Tafsir Surah Tawbah Ayat 25 – 27 (Perang Hunain)

Tawbah Ayat 25: Ayat tabshir duniawi (berita baik dengan balasan di dunia). Allah kenangkan balik nikmat dunia yang telah diberikan kepada umat Islam.

لَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ في مَواطِنَ كَثيرَةٍ ۙ وَيَومَ حُنَينٍ ۙ إِذ أَعجَبَتكُم كَثرَتُكُم فَلَم تُغنِ عَنكُم شَيئًا وَضاقَت عَلَيكُمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت ثُمَّ وَلَّيتُم مُّدبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has already given you victory in many regions and [even] on the day of Ḥunayn, when your great number pleased you, but it did not avail you at all, and the earth was confining for you with [i.e., in spite of] its vastness; then you turned back, fleeing.

(MALAY)

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu merasa megah kerana banyaknya jumlah(mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.

 

لَقَد نَصَرَكُمُ اللَّهُ في مَواطِنَ كَثيرَةٍ

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, 

Kalimah مَواطِنَ dari katadasar و ط ن yang bermaksud tempat tinggal. Dari katadasar inilah jadi askar wataniah kerana ia adalah askar negara kita. Di dalam ayat ini Allah mengingatkan para mukminin bagaimana Dia telah tolong mereka di berbagai peperangan sebelum itu. Boleh dikatakan di setiap kali perang, orang mukmin akan menang sahaja.

Ini adalah penegasan dari Allah dan kerana itu Allah gunakan kalimah لقد di sini yang merupakan lafaz sumpah dari Allah. Ada banyak peperangan yang Allah telah tolong seperti:

Perang Badr
Perang Bani Sulaim
Perang Bani Qainuqa’
Perang Uhud (kalah di permulaan tapi kemudian Allah bantu)
Perang Bani Nadhir
Perang Khandak/Ahzab
Perang Khaibar
Perang Muktah

Di sini Allah hendak beritahu, itu semua perang-perang yang kamu menang itu adalah kerana Allah yang beri kemenangan dengan memberi bantuan kepada umat Islam.

 

وَيَومَ حُنَينٍ

dan peperangan Hunain,

Akan tetapi memang ada juga peperangan yang nampaknya mereka kalah (termasuk di Uhud). Tetapi kena ingat yang mereka kalah itu bukannya Allah tak tolong, tapi kerana tentera Muslim yang telah melakukan kesalahan waktu itu. Akan tetapi Allah tetap juga bantu umat Islam di Peperangan Hunain.

Boleh rujuk Surah Ali Imran tentang Perang Uhud bagaimana di peringkat awal, tentera Islam telah mengalami kekalahan. Dan dalam ayat ini, Allah ingatkan tentang Perang Hunain kerana tentera Muslim telah kalah waktu itu pada peringkat awal kerana tidak ada taqwa waktu itu.

Mari kita lihat sejarah Perang Hunain ini supaya kita lebih memahami apa yang Allah hendak sampaikan. Hunain ini terletak lebih kurang 10 batu dari Mekah, terletak di antara Mekah dan Taif. Apabila umat Islam telah menakluk Mekah pada Ramadhan tahun 8 Hijrah, puak Quraisy telah meletak senjata mereka dan hampir keseluruhan mereka telah masuk Islam.

Kedudukan Hunain

Akan tetapi kejayaan umat Islam ini telah merisaukan Suku Thaqif di Taif. Mereka ini adalah sebahagian dari Suku Hawazin yang memang terkenal di Tanah Arab sebagai ramai, kaya, berani dan tiada masalah berperang. Mereka ini risau dengan kemenangan umat Islam di Mekah. Mereka fikir, kalau sudah menang di Mekah, nanti mereka pula diserang dan ditakluk. Jadi mereka fikir baik mereka serang dahulu (pre-emptive strike) terhadap umat Islam sebelum itu terjadi. Jadi mereka kumpul ketumbukan tentera mereka.

Protagonis mereka adalah Malik ibn Awf dan dialah yang paling bersemangat mengajak keseluruhan puak mereka berperang dengan Muslim. Ramai yang bersetuju tetapi ada juga puak yang tidak menyokong seperti Bani Ka’b dan Bani Kilab. Dua puak ini sedar yang kalaulah seluruh tentera manusia seluruh dunia bergabung menyerang Rasulullah, mereka akan dikalahkan kerana puak Muslim dibantu oleh Allah. Jadi memang bagus mereka ini, Allah beri hidayah kepada mereka. Malik ibn Awf ini pun akhirnya masuk Islam dan menjadi panglima perang tentera Muslim akhirnya. Tapi dalam kisah ini dia orang jahat lah.

Dan kali ini beliau amat bersemangat. Beliau sampai cadangkan supaya tentera mereka diiringi oleh keluarga dan hartabenda mereka. Ini supaya mereka akan tetap terus berperang kerana memikirkan keluarga dan harta mereka. Ini adalah helah supaya tentera mereka tidak meninggalkan medan perang.

Ulama’ tidak sepakat berkenaan bilangan mereka. Ada yang mengatakan bilangan mereka 4 ribu orang. Ada juga yang mengatakan bilangan mereka adalah 24 atau 28 ribu orang. Kalau kita menjamakkan dua pendapat ini, mungkin kalau tentera sahaja 4 ribu orang, tapi bila ditambah dengan ahli keluarga jadi mereka seramai 24 atau 28 ribu orang.

Apabila Rasulullah dapat tahu tentang rancangan mereka itu, baginda telah buat perancangan untuk bertembung dengan musuh di luar Mekah. Baginda telah melantik Attab ibn Asid sebagai Amir Mekah dan meninggalkan Muaz bin Jabal sebagai guru untuk mengajar agama sementara baginda tidak ada. Dan baginda telah meminjam peralatan perang dari pemimpin Quraisy. Antara yang dipinjam adalah seratus baju besi dan 3 ribu lembing.

Bilangan tentang Muslim adalah 14 ribu orang. 12 ribu itu dari Madinah yang bersama baginda ke Mekah semasa Pembukaan Mekah dan selebihnya 2 ribu itu dari kalangan penduduk Mekah yang telah masuk Islam. Mereka telah keluar pada 6 Syawal pada hari Sabtu. Ada pula yang mengatakan bermulanya perang itu pada bulan Ramadhan seperti hadis di bawah:

ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ إِلَى حُنَيْنٍ وَالنَّاسُ مُخْتَلِفُونَ فَصَائِمٌ وَمُفْطِرٌ فَلَمَّا اسْتَوَى عَلَى رَاحِلَتِهِ دَعَا بِإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ أَوْ مَاءٍ فَوَضَعَهُ عَلَى رَاحَتِهِ أَوْ عَلَى رَاحِلَتِهِ ثُمَّ نَظَرَ إِلَى النَّاسِ فَقَالَ الْمُفْطِرُونَ لِلصُّوَّامِ أَفْطِرُوا

Ibnu Abbas telah berkata, Nabi ﷺ berangkat pada bulan Ramadan menuju Hunain sedang para sahabat ketika itu terpecah menjadi dua kubu, kubu pertama berpuasa sedang kubu kedua tidak puasa.

Ketika baginda sudah siap di atas haiwan tunggangannya, baginda meminta sebekas air dan baginda letakkan di atas untanya atau tempat peristirahatannya, kemudian baginda mencermati pasukannya, lalu para sahabat yang tidak puasa berkata kepada para sahabat yang puasa, “Batalkanlah puasa kalian!

