Tafsir Surah al-A’raf Ayat 31 – 34 (Nikmat dunia untuk orang mukmin sahaja)

Ayat 31:

۞ يا بَني آدَمَ خُذوا زينَتَكُم عِندَ كُلِّ مَسجِدٍ وَكُلوا وَاشرَبوا وَلا تُسرِفوا ۚ إِنَّهُ لا يُحِبُّ المُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O children of Adam, take your adornment [i.e., wear your clothing] at every masjid,¹ and eat and drink, but be not excessive. Indeed, He likes not those who commit excess.

  • Literally, “place of prostration,” meaning any place that a Muslim prays upon the earth. The term may also refer specifically to a mosque.

(MALAY)

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

يا بَني آدَمَ خُذوا زينَتَكُم عِندَ كُلِّ مَسجِدٍ

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid,

Allah beritahu dalam ayat ini yang kita kena pakai pakaian yang merupakan perhiasan diri ketika kita datang untuk melakukan ibadat tawaf. Begitu juga apabila melakukan ibadat di setiap tempat buat ibadat, termasuk masjid, lebih-lebih lagi di tempat melakukan tawaf.

Zaman dahulu, orang jahiliah sangka, kalau pergi masjidilharam, tidak boleh pakai pakaian yang mereka pernah pakai buat dosa. Maka mereka sangka mereka kena telanjang bogel kerana tidak ada pakaian yang mereka tidak pernah tak buat dosa.

Ini adalah fahaman salah mereka yang Allah betulkan dalam ayat ini. Masa Nabi telah diangkat menjadi Nabi, manusia masih ada yang tawaf telanjang. Ini berlaku sehinggalah pada tahun 9 Hijrah, apabila Nabi hantar sahabat untuk memberitahu bahawa tidak boleh telanjang lagi untuk beribadat di Kaabah.

Allah juga memberitahu kita apabila kita pergi mengerjakan solat, kita kenalah pakai pakaian yang indah. Pakailah pakaian yang cantik-cantik yang Allah telah berikan kepada kita. Ini termasuklah elok kalau pakai wangian semasa mengerjakan solat. Janganlah pakai macam orang tidak ada rumah kalau sedang solat itu.

Walaupun kalau solat di rumah pun, kenalah jaga pemakaian kita. Ini adalah adab kita dengan Allah. Ingatlah yang kita sedang bermunajat dengan Allah, maka hendaklah kita berpakaian kemas dan seindah mungkin. Kalau kita jumpa orang besar-besar pun bukankah kita pakai pakaian yang cantik? Siapakah lagi yang lebih besar dari Allah?

Berdasarkan ayat ini dan hadis yang mengutarakan masalah yang semisal, disunatkan memakai pakaian yang indah di saat hendak melaku­kan salat, terlebih lagi salat Jumaat dan salat hari raya. Disunatkan pula memakai wangian, kerana wangian termasuk ke dalam pengertian perhiasan. Juga disunatkan bersiwak, kerana siwak merupakan kesempurnaan bagi hal tersebut.

Pakaian yang paling utama ialah yang berwarna putih, seperti yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, yang dinilai sahih oleh Imam Ahmad sampai kepada Ibnu Abbas dengan predikat marfu’:

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَاصِمٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيم، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خير ثيابكم، وكَفِّنوا فيها موتاكم، وإن خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الإثْمِد، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ”.

Disebutkan bah wa telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Asim, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Usman ibnu Khaisam, dari Sa’id ibnu Jubairbahwa Rasulullah Saw. telah bersabda; Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih, kerana sesungguh­nya pakaian putih adalah pakaian terbaik kalian, dan kafankanlah dengannya orang-orang mati kalian. Dan sesungguhnya sebaik-baik celak kalian memakai ismid, kerana sesungguhnya ismid itu dapat mencerahkan pandangan mata dan menumbuhkan rambut.
Hadis ini jayyid sanadnya, semua perawinya dengan syarat Muslim. Imam Abu Daud, Imam Turmuzi, dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan­nya melalui hadis Abdullah ibnu Usman ibnu Khaisam dengan sanad yang sama. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih.

وَكُلوا وَاشرَبوا وَلا تُسرِفوا

dan makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. 

Dan hendaklah kita makan dan minum dengan tidak ada pantang larang yang tidak patut-patut. Kerana kalau mengamalkan pantang yang tidak disuruh dalam syarak, itu adalah syirik dari segi amali. Ini kita telah bincangkan dalam surah Maidah dan juga surah An’am dengan panjang lebar.

Allah telah beri kita rezeki untuk kita makan dan minum, maka makanlah dan nikmatilah segala pemberian dari Allah itu. Jangan pula kita haramkan makanan yang Allah tidak haramkan. Janganlah jadi macam golongan sufi yang kononnya zuhud sampai tidak mahu makanan yang sedap kerana pada mereka, itu adalah nikmat dunia yang tidak patut dinikmati.

Itu sudah ekstrim dan Islam bukanlah agama yang ekstrim. Apa yang mereka ajar itu bukanlah dari agama kita. Agama kita tidak menyusahkan umatnya. Agama Islam bukan hendak menyeksa umatnya.

Imam Bukhari mengatakan, Ibnu Abbas berkata bahawa makna yang dimaksudkan ialah makanlah sesukamu dan berpakaianlah sesukamu selagi engkau hindari dua pekerti, iaitu berlebih-lebihan dan sombong.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا بَهْز، حَدَّثَنَا هَمّام، عَنْ قَتَادَةُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْب، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “كُلُوا وَاشْرَبُوا وَالْبَسُوا وَتَصَدَّقُوا، فِي غَيْرِ مَخِيلة وَلَا سرَف، فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ أَنْ يَرَى نِعْمَتَهُ عَلَى عَبْدِهِ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bahz, telah menceritakan kepada kami Hammam, dari Qatadah, dari Amr ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kalian tanpa dengan kesombongan dan berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah suka bila melihat nikmat-Nya digunakan oleh hamba-Nya.

