7. Jangan mengharap terima kasih daripada orang.

Janganlah mengharap terima kasih daripada orang. Sedangkan Allah ‎ﷻ yang telah banyak berjasa kepada makhluk pun selalunya tidak mendapat penghargaan daripada manusia, apatah lagi anda. Jangan hairan dengan sikap manusia yang tidak pandai menghargai jasa manusia yang lain. Begitulah seperti firman Allah ‎ﷻ di dalam Tawbah:74

وَما نَقَموا إِلّا أَن أَغنٰهُمُ اللَّهُ وَرَسولُهُ مِن فَضلِهِ
dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali kerana Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan kurnia-Nya kepada mereka

Kita pun telah banyak mendengar kisah anak yang derhaka kepada ayahnya, walaupun ayahnya itu telah banyak berjasa kepada anaknya. Ayahnya telah memberi makan minum pakaian kepada anaknya, sanggup bersengkang mata menjaga anaknya, memberikan segala-galanya kepada anaknya yang kecil itu. Namun apabila anaknya itu telah besar, diherdik pula ayahnya itu!

Kerana itu, tenanglah sahaja kalau kita telah berbakti dengan seseorang, ucapan terima kasih pun dia tidak ucapkan. Abaikan sahaja, kerana kita bukan mengharap balasan daripadanya sedikit pun. Sebagaimana Allah ‎ﷻ telah berfirman di dalam Insan:9

إِنَّما نُطعِمُكُم لِوَجهِ اللَّهِ لا نُريدُ مِنكُم جَزاءً وَلا شُكورًا
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Namun begitu jangan jadikan ini sebagai penghalang untuk anda berbakti sesama manusia. Teruskan sahaja segala kerja kebaikan yang anda telah lakukan itu. Akan tetapi kenalah redha dalam hati kita yang kita sebenarnya hanya mencari redha Allah ‎ﷻ sahaja. Sekiranya ini adalah pegangan anda, maka anda tidak akan bersedih lagi dengan manusia. Lihatlah hadith yang ramai tahu ini,

عَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُوْلُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ
Daripada Hakîm bin Hizâm رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, daripada Nabi ﷺ , Baginda ﷺ bersabda: Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan daripada orang yang tidak memerlukannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allah ‎ﷻ akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah ‎ﷻ akan memberikan kecukupan kepadanya.”

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhâri (no. 1427) dan Muslim no.1053

Kalau dengan Allah ‎ﷻ pun manusia tidak bersyukur, maka tenanglah anda. Allah ‎ﷻ menceritakan sifat manusia yang tidak mengenang budi di dalam Yunus:12

وَإِذا مَسَّ الإِنسٰنَ الضُّرُّ دَعانا لِجَنبِهِ أَو قاعِدًا أَو قائِمًا فَلَمّا كَشَفنا عَنهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّم يَدعُنا إِلىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُ ۚ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلمُسرِفينَ ما كانوا يَعمَلونَ
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

Anda tidak perlu terkejut ketika anda menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal, lalu dia menggunakan pena itu untuk menulis cemuhan kepada anda. Anda tidak usah terkejut, bila orang yang anda beri tongkat untuk menggiring lembu gembalaannya kemudian dia memukulkan tongkat itu ke kepala anda. Itu semua adalah watak manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung nan Mulia. Begitulah, kalau kepada Tuhannya sahaja mereka berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan anda.

Tulisan Penulis Asal: 

Jangan Menunggu Ucapan Terima Kasih daripada Sesiapa (لَا تَنْتَظِرْ شُكْراً مِنْ أَحَدٍ)

خَلَقَ اللهُ الْعِبَادَ لِيَذْكُرُوهُ، وَرَزَقَ اللهُ الْخَلِيقَةَ لِيَشْكُرُوهُ، فَعَبَدَ الْكَثِيرُ غَيْرَهُ، وَشَكَرَ الْغَالِبُ سِوَاهُ؛ لِأَنَّ طَبِيعَةَ الْجُحُودِ وَالنُّكْرَانِ وَالْجَفَاءِ وَكُفْرَانِ النِّعَمِ غَالِبَةٌ عَلَى النُّفُوسِ،

Allah menciptakan hamba-hamba agar mereka mengingat-Nya, dan Allah memberi rezeki kepada makhluk agar mereka bersyukur kepada-Nya. Namun, ramai yang menyembah selain-Nya, dan majoriti bersyukur kepada selain-Nya; kerana sifat mengingkari, tidak berterima kasih, kasar, dan kufur nikmat adalah sifat yang dominan dalam jiwa manusia.

