Tafsir Surah Baqarah Ayat 120 – 123 (Penutup Kisah Yahudi)

Ayat 120: Ini adalah ayat zajrun – ayat ancaman dari Allah.

وَلَن تَرضىٰ عَنكَ اليَهودُ وَلَا النَّصارىٰ حَتّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُم ۗ قُل إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الهُدىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعتَ أَهواءَهُم بَعدَ الَّذي جاءَكَ مِنَ العِلمِ ۙ ما لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصيرٍ

Sahih International

And never will the Jews or the Christians approve of you until you follow their religion. Say, “Indeed, the guidance of Allah is the [only] guidance.” If you were to follow their desires after what has come to you of knowledge, you would have against Allah no protector or helper.

Malay

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ

Dan tidak sekali-kali akan redha orang Yahudi itu terhadap engkau;

Golongan Yahudi tidak dapat duduk diam kerana mereka mahu agama Islam ini hancur.  Kita telah baca banyak perangai mereka dan bagaimana mereka tidak suka kalau agama Islam ini berkembang. Mereka akan guna berbagai cara untuk menjatuhkan Islam.

Tapi agama Islam telah berkembang pesat ke serata dunia kerana para sahabat telah sebarkan agama ini. Mereka telah kecewa untuk mematikan agama Islam, tapi mereka takkan putus asa. Mereka akan teruskan rosakkan orang Islam dan pemikiran golongan Muslim.

Kalau mereka tidak berhenti merosakkan agama, maka kita pun jangan berdiam diri dari menyampaikan agama ini kepada manusia. Kalau mereka berjuang untuk menjatuhkan kita, maka kita pun kena terus dakwah untuk mengembangkan dakwah agama yang suci ini ke seluruh dunia.

وَلَا النَّصَارَىٰ

dan tidak juga orang Nasara;

Bukan sahaja Yahudi yang mahu menjatuhkan Islam, tetapi golongan Nasara juga. Ini kerana kalau agama Islam ini diterima oleh manusia, maka akan nampaklah yang agama Kristian itu adalah agama yang sesat dan jauh dari kebenaran.

حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

sehinggalah kamu ikut ajaran ugama cara mereka;

Mereka mahu juga kita ikut cara mereka. Walau tak keluar Islam pun tapi asal ikut cara hidup mereka. Selagi tidak ikut, selagi itu mereka akan khianati kita. Sekarang ini, kita boleh lihat bagaimana umat Islam yang mengaku beragama Islam, tapi akidah mereka, cara hidup mereka, dan amalan mereka sudah sama seperti agama Yahudi dan Nasara.

Sekarang ini, orang Hindu pun suruh ikut agama mereka. Ada pergerakan untuk memasukkan Muslim Melayu ke dalam agama Hindu. Dan ini amat pelik sekali. Bagaimanalah orang Islam boleh menganut agama Hindu sedangkan ia adalah agama yang amat mengarut sekali? Tapi masih ada yang masuk juga agama Hindu kerana ramai yang tidak kukuh dalam pemahaman agama kita. Sampai ada orang kita yang boleh rasa agama lain pun ada kebenaran juga.

قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ

Katakanlah: bahawasanya hidayat Allah itulah sebenar-benar hidayat;

Allah beri peringatan dalam ayat ini: Hanya hidayah Islam sahaja yang benar. Agama dan anutan lain tidak boleh diterima sebagai hidayah. Jadi agama selain Islam itu tidak boleh dipakai dan diamalkan. Jangan termakan dengan fahaman: semua agama baik.

Tidak, tidak sama semua agama. Walaupun agama lain itu pun mengajak kepada akhlak yang baik, mengajar berbaik-baik dengan semua manusia, ia tetap tidak boleh diamalkan. Kerana akidah mereka akidah yang sesat.

وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ

Dan jika sekiranya engkau mengikut hawa-hawa nafsu mereka;

Walau ayat ini khitab (ditujukan) kepada Nabi, tapi sebenarnya untuk kita juga kerana Nabi tidak akan mengikut hawa nafsu mereka. Kalau kita ikut nafsu mereka, maka ada amaran dari Allah dalam ini. Allah kata ‘nafsu’ kerana semua yang bukan agama Islam adalah mengikut nafsu.