Kita disuruh untuk makan, tapi tidaklah berlebihan dan melampau. Kenalah tengok apa yang kita makan itu. Jangan ekstrim dalam memakan pula. Kalau asyik kisah pasal makan sahaja, sudah tidak pentingkan perkara yang lain, maka itu ada masalah.

Ini bukan tentang membazir, walaupun membazir itu juga salah, sampai dikatakan saudara syaitan. Tapi israf (berlebihan melampau) juga tidak baik. Walaupun makanan itu halal, tapi kalau berlebihan tidak dibenarkan.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ سُلَيْمٍ الكِناني، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ جَابِرٍ الطَّائِيُّ سَمِعْتُ الْمِقْدَامَ بن معد يكرب الْكِنْدِيَّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنِهِ، حَسْبُ ابْنِ آدَمَ أَكَلَاتٌ يُقِمْنَ صُلبه، فَإِنْ كَانَ فَاعِلًا لَا مَحَالَةَ، فَثُلْثٌ طعامٌ، وَثُلُثٌ شرابٌ، وَثُلُثٌ لِنَفَسَهِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mugirah, telah menceritakan kepada kami Sulaiman ibnu Salim Al-Kalbi, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Jabir At-Tai; dia telah mendengar Al-Miqdam ibnu Ma’di Kariba Al-Kindi bercerita bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Tiada suatu wadah pun yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih jahat daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Dan jika dia terpaksa melakukannya, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.
Imam Nasai dan Imam Turmuzi meriwayatkannya dari Yahya ibnu Jabir dengan sanad yang sama. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan, sedangkan menurut salinan lainnya disebutkan hasan sahih.

Ada juga yang membincangkan kenapa ada cerita tentang makan pula dalam ayat yang menyebut tentang solat? Ada yang membuat kajian tentang waktu makan, mereka dapati bahawa waktu makan yang sesuai untuk kesihatan adalah kalau dilakukan sama dengan waktu solat. Sebelum solat, makan dahulu – jadi ada lima waktu kita makan sehari semalam. Maksudnya kita susun waktu makan kita sama dengan waktu solat. Allahu a’lam.

As-Saddi mengatakan, dahulu (di masa Jahiliah) orang-orang yang melakukan tawaf di Baitullah sambil telanjang bulat mengharamkan wadak (minyak samin) atas diri mereka sendiri selama mereka berada di musim haji. Maka Allah Swt. berfirman terhadap mereka: makan dan minumlah kalian. (Al-A’raf: 31), hingga akhir ayat. Ertinya, janganlah kalian berlebih-lebihan dalam mengharamkan.

إِنَّهُ لا يُحِبُّ المُسرِفينَ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Ingatlah ayat ini kerana Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan dalam makanan dan dalam segala perkara pun. Islam adalah agama pertengahan yang sesuai diamalkan oleh setiap orang.

Ibnu Jarir mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (Al-A’raf: 31) Dan firman Allah Swt.: Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-Maidah: 87); Yakni yang melampaui batasan Allah dalam masalah halal atau haram, yang berlebih-lebihan terhadap apa yang dihalalkan-Nya, iaitu dengan menghalalkan yang diharamkan-Nya atau mengharamkan yang dihalalkan-Nya. Tetapi Allah menyukai sikap yang menghalalkan apa yang dihalalkan-Nya dan mengharamkan apa yang diharamkan-Nya, kerana yang demikian itulah sifat pertengahan yang diperintahkan oleh-Nya.

Habis Ruku’ 3 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 32: Nikmat yang disebut dalam ayat ini adalah nisbah kepada pakaian. Dan kemudian disebut tentang rezeki yang lain. Allah Swt. berfirman, menyanggah pendapat orang yang mengharamkan sesuatu dari makanan atau minuman atau pakaian menurut kehendak hatinya sendiri tanpa ada dasar syariat dari Allah.

قُل مَن حَرَّمَ زينَةَ اللَّهِ الَّتي أَخرَجَ لِعِبادِهِ وَالطَّيِّباتِ مِنَ الرِّزقِ ۚ قُل هِيَ لِلَّذينَ آمَنوا فِي الحَياةِ الدُّنيا خالِصَةً يَومَ القِيامَةِ ۗ كَذٰلِكَ نُفَصِّلُ الآياتِ لِقَومٍ يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Who has forbidden the adornment of [i.e., from] Allāh which He has produced for His servants and the good [lawful] things of provision?” Say, “They are for those who believe during worldly life [but] exclusively for them on the Day of Resurrection.” Thus do We detail the verses for a people who know.

(MALAY)

Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat”. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

قُل مَن حَرَّمَ زينَةَ اللَّهِ الَّتي أَخرَجَ لِعِبادِهِ

Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya

Allah tanya, siapakah pula yang pandai-pandai mengharamkan perhiasan Allah yang Allah telah berikan kepada hambaNya? Allah menegur mereka yang menghalang keindahan yang Allah telah berikan dari digunakan oleh manusia. Sedangkan semua itu Allah yang telah ciptakan untuk sekalian hambaNya untuk digunakan?

