Tafsir Surah Furqan Ayat 12 – 17 (Allah tanya yang disembah)

Ayat 12: Sebelum ini telah disebut tentang neraka dan sekarang Allah beri penerangan lagi tentang keadaan neraka itu.

إِذا رَأَتهُم مِّن مَّكانٍ بَعيدٍ سَمِعوا لَها تَغَيُّظًا وَزَفيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When it [i.e., the Hellfire] sees them from a distant place, they will hear its fury and roaring.

(MELAYU)

Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara nyalanya.

 

إِذا رَأَتهُم مِّن مَّكانٍ بَعيدٍ

Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, 

Selalu di dalam ayat yang lain, Allah memberitahu bagaimana manusia melihat neraka. Tetapi dalam ayat ini Allah menceritakan bagaimana neraka pula melihat mereka. Ini amat menakutkan. Seolah-olah neraka itu menunggu sahaja ahli neraka masuk ke dalamnya.

Ada yang kata, sekarang pun neraka dah tengok ahli neraka itu. Neraka dah tahu dah siapakah ahli neraka! Adakah kita ahli neraka?! Nauzubillahi min dzaalik!

 

سَمِعوا لَها تَغَيُّظًا وَزَفيرًا

mereka mendengar kegeramannya dan suara nyalanya.

Kalimah تَغَيُّظًا dari غ ي ظ yang bermaksud ‘marah’ dan kalimah وَزَفيرًا dari ز ف ر yang bermaksud ‘ngauman’. Semasa ahli neraka mendekati neraka itu mereka akan mula mendengar bunyi mengaum neraka itu kerana marahnya neraka itu. Ianya macam singa lapar apabila nampak makanan sampai.

Ini adalah keadaan apabila mereka sudah nampak Neraka dan sudah dengar bunyi neraka. Sama seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

{إِذَا أُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِيَ تَفُورُ تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ}

Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedangkan neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. (Al-Mulk: 7-8)

Dan mereka akan dengar bunyi menderam neraka itu dan bunyi apinya. Beginilah Allah menakutkan kita supaya kita mengubah perangai kita.


 

Ayat 13:

وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُّقَرَّنينَ دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they are thrown into a narrow place therein bound in chains, they will cry out thereupon for destruction.

(MELAYU)

Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka itu dengan dibelenggu, mereka di sana mengharapkan kebinasaan.

 

وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُّقَرَّنينَ

Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka itu dengan dibelenggu,

Apabila mereka dibuang ke tempat yang sempit dan waktu itu mereka telah dirantai. Amat hina sekali keadaan ahli neraka itu. Tidak dapat nak dibayangkan dengan tepat kerana kita tidak tahu dan keadaan neraka tidak dapat nak dibayangkan kerana teruk sangat. Tapi dengan baca ayat ini sahaja sudah terasa takut sangat. Kita dah boleh agak-agak teruknya keadaan di neraka.

Kita tidak suka tempat yang sempit dalam dunia lagi. Lalu bagaimana kita akan senang dengan kesempitan dalam neraka nanti? Dengan begitu ramainya orang yang berhimpit-himpit dalam keadaan yang tidak selesa dan diazab sentiasa.

Sudahlah tempat itu sempit, ahli neraka dirantai bersama-sama kerana kalimah مُّقَرَّنينَ dari ق ر ن yang bermaksud ‘bersama-sama’.

Cara mereka dimasukkan itu juga amat ngeri. Kerana Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّهُمْ ليُسْتَكرهون فِي النَّارِ، كَمَا يُسْتَكْرَهُ الْوَتِدُ فِي الْحَائِطِ”

Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya mereka dipaksakan masuk ke dalam neraka, sebagaimana pasak dipaksakan masuk ke dalam tembok.

 

دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا

mereka di sana mengharapkan kebinasaan.

Waktu itu mereka minta supaya mereka dimatikan sahaja. Kerana kalimah ثُبورًا dari ث ب ر yang bermaksud ‘kehancuran’. Ini bermaksud mereka meminta kematian yang baru. Kerana mereka dah mati dah iaitu kematian di dunia.

Mereka belum lagi diseksa tetapi mereka sudah minta dimatikan sahaja. Kerana dah takut sangat dengan apa yang mereka lihat dan dengar itu. Bayangkan kalau di dunia, tiada siapa yang mahu dimatikan, tapi begitulah di neraka kelak.


 

Ayat 14: Apabila mereka minta mati, apakah akan dijawap kepada mereka?

لا تَدعُوا اليَومَ ثُبورًا وٰحِدًا وَادعوا ثُبورًا كَثيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They will be told], “Do not cry this Day for one destruction but cry for much destruction.”

(MELAYU)

(Akan dikatakan kepada mereka): “Jangan kamu sekalian mengharapkan satu kebinasaan, melainkan harapkanlah kebinasaan yang banyak”.

 

لا تَدعُوا اليَومَ ثُبورًا وٰحِدًا

(Akan dikatakan kepada mereka): “Jangan kamu sekalian mengharapkan satu kebinasaan sahaja pada hari ini,

Dikatakan kepada mereka jangan minta satu kematian sahaja kerana itu tidak cukup. Ini adalah ejekan kepada mereka: kenapa minta satu sahaja?

 

وَادعوا ثُبورًا كَثيرًا

harapkanlah kebinasaan yang banyak”.

Jangan minta satu kematian, tapi mintalah kematian yang berulang-ulang. Kerana kesalahan mereka amat besar, tak cukup kalau minta mati sekali sahaja.

Sebenarnya, itu adalah ejekan sahaja. Kalau minta mati sekali pun tidak dapat, dan kalau minta mati banyak kali pun tidak dapat juga kerana tidak ada kematian lagi di akhirat. Mereka akan diseksa dengan teruk sekali tapi tidak mati-mati kerana kalau mati, tidaklah kena azab lagi, sedangkan mereka kena azab berterusan.


 

Ayat 15: Maka fikir-fikirkanlah.

قُل أَذٰلِكَ خَيرٌ أَم جَنَّةُ الخُلدِ الَّتي وُعِدَ المُتَّقونَ ۚ كانَت لَهُم جَزاءً وَمَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Is that better or the Garden of Eternity which is promised to the righteous? It will be for them a reward and destination.

(MELAYU)

Katakanlah: “Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa?” Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?”.

 

قُل أَذٰلِكَ خَيرٌ أَم جَنَّةُ الخُلدِ الَّتي وُعِدَ المُتَّقونَ

Katakanlah: “Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa?”

Telah diceritakan azab ahli neraka yang amat teruk. Kemudian ditanyakan kepada mereka: adakah keadaan dalam neraka itu lebih baik daripada syurga? Tentulah akal kita pun kata syurga lebih baik.

Taman itu kekal bermaksud ianya akan tetap hijau dan cantik. Dan penghuni syurga akan kekal dalam syurga.

 

كانَت لَهُم جَزاءً وَمَصيرًا

Ia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?”.

Syurga itu adalah balasan baik bagi mereka yang menjaga tauhid dan amalan mereka semasa di dunia. Amalan sikit sahaja dan berapa tahun sahaja, tapi balasan selama-lamanya dengan nikmat  yang tidak terkira.


 

Ayat 16:

لَّهُم فيها ما يَشاءونَ خٰلِدينَ ۚ كانَ عَلىٰ رَبِّكَ وَعدًا مَّسئولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For them therein is whatever they wish, [while] abiding eternally. It is ever upon your Lord a promise [worthy to be] requested.¹

  • Or “…a promise requested [for them by the angels].”

(MELAYU)

Bagi mereka di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki, sedang mereka kekal (di dalamnya). (Hal itu) adalah janji dari Tuhanmu yang patut dimohonkan (kepada-Nya).

 

لَّهُم فيها ما يَشاءونَ خٰلِدينَ

Bagi mereka di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki, sedang mereka kekal (di dalamnya). 

Mereka dapat apa sahaja yang mereka kehendaki. Mereka akan diberikan segala nikmat untuk memuaskan nafsu mereka. Semasa mereka di dunia mereka tahan nafsu mereka dari buat maksiat. Balasannya mereka akan dapat memuaskan nafsu mereka selama-lamanya di syurga.

Mereka akan kekal di dalamnya kerana sesiapa sahaja yang masuk syurga akan kekal sampai bila-bila. Ini adalah satu rahmat dan satu kesenangan fikiran. Kerana bila kita tahu kita akan kekal di situ, maka hilang sudah segala kerisauan.

 

كانَ عَلىٰ رَبِّكَ وَعدًا مَّسئولًا

(Hal itu) adalah janji dari Tuhanmu yang patut dimohonkan (kepada-Nya).

Itu adalah janji Allah yang disebut-sebut oleh manusia: ya Allah penuhilah janjiMu …. penuhilah janjiMu… maka Allah telah menetapkan atas DiriNya untuk memenuhi janji itu.

Inilah janji yang patut diminta oleh hamba. Hamba patut minta supaya dimasukkan ke dalam syurga. Inilah yang kena diharapkan. Dan Nabi sudah ajar supaya apabila minta syurga, mintalah syurga yang paling tinggi sekali:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ

Di syurga itu terdapat seratus tingkatan, Allah menyediakannya untuk para mujahid di jalan Allah, jarak antara keduanya seperti antara langit dan bumi. Kerana itu, jika kalian meminta kepada Allah, mintalah Firdaus, kerana sungguh ia adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi. Di atasnya ada Arsy Maha Pengasih, dan darinya sumber sungai-sungai syurga.” (HR. Bukhari 2790 & Ibnu Hibban 4611).ء


 

Ayat 17: Ayat Takhwif Ukhrawi.

وَيَومَ يَحشُرُهُم وَما يَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ فَيَقولُ ءأَنتُم أَضلَلتُم عِبادي هٰؤُلاءِ أَم هُم ضَلُّوا السَّبيلَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] the Day He will gather them and that which they worship besides Allāh and will say, “Did you mislead these, My servants, or did they [themselves] stray from the way?”

(MELAYU)

Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain Allah, lalu Allah berkata (kepada yang disembah); “Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku ini, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”.

 

وَيَومَ يَحشُرُهُم وَما يَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ

Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain Allah,

Allah menceritakan keadaan di akhirat kelak. Mereka yang telah melakukan syirik semasa di dunia akan dikumpulkan dan dibawakan sekali roh-roh Nabi, wali dan malaikat yang disembah semasa mereka hidup dulu. Apa sahaja yang dipuja oleh mereka akan dibawa ke hadapan mereka.

 

فَيَقولُ ءأَنتُم أَضلَلتُم عِبادي هٰؤُلاءِ

lalu Allah berkata (kepada yang disembah); “Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku ini,

Allah akan tanya kepada yang dipuja iaitu Nabi, wali dan malaikat itu. Mereka itu adalah orang-orang yang soleh yang tidak pernah suruh supaya mereka dipuja. Maka Allah tanya mereka balik.

Ini adalah sebagai azab emosi, kerana memang yang buat syirik dah menyesal sangat dah waktu itu. Tapi nak bagi mereka sakit hati lagi.

Allah tanya kepada mereka yang disembah itu: pernahkah mereka suruh makhluk sembah mereka? Memang tidak pernah langsung. Manusia syirik sahaja yang memandai sembah dan puja selain Allah. Pengertian ayat ini sama dengan apa yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَإِذْ قَالَ اللهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ أَأَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَهَيْنِ مِنْ دُونِ اللهِ قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ إِنْ كُنْتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ إِنَّكَ أَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ. مَا قُلْتُ لَهُم}

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman, “Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, ‘Jadikanlah aku dan ibuku dua orang ilah selain Allah?’.” Isa menjawab, “Mahasuci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya, maka tentulah Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib.” Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya). (Al-Maidah: 116­-117), hingga akhir ayat.

 

أَم هُم ضَلُّوا السَّبيلَ

atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan?”

Allah tanya kepada mereka yang dipuja itu adakah mereka itu telah menyesatkan hamba-hambaNya atau mereka itu sendiri yang telah sesatkan diri mereka sendiri? Kita pun sudah tahu jawapannya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 April 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s