Tafsir Surah Zumar Ayat 37 – 40 (Musyrikin Mekah ada Tauhid Rububiyyah)

Ayat 37:

وَمَن يَهدِ اللَهُ فَما لَهُ مِن مُّضِلٍّ ۗ أَلَيسَ اللَهُ بِعَزيزٍ ذِي انتِقامٍ

Sahih International

And whoever Allah guides – for him there is no misleader. Is not Allah Exalted in Might and Owner of Retribution?

Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?

 

وَمَنْ يَهْدِ اللَهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُّضِلٍّ

Siapa-siapa yang diberi hidayah oleh Allah, tidak ada baginya sebarang penyesat untuknya.

Bila terima tauhid ini, orang lain tidak boleh buat apa untuk ganggu gugat agama dia. Tidak akan ada sesiapa yang boleh menyesatkannya lagi. Dia akan tetap di dalam tauhidnya. Tidak akan berubah lagi kepada kesesatan. Kerana hatinya telah teguh atas iman – dipanggil Robtul Qalbi iaitu selepas mereka melepasi ujian-ujian dalam perjalanan imannya.

Mereka itu seperti Pemudah Kahfi yang telah mendapat tahap keimanan yang tinggi, sampai mereka sanggup berdepan dengan Raja mereka untuk menyatakan kebenaran.

 

أَلَيْسَ اللَهُ بِعَزِيزٍ

Tidakkah Allah Dzat yang Maha Gagah Perkasa.

Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja. Oleh itu, kita kenalah melakukan ibadah hanya kepadaNya sahaja dan berdoa pun hanya kepada Dia sahaja. Kerana selain dari Dia, tidak mempunyai sifat ini.

 

ذِي انْتِقَامٍ

mempunyai kuasa membalas.

Allah mampu untuk memberi balasan kepada hambaNya. Dan pujaan-pujaan selain Allah yang mereka sembah itu, tidak ada kuasa untuk membalas, tidak boleh melakukan apa-apa sahaja tanpa izin Allah. Allah mengingatkan kita kalau kita tidak berpegang dengan tauhid, melakukan syirik, Allah boleh balas perbuatan salah itu dengan azab sengsara di dunia dan juga di akhirat.

Terdapat rahmat dalam surah ini. Allah menggelar DiriNya ‘yang mempunyai kuasa membalas’, bukan ‘Yang Membalas’ – muntaqim. Muntaqim bukanlah salah satu nama Allah. Walaupun Allah mempunyai kuasa untuk membalas, tapi tidak semestinya Dia akan terus membalas hamba-hambaNya yang telah engkar kepadaNya.

Ada kemungkinan Allah akan mengampunkan dosa hamba-hambaNya kerana Allah juga adalah Maha Pemaaf. Ini adalah satu sifat rahmat Allah. Dan Allah tidak terus mengazab hambaNya-hambaNya yang telah buat syirik kepadaNya selagi mereka hidup lagi. Allah beri peluang kepada mereka untuk bertaubat dan membetulkan diri mereka. Itu adalah salah satu dari rahmat Allah kepada makhlukNya.


 

Ayat 38: Ini adalah Dalil Aqli I’tirafi. Ada sebahagian perkara tentang Allah yang Arab Mekah sudah terima, sudah iktiraf sebagai benar. Walaupun banyak salah mereka dalam syirik, tapi ada juga yang benar. Mereka terima Allah sebagai Tuhan yang Maha Mencipta. Kerana mereka memang kenal Allah pun sebagai Tuhan.

Allah nak beritahu mereka, kalau ada perkara tentang Allah yang mereka sudah terima, sepatutnya tentang tauhid pun mereka kenalah juga terima.

وَلَئِن سَأَلتَهُم مَّن خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ لَيَقولُنَّ اللَهُ ۚ قُل أَفَرَءيتُم مّا تَدعونَ مِن دونِ اللهِ إِن أَرادَنِيَ اللَهُ بِضُرٍّ هَل هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهِ أَو أَرادَني بِرَحمَةٍ هَل هُنَّ مُمسِكٰتُ رَحمَتِهِ ۚ قُل حَسبِيَ اللَهُ ۖ عَلَيهِ يَتَوَكَّلُ المُتَوَكِّلونَ

Sahih International

And if you asked them, “Who created the heavens and the earth?” they would surely say, ” Allah .” Say, “Then have you considered what you invoke besides Allah ? If Allah intended me harm, are they removers of His harm; or if He intended me mercy, are they withholders of His mercy?” Say, “Sufficient for me is Allah ; upon Him [alone] rely the [wise] reliers.”

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ

Sekiranya ditanyakan kepada mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi,

Allah hendak memberitahu fahaman dan akidah orang kafir Mekah. Mereka juga ada fahaman tentang agama kerana mereka itu orang yang bertamadun juga. Mereka tahu siapakah yang menjadikan alam ini.

Begitu juga, ayat ini secara umum, boleh ditanya kepada sesiapa sahaja pada mana-mana zaman pun. Boleh tanya kepada mereka, siapakah yang menjadikan alam ini?

 

لَيَقُولُنَّ اللهُ

mereka akan menjawap: Allah.

Pasti mereka akan kata begitu. Tidak ragu-ragu lagi mereka akan menjawab begitu. Semua sekali akan menjawab begitu, samada orang kafir atau orang musyrik. Mereka bukan tidak kenal Allah. Mereka cuma tak mahu sembah Allah sahaja. Mereka memang sembah Allah, tapi dalam masa yang sama, mereka nak juga sembah tuhan-tuhan yang lain. Ianya seumpama tuhan-tuhan yang lain itu adalah tuhan-tuhan ‘mini’.

Ini yang susah difahami oleh ramai orang. Mereka tidak dapat terima bahawa Musyrikin Mekah kenal Allah. Mereka kata takkanlah Musyrikin Mekah itu sembah Allah dan terima Allah sebagai Tuhan… ini kerana mereka tidak tahu kerana tidak belajar. Padahal perkara ini jelas dalam Qur’an dan dalam sejarah mereka. Mereka tahu bahawa Allah itu adalah Tuhan dan hanya Dia sahaja yang Maha Mencipta. Sebab itu, dalam pengajaran Tauhid Tiga Serangkai, ada disebut bagaimana Musyrikin Mekah itu adalah fahaman Tauhid Rububiyyah.

Begitu juga, ada orang kafir zaman sekarang pun yang menerima adanya Allah. Kadang-kadang mereka tidaklah menggunakan nama ‘Allah’. Tapi mereka akan gunakan nama seperti ‘Tuhan yang satu’, ‘God the Father’, dan sebagainya. Yang pasti, mereka tentunya mengaku dalam diri mereka bahawa ada satu entiti yang menjadikan alam ini. Masalah mereka adalah mereka mensyirikkan Allah sahaja.

 

قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَّا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللهِ

Tanya kepada mereka: apakah pandangan kamu tentang apa yang kamu sembah/seru selain dari Allah itu?

Allah ajar Nabi dan kita semua bagaimana berdakwah kepada mereka yang kufur. Samada yang mereka sembah dan puja itu adalah Nabi, wali, malaikat, tokkong, tuhan-tuhan Hindu itu atau apa-apa sahaja, tanya kepada mereka satu soalan: Apakah pandangan kamu tentang ilah yang kamu sembah selain Allah itu? Tidakkah kau lihat betul-betul sembahan kamu itu? Apakah yang kamu sembah dan puja itu ada kuasa?

 

إِنْ أَرَادَنِيَ اللَهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهِ

Sekiranya Allah ingin memberi bahaya kepada aku, adakah mereka boleh melepaskan diri aku daripada bala itu?

Tanya kepada mereka: bolehkah? Tentu tak boleh. Walaupun Nabi Muhammad sendiri, tidak boleh menyekat bala yang Allah hendak timpakan kepadanya. Apatah lagi kalau pujaan-pujaan mereka yang lain. Nabi Muhammad adalah Nabi yang dimuliakan Allah. Tapi baginda telah wafat dan tugas baginda telah tamat. Baginda tentunya tidak boleh menolong kita.

Fahaman yang mengatakan Nabi ada datang dan memberi bantuan itu adalah satu fahaman yang sesat. Seperti juga puak tarekat ada yang kata Nabi Khidrlah yang membantu mereka-mereka yang sesat dalam hutan, dalam padang pasir dan sebagainya. Itu semua adalah fahaman khurafat.

Jadi, ini adalah akidah kita yang kita kena pegang. Selain dari Allah, tidak ada yang boleh menghalang bahaya kepada kita atau menghalang rahmat untuk sampai kepada kita.

Nabi disuruh mengingatkan mereka bahawa akidah mereka pun terima yang apabila Allah buat keputusan, tidak ada siapa yang boleh halang. Perbincangan ini telah diadakan tentang akidah Musyrikin Mekah – bukan semua akidah mereka salah. Ada juga yang benar dan bertepatan dengan Qur’an.

Lihatlah bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad. Dia menggunakan perkataan ‘kepada aku’, bukan ‘kepada kamu’, atau ‘kepada kita’. Maknanya, dia menisbahkan perkara itu kepada dirinya. Begitu juga yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Maknanya, mereka merendahkan diri mereka.

 

أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكٰتُ رَحْمَتِهِ

Atau sekiranya Tuhanku ingin memberikan rahmat kepada aku, bolehkah mereka menyekat rahmat itu?

Tanya kepada mereka mereka, bolehkah roh-roh seruan mereka itu sekat rahmat itu? Pun tak boleh juga. Sembahan-sembahan mereka itu tidak boleh sekat rahmat dari Allah. Kalau Allah nak beri rahmat kepada kita, kita tentu dan pasti akan mendapat rahmat itu, tidak kira apa.

Tidak ada kuasa apa-apa yang dapat menyekat kehendak Allah. Walaupun makhluk satu bumi ini bersatu untuk menghalang rahmat itu dari sampai, mereka tidak boleh menghalang rahmat itu sampai.

 

قُلْ حَسْبِيَ اللَهُ ۖ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

Katakanlah: cukuplah Allah kepadaku. KepadaNyalah orang yang nak bertawakal, akan bertawakal.

Dan hatinya kena ada zikir حَسْبِيَ الله. Dia kena rasa cukup dengan Allah.

Kalau hanya Allah sahaja yang berkuasa penuh, maka natijahnya hendaklah kita semua bertawakal kepada Allah sahaja. Lihat struktur susunan ayat yang digunakan. Sebelum ini, dalam ayat ke 36, digunakan perkataan أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ (Tidakkah Allah mencukupi bagi hambaNya?), dan kali ini disebutkan ‘cukuplah Allah sebagai pembantu kita’. Kita disuruh cakap begitu.

Perkataan حَسْبِيَ itu bermaksud ‘kita rasa cukup dan tidak memerlukan apa-apa lagi’. Kita kerana rasa cukup dengan Allah dan tidak memerlukan sesiapa lagi.

Oleh itu, perkataan حَسْبِيَ اللَّهُ bermaksud ‘cukuplah Allah untuk kita’. Kita tidak memerlukan sesiapa lagi. Hanya kepada Allah sahaja kita letakkan kepercayaan dan pengharapan kita. Kalau kita letakkan kepada selain Allah, kita akan kecewa. Kalau kita meletakkan harapan kita kepada yang lain dari Allah, kita akan rugi.

Memang kita dibenarkan dalam Islam untuk meminta tolong kepada manusia dalam perkara yang mereka boleh tolong (perkata dalam asbab), tapi tidaklah kita disuruh untuk berharap kepada mereka, kerana mereka kalau hendak tolong kita, mereka hanya usaha sahaja, tapi belum tentu mereka berjaya.

Dalam konteks ibadah dan doa kepada Allah, kita kena rasa cukup dengan Allah sahaja tempat doa kita. Tidak perlu nak tawasul kepada selain Allah. Kena ada iktikad bahawa Allah tidak memerlukan wakil dalam doa.

Dan bukan sahaja dia kena zikir, tapi dia kena iklankan dirinya. Dia kena beritahu orang lain yang dia bertawakal kepada Allah. Kita beritahu yang kita doa dan ibadah hanya kepada Allah sahaja.


 

Ayat 39: Takhwif Ukhrawi. Ini adalah jawapan terakhir kepada orang yang masih degil untuk terima akidah tauhid dan tolak syirik. Benda yang senang pun mereka tak boleh nak terima, maka cakap beginilah sahaja kepada mereka. Sekiranya mereka masih berdegil, masih tak mahu hendak mengikut petunjuk dari Allah, maka katakan kepada mereka:

قُل يٰقَومِ اعمَلوا عَلىٰ مَكانَتِكُم إِنّي عٰمِلٌ ۖ فَسَوفَ تَعلَمونَ

Sahih International

Say, “O my people, work according to your position, [for] indeed, I am working; and you are going to know

Katakanlah: “Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya upaya kamu, sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh; kemudian kamu akan mengetahui kelak –

 

قُلْ يٰقَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ

Katakanlah kepada mereka: wahai kaumku, buatlah apa sahaja kamu nak buat atas keadaan kamu. 

Buatlah apa sahaja yang kamu hendak buat dari fahaman syirik mereka yang salah itu. Buatlah apa sahaja di atas fahaman kamu itu. Kita sudah tidak mahu campur dengan hal mereka dah. Kalau nak buat juga, buatlah apa yang mereka hendak buat. Tapi aku tetap atas fahaman dan amalan tauhid aku. Takkan ikut kamu semua yang sesat itu.

Ini adalah ayat ugutan – bukan ayat suruhan. Bukan nak suruh manusia sembah tuhan lain pula. Allah ugut mereka: Kalau nak sembah berhala, sembah malaikat, jin, Nabi atau wali kamu, atau hendak buat apa sahaja, ikut suka hati kamulah. Kalau kamu hendak memuja mana-mana Nabi, mana-mana wali, atau mana-mana malaikat, buat apa sahaja yang kamu mahu buat.

Tapi kamu tidak akan dibiarkan begitu sahaja nanti di akhirat kelak. Segala amaran telah diberikan, tapi kalau kamu nak buat juga, ikut kamulah. Allah telah berikan kebebasan untuk kamu berbuat apa yang kamu mahu buat. Tapi ingatlah, kalau salah pilih perbuatan, kamu akan dikenakan dengan azab.

Buatlah apa-apa yang kamu nak buat dari kedudukan kamu: kamu mungkin seorang pemimpin, kamu mungkin kaya, kamu mungkin guru yang ada banyak anak murid yang akan sokong kamu – kamu ada kedudukan. Kamu boleh ubah undang-undang dunia. Kamu boleh halang penceramah dari datang ke negari kamu, kamu boleh halang ustaz Sunnah mengajar di surau dan masjid kamu, kalau kamu tak takut neraka, kamu buatlah. Buatlah apa yang kamu mahu buat ikut kedudukan kamu itu.

 

إِنِّي عٰمِلٌ

Sesungguhnya aku pun akan berbuat amalan

Aku pun akan buat amalan juga. Aku pun akan bekerja juga. Tapi pekerjaan yang aku akan buat itu akan ikut sunnah yang diajar oleh Nabi. Aku tak akan buat amalan-amalan syirik yang macam kamu buat itu. Aku tak akan buat amalan bidaah yang kamu suka buat itu. Apa yang kamu buat, aku tidak terkesan dengannnya. Aku dah beri nasihat kepada kamu, tapi kamu sahaja yang tidak mahu dengar.

 

فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Pasti kamu akan mengetahui kelak.

Tapi beri juga ancaman kepada mereka: “kamu akan ketahui juga nanti”. Apakah yang mereka akan ketahui nanti? Mereka akan tahu bahawa apa yang mereka telah lakukan itu akan menyebabkan kesusahan dan azab sengsara kepada mereka nanti. Waktu itu baru menyesal, tapi sudah terlambat.

Kerana segala perbuatan kita dalam dunia ini ada kesannya kepada kita. Allah tak biar sahaja di akhirat kelak. Mungkin di dunia ini Allah biar sahaja dulu. Disambung dalam ayat seterusnya.


 

Ayat 40: Apa yang mereka akan terima?

مَن يَأتيهِ عَذابٌ يُخزيهِ وَيَحِلُّ عَلَيهِ عَذابٌ مُّقيمٌ

Sahih International

To whom will come a torment disgracing him and on whom will descend an enduring punishment.”

“Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, serta akan ditimpakan kepadanya azab seksa yang berkekalan”.

 

مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ

Siapakah yang akan didatangkan azab yang menghinakannya.

Iaitu azab yang di dunia. Di dunia lagi mereka akan mendapat azab. Contohnya, ada yang mati dalam keadaan hina. Ada yang dapat penyakit yang teruk-teruk. Ada yang tidak tenang sahaja kehidupan mereka dan sebagainya.

 

وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُّقِيمٌ

dan akan menimpakannya azab yang berkekalan.

Di akhirat kelak, lagi teruk apa yang mereka akan terima. Waktu itu tidak ada lagi jalan keluar untuk mereka. Mereka akan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Kalau azab di dunia, mereka akan terima hanya setakat mati sahaja, tapi azab di neraka, ianya akan berkekalan.

Janganlah kita menjadi seperti mereka. مُقِيمٌ bermaksud ianya akan kekal, tidak akan pergi. Azab itu akan di’halal’kan ke atas mereka. Allah tahan dari mengazab mereka semasa di dunia, tapi di akhirat kelak, azab itu akan jadi ‘halal’ atas mereka.

Lompat ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 16 Januari 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s