإِذا رَءآكَ الَّذينَ كَفَروا إِن يَتَّخِذونَكَ إِلّا هُزُوًا

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka membuat kamu menjadi olok-olok.

Ini adalah perangai penentang Rasulullah. Mereka melihat Nabi Muhammad sebagai bahan jenaka sahaja. Mereka tidak nampak pun baginda itu sebagai seorang Nabi. Mereka rasa diri mereka lebih hebat dari baginda. Mereka tengok baginda sebagai seorang yang lekeh sahaja. Baginda miskin, anak yatim pula dan pengikut pun tak ramai. Maka mereka tidak pandang tinggi kepada baginda.

Ini adalah kerana bahagian dari keduniaan baginda kurang dan mereka pula hanya menilai kejayaan dan kehebatan seseorang berdasarkan keduniaan sahaja. Maka mereka melihat baginda sebagai bahan jenaka sahaja.

 

أَهٰذَا الَّذي يَذكُرُ آلِهَتَكُم

“Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhan-mu?”,

Mereka kutuk Rasulullah apabila mereka sesama sendiri. Mereka kata, “takkan orang ini yang berani mencela tuhan-tuhan kamu?” Mereka rasa baginda itu tidak ada apa dan tidak patut kalau Nabi Muhammad itu mengatakan ilah-ilah mereka itu tidak benar. Kalimah يَذكُرُ bermaksud ‘mengingati’ dan juga ‘menyebut’. Dalam ayat ini digunakan maksud ‘menyebut’. Mereka menuduh baginda menyebut nama ilah-ilah mereka dalam nada mengutuk.

Padahal Rasulullah tidak pernah pun mengutuk sembahan-sembahan mereka itu melainkan baginda hanya beritahu bahawa sembahan-sembahan mereka itu tidak ada kuasa untuk memberi manfaat ataupun mudharat kepada mereka. Akan tetapi mereka menganggap kata-kata Rasulullah itu sebagai celaan kepada ilah-ilah mereka.

 

وَهُم بِذِكرِ الرَّحمٰنِ هُم كٰفِرونَ

padahal mereka adalah orang-orang yang engkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah.

Mereka itu adalah orang-orang yang engkar sungguh dengan Allah dan peringatan dari Allah iaitu wahyu Qur’an. Dalam ayat lain disebut, apabila disebut nama Allah ar-Rahman, mereka kata mereka tidak kenal.


 

Ayat 37:

خُلِقَ الإِنسٰنُ مِن عَجَلٍ ۚ سَأُوريكُم آيٰتي فَلا تَستَعجِلونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Man was created of haste [i.e., impatience]. I will show you My signs [i.e., vengeance], so do not impatiently urge Me.

(MELAYU)

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

 

خُلِقَ الإِنسٰنُ مِن عَجَلٍ

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa.

Allah hendak memberitahu yang dalam kejadian diri kita ini, salah satu dari bahan ramuan untuk menjadikan kita adalah sifat tergesa-gesa. Ini adalah salah satu daripada sifat manusia iaitu mahukan sesuatu itu dengan segera. Tak sabar nak tunggu.

Tergesa-gesa sama ada dalam mendapatkan kebaikan atau pun keburukan. Begitulah juga Nabi Muhammad mahu Qur’an diturunkan dengan segera dan Nabi Musa mahu berjumpa dan bercakap dengan Allah dengan segera (disebut dalam Surah Taha). Kedua perkara itu adalah perkara yang baik dalam agama tapi Allah tegur juga kepada Rasul berdua itu kerana mereka mereka tergesa-gesa dan itu tidak patut sebenarnya.

Jadi manusia mahukan apa-apa sahaja dengan segera, tidak kira sama ada ianya perkara dalam kebaikan atau keburukan.

Dan kerana itulah dunia ini lebih laku dan dipandang lebih penting kepada ramai manusia kalau dibandingkan dengan akhirat,  kerana ia adalah sesuatu yang segera yang boleh terus dapat kalau dibandingkan dengan akhirat. Kerana dunia sudah ada depan mata dan boleh dapat terus kalau mahu. Kalau akhirat nampak jauh sahaja.