Allah gunakan lafaz زينَةَ اللَّهِ (keindahan Allah) kerana keindahan di dunia adalah manifestasi keindahan Allah. Keindahan Allah tidak dapat digambarkan malah dilarang untuk dibayangkan, tapi kita boleh lihat keindahan alam ini yang Allah telah berikan.

وَالطَّيِّباتِ مِنَ الرِّزقِ

dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?”

Dan Allah menegur sesiapa yang mengharamkan benda bagus dari rezeki dari dimakan. Janganlah ekstrim dalam mengamalkan agama sampai ada yang mengharamkan makanan yang lazat untuk diri mereka. Janganlah jadi manusia yang begitu.

Ramai juga yang jenis macam ini, tidak tahu datang dari mana ajaran itu, sedangkan Nabi tidak begitu. Mereka inilah yang asyik nak menegur salah orang sahaja, muka sentiasa bengis sampaikan orang nak dekati mereka pun tidak suka. Kalau budak-budak nampak, mereka terus lari orang yang sebegitu. Asyik nak cari salah orang sahaja. Ketahuilah yang ini tidak bagus. Kita kena jadi orang yang berperwatakan positif.

قُل هِيَ لِلَّذينَ آمَنوا فِي الحَياةِ الدُّنيا

Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia,

Ingatlah bahawa pakaian atau makanan di dunia ini sebenarnya percuma untuk orang mukmin untuk mereka gunakan semasa di dunia. Diberikan dengan percuma untuk mereka yang mukmin, sebab mereka itu telah menjalankan kewajipan untuk beriman.

Sedangkan, kalau orang kafir yang makan dan guna segala nikmat di dunia ini, ianya tidak percuma, dan mereka akan kena soal di akhirat nanti kenapa mereka pakai rezeki dari Allah, tapi tak taat dan sembah Allah semasa mereka di dunia. Mereka pakai nikmat segala nikmat yang Allah berikan di dunia, tapi mereka tidak beriman.

Apa yang mereka akan jawab nanti? Kalau kita pun tidak beriman dan taat kepada Allah juga, maka kita pun akan dipersoalkan begitu juga: “kau makan dan guna segala nikmat yang Aku berikan semasa di dunia, tapi kenapa kamu tidak taat kepada Aku?!”

خالِصَةً يَومَ القِيامَةِ

khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat”. 

Dan lebih-lebih lagi, segala nikmat rezeki itu hanya diberikan khas kepada orang beriman sahaja pada hari kiamat. Orang beriman akan menikmati kehidupan yang baik semasa di dunia dan juga di akhirat dengan percuma.

Di dunia, orang tidak beriman pun akan dapat juga kehidupan, tapi mereka akan ditanya kemudian di akhirat. Tapi di akhirat nanti, orang beriman sahaja yang akan menikmati kehidupan yang senang. Sedangkan orang tidak beriman, tidak akan diberikan dengan nikmat itu. Mereka akan mengalami kehidupan yang sukar, dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya.

كَذٰلِكَ نُفَصِّلُ الآياتِ لِقَومٍ يَعلَمونَ

Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.

Allah beri penjelasan hukum halal haram bagi kaum yang mahu memahami. Peringatan diberikan kepada semua orang, tapi yang boleh menerimanya hanyalah mereka yang mahu memahami. Kalau tidak ada keinginan dalam hatinya kepada kebenaran, mereka susah untuk terima.

Ayat ini pertama sekali ditujukan kepada Musyrikin Mekah yang sangka, kalau mereka masuk Islam, hidup mereka akan susah. Tapi siapa pula yang kata begitu? Allah beritahu dalam ayat ini yang kalau sesiapa masuk Islam, mereka masih lagi dapat menikmati kehidupan yang senang di dunia ini. Tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang mereka dari menikmatinya. Memang Allah jadikan dunia ini untuk dinikmati oleh manusia pun.


Ayat 33:

قُل إِنَّما حَرَّمَ رَبِّيَ الفَواحِشَ ما ظَهَرَ مِنها وَما بَطَنَ وَالإِثمَ وَالبَغيَ بِغَيرِ الحَقِّ وَأَن تُشرِكوا بِاللَّهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطانًا وَأَن تَقولوا عَلَى اللَّهِ ما لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “My Lord has only forbidden immoralities – what is apparent of them and what is concealed – and sin,¹ and oppression without right, and that you associate with Allāh that for which He has not sent down authority, and that you say about Allāh that which you do not know.”

  • Any unlawful deed.

(MALAY)

Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

قُل إِنَّما حَرَّمَ رَبِّيَ الفَواحِشَ

Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji,

Allah telah mengharamkan segala fahisyah – segala bentuk penderhakaan yang tidak taat kepada Allah. Ini adalah dosa-dosa besar. Juga termasuk perkara-perkara keji dalam apa bentuk pun.

ما ظَهَرَ مِنها وَما بَطَنَ

yang nampak ataupun yang tersembunyi,

Semua perbuatan keji dan dosa itu dilarang, sama ada di buat dalam majlis yang ada orang atau buat berseorangan, tidak ada orang yang nampak.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ شَقِيقٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَا أَحَدَ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ، فَلِذَلِكَ حَرَّم الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَر مِنْهَا وَمَا بَطن، وَلَا أَحَدَ أَحَبُّ إِلَيْهِ الْمَدْحُ مِنَ اللَّهِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah, telah menceritakan kepada kami Al-A’masy, dari Syaqiq, dari Abdullah yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah, kerana itulah Dia mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang kelihatan mahupun yang tidak nampak Dan tidak ada seorang pun yang lebih suka dipuji daripada Allah.
Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya di dalam ki­tab Sahihain melalui hadis Sulaiman ibnu Mahran Al-A’masy, dari Syaqiq (yakni Abu Wail), dari Abdullah ibnu Mas’ud.