‘Hawa nafsu’ yang dimaksudkan ialah apa sahaja dalil yang dibawa yang bukan dari Al-Qur’an dan Sunnah. Iaitu mereka hanya pakai hujah guru. Ini seperti masyarakat Muslim banyak yang berkata dalam hujah mereka: “takkanlah ustaz itu nak masuk neraka. Mereka dulu belajar di Mesir, Mekah lama dah. Takkan mereka salah pula.” Kalau ada orang yang pakai hujah begitu, itu adalah hujah hawa nafsu dan hujah orang musyrik.

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad, iaitu jikalau baginda mengikuti hawa nafsu orang-orang sebegitu, maka baginda adalah salah. Tapi kerana Nabi sudah tiada, ayat ini ditujukan kepada kita sekarang. Janganlah kita gunakan manusia sebagai dalil. Kerana manusia tidak semestinya betul. Kerana manusia tidak terlepas dari kesalahan. Lainlah kalau seseorang itu memberi pandangannya berdasarkan kepada ayat Al-Qur’an dan juga hadis Nabi yang sahih.

بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ

selepas datang kepada kamu ilmu Al-Qur’an ini;

Ini adalah ancaman kepada kita yang sudah dapat dalil dari ajaran Al-Qur’an, tapi kita ikut juga mereka. Maka kalau kita begitu, kita akan dapat balasan dari Allah yang amat buruk. Kalau jahil dan ikut hawa nafsu Yahudi dan Nasara, pun sudah teruk; tapi kalau sudah ada ilmu agama tapi masih lagi ikut mereka, itu terlebih-lebih teruk.

ما لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ

Maka tidak ada lagi bagi kamu daripada Allah; satu orang pun yang boleh beri pelindung

Iaitu kita tidak akan selamat daripada neraka Allah. Iaitu tidak ada sesiapa yang dapat menghalang ahli neraka dari dimasukkan ke dalam neraka. Tidak ada peguam yang akan dapat berhujah atau pembantu yang dapat menahan pintu neraka itu.

Kalau Nabi ikut nafsu mereka pun Allah takkan tolong dia, apatah lagi kita. Maka jangan rasa kita akan selamat kalau kita ikut hawa nafsu golongan Yahudi dan Nasara.

وَلَا نَصِيرٍ

dan orang yang boleh tolong;

Tidak ada sesiapa pun yang akan tolong kita bila Tuhan sudah campak kita dalam neraka. Tidak akan ada orang yang akan masuk neraka dan cari-cari kita untuk selamatkan kita.


Ayat 121:

الَّذينَ آتَيناهُمُ الكِتابَ يَتلونَهُ حَقَّ تِلاوَتِهِ أُولٰئِكَ يُؤمِنونَ بِهِ ۗ وَمَن يَكفُر بِهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ الخاسِرونَ

Sahih International

Those to whom We have given the Book recite it with its true recital. They [are the ones who] believe in it. And whoever disbelieves in it – it is they who are the losers.

Malay

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ

Orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka itu Kitab;

Iaitu kitab Taurat, Injil, Al-Qur’an  dan lain-lain kitab lagi yang telah Allah turunkan kepada manusia.

Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan آتَيْنَاهُمُ: ‘yang Kami berikan kepada mereka’. Ini menunjukkan Allah masih lagi suka dengan mereka. Kerana Allah masih lagi mengaitkan NamaNya dengan pemberian kitab itu. Maka ini memberi harapan lagi kepada mereka.

Tapi, ada dalam ayat-ayat yang lain, Allah gunakan perkataan: ‘yang diberikan kepada mereka Kitab’, itu menunjukkan Allah telah murka sangat kepada mereka. Sampaikan Allah tak sebut perkataan ‘Kami’ dalam ayat apabila Allah murka kepada mereka. Walaupun memang Allah yang beri kitab, tapi Allah tak letak perkataan ‘Kami’.

يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ

dan mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan;

Allah memberitahu tentang golongan Ahli Kitab yang telah membaca kitab mereka dengan betul. Kalau mereka membaca kitab mereka dengan betul, maka mereka akan berjumpa dengan maklumat kedatangan Nabi akhir zaman – Nabi Muhammad.

Ayat ini juga memberi isyarat kepada kita iaitu hendaklah kita belajar tafsir Al-Qur’an. Inilah yang dikatakan baca dengan sebenar. Kerana kalau disebut حَقَّ تِلَاوَتِهِ ia bermaksud baca untuk faham, amal dan untuk sebar. Bukan setakat baca sahaja tanpa memahami apa yang kita baca. Berapa ramai dalam masyarakat kita yang memang sudah cintakan Al-Qur’an? Mereka membaca Al-Qur’an setiap hari.

Tapi malangnya mereka tidak memahami apakah yang mereka baca itu. Ini amat merugikan sekali. Kita sepatutnya kena faham tafsir Al-Qur’an seperti yang difahami oleh ulama salaf dan sahabat. Sebab itu kena belajar tafsir dengan benar. Jangan salah pilih guru. Ada tafsir yang diajar oleh guru yang tak habis pun belajar tafsir. Mereka agak-agak sahaja dalam tafsiran mereka.

Apabila kita sudah cinta kepada Al-Qur’an, akan timbul keinginan untuk belajar bahasa Arab supaya lebih memahami lagi Al-Qur’an itu. Begitu juga ia akan menggerakkan kita untuk membaca Al-Qur’an dengan tajwid yang benar dan menghafal ayat-ayat Al-Qur’an.

أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ

mereka yang bersifat seperti itulah yang beriman dengan kitab itu;

Kebenaran Al-Qur’an dan kedatangan Nabi Muhammad ini bukan untuk orang Arab sahaja. Ianya bukan diketahui oleh orang Arab sahaja malah ia diketahui oleh ahli kitab juga kerana berita-berita tentang Nabi akhir zaman telah ada dalam kitab mereka. Iaitu ada dalam yang asli. Mereka yang benar-benar membaca kitab mereka dengan betul, mereka akan berjumpa.

وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ

dan sesiapa yang engkar;

Yang engkar adalah mereka yang tidak mahu menurut ajaran wahyu. Sama ada mereka itu Ahli Kitab ataupun orang Islam. Maka ini termasuk dengan mereka yang enggan untuk belajar tafsir Al-Qur’an. Apabila kita ajak, mereka tidak mahu belajar. Dan apabila kita berikan dalil dari Al-Qur’an, mereka tidak mahu terima kerana mereka tidak pernah dengar. Memanglah mereka tidak pernah dengar kerana mereka tidak pernah belajar.

فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Maka mereka yang seperti itu adalah orang yang rugi sungguh;

Mereka yang enggan untuk menerima ajaran wahyu itu amat rugi. Mereka telah diberikan dengan wahyu sebagai panduan hidup tapi mereka biarkan sahaja. Maka begitulah juga, rugi sungguh orang Islam yang jahil wahyu kerana mereka sudah ada Al-Qur’an sebagai pedoman hidup, tapi mereka tidak gunakan Al-Qur’an sebagai pendidik mereka.


Ayat 122: Ini adalah siri ayat-ayat yang terakhir yang menceritakan kisah Yahudi dalam Surah Baqarah, supaya kita mengambil peringatan dari kisah mereka. Ianya adalah ayat penutup tentang Yahudi dan mula untuk memberitahu tentang umat Nabi Muhammad.

Golongan Yahudi yang ada di Madinah itu memang datang ke Madinah kerana hendak tunggu kedatangan Nabi akhir zaman, tapi bila Nabi itu telah benar-benar datang, mereka pula yang lawan. Allah telah banyak memberitahu tentang mereka dan ini adalah penutup syarah yang panjang itu.

