Ayat 41: Sekarang baru Nabi Yusuf عليه السلام tadbir mimpi iaitu setelah baginda dakwah ajaran tauhid terlebih dahulu kepada temannya di dalam penjara itu.
يا صاحِبَيِ السِّجنِ أَمّا أَحَدُكُما فَيَسقي رَبَّهُ خَمرًا ۖ وَأَمَّا الآخَرُ فَيُصلَبُ فَتَأكُلُ الطَّيرُ مِن رَأسِهِ ۚ قُضِيَ الأَمرُ الَّذي فيهِ تَستَفتِيانِ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O two companions of prison, as for one of you, he will give drink to his master of wine; but as for the other, he will be crucified, and the birds will eat from his head. The matter has been decreed about which you both inquire.”
(MALAY)
Hai kedua penghuni penjara: “Adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar; adapun yang seorang lagi maka dia akan disalib, lalu burung memakan dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)”.
يا صاحِبَيِ السِّجنِ
Hai kedua penghuni penjara:
Sekarang Nabi Yusuf عليه السلام mula mentafsirkan mimpi mereka kerana baginda sudah berjanji kepada mereka. Baginda sudah mengambil kesempatan sebentar sebelum ini untuk berdakwah.
أَمّا أَحَدُكُما فَيَسقي رَبَّهُ خَمرًا
“Adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan khamar;
Baginda mengatakan berdasarkan mimpi itu, yang salah seorang daripada mereka boleh keluar dari penjara dan dia akan bekerja untuk memberi minum kepada tuannya. Maknanya dia akan kerja balik seperti sebelum dia dipenjarakan dahulu.
وَأَمَّا الآخَرُ فَيُصلَبُ
adapun yang seorang lagi maka dia akan disalib,
Sedangkan seorang lagi tidak akan selamat kerana dia akan disalib. Iaitu tangan dan kakinya akan dipalang dan dia akan dibiarkan di palang itu sampai mati. Ini adalah kerana nanti setelah dibicarakan, telah pasti yang dia memang terlibat dalam cubaan meracuni raja.
فَتَأكُلُ الطَّيرُ مِن رَأسِهِ
lalu burung memakan dari kepalanya.
Dia mimpi dia menjunjung roti dan burung akan makan dari roti itu. Sebenarnya burung akan memakan kepalanya dengan mematuknya. Kepalanya sendiri akan dimakan oleh burung.
قُضِيَ الأَمرُ الَّذي فيهِ تَستَفتِيانِ
Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya (kepadaku)”.
Baginda meminta maaf namun perkara itu telah ditakdirkan. Begitulah yang mereka minta fatwakan mimpi mereka. Baginda jujur dalam pentakwilan baginda. Walaupun baginda tahu yang tentu salah seorang dari mereka itu tidak suka dengan takwil itu. Tetapi Nabi Yusuf عليه السلام tidak memberikan interpretasi yang lain kerana itulah jawapannya.
Ayat 42: Nabi Yusuf عليه السلام membuat perancangan untuk keluar dari penjara.
وَقالَ لِلَّذي ظَنَّ أَنَّهُ ناجٍ مِنهُمَا اذكُرني عِندَ رَبِّكَ فَأَنساهُ الشَّيطانُ ذِكرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجنِ بِضعَ سِنينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And he said to the one whom he knew would go free, “Mention me before your master.” But Satan made him forget the mention [to] his master, and he [i.e., Joseph] remained in prison several years.
(MALAY)
Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua: “Sebutlah tentang keadaanku kepada tuanmu”. Lalu syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.
وَقالَ لِلَّذي ظَنَّ أَنَّهُ ناجٍ مِنهُمَا
Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua:
Sudah tentu lelaki yang mendapat berita buruk itu (yang dia akan dihukum bunuh) tidak mahu bercakap dengan Nabi Yusuf عليه السلام lagi kerana sudah sedih atau marah. Jadi baginda bercakap dengan seorang yang akan keluar itu sahaja. Selepas dia dapat berita yang dia akan selamat, tentu dia suka dan sanggup untuk menolong Nabi Yusuf عليه السلام.