Mengenai pembahasan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengertian fawahisy (perbuatan-perbuatan yang keji), baik yang kelihatan maupun yang tidak kelihatan, telah disebutkan di dalam tafsir surat Al-An’am.

وَالإِثمَ وَالبَغيَ بِغَيرِ الحَقِّ

dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar,

Dan Allah juga melarang kita dari melakukan الإِثمَ dosa-dosa (dosa kecil).

Dan Allah melarang kita melakukan البَغيَ kezaliman satu sama lain.

As-Saddi mengatakan, yang dimaksud dengan al-ismu ialah maksiat, sedangkan yang dimaksud dengan al-bagyu ialah perbuatan melanggar hak orang lain tanpa alasan yang benar.

Mujahid mengatakan bahawa makna al-ismu mencakup semua perbuatan maksiat. Dan menurut suatu pendapat, yang dimaksudkan dengan al-baghyu ialah perbuatan aniaya seseorang terhadap dirinya sendiri.

Kesimpulan dari tafsir makna ismu ialah dosa-dosa yang berkaitan dengan pelakunya sendiri, sedangkan al-bagyu ialah perbuatan pelanggaran hak orang lain. Allah mengharamkan kedua-dua perbuatan tersebut.

وَأَن تُشرِكوا بِاللَّهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطانًا

dan mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu

Dan Allah larang kita buat syirik dengan sesuatu yang lain – yang Allah tidak ada turunkan sebarang bukti pun (yang ianya boleh dilakukan). Sebagai contoh, Allah tidak suruh kita menggunakan perantaraan dalam berdoa, Allah juga tidak suruh kita menyembah sesiapa pun selain dariNya, dan Allah tidak suruh kita menjadikan sesiapa pun sebagai anakNya.

وَأَن تَقولوا عَلَى اللَّهِ ما لا تَعلَمونَ

dan mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

Dan larang berkata-kata tentang Allah dalam hal yang kita tidak tahu. Oleh itu, kita kenalah tahu tentang Allah dari dalil-dalil yang telah diberikan dalam nas. Janganlah kita kata tentang Allah, tanpa ada dalil.

Sebagai contoh, jangan kata Allah ada di mana-mana – ini tidak ada dalil; juga jangan kata Allah itu wujud tanpa tempat – ini juga tidak ada dalil. Jangan memandai-mandai reka hal tentang Allah yang tidak ada dalil.


Ayat 34: Ada manusia yang jahil yang tanya kepada Nabi, bila azab yang telah dijanjikan itu akan diturunkan? Allah jawab dalam ayat ini.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذا جاءَ أَجَلُهُم لا يَستَأخِرونَ ساعَةً ۖ وَلا يَستَقدِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede [it].

(MALAY)

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu;

Bagi setiap umat ada tempoh azab masing-masing. Kalau buat salah, memang akan kena, tapi bila akan dikenakan dengan azab itu, Allah sahaja yang tahu.

فَإِذا جاءَ أَجَلُهُم لا يَستَأخِرونَ ساعَةً

maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun

Dan apabila datang kepada mereka ajal azab mereka, mereka tidak boleh lewatkan sesaat pun. Tak boleh nak minta tangguh lagi.

وَلا يَستَقدِمونَ

dan tidak dapat (pula) memajukannya.

Bukan sahaja kita tidak boleh lambatkan ajal dan azab, nak cepatkan pun tidak boleh, walaupun satu saat. Contohnya, kita nak mempercepatkan azab kepada orang lain, sebab kita nampak dia sudah teruk sangat buat salah, itu pun tidak boleh. Allah sahaja yang tentukan bila azab akan dikenakan, bukan kita. Azab dan rahmat bukan atas tangan kita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 2 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-A’raf Ayat 23 – 27 (Doa pengampunan dari Nabi Adam)

Ayat 23: Nabi Adam mengalah dan terus meminta ampun kerana dia sedar dia telah buat salah. Inilah yang Allah hendak dari hambaNya. Allah hendak kita mengaku dan mohon ampun sahaja, jangan melawan. Kalau tahu yang kita sudah buat salah, cepat-cepat minta maaf.

Tapi ramai yang apabila diberitahu mereka buat salah, mereka bukan nak terima, tapi mereka melawan lagi, dengan memberi hujah-hujah yang bathil untuk membenarkan juga kesalahan yang mereka telah lakukan. Ramai yang akan beri alasan, padahal Allah bukan hendak dengar alasan, tapi Allah hendak dengar taubat dari kita.

قالا رَبَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخاسِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Our Lord, we have wronged ourselves, and if You do not forgive us and have mercy upon us, we will surely be among the losers.”

(MALAY)

Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

قالا رَبَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا

Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,

Doa minta ampun ini diajar sendiri oleh Allah kepada mereka berdua. Kerana kalau Allah tidak ajar mereka, mereka pun tidak tahu bagaimana hendak minta ampun. Jadi, doa ini adalah doa yang baik untuk diamalkan.

Mereka mengaku yang mereka telah menzalimi diri mereka. Kerana mereka tidak berhati-hati dan tidak ikut nasihat Tuhan. Mereka mengaku kekurangan mereka.

Ini amat berlainan sekali dengan Iblis yang tidak mengaku dia bersalah. Malah dia berhujah pula dengan Allah kenapa dia langgar arahan Allah – dia gunakan alasan yang menggunakan logik akal sahaja, iaitu dia lebih tinggi kedudukan dari Nabi Adam. Maka tidaklah patut kalau menggunakan logik akal untuk berhujah dengan Allah. Kena sedarlah Allah siapa dan kita siapa. Berapa ramai yang menggunakan logik akal mereka sampaikan terkeluar dari Islam.

