Di dalam Jami’ Tirdmizi, telah disebutkan bab mengajarkan umat Islam bagaimana untuk memohon kepada Allah.
Terjemahan boleh di dapati di sini
Tidak pernah disebut oleh Nabi atau para sahabat tentang solat yang dinamakan solat Hajat. Di dalam Jami’ Tirdmizi juga ianya tidak dinamakan sebagai ‘Solat Hajat’. Cuma masyarakat Islam sebelah sini yang suka memberikan nama kepada ibadah-ibadah mereka. Di dalam Jami Tirdmizi ini baginda Nabi hanya menyebut supaya dilakukan solat dua rakaat tanpa memberikan nama ‘Solat Hajat’ kepada solat itu.
Cara untuk berdoa itu adalah seperti berikut:
1. Mengambil wudu’ dengan sempurna
2. Kemudian melakukan solat sunat dua rakaat
3. Memulakan doa dengan memuji-muji Allah
4. Diikuti dengan berselawat kepada baginda Nabi
5. Kemudian berdoa dengan doa seperti dibawah ini:
لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ
سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلامَةَ مِنْ كُلّإِثْمٍ
لا تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلا غَفَرْتَهُ وَلا هَمًّا إِلا فَرَّجْتَهُ وَلا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلا قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Solat ini dilakukan secara bersendirian. Tidak pernah di dalam sirah Nabi menceritakan bahawa baginda pernah melakukan solat Hajat berjemaah seperti yang banyak dilakukan oleh umat Islam di Malaysia ini.
Sekian, terima kasih, Allahu a’lam.