اذكُرني عِندَ رَبِّكَ
“Sebutlah tentang keadaanku kepada tuanmu”.
Baginda meminta tolong kepada lelaki yang akan selamat itu kerana perkara itu memerlukan orang yang akan keluar dari penjara. Baginda meminta lelaki itu sebut tentang hal baginda kepada tuannya apabila sudah keluar nanti. Minta ceritakan keadaan baginda yang masuk penjara itu dengan paksa, tidak masuk mahkamah pun dan tolong beritahu yang baginda tidak bersalah.
فَأَنساهُ الشَّيطانُ ذِكرَ رَبِّهِ
Lalu syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya.
Semasa Nabi Yusuf عليه السلام meminta tolong itu, lelaki itu kata dia sanggup untuk menolong Nabi Yusuf عليه السلام. Tetapi dia cakap begitu masa dia susah dalam penjara sahaja dan selepas Nabi Yusuf عليه السلام memberitahunya berita gembira itu sahaja. Tetapi bila sudah keluar, sudah sibuk dengan kehidupannya sendiri, maka dia telah melupakan pesanan Nabi Yusuf عليه السلام itu.
Allah ﷻ berkata syaitanlah yang menyebabkan dia terlupa. Ini kerana syaitan mahukan Nabi Yusuf عليه السلام terus duduk dalam penjara, dan syaitan menyibukkan dia sampai dia terlupa untuk memaklumkan kepada tuannya tentang Nabi Yusuf عليه السلام.
Tafsir kedua: atau dia terlupa ‘tentang Allah ﷻ’ – tentang agama. Selepas Nabi dakwah kepadanya, sepatutnya dia terima dakwah itu dan beramal seperti yang diajar oleh Nabi Yusuf عليه السلام. Ini penting kerana sepatutnya selepas dia tengok kebenaran yang telah disebut oleh Yusuf عليه السلام itu, dia patut sedarlah yang agama yang dibawa oleh Yusuf عليه السلام itu adalah agama yang benar dan agamanya selama ini adalah agama salah. Namun apabila sudah keluar, dia terlupa apa yang Nabi Yusuf عليه السلام telah ajar dia dahulu semasa di dalam penjara.
فَلَبِثَ فِي السِّجنِ بِضعَ سِنينَ
Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.
Oleh kerana keadaan baginda tidak diberitahu oleh lelaki yang selamat itu, maka lama lagi baginda kena duduk dalam penjara. Baginda kekal di penjara beberapa lama – kurang lebih 10 tahun. Ada yang kata, 12 tahun dan pendapat lain mengatakan 14 tahun.
Kita tidak tahu berapa lama baginda tinggal di dalam penjara. Juga tidaklah kita perlu tahu dengan pasti. Maknanya tidak perlu kita tetapkan. Terdapat israiliyyat dalam riwayat yang disebutkan oleh beberapa orang Mufassirin tentang tempoh Nabi Yusuf a.s. dipenjarakan dan sebab dia masuk ke dalam penjara buat beberapa tahun. Ini berlaku ketika mereka menafsirkan ayat ini.
Ibnu Jarir, Tha’labi, al-Baghawi dan lain-lainnya telah menyebut beberapa pendapat dalam masalah ini. Wahab bin Munabbih telah berkata: “Nabi Ayub a.s. telah ditimpa ujian selama tujuh tahun dan Nabi Yusuf a.s. telah dibiarkan tinggal di dalam penjara selama tujuh tahun dan Bakhtanasir disiksa selama tujuh tahun.
Malik bin Dinar berkata: “Apabila Nabi Yusuf a.s. berkata kepada orang yang memberinya minum, sebutlah aku kepada tuan engkau.” Allah SWT berfirman kepada Nabi Yusuf a.s: “Wahai Yusuf engkau telah menjadikan tuan selain dari Aku maka Aku pasti akan memanjangkan lagi tempoh penjara engkau.” Maka Nabi Yusuf a.s. menangis dan berkata: “Wahai Tuhanku, hati aku telah lalai kerana banyaknya ujian, lalu aku telah mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya aku ucapkan dan aku sekali-kali tidak akan mengulanginya.”
Ada ulama’ yang yakin bahawa riwayat-riwayat ini adalah termasuk dalam israiliyyat. Ini kerana ia menggambarkan Nabi Yusuf a.s. dipenjarakan sebagai balasan daripada Allah SWT kerana perkataan yang diucapkannya sedangkan Nabi Yusuf a.s. tidak pernah mengucapkan kata-kata tidak baik dan mungkar. Mencari jalan yang biasa dilakukan oleh manusia untuk melepaskan diri dan untuk menjelaskan diri tidak bersalah langsung tidak menafikan tawakal kepada Allah SWT. Bala yang menimpa nabi bukanlah sebagai hukuman akan tetapi adalah bertujuan untuk mengangkat darjat mereka serta supaya mereka menjadi ikutan yang baik bagi orang lain dalam berhadapan dengan ujian Allah SWT. Di dalam hadith sahih daripada Nabi SAW:
أشد الناس بلاء الأنبياء فالأمثل فالأمثل
Maksudnya: “Manusia yang paling hebat ujiannya ialah para nabi, kemudiannya orang yang seperti mereka dan seterusnya.”
Perkataan ( البضع ) bererti tiga hingga sembilan atau hingga sepuluh tahun. Allah SWT tidak menetapkan tempoh penjara. Boleh jadi sembilan tahun, lima tahun selagi mana di sana tidak ada hadith sahih daripada Nabi SAW. Begitu juga kita mesti menyakini bahawa penjara itu bukanlah sebagai balasan Allah SWT ke atas perkataan yang telah diucapkannya. Akan tetapi, ia adalah ujian Allah SWT bagi mengangkat darjatnya.
Habis Ruku’ 5 dari 12 ruku’ surah ini.
Ayat 43: Sekarang masuk ke dalam Keadaan ke 8. Sekarang ‘kamera’ kisah ini berubah lagi. Sekarang kisah di istana raja pula. Dari mimpi raja inilah yang menjadi penyebab untuk mengeluarkan Nabi Yusuf عليه السلام nanti dari penjara.
وَقالَ المَلِكُ إِنّي أَرىٰ سَبعَ بَقَراتٍ سِمانٍ يَأكُلُهُنَّ سَبعٌ عِجافٌ وَسَبعَ سُنبُلاتٍ خُضرٍ وَأُخَرَ يابِساتٍ ۖ يا أَيُّهَا المَلَأُ أَفتوني في رُؤيايَ إِن كُنتُم لِلرُّؤيا تَعبُرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [subsequently] the king said, “Indeed, I have seen [in a dream] seven fat cows being eaten by seven [that were] lean, and seven green spikes [of grain] and others [that were] dry. O eminent ones, explain to me my vision, if you should interpret visions.”
(MALAY)
Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering”. Hai orang-orang yang terkemuka: “Terangkanlah kepadaku tentang ta’bir mimpiku itu jika kamu dapat mena’birkan mimpi”.
وَقالَ المَلِكُ إِنّي أَرىٰ سَبعَ بَقَراتٍ سِمانٍ
Raja berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk
Sekarang kita berada di dalam istana pula. Seperti biasa, seorang Raja ada mala’ di kelilingnya. Ini adalah suasana di mana Raja itu sedang berbincang bersama dengan mereka. Raja menceritakan tentang mimpi yang dialaminya dan ini adalah mimpi ke empat dalam surah ini.
- Mimpi pertama adalah mimpi Nabi Yusuf عليه السلام.
- Mimpi lelaki yang selamat.
- Mimpi lelaki yang akan dihukum bunuh.
- Mimpi Raja.
Dalam mimpi Raja itu, dia nampak 7 ekor lembu yang gemuk-gemuk.
Satu kehebatan Qur’an yang kita boleh lihat adalah tepatnya penggunaan kalimah. Kalau kita ingat, ketua negara Mesir di zaman Nabi Musa عليه السلام menggunakan gelaran Firaun. Tetapi dalam ayat ini digunakan kalimah ‘raja’ kerana waktu itu ketua negara menggunakan gelaran raja. Ini adalah kerana dinasti yang tidak sama. Kerajaan lama itu akan digulingkan nanti dan diganti dengan dinasti yang menggunakan gelaran Firaun.
يَأكُلُهُنَّ سَبعٌ عِجافٌ
dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus
Manakala 7 ekor lembu yang gemuk itu dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus. Kalimah عِجافٌ bermaksud sesuatu yang tidak mahu makan atau berhenti makan sebelum perut mereka penuh. Ini mimpi yang agak pelik kerana lembu makan lembu. Oleh itulah Raja itu berasa perlu mengetahui apakah maksud mimpinya itu.
وَسَبعَ سُنبُلاتٍ خُضرٍ وَأُخَرَ يابِساتٍ
dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering”.
Kemudian Raja itu bermimpi tentang 7 tangkai gandum yang hijau segar dan 7 lagi yang kering. Apabila tangkai-tangkai itu duduk berdekatan, yang kering itu telah menggulung tangkai-tangkai yang segar sampai tangkai yang segar juga jadi kering.
Ini juga mimpi yang pelik. Apabila seseorang itu bermimpi pelik, mimpi itu hendaklah ditadbir. Ini bukan mimpi yang biasa kerana Raja itu sendiri rasa benda itu penting kerana ia berulang-ulang. Oleh itu, tidaklah semua mimpi kita kena tadbir. Hanya mimpi yang pelik dan dirasa penting sahaja yang perlu ditadbir kerana ada sesuatu yang hendak disampaikan.
Kalau mimpi itu penting, seseorang itu akan bermimpi banyak kali. Ini kerana kalau orang yang tahu tadbir mimpi, dia sudah tahu maknanya dan dia sudah boleh ambil kesimpulan. Tetapi kalau seorang yang tidak tahu tadbir mimpi dan dia tidak faham, maka mimpi itu akan berulang dan dia kena cari orang yang boleh tadbir mimpi itu.
Tetapi kalau mimpi jenis main-main seperti mimpi yang menakutkan atau jenis mimpi yang keluar air mani, tidak perlulah ditadbir.
Dalam kisah ini, Raja itu adalah seorang yang kafir, tetapi dapat juga mimpi yang penting. Oleh sebab itu, ini memberitahu kita, tidak semestinya hanya orang mukmin sahaja mimpi yang benar. Begitu juga, tidaklah boleh kata, sebab tidur tidak berwudhu’ maka mimpi itu tidak bermakna. Raja ini pun tidaklah setiap kali minta orang tadbir mimpi. Dia minta ditadbir mimpinya pun kerana dia rasa mimpinya itu penting sahaja.
يا أَيُّهَا المَلَأُ أَفتوني في رُؤيايَ
Hai orang-orang yang terkemuka: “Terangkanlah kepadaku tentang ta’bir mimpiku itu
Oleh kerana dia rasa mimpinya itu penting, maka dia telah mengumpul menteri-menterinya. Mungkin sebelum itu mereka pernah kata mereka pandai dalam segala perkara, tadbir mimpi pun mereka boleh, maka Raja hendak suruh mereka tadbir mimpilah.
إِن كُنتُم لِلرُّؤيا تَعبُرونَ
jika kamu dapat mena’birkan mimpi”.
Kalau mereka benar boleh tadbir mimpi, maka tolonglah tadbir. Kalimah لِلرُّؤيا ini taqdim, jadi bermaksud kalau mereka pakar dalam tadbir mimpi.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 1 Januari 2022
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an