Mereka sangka akal mereka sudah cukup pandai untuk memikirkan kejadian Allah, kerja-kerja Allah dan undang-undang Allah. Ketahuilah yang itu adalah cara syaitan. Ramai yang sangka semua hukum Allah itu boleh dijelaskan dengan logik akal, dan kalau mereka tidak dapat jelaskan dengan logik akal, mereka tidak mahu terima. Mereka sangka Islam perlu menjelaskan semua perkara kepada mereka.

Ini lain dengan sunnah dalam agama. Nabi kita semuanya taat kepada Allah tanpa soal; lihatlah bagaimana Nabi Ibrahim telah ikut segala arahan Allah, walaupun dari logik akalnya, tidak masuk akal. Sebagai contoh, kenapa pula baginda kena sembelih anaknya Nabi Ismail? Memang kalau difikirkan, perbuatan itu tidak masuk akal, tapi baginda taat juga dan lakukan juga kerana itu pasti arahan dari Allah.

Tetapi ini bukanlah larangan untuk menggunakan akal. Jangan salah anggap pula dengan pemahaman ini. Kita memang digalakkan menggunakan akal untuk melihat apakah hikmah sesuatu perkara itu diwajibkan kepada kita, atau diharamkan kepada kita. Tapi itu adalah untuk mencari hikmah dan melihat apakah kebaikan yang ada dalam hukum itu, supaya kita menjadi semakin mantap dalam melaksanakannya.

Maka bukanlah menggunakan akal untuk mempersoalkan arahan Allah. Kalau silap guna akallah yang menyebabkan ada manusia yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Itu sudah melawan hukum yang telah ditetapkan, itu derhaka.

Dan kadang-kadang kita tidak dapat jumpa pun hikmah sesuatu arahan hukum itu. Dan kalau kita jumpa pun, tidak semestinya ianya benar, kerana itu adalah hasil dari akal kita sahaja, dan akal kita tidak akan dapat capai tahap sempurna untuk mengetahui segala sesuatu dengan benar. Maka kalau kita tidak dapat jumpa hikmah sesuatu arahan Allah, kita tetap kena ikut juga.

Kita kena faham bahawa agama kita bukan memerlukan kita faham sesuatu perkara dalam agama itu, baru kena buat. Tidak semestinya kita akan faham semua arahan Allah, tapi yang pasti kita tetap kena taat. Sebelum masuk Islam, memang kita digalakkan untuk mempersoalkan segala perkara tentang agama Islam, tapi apabila kita telah buat keputusan untuk masuk Islam dan kita telah faham siapa diri kita dan siapa Allah, maka kita tidak ada hak untuk mempersoalkan hukum yang Allah telah berikan.

وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخاسِرينَ

dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

Dalam ayat ini, Nabi Adam dan Hawa memohon keampunan dari Allah dan juga memohon rahmat. Kenapa dua perkara ini yang diperlukan? Kerana ianya ada dua perkara yang amat penting. Kalau kita sudah buat salah, kenalah kita minta ampun dan maaf atas kesalahan kita. Dan kalau permohonan kita sudah dimakbulkan, maka kita sudah selamat.

Tapi tidak semestinya selamat itu sesuatu yang bagus sangat. Memang sudah selamat tapi itu sebenarnya tidaklah hebat sangat. Sebagai contoh, kita selamat dari masuk dalam penjara, tapi itu tidak semestinya kita dapat kelebihan-kelebihan lain, tidak semestinya dapat hidup baik dan mewah, contohnya. Maka kerana itu kita kena juga minta rahmat dari Allah. Tapi kenalah dimulakan dengan permintaan keampunan kerana itu yang lebih penting.

Ini juga mengajar kita yang kita tidak dihalang dari meminta rahmat dari Allah walaupun baru sahaja buat dosa. Lihatlah bagaimana Nabi Adam terus meminta rahmat dari Allah selepas meminta ampun. Kerana baginda kenal Allah, dan tidak hilang harapannya kepada Allah. Kalau bukan berharap rahmat dari Allah, dengan siapa lagi kita boleh berharap?


Ayat 24:

قالَ اهبِطوا بَعضُكُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُم فِي الأَرضِ مُستَقَرٌّ وَمَتاعٌ إِلىٰ حينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “Descend, being to one another enemies. And for you on the earth is a place of settlement and enjoyment [i.e., provision] for a time.”

(MALAY)

Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”.

قالَ اهبِطوا

Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian

Allah berfirman: turunlah kamu semua. Dikatakan ‘semua’, kerana yang turun ke dunia itu termasuk juga zuriat mereka berdua. Dan maksudnya ‘semuanya’, kerana termasuk Iblis diturunkan juga dari syurga ke dunia.

بَعضُكُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ

sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. 

Setengah mereka akan jadi musuh setengah yang lain. Inilah perangai manusia apabila duduk di dunia. Kalau semuanya duduk syurga tidak ada masalah kerana tiada permusuhan di syurga.

Tetapi bila manusia duduk di dunia, macam-macam masalah ada. Lelaki jadi musuh kepada wanita, wanita jadi musuh kepada lelaki, manusia jadi musuh kepada syaitan dan sebaliknya. Dan permusuhan sesama manusia pun sudah banyak. Itu semua kita akan tempuhi selama mana kita hidup di dunia ini.

وَلَكُم فِي الأَرضِ مُستَقَرٌّ وَمَتاعٌ إِلىٰ حينٍ

Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”.