Sahih Bukhari 4278

Tentera Islam telah berhenti di Hunain dan Rasulullah telah hantar Abdullah ibn Haddad untuk mengintip tentera musuh. Beliau duduk selama dua hari di kalangan tentera musuh. Di situ dia dengarlah bongkaknya Malik ibn Awf hendak mengalahkan umat Islam. Malik kata umat Islam serang orang Quraisy yang tidak pandai berperang, bolehlah menang. Kali ini tengoklah macam mana apabila berhadapan dengan puak mereka yang hebat berperang pula.

 

إِذ أَعجَبَتكُم كَثرَتُكُم

di waktu kamu merasa megah kerana banyaknya jumlah(mu),

Allah mengingatkan kesalahan puak Islam, ketika ramainya bilangan tentera mereka telah mempengaruhi hati mereka. Waktu itu, mereka tidak berharap kepada Allah lagi kerana mereka rasa apabila mereka ramai, tentunya mereka akan menang.

Ini adalah kali pertama mereka ada 14 ribu orang tentera dengan peralatan perang yang banyak. Mereka ingat yang dulu mereka sikit tanpa peralatan perang pun, masih boleh kalahkan musuh yang lebih ramai. Jadi kerana itulah mereka rasa mereka pasti menang kali ini kerana mereka lebih ramai. Sampai ada yang kata kali ini bila mula perang sahaja, tentu musuh akan bertempiaran lari! Padahal bukanlah jumlah yang ramai yang menentukan kemenangan, tapi Allah yang menentukan.

Allah tidak suka apa yang mereka rasa itu. Oleh kerana itu Allah memberi pengajaran dan kepada kita juga zaman berzaman.

 

فَلَم تُغنِ عَنكُم شَيئًا

jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun,

Allah tegaskan yang ramainya bilangan mereka itu tidak boleh tolong mereka walau sedikit pun. Yang utama adalah berharap kepada Allah. Kena sedar yang Allah lah yang memberi kemenangan, bukannya manusia.

Semasa tentera Muslim bergerak untuk berperang, puak Hawazin telah melancarkan serangan secara tiba-tiba dan puak Muslim dikepung oleh tentera musuh yang telah diletakkan secara strategik di kawasan tinggi sekeliling mereka. Ketika itu tidak berguna pun kalau ramainya tentera kalau tidak berharap dan bergantung dengan Allah.

Serangan dari semua arah

Oleh itu, masalah mereka semasa Perang Hunain itu adalah masalah akidah sebenarnya. Mereka lupa tentang Allah yang memberi kemenangan kepada mereka. Inilah pengajaran dari Perang Hunain. Sementara semasa Perang Uhud dulu, tentera Muslim waktu itu kesalahan mereka adalah kerana tidak taat kepada arahan Rasulullah.

Maka ini adalah peringatan kepada kita supaya jangan ujub. Ujub itu adalah apabila sangka diri hebat dan tidak menisbahkan kejayaan kepada Allah. Para sahabat waktu itu sangka mereka sudah hebat kerana mereka lebih ramai dari musuh dan umat Islam telah banyak kali menang dengan musuh. Mereka lupa kepada pertolongan Allah.

Mereka lupa yang segala kelebihan yang ada itu adalah pemberian dari Allah, bukan dari diri mereka sendiri. Maka jangan ada perasaan begini. Kena sentiasa nisbahkan kelebihan yang kita ada kepada Allah. Kena sedar yang menang atau kalah adalah di tangan Allah.

Di dalam perang itu, bukankah Rasulullah bersama dengan mereka? Tapi tetap Allah uji mereka untuk memberi pengajaran kepada mereka. Lihatlah Allah salahkan mereka dan bukannya para musuh. Jadi ini mengajar kita, kalau ada musibah terjadi kepada kita, jangan salahkan orang lain tapi lihatlah apa salah kita sampai menyebabkan Allah beri musibah itu kepada kita.

 

وَضاقَت عَلَيكُمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت

dan terasa sempit olehmu bumi yang luas itu,

Oleh kerana kesalahan mereka itu, Allah telah menghukum mereka: terasa sempit jadinya bumi Hunain yang luas itu apabila mereka letak harapan pada ramainya bilangan mereka untuk menang. Mereka tidak dapat membalas balik serangan itu. Mereka dikepung dengan teruk pada waktu itu. Mereka rasa sempit sangat kerana diserang dari berbagai arah.

Bumi sebenarnya masih tetap luas, tapi Allah sempitkan hati dan perasaan mereka. Ini juga terjadi kepada tiga para sahabat yang dipulau oleh Rasulullah dan para sahabat lain seperti disebut dalam ayat 118 surah ini:

وَعَلَى الثَّلاثَةِ الَّذينَ خُلِّفوا حَتّىٰ إِذا ضاقَت عَلَيهِمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت وَضاقَت عَلَيهِم أَنفُسُهُم

dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka

 

ثُمَّ وَلَّيتُم مُّدبِرينَ

kemudian kamu berpusing lari ke belakang.

Kesannya, puak Muslim waktu itu telah lari ke belakang kerana takut musuh yang sedikit. Waktu itu, yang tidak lari adalah puak Quraish sahaja. Walaupun mereka lambat masuk Islam, tapi mereka berani.

Waktu itu tentera Muslim telah hilang arah dan mula bertempiaran lari ke belakang. Hanya Rasulullah dan sejumlah sahabat sahaja (ada pendapat kata sekitar 300 orang dan ada disebut di dalam Jami’ Tirmizi yang lebih kurang 100 orang sahaja) yang terus menuju ke hadapan. Itu pun keadaan amat payah dan para sahabat yang bersama baginda pun berharap sangat baginda berhenti maju ke hadapan.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُنَا يَوْمَ حُنَيْنٍ وَإِنَّ الْفِئَتَيْنِ لَمُوَلِّيَتَيْنِ وَمَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِائَةُ رَجُلٍ ‏

Dari Ibnu Umar dia berkata, “Pada perang Hunain kami melihat ada dua kelompok yang saling melarikan diri, sementara bersama Rasulullah ﷺ hanya ada seratus orang.”

Jami’ Tirmizi (No. 1689)

Apabila Rasulullah sedar keadaan waktu itu amat kritikal dan para sahabat telah berpecah belah, baginda telah mengarahkan Saidina Abbas untuk menyeru para sahabat lain untuk merapatkan saf. Ini kita tahu dari hadis riwayat Muslim.

حَدَّثَنِي كَثِيرُ بْنُ عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، قَالَ قَالَ عَبَّاسٌ شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ حُنَيْنٍ فَلَزِمْتُ أَنَا وَأَبُو سُفْيَانَ بْنُ الْحَارِثِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَلَمْ نُفَارِقْهُ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى بَغْلَةٍ لَهُ بَيْضَاءَ أَهْدَاهَا لَهُ فَرْوَةُ بْنُ نُفَاثَةَ الْجُذَامِيُّ فَلَمَّا الْتَقَى الْمُسْلِمُونَ وَالْكُفَّارُ وَلَّى الْمُسْلِمُونَ مُدْبِرِينَ فَطَفِقَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَرْكُضُ بَغْلَتَهُ قِبَلَ الْكُفَّارِ قَالَ عَبَّاسٌ وَ أَنَا آخِذٌ بِلِجَامِ بَغْلَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكُفُّهَا إِرَادَةَ أَنْ لاَ تُسْرِعَ وَأَبُو سُفْيَانَ آخِذٌ بِرِكَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَىْ عَبَّاسُ نَادِ أَصْحَابَ السَّمُرَةِ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ عَبَّاسٌ وَكَانَ رَجُلاً صَيِّتًا فَقُلْتُ بِأَعْلَى صَوْتِي أَيْنَ أَصْحَابُ السَّمُرَةِ قَالَ فَوَاللَّهِ لَكَأَنَّ عَطْفَتَهُمْ حِينَ سَمِعُوا صَوْتِي عَطْفَةُ الْبَقَرِ عَلَى أَوْلاَدِهَا ‏.‏ فَقَالُوا يَا لَبَّيْكَ يَا لَبَّيْكَ – قَالَ – فَاقْتَتَلُوا وَالْكُفَّارَ وَالدَّعْوَةُ فِي الأَنْصَارِ يَقُولُونَ يَا مَعْشَرَ الأَنْصَارِ يَا مَعْشَرَ الأَنْصَارِ قَالَ ثُمَّ قُصِرَتِ الدَّعْوَةُ عَلَى بَنِي الْحَارِثِ بْنِ الْخَزْرَجِ فَقَالُوا يَا بَنِي الْحَارِثِ بْنِ الْخَزْرَجِ يَا بَنِي الْحَارِثِ بْنِ الْخَزْرَجِ ‏.‏ فَنَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ عَلَى بَغْلَتِهِ كَالْمُتَطَاوِلِ عَلَيْهَا إِلَى قِتَالِهِمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ هَذَا حِينَ حَمِيَ الْوَطِيسُ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَصَيَاتٍ فَرَمَى بِهِنَّ وُجُوهَ الْكُفَّارِ ثُمَّ قَالَ ‏”‏ انْهَزَمُوا وَرَبِّ مُحَمَّدٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَذَهَبْتُ أَنْظُرُ فَإِذَا الْقِتَالُ عَلَى هَيْئَتِهِ فِيمَا أَرَى – قَالَ – فَوَاللَّهِ مَا هُوَ إِلاَّ أَنْ رَمَاهُمْ بِحَصَيَاتِهِ فَمَا زِلْتُ أَرَى حَدَّهُمْ كَلِيلاً وَأَمْرَهُمْ مُدْبِرًا ‏.

Katsir bin Abbas bin Abdul Mutthalib dia berkata, Abbas mengatakan, “Aku pernah ikut perang Hunain bersama Rasulullah ﷺ, maka aku dan Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Mutthalib tidak lekang mendampingi Rasulullah ﷺ dan tidak pernah berpisah dengan baginda. Ketika itu Rasulullah ﷺ mengendarai bighal putih miliknya, hadiah dari Farwah bin Nufatsah Al Judzami. Tatkala kaum Muslimin dan tentera kafir saling berhadapan, kaum muslimin mundur ke belakang, kerana itu Rasulullah ﷺ memacu bighalnya ke arah kaum Kufar.”

Abbas mengatakan, “Namun aku pegang tali kekang bighal baginda, menahannya jangan sampai ia berlari kencang. Sedangkan Abu Sufyan memegang pula pelana Rasulullah ﷺ, maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai Abbas, serulah puak Samurah!” Abbas -dia adalah orang yang mempunyai suara yang keras- berkata, “Lalu aku panggil mereka dengan suaraku yang lantang, ‘Manakah puak Samurah…!’

Maka demi Allah, alangkah cepatnya mereka datang setelah mendengar panggilanku, bagaikan larinya anak sapi ketika mendengar suara anaknya. Mereka kemudian berkata, “Ya, kami datang, kami datang.”

Abbas berkata, “Lalu mereka berperang melawan kaum kafir. Kemudian panggilan tertuju kepada kaum Anshar, “Wahai kaum Anshar, wahai kaum Anshar!”

Abbas melanjutkan, “Kemudian seruan dialihkan kepada Bani Harits bin Khazraj, “Wahai Bani Al Harits bin Khazraj, Wahai Bani Al Harits bin Khazraj!”

Kemudian Rasulullah ﷺ melihat keadaan pertempuran dari atas bighal baginda, seperti menggelorakan semangat pasukan yang sedang bertempur. Baginda bersabda, “Beginilah kalau pertempuran sedang berkecamuk.”

Abbas berkata, “Lalu baginda mengambil beberapa butir kerikil dan melemparkannya ke arah orang-orang kafir sambil bersabda, “Demi Rabb Muhammad, kalian telah kalah…!”

Abbas berkata, “Demi Allah, aku menyaksikan perjalanan pertempuran, dan tidaklah Rasulullah ﷺ melempar mereka melainkan baginda melempar dengan beberapa kerikil saja, dan aku terus menyaksikan mereka beransur-ansur kalah dan lari kucar kacir.”

[Sahih Muslim 1775]

Panggilan dari Saidina Abbas itu telah menggerakkan semua para pejuang yang lain. Mereka telah disuntik dengan semangat semula. Barulah mereka berperang dengan jayanya. Malik ibn Awf ketakutan (dulu mula-mula hebat sangat) dan lari meninggalkan medan peperangan (meninggalkan keluarganya dan hartanya) dan pergi mendapatkan perlindungan di kubu Taif. Pasukannya juga telah kucar kacir dan kalah teruk. Ramai ketua mereka mati dan harta mereka yang banyak telah dirampas umat Islam sebagai harta rampasan perang.

Maka begitulah yang terjadi apabila Nabi Muhammad suruh Sayidina Abbas panggil balik para sahabat supaya berkumpul. Abbas disuruh kerana beliau ada suara yang kuat. Maka yang bergabung kembali hanya ada dalam seratus orang sahaja. Tapi kerana mereka itu benar-benar beriman, maka dengan 100 orang itu sahaja dapat mengalahkan musuh yang lebih ramai.

Dari sini juga kita dapat tahu betapa beraninya Rasul kita ini.

عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ
لَمَّا لَقِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُشْرِكِينَ يَوْمَ حُنَيْنٍ فَانْكَشَفُوا نَزَلَ عَنْ بَغْلَتِهِ فَتَرَجَّلَ

Dari Al Bara`, dia berkata, tatkala Rasulullah ﷺ bertemu dengan orang-orang musyrik pada saat perang Hunain kemudian mereka terkalahkan, beliau turun dari baghalnya dan berjalan kaki.

Sunan Abi Dawud (2285). Sahih. 

Alangkah hebatnya kalau kita dapat melihat Rasulullah ketika itu!

عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قِيلَ لِلْبَرَاءِ وَأَنَا أَسْمَعُ أَوَلَّيْتُمْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ حُنَيْنٍ فَقَالَ أَمَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا كَانُوا رُمَاةً فَقَالَ أَنَا النَّبِيُّ لَا كَذِبْ أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبْ

Dari Abu Ishaq, ditanyakan kepada Al Barra’ -dan saya mendengar langsung- apakah engkau melarikan diri bersama Nabi ﷺ pada perang Hunain?

Barra’ menjawab, “Adapun Nabi ﷺ, baginda tidak melarikan diri walaupun musuh pandai memanah dan baginda berkata, “Aku Nabi yang tidak pernah berdusta! Aku anak Abdul Muththalib!

Sahih Bukhari (4316)


 

Tawbah Ayat 26: Oleh itu, umat Islam kalah sekejap sahaja.

ثُمَّ أَنزَلَ اللَّهُ سَكينَتَهُ عَلىٰ رَسولِهِ وَعَلَى المُؤمِنينَ وَأَنزَلَ جُنودًا لَّم تَرَوها وَعَذَّبَ الَّذينَ كَفَروا ۚ وَذٰلِكَ جَزاءُ الكٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then Allāh sent down His tranquility upon His Messenger and upon the believers and sent down soldiers [i.e., angels] whom you did not see and punished those who disbelieved. And that is the recompense of the disbelievers.

(MALAY)

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.

 

ثُمَّ أَنزَلَ اللَّهُ سَكينَتَهُ عَلىٰ رَسولِهِ

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya

Selepas kedudukan genting yang dialami oleh tentera Muslim di Hunain, Allah turunkan ‘sakinah’ ke atas Rasulullah. Ianya adalah alamat kepada kemenangan. Ia datang dalam bentuk bayu yang Allah turunkan kepada tentera orang mukmin sampai mereka rasa mengantuk.

Rasa mengantuk itu telah menyebabkan mereka rasa tenang. Ini adalah perkara yang ajaib kerana waktu itu mereka sedang dalam peperangan, dan sepatutnya tentulah fikiran para tentera bercelaru. Akan tetapi Allah boleh jadikan mereka rasa tenang dengan rasa mengantuk itu.

Selepas ini disebut Allah turunkan para malaikat untuk membantu mereka. Tapi sebelum itu, Allah beri ketenangan kepada mereka. Ini kerana asas kepada kemenangan adalah ketenangan. Kalau tenang, kita dapat berfikir dan bergerak dengan lancar. Apabila kelam kabut yang bahaya sebab kita jadi tidak tentu arah.

Orang beriman memang tenang dalam semua keadaan. Lihatlah dalam perang pun mereka akan tenang kerana mereka berserah kepada Allah. Jadi tenang-tenanglah sahaja kerana Allah bersama dengan kita.

 

وَعَلَى المُؤمِنينَ

dan kepada orang-orang yang beriman,

Allah juga berikan sakinah itu kepada orang mukmin yang lain. Iaitu kepada mereka yang hati mereka betul-betul beriman dan yakin dengan Allah. Mereka yakin yang sedikit atau ramai tidaklah memberi kesan kerana mereka tahu yang Allah lah yang memberi kemenangan.

Dengan Allah berikan sakinah itu telah mengubah keadaan mereka, kerana golongan yang munafik (yang lemah iman) telah lari dan yang tinggal adalah mereka yang yakin benar dengan Allah belaka. Kita kena ingat bahawa bukan semua dari tentera Islam itu yang kata mereka ramai dan pasti akan menang. Yang kata begitu adalah mereka yang munafik atau lemah iman sahaja.

Waktu itu tentera Muslim tidak mantap kerana ramai yang mualaf dan baru masuk Islam dan mereka tidak faham akidah sebenar lagi. Mereka itu tidak yakin kepada Allah macam sahabat-sahabat yang lama. Oleh kerana Islam sudah semakin kuat dan semakin ramai yang masuk Islam, ramai yang datang menyertai Perang Hunain adalah orang-orang yang baru.

Oleh itu disebut di sini yang Allah berikan ketenangan kepada Rasulullah dan orang-orang yang beriman sahaja. Yang beriman sahaja yang layak mendapat sakinah itu.

 

وَأَنزَلَ جُنودًا لَّم تَرَوها

dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya,

Allah boleh beri kemenangan dengan cara apa pun dan Allah tidak berhajat kepada manusia untuk tolong. Jadi tidak penting sama ada ramai atau tidaknya bilangan tentera Muslim. Dalam Perang Hunain itu, Allah arahkan malaikat untuk tolong tentera Islam. Dan mereka tidak nampak para malaikat itu.

 

وَعَذَّبَ الَّذينَ كَفَروا

dan Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang kafir, 

Allah beri azab kepada orang kafir dengan kalahkan mereka di medan perang dan hinakan mereka. Waktu itu tentera Islam telah dapat merampas harta rampasan perang yang sangat banyak. Jadi azab yang pihak musuh itu dapat adalah semasa di dunia lagi.

 

وَذٰلِكَ جَزاءُ الكٰفِرينَ

dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.

Memang layak orang kafir dikalahkan dan dikenakan dengan hukuman dunia dan akhirat. Begitulah orang kafir tetap akan kena hukum di mana pun mereka berada. Bukan sahaja di Perang Hunain itu tapi di perang-perang yang lain juga.

Oleh itu, walaupun pada peringkat awal, umat Islam bertempiaran lari di medan Hunain, tapi akhirnya Allah telah bantu dan beri kemenangan kepada umat Islam. Lihat hadis di bawah:

و حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنِي إِيَاسُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ غَزَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُنَيْنًا فَلَمَّا وَاجَهْنَا الْعَدُوَّ تَقَدَّمْتُ فَأَعْلُو ثَنِيَّةً فَاسْتَقْبَلَنِي رَجُلٌ مِنْ الْعَدُوِّ فَأَرْمِيهِ بِسَهْمٍ فَتَوَارَى عَنِّي فَمَا دَرَيْتُ مَا صَنَعَ وَنَظَرْتُ إِلَى الْقَوْمِ فَإِذَا هُمْ قَدْ طَلَعُوا مِنْ ثَنِيَّةٍ أُخْرَى فَالْتَقَوْا هُمْ وَصَحَابَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَلَّى صَحَابَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَرْجِعُ مُنْهَزِمًا وَعَلَيَّ بُرْدَتَانِ مُتَّزِرًا بِإِحْدَاهُمَا مُرْتَدِيًا بِالْأُخْرَى فَاسْتَطْلَقَ إِزَارِي فَجَمَعْتُهُمَا جَمِيعًا وَمَرَرْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْهَزِمًا وَهُوَ عَلَى بَغْلَتِهِ الشَّهْبَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ رَأَى ابْنُ الْأَكْوَعِ فَزَعًا فَلَمَّا غَشُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ عَنْ الْبَغْلَةِ ثُمَّ قَبَضَ قَبْضَةً مِنْ تُرَابٍ مِنْ الْأَرْضِ ثُمَّ اسْتَقْبَلَ بِهِ وُجُوهَهُمْ فَقَالَ شَاهَتْ الْوُجُوهُ فَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْهُمْ إِنْسَانًا إِلَّا مَلَأَ عَيْنَيْهِ تُرَابًا بِتِلْكَ الْقَبْضَةِ فَوَلَّوْا مُدْبِرِينَ فَهَزَمَهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَقَسَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَنَائِمَهُمْ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ

Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Yunus Al Hanafi telah menceritakan kepada kami Ikrimah bin ‘Ammar telah menceritakan kepadaku Iyas bin Salamah telah menceritakan kepadaku ayahku dia berkata, “Kami pernah ikut perang Hunain bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika kami telah berhadapan dengan musuh, aku maju lebih dahulu dengan mendaki bukit, tiba-tiba aku bertemu dengan seorang musuh lalu kupanah dia dengan panahku, tetapi dia menghilang seketika sehingga aku tidak tahu apa yang sedang dibuatnya. Ketika aku melihat musuh, ternyata mereka telah berada di atas bukit yang lain. Lalu mereka bertempur dengan para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat mundur dan aku juga ikut mundur dengan kucar kacir. Ketika itu aku mengenakan dua kain burdah, yang satu kupakai sebagai sarung dan yang lain aku selempangkan. Tiba-tiba sarungku lepas, lalu aku ikatkan dua kain tersebut menjadi satu. Aku lewat di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sambil berlari, sedangkan baginda berada di atas bighal putihnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Rupanya Ibnu Akwa’ melihat sesuatu yang menakutkan.” Tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terkepung, baginda turun dari bighalnya, kemudian baginda mengambil segenggam tanah dan melemparkannya ke arah musuh sambil bersabda: “Muka-muka buruk.” Maka tidaklah Allah membiarkan mereka melainkan wajah-wajah mereka telah dipenuhi dengan segenggam tanah. Lalu mereka lari tunggang langgang. Allah Azza Wa Jalla telah mengalahkan mereka. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membagikan ghanimah kepada kaum Muslimin.”

Shahih Muslim No. 3328 – Kitab Jihad dan ekspedisi


 

Tawbah Ayat 27:

ثُمَّ يَتوبُ اللَّهُ مِن بَعدِ ذٰلِكَ عَلىٰ مَن يَشاءُ ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then Allāh will accept repentance after that for whom He wills; and Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

ثُمَّ يَتوبُ اللَّهُ مِن بَعدِ ذٰلِكَ عَلىٰ مَن يَشاءُ

Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-Nya.

Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang azab yang akan dikenakan kepada tentera kuffar. Tapi tidaklah mereka semua akan dikenakan dengan azab. Ada antara mereka yang selamat dari medan pertempuran itu dan mereka ada peluang lagi untuk bertaubat.

Malah ramai dari mereka yang masuk Islam selepas itu kerana telah dapat kesedaran. Allah masih lagi terima taubat mereka. Iaitu Allah terima dari sesiapa yang Dia kehendaki. Memang surah ini banyak sebut tentang Taubat dan kerana itulah surah ini dinamakan Surah Tawbah.

Umat Islam mendapat banyak harta rampasan perang. Ada 6 ribu orang tawanan, 24 ribu unta, 40 ribu kambing dan sekitar 490 Kg perak. Selepas kekalahan puak Hawazin itu, mereka telah lari ke Taif. Puak Muslim telah mengepung kubu itu selama 15 hari atau 20 hari. Pihak musuh hanya berani memanah dari dalam kubu sahaja dan tidak berani berperang dengan puak Mujahideen secara berdepan. Para sahabat telah meminta Rasulullah mendoakan azab kepada musuh akan tetapi Rasulullah mendoakan supaya mereka diberi hidayah.

Baginda kemudian pulang ke Mekah mengerjakan Umrah dan hendak meninggalkan Mekah menuju Madinah. Waktu itu ramai manusia yang memerhatikan peperangan itu telah sukarela masuk Islam kerana telah melihat kejayaan Islam. Rasulullah juga sudah bersedia untuk membahagikan harta ghanimah kepada para pejuang.

Semasa harta ghanimah sedang dibahagikan itulah puak Hawazin datang bertemu baginda dan menyatakan yang mereka telah memeluk Islam dan memohon supaya tawanan dan harta mereka dikembalikan. Rasulullah dengan sifat rahmahnya telah meminta para sahabat untuk mengembalikan harta itu kepada mereka. Harta itu memang sudah menjadi hak para tentera Muslim, maka baginda suruh mereka berbincang dan akhirnya para sahabat bersetuju untuk memberikan semula.

Begitu juga diterima taubat dari umat Islam. Apakah kesalahan mereka? Itulah kesalahan mereka yang ujub dengan banyaknya bilangan mereka. Mereka telah sedar kesalahan mereka dan mereka telah bertaubat.

Perhatikan Allah berfirman yang penerimaan taubat itu عَلىٰ مَن يَشاءُ atas sesiapa yang Dia kehendaki sahaja. Bukanlah Allah pasti ampunkan, bukanlah Allah terpaksa ampunkan setiap kali kita minta ampun. Jadi jangan sangka yang doa pengampunan kita pasti Allah terima. Kerana ada kemungkinan Allah tidak terima. Dan ini menakutkan. Cuba ingat balik, adakah semua doa permintaan kita Allah makbulkan? Tidak, bukan? Maka begitulah juga doa pengampunan ada yang Allah makbulkan dan ada yang tidak.

Maka kita kena sentiasa meminta ampun dan kena sentiasa berharap Allah ampunkan. Dan kita kenalah cari Allah dan mendekati Allah supaya Allah menerima taubat kita. Bukannya seperti orang Kristian yang cari paderi mereka untuk minta taubat!

 

وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah sanggup menerima taubat mereka kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah boleh terima taubat dari seseorang yang ikhlas dalam taubatnya, walaupun berapa banyak dosanya dan kesalahannya. Termasuklah kalau kesalahannya dulu pernah memerangi agama Islam.

Kenapa Allah Maha Pengampun? Kerana Allah Maha Penyayang. Kerana sayang kepada seseoranglah yang menyebabkan kita senang memaafkannya. Macam seorang emak senang sahaja nak maafkan kesalahan anak kerana sayang sangat, bukan? Maka sayang Allah kepada hambaNya lebih besar dari sayang makhluk sesama makhluk.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 20 Februari 2023

Ringkasan Surah Tawbah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Baqarah Ayat 244 – 248 (Perlantikan Talut)

Ayat 244:

وَقٰتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ سَميعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

And fight in the cause of Allah and know that Allah is Hearing and Knowing.

MALAY

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

وَقٰتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah

Sekarang Allah ‎ﷻ beri arahan berjihad. Ini adalah berperang dalam jihad kemuncak, iaitu jihad perang yang ada kemungkinan boleh mati. Kita gunakan terma ‘jihad kemuncak’ untuk membezakan antara beberapa jenis jihad.

Jihad kemuncak adalah jihad yang paling tinggi iaitu iaitu jihad perang yang ada kemungkinan mencabut nyawa kita. Jihad yang berhadapan dengan mati. Ini hendak membezakan sebab jihad itu ada lain – jihad melawan nafsu, jihad lisan dalam dakwah dan sebagainya. Kemuncak segala jihad itu adalah jihad perang.

 

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ سَميعٌ عَليمٌ

dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Allah ‎ﷻ tahu laungan hamba yang menyeru dan mengajak kepada jihad. Allah ‎ﷻ juga tahu laungan hamba yang hendak menghentikan jihad. Ada yang sanggup mengatakan jihad perang tidak ada dalam Islam. Itu adalah pendapat yang salah kerana itu sudah menidakkan satu perkara yang penting dalam agama Islam.

Allah ‎ﷻ tahu hati manusia sama ada mereka ikhlas dalam jihad atau tidak kerana itu ada kisah sahabat yang mati dalam jihad tetapi dia tidak mendapat syahid. Ini kerana dia jihad bukan kerana agama.


 

Ayat 245: Kita boleh lihat bagaimana ayat-ayat jihad akan diselangi dengan ayat-ayat tentang infak kerana infak perlu untuk jihad dijalankan. Jihad memerlukan belanja yang besar untuk menjalankannya.

Jihad dan infak adalah seperti dua sayap pada burung. Kena ada kedua-dua sayap untuk burung itu terbang. Oleh kerana itu, setelah Allah ‎ﷻ sebut tentang jihad, Allah ‎ﷻ sebut pula kelebihan infak untuk jalan Allah ‎ﷻ.

مَّن ذَا الَّذي يُقرِضُ اللَّهَ قَرضًا حَسَنًا فَيُضٰعِفَهُ لَهُ أَضعافًا كَثيرَةً ۚ وَاللَّهُ يَقبِضُ وَيَبسُطُ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Who is it that would loan Allah a goodly loan so He may multiply it for him many times over? And it is Allah who withholds and grants abundance, and to Him you will be returned.

MALAY

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 

مَّن ذَا الَّذي يُقرِضُ اللَّهَ قَرضًا حَسَنًا

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik

Allah ‎ﷻ sebut tentang pinjaman yang ikhlas. Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘pinjaman’ dalam ayat ini kerana Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan kita bahawa apa yang kita berikan dalam infak itu adalah sebagai ‘pinjaman’ sahaja. Bukannya beri terus.

Kalau kita pinjamkan barang, kita boleh ambil balik, bukan? Maknanya, Allah ‎ﷻ akan pulangkan balik infak kita itu berganda-ganda banyaknya. Allah ‎ﷻ simpan dalam khazanah-Nya dan akan dikembalikan kepada kita di akhirat kelak.

Malu juga apabila Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘pinjaman’ ini. Bayangkan, bukankah segala apa yang kita ada daripada rezeki ini semuanya dari Allah ‎ﷻ? Tetapi apabila Allah ‎ﷻ hendak infak, Allah ‎ﷻ kata berikan ‘pinjaman’ kepada-Nya… Macam Allah ‎ﷻ perli kita, “tidak mengapa… Aku nak ‘pinjam’ sahaja, nanti Aku pulangkan balik…”

Sekarang bayangkan kalau emak kita yang sudah banyak jasa membesarkan dan memberikan pendidikan kepada kita, apabila dia kesulitan wang, datang kepada kita dan minta pinjam wang…. adakah kita sanggup beri ‘pinjam’? Adakah kita sanggup hendak tuntut balik wang yang kita beri itu?

Bukankah sepatutnya kita awal-awal lagi sudah beri pertolongan kepada emak kita? Tidak patut emak kita susah sampaikan hendak kena jumpa kita dan minta pinjam duit kita. Kita patut kena peka dengan masalah emak kita dan beri terus pertolongan tanpa perlu emak kita rasa malu datang kepada kita minta pertolongan.

Kita juga kena minta maaf kepada emak kita kerana dia sampai susah tetapi kita lambat tahu sampai dia kena datang minta tolong kepada kita kerana kita sepatutnya awal-awal lagi sudah kena tahu yang emak kita ada masalah. Tidak perlu tunggu dia datang dan beritahu kita.

Kalau emak kita minta ‘pinjam’ duit kita, maknanya emak kita tahu yang kita kedekutlah sebenarnya. Sampai dia kata dia hendak pinjam sahaja, bukannya beri terus kepada dia. Memang rasa hendak bunuh diri sahaja kalau emak kita kata hendak ‘pinjam’ duit daripada kita, bukan?

Maka, Allah ‎ﷻ hendak perli kita juga dalam ayat ini. Allah ‎ﷻ tahu kita ini kedekut sebenarnya. Sebab itu Allah ‎ﷻ kata jangan takut, pemberian kita itu hanya pinjaman sahaja. Nanti akan dipulangkan.

 

فَيُضٰعِفَهُ لَهُ أَضعافًا كَثيرَةً

supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya

Allah ‎ﷻ balas infak kita dengan sangat banyak. Tidak tergambar betapa banyaknya. Maka jangan takut hendak beri infak dalam jihad fisabilillah. Kalau Allah ‎ﷻ yang janjikan balasan yang berganda-ganda, tentu Allah ‎ﷻ boleh tunaikan. Maka sekarang Allah ‎ﷻ beri motivasi kepada umat Islam untuk infak.

 

وَاللَّهُ يَقبِضُ وَيَبسُطُ

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan

Mungkin ada yang takut hendak infak banyak sebab takut habis harta mereka. Allah ‎ﷻ beritahu yang Dia lah sahaja yang mengecilkan – menahan harta menjadi sedikit. Dia juga yang mengembangkan harta kita menjadi banyak. Maka kalau Allah ‎ﷻ yang suruh kita infak, tentulah Allah ‎ﷻ akan balas dengan lebih banyak, sebab Dia mampu kembangkan rezeki kita.

Macam-macam cara Allah ‎ﷻ kembangkan rezeki kita – kita dapat kerja yang baik dengan gaji besar, perniagaan kita maju, hutang kita selesai, duit sedikit tapi cukup untuk seisi keluarga, dan macam-macam cara lagi Allah ‎ﷻ balas kepada kita.

Maka jangan bimbang untuk infak dengan banyak. Jangan takut harta kita habis. Allah ‎ﷻ akan kembangkan rezeki kita. Tetapi kena percaya kepada Allah ‎ﷻ lah kerana Dia juga yang berikan harta itu pada mulanya.

 

وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.

Allah ‎ﷻ mengingatkan, kalau sayang sangat harta kita pun, ingatlah yang kita semua akan mati dan pulang ke akhirat juga akhirnya. Harta yang kita sayang sangat itu, bukan boleh bawa mati pun. Harta yang kita simpan banyak-banyak itu akan menjadi milik orang lain pun kerana kita akan tinggalkan.

Kalau anak-anak kita ingat kepada kita, mereka sedekah dan niatkan pahala itu untuk kita. Tetapi kalau mereka habiskan sahaja, tidak ada pulangan untuk kita dalam bahagian harta itu dan ia habis begitu sahaja. Maka baiklah kalau kita simpan harta itu dengan Allah ‎ﷻ supaya kita boleh ambil balik di akhirat kelak.


 

Ayat 246: Pengulangan bab jihad dan kali ini Allah ‎ﷻ beri contoh kisah yang terjadi pada zaman dahulu sebab jihad itu ada beberapa peraturan. Pertama, kena ada pemilihan ketua dan kedua, kena ada latihan untuk jihad.

Ketua perang tidak semestinya Nabi ﷺ sendiri tetapi kena ada dua syarat untuk menjadi jeneral perang. Pertama, tubuh badannya layak untuk berperang dan kenalah berani dan kedua, akal kena mahir dalam taktik peperangan.

Tidak ada peperangan tanpa latihan kerana banyak pejuang yang datang untuk berjihad perang itu datang dari merata tempat dan mereka tidak biasa berperang dan tidak terlatih. Mungkin ada daripada golongan peniaga dan petani. Maka penting untuk beri latihan terlebih dahulu sebelum pergi berperang. Maka Allah ‎ﷻ ajar kedua-dua perkara ini.

أَلَم تَرَ إِلَى المَلَإِ مِن بَني إِسرَٲٓءِيلَ مِن بَعدِ موسىٰ إِذ قالوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابعَث لَنا مَلِكًا نُّقَـٰتِل في سَبيلِ اللَّهِ ۖ قالَ هَل عَسَيتُم إِن كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ أَلّا تُقٰتِلوا ۖ قالوا وَما لَنا أَلّا نُقٰتِلَ في سَبيلِ اللَّهِ وَقَد أُخرِجنا مِن دِيٰرِنا وَأَبنائِنا ۖ فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ تَوَلَّوا إِلّا قَليلًا مِّنهُم ۗ وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّٰلِمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Have you not considered the assembly of the Children of Israel after [the time of] Moses when they said to a prophet of theirs, “Send to us a king, and we will fight in the way of Allah “? He said, “Would you perhaps refrain from fighting if fighting was prescribed for you?” They said, “And why should we not fight in the cause of Allah when we have been driven out from our homes and our children?” But when fighting was prescribed for them, they turned away, except for a few of them. And Allah is Knowing of the wrongdoers.

MALAY

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

 

أَلَم تَرَ إِلَى المَلَإِ مِن بَني إِسرَٲٓءِيلَ مِن بَعدِ موسىٰ

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa,

Zaman ini selepas wafatnya Nabi Musa عليه السلام yang dibimbing oleh Nabi lain. Nama Nabi pada waktu itu adalah Samuel. Pemuka-pemuka Bani Israil telah pergi berjumpa dengan Nabi mereka itu.

 

إِذ قالوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ

ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka:

Daripada penggunaan bahasa, memberi isyarat bahawa bukan Nabi ini sahaja Nabi mereka tetapi ada Nabi-nabi lain juga. Umat Bani Israil memang diberikan dengan banyak Nabi dalam kalangan mereka. Mereka umat yang paling banyak dapat Nabi dan Rasul.

 

ابعَث لَنا مَلِكًا نُّقٰتِل في سَبيلِ اللَّهِ ۖ

“Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang pada jalan Allah”

Para pemimpin Bani israil itu minta kepada Nabi mereka untuk melantik ketua perang. Perkataan مَلِكًا dalam ayat ini bermaksud ‘ketua perang’. Maknanya bukan Nabi itu yang bawa tentera berperang. Mereka kononnya kata mereka akan pergi berperang bila sudah ada ketua. Cuma lantik sahajalah ketua untuk kami, kata mereka.

Ini mengajar kita bahawa jihad tidak ada tanpa ketua. Ketua itu kena dilantik dan mestilah ketua yang dikenali kerana kita kena tahu yang ketua perang itu adalah Ahlul Haq, tidak boleh lantik ambil sesiapa sahaja.

Pada waktu itu, yang boleh lantik adalah Nabi dan kalau zaman sekarang, yang layak melantik itu adalah Khalifah seluruh dunia. Nabi Muhammad ﷺ telah memberitahu bahawa Khalifah dunia mestilah daripada orang Quraisy.

 

قالَ هَل عَسَيتُم إِن كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ أَلّا تُقٰتِلوا

Nabi mereka menjawab: “Tidakkah, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,

Nabi mereka sendiri sudah tahu perangai mereka. Waktu itu memang mereka sibuk hendak minta panglima perang, tetapi nanti kalau sudah ada, banyak pula alasan mereka tidak mahu berperang.

 

قالوا وَما لَنا أَلّا نُقٰتِلَ في سَبيلِ اللَّهِ

Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah,

Apabila ditegur sebegitu, mereka kata memang mereka akan berperang. Mereka memang pandai bercakap dan berdolak dalih. Maka mereka sekarang keluarkan hujah mereka untuk mengatakan memang mereka pasti akan berperang nanti.

 

وَقَد أُخرِجنا مِن دِيٰرِنا وَأَبنائِنا

sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan juga anak-anak kami?”

Mereka kata memang mereka akan berperang kerana mereka marah setelah dihalau dari kampung halaman mereka dan anak-anak mereka pun kena kalau juga. Memang mereka sedang marah. Ini kerana kalau mereka sahaja dihalau pun sudah berat, tetapi kalau dengan keluarga mereka juga kena halau, tentu lagi berat. Mereka bersungguh-sungguh kata mereka akan berperang.

 

فَلَمّا كُتِبَ عَلَيهِمُ القِتالُ تَوَلَّوا إِلّا قَليلًا مِّنهُم

Maka apabila perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil daripada mereka.

Namun apabila benar-benar sudah disuruh berperang, mereka buat alasan untuk tidak pergi berperang. Memang begitulah perangai kebanyakan daripada Bani Israil.

Hanya sedikit sahaja yang pergi. Dalam riwayat ada disebut bahawa daripada bilangan mereka sebanyak 80,000 orang, hanya 313 orang sahaja yang akhirnya pergi berjihad menentang tentera Jalut.

Ini pun masalah dan perangai orang kita juga. Pandai cakap sahaja tetapi bila masa hendak buat, sedikit sahaja yang turun buat kerja. Kalau bagi idea, memang ramai akan beri idea dan cadangan, tetapi apabila buat kerja, yang turun sedikit sahaja.

 

وَاللَّهُ عَليمٌ بِالظّٰلِمينَ

Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Allah ‎ﷻ sudah tahu perangai mereka. Sekarang Allah ‎ﷻ beritahu perangai mereka kepada kita supaya kita beringat-ingat supaya jangan jadi seperti mereka.


 

Ayat 247: Ini berpatah balik kepada situasi selepas mereka minta dilantikkan jeneral perang untuk mereka. Sekarang Allah ‎ﷻ telah melantik Talut sebagai ketua perang itu.

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ اللَّهَ قَد بَعَثَ لَكُم طالوتَ مَلِكًا ۚ قالوا أَنّىٰ يَكونُ لَهُ المُلكُ عَلَينا وَنَحنُ أَحَقُّ بِالمُلكِ مِنهُ وَلَم يُؤتَ سَعَةً مِّنَ المالِ ۚ قالَ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰهُ عَلَيكُم وَزادَهُ بَسطَةً فِي العِلمِ وَالجِسمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤتي مُلكَهُ مَن يَشاءُ ۚ وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

And their prophet said to them, “Indeed, Allah has sent to you Saul as a king.” They said, “How can he have kingship over us while we are more worthy of kingship than him and he has not been given any measure of wealth?” He said, “Indeed, Allah has chosen him over you and has increased him abundantly in knowledge and stature. And Allah gives His sovereignty to whom He wills. And Allah is all-Encompassing [in favor] and Knowing.”

MALAY

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

 

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ اللَّهَ قَد بَعَثَ لَكُم طالوتَ مَلِكًا

Dan Nabi mereka berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu.

Seperti yang diberitahu, perkataan مَلِكًا dalam ayat ini bermaksud ‘Ketua tentera’ atau ia boleh bermaksud ‘khalifah’.

 

قالوا أَنّىٰ يَكونُ لَهُ المُلكُ عَلَينا

Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami

Mereka tidak dapat terima hakikat yang Talut yang telah dilantik. Dia seorang yang tidak dikenali dan bukan daripada golongan kaya atau bangsawan.

 

وَنَحنُ أَحَقُّ بِالمُلكِ مِنهُ

sedangkan kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya,

Mereka tidak berpuas hati kerana mereka yang mahukan kedudukan itu. Mereka berhujah dengan mengatakan mereka lebih layak.

 

وَلَم يُؤتَ سَعَةً مِّنَ المالِ

dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?”

Mereka rasa mereka lebih layak kerana mereka ada pengaruh dan juga ada banyak harta. Ini kerana mereka memandang kedudukan dengan kedudukan keduniaan. Pada mereka, kalau kaya atau berpengaruh, itulah orang yang layak. Amat cetek sekali cara pemilihan pada diri mereka.

 

قالَ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰهُ عَلَيكُم

Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi ketua ke atas kamu,

Allah ‎ﷻ menekankan bahawa pelantikan itu sudah tetap. Talut adalah Ketua Perang mereka. Allah ‎ﷻ hendak ajar bahawa Ketua Perang bukannya memerintah dalam keadaan aman dan oleh itu tidak memerlukan orang yang kaya dan berpengaruh. Apa guna kalau ada harta tetapi tidak tahu memimpin?

Allah ‎ﷻ yang berhak melantik sesiapa yang dikehendaki-Nya sebagai Ketua Perang, maka tidak boleh buat apa lagi. Allah ‎ﷻ tidak perlu hendak beri penjelasan kepada mereka kenapa Dia pilih Talut. Siapa mereka yang Allah ‎ﷻ kena ikut?

Perkataan اصطفى bermaksud pemilihan yang dilakukan hanya kerana kita suka. Contohnya bila kita beli buah di pasar, kita pilih epal, tidak pilih limau. Apabila ada orang tanya, kenapa pilih epal tidak pilih limau, kita kata sebab kita suka. Tidak perlu ada penjelasan lain.

Bukan sebab kita kira kalori, atau epal warna merah, epal banyak lagi vitamin, tidak. Sebab kita suka epal, ikut kitalah sebab kita yang hendak beli. Ia adalah sesuatu keputusan yang kita tidak perlu jelaskan sebabnya kepada orang lain. Begitulah hak Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ boleh pilih sesiapa sahaja yang Dia pilih dan Dia tidak perlu jelaskan kenapa Dia buat keputusan itu.

 

وَزادَهُ بَسطَةً فِي العِلمِ وَالجِسمِ

dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”.

Allah ‎ﷻ telah beri kelebihan kepada Talut kerana dia mempunyai kegagahan tubuh badan dan keberanian serta dia ada keluasan dalam ilmu peperangan. Oleh itu dia sesuai untuk menjadi pemimpin perang.

Namun begitu, ini bukanlah sebab Allah ‎ﷻ memilih Talut, kerana kita telah sebut sebelum ini bahawa Allah ‎ﷻ tidak perlu menjelaskan kepada Dia memilih sesiapa yang Dia pilih. Dia lebih tahu dan kita tidak tahu.

Ini juga menjadi dalil bahawa ketua kerajaan dan ketua perang hendaklah orang yang kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Mereka kenalah orang yang layak berjuang dan juga mereka hendaklah layak memimpin.

 

وَاللَّهُ يُؤتي مُلكَهُ مَن يَشاءُ

Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya;

Jawapan seterusnya adalah kerana Allah ‎ﷻlah yang berhak untuk memilih siapakah yang boleh menjadi ketua. Manusia tidak boleh soal keputusan yang Allah‎ ﷻ sudah buat dan akan buat. Kita kena sedar kedudukan kita sebagai hamba.

 

وَاللَّهُ واسِعٌ عَليمٌ

dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.

Allah ‎ﷻ tahu siapakah layak untuk dijadikan ketua perang dan manusia tidak layak untuk mempersoalkannya. Kita tidak akan dapat hendak mencapai kefahaman Allah ‎ﷻ. Maka kerana itu apa sahaja keputusan Allah ‎ﷻ, kita kena terima. Ini termasuk hukum hakam yang telah ditakdirkan ke atas kita. Jangan kita persoalkan sama sekali.


 

Ayat 248:

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ ءآيَةَ مُلكِهِ أَن يَأتِيَكُمُ التّابوتُ فيهِ سَكينَةٌ مِّن رَّبِّكُم وَبَقِيَّةٌ مِّمّا تَرَكَ ءآلُ موسىٰ وَءآلُ هٰرونَ تَحمِلُهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ‌ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And their prophet said to them, “Indeed, a sign of his kingship is that the chest will come to you in which is assurance from your Lord and a remnant of what the family of Moses and the family of Aaron had left, carried by the angels. Indeed in that is a sign for you, if you are believers.”

MALAY

Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

 

وَقالَ لَهُم نَبِيُّهُم إِنَّ ءآيَةَ مُلكِهِ أَن يَأتِيَكُمُ التّابوتُ

Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kekuasaan Talut itu ialah datangnya kepada kamu peti Tabut

Allah ‎ﷻ juga telah memberi satu tanda pada kekuasaan Talut itu. Diberikan tanda kepada mereka sebab mereka puak yang hendakkan macam-macam tanda baru hendak buat. Tanda ini sesuai untuk diberikan pada zaman itu kerana mereka biasa dengan benda-benda Karamah seperti ini.

Akan datang kepada mereka Tabut iaitu satu peti yang berisi Kitab Taurat di dalamnya. Tidak payah hendak cari benda ini ada di mana sekarang. Mengikut kisah, peti itu dahulunya memang dalam simpanan Bani Israil tetapi apabila mereka diserang dan ditakluk, peti itu telah diambil oleh penakluk mereka, orang Babylon dan dibawa ke tempat mereka.

Kemudian mereka telah dilanda penyakit berjangkit dan mereka sangka kerana sial pada Tabut itu. Maka mereka letak Tabut itu di belakang keldai dan biarkan keldai itu bawa keluar Tabut itu ke mana sahaja keldai itu hendak pergi. Akhirnya ia sampai kepada Bani Israil dalam kisah ini.

 

فيهِ سَكينَةٌ مِّن رَّبِّكُم

di dalamnya ada ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu,

Di dalam peti itu ada ketenteraman kepada mujahid semasa perang. Mereka rasa mereka mendapat bantuan daripada Allah ‎ﷻ. Ketenteraman itu bukan daripada peti itu tetapi daripada Allah ‎ﷻ. Dengan adanya Tabut itu, memberi ketenangan kepada mereka untuk berjuang.

 

وَبَقِيَّةٌ مِّمّا تَرَكَ ءآلُ موسىٰ وَءآلُ هٰرونَ

dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun;

Peti itu juga mengandungi barang-barang peninggalan daripada keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun عليهما السلام. Nabi Musa dan Nabi Harun عليهما السلام adalah Nabi dalam sejarah mereka yang mereka amat hormati. Jadi, Tabut ini adalah satu peninggalan yang amat bermakna buat mereka.

 

تَحمِلُهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ‌ۚ

peti Tabut itu dibawa oleh malaikat.

Peti itu akan dibawa oleh malaikat dan akan diletakkan di hadapan Talut dan rakyat. Memanglah dibawa oleh keldai seperti yang kita sebut sebelum ini, tetapi sampainya ke tempat Bani Israil itu adalah atas panduan daripada malaikat.

Peti itu adalah sebagai tanda perlantikan rasmi Talut sebagai ketua. Apabila ada tanda macam itu, barulah Bani Israil itu hendak ikut taat kepada Talut. Peti itu dibawa oleh malaikat dan kemudian dibawa pergi oleh malaikat balik, maka tidak perlulah hendak dicari di manakah peti itu sekarang.

Tidak perlu sibuk tanya dengan terperinci tentangnya kerana ia tidak berkenaan dengan kita. Orang kita, bab-bab pelik macam ini, memang ramai yang suka. Tetapi cubalah jangan tanya berlebih-lebih kerana tidak menambah keimanan pun kalau dapat tahu mengenainya. Ia adalah kisah lama yang kita tidak ada maklumat tentangnya.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman

Tabut itu sesuai sebagai tanda pada zaman itu, tetapi kepada Nabi akhir zaman dan umatnya, tidak diberikan sakinah sebegitu. Kita akan belajar nanti bagaimana Nabi Muhammad ﷺ dan umatnya juga ada diberikan dengan Sakinah tetapi di dalam bentuk yang lain.

Sakinah itu akan diberikan kepada setiap mujahidin sebelum memulakan peperangan. Bayu yang lembut akan diberikan kepada mujahidin sampai mereka boleh mengantuk. Ini adalah tanda Allah‎ ﷻ beri sakinah. Sebelum Allah ‎ﷻ beri, jangan mulakan takbir perang.

Jadi pada kita umat akhir zaman, tidak perlu Tabut. Ini dibuktikan oleh mereka yang berpengalaman jihad fi sabilillah. Mereka akan rasa mengantuk sangat dan apabila ia datang, boleh sampai jatuh pedang yang sedang dipegang. Kalau zaman sekarang, boleh sampai jatuh senapang yang dipegang.

Padahal, kalau ikut logik, apabila hendak menghadapi perang, mestilah kita waktu itu tengah segar sebab hendak hadap mati, bukan? Tentu jiwa sedang bergelora waktu itu sampai tidak ingat hendak tidur pun. Namun Allah ‎ﷻ berikan rasa mengantuk itu sebagai sakinah kepada mereka. Allah ‎ﷻ juga beri rehat kepada para pejuang supaya segar semasa berperang.

Habis Ruku’ 32 dari 40 surah ini

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 13 April 2020


 

Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan