Isu Allah tanpa bertempat 

HUJJAH ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

Sesungguhnya telah tersebar dalam masyarakat kita suatu kata-kata yang dinisbahkan kepada Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu mengenai Allah wujud tanpa bertempat.

KATA MEREKA:

Imam Ali radhiallahu ‘anhu berkata:
كان ولا مكان، وهو الان على كان.
“Adalah Allah, tiada tempat bagi-Nya, dan Dia sekarang tetap seperti semula.”

Beliau juga berkata:
إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته.
”Sesungguhnya Allah – Maha Tinggi- menciptakan Arsy untuk menampakkan kekuasaan-Nya bukan sebagai tempat untuk Zat-Nya.”[ Al Farqu baina al Firaq:333]

Beliau juga berkata:
من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.
”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan kita terbatas (mahdûd) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang Pencipta.”[ Hilyatul Awliyâ’; Abu Nu’aim al Isfahani,1/73, ketika menyebut sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.]

KITA JAWAB:
Ini merupakan pendustaan terhadap Ali Bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu. Hal ini dapat dilihat dari beberapa sudut:

Pertama:
Sesungguhnya athar ini dibawakan oleh orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:

وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ
Dan diriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salaam berkata, “Mana pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)

Ternyata memang aqidah orang-orang Asyaa’irah adalah sama dengan aqidah orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam masalah dimana Allah.

Kerana memang orang-orang Rafidhah beraqidah mu’tazilah, dan Asya’irah dalam masalah dimana Allah sepakat dengan Mu’tazilah (padahal Mu’tazilah adalah musuh Asya’irah)

Athar ini dibawakan oleh Al-Kulaini dengan tanpa sanad, bahkan dengan sighah “Diriwayatkan” yang menunjukan lemahnya riwayat ini.

Kedua :
Demikian juga yang dinukil dari kitab Al-Farqu bainal Firoq karya Abdul Qahir Al-Baghdadi adalah riwayat tanpa sanad sama sekali.

Abdul Qahir Al-Baghdadi berkata :
“Mereka telah bersepakat bahawasanya Allah tidak diliputi tempat dan tidak berlaku waktu baginya, berbeza dengan perkataan orang-orang yang menyangka bahawasanya Allah menyetuh ‘Arsy-Nya dari kalangan Hasyimiyyah dan Karraamiyyah. Amiirul Mukminin Ali –radhiallahu ‘anhu- berkata : Sesungguhnya Allah telah menciptakan Al-‘Arsy untuk menunjukan kekuasaan-Nya dan bukan untuk sebagai tempat yang meliputi zat-Nya. Beliau berkata juga : Allah dahulu (sendirian) tanpa ada tempat, dan Allah sekarang sebagaimana Dia dulu” (Al-Farqu baynal Firaq hal 33)

Para pembaca yang budiman, ternyata riwayat-riwayat dari Ali bin Abi Thalib yang dibawakan oleh Abdul Qahir Al-baghdadi tanpa ada sanad sama sekali. Dan hal ini tentunya diketahui oleh Asyairah, akan tetapi mereka tetap saja menampilkan riwayat-riwayat dusta dan tanpa sanad ini demi untuk mendukung aqidah mereka yang bathil.

Ketiga :
Selain riwayat-riwayat tersebut tanpa sanad ternyata Abdul Qahir Al-Baghdadi sama sekali tidak dikenal sebagai seorang Muhaddith, namun demikianlah Asyairah tetap sahaja nekat mengambil riwayat dari orang yang tidak dikenali sebagai Muhaddith.

Keempat :
Abdul Qahir Al-Baghadadi tentunya lebih rendah kedudukannya daripada kedudukan gurunya iaitu Abul Hasan Al-‘Asy’ari.

Kelima :
Kalau seandainya riwayat-riwayat di atas sahih maka tidak menunjukan bahawasanya Ali bin Abi Thalib mengingkari adanya Allah di atas langit. Paling tidak, dalam riwayat-riwayat di atas baginda –radhialllahu ‘anhu- hanyalah mengingkari bahawasanya Allah diliputi oleh tempat, dan pernyataan tersebut adalah pernyataan yang benar.

IKTIQAD KITA AHLUS SUNNAH:
Ahlus sunnah tidak mengatakan bahawa Allah berada di suatu tempat yang meliputi Allah, akan tetapi mengatakan bahawasanya Allah berada di atas, iaitu di arah atas.
Wallahu a’lam.

Disunting dari kajian Ustaz Firanda Andirja

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

4 thoughts on “Isu Allah tanpa bertempat ”

  1. Sesungguhnya telah tersebar dalam masyarakat kita suatu kata-kata yang dinisbahkan kepada Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu mengenai Allah wujud tanpa berempat.

    salam, terdapat typo ‘berempat’ kpd ‘bertempat’

    Like

  2. Assalamualaikum tuan, maaf izinkan sy bertanya, sekiranya Tuhan berada di atas, adakah bermakna makhluk berada di bawahNya ? Dan sekiranya makhluk berada dibawah, sebelum Dia jadikan makhluk maka Tuhan duduk di atas apa ?

    Like

    1. tidak perlu nak fikirkan hal ini. Kita katakan yang Allah di atas, kerana Allah sendiri yang sebut. Itu sudah cukup bagi kita kerana kita berlandaskan wahyu. Dan kita tidak perlu nak kena cari Allah sebab tidak ada sesiapa pun suruh kita cari. Dia berada di mana pun, kita tetap kena taat kepada Dia dan tetap kena sembah Dia juga.
      Jangan gunakan logik akal. Ramai manusia jadi sesat sebab nak pakai logik akal (ilmu kalam dan falsafah). Ini benda baru dalam Islam setelah buku-buku falsafah Yunani (Greek) mula diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dahulu kala. Ramai terpesong kerananya seperti menjadi fahaman Muktazilah.

      Like

Leave a comment