Bagi kita semua di dunia ini, telah ada satu tempoh yang ditetapkan untuk kita tinggal di dunia ini. Ingatlah yang tempat tinggal di dunia ini untuk sementara waktu sahaja. Sampai masa kita akan dimatikan dan sampai masa, dunia akan kiamat dan semua akan mengadap Allah nanti.


Ayat 25:

قالَ فيها تَحيَونَ وَفيها تَموتونَ وَمِنها تُخرَجونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Therein you will live, and therein you will die, and from it you will be brought forth.”

(MALAY)

Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.

قالَ فيها تَحيَونَ

Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup

Allah kata: kamu akan hidup di dunia. Di sinilah tempat kita cari kehidupan kita, dari kita lahir, sampai kita menghembuskan nafas terakhir. Di sinilah juga tempat yang kita gunakan untuk mengumpul pahala untuk dibawa ke akhirat kelak. Maknanya, jangan ingat makan sahaja tapi hendaklah beringat untuk mengumpul amal dan pahala.

وَفيها تَموتونَ

dan di bumi itu kamu mati,

Dan selepas menjalani kehidupan sekian lama, kita akan mati dan mati itu pun semasa di dunia. Kita kena sentiasa ingat tentang kematian. Ini penting kerana dengan ingat kematian lah yang menyebabkan kita takut untuk melakukan dosa.

وَمِنها تُخرَجونَ

dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.

Dan dari dunia inilah nanti kita semua akan dihidupkan kembali. Kita akan dikuburkan dan kita akan dibangkitkan dari kubur yang dalam tanah itu juga nanti.

Habis Ruku’ 2 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 26: Allah beri nasihat kepada anak Adam dengan empat nasihat. Setiap satu ayat itu dimulai dengan lafaz ‘Wahai anak Adam’.

Ini adalah ayat sokongan kepada Dakwa kedua: ikut wahyu yang Allah sampaikan dan jaga hukum Allah.

Ini adalah nasihat pertama:

يا بَني آدَمَ قَد أَنزَلنا عَلَيكُم لِباسًا يُواري سَوآتِكُم وَريشًا ۖ وَلِباسُ التَّقوىٰ ذٰلِكَ خَيرٌ ۚ ذٰلِكَ مِن آياتِ اللَّهِ لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness – that is best. That is from the signs of Allāh that perhaps they will remember.

(MALAY)

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

يا بَني آدَمَ قَد أَنزَلنا عَلَيكُم لِباسًا

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian

Selepas dengar kisah datuk kamu dan apa yang telah terjadi kepada mereka berdua, maka dengarlah nasihat dalam ayat ini. Sebelum ini Allah telah menceritakan bagaimana Nabi Adam dan Hawa telah diberi hukuman semasa di syurga di atas kesalahan mereka, dimana mereka telah dinampakkan dengan aurat mereka, apabila pakaian mereka dicabut.

Dan sekarang dalam ayat ini pula, Allah beritahu yang Dia telah menurunkan pakaian untuk kita. Ini menunjukkan yang kita tidak salah (tidak mewarisi dosa Nabi Adam dan Hawa). Kerana kalau kita salah, kita pun mewarisi hukuman yang dikenakan kepada mereka berdua (terus ditelanjangkan). Tapi nampaknya tidaklah begitu.

Jadi ini menolak fahaman sesat ‘dosa warisan’ (Original Sin) yang dipegang oleh puak Kristian. Mereka kata kita manusia adalah makhluk yang disumpah, lahir-lahir terus ada dosa. Itu adalah fahaman yang karut sekali kerana bersangka buruk dengan Allah dan alasan itu tidak ada dalilnya.

يُواري سَوآتِكُم

untuk menutup auratmu

Tujuan pakaian pakaian itu diturunkan untuk kita adalah untuk menutup aurat. Jadi, kalau pakai pakaian, tapi tidak menutup aurat, itu tidaklah seperti yang dikehendaki oleh Allah. Itu maknanya tidak pakai pakaian sebenarnya.

وَريشًا

dan untuk perhiasan. 

Jadi, pakaian itu diberikan kepada kita untuk menutup aurat dan juga sebagai perhiasan. Tutup aurat itu wajib dan memakai perhiasan itu hukumnya harus. Dibolehkan asalkan tidak melakukan perkara yang haram.

Ini adalah kerana lafaz ريشًا bermaksud ‘keindahan pada pakaian’. Jadi, kita bukan sahaja disuruh untuk menutup aurat kita tapi kita juga digalakkan untuk memakai pakaian yang cantik. Nabi pun dalam sirah dan hadis, disebut selalu memakai pakaian yang cantik-cantik. Ada pakaian yang diberi kepada baginda sebagai hadiah oleh para sahabat.

Oleh itu, berpakaianlah dengan kemas dan cantik. Allah mahu supaya kita cantik dengan pakaian kita. Kerana itu Dia telah menurunkan kepada kita pakaian yang cantik-cantik. Cuma bagi wanita, janganlah pakai pakaian yang menarik perhatian lelaki.

وَلِباسُ التَّقوىٰ ذٰلِكَ خَيرٌ

Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.

Tapi dalam menyebut tentang pakaian yang zahir, Allah menyebut bahawa pakaian taqwa lebih baik lagi. Itu adalah pakaian rohani iaitu ketaatan kepada Allah. Oleh kerana taqwa itu dalam hati, jadi kita perlu mencantikkan hati kita sepertimana kita juga disuruh mencantikkan pakaian kita.

Juga ia bermaksud pakaian yang dipakai itu hendaklah pakaian yang menunjukkan taqwa. Bukannya pakaian yang ketat dan menunjukkan bentuk badan. Ramai antara kita yang pakai pakaian yang sudah tutup aurat kononnya, tapi kalau pakaian itu ketat, ia tidak sesuai dan tidak menepati syarak lagi. Jangan juga pakai pakaian yang menunjukkan kesombongan kerana Allah tidak suka orang yang sombong.

ذٰلِكَ مِن آياتِ اللَّهِ لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ

Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Allah mahu kita ingat kepadaNya. Oleh itu, hendaklah kita memakai pakaian dan dalam masa yang sama, dengan pakaian itu kita boleh ingat kepada Allah.

Ini menunjukkan segala apa yang kita lakukan adalah dalam rangka untuk mengingatkan kepada Allah. Dalam pakai baju pun boleh ingat kepada Allah. Semasa pakai baju, ingatlah yang baju itu diberi oleh Allah. Dan kita pakai baju itu kerana mengikut arahan Allah untuk menutup aurat kita. Dan kita seboleh mungkin pakai pakaian yang menunjukkan ketaqwaan kita.

Ini penting untuk diingati dan kerana itu ada doa yang Nabi ajar semasa pakai baju. Kita diingatkan sentiasa yang baju itu diberi oleh Allah, Allah telah beri nikmat kepada kita supaya dapat pakai baju yang cantik.

وَقَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، حَدَّثَنَا أصْبَغُ، عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ الشَّامِيِّ قَالَ: لَبِسَ أَبُو أُمَامَةَ ثَوْبًا جَدِيدًا، فَلَمَّا بَلَغَ تَرْقُوَتَه قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي. ثُمَّ قَالَ: سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَنِ اسْتَجَدَّ ثَوْبًا فَلَبِسَهُ فَقَالَ حِينَ يَبْلُغُ تَرْقُوَتَهُ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي ثُمَّ عَمَدَ إِلَى الثَّوْبِ الَّذِي خَلُقَ أَوْ: أَلْقَى فَتَصَدَّقَ بِهِ، كَانَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ، وَفِي جِوَارِ اللَّهِ، وَفِي كَنَفِ اللَّهِ حَيًّا وَمَيِّتًا، [حَيًّا وَمَيِّتًا، حَيًّا وَمَيِّتًا] “

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah menceritakan kepada kami Asbag, dari Abul Ala Asy-Syami yang menceritakan bahawa Abu Umamah memakai pakaian baru, ketika pakaiannya sampai pada tenggorokannya, dia mengucapkan doa berikut: Segala puji bagi Allah yang telah memberi saya pakaian untuk menutupi aurat saya dan untuk memperindah penampilan dalam hidup saya. Kemudian Abu Umamah mengatakan, dia pernah mendengar Umar ibnul Khattab bercerita bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Barang siapa memakai pakaian baru dan di saat memakainya hingga sampai pada tenggorokannya dia mengucapkan doa berikut, “Segala puji bagi Allah yang telah memberi saya pakaian untuk menutupi aurat saya dan untuk memperindah penampilan dalam hidup saya,” kemudian dia menuju ke pakaian bekasnya dan menyedekahkannya, maka dia berada di dalam jaminan Allah dan berada di sisi Allah serta berada di dalam pemeliharaan Allah selama hidup dan mati(nya).

Doa Ketika Memakai Pakaian 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ كَسَانِىْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِحَوْلٍ مِنِّىْ وَلاَقُوَّةٍ

Segala puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rizqi dengan tiada upaya dan kekuatan dariku


Ayat 27: Ini nasihat kedua.

يا بَني آدَمَ لا يَفتِنَنَّكُمُ الشَّيطانُ كَما أَخرَجَ أَبَوَيكُم مِنَ الجَنَّةِ يَنزِعُ عَنهُما لِباسَهُما لِيُرِيَهُما سَوآتِهِما ۗ إِنَّهُ يَراكُم هُوَ وَقَبيلُهُ مِن حَيثُ لا تَرَونَهُم ۗ إِنّا جَعَلنَا الشَّياطينَ أَولِياءَ لِلَّذينَ لا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O children of Adam, let not Satan tempt you as he removed your parents from Paradise, stripping them of their clothing¹ to show them their private parts. Indeed, he sees you, he and his tribe, from where you do not see them. Indeed, We have made the devils allies to those who do not believe.

  • The garments of Paradise.

(MALAY)

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

يا بَني آدَمَ لا يَفتِنَنَّكُمُ الشَّيطانُ كَما أَخرَجَ أَبَوَيكُم مِنَ الجَنَّةِ

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga,

Jangan lagi kamu ditipu oleh syaitan seperti datuk nenek kamu telah dikeluarkan dari syurga. Jangan biarkan mereka datang kepada kamu pun. Kamu patut benci kepada syaitan kerana segala keburukan yang ada pada mereka, termasuklah kerana mereka telah menyebabkan Datuk dan Nenek kita yang telah susah kerana dikeluarkan dari syurga kerana tipu daya mereka.

Macam juga kalau ada orang yang kacau ahli keluarga kita, kita pun marah kepada mereka, bukan? Maka kenalah kita benci kepada syaitan. Tapi adakah kita rasa begitu? Adakah kita rasa yang Nabi Adam dan Hawa itu sebagai orang yang tidak ada kena mengena dengan kita, sampaikan kita tidak rasa sakit hati pun apabila mereka diperlakukan sedemikian oleh Iblis?