Dan selepas ini akan diberitahu tentang sejarah asal pengikut Nabi Muhammad yang sebenar. Allah nak beritahu yang golongan dari bangsa Arab yang ikut ajaran Nabi Muhammad itu bukanlah golongan bawahan walaupun mereka tidak ada kitab sebelum itu. Mereka itu lahir dari doa Nabi Ibrahim yang dimakbulkan oleh Allah. Mereka umat terpilih sebenarnya.

يا بَني إِسرائيلَ اذكُروا نِعمَتِيَ الَّتي أَنعَمتُ عَلَيكُم وَأَنّي فَضَّلتُكُم عَلَى العالَمينَ

Sahih International

O Children of Israel, remember My favor which I have bestowed upon you and that I preferred you over the worlds.

Malay

Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ

Wahai Bani Israil, ingatlah nikmatKu yang Aku telah beri kepada kamu;

Banyak sekali nikmat dunia dan agama yang telah diberikan kepada golongan Bani Israil. Antaranya, mereka banyak bersaudara dan berkenalan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul. Sebab memang banyak nabi-nabi dari golongan mereka. Maknanya mereka itu dari keturunan yang baik-baik.

Tapi entah berapa banyak Yahudi kena azab nanti kerana kesesatan mereka. Sebab Allah bukan ambil kira keturunan. Yang penting kena tengok amalan sama ada amalan benar atau salah. Kalau benar pun keturunan Rasulullah, atau anak cucu mana-mana ulama’ pun, belum tentu akan selamat kalau mereka pun buat salah dalam akidah dan amalan.

Malangnya, ramai orang kita yang pentingkan sangat keturunan. Seolah-olah kalau keturunan para wali, sudah tentu mereka selamat pula. Ini tidak benar sama sekali. Walaupun mungkin ada keturunan dia yang baik-baik, tapi ada juga yang buat salah. Kalau mereka buat salah, mereka akan dihumban juga ke dalam neraka. Semuanya dikira atas amalan dan perbuatan manusia. Ada yang baik dan ada yang jahat.

Tidaklah kita boleh kata kalau seseorang itu keturunan Nabi Muhammad, kita terus kata dia betul sahaja. Kena tengok apakah yang diajarnya. Kalau benar, kita ikut, kalau salah kita tinggalkan. Macam golongan Habib sekarang, yang menyanyi dan mengajar ajaran tarekat itu, itu sudah jelas kesesatan mereka, sudah banyak dibongkarkan kesesatan mereka, maka kena ditinggalkan.

وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Dan sesungguhnya Aku telah melebihkan kamu ke atas penduduk sekalian alam;

Bukanlah sekalian alam sekarang, tapi pada zaman itu. Kerana perkataan فَضَّلْتُكُمْ itu dalam bentuk past tense. Bukanlah berterusan mereka dalam kelebihan itu. Kerana semenjak Nabi Isa, tidak ada lagi nabi dari Bani Israil. Mereka sekarang sudah tidak ada kelebihan dalam hal agama lagi.

Ayat yang lebih kurang begini telah disebutkan sebelum ini. Allah mengingatkan kepada mereka bahawa kelebihan yang mereka ada itu adalah dari kurnia Allah. Bukan mereka sendiri yang ada kelebihan. Tapi kerana Allah beri, maka mereka dapat menikmatinya sementara waktu. Janganlah mereka rasa mereka layak terima segala kebaikan kerana keturunan mereka. Kalau bukan Allah yang kurniakan, mereka tidak akan dapat apa-apa.

Dalam ayat ini, Allah hendak mengingatkan mereka tentang kelebihan-kelebihan yang telah diberikanNya kepada mereka. Allah nak beritahu mereka supaya sekarang ikutlah Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman ini. Masih ada masa lagi untuk mereka bertaubat kalau mereka ada buat salah. Masih ada waktu lagi untuk mereka mengambil peluang untuk kembali ke pangkal jalan.


Ayat 123: Tapi, kalau mereka masih tidak mahu mengikut nasihat itu, maka Allah berikan takhwif ukhrawi kepada mereka untuk menakutkan mereka.

وَاتَّقوا يَومًا لا تَجزي نَفسٌ عَن نَفسٍ شَيئًا وَلا يُقبَلُ مِنها عَدلٌ وَلا تَنفَعُها شَفاعَةٌ وَلا هُم يُنصَرونَ

Sahih International

And fear a Day when no soul will suffice for another soul at all, and no compensation will be accepted from it, nor will any intercession benefit it, nor will they be aided.

Malay

Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

وَاتَّقُوا يَوْمًا

Dan takutlah kamu pada suatu hari

Hari yang dimaksudkan adalah Hari Kiamat, Hari Akhirat, Hari Pembalasan. Hari itu pasti akan datang. Kena bersedia untuk menghadapi hari itu kerana hari itu nanti akan meresahkan semua orang. Kerana waktu itu segala amal kita akan dinilai. Entah kita selamat, entahkan tidak.

لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا

yang tidak akan boleh satu jiwa membantu jiwa yang lain;

Waktu itu, tidak ada sesiapa pun boleh bantu sesiapa. Anak beranak pun tidak boleh tolong. Suami isteri pun tidak boleh tolong sesama sendiri. Guru tidak boleh bantu anak murid. Kawan tidak boleh bantu kawan. Pada hari itu, semuanya bergantung kepada amalan sendiri.

Jadi, kalau ada yang berangan yang mereka itu dari keturunan yang mulia, dari keturunan para Nabi dan orang-orang soleh, janganlah berangan lagi kerana waktu itu tidak ada sesiapa pun boleh membantu mereka.

وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ

dan tidak diterima dari mereka itu rasuah;

Mereka tidak boleh rasuah Allah. Allah tidak perlukan apa-apa dari kita. Jadi apa yang kita nak tawarkan kepada Allah sebagai rasuah?

Tapi timbul persoalan: Adakah ada manusia yang cuba rasuah Allah? Benda apa yang mereka hendak beri kepada Allah sedangkan mereka tidak punya apa-apa lagi waktu itu? Harta kekayaan semua di dunia sahaja dan dunia sudah hancur.

Rupanya mereka akan tawarkan orang lain untuk dimasukkan ke dalam neraka. Mereka tawar anak mereka, ibubapa mereka, kawan-kawan mereka, sesiapa sahaja – asalkan mereka tidak masuk neraka. Begitulah yang akan terjadi nanti. Ma sha Allah! Semoga kita diselamatkan nanti.

وَلَا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ

dan tidak akan memanfaatkan bagi mereka syafaat

Tidak akan bermanfaat syafaat dari sesiapa sahaja jikalau mereka telah kufur dan rosak akidah. Mereka pun tidak dapat syafaat walaupun mereka itu telah meminta-minta dari penyampai syafaat (seperti Nabi Muhammad).

Banyak salah faham manusia tentang syafaat. Umat Islam sekarang ramai yang sangka mereka akan dapat syafaat dari Nabi Muhammad. Sebab itu mereka memuja-muja baginda – dengan pujaan ‘ya Hanana’ dan macam-macam lagi. Tapi pemujaan mereka itu tidak akan membolehkan mereka mendapat syafaat pun. Kerana bukan Nabi yang buat keputusan siapakah yang boleh diberi syafaat.

Sebenarnya Allah yang menentukan siapa yang boleh diberi syafaat – Nabi hanya ‘menyampaikan’ sahaja. Kalau seseorang manusia itu telah melakukan syirik kerana mereka tidak faham apa itu syirik, maka mereka tidak akan langsung ada peluang untuk mendapat syafaat.

وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

dan mereka tidak dapat ditolong;

Kalau sekiranya mereka engkar daripada mengamalkan ajaran Tauhid, tidak akan ada sesiapa pun yang akan dapat menolong mereka. Golongan Yahudi sangka, mereka golongan terpilih, maka mereka sangka mereka akan diselamatkan. Allah nak beritahu dalam ayat ini, tidak sama sekali mereka akan diberi pertolongan dari mana-mana arah pun.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat-ayat yang seterusnya

Kemaskini: 1 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s