فَلَا تُصْدَمْ إِذَا وَجَدْتَ هَؤُلَاءِ قَدْ كَفَرُوا جَمِيلَكَ، وَأَحْرَقُوا إِحْسَانَكَ، وَنَسُوا مَعْرُوفَكَ،

Maka, janganlah anda berasa terkejut jika mendapati mereka mengingkari kebaikan anda, menghanguskan ihsan anda, dan melupakan jasa anda.

بَلْ رُبَّمَا نَاصَبُوكَ الْعِدَاءَ، وَرَمَوْكَ بِمَنْجَنِيقِ الْحِقْدِ الدَّفِينِ، لَا لِشَيْءٍ إِلَّا لِأَنَّكَ أَحْسَنْتَ إِلَيْهِمْ {وَمَا نَقَمُوا إِلَّا أَنْ أَغْنَاهُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنْ فَضْلِهِ}.

Malah, mungkin mereka akan memusuhi anda dan membaling anda dengan “manjanik” kebencian yang terpendam, tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana anda telah berbuat baik kepada mereka: “Dan mereka tidak membenci (mendendam) melainkan kerana Allah dan Rasul-Nya telah memberikan kurniaan-Nya kepada mereka.” (Tawbah:74).

وَطَالِعْ سِجِلَّ الْعَالَمِ الْمَشْهُودِ؛ فَإِذَا فِي فُصُولِهِ قِصَّةُ أَبٍ رَبَّى ابْنَهُ وَغَذَّاهُ وَكَسَاهُ وَسَقَاهُ، وَأَدَّبَهُ وَعَلَّمَهُ، سَهِرَ لِيَنَامَ، وَجَاعَ لِيَشْبَعَ، وَتَعِبَ لِيَرْتَاحَ، فَلَمَّا طَرَّ شَارِبُ هَذَا الِابْنِ وَقَوِيَ سَاعِدُهُ، أَصْبَحَ لِوَالِدِهِ كَالْكَلْبِ الْعَقُورِ، اسْتِخْفَافاً، ازْدِرَاءً، مَقْتاً، عُقُوقاً صَارِخاً، عَذَاباً وَبِيلاً.

Lihatlah catatan dunia yang nyata ini; maka di dalam bab-babnya terdapat kisah seorang ayah yang mendidik anaknya, memberi makan, pakaian, dan minum, serta mengasuh dan mengajarnya. Si ayah berjaga malam supaya si anak dapat tidur, lapar supaya si anak kenyang, dan letih supaya si anak berehat. Namun apabila misai anak ini mula tumbuh dan lengannya menjadi kuat, dia menjadi seperti anjing gila terhadap ayahnya; memperlekehkan, memandang hina, membenci, menderhaka dengan nyata, dan menjadi azab yang sangat berat.

أَلَا فَلْيَهْدَأِ الَّذِينَ احْتَرَقَتْ أَوْرَاقُ جَمِيلِهِمْ عِنْدَ مَنْكُوسِي الْفِطْرِ، وَمُحَطِّمِي الْإِرَادَاتِ، وَلْيَهْنَئُوا بِعِوَضِ الْمَثُوبَةِ عِنْدَ مَنْ لَا تَنْفَدُ خَزَائِنُهُ.

Maka, bertenanglah wahai orang-orang yang lembaran kebaikannya telah “dibakar” oleh mereka yang fitrahnya songsang dan perosak tekad. Berbahagialah dengan ganjaran pahala daripada Tuhan yang khazanah-Nya tidak pernah habis.

إِنَّ هَذَا الْخِطَابَ الْحَارَّ لَا يَدْعُوكَ لِتَرْكِ الْجَمِيلِ، وَعَدَمِ الْإِحْسَانِ لِلْغَيْرِ، وَإِنَّمَا يُوَطِّنُكَ عَلَى انْتِظَارِ الْجُحُودِ، وَالتَّنَكُّرِ لِهَذَا الْجَمِيلِ وَالْإِحْسَانِ، فَلَا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ.

Sesungguhnya pesanan yang tegas ini bukan mengajak anda untuk berhenti berbuat baik atau tidak lagi berbakti kepada orang lain, sebaliknya ia melatih jiwa anda supaya bersedia menghadapi pengingkaran dan ketidakpedulian terhadap kebaikan tersebut. Maka janganlah berdukacita dengan apa yang mereka lakukan.

اعْمَلِ الْخَيْرَ لِوَجْهِ اللهِ؛ لِأَنَّكَ الْفَائِزُ عَلَى كُلِّ حَالٍ، ثُمَّ لَا يَضُرُّكَ غَمْطُ مَنْ غَمَطَكَ، وَلَا جُحُودُ مَنْ جَحَدَكَ،

Lakukanlah kebaikan semata-mata kerana Allah; kerana anda adalah pemenang dalam apa jua keadaan. Kemudian, tidaklah memudaratkan anda penghinaan orang yang menghina, mahupun pengingkaran orang yang ingkar.

وَاحْمَدِ اللهَ لِأَنَّكَ الْمُحْسِنُ، وَهُوَ الْمُسِيءُ، وَالْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى {إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا}.

Pujilah Allah kerana anda adalah orang yang berbuat baik (muhsin) manakala dia adalah orang yang berbuat jahat, dan “tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah”. “Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan juga ucapan terima kasih daripada kamu.” (Insan:9).

وَقَدْ ذَهَلَ كَثِيرٌ مِنَ الْعُقَلَاءِ مِنْ جِبِلَّةِ الْجُحُودِ عِنْدَ الْغَوْغَاءِ، وَكَأَنَّهُمْ مَا سَمِعُوا الْوَحْيَ الْجَلِيلَ وَهُوَ يَنْعِي عَلَى الصِّنْفِ عُتُوَّهُ وَتَمَرُّدَهُ {مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}.

Ramai orang yang berakal merasa terpaku dengan tabiat pengingkaran dalam kalangan orang awam yang jahil, seolah-olah mereka tidak pernah mendengar wahyu yang agung yang mencela golongan ini atas keangkuhan dan penderhakaan mereka: “Dia berlalu (dengan sombong) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghapuskan) bahaya yang menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” (Yunus:12).

لَا تَتَفَاجَأْ إِذَا أَهْدَيْتَ بَلِيداً قَلَماً فَكَتَبَ بِهِ هِجَاءَكَ،

Janganlah terkejut jika anda menghadiahkan sebatang pen kepada orang yang dungu, lalu dia menggunakannya untuk menulis cacian terhadap anda.

أَوْ مَنَحْتَ جَافِياً عَصاً يَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَيَهُشُّ بِهَا عَلَى غَنَمِهِ، فَشَجَّ بِهَا رَأْسَكَ،

Atau anda memberikan tongkat kepada orang yang kasar untuk dia bersandar dan menghalau kambingnya, lalu dia menggunakan tongkat itu untuk memukul kepala anda sehingga luka.

هَذَا هُوَ الْأَصْلُ عِنْدَ هَذِهِ الْبَشَرِيَّةِ الْمُحَنَّطَةِ فِي كَفَنِ الْجُحُودِ مَعَ بَارِيهَا جَلَّ فِي عُلَاهُ، فَكَيْفَ بِي وَمَعَكَ؟!

Inilah asal usul kemanusiaan yang “diawet” dalam kafan pengingkaran terhadap Penciptanya yang Maha Tinggi, maka apatah lagi terhadap aku dan anda?!

Published by

Unknown's avatar

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a comment