Jangan begitu, hendaklah kita sayang kepada mereka berdua seperti juga kita sayang kepada ibubapa kita sendiri. Musuh kepada mereka, juga musuh kepada kita. Maka sebagai musuh kita, kita hendaklah tahu bagaimana cara mereka menipu manusia, iaitu dengan belajar ilmu Talbis Iblis (Belitan Iblis) supaya kita tahu dengan jelas bagaimana untuk mempertahankan diri kita dari tipuan syaitan dan iblis.

يَنزِعُ عَنهُما لِباسَهُما لِيُرِيَهُما سَوآتِهِما

ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya.

Lihatlah apa yang telah syaitan lakukan, dia telah menyebabkan tercabut pakaian Nabi Adam dan Hawa yang akibatnya ternampak aurat mereka. Tidakkah kita rasa marah dengan perbuatan syaitan itu? Oleh itu, jangan ikut syaitan. Jangan termakan dengan pujukan dan bisikan mereka, dan kenalah kita belajar bagaimanakah cara-cara mereka menipu.

Dalam sejarah bangsa Arab, sebelum kedatangan Islam, golongan Jahiliyyah tawaf di Kaabah dalam keadaan telanjang. Ini pun adalah dari tipu daya syaitan juga. Mereka beri hujah, kena berbogel sebab semasa mereka dijadikan oleh Allah taala, dalam keadaan bogel juga. Ini adalah kerana mereka telah berjaya menelanjangkan tok nenek kita, maka sentiasa sahaja mereka berusaha untuk menelanjangkan anak cucunya.

إِنَّهُ يَراكُم هُوَ وَقَبيلُهُ مِن حَيثُ لا تَرَونَهُم

Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. 

Ayat ini memberitahu kita yang syaitan boleh tengok kita, dia dan anak keturunan dia – dari kalangan jin. Dan bukan itu sahaja, Allah beritahu juga yang kita sendiri tidak boleh nampak mereka.

Perkara ini penting untuk diketahui kerana ada ramai yang ada masalah dengan perkara ini. Ramai yang kata mereka boleh nampak jin, nampak hantu, boleh rasa jin ada berapa ekor dalam bilik, boleh nampak bayangan jin, boleh scan jin dan sebagainya. Ini tidak patut berlaku kerana yang sepatutnya kita tidak boleh langsung nampak mereka.

Dan kalau kisah yang manusia boleh nampak, itu ada dua kemungkinan: mungkin kerana seseorang itu ada karomah atau kerana memang orang itu memang rapat dengan syaitan. Kerana rapat dengan jin sampai boleh nampak dan rasa kehadiran jin.

Adat kebiasaannya, manusia memang tidak boleh nampak syaitan. Rupa asal syaitan tidak boleh tengok, tapi yang biasa nampak itu hanya jelmaan dia sahaja. Ini boleh terjadi kalau mereka menjelma macam rupa manusia (atau hantu). Seperti juga macam malaikat, kalau mereka menjelma jadi manusia pun boleh tengok. Tapi itu jarang berlaku. Kalau dapat karomah pun, tidaklah sentiasa boleh nampak jin syaitan itu.

Jadi, kalau ada orang yang kata mereka boleh nampak atau scan jin, itu ada masalah. Berkemungkinan besar, mereka boleh rasa kehadiran jin itu kerana mereka sendiri ada amalan salah yang mereka selalu beramal, yang telah mendekatkan jin dengan mereka. Ini termasuklah mereka yang banyak mengamalkan ‘perubatan Islam’ yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Islam.

Amalan mereka banyak yang syirik dan bidaah, sampaikan jin suka duduk dengan mereka. Kerana amalan mereka sebenarnya memanggil jin sahaja. Jadi kalau berubat dengan mereka, kerana nanti bukannya buang jin, tapi tambah jin lagi.

Ayat ini juga memberitahu kita, jin syaitan itu sentiasa sahaja memerhatikan kita, kerana tugas mereka memang untuk menyesatkan kita dengan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik. Ini adalah kelebihan sementara yang Allah berikan kepada mereka, dalam rangka mereka hendak menyesatkan kita.

 

إِنّا جَعَلنَا الشَّياطينَ أَولِياءَ لِلَّذينَ لا يُؤمِنونَ

Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

Allah telah beritahu yang Dia jadikan syaitan teman rapat bagi orang yang tidak beriman. Itulah sebabnya, kalau ada fahaman dan amalan syirik, syaitan akan jadi teman rapat dia. Selalu duduk dekat dengan dia, selalu menampakkan diri kepada mereka yang mengamalkan amalan syirik itu.

Syaitan akan sentiasa hendak membogelkan manusia. Sebab itu kalau kita lihat orang yang tidak beriman, bagaimana pakaian mereka? Mereka berpakaian yang tidak sesuai – pakai baju, tapi sebenarnya berbogel. Maka, kita jangan jadi macam mereka. Selalu kita risaukan tentang pakaian perempuan, tapi bagaimana dengan lelaki? Lelaki pun kena jaga juga bab pakaian. Pakailah pakaian yang tutup seluruh tubuh kita, pakai baju yang labuh sikit. Jangan pakaian yang ketat yang boleh menarik perhatian wanita.

Untuk wanita pula, janganlah sangka tutup aurat itu dengan pakai pakaian yang setakat menutup sahaja. Tapi hendaklah dijaga perawakan juga. Kadangkala, ada yang sudah tutup aurat dari segi pakaian, tapi cara cakap mereka, cara jalan mereka, cara mereka bergaul, tidak sesuai dengan cara Islam. Ini kerana mereka tidak jaga pergaulan mereka dengan lelaki. Kita nampak senang sahaja mereka bercakap-cakap dan berinteraksi dengan orang bukan mahram mereka. Ini tidak patut.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 1 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir