9. Isikan masa lapang dengan perkara bermanfaat

9. Isikan masa lapang dengan perkara bermanfaat

Jangan biarkan otak anda kosong tanpa arah, kerana ia boleh menyebabkan anda akan melakukan perkara yang sia-sia dan lebih teruk lagi kalau anda melakukan perkara yang salah! Hati perlu ada keinginan untuk melakukan perkara kebaikan, bukannya untuk duduk-duduk melepak sahaja seperti golongan Munafik yang disebut di dalam Tawbah:87

رَضوا بِأَن يَكونوا مَعَ الخَوالِفِ
Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak berperang,

Tafsir: golongan munafik ditegur di dalam ayat ini kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka untuk pergi berjihad bersama Rasulullah ﷺ. Mereka lebih rela duduk bersenang-senang bersama golongan yang sakit, wanita dan kanak-kanak yang tidak mampu berperang.

Waktu tidak ada kerjalah yang akan memudahkan kita rasa bersedih kerana fikiran kita akan menerawang memikirkan banyak perkara-perkara yang menyedihkan. Waktu itu mulalah teringat tentang kesilapan masa lalu, kehilangan orang yang disayangi, dan macam-macam lagi.

Waktu tidak ada kerjalah yang membolehkan syaitan menghasut manusia untuk melakukan perkara-perkara yang buruk. Bak kata pepatah Inggeris: ‘The devil makes work for idle hands’

Antara mereka yang ada masalah ini adalah golongan yang diduga dengan penyakit was-was. Mereka menjadi risau tidak berkesudahan memikirkan amalan ibadah mereka, sampaikan mereka mengulang-ngulang ibadah wudhu, mandi wajib dan solat mereka. Ini terjadi jikalau mereka melayan hasutan di dalam kepala mereka itu sampaikan hidup mereka menjadi susah kerananya. Kerana itu penting bagi mereka yang ada masalah ini untuk menyibukkan diri mereka dengan hal-hal lain supaya tidak sempat sangat melayan perasaan gundah gelana mereka itu.

Oleh itu pastikan penuhi hari anda dengan yang aktiviti sihat seperti solat, membaca buku, berzikir, mengkaji, menulis, mengemas rumah, atau apa-apa sahaja perkara bermanfaat yang anda mampu lakukan. Lakukan apa sahaja, jangan duduk termenung sahaja.


 

Tulisan Asal Penulis: 

اُطْرُدِ الْفَرَاغَ بِالْعَمَلِ

Isi Waktu Luang Dengan Kesibukan Kerja!

الْفَارِغُونَ فِي الْحَيَاةِ هُمْ أَهْلُ الْأَرَاجِيفِ وَالشَّائِعَاتِ. لِأَنَّ أَذْهَانَهُمْ مُوَزَّعَةٌ

Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi penyebar isu dan desas desus yang tak bermanfaat. Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang dan tak tahu arah. Allah berfirman di dalam Tawbah:87﴿

رَضُوا بِأَنْ يَكُونُوا مَعَ الْخَوَالِفِ
Mereka rela berada bersama orang-orang yang tidak berperang

إِنَّ أَخْطَرَ حَالَاتِ الذِّهْنِ يَوْمَ يَفْرُغُ صَاحِبُهُ مِنَ الْعَمَلِ، فَيَبْقَى كَالسَّيَّارَةِ الْمُسْرِعَةِ فِي انْحِدَارٍ بِلَا سَائِقٍ، تَجْنَحُ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ

Keadaan fikiran yang paling berbahaya adalah apabila seseorang itu langsung tidak melakukan sebarang kerja. Fikirannya akan jadi seperti kereta terbabas yang memecut di jalan curam tanpa pemandu, terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan.

يَوْمَ تَجِدُ فِي حَيَاتِكَ فَرَاغًا فَتَهَيَّأْ حِينَئِذٍ لِلْهَمِّ وَالْغَمِّ وَالْفَزَعِ. لِأَنَّ هَذَا الْفَرَاغَ يَسْحَبُ لَكَ كُلَّ مَلَفَّاتِ الْمَاضِي، وَالْحَاضِرِ، وَالْمُسْتَقْبَلِ مِنْ أَدْرَاجِ الْحَيَاةِ

Apabila anda mula rasa ada kekosongan dalam hidup, bersiap sedialah untuk berdepan dengan rasa resah, sedih, dan takut. Ini kerana kekosongan itulah yang akan membongkar semula semua fail masa lalu, masa kini, dan masa depan daripada laci kehidupan anda.

فَيَجْعَلُكَ فِي أَمْرٍ مَرِيجٍ، وَنَصِيحَتِي لَكَ وَلِنَفْسِي أَنْ تَقُومَ بِأَعْمَالٍ مُثْمِرَةٍ بَدَلًا مِنْ هَذَا الِاسْتِرْخَاءِ الْقَاتِلِ لِأَنَّهُ وَأْدٌ خَفِيٌّ، وَانْتِحَارٌ بِكَبْسُولٍ مُسَكِّنٍ

Maka ia akan membuatkan hidup anda dalam keadaan huru-hara dan bercelaru. Nasihat saya untuk anda dan diri saya sendiri ialah lakukanlah kerja-kerja yang membuahkan hasil, bukannya bersenang-lenang secara berlebihan yang membunuh ini. Ini kerana ia merupakan pembunuhan senyap dan tindakan membunuh diri secara perlahan melalui “ubat penenang”.

إِنَّ الْفَرَاغَ أَشْبَهُ بِالتَّعْذِيبِ الْبَطِيءِ الَّذِي يُمَارَسُ فِي سُجُونِ الصِّينِ بِوَضْعِ السَّجِينِ تَحْتَ أُنْبُوبٍ يَقْطُرُ كُلَّ دَقِيقَةٍ قَطْرَةً، وَفِي فَتَرَاتِ انْتِظَارِ هَذِهِ الْقَطَرَاتِ يُصَابُ السَّجِينُ بِالْجُنُونِ

Kekosongan (tiada kerja) itu ibarat seksaan perlahan yang dijalankan di penjara-penjara China, di mana banduan diletakkan di bawah tiub yang menitiskan air setiap minit; semasa menunggu titisan air tersebut, banduan boleh menjadi gila.

الرَّاحَةُ غَفْلَةٌ، وَالْفَرَاغُ لِصٌّ مُحْتَرِفٌ، وَعَقْلُكَ هُوَ فَرِيسَةٌ مُمَزَّقَةٌ لِهَذِهِ الْحُرُوبِ الْوَهْمِيَّةِ

Rasa selesa yang melampau adalah satu kelalaian, masa lapang yang tidak dimanfaatkan ialah pencuri yang mahir, dan akal fikiran anda pula menjadi mangsa yang robek akibat “peperangan angan-angan” ini.

إِذًا قُمْ الْآنَ صَلِّ أَوْ اقْرَأْ، أَوْ سَبِّحْ، أَوْ طَالِعْ، أَوْ اكْتُبْ، أَوْ رَتِّبْ مَكْتَبَكَ، أَوْ أَصْلِحْ بَيْتَكَ، أَوْ انْفَعْ غَيْرَكَ، حَتَّى تَقْضِيَ عَلَى الْفَرَاغِ، وَإِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ

Oleh itu, bangunlah sekarang! Dirikan solat, membaca, bertasbih, menelaah, menulis, mengemas meja kerja anda, membaiki rumah, atau berilah manfaat kepada orang lain supaya anda dapat menghapuskan masa lapang yang sia-sia ini. Sesungguhnya saya sekadar memberi nasihat yang baik untuk anda.

اذْبَحِ الْفَرَاغَ بِسِكِّينِ الْعَمَلِ، وَيَضْمَنُ لَكَ أَطِبَّاءُ الْعَالَمِ 50% مِنَ السَّعَادَةِ مَقَابِلَ هَذَا الْإِجْرَاءِ الطَّارِئِ فَحَسْبُ، انْظُرْ إِلَى الْفَلَّاحِينَ وَالْخَبَّازِينَ وَالْبَنَّائِينَ يُغَرِّدُونَ بِالْأَنَاشِيدِ كَالْعَصَافِيرِ فِي سَعَادَةٍ وَرَاحَةٍ وَأَنْتَ عَلَى فِرَاشِكَ تَمْسَحُ دُمُوعَكَ وَتَضْطَرِبُ لِأَنَّكَ مَلْدُوغٌ

Sembelihlah kekosongan itu dengan “pisau” kesibukan kerja, nescaya pakar-pakar perubatan dunia menjaminkan 50% kebahagiaan untuk anda hanya melalui langkah kecemasan ini. Lihatlah para petani, pembuat roti, dan tukang bina; mereka menyanyi riang seperti burung-burung dalam kebahagiaan dan ketenangan, sedangkan anda di atas katil meratapi nasib sambil memadam air mata dan gelisah bagai disengat kepingan kesakitan.

Published by

Unknown's avatar

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a comment