Ayat 86:
فَلَولا إِن كُنتُم غَيرَ مَدينينَ
Sahih International
Then why do you not, if you are not to be recompensed,
Maka kenapa kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), –
Menurut Ibnu Abbas r.a. makna madinin ialah ‘dihisab’. Ia dari kata dasar د ي ن dan kalimah ad-deen juga dari katadasar yang sama. Salah satu dari maksud deen adalah balasan di akhirat kelak.
Allah cabar orang yang sangka mereka hebat sangat, tidak perlu kepada Allah, tidak perlu nak ikut wahyu. Mereka juga tidak percaya kepada Kebangkitan Semula di mana mereka akan dihisab dan dibalas atas kesalahan yang mereka telah lakukan.
Maka Allah berfirman dalam ayat ini: Kalaulah kamu rasa yang kamu tidak akan dibalas di akhirat kelak dengan segala perbuatan dan amalan kamu semasa di dunia.
Ayat 87: Kalau mereka sangka mereka tidak akan dihisab, apa yang Allah cabar mereka?
تَرجِعونَها إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Sahih International
Bring it back, if you should be truthful?
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
Sekiranya kamu hebat sangat ada kuasa, apa kata kamu tahan nyawa itu dari tercabut. Suruh nyawa atau roh manusia yang hampir hendak meninggalkan tubuh manusia itu kembali ke dalam tubuh orang itu. Jangan bagi malaikat maut itu meneruskan tugasnya mencabut nyawa orang itu.
Sekiranya kamu bebas dari dikuasai oleh Allah, buatlah! Tapi tidak, semua kita dikuasai oleh Allah. Tentu tidak ada sesiapa yang mampu nak masukkan balik roh itu ke dalam badan. Kamu pun tahu yang kamu tidak dapat kuasa nyawa manusia. Ianya di tangan Allah. Maka kenapa kamu tidak yakin yang Allah juga berkuasa untuk menjadikan hari Kiamat dan Mahsyar nanti?
Maka pengajarannya, kalau kamu tidak dapat kuasai roh itu, maka ketahuilah yang Allah yang menguasainya. Dan kalau Allah boleh kawal untuk memasukkan dan mengeluarkan roh, maka ingatlah yang Allah boleh memasukkan roh itu semula apabila hari kebangkitan semula.
Ayat 88: Inilah tiga keadaan yang dialami oleh manusia ketika menghadapi sakaratul maut. Dia akan tergolong dalam salah satu dari tiga golongan sahaja. Ini kena rujuk semula pembahagian manusia kepada tiga golongan di awal surah ini.
Mereka bukan sahaja dibahagikan kepada tiga golongan berbeza akan tetapi nasib yang akan mereka terima juga adalah berlainan antara satu sama lain.
فَأَمّا إِن كانَ مِنَ المُقَرَّبينَ
Sahih International
And if the deceased was of those brought near to Allah ,
Kesudahannya: jika dia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
Di awal surah ini telah disebut siapakah yang digelar muqarrabin atau musabiqun itu. Jika orang itu semasa hidupnya mengerjakan semua kewajipan yang Allah tentukan dan meninggalkan hal-hal yang diharamkan, menjadi orang pertama yang beriman, maka dia akan termasuk golongan yang dihampirkan dengan Allah. Mereka ini adalah golongan yang teramat istimewa.
Ayat 89: Maka apakah balasan baginya?
فَرَوحٌ وَرَيحانٌ وَجَنَّتُ نَعيمٍ
Sahih International
Then [for him is] rest and bounty and a garden of pleasure.
Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
فَرَوْحٌ
Maka ketenangan baginya;
Ia dari kata dasar ر و ح yang juga menjadi kata dasar juga bagi ruh. Antara lain maksud ر و ح adalah angin petang yang menyegarkan dan menenangkan. Ibnu Abbas menceritakan bahawa maksudnya adalah istirehat dan tenang. Iaitu tenang semasa mati.
Sa’id ibnu Jubair dan As-Saddi mengatakan bahawa makna yang dimaksudkan ialah ‘terbebas’. Iaitu bebas dan segala masalah dan belenggu.
وَرَيْحَانٌ
dan satu kepuasan;
Kalimah رَيْحَانٌ juga diambil dari kata dasar ر و ح seperti kalimah sebelum ini. Qatadah mengatakan maknanya adalah rahmat. Ibnu Abbas, Mujahid, dan Sa’id ibnu Jubair mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya, “Raihan” ertinya rezeki. Iaitu rezeki yang baik.
Pendapat-pendapat yang telah disebutkan di atas satu sama lainnya berdekatan lagi benar. Kerana sesungguhnya orang yang mati dalam keadaan didekatkan kepada Allah akan memperoleh kesemuanya itu, iaitu rahmat, ketenteraman, kebebasan, istirahat, kesenangan, kegembiraan, dan rezeki yang baik.
وَجَنَّتُ نَعِيمٍ
dan syurga yang penuh nikmat;
Bilakah dia akan tahu apa yang dia akan dapat masuk syurga? Dia akan diberitahu oleh Malaikat pada saat menjelang kematiannya. Telah disebutkan di dalam hadis Al-Barra yang menyebutkan bahawa sesungguhnya para malaikat rahmat mengatakan, “Hai roh yang baik yang ada di dalam tubuh yang baik yang kamu huni, keluarlah kamu menuju kepada ketenteraman, kesenangan, dan menemui Tuhan yang tidak murka.”
Muhammad bin Ka’ab mengatakan: “Tidaklah seseorang meninggal dunia sehingga dia mengetahui apakah dirinya termasuk penghuni Syurga atau Neraka.” Maka tentulah dia akan tenang dan gembira sangat kerana dia sudah tahu yang dia akan masuk ke dalam syurga.
Maka kerana itulah kadangkala kita boleh perasan yang mayat sesetengah orang nampak tenang dan malah tersenyum. Kerana sebelum mereka mati iaitu semasa nyawa mereka sedang diambil, mereka diberitahu yang mereka akan menjadi ahli syurga.
Dan mereka ini akan terus masuk ke dalam syurga tanpa tunggu hisab. Nabi pernah bersabda: “Sesungguhnya roh orang Mukmin itu berupa seekor burung yang bergantungan di pepohonan Syurga sampai Allah mengembalikannya kepada jasadnya kelak pada hari Dia membangkitkannya.”
Ayat 90: Ini pula adalah golongan kedua pula, iaitu golongan yang menerima kitab amalan mereka di tangan kanan mereka.
وَأَمّا إِن كانَ مِن أَصحابِ اليَمينِ
Sahih International
And if he was of the companions of the right,
Dan jika dia dari puak kanan,
Inilah golongan mereka yang menerima Kitab Amalan dari tangan kanan. Mereka ini adalah golongan yang akan dimasukkan ke dalam syurga, tapi dia tidak terus masuk ke dalam syurga. Dia kena melalui hisab amal dahulu.
Ayat 91: Apakah golongan kanan ini akan dapat? Apakah yang akan dikatakan kepadanya?
فَسَلٰمٌ لَّكَ مِن أَصحٰبِ اليَمينِ
Sahih International
Then [the angels will say], “Peace for you; [you are] from the companions of the right.”
Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.
Maksudnya, Malaikat akan menyampaikan khabar gembira itu kepadanya. Berkata malaikat kepada salah seorang dari mereka, “Salaimun laka” ertinya kamu dalam keadaan baik-baik sahaja dan selamat, kamu termasuk golongan kanan.
Apakah maksud ‘selamat’? Mereka akan selamat dari azab Allah. Ini tentunya satu maklumat dan berita yang amat menggembirakan. Qatadah dan Ibnu Zaid mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah para malaikat mengucapkan kepadanya, “Selamatlah kamu dari azab Allah,” dan para malaikat mengucapkan salam penghormatan kepadanya.
Kalau dapat berita dan pemberitahuan ini, tentulah lega hati-hati yang mendengarnya kerana semua sudah tahu tentang neraka dan semua berharap mereka akan diselamatkan dari neraka. Maka kalau tahu mereka akan selamat, maka mereka akan senang hati sangat. Pengertian ayat ini sama dengan apa yang disebutkan di dalam firman-Nya:
{إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ. نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ}
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, “Tuhan kami ialah Allah, ” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Fushshilat: 30-32)
Ayat 92: Ini pula adalah golongan ketiga. Mereka ini adalah golongan malang kerana mereka telah buat keputusan yang salah semasa di dunia dulu.
وَأَمّا إِن كانَ مِنَ المُكَذِّبينَ الضّالّينَ
Sahih International
But if he was of the deniers [who were] astray,
Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan, lagi sesat,
Mereka ini dimasukkan ke dalam golongan ketiga adalah kerana semasa mereka di dunia dahulu mereka mendustakan kebenaran. Wahyu telah sampai kepada mereka tapi mereka tidak mahu terima. Ajaran Rasul pun mereka tidak mahu ikut.
Susunan ayat ini telah diterbalikkan dari ayat 51 sebelum ini. Dalam ayat itu, kalimah الضّالّونَ yang disebut dahulu. Tentu ada sebabnya susunan yang berlainan, bukan?
Kerana Allah tidak susun ayat-ayat Al-Qur’an dengan sia-sia. Tentu ada sebab susunan ia sebegini sekarang. Ini kerana sekarang ini disebut tentang keadaan dalam Hari Kebangkitan. Mereka yang mengatakan agama ini tidak benar, kemudian mereka dustakan, maka mereka akan jadi sesat, bergerak-gerak seperti mereka orang yang buta.
Mereka ini akan meraba-raba untuk pergi ke Mahsyar. Oleh kerana mereka ‘dustakan’ dahulu, maka sekarang mereka akan ‘sesat’.
Ayat 93: Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Sekarang Allah menceritakan keadaan di dalam neraka itu.
فَنُزُلٌ مِّن حَميمٍ
Sahih International
Then [for him is] accommodation of scalding water
Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
Kalimah نزل bermaksud ‘sambutan’ yang diberikan kepada tetamu. Macam tetamu akan diberikan dengan makanan-makanan ringan dahulu setelah mereka sampai dari jauh. Mungkin bagi makan kacang dan air sirap sahaja dulu sebelum diberikan makanan utama. Ini untuk beri mereka peluang untuk rehat kerana penat dari perjalanan dan mereka boleh bersihkan diri dahulu.
Tapi mereka yang disebut dalam ayat ini diberikan dengan neraka! Tidak ada masa rehat langsung selepas mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Jadi Allah sedang perli mereka. Mereka akan ‘disambut’ dengan air panas dahulu. Ianya adalah cairan panas yang akan melelehkan isi perut dan kulit-kulit mereka. Air panas ini tidak dapat dibandingkan dengan kepanasan dunia kerana kepanasan neraka berganda-ganda sebenarnya.
Dan sebagaimana makanan ringan diberikan kepada tetamu yang baru sampai, maka ini adalah isyarat yang air panas ini bukanlah ‘makanan’ utama. Ianya hanya untuk ‘menyambut’ ‘tetamu’ baru ke neraka. Maknanya ada azab yang lebih utama dan lebih berat lagi! Ma sha Allah!
Ayat 94:
وَتَصلِيَةُ جَحيمٍ
Sahih International
And burning in Hellfire
Serta bakaran api neraka.
Kalimah تَصلِيَةُ dari katadasar ص ل ي yang bermaksud panggang. Dan setelah mereka ‘disambut’ dengan air panas barulah mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka untuk dipanggan dengan api neraka. Allah rebus bagi empuk dahulu, kemudian baru panggang.
Ayat 95: Pemulaan kepada penutup surah ini.
إِنَّ هٰذا لَهُوَ حَقُّ اليَقينِ
Sahih International
Indeed, this is the true certainty,
Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
Khabar yang diberitahu dalam ayat-ayat ini merupakan kebenaran yang menyakinkan, yang tidak ada keraguan lagi di dalamnya. Tidak ada seorang pun yang dapat menghindarkan diri darinya. Inilah perkara yang perlu diyakini. Lebih dari perkara-perkara lain.
Ayat 96:
فَسَبِّح بِاسمِ رَبِّكَ العَظيمِ
Sahih International
So exalt the name of your Lord, the Most Great.
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Maka dua kali ayat ini keluar dalam surah ini. Sekali lagi Allah suruh kita bertasbih.
Kalau imam baca ayat ini dalam solat, kita pun disunatkan untuk membaca tasbih. Kalau ada ayat-ayat lain yang mengandungi tasbih pun, disunatkan kita baca tasbih. Atau kita baca sendiri, atau kita dengar orang lain baca.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ketika turun ayat ke 96 ini, Nabi bersabda: “Jadikanlah ia bacaan dalam ruku’ kalian.”
Di akhir Kitab Sahih Bukhari, beliau meriwayatkan satu hadis dari Abu Hurairah, dari Nabi yang bersabda: “Dua kalimat yang ringan diucapkan oleh lisan dan sangat berat dalam timbangan, serta sangat dicintai oleh Allah yang Maha Penyayang: “Subhanallahi wabihamdihi (Mahasuci Allah dan segala puji hanya bagiNya) dan Subhanallahil Azhiim (Mahasuci Allah Yang Maha Agung).”
Allahu a’lam. Sekian tafsir surah ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Hadid.
Kemaskini: 13 Mei 2020
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi