Tafsir Surah Naml Ayat 89 – 93 (Pergi tapi akan kembali)

Ayat 89: Ini adalah-undang undang di akhirat dan ayat ini mengandungi berita gembira.

مَن جاءَ بِالحَسَنَةِ فَلَهُ خَيرٌ مِّنها وَهُم مِن فَزَعٍ يَومَئِذٍ آمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever comes [at Judgement] with a good deed will have better than it, and they, from the terror of that Day, will be safe.

(MELAYU)

Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka dia memperoleh (balasan) yang lebih baik dari padanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu.

 

مَن جاءَ بِالحَسَنَةِ فَلَهُ خَيرٌ مِّنها

Barangsiapa yang membawa kebaikan, maka dia memperoleh (balasan) yang lebih baik dari padanya

Sesiapa yang datang dengan bawa amal kebaikan akan dapat balasan yang baik dari Allah. Sekurang-kurangnya datang dengan bawa kalimah tauhid kerana mungkin ada yang tidak sempat beramal ibadat kerana dia masuk Islam sahaja dan terus mati.

Dan Allah gunakan ta marbootah  pada kalimah الحَسَنَةِ itu merujuk kepada setiap satu daripada amal kebaikan itu. Maknanya satu amal kebaikan pun akan tetap dibalas baik.

Dan ada ال juga kepada kalimah الحَسَنَةِ itu menunjukkan Allah kenal amal kebaikan itu setiap satunya dan Allah menghargainya. Maka jangan sangka satu amal kebaikan mana-mana pun tiada harga.

Allah beritahu yang apabila mereka datang walaupun bawa satu kebaikan amalan, Allah akan balas dengan balasan yang lebih baik daripada amalan itu. Maknanya Allah bukan bayar setimpal tetapi Allah akan balas dengan balasan yang berkali-kali ganda lebih baik.

 

وَهُم مِن فَزَعٍ يَومَئِذٍ آمِنونَ

sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu.

Dan mereka itu akan aman daripada ketakutan yang amat sangat iaitu Hari Kiamat. Mereka tidak takut kerana mereka datang kepada Allah dengan akidah tauhid. Seperti disebut dalam ayat lain:

{أَفَمَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ خَيْرٌ أَمْ مَنْ يَأْتِي آمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ}

Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari kiamat. (Fussilat: 40)

Dan mereka akan selamat kerana orang beriman tidak akan menghadapi Hari Kiamat itu. Kerana ianya amat dahsyat, Allah tidak kenakan kedahsyatan hari itu kepada orang beriman. Maka Allah akan matikan orang beriman dengan angin yang lembut. Supaya orang-orang kafir sahaja yang akan menghadapinya. Ayat ini sama seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{لَا يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الأكْبَرُ}

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat). (Al-Anbiya: 103)


 

Ayat 90: Dan ini pula adalah terbalik dari ayat sebelum ini. Maka ini adalah berita menakutkan. Selepas Allah beri berita gembira, Allah beri berita menakutkan. Ini adalah imbangan.

وَمَن جاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّت وُجوهُهُم فِي النّارِ هَل تُجزَونَ إِلّا ما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever comes with an evil deed¹ – their faces will be overturned into the Fire, [and it will be said], “Are you recompensed except for what you used to do?”

  • Without having repented. It may refer generally to any sin or more specifically to association of another with Allāh.

(MELAYU)

Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan.

 

وَمَن جاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّت وُجوهُهُم فِي النّارِ

Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka.

Ini pula kepada mereka yang pulang ke akhirat dengan bawa amal perbuatan yang buruk. Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Anas ibnu Malik, Ata, Sa’id ibnu Jubair, Ikrimah, Mujahid, Ibrahim An-Nakha’i, Abu Wa’il, Abu Saleh, Muhammad ibnu Ka’b, Zaid ibnu Aslam, Az-Zuhri, As-Saddi, Ad-Dahhak, Al-Hasan, Qatadah, dan Ibnu Zaid, semuanya mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Dan barang siapa yang membawa kejahatan. (An-Naml: 90) bahawa yang dimaksudkan adalah ‘kemusyrikan’.

Kalimah فَكُبَّت itu bermaksud mereka akan dijatuhkan muka dahulu ke dalam neraka. Mereka akan jatuh atas muka mereka dahulu apabila sampai ke dasar neraka. Dan ini amat menakutkan sekali.

 

هَل تُجزَونَ إِلّا ما كُنتُم تَعمَلونَ

“Adakah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan?”

Dan akan dikatakan kepada mereka: “adakah ini balasan yang setimpal yang dikenakan kepada kamu?” Kata-kata ini adalah azab rohani kerana untuk menyakitkan hati mereka. Sudahlah tubuh disakitkan, malah hati juga disakitkan. Diingatkan kepada mereka yang mereka memang patut kena azab itu kerana amalan mereka semasa di dunia.


 

Ayat 91: Ayat Dalil Wahyi. Bermaksud arahan dari Allah kepada Nabi dan orang mukmin. Ini bermakna, kita yang sampaikan ajaran Tauhid kepada manusia adalah kerana arahan dari Allah. Maka orang yang disampaikan ajaran Tauhid itu janganlah marah.

إِنَّما أُمِرتُ أَن أَعبُدَ رَبَّ هٰذِهِ البَلدَةِ الَّذي حَرَّمَها وَلَهُ كُلُّ شَيءٍ ۖ وَأُمِرتُ أَن أَكونَ مِنَ المُسلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Say, O Muḥammad], “I have only been commanded to worship the Lord of this city,¹ who made it sacred and to whom [belongs] all things. And I am commanded to be of the Muslims [i.e., those who submit to Allāh]

  • Or region, meaning Makkah and its surroundings.

(MELAYU)

Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

 

إِنَّما أُمِرتُ أَن أَعبُدَ رَبَّ هٰذِهِ البَلدَةِ

Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini

Negeri yang dimaksudkan adalah Mekah. Allah memberi penghormatan kepada Mekah dalam ayat ini. Allah menisbahkan DiriNya sebagai ‘Tuhan Mekah’, padahal Dia adalah Tuhan sekalian alam, bukan Mekah sahaja, bukan? Ini seperti juga yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ. الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ}

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka’bah), Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Quraisy: 3-4)

Maka Nabi Muhammad disuruh memberitahu umat baginda yang baginda diarahkan oleh Allah untuk menghambakan diri dan beribadah hanya kepada Allah sahaja.

 

الَّذي حَرَّمَها

Yang telah menjadikannya suci 

‘Haram’ itu maksudnya diharamkan untuk dilakukan segala perbuatan syirik di dalamnya. Maka Mekah adalah Tanah Suci yang diharamkan dilakukan kesyirikan di dalamnya. Ianya juga dikenali sebagai ‘Tanah Haram’ bermaksud haram untuk melakukan perkara dosa di dalamnya.

Di mana-mana pun haram melakukan dosa tapi ada kedudukan istimewa pada Tanah Haram. Ada undang-undang khusus untuk Mekah. Rasulullah Saw. telah bersabda pada hari jatuhnya Kota Mekah:

“إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ، فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، لَا يُعضَد شَوْكُهُ، وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ، وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتُه إِلَّا لِمَنْ عَرَّفَهَا، وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهَا”

Sesungguhnya negeri ini telah disucikan oleh Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Maka negeri ini, (Mekah) adalah suci kerana disucikan oleh Allah sampai hari kiamat; duri-durinya tidak boleh dicabut, haiwan buruannya tidak boleh diburu, dan barang temuannya tidak boleh dipungut kecuali oleh orang yang hendak mengumumkannya, dan tetumbuhannya tidak boleh ditebangi. Hingga akhir hadis.

Surah ini adalah Surah Makkiyah dan waktu itu telah diberi isyarat yang umat Islam kena berhijrah meninggalkan Mekah, tetapi dalam masa yang sama menyebut tentang haramnya Ka’bah itu untuk dilakukan sembahan kepada yang lain.

Maka ini memberi isyarat yang baginda dan umat Islam akan datang kembali untuk membersihkannya dari syirik. Sudah ada isyarat dalam ayat ini yang Mekah akan ditakluki oleh Muslim. Dan ini adalah berita baik kepada para sahabat yang sedang ditindas pada waktu itu.

 

وَلَهُ كُلُّ شَيءٍ

dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, 

Dan Allah memiliki segala benda dan memberi tempelak kepada Musyrikin Mekah yang rasa mereka menguasai Mekah dan Kaabah itu, tetapi sebenarnya mereka tidak berkuasa penuh. Allah ingatkan yang kuasa penuh ada padaNya. Maka jangan berlagak wahai Musyrikin Mekah.

 

وَأُمِرتُ أَن أَكونَ مِنَ المُسلِمينَ

dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Kelebihan menjadi Muslim banyak disebut di dalam surah ini. Memberi isyarat dan peringatan kepada pembaca Al-Qur’an yang mereka hendaklah menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuhnya.

Maka kena faham maksud ‘Muslim’ itu, iaitu menyerahkan sepenuh diri kepada Allah. Kena taat kepada suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Jadi kalau gelar diri ‘Muslim’ tapi tidak taat kepada perintahNya, maka tidak kena sebenarnya.


 

Ayat 92: Apa lagi arahan yang diberikan kepada Rasulullah dan umat Islam?

وَأَن أَتلُوَ القُرآنَ ۖ فَمَنِ اهتَدىٰ فَإِنَّما يَهتَدي لِنَفسِهِ ۖ وَمَن ضَلَّ فَقُل إِنَّما أَناْ مِنَ المُنذِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to recite the Qur’ān.” And whoever is guided is only guided for [the benefit of] himself; and whoever strays – say, “I am only [one] of the warners.”

(MELAYU)

Dan supaya aku membacakan Al Qur’an (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya dia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: “Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan”.

 

وَأَن أَتلُوَ القُرآنَ

Dan supaya aku membacakan Al Qur’an (kepada manusia). 

Dan Nabi Muhammad disuruh untuk membacakan dan menyampaikan Al-Qur’an ini kepada manusia. Maka itulah yang Nabi Muhammad telah lakukan. Tidak ada satu pun ayat Al-Qur’an yang baginda tinggalkan dari disampaikan kepada umat.

Maka baginda telah menjalankan tugas baginda, bagaimana pula dengan kita? Kerana kita kena sambung tugas Rasulullah. Adakah kita telah mula membacakan ayat-ayatNya kepada manusia? Bagaimana nak buat kalau belum belajar tafsir Al-Qur’an lagi sampai habis?

Kerana maksud ‘bacakan’ bukanlah mendendangkan bacaan Al-Qur’an sahaja tapi menyampaikan ajarannya kepada manusia. Maka hendaklah kita mulakan dengan habiskan belajar tafsir Al-Qur’an ini. Kena simpan niat untuk habiskan dan setiap hari kena ada ayat yang kita belajar maksudnya.

Penting kena habiskan belajar kerana semua ayat-ayat Al-Qur’an kena dipelajari, barulah dapat pemahaman penuh. Kerana kalau tahu separuh-separuh sahaja, takut ada salah faham pula.

 

فَمَنِ اهتَدىٰ فَإِنَّما يَهتَدي لِنَفسِهِ

Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya dia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, 

Siapa yang menerima Al-Qur’an, memahami dan mengamalkannya, maka dia telah memberi kebaikan kepada dirinya sendiri. Iaitu terpimpin dengan Al-Qur’an itu.

Dia sahaja yang mendapat hidayah. Maknanya, dia tidak boleh nak beri hidayah itu kepada orang lain. Sama ada isteri atau anak pinaknya. Anak pinaknya kena belajar sendiri. Maka kalau anak ulama atau anak ustaz, belum tentu selamat lagi. Kena sama-sama belajar Al-Qur’an. Yang sudah belajar, maka kena ajar kepada anak isterinya.

Maka keturunan sesiapa pun tidak penting. Yang penting adalah iman. Maka jangan terpesona dengan golongan yang membanggakan diri dengan keturunan mereka yang terkait dengan Nabi seperti golongan Syiah dan Habib. Apa guna ada tali keturunan dengan baginda kalau ajaran yang dibawa bukan ajaran baginda?

 

وَمَن ضَلَّ فَقُل إِنَّما أَناْ مِنَ المُنذِرينَ

dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: “Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan”.

Tetapi kalau manusia masih juga menolak hidayah dan memilih kesesatan, maka beritahu kepada mereka yang tugas kamu hanya menyampaikan peringatan dan ancaman kepada mereka sahaja. Ini kerana Allah telah memberi isyarat yang Musyrikin Mekah itu telah buat rancangan untuk membunuh baginda dan baginda kena ingatkan kepada mereka yang tugas baginda hanyalah menyampaikan sahaja. Janganlah marah kalau baginda sampaikan ajaran Tauhid. Takkan sampai nak bunuh pula?

Allah kata tugas Nabi adalah memberi ancaman tetapi beri ancaman dengan apa kalau bukan dengan Al-Qur’an? Maka kerana itulah kita kena menyampaikan Al-Qur’an ini kepada manusia dengan mengajar mereka tafsir Al-Qur’an.

Kalau mereka tolak tidak mahu terima, maka kita bolehlah berhujah depan Allah yang kita sudah sampaikan. Tapi kalau kita tidak sampaikan lagi, bagaimana? Apa nak jawab waktu itu?


 

Ayat 93: Ini adalah penutup surah ini. Allah suruh beri pesanan terakhir.

وَقُلِ الحَمدُ ِللهِ سَيُريكُم ءآيٰتِهِ فَتَعرِفونَها ۚ وَما رَبُّكَ بِغٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And say, “[All] praise is [due] to Allāh. He will show you His signs, and you will recognize them. And your Lord is not unaware of what you do.”

(MELAYU)

Dan katakanlah: “Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan”.

 

وَقُلِ الحَمدُ ِللهِ

Dan katakanlah: “Segala puji bagi Allah,

Sentiasalah puji Allah. Dalam keadaan apa pun. Apa-apa saja masalah yang dihadapi dalam menyampaikan Al-Qur’an kepada manusia, maka sebutlah alhamdulillah.

Juga bermaksud menghargai Allah sebagaimana yang sepatutnya. Kita kena puji Allah sahaja kerana segala pujian kembali kepada Allah. Ini telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam Surah Fatihah.

 

سَيُريكُم ءآيٰتِهِ فَتَعرِفونَها

Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, 

Memang akan ada manusia yang tidak mahu percaya dan beriman dengan ajaran Al-Qur’an. Maka Allah suruh Rasulullah berpesan yang apa-apa yang mereka tidak percaya itu mereka akan dapat melihatnya nanti. Dan apabila mereka melihatnya nanti meraka akan tahu yang ia adalah benar.

Tapi tidak tahu sama ada ia akan terjadi di dunia atau di akhirat. Yang pasti, mereka akhirnya akan nampak kebenaran di depan mata mereka. Waktu itu mungkin sudah terlambat untuk ubah sikap.

Ia juga bermaksud yang manusia akan melihat kebenaran Al-Qur’an ini di dalam alam ini. Ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ}

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu adalah benar. (Fussilat: 53)

Maknanya, Allah bukan cakap kosong sahaja, tapi tanda-tanda dan dalil boleh dilihat di mana-mana. Asalkan manusia mahu membuka mata hati mereka.

 

وَما رَبُّكَ بِغٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan”.

Allah tidaklah alpa dari apa sahaja yang manusia lakukan. Maksudnya, pasti Allah akan balas kerana Allah rekodkan kesemua perbuatan manusia itu. Jadi jangan sangka yang amalan dan penentangan manusia terhadap Islam itu Allah biarkan sahaja. Allah pasti akan balas dengan balasan setimpal. Jadi ini adalah ancaman dari Allah.

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah an-Naml. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Qasas.

Kemaskini: 9 Jun 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s