Dari kecil sampai besar manusia memang tidak sanggup menunggu dan mahukan pemberian dengan segera. Kalau nak ke mana-mana, nak cepat sahaja. Kalau nak berjaya, nak berjaya dengan segera. Kalau nak makan, tak sanggup nak tunggu. Tengoklah anak-anak kita pun, memang tak  sabar. Kalau mereka minta sesuatu, mereka nak waktu itu juga dan kalau lambat beri, mereka akan mengamuk dan membentak.

Jadi walaupun Allah telah menjanjikan berbagai-bagai kehebatan dan nikmat di syurga, tetapi manusia tidak dapat menghargainya kerana perkara itu tidak ada di depan mata. Allah janjikan mahligai besar mana pun, tetap manusia nak rumah di dunia juga. Dan malangnya kadangkala mereka tidak kisah dengan cara apa mereka dapatkan rumah yang besar di dunia. Janji mereka nak dapat dahulu.

Allah menegur perbuatan manusia yang tergesa-gesa dalam menolak kebenaran. Mereka tak dengar dan fikirkan pun apakah yang telah disampaikan. Belum apa-apa lagi mereka terus tolak. Patutnya dengarlah dulu. Walaupun berlawanan dengan fahaman mereka sebelum ini, tapi dengarlah dahulu dan lihatlah apakah hujah yang digunakan.

Kalau ianya masuk akal dan ditambah pula dengan dalil yang sah dari wahyu, maka terimalah. Yang penting, dengar dahulu. Amat penting bagi manusia meminjamkan telinga mereka dahulu.

Lebih teruk lagi, mereka kata Qur’an  bermaksud begini dan begitu, padahal mereka tak belajar pun. Mereka cepat sahaja mencapai konklusi sendiri tanpa fikir panjang, tanpa belajar dengan benar.

Orang-orang yang engkar begitu kurang ajar sampai mereka meminta ditunjukkan ancaman-ancaman kepada mereka. Mereka kata kalau akhirat itu benar, maka tunjukkanlah segera.  Dan Allah berkata ia pasti akan ditunjukkan kepada mereka. Jangan risau, kamu akan dapat juga nanti.

 

سَأُوريكُم آيٰتي فَلا تَستَعجِلونِ

Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

Allah takkan biarkan mereka begitu sahaja. Allah pasti akan tunjukkan azab kepada mereka. Jadi tak payah minta disegerakan azab itu kerana nanti bila sampai masa, ia akan sampai.

Azab pertama yang dikenakan kepada mereka adalah kekalahan dalam Perang Badr. Selepas itu bertimpa-timpa kekalahan yang mereka terima, akhir sekali adalah Penaklukan Mekah oleh umat Islam.


 

Ayat 38: Mereka tergesa-gesa meminta perkara yang mereka tidak patut minta. Ini adalah ayat syikayah.

وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الوَعدُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “When is this promise, if you should be truthful?”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Bilakah janji itu akan datang, jika kamu sekalian adalah orang-orang yang benar?”

 

Orang-orang yang engkar itu mengejek dengan mengatakan bilakah semua janji-janji itu akan dipenuhi? Mereka kononnya nak dipercepatkan azab kepada mereka. Mereka berani cakap begitu kerana mereka tak sangka yang ianya akan berlaku. Mereka tak percaya langsung Qur’an sampai mereka sanggup jadi degil dan tidak risau dengan ancaman.

Maka alangkah terkejutnya mereka nanti apabila mereka melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana rupa azab yang mereka minta dipercepatkan itu. Waktu itu mereka akan menyesal dan waktu itu sudah terlambat.

Soalan ini ditujukan oleh mereka kepada orang-orang mukmin yang berdakwah kepada mereka.


 

Ayat 39: Ini adalah jawab kepada syikayah dalam ayat sebelum ini. Allah beritahu bagaimana keadaan mereka nanti.

لَو يَعلَمُ الَّذينَ كَفَروا حينَ لا يَكُفّونَ عَن وُجوهِهِمُ النّارَ وَلا عَن ظُهورِهِم وَلا هُم يُنصَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If those who disbelieved but knew the time when they will not avert the Fire from their faces or from their backs and they will not be aided…¹

•The completion of the sentence is understood to be “…they would not be asking in disbelief and ridicule to be shown the punishment.”

(MELAYU)

Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui, waktu (di mana) mereka tidak mampu mengelakkan api neraka dari muka mereka dan (tidak pula) dari punggung mereka, sedang mereka (tidak pula) mendapat pertolongan, (tentulah mereka tiada meminta disegerakan).

 

لَو يَعلَمُ الَّذينَ كَفَروا

Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui,

Kalaulah mereka tahu apa yang akan terjadi pada hari itu. Hari apabila azab akan dikenakan kepada mereka.

 

حينَ لا يَكُفّونَ عَن وُجوهِهِمُ النّارَ

waktu (di mana) mereka tidak mampu mengelakkan api neraka dari muka mereka

Pada hari itu, mereka tidak dapat nak angkat tangan mereka untuk menahan api dari muka mereka. Kalimah كَفَّ bermaksud ‘menahan dengan tangan’. Selalunya manusia akan tahan muka mereka dengan tangan kalau sesuatu hampir mengenai mukanya, bukan?

Tapi nanti di akhirat, tangan mereka akan terikat di belakang mereka. Maka mereka tak dapat nak mempertahankan muka mereka dengan tangan. Mereka kena tadah sahaja muka mereka. Allah kata, kalaulah mereka tahu keadaan itu. Kalaulah mereka dapat bayangkan.

Pertama sekali disebut muka kerana mukalah yang pertama sekali dipertahankan oleh manusia jikalau ada bahaya. Allah memberitahu bahawa tangan mereka akan ditahan dari dapat mempertahankan wajah mereka.

 

وَلا عَن ظُهورِهِم

dan (tidak pula) dari punggung mereka, 

Mereka juga tidak dapat menahan bahagian belakang mereka dari dibakar oleh api neraka. Kerana tangan mereka akan terikat. Kalau tangan tidak terikat pun, memang tidak boleh buat apa-apa pun.

 

وَلا هُم يُنصَرونَ

sedang mereka (tidak pula) mendapat pertolongan,

Dan tidak akan ada sesiapa pun yang akan dapat menyelamatkan mereka. Mereka akan berseorangan. Tidak ada yang mahu menolong mereka dan kalau ada yang mahu menolong pun, orang itu tidak dapat menolong. Kalau mereka di dunia ada sahaja yang akan menolong mereka, tapi keadaan itu tidak sama di akhirat kelak.

Muqaddar: kalaulah mereka tahu tentang ini, tentulah mereka tidak akan minta azab disegerakan.

Kalau mereka tahu, tentulah mereka akan beriman dan tidak berani nak buat dosa.


 

Ayat 40:

بَل تَأتيهِم بَغتَةً فَتَبهَتُهُم فَلا يَستَطيعونَ رَدَّها وَلا هُم يُنظَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, it will come to them unexpectedly and bewilder them, and they will not be able to repel it, nor will they be reprieved.

(MELAYU)

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba lalu membuat mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

 

بَل تَأتيهِم بَغتَةً

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba

Azab itu akan datang secara tiba-tiba dan dalam keadaan mereka tidak sangka-sangka. Allah tidak bagi pengumuman sebelum nak bawa datang azab itu. Maka mereka tidak dapat nak bersedia untuk menghadapinya. Memang azab akan datang secara mengejut pun.

Kepada orang yang beriman pun ia akan datang dengan terkejut juga. Tapi orang mukmin sudah bersedia dengan banyak amalan dan akidah yang benar. Jadi mereka tidak menjadi malang kerana mereka sudah ada persediaan.

 

فَتَبهَتُهُم

lalu membuat mereka menjadi panik, 

Dari katadasar ب ه ت yang bermaksud terkejut, tidak tahu apa nak buat lagi, terkesan sangat dengan apa yang berlaku. Azab itu akan mengejutkan mereka sehingga mereka terdiam dalam kepanikan. Kerana mereka terperanjat sangat. Kadang-kadang kita terkejut sangat sampai mulut kita tidak dapat nak kata apa-apa. Sampai mulut jadi bungkam kerana terkejut sangat. Begitulah nanti yang akan terjadi kepada mereka.

 

فَلا يَستَطيعونَ رَدَّها

maka mereka tidak mampu menolaknya

Dari katadasar ر د د yang bermaksud memulangkan, tolak, enggan, elak. Mereka tidak akan dapat menghilangkannya. Tak dapat nak tepis dan nak halang apabila azab itu datang.

Sepatutnya mereka halang azab itu dengan berbuat baik semasa di dunia. Antaranya kenalah berderma dan bersedekah. Kerana itu dapat menyelamatkan manusia dari azab akhirat sebegitu. Tapi mereka tidak buat begitu dan mereka kena terima sahajalah apa yang dikenakan kepada mereka.

 

وَلا هُم يُنظَرونَ

dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

Tidak boleh nak minta tangguh dari azab. Tak boleh nak minta diberhentikan seketika azab itu kerana mereka hendak ambil nafas atau berehat dahulu, tidak.

Mereka juga diberi tangguh untuk beri peluang minta ampun, minta maaf atau perbaiki kesalahan mereka. Kerana sudah terlambat.

Lagi satu tafsir, kalau kita lihat asal kalimah نطر itu adalah ‘melihat’. Mereka tidak akan dipandang langsung. Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan Rahmah dan belas kasihan semasa mereka meminta tolong untuk diselamatkan dari azab itu. Maksudnya Allah tengok pun tidak.

Kalau dalam dunia sekarang, antara cara untuk meningkatkan prihatin manusia kepada masyarakat ataupun kaum yang ditindas, maka akan diambil gambar mereka sedang kelaparan atau mayat yang bergelimpangan dan ditunjukkan di khalayak ramai dalam media untuk menaikkan kasihan dan prihatin manusia kepada mereka.

Akan tetapi kepada ahli neraka itu tidak akan ada sesiapa pun yang akan melihat mereka dan berasa kasihan kepada mereka. Mereka akan dilupakan terus dari ingatan sesiapa pun. Tidak ada sesiapa pun yang akan hiraukan mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya Ayat 31 – 35 (Bintang ada orbit)

Ayat 31: Apabila bumi sudah ada, Allah tambah aksesori pada bumi itu.

وَجَعَلنا فِي الأَرضِ رَوٰسِيَ أَن تَميدَ بِهِم وَجَعَلنا فيها فِجاجًا سُبُلًا لَّعَلَّهُم يَهتَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We placed within the earth firmly set mountains, lest it should shift with them, and We made therein [mountain] passes [as] roads that they might be guided.

(MELAYU)

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.

 

وَجَعَلنا فِي الأَرضِ رَوٰسِيَ

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh

Allah memberitahu bahawa gunung ganang dijadikan olehNya sebagai pasak. Kerana apabila ada gunung, maksudnya ada bahagian dalam tanah yang lebih kuat lagi sebagai pasak bumi.

Atau kalimah رَواسِيَ itu dari kalimah ر س و  yang bermaksud ‘sauh’ di mana apabila kapal hendak berlabuh ia akan menurunkan sauh supaya kapal itu tetap dan stabil pada satu tempat. Kerana jikalau kapal itu tiada sauh, ia akan bergerak.

Dan begitulah alam ini apabila Allah beritahu yang gunung ganang dihancurkan maka alam akan bergerak sana sini dan bercampur baur antara satu sama lain, yang bermaksud sauh yang memberi ketetapan kepada bumi telah diangkat.

 

أَن تَميدَ بِهِم

supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka

Gunung-ganang itu dipasang teguh atas bumi sebagai pasak dan kerana itu ia tidak bergerak. Ia memberi keteguhan kepada bumi. Kalau tidak, bumi akan sentiasa bergoncang.

 

وَجَعَلنا فيها فِجاجًا سُبُلًا

dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, 

Walaupun ada banyak gunung ganang di bumi ini, tetapi Allah jadikan kawasan yang luas diantara gunung ganang itu  ada lembah (Valley) untuk buat jalan. Kita boleh gunakan kawasan itu untuk buat jalan dan dengan jalan itu kita dapat bergerak ke sana sini.

 

لَّعَلَّهُم يَهتَدونَ

agar mereka mendapat petunjuk.

Dengan adanya jalan itu kita boleh bergerak menuju ke tempat-tempat yang jauh dan supaya kita boleh bina tamadun dan bina penempatan.

Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini bukan petunjuk dalam agama tapi adalah berkenaan dengan kehidupan. Allah bukan sahaja beri petunjuk agama tapi Allah juga beri petunjuk dalam kehidupan.


 

Ayat 32:

وَجَعَلنَا السَّماءَ سَقفًا مَّحفوظًا ۖ وَهُم عَن ءآيٰتِها مُعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We made the sky a protected ceiling, but they, from its signs,¹ are turning away.

•The signs present in the heavens.

(MELAYU)

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

 

وَجَعَلنَا السَّماءَ سَقفًا مَّحفوظًا

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara,

Kalimah سقف adalah siling bahagian dalam yang dilihat daripada dalam rumah. Oleh itu apa sahaja yang kita lihat pada langit itu dengan menggunakan teleskop adalah bahagian dalam langit sahaja. Kita tidak dapat nak tengok dari bahagian luar.

Dan مَّحفوظًا bermaksud langit itu terpelihara.  Allah memang buat cara untuk memelihara langit dan dengan itu memelihara bumi sekali. Kerana itu kalau ada meteor yang besar menuju kepada bumi, maka langit akan menghancurkannya dahulu dan kerana itu apabila sampai ke bumi ianya sudah berbentuk batu-batu kecil sahaja dan tidak merbahaya kepada bumi lagi.

Juga dari segi ilmu ghaib, ia bermaksud langit itu terpelihara dari dijelajahi oleh jin untuk mencuri-curi maklumat dari langit. Ada malaikat yang menunggu di langit dengan bebola api yang akan menghalau mana-mana jin yang berani naik ke atas. Ini kerana Allah hendak memastikan yang berita dari langit itu hanya boleh diterima oleh Nabi Muhammad sahaja.

 

وَهُم عَن ءآيٰتِها مُعرِضونَ

sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

Allah telah beri segala bukti tentang kekuasaanNya dan juga Dia telah menceritakan segala jasaNya kepada kita. Tapi masih lagi ramai manusia yang degil yang tidak mahu mengakui keesaan Allah dan tidak mahu taat kepada segala arahanNya.


 

Ayat 33: Allah beri lagi dalil.

وَهُوَ الَّذي خَلَقَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ وَالشَّمسَ وَالقَمَرَ ۖ كُلٌّ في فَلَكٍ يَسبَحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is He who created the night and the day and the sun and the moon; all [heavenly bodies] in an orbit are swimming.

(MELAYU)

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

 

وَهُوَ الَّذي خَلَقَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang,

Allah jadikan malam dan siang. Malam dan siang tidak terjadi sendiri. Kalau kita belajar ilmu sains, mungkin kita belajar yang malam terjadi kerana pusing bumi yang tidak kena pancaran matahari. Tapi kita kena sedar yang pergerakan bumi itu Allah juga yang buat. Maka memang siang dan malam adalah dari perbuatan Allah.

Kerana itu kemudian Allah memberitahu yang Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan.

 

وَالشَّمسَ وَالقَمَرَ

dan matahari dan bulan.

Matahari dan bulan, siang dan malam adalah kejadian alam yang dapat dilihat sepanjang masa. Maka Allah gunakan makhluk-makhluk itu sebagai contoh kekuasaanNya.

Akan tetapi yang menghairankan sedikit, Allah sebut malam dahulu tetapi kemudian Allah sebut matahari dulu sedangkan sepatutnya dari segi susunan, bukankah patutnya disebutkan bulan dahulu (sebab malam berkait dengan bulan)? Kita sentuh perkara ini walaupun nampak kecil sahaja, kerana susunan dalam Qur’an memang ada maknanya dan bukanlah kosong sahaja. Begitu hebat sekali susunan kalimah dalam Qur’an yang memberi pengajaran juga kepada juga.

Ini adalah cubaan untuk menjelaskan perkara ini: Keadaan asal dunia adalah malam (siang hanya ada dengan adanya matahari). Jadi kegelapan itu diubah dengan adanya cahaya. Maka kerana itu Allah sebut malam dahulu sebelum disebut siang kerana Allah nak sebut yang utama dan yang ada dahulu (malam).

Dan antara matahari dan bulan, manakah cahaya yang utama? Bukankah matahari? Maka kerana itu Allah sebut matahari sebelum bulan kerana ianya adalah sumber cahaya yang utama dahulu.

 

كُلٌّ في فَلَكٍ يَسبَحونَ

Masing-masing dalam orbitnya berenang.

Kalimah فَلَكٍ bermaksud berpusing dan bergerak di dalam bulatan dan kita terjemahkan sebagai ‘orbit’. Maknanya bumi, bulan dan juga matahari semuanya ada orbit masing-masing. Semuanya يَسبَحونَ (berenang) dalam orbit. Mereka kena bergerak dalam orbitnya dan jika tidak, maka akan bertebaranlah bintang-bintang itu. Sebagaimana benang tenunan kena bergerak dalam lubang penenun, begitulah juga bintang-bintang kena bergerak dalam orbitnya.

Maknanya langit dan bumi, bulan dan matahari itu semuanya mengikut arahan Tuhan. Maka kenapa kalau makhluk yang lebih besar dari kita boleh taat kepada Allah tetapi kita yang kerdil tidak mahu taat kepada Allah dan menyombongkan diri pula? Jadi Allah nak perli manusia dalam ayat ini.


 

Ayat 34:

وَما جَعَلنا لِبَشَرٍ مِّن قَبلِكَ الخُلدَ ۖ أَفَإِين مِتَّ فَهُمُ الخٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not grant to any man before you eternity [on earth]; so if you die – would they be eternal?

(MELAYU)

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?

 

وَما جَعَلنا لِبَشَرٍ مِّن قَبلِكَ الخُلدَ

Kami tidak menjadikan bagi seorang manusia pun sebelum kamu hidup abadi 

Pemuka Musyrikin Mekah itu kata sesama mereka, jangan risaukan tentang Nabi Muhammad kerana nanti baginda akan mati juga dan ajaran baginda itu akan mati bersamanya. Maka Allah memberitahu bahawa memang manusia pasti akan mati. Termasuk rasul-rasul yang dahulu pun mati juga dan Nabi Muhammad pun memang akan mati. Jadi tidak perlu nak diperdebatkan.

Maka ini memberi isyarat kepada kita yang Nabi Muhammad memang telah mati. Maka kalau ada fahaman yang kata baginda tidak mati, maka itu adalah ajaran sesat. Malangnya ramai juga yang berfahaman begini (fahaman hayati). Fahaman inilah yang kata kalau buat majlis tahlil, Nabi datang; kalau buat qasidah, Nabi jenguk; kalau marhaban pun mereka kata Nabi datang juga, siap ada tempat yang sediakan kerusi untuk baginda! Ini jahil sangat.

Dan ini juga menjadi dalil yang Nabi Khidr juga telah wafat. Malangnya ramai dari kalangan orang Islam yang berpegangan yang Nabi Khidr tidak mati-mati lagi. Ini adalah fahaman yang lemah dan tidak patut dilayan. Hujah yang diberikan adalah lemah dan boleh dibaca di sini.

 

أَفَإِين مِتَّ فَهُمُ الخٰلِدونَ

maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?

Tapi kalau pun Nabi Muhammad itu mati, adakah mereka sangka yang mereka akan hidup selamanya? Mereka rasa mereka akan selamatkah apabila mereka mati nanti?

Adakah mereka juga sangka yang agama Allah ini akan mati sekali dengan wafatnya Nabi Muhammad? Lihatlah sekarang bagaimana Nabi Muhammad sudah lama wafat, tapi agama Islam ini tetap berkembang sahaja. Kerana Allah masih ada dan Allah akan jaga agamaNya ini. Maka hujah mereka ditolak dalam ayat ini.

Maka kita juga jangan rasa agama ini memerlukan kita sangat. Kalau Nabi Muhammad wafat pun agama masih berkembang, apatah lagi kalau kita tiada. Jangan rasa kitalah penyelamat agama ini pula. Kita ini tidak ada apa-apa. Kalau kita tidak ada, agama ini tetap berjalan. Jangan perasan diri itu hebat sangat.


 

Ayat 35:

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ ۗ وَنَبلوكُم بِالشَّرِّ وَالخَيرِ فِتنَةً ۖ وَإِلَينا تُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned.

(MELAYU)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

 

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ

Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.

Memang semua yang hidup pasti akan merasai mati. Tidak akan ada yang akan terkecuali. Maka tidak boleh kita katakan yang ada makhluk yang kekal abadi.

 

وَنَبلوكُم بِالشَّرِّ وَالخَيرِ فِتنَةً

Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan

Kalimah فتن dari segi bahasa asalnya adalah perbuatan membersihkan emas dimana emas itu akan dibakar dengan api untuk membuang bahan-bahan lain yang bukan emas. Ini memberi makna yang manusia akan diuji dengan kuat. Allah menguji manusia untuk melihat siapakah yang sabar dengan ujian dan siapakah yang berputus ada.

Dan ujian itu pula adalah dengan kesusahan dan kesenangan. Kalau ujian dalam bentuk kesusahan kita fahamlah, tapi bagaimana pula ujian dalam bentuk kesenangan? Bukankah kalau kesenangan itu adalah nikmat? Ini yang ramai salah faham. Kita kena faham yang susah adalah ujian dan kesenangan juga adalah ujian.

Kadang-kadang kerana kesenangan yang berlebihan akan menyebabkan manusia leka dengan kesenangan dan melupakan dirinya dan agama. Kerana mereka rasa senang dan cukup, sampaikan mereka tidak rasa memerlukan orang lain termasuk Allah pun.

Dan mungkin kesenangan adalah ujian yang lebih berat dari kesusahan. Kerana selalunya bila orang susah, dia akan ingat Tuhan selalu kerana dia banyak berdoa dan berharap kepada Allah. Tapi tengoklah bila dia tiba-tiba jadi senang…bagaimana perubahan mendadak pada dirinya akan terjadi. Selalu kita lihat, bukan?

Maka kenalah kita ingat bahawa kesusahan dan kesenangan yang diberikan kepada kita adalah ujian dan bukan balasan (dan bukan tanda Allah sayang kita). Maka jangan kita sangka orang yang kaya itu kerana mereka itu insan-insan yang terpilih melainkan kita kena sedar bahawa kesenangan yang mereka rasa itu adalah ujian bagi mereka. Kita kena ingat yang balasan sepenuhnya adalah di akhirat kelak. Itulah balasan yang sebenarnya.

 

وَإِلَينا تُرجَعونَ

Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Kita kena sentiasa ingat yang akhirnya kita akan kembali mengadap Allah sama ada kita mahu atau tidak, bersedia atau tidak. Dan balasan sempurna hanya akan didapati di akhirat apabila kita bertemu dengan Allah. Waktu itu pengadilan akan dilakukan dan Allah akan balas sesuai dengan amalan manusia.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain