About

Tafsir ini adalah penulisan semula dari kelas-kelas tafsir yang dipelajari oleh saya. Juga rujukan dari kitab-kitab tafsir yang boleh diperiksa. Sila baca dengan hati terbuka. Kalau ada teguran yang terkena batang hidung, itu biasa sahaja. Memang sifat Al-Qur’an menegur manusia untuk memperbaiki kita semua. Semoga kita semua mendapat pengajaran darinya.

Saya cuba untuk menulis dengan bahasa yang mudah dan santai supaya dapat memberi kefahaman tentang apakah yang hendak disampaikan oleh Allah ‎ﷻ. Inilah tujuan utama saya dan ramai mengatakan senang faham penulisan sebegini. Tentulah saya tidak dapat merangkumi semua sekali maklumat yang ada. Oleh itu saya berharap semoga penulisan ini dapat menarik minat pembaca untuk mendalami lagi tafsir-tafsir lain.

Tentulah sebagai manusia biasa, ada sahaja kekurangan dan kesalahan saya di dalam penulisan ini. Jikalau ada pertanyaan atau teguran, sila komen di ruangan yang telah tersedia. Saya bersedia untuk membetulkan mana-mana kesalahan dan kesilapan.

Saya tahu ramai yang menggunakan penulisan di sini untuk dikongsi dengan kenalan dan malah ada yang menggunanya di dalam kelas. Kadangkala ada kelas yang saya sertai, saya dapati pakai penulisan saya sebagai rujukan utama! Saya amat terharu. Saya dengan hati yang terharu menghalalkan sesiapa sahaja untuk menggunakan. Tidak minta izin pun saya sudah sedia izinkan kepada anda untuk menggunakannya. Silakan. Terima kasih kerana memanjangkan penulisan ini dan semoga bertambah pahala bagi kita semua.

Terima kasih juga kepada anda yang telah mempromosikan penulisan ini dengan sengaja atau tidak sengaja. Semoga Allah membalas segala usaha kita dengan sebaiknya.

Saya sedar ramai yang hendak mengenali saya. Ada yang hendak berhubung, saja hendak kenal, atau apa-apa sebab. Maaf, setakat ini saya masih tidak mahu mewartakan nama saya di sini. Ada juga yang mengenali saya kerana saya sendiri memang ada kelas di media sosial dan ramai yang perasan. Jadi yang kenal itu adalah mereka yang juga ‘anak murid’ saya juga.

Tapi secara umumnya saya tidak wartakan. Maaf sangat. Kerana saya tidak suka dengan perhatian, sama ada baik atau tidak. Kerana saya banyak menegur di sini dan manusia tidak suka ditegur dan ada yang tindakan mereka tidak berhormat. Maka biarlah saya merahsiakan diri saya buat masa ini.

Ada juga yang tanya kenapa tidak bukukan penulisan saya ini. Ini sebenarnya tidak sukar dilaksanakan. Proses untuk membukukan bukan senang, tambahan pula hendak mendapatkan kelulusan dan juga modal bagi pembukuan. Lagi pun saya tidak pernah rasa yang penulisan saya sudah tamat. Sentiasa sahaja ada penambahan dan pembetulan. Semoga ada rezeki nanti, ianya dibukukan juga.

Mungkin, selepas saya sudah tidak ada. Tapi sudah ada hamba Allah yang telah menjadikan blog ini dalam bentuk app dalam Android. Boleh download di sini: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.af1productions.celiktafsir2

Bagi yang familiar dengan penggunaan mindmap dan ingin dapatkan pandangan makro Al-Qur’an secara keseluruhan, boleh layari di sini https://coggle.it/diagram/ZHgBjBvU4kDkMghz/t/senarai-surah

Bagi yang suka untuk tengok berkenaan topik-topik tertentu, boleh klik di sini: https://coggle.it/diagram/ZHg0sKE7199szXUu/t/mu’jam-qur’an

Wassalam.

392 thoughts on “About”

  1. Assalamualaikum,

    pertama kali membaca tafsir susunan tuan, saya jatuh hati dengan penerangan yang santai dan pecahan2 ayat berserta maksudnya. Mohon bertanya kalau tuan ada membukukan keseluruhan tafsir tsb, kerana saya teringin untuk memilikinya. Sekiranya tiada, mohon tuan cadangkan kitab tafsir yang tuan rasakan sesuai.

    terima kasih & wassalam

    Liked by 1 person

    1. Waalaikum salam,

      Alhamdulillah anda suka membacanya. Diharap ianya bermanfaat untuk anda.
      Tafsir ini belum dibukukan lagi. Kerana ada terlalu banyak pengemaskinian dari masa ke semasa yang menyebabkan sukar untuk dibukukan. Boleh baca di sini sahaja, tak payah nak beli buku pun, kan?

      Penulisan blog ini juga mengambil masa kerana perlu merujuk kepada banyak sumber.
      Kitab tafsir yang saya rasa senang didapati di Malaysia adalah Tafsir ibn Kathir.

      harap ini dapat membantu.

      Liked by 3 people

      1. Assalamualaikum
        Terima kasih atas usaha membina tafsir secata secara online.Semoga sgla usaha ini diberkati Allah SWT.

        Cuma saya cadangkan di sini jika dapat tuan, nyatakan nama tuan sbgi orang yg mengusahakannya krn ramai sahabat saya yg bertanya, siapa pembina web ini…utk lebih senang memberi prncerahan jika sahabat2 saya bertanya.
        Jazakallahu khairan kathiro.

        Dr Fatimah

        Like

      2. Waalaikum salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya memang sengaja tidak memperkenalkan diri saya buat masa ini kerana beberapa sebab. Antaranya seperti kata Imam Syafie r.h.

        Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ar-Rabi’b.Sulaiman beliau mendengar As-Syafii berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit:

        وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء

        “Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya (ilmu dan tulisan yang aku sampaikan) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun”

        Yang lebih penting adalah rujukan-rujukan saya yang saya letakkan di bawah setiap posting.

        Asal blog ini adalah nota untuk saya dan anak saya, dan saya sampaikan kepada umum supaya boleh dikongsi bersama.

        Liked by 2 people

      3. Assalammualaikum cik maaf , boleh saya tau nama sebenar penulis sebab saya memerlukannya untuk rujukan dalam kerja khursus analisis ayat ctu151 saya . Terima kasih

        Like

      4. AsSalamu’alaikum.. Maaf nak tahu latarbelakang penulis? Zaman skrg mcm2 boleh berlaku. Jzkk didahulukan 🙂

        Like

      5. Assalamualaikum tuan…..alhamdulillah syukurnya dapat temui blog tuan tentang tafsir alquran….membacanya menambah kefahaman …subhanallah izinkan Saya print dah bindingkan until bacaan seisi keluarga Dan seluruh manusia yang ingin membacanya….mohon keizinan…syukran hanya Allah dapat membalasnya

        Like

      6. Assalamu’alaikum.

        Saya tertarik dengan susunan tafsir dlm web ini.

        Ia banyak membantu saya dlm memahami ayat2-ayat Al Quran.

        Ia menggunakan bahasa yg mudah difahami.

        1.Boleh ke ustaz senaraikan nama2 kitab2 tafsir yg menjadi rujukan utama dlm penyusunan tafsir ?

        2. Jika tidak keberatan, mohon nyatakan secara ringkas kelulusan akademik ustaz?

        Ijazah /Sarjana dll bidang apa ?

        Like

      7. Alhamdullillah kerana ianya sangat membantu saya memahami dengan lebih jelas. Moga usaha tuan dikira Amal jariah. Tkasih.

        Like

      8. Assalamualaikum..sy ada baca dlm celik tafsir ni, dlm penerangan surah Jin mengatakan pertubuhan Darussyifa’ menggunakan jin utk merawat & selawat Syifa adalah syirik. Tp penerangan ustaz Azhar Idrus mengatakan sebaliknya? Boleh tolong jelaskan

        Like

      9. apabila menggunakan amalan yang bukan sunnah, seperti yang diamalkan oleh kumpulan Darusyifa’ dalam mengubat, maka itu memanggil jin sebenarnya. Jadi mereka pakai jin tanpa mereka sedari.

        UAI bukan menjadi rujukan.

        Like

      10. tafsir wahabi ni hati2 masyarakat jgn kena tipu dengan tafsiran sesat ni..antaranya mengatakan Allah berada di arasy..serta mengatakan Allak tidak bertempat itu firqah sesat..haramjadah wahabi

        Like

      11. Allah di Arasy itu jelas dalam Al-Qur’an. Sudah amat kuat dah kerana ada di dalam Al-Qur’an.

        Sedangkan akidah Allah ‘wujud tidak bertempat’ itu yang tidak ada dalilnya.

        Apa pun, terima kasih kerana membaca. Minta tolong baca lagi dan tolong beritahu di mana lagi kesalahan dan kesilapan tafsiran yang saya muatkan di sini. Ia amat membantu.

        Wahabi itu tidak perlu sebut, sebab saya tidak pernah ajak pun ikut wahabi.

        Like

      12. Waalaikum salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya memang sengaja tidak memperkenalkan diri saya buat masa ini kerana beberapa sebab. Antaranya seperti kata Imam Syafie r.h.

        Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ar-Rabi’b.Sulaiman beliau mendengar As-Syafii berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit:

        وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء

        “Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya (ilmu dan tulisan yang aku sampaikan) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun”

        Yang lebih penting adalah rujukan-rujukan saya yang saya letakkan di bawah setiap posting.

        Asal blog ini adalah nota untuk saya dan anak saya, dan saya sampaikan kepada umum supaya boleh dikongsi bersama.

        Lagi satu, malas nak layan orang yang pastinya tidak puas hati dengan tulisan saya ini nanti. Mereka ada yang jahat hati sampai boleh menyusahkan hidup saya. Saya sampaikan tidak dapat mengajar di satu negeri kerana kena report.

        Like

      13. Assalamualaikum ustaz,
        Seperti yang ustaz katakan,
        JANGAN MELAMPAU MEMBENCI WAHABI, NANTI MEMAKAN DIRI
        Begitu juga ingin saya katakan,
        JANGAN MELAMPAU MEMBENCI SYIAH, NANTI MEMAKAN DIRI
        Apa yang saya tahu sejak saya sedar bahawa saya adalah Sunni (mengikut keluarga) saya ada bertanya tentang Syiah, dan dari apa yang saya faham mereka tetap mengatakan bahawa Tuhan itu satu dan Muhammad saw itu pesuruh Allah, maka bukankah mereka juga dikira saudara seislam kita sama seperti saudara-saudara Wahabi.
        Mengapa perlu menulis dan menyebarkan perkara yg bukan tentang diri kita yang boleh membawa kepada perpecahan. Lebih baik kita mencari titik persamaan berbanding perbezaan. Lebih-lebih lagi apa yang ditulis adalah tidak benar. Adakah cara ustaz bertepatan dengan mana-mana ayat al Quran? Atau adakah ini yang diingatkan oleh Rasulullah saw yg yang kita sanjungi? Adakah tindakan penulisan tentang saudara kita mampu menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa? Sedangkan kita tahu itulah tugas kita sebagai hamba Dia iaitu mencari mulia di sisi Allah dengan ketaqwaan. Terima kasih. Moga kita terselamat daripada FITNAH akhir zaman.

        Like

      14. Salam. Minta maaf saya tak tahu di mana nak tanya soalan jadi saya reply di sini. Nak tanya, di masjid saya selepas selesai solat isyak dan bacaan doa pihak masjid telah menganjurkan bacaan al-mulk bersama ahli jemaah beramai-ramai. Dan setelah selesai bacaan al-mulk barulah para jemaah bersurai dan melakukan solat sunat. Soalan saya, adakah bacaan al-mulk secara berjemaah setiap hari selepas solat isyak itu bidaah ? Sekian terima kasih.

        Like

      15. ya bid’ah. sebab para sahabat tidak buat. malah mana-mana surah dibaca beramai-ramai itu bida’ah. kerana tidak pernah ada hadis pembacaan ayat quran dengan satu suara (berjemaah) dilakukan oleh mereka. quran sebenarnya dibaca sendiri-sendiri. harap jelas. selamat dimarahi oleh jemaah surau dan dituduh sesat oleh mereka ya (sebab tak ikut cara mereka).

        Like

    2. Assalamualaikum…saya sgt cintai tafsir quran begitu juga hadis yang mana merupakan kekuatan semangat saya untuk terus hdup. Terima kasih banyak.Semoga Allah sentiasa merahmati.

      Like

    3. Waalaikumsalam wbt,
      Semoga Allah membalas usaha tuan dengan kebaikan yang banyak.
      Sekadar komen bahwa link kosa kata arab mungkin ada ralat kerana ia masih blog fiqh.

      Like

    4. Terima kasih atas blog ini. Sgt2 membantu. Selama ini sy mmbaca al-Quran bertemankan terjemahan Pimpinan ArRahman tp dgn adanya blog ini sy dpt buat rujukan yg lebih detail ttg sesuatu ayat yg Allah turunkan. Alhamdulillah, moga Allah limpahkan kebaikan yg berpanjangan utk usaha ini.

      Like

    5. Terima kasih kerana tuan berani menulis tentang bid’ah. Kerana Allah.
      Please KEEP UP the good work! Teruskan..! Teruskan..! Kami ramai yg sokong..!
      Keep going..!
      Saya doakan Allah beri tuan/ cik/ puan semangat dan ketahanan mental yg kental.
      Saya setuju Tak perlu introduce your true self. What’s in a name??
      Tuan/ Cik/ Puan sudah cukup membuktikan kehebatan pemikiran tuan/ cik/ puan. Ramai yg mendpt menafaatnya.

      Like

  2. Assalamualikum,
    Alhamdulillah,tafsir online tuan memang saya ikuti dan binding untuk rujukan saya (minta izin ya).
    Saya bersyukur sangat di ketemukan blog ni.Jutaan terimakasih untuk pihak tuan.
    Semuga Allah swt merahmati dan memberkati hasil usaha tuan.AMIN

    Liked by 1 person

    1. Alhamdulillah, ianya bermanfaat untuk anda. Kata-kata semangat dari pembaca seperti anda lah yang memberikan semangat untuk saya terus meneruskan usaha ini.
      Silakan untuk binding untuk rujukan. Cuma dari masa ke semasa ada penambahan atau pembetulan kuliah yang ada. Sesungguhnya ilmu itu bertambah, pemahaman bertambah, jadi saya akan update.

      Cuma satu permintaan dari saya. Jikalau ada mana-mana tulisan yang tidak jelas, harap beritahu. Mungkin dari segi bahasa yang kurang jelas, atau penerangan yang terlalu ringkas. Kadang-kadang memang ayat-ayat Quran berulang, maka saya sudah jelaskan dengan panjang lebar di tafsir ayat yang lain. Tapi kalau perlukan penjelasan, harap beritahu saya. Kerana kalau anda tidak faham, mungkin orang lain pun tidak faham. Boleh?

      Wassalam.

      Liked by 1 person

      1. assalamualaikum tuan, my two cent, better dapatkan endorsement dari pihak yg berwajib juga untuk elak keraguan. esp utk tafsir ayat2 mutasyabihat.

        Like

      2. Salam tuan sekadar pendapat, kalau ada ayat2 yg berulang dan tuan pilih utk ringkaskan penerangan, boleh sertakan link di situ pada penerangan ayat serupa yg lebih padat.

        Like

  3. Alhamdulillah, ianya bermanfaat untuk anda. Kata-kata semangat dari pembaca seperti anda lah yang memberikan semangat untuk saya terus meneruskan usaha ini.

    Satu permintaan dari saya. Jikalau ada mana-mana bahagian yang kurang jelas, harap diberitahu kepada saya supaya boleh diberitakan penjelasan yang lebih. Boleh?

    Liked by 1 person

    1. Salam Ustaz, saya hadir k laman blog ustaz pada tahun 2022, tahun kedua dunia dilanda ujian penyakit berjangkit covid19.
      Pada bulan Ramadan saya ketemu blog ini kerana azam saya untuk memahami alquran dengan membaca makna dan tafsir. Izinkan saya berkongsi blog ustaz dengan rakan2. Andai ustaz baca tulisan saya ini, saya harap ustaz dapat sharekan saluran youtube sekiranya ada. Semoga ilmu ustaz terus berkembang dan memberi manafaat kpd hamba2Nya yg lain.

      Like

  4. Assalammualaikum. Terima Kasih di atas perkongsian. Saya merupakan seorang pelajar, teringin nak mengikuti kelas tafsir tapi tiada kemudahan lagi (tiada transport, tiada teman). Alhamdulillah terjumpa dengan website ini.

    Liked by 1 person

    1. Alhamdulillah. Semoga anda dapat memanfaatkan blog ini. Sekurang-kurangnya anda mahu mempelajari ayat-ayat Allah.
      Tidaklah sama dengan menghadiri kelas dengan membaca dalam blog sahaja. Tapi itu adalah langkah pertama.

      Harap anda dapat meluangkan masa juga untuk melihat kelas dalam Youtube sekali. Ada banyak lagi kuliah yang tidak dimasukkan dalam blog tapi ada dalam youtube.

      Like

  5. Waalaikum salam,

    Terima kasih saudari atas kata-kata semangat itu. Menguatkan lagi semangat saya untuk terus menulis. Terima kasih juga kerana memanjangkan tulisan ini kepada kenalan dan keluarga. Semoga bermanfaat untuk semua.
    Semua saudari berpeluang untuk mengikuti sendiri kelas tafsir secara bertalaqqi hendaknya.

    In Sha Allah, kalau diizinkan olehNya, semoga penulisan ini dapat dibukukan. Entah bila, kerana rasa banyak lagi perlu dilakukan dan diperbaiki. Tafsir yang telah telah ditullis pun selalu ditambah dengan maklumat tambahan dari masa ke semasa.

    Terima kasih sekali lagi. Maas salaamah. Ilal liqaa’.

    Like

  6. as salam,mohon kongsi latar belakang tok ayah man,sy ada bbrapa soalan utk tok ayah,apakah maksud syahadah tiada tuhan selain Allah,Muhammad utusan Allah?perawi yg meriwayatkan hadis ade berapa?betul ke cuma ade 6 kitab hadis?boleh tok ayat terangkan selawat ke atas Rasulullah?bole tok ayah listkan perkara bidaah yg ramai masyarakat hari ini lakukan?

    Like

      1. Kepada siapakah anda bertanya? Kalau tanya kepada saya, tentulah saya kata betul, takkan saya nak kata tak betul pula. Don’t ask a barber whether you need a haircut.

        Maka, awak sebenarnya kena periksa dengan orang yang ada percaya agamanya.

        Like

    1. Assalamualaikum.. subhanallah, sangat mudah untuk dibaca dengan bahasa Melayu yang simple senang difahami. Pembahagian surah serta juzuk yang jelas, chapter-chapter yang mudah difahami oleh anak-anak. Tuan, saya minta kebenaran share bersama kawan-kawan dan keluarga ye. Jazakallah. Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga.

      Like

  7. Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya amat tertarik dengan cara penyampaian di blog ini. Maka dari itu saya memohon kebenaran untuk copy dan share untuk kegunaan dalam blog saya.. Terima kasih.

    Liked by 1 person

    1. walaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, anda berminat dengan penulisan ini dan tafsir ayat-ayat Allah. Silakan untuk menyalin dan menyampaikannya kepada orang lain.

      Kepada mereka yang membaca, anda amat dialu-alukan untuk menyampaikannya kepada orang lain. Semoga mesej ini berterusan disampaikan. Memang tugas kita menyampaikan.

      Liked by 1 person

  8. Assalamualaikum,
    Blog ini sangat berguna dan penyampaian tafsirnya mudah difahami. Saya minta kebenaran untuk copy dan cetak untuk pembacaan dan rujukan saya secara off-line.

    Terima kasih

    Liked by 1 person

    1. Silakan saudara Jusoh. Untuk bacaan sendiri dan sampaikan juga kepada orang lain. Semoga bermanfaat untuk saudara dan umat Islam seluruhnya.

      Liked by 1 person

  9. Assalamualaikum…boleh tolong jelaskan kembali petikan tentang pemberi syafaat ysng berkaitan Nabi Muhammad.

    Like

    1. Salam saudara Hamid. Terima kasih atas soalan anda.

      Kalau dibaca dalam blog ini, sudah ada dijelaskan dengan panjang lebar tentang Nabi sebagai pemberi syafaat. Kalau hendak diringkaskan, Nabi hanya sebagai ‘penyampai’ sahaja. Iaitu Allah yang menetapkan siapakah yang layak menerima syafaat dan Nabi Muhammad diberi penghormatan menyampaikan syafaat itu kepada penerima syafaat itu. Bukanlah Nabi yang menentukan siapakah yang layak menerimanya. Jadi, tidaklah boleh kita meminta syafaat dari Nabi kerana baginda tidak boleh menentukan siapakah yang boleh menerimanya.

      Allahu a’lam.

      Like

      1. … kefahaman saya tentang syafaat ni adalah exclusive kpd pemberi syafaat … ultimately mmg haq Allah but Dia dh beri keizinan utk Nabi, Hafiz, ‘Alim, Syahid, dan beberapa yg lain … tu sbb dlm hadis pun ada menyebut tentang sahabat mukmin pun diberi keizinan utk menyelamatkan rakannya yg berada di neraka … cuma kedudukan syafaat tu di hujung keadaan di mana kegunaannya setelah melalui proses azab yg pedih dulu … yg gambaran tentangnya amat menyeksakan … kenapa nk tunggu pada ketika itu … waktu hidup ni adalah waktu yg terbaik utk mensyafaatkan diri sendiri …

        Like

      2. Syafaat itu tetap milik Allah. Allah yang tentukan siapa yang menerimanya. Nabi dan manusia yang lain adalah sebagai penyampai sahaja, bukan mereka yang menentukan.
        Allah muliakan kedudukan penyampai syafaat itu dengan pemberian syafaat itu.

        Saya beri analogi. Katakanlah seorang cikgu nak habiskan kelas dia awal hari itu. Dia memang dah buat keputusan, tapi dia cakap kepada seluruh kelas: “kita habis kelas awal hari ini kerana kejayaan Ahmad memenangi kuiz bulanan peringkat sekolah semalam”. kanak-kanak dapat balik awal dan mereka jumpa Ahmad dan puji Ahmad dan berterima kasih kepada Ahmad.

        cikgu itu memang nak habiskan kelas dia awal. tapi dalam masa yang sama, dia kata naikkan nama Ahmad. walaupun tanpa Ahmad menang kuiz pun, kelas tetap habis awal, bukan? siapa yang buat keputusan kelas balik awal? Cikgu atau Ahmad? Tentu sekali cikgu, bukan?

        Harap analogi ini memberi penjelasan tentang syafaat.

        Dan saya setuju dengan kata awak yang kita tidak patut berharap kepada syafaat. syafaat ini diberikan kepada orang yang perlu, dah telur di hujung tanduk sahaja. mungkin dah nak masuk neraka, atau dah masuk neraka dan perlukan syafaat nak keluar.
        maka jalanilah kehidupan kita di dunia supaya kita tidak memerlukan syafaat pun.

        Liked by 1 person

  10. Assalamualaikum warahmatulLah wabarakatuh…..terima kasih sahabat….blog yang sangat bermanfaat……dengannya kita mencedok ilmu, dengannya kita menambah ke’aliman, dengannya kita dapat memahami kekurangan, dengannya kita merasa diri sentiasa kurang…….usaha ini sangat dihargai, syiar ini harus diteladani, perjuangan ini harus kita telusuri, ketakwaan ini harus menjadi amalan diri dan hati……..mohon izin tuan untuk berkongsi mengenai diri tuan guru…..email saya arrazzak11@gmail.com….

    mohon izin juga untuk mengambil, mencetak ulang, meng….(segala yang perlu untuk sama-sama mendalami ilmu tafsir) sekian, terima kasih. wassalam

    “JAZAKUMULLAH KHAIRAN JAZA’ “

    Like

    1. Alhamdulillah ianya bermanfaat. Silakan untuk share. Semoga masyarakat kita celik Quran dan celik agama.
      Tentang diri saya, hanya insan biasa yang masih banyak perlu belajar lagi. Ini adalah nota nota saya dan saya share kepada yang lain. Harap perbetulkan mana yang salah.

      Cuma nota nota ini akan sentiasa penambahan dan pembaikan.

      Like

  11. Assalamualaikum Tuan;
    Alhamdulillah syukur, kini baru saja saya berjumpa Blog Tafsir tuan yg. sangat menarik penyampaianya serta mudah difahami.
    Izinkan Saya copy, tazkiahkan melalui dakwah serta cetak untuk pengetahuan saya & rakan2 sekelian…… Harap maklum, TK

    Liked by 1 person

    1. silakan tuan Ridho….

      maaf kerana kadang-kadang ada salah ejaan dan sebagainya. sedang dalam proses pembaikan. harap tolong sebarkan… terima kasih.

      Like

  12. Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdulillah syukur saya panjatkan kerana terjumpa blog tuan. Saya memang bertalaqqi tafsir dengan guru di Kuching.. dan apa yang guru saya sampaikan persis seperti apa yang tuan sampaikan di blog ini..jadi jika tiada kelas saya suka merujuk dalam blog tuan untuk menambah pemahaman untuk diri ini…Semoga Allah sentiasa merahmati tuan untuk meneruskan usaha dakwah ini..

    Like

  13. Asskm wbt. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan kupasan yang diberi. Semuga Allah merahmati dan memberkati penulis serta guru-gurunya. Mohon halalkan ilmu yang diterima dan doakan kami jadi mukmin dan mukminah sejati. Jazakumullahukhair

    Like

  14. Assalamualaikum, terima kasih saudara sebab buat blog ini. Boleh saya jadikan sebagai rujukan. Ada pertanyaan, saya agak kurang jelas dalam post ini

    https://celiktafsir.net/2013/05/30/tafsir-surah-mulk-ayat-1-15/

    bahagian
    “…Sebab ada hadis yang mengatakan Allah akan panggil ‘mati’ pada hari akhirat nanti dan Allah akan sembelih ‘mati’ itu menunjukkan bahawa selepas itu tidak ada lagi kematian. Maka, bergembiralah ahli syurga kerana mereka tahu mereka akan kekal dalam syurga, dan bersedihlah dan berputus asalah ahli neraka kerana mereka tahu bahawa akan kekal dalam neraka sampai bila-bila kerana mereka tidak akan mati-mati….”
    (maaf saya ambil sedikit saja daripada artikel tersebut)

    Harap dapat dijelaskan mengenai hadis tersebut kerana cetek ilmu saya belum pernah dengar. Saya benar-benar ingin tahu.

    Terima kasih. Mohon maaf menyusahkan dan sekiranya tersilap dan terkasar bahasa. Terima kasih sekali lagi. 😀

    Like

    1. Terima kasih. boleh sahaja gunakan apa sahaja dalam penulisan ini untuk rujukan saudara/i.

      Maksud hadis itu: Allah yang menjadikan mati dan hidup. ‘Mati’ dan ‘hidup’ adalah juga makhluk Allah. Bukannya mati itu terjadi sendiri dan tidaklah hidup itu terjadi sendiri. Semua selain Allah tidak terjadi sendiri.

      Keduanya, hadis itu dalam bahasa yang mudah, maksudnya tidak ada kematian lagi selepas akhirat dibangkitkan. Yang dalam neraka, akan terus diseksa sampai bila-bila (kalau dia kekal dalam neraka). Dan mereka yang dalam syurga akan terus hidup sampai bila-bila menikmati nikmat. Jadi, ini adalah satu peringatan yang amat besar kepada kita. Kita kena sedar yang kesan dari perbuatan kita di dunia ini akan kekal selama-lamanya. Sanggupkah kita tinggal dalam neraka selama-lamanya? Atau tidak mahukah kita menikmati nikmat selama-lamanya? Maka, kalau kita kenangkan perkara ini, maka berhati-hatilah dengan apa sahaja yang kita lakukan selama di dunia ini.

      Like

  15. Assalamualaikum…bila baca blog ini saya rasa nak pergi kelas daurah tahun depan..insyaAllah azam tahun depan..tapi nk ty sikit..maulana hadi tahu ke tuan sebarkan ilmu yg di ajar beliau ke alam maya ini?

    Like

    1. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan kepada saudara. Semoga dapat menyebarkan lagi pengajian tafsir ini.

      Tentang blog ini, secara khusus, saya tidak rasa MH mengetahuinya secara khusus. Tapi telah diberitahu kepada beliau tentang ada beberapa media yang menggunakan nama beliau dalam berdakwah dan beliau telah memberikan restunya. Semenjak beliau membenarkan MP3 daurah disebarkan, saya lihat banyak sekali merebak mereka yang mahu belajar tafsir Quran ini. Ini adalah sesuatu yang memberansangkan.

      Like

  16. salam, saya dapat banyak manfaat daripada blog ni.. cuma nak tanya, kenapa tak habiskan tafsir juz 30 je dulu.. 🙂

    Like

    1. Saya ikut susunan biasa. Saya sudah habiskan Hamim Tujuh dan surah-surah seterusnya saya akan habiskan dari mula ikut susunan dalam Quran. In sha Allah.

      Like

  17. Dan lagi satu, saya memang minat dengan tafsir Ustaz Nouman Ali Khan, cuma ada beberapa ayat daripada tafsirnya tu saya kurang faham.. Saya ada subscribe juga dengan Bayyinah, kalau nak acc saya boleh juga.. moga membantu.. ^^

    Like

    1. Terima kasih. Salah satu rujukan saya adalah dari Nouman Ali Khan (Bayyinah Institute). Memang setiap tulisan akan ada rujukan kepada kuliah beliau (Cover to cover). Saya suka penjelasan beliau kepada situasi semasa zaman ini dan juga penjelasan tentang bahasa. Tidak bahagian mana yang saudara tidak faham. Boleh rujuk kepada tulisan saya berkenaan ayat tersebut sebab saya akan cuba sampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. Cuma saya tidaklah tulis word by word.

      Like

  18. Assalam tuan . Saya org awam . Dan berhajat nak belajar tafsir Quran .boleh minta kerjasama tuan untuk kongsikan jadual pembelajaran tuan ?

    Terima kasih .

    Like

    1. Waalaikum salam,

      Sekarang sudah semakin banyak kelas tafsir Al-Quran dijalankan. Antara yang bagus adalah kelas Maulana Hadi dan juga Maulana Asri. Anda juga boleh pergi ke Yayasan Ta’lim di Taman Tun kerana ada banyak kelas pengajian di sana.

      Like

  19. assalamualaikum tuan, alhamdulillah Allah gerakkan hati ke laman blog ini bila nak mencari nama ustaz rosman. Cantik penyusunan yang tuan buat dengan bahasa yang santai lagi mudah difahami. Semoga Allah membalas kebaikan keatas usaha tuan. Namun begitu, saya ingin kenali benar profil tuan empunya blog. Saranan sarjana yang mengatakan “lihatlah kepada siapa yang kamu ambil ilmu agama daripadanya” memaksa saya untuk lebih mengenali diri tuan. boleh emailkan kepada fathieramli@gmail.com terima kasih. semoga Allah membalas segala kebaikanmu.

    Like

    1. Waalaikum salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya memang sengaja tidak memperkenalkan diri saya kerana beberapa sebab. Antaranya seperti kata Imam Syafie r.h.

      Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ar-Rabi’b.Sulaiman beliau mendengar As-Syafii berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit:

      وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء

      “Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya (ilmu dan tulisan yang aku sampaikan) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun”

      Yang lebih penting adalah rujukan-rujukan saya yang saya letakkan di bawah setiap posting.

      Asal blog ini adalah nota untuk saya dan anak saya, dan saya sampaikan kepada umum supaya boleh dikongsi bersama.

      Like

      1. kata2 imam syafie langsung tiada kaitan dengan “pengenalan biodata diri”

        Tetapi lebih kepada “menyandarkan sesuatu kalam rujukan kepada diri si penyampai”

        Umum mengetahui biodata imam syafie agar seluruh umat manusia yang mengikuti jalannya tidak akan tersesat dan kefahaman sunnah tidak terpalit dengan fitnah oleh orang2 yang memusuhi beliau

        Kita semua mengenali Rasulullah melalui sirah baginda yang ulung yang diturunkan dan diceritakan oleh baginda menerusi hadis2 baginda…

        Jadi mohon perkenalkan diri…

        Saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk menegur tentang tiada “notakaki” untuk setiap sandaran hadis, tafsir, dan ia sangat diperlukan dalam merungkai setiap ayat al quran…

        Kerana apa, kebanyakan orang yang malas untuk mengkaji hanya akan terus melihat link ini dan meninggalkan rujukan terhadap kitab2 tafsir yang yang muktabar

        Dan budaya ini tidak sihat sama sekali… sebab itu jika ia asalnya hanyalah nota utk rujukan ahli keluarga kerana ditulis semasa menghadiri majlis maulana (tidak diketahui siapa dan dari mana) dan dikumpulkan dalam link tetapi langsung tiada notakaki untuk kitab2 tertentu dimuatkan di dalam setiap baris kata sangat tidak patut untuk dilakukan kerana agama mengajar kita untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya

        Wallahua’lam

        Like

      2. 1. saya tidak mahu kenalkan diri. Memang kena dengan nukilan Imam Syafie itu. Kalau boleh dia tidak mahu dikenali tapi tidak berjaya. Beliau dikenali sampai sekarang. Saya pula cuba untuk tidak dikenali. Mungkin juga tidak akan berjaya, tapi saya cuba.
        2. di bawah setiap tulisan ada rujukan saya. tapi tidaklah lengkap. kerana saya bukan buat thesis. maaf kerana tidak memuaskan kehendak anda. Tapi itu sahaja yang saya mampu buat. Saya tak mampu nak buat notakaki panjang-panjang. Silakan ambil manfaat kalau ada.

        Like

  20. Assalamualaikum tuan..

    Syukur kepada Allah kerana saya dapat berjumpa dengan blog tuan ini. Saya harap Tuan dapat meneruskan usaha tuan ini. Terima kasih kerana sekarang saya dapat mendalami Al Quran dengan lebih dalam lagi. Bukan sekadar hanya membaca tafsiran.

    Like

    1. Maaf, tidak ada dalam bentuk pdf. Memang boleh dilakukan, tapi ia memerlukan penukaran setiap posting dan terlalu banyak. Lagipun, saya selalu update penulisan ini, maka ada eloknya bagi online sahaja.

      Like

  21. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Jazakallahu Khair. Semoga Allah membalas kebaikkan ke atas usaha tuan dengan penulisan yg bermanfaat dan mudah difahami ini. Saya juga mengikuti Ustadz Nouman Ali Khan. Ada beberapa soalan yg ingin saya tanyakan kepada tuan melalui email, boleh tuan email saya di syahrizaljelibohari@gmail.com. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu.

    Like

  22. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh Tuan.. Alhamdulillaah! Ini salah satu hidayah Allaah kpd saya.. Sebenarnya saya sedang mencari tafsir dan tadabbur ayat² Al-Quran, secara tak sengaja terjumpa dgn blog Tuan. Saya suka cara penyampaiannya, santai dgn Bahasa yg mudah di faham. Saya mohon share pada teman-teman. Sangat² bermanfaat.
    Jazaakallaahu khairan kathiraa.. Semuga Allaah kurniakan kesejahteraan pd Tuan utk teruskan usaha ini.. Aamiiin Allaahumma Aamiiin

    Like

  23. AsSalaamu’alaikum, saya perhati blog ni dah lebih setahun, tapi tafsirnya tidak kesemua surah. Adakah blog ini iklan kepada kitab yang bakal dikeluarkan oleh Ayah Aji nanti? (Precursor/ introduction) Atau tuan and terus menulis dan lengkapkan tafsir 114 surah? JazakAllahu khairan tuan.

    Like

    1. Waalaikum salam. Saya sedang cuba untuk menghabiskan tafsir 30 juzuk.

      Blog ini tidak ada kena mengena dengan Ayah Aji.

      Like

  24. JazakAllahu khairan tuan atas jawapan di atas dan minta maaf kerana kaitkan blog ini dengan Ayah Aji. Ini, saya ada soalan. Tuan selalu sebut “kenalah belajar dulu tafsir Qur’an”. Adakah dengan baca blog tuan kita dapat belajar atau kena belajar berdepan dengan guru? Atau cukup join Group di Telegram saja? JazakAllahun khairan tuan.

    Like

    1. Dengan kemajuan media yang ada sekarang ini, memudahkan mereka yang berminat untuk mempelajari tafsir di Whatsapp, Telegram atau di blog. Saya berpendapat seorang pelajar tetap kena cuba mencari guru supaya dia dapat belajar secara talaqqi. Tidak sama kalau belajar dengan media dan belajar secara talaqqi.

      Adapun pembelajaran dalam media dan juga pembacaan di blog:
      1. Samada sebagai alternatif jikalau seorang itu memang tidak ada tempat belajar secara sunnah.
      2. Atau kepada mereka yang telah belajar secara talaqqi, ia sebagai tempat untuk mengulangkaji dan tadabbur/muzakarah ayat-ayat yang telah dipelajarinya.

      Allahu a’lam.

      Like

  25. BOLEHKA SAYA MENGETAHUI NAMA PENUH PENGARANG, TAHUN DITERBITKAN DAN MUKA SURAT UNTUK TAFSIRAN SURAH AL-ARAF AYAT 31? SEBAB INGINKAN BUKTI UNTUK ASSIGNMENT. TERIMA KASIH

    Like

    1. Tidak ada. Kerana penulisan berdasarkan kepada kuliah live. Tiada maklumat sebegitu.

      Side note – jangan pakai CAPS LOCK dalam penulisan. Itu adalah menjerit dalam bidang penulisan.

      Like

  26. Assalamualaikum Tuan,

    Mashaallah tabarakallah, penulisan tafsir Tuan antara yang terbaik saya jumpa, bagus sebagai rujukan. Saya suka Ustaz Nouman…saya lihat ada banyak persamaan disini. Alhamdulillah boleh share sebab ada kawan2 tak faham Bahasa Inggeris boleh rujuk penulisan Tuan.

    Terima kasih diatas perkongsian ini, sungguh bermanfaat kepada kami.
    Saya doakan Tuan diberikan kesihatan yang baik, rezeki melimpah ruah penuh barokah dan Allah permudahkan segala urusan Tuan sekeluarga… aamiin

    Saya mohon izin untuk share sebahagian penulisan Tuan dan juga mohon izin share URL website di di posting FB saya. Jazakallah khair

    Like

    1. blog ini sentiasa ada perubahan di dalamnya. jadi tidak boleh dibukukan lagi. saya selalu kata kepada orang yang bertanya: “bila saya dah mati nanti lah”.

      Like

  27. Aslm ustaz,

    Boleh saya tau biodata ustaz dan latar belakang pengajian ustaz.

    Supaya saya boleh syorkan tafsir ini kepada orang lain.

    Tapi perlu tau dulu penulisnya. Sebab taknak penulis yang majhul.

    TQ

    Like

    1. Umur : 44 tahun
      Asal : Perak
      Pendidikan :
      Sekolah menengah sains Teluk intan (87-91)
      Jurusan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
      Status: berkahwin anak satu
      Profession: pengarah syarikat

      Antara Guru-guru talaqqi:

      Tafsir:
      Maulana Hadi Darul Uloom
      Ustaz Adli Yayasan Taalim
      Nouman Ali Khan

      Hadith:
      Maulana Asri
      Ustaz Abu Yunus
      Maulana Solahudin Darul Uloom
      Ustaz Mohd Zin
      Ustaz Azzahari Murad
      Ustaz Yunus Zainal

      Pengalaman sebelum menjumpai Sunnah (telah ditinggalkan):
      Tarekat dan Tasawuf
      Ilmu Gerak
      Ilmu perubatan
      Ilmu persilatan
      nota: tujuannya diberitahu adalah untuk memberitahu pengalaman dan kefahaman tentang kesalahanfahaman dalam bidang-bidang tersebut.

      Rujukan kitab dan guru ditulis di hujung setiap hujung post.

      Like

      1. Bukankah Adab berguru kena tahu siapa gurunya terlebih dahulu? Kenapa terlampau berahsia… Ini boleh menimbulkan fitnah… Kalau ikut adab menuntut ilmu pun dh tak betul cara begini….

        Like

      2. Awak bukan berguru dengan saya, awak cuma baca tulisan saya sahaja. Tidak perlu kenal penulis pun. Ini sama macam Imam Syafie cakap:

        Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ar-Rabi’b.Sulaiman beliau mendengar As-Syafii berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit:

        وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء

        “Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya (ilmu dan tulisan yang aku sampaikan) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun”

        Kalau ada yang fitnah (atau tohmah) itu, memang tak boleh dibantu lagi. Ada masalah dengan hati. Saya tak bagitahu nama ada fitnah, kalau saya bagitahu nama pun akan ada fitnah. Memang akan ada sahaja manusia tidak puas hati.

        Like

  28. Assalamualaikum. Allah temukan saya dengan blog ini, syukur.

    Biodata tuan ada sedikit persamaan dengan pengalaman saya. Dan benar penulisan blog ini menambah kefahaman dan menjelaskan keraguan yang terdahulu (atas asbab tertentu).

    Saya “khatam” banyak bahagian dalam masa beberapa jam sahaja disebabkan sangat santai dan mudah faham penyampaian Tuan yang tersusun. Dan telah pun saya kongsikan website ini kepada beberapa ribu keluarga dan kenalan.

    Semoga usaha Tuan dan saya juga menjadi asbab kebaikan ummah secara seluruhnya. Dari Allah jua yang memberi pinjaman.

    Like

  29. Assalamualaikum Ustaz. Alhamdulillah….Saya sangat bersyukur kerana diberi petunjuk oleh Nya dgn terjumpa blog yg sangat bermunafaat ini. Semoga saya akan terus istiqamah dlm menimba ilmu yg Ustaz kongsikan.
    Aamiin…JazakAllahu Khairan

    Like

    1. Sy baca surah al isra’, tiba2 tergerak hati utk cari tafsir ayat ke-5. Sy cuba buat carian di internet, alhamdulillah diketemukan Allah dgn website ini . Setelah sy baca tafsir tersebut, sy berasa amat kagum dgn tuan yg menjelaskan dgn sgt detail ttg ayat tersebut masyaAllah!

      T.kasih tuan penulis celiktafsir.net ini.. sy doakan Allah memberikan rahmatNya yg berpanjangan dan kebahagiaan kpd tuan di dunia & akhirat atas usaha tuan menulis dan mengizinkan pembaca membaca & memahaminya. Percuma pula tu.. semoga pahala mengalir berterusan buat tuan.. teruskan menulis demi kebaikan umat nabi Muhammad SAW

      Like

  30. Assalamualaikum tuan.
    Pertama sekali saya sngat berterima kasih atas usaha tuan mewujudkan website ini. Menjadi rujukan saya kerana bahasanya yang mudah diterima.

    Sekarang sedang refer Surah taha.
    Cuma ada ayat yang tidak jelas, tak tahu mana yang betul.
    Rujuk surah Taha ayat 115.

    Saya nak post screenshot tapi tak boleh pula.

    Jzkk ya tuan

    Like

      1. Ini. Perkataan last ” makna yang kedua adalah lebih baik lagi daripada makna kedua”

        Adakah sepatutnya “makna yang pertama lebih baik daripada makna kedua? ”
        ……………………………………..

        Taha: 115

        Ada dua makna yang kita boleh ambil disini

        – Nabi Adam tidak kuat azam untuk melawan godaan Iblis. Atau,

        – Nabi Adam tidak berazam untuk lawan Allah. Bukan dia hendak buat dosa tapi baginda lupa sahaja. Allah tahu apa yang dalam hati manusia. Jadi, Allah beritahu kepada kita bahawa Nabi Adam bukanlah ingin hendak melawan Allah.

        Demi menjaga status Nabi Adam, makna yang kedua adalah lebih baik lagi daripada makna kedua.

        Like

  31. Jazakallahhukhair katheera, Tuan/Ustaz yg dirahmati Allah… izinkan saya berkongsi maklumat dan mengambil ilmu dari sini ya..
    Bārakallahhufiik..

    Like

  32. Alhamdulilah, tafsir ini sangat membantu saya dalam memahami Al Quran..semoga tuan/ustaz atau sesiapa sahaja yang terlibat dirahmati Allah sentiasa

    Like

  33. Alhamdulillah…Terima kasih kerana tuan sudi berkongsi ilmu dan tafsir Al-Quran kepada seluruh umat manusia…Ianya amat bermanfaat dalam mendekatkan diri saya dan keluarga membaca dan memahami Al-Quran . Semoga Allah swt terus memberi rahmat dan hidayahNYA kepada tuan dan pembaca lain untuk terus menyampaikan dan berkongsi ilmu di blog ini. Aamiin

    Like

  34. Alhamdulillah tuan di atas perkongsian tafsir ini.. Saya mendoakan semoga usaha tuan ini akan menjadi salah satu sebab untuk mendapat rahmatNya. Izinkan saya untuk copy paste hasil penulisan tuan untuk dikongsikan kepada rakan rakan yg lain..

    Like

  35. Assalamualaikum tuan. Alhamdulillah dan terima kasih kerana tuan sudi berkongsi ilmu tafsir ini. Saya ingin minta izin untuk copy paste tafsir tuan ini di facebook saya dan buat sedikit penambahan info supaya pembaca lebih jelas dan faham kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain

    Like

  36. Salam. Ada perancangan untuk bukukan Celik Tafsir ni tak? Atau dah ada? Harap boleh dibukukan. Saya suka penjelasan setiap surah di sini. Terima kasih.

    Like

  37. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian ilmu tafsir di blog ini. Alangkah baiknya jika dibukukan. Saya memang tercari-cari tafsir sebegini. Harap boleh difikirkan.

    Like

    1. Masih dalam proses penulisan. maka tidak dibukukan lagi buat masa ini. masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan. buat masa ini, boleh dibaca di sini sahaja. terima kasih atas harapan anda. in sya Allah akan dibukukan juga nanti.

      Like

  38. Assalamualaikum. Tafsir ini byk membantu agar lebih menghayati isi kandungan al Quran.
    Moga Allah permudahkan urusan tuan dalam usaha memartabatkan kalam-Nya.
    Mohon copy utk rujukan.
    Jazakallahukhairan

    Like

  39. Syukur Alhamdulillah. Tafsir yang mudah untuk saya fahami sebagai orang awam. Kebetulan petang ni baca surah Al Anfal :62-65. Terlintas hati nak tadabbur ayat-ayat suci ni. Terus google… Alhamdulillah, terjumpa coretan tuan. Semoga Allah merahmati usaha murni tuan dengan penuh Rahmah. Aamiiin.

    Like

  40. Assalamualaikum..
    mohon izin print dan bind ya..selama ni x paham pun baca tafsir sbb bahasanya tinggi..cuma ada few buku yg hurai dgn cara mudah faham..tu pun cuma beberapa surah je..
    terima kasih ilmu

    Like

  41. Assalamualaikum. nukilan tafsir Tuan Ust sngat bermafaat dan mudah difahami. Izinkan saya umtuk share idea dan point nya yang saya gunakan dalam penulisan dan dalam pengajaran saya. Moga Allah memberi keluasan ilmu dan kefahaman nuat tuan.

    Like

  42. Assalamualaikum admin, seperti yang di jelaskan di dalam Surah Ghafir ayat 17 ini.

    الْيَوْمَ تُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ
    Ertinya:
    Pada hari itu dibalas setiap jiwa dengan apa yang telah dilakukan.

    Disini admin telah menegaskan bahawa ayat ini dengan jelas menolak segala pahala bacaan yang di kirim kepada simati seperti Majlis Tahlil supaya buat amal ibadat baca Qur’an dan zikir untuk dihadiah pahala kepada simati. Admin berkata eloklah berhenti dari melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membazir wang dan masa.

    Dari itu saya menginginkan penjelasan lebih lanjut lagi mengenai perkara ini kerana di dalam kefahaman saya tidak ada satu amal kebaikan , dan doa serta niat yang baik lagi suci itu tidak brfaedah dan di tolak oleh Allah melainkan sesuatu yang berunsur maksiat. Dan pabila manusia pabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: sadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendoakannya. Jelas di sini kebanyakan majlis majlis tahlil yang umum nya dibuat adalah tergolong dari keluarga si mati sendiri sama ada menggunakan duit si mati ataupun duit kerabat keluarga. menurut saya ayat ini menjelaskan kedudukan setiap jin dan manusia di akhirat kelak ketika keadilan berlaku dimana tiada seorang pun berasa kerugian kerana keadilan Allah akan tetap berlaku dan masing masing di perhitungkan segala amalan dan perbuatannya selama hidup mereka didunia. Dengan kemusykilan saya ini harap mohon penjelasan dari pihak admin. Terima kasih dan sekian berbagi ilmu juga pendapat.

    Like

    1. 1. Salah faham anda dalam hal ibadah. Ada dua syarat ibadah diterima: ikhlas dan satu lagi ikut syariat. Kalau ikhlas sahaja, tapi tidak ikut syariat, ia tidak diterima. Kalau ikhlas sedekah pahala, tapi ia tidak ada dalam syariat, maka tidak cukup syarat. Kita tahu ia bukan syariat kerana Nabi tidak ajar dan para sahabat tidak amalkan. Kita ambil contoh agama dari mereka.

      2. Salah faham yang kedua, tentang doa anak yang soleh. Lihat: ‘doa’ anak yang soleh, bukannya ‘sedekah pahala’ dari anak yang soleh. Amalan-amalan anak yang soleh itu terus automatik diterima oleh ibu bapanya, tidak perlu dibuat dalam majlis yang tidak pernah dibuat oleh Nabi dan sahabat.

      3. Salah faham yang ketiga: tidaklah Majlis Tahlil itu dibuat oleh ahli keluarga sahaja. Tapi dibuat oleh semua orang. Ini modus operandi biasa. Mengatakan ianya dibuat oleh ahli keluarga sahaja, itu tidak melihat realiti semasa.

      Kalau ahli keluarga nak bantu simati pun, bukanlah dengan cara majlis yang direka selepas ketiadaan Nabi dan sahabat.

      4. Salah faham anda seterusnya kerana faham satu bahagian sahaja dari ayat ini. Memang semua makhluk akan dibalas dengan kebaikan yang mereka lakukan. Yang mereka ‘lakukan’, bukannya orang lain buat dan orang lain dapat.

      Terima kasih kerana memberi pandangan. Saya harap jawapan saya ini memuaskan hati anda yang bertanya. Allahu a’lam.

      Like

  43. “Oleh kerana itu, dalam bahasa Arab tidak diketahui dari kata apa nama itu berasal.

    Maka di antara para ahli nahu mengatakan bahawa nama Allah itu adalah ismun jamid, iaitu nama yang tidak mempunyai kata dasar.”

    Saya ada mendengar bahawa perkataan Allah datang dari perkataan ilah yang bermaksud tuhan. ditambah al di hadapannya untuk menunjukkan the atau the only one. jadi Allah bermaksud satu-satunya tuhan. mohon pendapat tuan . terima kasih.

    Like

    1. ya itu adalah salah satu dari pendapat yang ada. ilah yang khusus jadi al-ilah dan kemudian menjadi Allah.

      tapi pendapat itu dari segi nahu ia tidak kuat, jadi pendapat yang lebih kuat adalah ia kalimah yang tiada katadasar.

      Like

  44. Terima kasih admin, Maaf saya masih kurang faham apakah yang di maksud kan admin dengan sedekah doa dan sedekah pahala ? Kerana Majlis yang dibuat itu juga mengandungi doa doa anak soleh yang baik untk kedua orang tua yang telah meninggal kerana selalu membuat Majlis tahlil itu juga untuk silaturahmi bersama keluarga yang lain, Majlis itu mengandungi banyak kebaikan dibandingkan keburukannya, bukan kah majlis berunsur agama itu termasuk dalam golongan bid’ah yang di bolehkan seperti sebagaimana kita zikir maulud nabi yang di lakukan di masjid masjid. mohon admin menjelaskan tentang bid’ah yang diperbolehkan?

    Like

  45. Terdapat banyak kata kata tegas dan celaan yang di sampai kepada pembaca seperti saya, juga celaan kepada ahli ahli kitab dan ulama yang saya temukan ketika membaca tafsir anda ini. Penyampaian lisan haruslah penuh dengan adap, hormat dengan luhur budi pekerti sebagaimana kelembutan yang di ajarkan oleh nabi kita sendiri. Kerana yang disampai anda ini juga adalah Ilmu yang Tinggi dan Mulia di sisi Allah SWT. Wahai ahli tafsir, islam itu agama yang indah dan lembut, tanpa perlu menggunakan kata kata cela dan keras, sepertimana islam itu berkembang indah sehingga sekarang, tidak menggunakan pedang. Harap penulis dapat mengambil teguran dengan hati yang terbuka.

    Like

    1. saya tidak mencela, tapi menegur. tapi kebiasaannya, yang makan cili akan terasa pedasnya. ini saya tidak dapat nak elak.

      tugas saya menyampaikan sahaja. dan memang yang ditegur selalunya akan marah. saya harap anda dapat fikirkan apa yang saya katakan. kalau salah, boleh lupakan sahaja dan jangan terus membaca. tapi apa kata teruskan membaca dengan hati yang terbuka.

      kalau terasa, adakah yang menegur itu yang salah atau yang ditegur cepat sentap?

      Like

      1. Bagi orang-orang yang berilmu, mereka sudah tentunya akan faham apa yang dimaksudkan dengan teguran, apa yang dimaksudkan dengan nasihat dan apa pula yang dimaksudkan dengan celaan. tiga perkataan berbeza, tiga juga makna yang berbeza.

        Sudah pastinya setiap ‘Perkataan’ itu mempunyai Sifat dan Definisi yang berbeza. dan tidakkah orang orang yang berilmu itu tahu bahawa setiap ‘perkataan’ yang dilontar dan diutarakan itulah yang mencerminkan akhlak mereka.

        Anda sepertinya tidak jujur dan tidak ikhlas dalam menyampaikan ilmu, kerana di setiap teguran anda tentu diisi dan disampingi dengan celaan. Anda cuba menegur dan menghina dalam pada masa yang sama, sentiasa merasa yang di sebarkan itu betul dan tidak menerima pendapat orang lain “dengan cara yang baik” bukan seperti cili.

        Tentulah orang yang cetik ilmu seperti saya, akan merasa anda seolah olah orang yang paling tinggi ilmunya dan pandang rendah kepada orang seperti kami, walau niat nak tegur, tapi tak perlu lah menghina atau kritik. Tak perlu kata orang sambut maulud nabi itu najis dan sebagainya.

        Belajar bukanlah sementara, belajar itu sifatnya berterusan. Setiap hari kita belajar dan menerima ilmu yang baru.

        Apakah Ini contoh akhlak yang baik, wahai para ilmuan, lebih lebih lagi ahli tafsiran.

        Like

      2. saya tidak menghina dan mencela. saya tidak gunakan pun bahasa yang kasar. Tapi tegur tetap kena tegur. Memang teguran itu berat bagi orang yang tidak dapat menerima.

        Ikhlas atau tidaknya saya, itu bukankah antara saya dengan Allah? Saya pun tidak pasti saya ikhlas atau tidak, bagaimana pula orang lain boleh tahu seolah-olah saya tidak ikhlas?

        Like

    2. Penulis tafsir ni kayaknya belum cukup ilmunya, tafsirannya pun menjurus kepada kefahaman peribadi penulis, saya sarankan supaya penulis korbankan lagi masa untuk belajar lebih mendalam, tafsir Quran ini berkaitan dengan hukum fiqh yg perlu kepada ilmu yg lengkap untuk menjelaskannya kepada orang ramai.

      Terlalu banyak yg perlu dibaiki pemahamannya, walaupun si penulis mungkin rasa ianya betul di sisinya, dan disokong oleh si jahil yg baru berjinak dengan bacaan tafsir, semua ini tidak menjadikan ianya betul dan tepat, kerana Quran Hadis dtg melalui Nabi kepada Sahabat seterusnya ulama mujtahid yg alim lagi warak dan mereka adalah drpd kurun salaf yg disebut oleh Nabi SAW supaya kita mengikut mereka dalam mengamalkan agama.

      Semoga Allah bagi hidayah kepada penulis untuk mendalami ilmu agama yg perlu kepada kemahiran tinggi dalam penguasaan ilmu alat seperti nahwu sorof balaghah untuk terjun dalam bidang tafsir, lebih2 lagi untuk disampaikan kepada masyarakat.

      Jazakallah khoir

      Like

      1. Terima kasih atas teguran. Untuk pengetahuan pembaca, penulisan ini bukanlah dari pemahaman saya sendiri, tapi dinaqalkan dari kelas tafsir dan juga dari kitab tafsir. Saya cuma sampaikan sahaja dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga dapat memberi kefahaman tafsir kepada masyarakat. Kalau tidak banyak pun, sudah ada sedikit, sudah ada permulaan. Kerana untuk memahami tafsir, mestilah dimulai dengan dari sedikit, bukannya terus pandai, bukan begitu?

        Saya juga belajar ilmu nahwu, sorof dan juga balaghah, malah ada disebut di dalam penulisan saya. Terima kasih atas doanya. Mungkin pembaca tidak perasan saya ada sentuh perkara itu. Tapi tidaklah semua saya cerita balik, kerana bukan tujuan saya untuk menekankan bab bahasa, tapi untuk terus beri pemahaman.

        Kalau ada kesalahan di mana-mana dari tafsiran saya, mungkin pembaca boleh tunjukkan dan saya boleh perbetulkan. Itulah sekurang-kuranngnya yang boleh dilakukan oleh pembaca yang kritis. Bukannya terus menutup pintu pembelajaran.

        Like

      2. orang yang mahir seharusnya mula buat kerja2 ini… jika bercakap mahir tapi berdiam diri, bagus jika tidak menghalang kerja2 orang lain.

        Like

  46. Bagi orang-orang yang berilmu, mereka sudah tentunya akan faham apa yang dimaksudkan dengan teguran, apa yang dimaksudkan dengan nasihat dan apa pula yang dimaksudkan dengan celaan. tiga perkataan berbeza, tiga juga makna yang berbeza.

    Like

    1. saya cuba menegur dengan baik. maaf kalau terasa. Harap tuan dapat terus membaca dan membuka minda anda. Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua. Kita pun tidak tahu dari mana datangnya hidayah itu. Asalkan kita buka hati kita. Tidak kira datang dari mana hidayah itu. Kadangkala kita kena rendahkan diri dan menerima teguran. Kerana kalau sudah salah, tentulah kena tegur, bukan? Jangan pula yang menegur pula yang dimarah.

      Like

  47. من طلب علم
    Sesiapa sahaja mereka yang mencari ilmu
    ليو ماري بهل علم
    hanya semata untuk mendebat para ulama
    ولجا ربهسفها
    untuk membodoh bodohi orang yang jahil/dungu
    لم يجد ارفل جنه
    maka mereka tidak akan mencium bau syurga.

    Like

  48. Salam ust…maaf tanya…mngapa dlm surah zukhruf ayat 18, dhomir muzakar digunakan sdgkan ayat tu ditujukan kpd perempuan…?

    Like

  49. Assalamualaikom
    Terima kasih atas penulisan tafsir yang amat mudah difahami dan menggunakan bahasa yang amat indah dan sedap dibaca.

    Saya berhasrat menggunakan tafsir tuan untuk rujukan pelajar-pelajar saya di Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) Port Dickson. Mereka juga mempunyai subjek memahami al-Quran yang memerlukan rujukan kepada kitab-kitab tafsir lain yang kebanyakan adalah bahasa Indonesia yang menyukarkan kefahaman mereka. Tafsir tuan insyallah amat berguna untuk mereka.

    Mohon hubungi saya, Ustaz Rohidzir Rais 019-3459257

    Like

  50. MasyaAllah terima kasih tuan atas penulisan yang sangat bermanfaat ini . Sangat memudahkan saya dalam urusan memahami subjek2 tafsir di kelas .

    Moga Allah rahmati tuan 🙂

    Like

  51. Assalammualaikum tuan

    Jazakallah atas usaha tuan untuk menghimpunkan bahan tafsir ini. Ia amat bermanfaat untuk bacaan saya. Moga Allah ganjari dan berikan keberkatan pada tuan sekeluarga.

    Like

  52. Assalamualaikum,
    MashaaAllah….Blog ini sangat berguna dan penyampaian tafsirnya mudah difahami. syukran penggunaan bahasa yang amat indah dan sedap dibaca. Ya Allah, saya amat bersukur kerana dapat bertemu dengan blog ini, dan memohon maaf serta meminta izin untuk copy dan cetak untuk pembacaan dan rujukan saya secara off-line. . Semoga Allah merahmati tuan sekeluarga dengan penulisan ini yang banyak membantu kami memahami isi kandungan kalam Allah….Insya allah, Allah saja yang dapat membalas segala usaha dan kebaikan tuan…Aamiin.

    Like

  53. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..blog ini amat bermanafaat. Setelah sekian lama saya sekadar membaca terjemahan dari remaja hingga ke tua, akhirnya terjumpa jugak tafsiran yang penuh pengisian, contoh2 cerita perbandingan serta mudah difahami. Jutaan terima kasih, semoga tuan sentiasa dirahmati Allah di atas kerja2 ke arah kebaikan ini..

    Like

  54. Assalamu alaikum.
    Sangat bermanfaat. Saya suka baca tulisan tuan di blog ini berulang kali.
    Mula-mula baca dalam hati. Kemudian dengan suara (jahar) dan merekamnya. Dalam keadaan yang sesuai saya mainkan rekaman tu, seperti ketika memandu atau duduk-duduk berehat.
    Terima kasih. Semoga pahala terus mengalir kepada tuan dan keluarga.

    Like

  55. Assalamualaikum

    Terimakasih tuan/puan atas perkongsian yang terperinci ini. Amat dihargai mudah bagi saya untuk berkongsi. Semoga Allah memberkati anda .

    Like

  56. Alhamdullillah..sangat seronok membaca tafsir tuan. Senang difahami. Semoga tuan sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah..amin.

    Like

  57. tulisan yang sangat mudah untuk difahami. banyak ilmu yang saya dapat. Alhamdulillah Allah ketemukan kepada saya ruangan ini.

    Like

  58. Assalam Tuan, terima kasih atas perkongsian. Saya jumpa blog ini apabila mencari tafsir Surah Muzzammil. Mudah-mudahan Tuan dan keluarga berterusan dalam limpahan rahmat Allah. Mohon share.

    Like

  59. Assalamualaikum,

    Saya Wan Fahmi, sangat terkesan dengan penulisan tuan,

    Saya ingin bertanya, boleh tak sekiranya saya mahu convert penulisan ini dalam bentuk aplikasi android.

    Atau saya boleh berbincang dengan siapa2?

    Saya amat berminat untuk menjadi sebahagian dari penyebar risalah kefahaman quran kepada masyarakat melayu

    Like

    1. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ar-Rabi’b.Sulaiman beliau mendengar As-Syafii berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit:

      وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء

      “Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya (ilmu dan tulisan yang aku sampaikan) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun”

      Like

  60. Assalamualaikum tuan,
    Terima kasih dengan perkongsian ilmu ini yang tiada ternilai di bandingkan harta dunia. Semoga segala usaha tuan dianugerahi pahala dunia akhirat.
    Mohon kebenaran untuk copy untuk rujukan peribadi serta berkongsi ilmu bersama keluarga serta sahabat handai.

    Terima kasih

    Like

  61. Assalamualaikum, tuan pengisian yang sangat padat dan ringkas saya peroleh daripada pembacaan saya dalam blog ini. izinkan saya guna isi yang ditulis sebagai rujukan dalam kertas kerja saya. harap tuan terus sukses di dunia dan akhirat
    .

    Like

  62. Assalamualaikum tuan, semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepada tuan atas usaha yang sangat baik ini. Saya mohon untuk cetakan bagi mendalami ilmu tafsir ini. Tq

    Like

  63. Terima kasih kerana berkongsi ilmu tafsir ini di medan terbuka. Hati saya tergerak untuk mencari tafsir tentang kisah nabi Sulaiman, Jin ifrit, Asif dan Ratu Balqis. Akhirnya saya telah temukan jawapannya. Sejak kecil lagi saya pernah mendengar dari ceramah tentang ifrit yang membawa singgahsana ratu kepada nabi Sulaiman, sedangkan dalam alquran tidak menyatakannya begitu. Sebenarnya seorang hamba Allah (samada Nabi Sulaiman @ Asif Barkiya) yang berjaya membawanya bukan ifrit.

    Like

  64. Terima kasih tuan . Penerangan tafsir tuan amat mudah untuk difahami . Saya sering menggunakan penulisan tuan ini untuk usrah bersama anak2 , suami dan keluarga . Semoga tuan mendapat barakah atas ilmu yang bermanfaat ini . Anak2 saya juga suka berusrah dgn tafsir tuan kerana ia mudah untuk difahami .

    Like

  65. Jazakallahu khairan. Semoga Allah merahmati ustaz di atas usaha ustaz ini.
    Bila membaca tafsir ini saya dapat rasakan seperti ustaz sedang menasihati saya. Semakin baca semakin menarik.sehingga susah nak berhenti.
    Sedikit kemusykilan..iaitu bagaimana saya nak buat bookmark supaya saya tidak lupa tempat saya berhenti

    Like

    1. tidak ada bookmark dalam web. tapi kalau web, ia tidak berubah kalau tidak ditutup. boleh berhenti dan kemudian buka page yang sama balik.
      saya juga cuba pendekkan setiap posting supaya tidak panjang sangat (kurang dari 4 ribu perkataan bagi setiap posting). Jadi tidak lupa sangat bahagian mana yang dibaca. in sha Allah.

      Like

  66. Terima kasih tuan atas tafsiran yg mudah dan santai ini. Saya sedang berusaha memperlajari tafsir dengan ustaz NAK dan tulisan tuan sering saya jadikan rujukan bersama. Banyak juga tafsiran yang serupa dengan ustaz NAK menjadikan ianya sangat mudah difahami dan membuatkan saya tak sabar-sabar untuk terus mengulangkasi tafsir ini.

    Moga Allah memberkati usaha tuan untuk terus mengupdate blog ini.

    Like

  67. Assalam,
    Tuan, saya ingin menyentuh mengenai tafsir Surah Yunus ayat 26-29 yang menjelaskan larangan memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW dan Allah juga tidak memerlukan ucapan salam dari hambaNya. Pertanyaan saya, dua ucapan salam di akhir Rukun Sembahyang dituju atau dikhaskan kepada siapa?
    Sekian terima kasih.

    Like

    1. Tidak ada dalam mana-mana rujukan yang saya jumpa menjadi hujah untuk menjelaskan kepada siapa salam itu. Maka kita lakukan kerana ianya adalah suruhan dan sunnah dari Nabi Muhammad. tapi kena, saya tidak tahu. Ada yang kata salam kepada malaikat kiri dan kanan, tapi ini tidak ada dalil yang kukuh, hanya pendapat sahaja. Allahu a’lam.

      Like

  68. Alhamdulillah terima kasih tuan di atas perkongsian tafsirnya… saya memang tercari-cari tafsir yang sebegini… mudah difahami… moga usaha tuan diberikan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT

    Tahniah tuan

    Like

  69. Assalamualaikum ustaz,
    Alhamdulillah dengan adanya tafsir yang ditulis dan di olah oleh ustaz, banyak memberi manfaat dan memudahkan untuk difahami dan dihayati oleh saya serta keluarga dan sahabat sekeliling juga. Mohon untuk di halalkan ilmu yang diberikan ini, semoga segala usaha yang telah ustaz jalankan ini mendapat keredhaan oleh Allah swt serta mendapat rahmat oleh Allah SWT. Mohon juga untuk saya share di laman-laman media sosial serta blog yang saya miliki. Boleh ke Ustaz?
    Kita hanya mampu menyampaikan, hidayah milik Allah.

    Like

  70. Tuan, saya ingin bertanya:
    1. Benarkah Nabi Muhammad saw juga berpeluang berkata-kata dengan Allah sepertimana nabi Musa as sepertimana mana dalam surah Taha?
    2. Zikir boleh diamalkan pada setiap masa sedangkan Tasbih adalah zikir penafian & penetapan (La illaha Illa Allah) hanya boleh dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja. Bilakah masa yang dimaksudkan tersebut?
    3. Bolehkah kita lakukan upah haji untuk simati hasil dari duit simpanannya sendiri? Sedangkan amalan yang diterima hanyalah doa dari anak yang soleh/solehah, amal/sedekah jariah ketika masih hidup dan ilmu kebajikan yang dipergunakan.
    Sekian, terima kasih.

    Like

    1. 1. Nabi Muhammad bercakap dengan Allah (berkata-kata) hanya semasa Isra’ Mi’raj sahaja. Kelebihan berkata-kata semasa di dunia, hanya ada pada Nabi Musa sahaja.
      2. Tasbih adalah zikir nafi (kecuali kalau ditambah dengan kalimah ithbat selepasnya). Ia boleh dilakukan bila-bila masa. Dalam Qur’an disebut siang dan malam, pagi dan petang… maksudnya bila-bila masa ahaja.
      3. Asal badal haji (ganti haji) adalah oleh ahli keluarga sendiri yang pergi sendiri ganti haji simati.
      Cuma upah haji hanyalah pendapat sahaja, tiada dalil ada dilakukan pada zaman Nabi. tambahan pula, banyak penipuan zaman sekarang dengarnya.
      Badal haji ada dalilnya, maka boleh dilakukan. kalau digunakan qiyas upah haji kepada badal haji, maka memang boleh. kerana ada dalil. tiga perkara yang awak sebutkan itu adalah dalam bentuk umum sahaja. bila ada dalil, maka boleh buat.

      Like

  71. Assalamualaikum,
    Syabas dan tahniah.

    MashaAllah, may Allah reward your efforts.

    Saya baru belajar . nak tanya boleh saya letakkan website ini sebagai rujukan dan link kerja kerja dakwah online saya inshaAllah?

    Like

  72. Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ditemukan sy dgn Blog ni (semasa PKP Covic- 19). Smoga Allah kurniakan Tuan dan keluarga dgn segala kbaikan didunia dan diakhirat kelak.

    Like

  73. Assalamualaikum wbt.

    Terima kasih ya ALLAH swt.,
    Terima kasih tuan.,
    kerana menjadi mediator saya dalam mengenali ALLAH swt, sifat sifatNya dan menyedari betapa kerdil dan hina diri melalui tafsir Al Quran tuan ini..

    hikmah covid19

    saya mendoakan agar tuan diberi keredhaan oleh ALLAH swt dan semoga ALLAH swt memberi saya dan kita semua peluang kekal di syurgaNya.. Inshaallah…

    Like

  74. Saya baca berkenaan hujjah tawasul, majoriti ulama aswj membenarkn tawassul seperti jawapan prof wahbah zuhaili berikut;
    “Majoriti Ulama Ahli Sunnah – kecuali sebahagian yang berbeza dengan majoriti – memperkenankan bertawassul dengan nabi-nabi dan orang soleh sama ada masih hidup mahupun sudah mati, yang dimaksud di sini adalah bertawassul dengan kebaikan amalan mereka dan kedekatan mereka dengan Allah. Dan telah benar-benar menuliskan pernyataan ini oleh kitab Ensiklopedia Fiqh versi Kuwait. Sedangkan orang yang tidak mahu
    bertawassul maka aku berpendapat bahawa dia hanya membatasi
    kebaikan pada dirinya sendiri (tidak mahu kebaikan datang dari orang lain).”
    “فتاوى معاصرة”
    ms 355
    Prof Dr. Wahbah Zuhaili

    Like

  75. Berkenaan dgn hujjah Allah tidak bertempat, hujjah mengatakan Allah berada diatas seperti menyamakan dgn makhluk yg bertempat. Wallahualam.

    Like

    1. Biasa sahaja ada persamaan kita dengan Allah.
      kita melihat, Allah juga melihat, kita mendengar, Allah juga mendengar.
      Cuma lihat kita tidak sama dengan Allah, dengar kita tidak sama dengan Allah.

      Begitu juga, kita mengambil tempat tidak sama dengan Allah.

      Like

  76. 1. Siapa nama penulis celiktafsir.net ni?
    2. Adakah celiktafsir.net ditulis seorang penulis atau satu team penulis?

    Like

  77. Website ini menghairankan saya… Pertama kali saya mencari bahan rujukan untuk tazkirah saya… Seolah2 ianya menulis apa yang ingin saya sampaikan dan apa yang telah saya sampaikan… Bolehkan kita friend dalam FB, dan saya ingin seseorang memberikan teguran dan penambahbaikan pada tazkirah saya… http://www.facebook.com/rdztech

    Liked by 1 person

  78. Assalamualaikum.. menarik sangat perkongsian ini.. maaf saya bertanya, boleh tak nak dapatkan email atau apa-apa yang saya boleh berhubung dengan tuan?

    Like

  79. Saya dan team tengah usahakan untuk app tadarus online secara percuma, jadi nak minta kebenaran untuk masukkan content tuan dalam app ini.. untuk beri manfaat kepada pengguna app nanti.. jika tidak keberatan boleh maklumkan jawapan tuan kepada saya ya.. di nadirahyohyi@gmail.com .. terima kasih kerana sudi baca komen saya..

    Like

      1. Terima kasih banyak atas kebenarannya.. semoga Allah mempermudahkan urusan Tuan dan team 🙂

        Like

  80. Assalamualaikum tuan, saya pernah membuat aplikasi untuk pembacaan hadis, sekarang ada seorang hamba Allah email saya, bercadang untuk membuat aplikasi pembacaan hadis, mengikut website ini, kerana website ini tuan selalu update dan buat pembetulan jika ada typo,

    Jadi, saya nak minta izin tuan untuk menyediakan app berdasarkan website abang ini, sekadar untuk saham akhirat, sebab buat app ni sebenarnya income dalam satu dua ringgit je(setakat 2 bulan saya buat app dgn download 70 lebih)

    Jadi, bolehkah? 🙏
    Saya merancang untuk membuat aplikasi supaya mudah untuk dicapai oleh pengguna

    Liked by 1 person

  81. Salam
    Terima kasih terima kasih terima kasih utk website ini. Sgt2 byk membantu. Sy nk ty, celiktafsir ni ada dalam bentuk android app? Tuan boleh share nama app?

    JZKK.

    Like

  82. Boleh perjelaskan maksud ini? Ayah nabi dalam neraka?

    “Kemudian Nabi panggil balik kerana Nabi mendapat wahyu yang kedua. Iaitu ayah sahabat itu dan ayah Nabi dua-dua dalam neraka”

    T. Kasih

    Like

  83. Assalammualaikum tuan. Keluarga saya ni tiap2 tahun mesti mengadakan kenduri ulang thun arwah, jadi kalau macam saya sudah menegur mereka yg perkara ini adalah bidaah tetapi mereka endahkan. Berdosa kah klau sya berada di majlis itu? Sya tdk sokong ttpi memandangkan mereka keluarga sya, tiada pilihan utk sya menolak.

    Apa yg harus sya buat ? Boleh tuan jelaskan.

    Like

    1. awak dah tegur itu bagus.
      tapi bila mereka tetap buat juga, awak tidaklah boleh sertai sekali. Kena tunjuk wala’ wal bara’ (tunjuk suka dan tunjuk benci). Iaitu kalau benda baik, kita sertai, dan kalau benda tak baik, kita tidak sertai untuk tunjuk kita tidak suka kerana ia tidak benar.

      macam mana nak buat? iman yang tinggi. kalau iman lemah, kalah juga. iman yang tinggi yang boleh beri kekuatan untuk menahan dari ikut serta.

      Like

  84. Salam. Kenapa penulis tidak mahu dikenali? Sedangkan tuan sedang berbicara kan ilmu Tafsir kalam Allah. Bukan kah semua kitab tafsir kita dpt kenali pentafsir. Di akhirat kelak bila kami ditanya, kami akan berhujah dgn siapa guru kami dan drp mana kami belajar? Mendapat ilmu melalui blog? Tanpa mengetahui penyampai nya, sedangkan ilmu hadith pun kita kene kenal perawi dan rantaian sanad.

    Like

    1. sumber ambilan ilmu telah diberikan di bawah untuk rujukan. saya ringkaskan sahaja.

      Saya tidak mahu nak layan:
      Orang yang suka: akan memuji
      Orang yang tidak suka: akan mengeji

      Sebaliknya saya hendak orang mengkaji. Tak payah puji dan tak perlu nak keji.

      Banyak jenis orang di dunia ini. Ada yang boleh menghargai, ada yang tak pandai menghargai. Jadi saya buat keputusan tidak mahu dikenali. Harap dapat hormati.

      Ini bukan ilmu hadis sampai nak kena ada sanad. Dan anda hanya baca sahaja tulisan saya, bukan berguru dengan saya, jadi tidak ada sampai nak kena kenal guru. Baca di sini dan boleh dapatkan ilmu dari guru anda sendiri. Saya hanya berikan nota sahaja.

      Liked by 1 person

      1. Ya cukuplah anda menyatakan sumber dari celiktafsir.net… Allah memgrnali prnulisnya… Penulisnya seorang yang lantang menyatakan kebenaran… Biarlah ada orang yang betani kerana benar dalam berdakwah… Sama2 kita menilai faktanya… Orang beriman ada futqan dalam diri masing2…

        Liked by 1 person

      2. Ya cukuplah anda menyatakan sumber dari celiktafsir.net… Allah mengenali penulisnya… Penulisnya seorang yang lantang menyatakan kebenaran… Biarlah ada orang yang betani kerana benar dalam berdakwah… Sama2 kita menilai faktanya… Orang beriman ada futqan dalam diri masing2…

        Liked by 1 person

  85. Alhamdulillah terjumpa sudah pencarian saya untuk memahami alquran..Selama ini saya cuma membaca sahaja tanpa memahami.Bila saya terjebak dengan celik tafsir yang tuan hasilkan sangat bemanfaat untuk diri saya yang kurang ilmu.Penyampaian bahasa sangat saya fahami seolah sdg bercakap dengan saya.
    Saya doakan tuan sentiasa terus istiqamah dalam menyampaikan dakwah .Semoga kita mendapat redhaNya .Mohon halalkan ilmu yang diberi.

    Like

  86. Assalamualaikum tuan
    Semoga Allah merahmati tuan.
    Saya mohon untuk copy semua penulisan tuan sebagai salah satu sumber rujukan saya. Tq

    Like

  87. As salam. Saya cuba nak print into hardcopies boleh. Sy guna hp baca celik tafsir but ada byk cobaan bila whatsapp masuk & sebagainya. Kalau blh sy print hardcopies blh sy make some notes.

    Blh advise?

    Like

  88. Assalam ustaz. Perkongsian CelikTafsir ini sangat bermanfaat. Mohon izin untuk dijadikan bahan rujukan dalam penulisan artikel saya. JazakAllah… ustaz.

    Like

  89. Salam alaikum tuan yang mulia,

    Jazakumullah khoiran kathira atas usaha ini…. muga Allah terima ini sebagai saham tuan di akhirat sana. Saya bercadang untuk copy paste setiap entri ke FB PAge Akademi Quran Razikin agar lebih tersebar ke serata, inshaallah, hari demi hari..

    https://www.facebook.com/AkademiQuranRazikin/

    Muga Allah redha ke atas kita semua dan mengampuni dosa kita. Amin3.

    Like

  90. Assalamualaikum, Tuan. Alhamdulillah setelah sy mmbaca tafsir yang ditulis oleh tuan, saya memang tertarik dengan cara penulisan tuan, dan bila saya bandingkan dengan kelas2 tafsir yg sy pernah ikuti dalam bahasa urdu daripada ulama’ -ulama’ hindi pon banyak persamaannya. Saya mohon izin tuan untuk saya jadikan tulisan tuan ini sebagai rujukan untuk kuliah tafsir saya. Jazakallahukhairan kathiran.

    Like

    1. Alhamdulillah atas komen anda. Memberi semangat kepada saya untuk menulis. Kalau ada kekurangan dan penambah baikan, sila sampaikan kepada saya di sini. Semoga menjadi pahala bagi kita semua di akhirat kelak.

      Like

  91. Assalam tuan,
    Saya ingin bertanya mengenai sixth sense (paranormal) yang dialami seorang kanak2 yang belum aqil baligh dan dia jugak anak kepada seorang non muslim. Beliau boleh merasa dan menceritakan hint bagi sesuatu kejadian yang TELAH berlaku di satu2 tempat misalnya kebakaran, pembunuhan atau yang melibatkan kematian. Saya langsung x percaya..takut merosakkan akidah kita. Kalau yang tua-tua, boleh lar kita anggap mereka sebagai bomoh dan ustaz (sebenarnya bomoh jugak)yang kononnya boleh arah jin, kawal jin, tangkap jin dalam botol, bunuh jin, penjara jin, masukkan jin dalam bas dan letak di hutan dan macam-macam lagi perkara karut yang mereka ceritakan. Tapi bolehkah tuan jelaskan sedikit isu kanak2 tersebut. Terima kasih.

    Like

    1. Allahu a’lam. Antara perkara ghaib dan misteri yang kita tidak ada maklumat tepat. Setakat yang pernah dipelajari oleh saya, ia diberitahu oleh jin. Bagaimana mereka dapat maklumat itu, adalah cara mereka. Saya lupa bagaimana caranya. Maafkan saya. Yang pasti, akidah kita kena terima yang tidak ada manusia tahu apa yang akan terjadi esoknya.

      Liked by 1 person

  92. Assalamualaikum saudara, boleh izinkan saya berkongsi link website celiktafsir.net ini di profile Twitter saya?

    Saya letakkan di bahagian website link profile saya. Saudara boleh lihat di link di bawah.

    https://twitter.com/MadrasahTS

    Maafkan kurangnya adab saya kerana terpaksa letak dulu baru bertanya. Niat saya cuma hendak saudara faham bagaimana saya hendak meletakkan link tersebut. Saya tak boleh attach screenshot untuk tunjukkan kepada saudara.

    Andainya saudara tak mengizinkan saya akan remove link tersebut serta merta.

    Alhamdulillah, bagaimanapun saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha murni yang saudara ikhtiarkan. Rindu sungguh rasanya, ingin sekali ketemu. InsyaAllah suatu hari nanti.

    Semoga saudara sentiasa dirahmati.

    Allahu a’lam

    Like

      1. Assalamualaikum,terimakasih atas segala usaha dan masa yang telah saudara sumbangkan untuk kami disini.Semuga saudara dan keluarga mendapat keampunan dan rahmat dari Allah Swt didunia dan diakhirat kelak. Saya mendoakan pada Allah semuga dapat dipertemukan kita suatu masa nanti utk saya mengucapkan penghargaan dan terimakasih pada usaha dan penat lelah saudara dalam menyediakan tafsir ini Saya mohon memetik beberapa kata2 tafsiran utk renungan diri saya,keluarga, sahabat2 dan kawan2 saya sebagai renungan kami bersama dalam mencari dan menilai antara yang benar dan yang palsu.Terimakasih saudara dan saya mohon restu dan halalkan perkongsian saya ini.Sekian. Wassalam.

        Like

  93. Assalamualaikm Alhamdulillah tuan telah kongsikan ilmu tafsir untuk lebih memahami Al-Quran supaya akidah umat Islam lebih terjaga… Saya terima ilmu tafsir dari penulisan tuan yg sgt bermanfaat pegangan Al-Quran dan Sunnah hingga ke akhirat

    Saya sgt2 menghargai tuan kongsikan kepada kami. Mohon halal segala Ilmu dari penulisan tuan….

    Like

  94. Assalamualaikum. Semoga Tuan & keluarga serta semua yang membantu dalam penulisan Tuan sentiasa di dalam lindungan Allah dan dipermudahkan dunia dan akhirat

    Saya baru terjumpa English version, which I so so sooo thankful Alhamdulillah!

    Saya minta halalkan segala ilmu, juga doa untuk saya & keluarga dapat mencintai AlQuran seperti Tuan, dan semoga dipermudahkan urusan pembelajaran and amalan amalan kami.

    Maafkan jika apabila berkongsi ilmu, ada juga masa yang saya miss untuk share website ini dan English version.

    Saya juga mohon halal ye untuk print penulisan tulisan Tuan untuk tujuan lebih memahami dan membuat rujukan.

    Jazakallah khair.

    Like

  95. Assalam tuan.. Sangat bermanfaat blog tafsir imi tuan.
    Saya sedang mencari tafsir surah 3 ayat 54.. tentang tipu daya. Saya terbaca satu pendapat orang kristian mengatakan ALLAH BYK TIPU DAYA..

    Dan saya juga baca tafsir Surah 3:49.. tuan tulis
    “Ayat ini dijadikan dalil bahawa Nabi Isa عليه السلام itu hanya Nabi untuk Bani Israel sahaja. Maka kalau sekarang selain daripada Bani Israel (seperti orang Cina dan India) menganut agama Kristian, maka memang tidak patut.”
    Kenyataan ini pendapat saya kurang tepat atau terlalu santai.. yg tuan mungkin sampai dgn santai… seperti yg tuan tau Nabi Isa tidak membawa Kristian bahkan Islam yg dibawa ISA A.S ..
    1. Pernyatan ini klu anak2 baca mereka ingat Nabi Isa bawa ajaran Kristian..
    2. Yg dianut oleh India dan China adalah agama kristian yg bukannya di Nabi Isa A.S.. tidak timbul soal patut atau tidak..

    Sekadar pandangan saja.
    Wallahu a,lam.

    Like

    1. Memang betul apa yang saya maksudkan. Nabi Isa hanya untuk Bani Israil sahaja. Syariat yang baginda bawa untuk Bani Israil sahaja. Ini sendiri ada di dalam Bible:

      “I was sent only to the lost sheep of the house of Israel” Matthew 15:24

      Memang baginda itu Nabi dan kita iktiraf, tapi kita ikut syariat Nabi Muhammad. Sebelum Nabi Muhammad, semua Nabi untuk bangsa masing-masing. Hanya Nabi Muhammad sahaja untuk seluruh alam kerana zaman baginda dan selepas baginda, tidak ada lagi Nabi lain.

      Nabi Isa tidak bawa ajaran Kristian. Itu memang rekaan. Yang baginda bawa adalah ajaran Islam, tapi syariat tidak sama. Ajaran tauhid dan perjuangan baginda sama, tapi syariat baginda tidak sama dengan syariat kita pakai. Sebagai contoh, adakah mana-mana syariat baginda yang terpakai lagi untuk kita? Tidak ada.

      Jadi yang bangsa lain menganut agama Kristian dan kononnya dinisbahkan kepada Nabi Isa itu memang salah lah.

      Like

  96. كَم مِّن فِئَةٍ قَليلَةٍ غَلَبَت فِئَةً كَثيرَةً بِإِذنِ اللَّهِ
    “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah;
    Ayat 249 Surah Al-Baqarah

    Tuan, saya ingin penjelasan mengenai ayat di atas di mana tuan menghuraikan bahawa kita dilarang menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk satu-satu tujuan atau niat tertentu kerana dianggap sihir dengan ayat Al-Quran. Adakah dengan berdoa sebagai pilihan terbaik , sebaik sahaja kita terjumpa potongan ayat-ayat tersebut?
    Terima Kasih.

    Like

    1. benar… baca ayat itu dan doa. contohnya baca ayat tentang Allah beri anak kepada Nabi zakaria, kemudian doa: ya Allah, sebagaimana Engkau berikan anak kepada Nabi Zakaria, berilah aku anak juga..

      Maknanya kita quote ayat dan kemudian doa. Bukannya berulang-ulang baca sesuatu ayat itu tapi tidak ada doa pun dalam ayat itu. Yang mengamalkan ayat-ayat tertentu mungkin tidak baca pun makna ayat itu.. tidak ada doa selalunya.

      Like

  97. Assalam,

    Maaf tuan, saya ingin bertanya:

    Terdapat golongan Jin yang beriman kepada Allah seperti dalam ayat ini:

    Surah Jin Ayat 11:

    وَأَنّا مِنَّا الصّٰلِحونَ وَمِنّا دونَ ذٰلِكَ ۖ كُنّا طَرائِقَ قِدَدًا

    Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

    Apakah hubungan antara Jin dan Iblis? Adakah Jin keturunan Iblis atau cucu cicit Iblis? Jika benar, ada juga-lah keturunan Iblis yang beriman kepada Allah walaupun Iblis adalah makhluk yang sesat lagi menyesatkan.
    Maafkan saya jika soalan ini agak pelik dan aneh. tkasih.

    Like

    1. Jin adalah keturunan Iblis. Dalilnya Kahf:50

      وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ فَفَسَقَ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِۦۤ‌ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ ۥ وَذُرِّيَّتَهُ ۥۤ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمۡ لَكُمۡ عَدُوُّۢ‌ۚ بِئۡسَ لِلظَّـٰلِمِينَ بَدَلاً۬
      Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, [2] maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti [Allah] bagi orang-orang yang zalim. (50)

      Jin itu boleh dibahagikan kepada tiga golongan:
      1. Kafir
      2. Muslim
      3. Muslim tapi fasiq.

      Sama sahaja dengan manusia tiga golongan. Ada yang muslim pun jahat ya amat, bukan? Semua manusia keturunan Nabi Adam, tapi ada yang baik dan ada yang tidak. Maka sama sahaja dengan golongan jin.

      Like

  98. Assalamualaikum warahmatullah.
    Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha tuan dan syukur pada Allah kerana mempertemukan saya dengan website ini.
    Saya cuma berharap agar website ini kekal lama kerana terlalu banyak yang ingin dipelajari dari website ini.
    Walaupun wordpress adalah percuma, tapi domain ‘celiktafsir.net’ tu adalah berbayar.
    Jadi saya berdoa agar tuan dimurahkan rezeki untuk dapat teruskan domain ni.
    Dan kalau ada masalah untuk teruskan (masalah payment, masalah penggodam dsbg), bolehlah tuan war-warkan untuk kami menolong sedikit sebanyak supaya penulisan ini tidak hilang ditelan internet.
    Jazakallah. Taqabbalallahuminna Waminkum.

    Like

    1. Terima kasih atas offer anda. Alhamdulillah saya masih mampu lagi untuk membayarnya. Memang saya terfikir bagaimana kalau saya sudah tiada. Tapi kalau pun tidak dibayar lagi domain .net itu, masih lagi boleh dilayari .wordpress.com. in sha Allah.

      Like

  99. Assalam.
    Tuan, tugas saya terlibat secara langsung dalam urusan harta pusaka dan majoriti pilihan waris semasa pembahagiannya adalah muafakat atau menolak. Mereka diarah untuk mendapatkan sijil faraid tetapi sekadar memenuhi syarat dokumentasi shj. Saya kecewa dengan agensi yg mengendalikannya seolah tiada usaha untuk mencadangkan orang kita memilih undang2 Allah iaitu hukum faraid. Apa pendapat tuan tentang perkara ini.

    Like

    1. Memang kerana umat Islam sudah jauh dari wahyu. Jadi kerana jauh dari wahyu, ramai tidak kisah tolak wahyu. Itu realitinya. Jadi kita kena sampaikan kepada masyarakat untuk kembali kepada wahyu.

      Like

  100. Salam saya ada soalan, dlm surah an nas encik ada mengatakan yang Allah meletakkan nama manusia bersebelahan namaNya untuk menunjuk kan kita makhluk yg Allah angkat… soalan saya; di dalam quran ada tak terdapat makluk lain yg Allah meletakkan nama makhluk tersebut bersebelahan dgn namaNya selain manusia?

    Like

      1. di dalam surah manakah lagi yg terdapat Allah meletak kan nama manusia di sebelah nama nya. Terima Kasih

        Like

  101. Assalamualaikum saudara, alhamdulillah semoga saudara sentiasa dirahmati Allah di atas usaha murni saudara.

    Boleh saya tahu jika ada versi e-book untuk celiktafsir?

    Like

  102. salam saya sedang mendalami istilah accountability di dalam kehidupan harian. Soalan saya sekiranya kita lihat didalam doa nabi yunus adalah ” sesungguhnya aku menzalami diri aku sendiri” dan sekiranya kita lihat di dalam surah al kahfi..dimana murid atau teman nabi musa terlupa memberitahu mengenai ikan tersebut dan mengaku kesilapan beliau di samping mengatakan syaitan yang membuat iye terlupa dan lalai mengenai ikan tersebut. dan sekiranya kita lihat perbualan antara nabi khindir dan nabi musa.. nabi musa memohon maaf kepada nabi khindir dan mengata kan”jangan lah kamu mennghukum aku kerana kelupaan ku” tanpa membabit kan pihak ketiga.. soalan saya di dalam al quran adakah mempunyai ayat dimana nabi atau rasul menyatakan kesalahanya berpunca daripada syaitan? Terima Kasih.

    Like

  103. Tahniah pada penulis blog. Sgt bermanfaat dengan rujukan sahih dan lengkap. Mudah faham dan direct to the point. Semoga Allah permudahkan urusan tuan dunia dan akhirat. Minta halal ya tuan atas penulisan tafsir ni dan sy gunakan utk sebarkan pada org lain. Barakallahu fik

    Like

  104. Nabi SAW pernah melalui 2 kubur lalu Baginda bersabda maksudnya:
    ” Ingatlah sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa. Seseorang daripadanya diseksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak menghidari diri daripada percikan air kencing”
    (Riwayat Bukhari, No.1378)

    Kemudian Baginda SAW mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua dan memacaknya pada kedua-dua kubur tersebut sambil bersabda:
    “Semoga pelepah ini boleh meringankan siksanya selagi ia belum kering “
    (Riwayat Muslim, No.292)

    Tuan..berkaitan hadis di atas, seorang ustaz penceramah mingguan di masjid tempat saya mengulas tentang hadis ini.
    Berpendapat manusia pun digalakkan bertasbih atau sedekah ayat-ayat suci bagi meringankan siksa simati. Ini berdasarkan pelepah kurma yang hidup pun mampu meringankan siksaan simati kerana ia sentiasa bertasbih kepada Allah, inikan kita pulak sebagai manusia boleh buat lebih baik daripada itu.
    Apa komen tuan tentang perkara ini?

    Tuan, bagaimana saya nak berhubung dengan tuan secara personal mesej sebab kadang2 ada soalan yang saya nak tanya tu agak sensitif. Saya pohon ihsan tuan. tkasih.

    Like

    1. Ya ini adalah salah faham yang amat banyak dalam kalangan agamawan negara kita tentang hadis ini. Ini kerana tidak belajar agaknya hadis ini dengan syarah golongan salaf. Ambil tangkap muat ikut fahaman sendiri.

      Hadis ini adalah khusus bagi Nabi Muhammad sahaja. Kerana itulah kali pertama baginda buat, dan itulah kali terakhir. Maknanya, Allah sekali itu sahaja tunjukkan kejadian baginda boleh nampak orang kena azab dalam kubur. Tentu ada lagi kubur lain yang baginda lalu, tapi tidaklah ada hadis yang baginda buat lagi perkara itu.

      Dan ini lagi penting: para sahabat yang nampak kejadian itu… mereka tidaklah buat perkara itu. Walaupun mereka nampak sendiri Nabi buat itu depan mata mereka, dan tentu mereka cerita yang baginda ada buat begitu. Tapi para sahabat tidak buat kerana mereka pandai agama… pakai akal yang waras… tidak menambah-nambah dalam hal agama. Mereka tahu itu bukan sunnah, bukan kena diikuti kerana ia khusus untuk Nabi sahaja. Boleh nampak tak apa beza sunnah dan bukan sunnah?

      Akan tetapi, kerana nak juga buat perkara bidaah, iaitu sedekah pahala kepada si mati, dan tidak ada dalil, maka agamawan (yang bukan sunnah) terpaksa bergantung kepada hadis-hadis yang sahih, tapi mereka ‘pusing’ bagi ikut maksud hadis itu jadi kehendak mereka. Padahal para salaf tidaklah menjadikan ini sebagai amalan.

      Lalu pelepah itu apa gunanya? Pelepah itu tidaklah berzikir bagi orang dalam kubur itu, tapi ia sebagai time stamp. Nabi kata selagi pelepah itu basah (mungkin beberapa hari) semoga orang dalam kubur itu diselamatkan dari azab kubur. Selepas itu kena azab balik. Itu sahaja yang baginda boleh bantu orang dalam kubur itu untuk diazab.

      Sebenarnya hadis ini ada pengajaran dia, tentang azab kubur, tentang doa, tentang sunnah. Tapi panjang untuk cerita. Cuma agamawan yang tidak belajar sunnah, mereka ambil benda tak kena mengena pulak (buat amalan bidaah) kerana tidak belajar hadis. Mungkin terjemah dan buat fahaman sendiri agaknya. Allahu a’lam.

      Like

    2. Untuk soalan sensitif, maaf saya tidak boleh hendak beri maklumat peribadi di sini. kalau ada soalan boleh tanya di sini dan nanti saya tidak post ke public (atau post sekejap sahaja).

      Like

  105. Assalam,
    Saya ada 3 soalan yang ingin penjelasan dari pihak tuan..

    1. Setiap malam Jumaat akan diadakan tahlil, selepas bacaan Yaasin di masjid khariah saya. Apa yang tuan lakukan jika berada di situasi macam ni?
    2. Adakah ada dalil membenarkan atau menyuruh membaca qunut ketika solat witir di malam ke 16 hingga malam akhir di bulan ramadhan?
    3. Adakah kita dapat pahala jemaah jika berjauhan atau berselang 2-3 saff dari barisan saff yang akhir? Apakah hukumnya?
    Terima kasih

    Like

    1. 1. Tak perlu menyertai majlis bidaah itu. Anda boleh sahaja beredar.
      2. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq رحمه الله pandangan ini adalah bersandarkan riwayat daripada Abu Daud رحمه الله bahawa ‘Umar al-Khattab رضي الله عنه mengumpulkan orang ramai untuk bersalat (tarawih) jemaah dengan berimamkan kepada Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه. Selama dua puluh hari Ubay رضي الله عنه menjadi imam kepada mereka dan tidak pernah mengerjakan qunut melainkan pada pertengahan akhir pada bulan Ramadhan. (Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 2, ms. 37-38)
      3. Selagi kita dapat mengetahui apakah yang dilakukan oleh imam, maka solat itu sah. Kita tahu mungkin dengar imam takbir atau kita boleh lihat pergerakan saf-saf di hadapan kita. Akan tetapi, sunat menjaga saf supaya tidak terputus.

      Like

  106. Assalamualaikum. mohon share ya untuk kelas saya. Semoga ini ilmu yg bermanafaat buat tuan dan doakan saya juga

    Like

  107. Assalamualaikum Tuan CelikTafsir

    (1) Alhamdulillah… saya bertuah kerana “tersesat” ke blog ini sebentar tadi.

    (2) Saya faham, Tuan bukanlah ulama tafsir. Akan tetapi, saya tidak boleh nafi bahawa blog ini amat bermanfaat. Gaya bahasa yang mudah amat membantu golongan yang “kurang celik tafsir” atau “baru nak start” seperti saya.

    (3) Mudah-mudahan dengan usaha Tuan ini, Allah ‘Azzawajal beri syurga terbaik untuk Tuan sekeluarga, insya-Allah, amin. Saya hormati status “anonymous” Tuan dan tidak akan mendesak apa-apa dari sudut tersebut. Kemuliaan hidup bukan terletak pada nama atau darjat, tetapi sebaliknya pada usaha (bimbing diri, keluarga, masyarakat) beramal mengikut landasan Quran dan Hadis Sahih.

    (4) Mohon izin Tuan untuk saya gunakan kandungan blog ini sebagai rujukan sendiri & keluarga, serta anak2 murid saya.

    Maaf, jika ada kata-kata saya yang tidak sesuai dengan Tuan.
    Sekian, terima kasih.

    wassalam.

    Like

    1. ya benar, saya bukan ulama tafsir. apa yang ada di sini adalah dari kelas dan tafsiran ulama’ tafsir. tidak ada dari saya. cuma saya gunakan bahasa yang mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang senang digarap. itu sahaja. saya tidak berani nak tafsir sendiri.

      Like

  108. Assalamualaikum Tuan.

    Terima kasih sangat kerana sediakan website ni. Sangatlah membantu kerana saya baru sahaja berjinak-jinak nak mendalami al-Quran. (lebih-lebih lagi bila ada dua translation dari ayat Quran- dalam Bahasa Melayu & Inggeris).

    Semoga Allah merahmati Tuan sentiasa & hanya Allah yang mampu membalas jasa Tuan.

    Akhir kata, izinkan saya share ya tafsir-tafsir surah tertentu yang saya dah belajar.

    Terima kasih.

    Like

  109. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
    Terima kasih tuan atas perkongsian yg bermanfaat ni.

    Sedang saya tercari² tafsir utk bahan bacaan/rujukan saya dlm tempoh pkp ni terjumpa blog tuan, seronok saya baca dan mudah difahami. Alhamdulillah syukur sgt².
    Saya juga bercadang ingin cetak kesemua tafsir surah supaya lebih mudah utk saya membacanya.

    Sekali lagi terima kasih tuan.

    Like

  110. salam tuan.

    t kasih atas usaha tuan menyiapkan tafsir ini. sememangnya ia menjadi rujukan saya setiap hari selepas bulan Ramadhan tempohari. Bila bertemu ayat yang bersesuaian dan kena dengan situasi semasa sy cuma perlu copy page tersebut dan sebarkan kepada handai taulan dan grup2 whatsapp yg berkenaan agar sama2 kami mendapat manfaat.

    Semoga usaha tuan ini diberkati dan sama2 lah kita menyebar dakwah ini secara maya. InsyaAllah lebih berkesan dan lebih luas penyebarannya. Semoga kita sama2 mendapat manfaat dan semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

    wassalam.

    Like

  111. Assalamu’alaikum…nk tnya kalau saya nak copy ayat2 tn..tn izinkan x?

    Ayat2 tn memang baik untuk sesiapa yng baru nak belaar tafsir.

    Like

  112. As salam tuan,

    Alhamdullilah, terima kasih.

    Celik tafsir ini menjadi rujukan saya utk memahami Al Quran dengan lebih jelas. Tulisan tuan mudah difahami.

    Tuan, celiktafsir ini adakah dlm bentuk buku ?

    Agak sukar juga untuk saya semasa tadabur Al quran.
    Biasanya, langkah pertama saya akan lihat Tafsir Al Quran, dan kemudian perlu menggunakan handphone pula utk merujuk kepada celik tafsir.

    Jika ada dalam bentuk buku, boleh tuan bagi linknya.

    terima kasih

    Like

  113. Assalamu’alaikum wmwb. Saya amat banyak menggunakan tafsir dari link tuan ini. say anak minta izin kepada tuan utk ‘copy’ dari tafsir tuan ini dan akan mereferkan kepada link tuan ini. sangat terima kasih kerana membuat tafsir yang simple, santai dan bermanfaat ini.

    Like

      1. ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎
        Tuan ada menulis agar pembaca boleh mendalami lagi tafsir-tafsir lain. Mohon tuan sarankan buku-buku tafsir yang lain yang agak mudah difahami. Terima kasih.

        Like

      2. terlalu banyak ada kitab tafsir. kelas pengajian pun banyak. yang saya boleh cadangkan untuk kita orang Melayu:
        Kitab Tafsir Ibn Kathir
        Kitab al-Azhar Dr. Hamka

        ini kerana dua-dua kitab ini agak mudah difahami.

        Like

  114. MasyaAllah Jazakallahu Khairan Kathiran atas perkongsian. Celik Tafsir benar2 memudahkan saya mendalami isi kandungan Al-Quran.

    Like

  115. Alhamdulillah..syukur Allah pertemukan saya dengan celik tafsir..izinkan saya gunakan celik tafsir untuk berkongsi dengan kawan-kawan apabila kami bertadabbur ayat-ayat alQuran. Minta izin juga kerana saya copy dan paste isi kandungan celik tafsir sebagai bahan rujukan dalam pembelajaran saya.

    Like

  116. Assalam ust sy amat berminat dan sgt faham cara ust sampaikan tafsir Quran ni…syukur di temukan penulisan begini.

    ust sy nk tanya ust ade bukukan x penulisan ini? kalau ada sy nk beli. mcm mana nk dapatkan nya?

    Like

    1. maaf, agak susah untuk dibukukan kerana banyak prosedur (kerana melibatkan tafsir) sampai ke KDN. Jadi sekarang boleh baca percuma sahaja di sini, ya. lagi pun, kalau ada penambahan dan pembaikan (blog ini sentiasa diedit) anda akan dapat yang terbaru.

      Like

  117. Bro tq so much semoga mendapat kejayaan dunia akhirat. Memang best gaya tulisan menyebabkan aq sngt tetarik utk belajar agama islam dgn lebih mendalam . Lagi satu bro kalau ada soalan pape tanya sini ke atau ada page apa2 kat wasap ,facebook ke. Salam dari gombak selangor.

    Like

  118. Assalam tuan. Tuhan je yang tahu betapa gembiranya saya bila jumpa blog penulisan tuan ni. Memang niat saya untuk lebih memahami al-Quran dan Allah permudahkan saya. Mula-mula saya baca terjemahan al-Quran sahaja tapi terdetik nak faham lebih dalam saya pun cari di internet. Tu yang jumpa blog tuan ni. Lepas baca penulisan tuan lagi sebak saya rasa. Terima kasih ya tuan kerana berkongsi penulisan ini.

    Like

  119. Alhamdulillah. Jazakallahukhairan di atas ilmu yg dikongsikan secara online Semoga tuan diganjari pahala dan balasan kebaikan oleh Allah swt. Dgn adanya tafsir secara online ini memudahkan saya membacanya di mana2 shj.

    Like

  120. Assalamualaikum.. Terima Kasih Ustaz atas perkongsian ilmu di blog nie.. Izin kan saya copy dan share.. Ustaz maaf saya nak bertanya.. Adakah ini di kira sebagai Tadabbur juga.. Ke saya salah.. Saya sebenarnya kurang jelas perbezaan antara tafsir dan tadabbur.. Boleh ke ustaz tolong jelaskan.. Terima Kasih Ustaz..

    Like

    1. Tafsir adalah belajar maksud di dalam Al-Qur’an. Iaitu penerangan. Kemudian tadabbur adalah mendalami lagi. Apply dalam kehidupan kita, apa kesan kepada hidup kita…. ia lebih lagi dari tafsir. Tafsir adalah untuk memahami pada peringkat permulaan. Jadi di sini sudah ada tafsir dan sedikit tadabbur. Tadabbur itu lebih banyak dilakukan oleh diri sendiri. Kena memikirkan tentang ayat-ayat Qur’an selepas memahaminya.

      Like

  121. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaah ustaz. Celik tafsir ni sangat bermanfaat buat saya, maasha Allah. Sekiranya sukar dibukukan, mungkin Ustaz boleh pertimbangkan untuk disediakan dalam bentuk pdf supaya pelajar dapat mentelaah secara offline. Saya suka buku, dan kalau boleh ingin belajar tanpa attach dengan gadget. Tapi kalau dpt dlm pdf pun dah kira baik buat saya. Jazaakallahu khairan katsira.

    Like

    1. Kalau untuk dapatkan dalam bentuk PDF, boleh sahaja buat sendiri. Kalau minta saya buatkan, ia terlalu banyak (ada 1,317 page). Jadi boleh buat sendiri ya.

      Atau, kalau nak pakai app, boleh cari di Playstore ‘celik tafsir’. Ia akan selalu update dari web ini.

      Untuk pengetahuan, web ini masih lagi update dari masa ke semasa dengan maklumat tambahan. Selagi saya mampu, ia akan sentiasa berkembang dan bertambah.

      Like

  122. SALAM.

    INI LAH BLOG AJARAN SESAT WAHABI CELAKA LAKNATULLAH. SEMOGA ADMIN BLOG INI BERTAUBAT DAN INSAF, TUTUPLAH BLOG INI SUPAYA AJARAN SESAT TIDAK DISEBARKAN.

    JAUHI WAHABI BANGSAT MENYEBARKAN AJARAN SESAT MEMECAHBELAH MASYARAKAT.

    NENEK MOYANG KITA DULU SUDAH LAMA MENGAMALKAN PELBAGAI AMALAN YANG TELAH DI SUSUN ALIM ULAMAK DAN PARA WALI, MOLEK2 JE MATI. ITU TANDA AMALAN YANG DITERIMA ALLAH. PUAK2 MU SEKARANG NI NGAJI MALAS, BELAJAR IKUT INTERNET JER, BELAJAR PUN TAK LAMA, MULA NAK KONDEM ORANG. MULA RASA PANDAI. PUAK2 WAHABI KENA NGAJI DENGAN GURU YANG BETUL, BUKAN NGAJI DENGAN USTAZ YANG SESAT, NGAJI BUKAN IKUT PHD DAN SIJIL. ITU BUKAN CARA NGAJI YANG BETUL. JANGAN MUDAH TERTIPU DGN AGENDA YAHUDI YANG MAHU KITA UMAT ISLAM BERBALAH.

    SELAWAT PUN PUAK2 MU WAHABI BID’AHKAN. BODOH PUNYA ORANG. MALAS MENGAJI, MALAS SELAWAT, ITULAH PUAK MU. TOLOL. HATI GELAP. HATI KERAS.

    GILA BABI PUNYA ADMIN NI. MENYESATKAN.

    AKU BACA ARTIKEL ADMIN – Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia ITU DAH NAK KETAWA. MMG BETUL GILA DAN BABI ADMIN BLOG NI.

    AKU BILA WAHABI SENARAIKAN AMALAN BID’AH TU LAGI LAH AKU NAK BUAT. KAT SITULAH RAHSIA AMALAN NENEK MOYANG KITA YANG SELALU DUK AMALKAN. RAHSIA KEKUATAN SEBENAR UMAT ISLAM TERDAHULU. UMAT ISLAM SKRG NI LEMBEK, LEMAH. MALAS BUAT AMAL. KUAT KONDEM JER.

    INGAT WAHABI. SELAGI MU TAK BERTAUBAT, DUK BERTAUHID SESAT ALLAH DUK ATAS LANGIT, SELAGI TU MU MATI TAK LEH NGUCAP. BILA MATI SU-UL KHATIMAH, FAHAM2 LAH TEMPAT MU DI MANA.

    SUKA SGT HINA ULAMAK2 TERDAHULU. ULAMAK DLU DAH SUSUN MOLEK2 DAH AMALAN, KITA IKUT JER LAH. AMAL DGN YAKIN. KUATKAN KEROHANIAAN. BARU LAH MUSUH2 ISLAM GERUN. NI TAK. SKRG NI, MUSUH ISLAM TAK TAKUT PUN KAT UMAT ISLAM SBB UMAT ISLAM DAH BERPECAH DAN MALAS BERAMAL. SUKA KONDEM ORG JE.

    NAK PESAN, PUAK MU KENA BACA BYK LAGI SELAWAT. MULAKAN DENGAN SELAWAT. BACA LAH SEKURANG2NYA 3,000X SEHARI. SELAWAT PENDEK2 PUN XPA DLU. NANTI HATI MU CERAH DAN DIBUKA HIJAB YANG TERTUTUP ITU.

    MUDAH2AN HATI LEMBUT, DISINARI CAHAYA DAN PETUNJUK.

    KESIAN PADA UMAT KU ISLAM. MASIH BERBALAH BAB2 KHILAF. IKUT SGT USTAZ YANG SESAT. USTAZ DUNIA.

    SALAM.

    Like

  123. Hi assalamualaikum saudara, nama sy zuhairie berusia 28 tahun dari KL. I love your website. I myself is a serious student of the Quran. Mungkin kita boleh berbual lebih untuk collaborate bersama iA.

    Like

  124. Salam. Terima kasih atas jawapan tentang hukum bacaan al-mulk berjemaah setiap selesai solat isyak yang diberi tempoh hari. Cuma saya ada perasan tuan ada reply tentang status kedua ibu bapa Rasulullah SAW pada tarikh 21 March 2022. Saya ada jumpa hujah yang diberi oleh Ustaz Abdul Somad. Saya kongsikan link untuk rujukan tuan. Sekian terima kasih.

    https://m.republika.co.id/amp/poc3p8458

    Like

    1. Ia memang perkara khilaf. Tapi yang ada dalil adalah pendapat yang mengatakan mereka berdua di neraka. Yang mengatakan dimaksudkan ‘abi’ itu adalah bapa saudaranya hanyalah pendapat untuk terus menjaga nama baik ibubapa Nabi. Sedangkan tidak ada penetapan ia dimaksudkan bapa saudara (seperti disebut oleh UAS itu). Memang tidak kena pun, kerana dari Hadis sahih itu seorang sahabat bertanya tentang bapa dia, jadi memang sesuailah kalau Nabi jawab pun berkenaan bapa dia juga. Tanya tentang bapa, jawab pun pakai bapa kandunglah juga, bukan?

      Kalau nak dengar perbincangan ilmiah tentang hal ini boleh dengar di sini: https://fb.watch/iBE9BWQdmR/?mibextid=v7YzmG

      Like

  125. Salam
    Mohon pencerahan tentang hadis berkenaan bacaan ayat kursi selepas setiap solat fardu. Adakah sahih ? Dan kalau tuan punyai kelapangan boleh beri perkongsian tentang amalan sunnah nabi selepas selesai solat fardhu. Nak elak buat amalan bidaah dan ikutan hadis hadis lemah.
    Sekian terima kasih.

    Like

    1. 1. Tentang bacaan ayat Kursi itu memang sahih. boleh diamalkan.
      2. Tentang amalan-amalan selepas solat itu sepatutnya dipelajari dalam kelas fiqh. Kerana amat banyak untuk dibincangkan. Secara ringkasnya:
      a. boleh cari kitab Hisnul Muslim dan tengok bacaan-bacaan zikir sahih selepas solat di dalamnya. Ini online pun ada boleh download, senang sahaja nak cari. tidaklah perlu diamalkan semuanya. amalkan satu dua pun boleh, asalkan ia sahih.
      b. solat sunat ba’diah
      c. doa sendirian kalau berjemaah. tak perlu ikut doa berjemaah itu yang diamalkan di negara kita.

      Like

  126. Terima kasih saudara atas penulisan Tafsir ini.. saya hargai sangat2.. mudah untuk saya nak sampaikan pada anak2 murid sendiri.. saya pun maklum pada anak murid supaya rujuk tafsir pada laman web ini.. sebab kalu nak rujuk pada kitab2 arab, mereka pun susah nak faham.. semoga Allah berkati dan rahmati hidup penulis dunia akhirat.. Amin..

    Like

  127. jazakallahu khairan penulis tafsir ni sy sering gunakan juga utk sebaran sbg dakwah dan meletak rujukan celiktafsir.net. dalam masa yg sama da sorang web designer/creator ingin membukukan tafsir ustaz atas niat ikhlas nk sumbangkan dakwah. dia akan selaraskan juga dgn tafsiran lain dan sgt berharap mdpt keizinan ustaz.. bagaimana pendapat ustaz?

    Like

    1. ya silakan untuk digunakan.
      penulisan saya ini boleh sahaja digunakan, sama ada untuk kredit nama saya atau pun tidak, saya benarkan sahaja. cuma kalau hendak dibukukan, saya kira ada masalah untuk mendapat kelulusan. kena dapatkan kelulusan KDN kalau tidak silap saya telah diberitahu begitu. cuma memang sudah ada yang minta kebenaran untuk petik tulisan saya untuk dibukukan, saya benarkan sahaja. tidak ada masalah di pihak saya. silakan tanpa halangan.

      Like

      1. Assalaamualaikum wbt tuan,

        Bila tuan sebut sahaja “Allah di Arasy itu jelas dalam Al-Qur’an. Sudah amat kuat dah kerana ada di dalam Al-Qur’an.”, saya senyum sahaja 🙂

        Like

  128. Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih saya ucapkan kepada ustaz yang telah bersusah payah mengadakan blog ini. Banyak maklumat dan ilmu yang telah saya dapati dalam blog ini. Bertambah kefahaman saya tentang isi kandung Al Quran. Tahniah Ustaz. Cuma saya ada sedikit masaalah nak tanya Ustaz. Apakah hukumnya (Haram atau apa) untuk saya melakukan amalan – amalan yang sering masyarakat kita buat, seperti Majlis Tahlil, Membaca Yasin setiap malam Jumaat, berdoa dan wirid berjamaah bersama imam, membaca Surah Al Mulk berjemaah dan Maulud Nabi. Berdosakah saya sekiranya saya masih mengaamalkannya.

    Like

    1. Terima kasih.

      Berdosa apabila menyertai dan melakukan amalan bid’ah. Kerana telah ada larangan dari Rasulullah untuk melakukan bid’ah (dalam agama). Masyarakat keliru tentang amalan bid’ah itu. Pada mereka, itu semua adalah amalan baik, kerana ia ada zikir, ada baca Qur’an, ada makan-makan, menghargai Nabi.

      Semua benda itu ya kita akui ia baik. Tapi yang menjadi haram adalah ia dilakukan dengan cara yang salah, yang tidak pernah dibuat-buat oleh golongan yang terbaik dahulu. Ia adalah reka amalan-amalan baru, digabung-gabung dan dijadikan amalan khusus pula. Jadi yang menjadikan ia berdosa bukanlah kerana baca Quran, berzikir, memberi makan dan menghargai Nabi, akan tetapi menambah perkara baru dalam agama.

      Menjadi kesalahan apabila menambah perkara baru dalam agama. Kerana tidak dijagalah yang menyebabkan agama-agama sebelum kita jadi rosak seperti Yahudi dan Nasrani. Para agamawan mereka tambah di sana dan di sini, sampaikan sudah nampak lagi agama yang asal. Begitu juga dengan kita ini. Kalau dibenarkan tambahan amalan-amalan baru, apa yang akan jadi 50 tahun lagi dari sekarang? Kalau anda hidup lagi, anda tengok satu kumpulan buat amalan, anda tertanya-tanya apa agama mereka agaknya? Dan bila mereka kata mereka Muslim, anda akan terkejut kerana eh bukan begini Islam dahulu, sudah jadi lain pulak.

      Boleh boleh faham penjelasan ringkas saya ini (saya jawab dari segi logik sahaja) tanpa diberikan dalil-dalil yang banyak.

      Like

  129. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Celik Tafsir sangat membantu saya dalam memahami AlQuran. Membaca isinya seperti berhadap dengan Tuan Guru bercakap berdepan. Moga Allah merahmati Tuan sebanyak banyaknya atas kerja kebaikan ini.

    Saya, Pn Zarina, 53 tahun dari Sepang.
    Akademik: Sarjana Muda IIUM
    Pengalaman Bekerja: 20 thn, Level Pengurus, Sektor Swasta
    Pengalaman Terakhir: Trainer/Consultant, program latihan untuk guru2 prasekolah
    Terkini: Surirumah

    Saya ingin bertanya, pendapat Tuan, bagaiman cara terbaik saya untuk berkongsi ilmu dari kelas kelas tadabbur AlQuran yang saya hadiri? Saya merasakan tanpa saya meluahkan, ia rasa sarat di dalam diri. Selain ilmunya dimanfaatkan untuk diri sendiri, boleh kah saya berkongsi dengan yang lain dengan mengadakan penyampaian di dalam kumpulan-kumpulan kecil? Adakah batas batas yang saya perlu tahu memandangkan saya tiada berlatar belakang pendidikan agama?

    Jazakallau khairan Tuan jika dapat berkongsi pendapat.

    Like

    1. Alhamdulillah tulisan ini dapat membantu.

      Memang bagus untuk disampaikan. Memang kena sampaikan. Ada beberapa cara saya tengok orang lakukan,
      1. ada yang share di media sosial, tanpa ubah apa-apa
      2. ada yang buat penulisan lain seperti ringkaskan
      3. ada yang buat kelas kecil di rumah
      4. ada yang mengajar guna tulisan saya ini, di kelas atau di media sosial. gunakan tulisan saya sebab base.

      silakan pakai untuk apa cara sahaja.

      Like

  130. Assalamualaikum ustaz,
    Saya tertanya-tanya siapalah ustaz ini kerana menulis tafsir yang sebagus ini. Mudah difahami dan rasa seronok belajar, especially menekankan hal-hal bidaah dan relate dgn zaman semasa. Ayat berkaitan sirah dan ustaz relate kan dgn zaman sekarang. Jika boleh hint gerangan ustaz, saya sangat gembira.

    Like

    1. Alhamdulillah ia bermanfaat kepada anda.

      Maaf, belum masanya untuk saya memperkenalkan diri. Malas nak melayan kerenah-kerenah manusia yang mungkin timbul kalau saya dikenali. Saya banyak menegur kesalahan masyarakat tentang syirik dan bid’ah. Dan seperti yang kita tahu, masyarakat kita tidak boleh ditegur. Dan mereka agak jahat. Saya pernah mengajar di satu negeri, tapi telah dilaporkan ke pejabat agama kerana teguran terhadap amalan bid’ah masyarakat. Jadi biarlah sahaja saya mengajar di media sosial sahaja buat masa ini.

      Like

  131. Terima kasih kepada tuan kerana berusaha menaikkan blog celik tafsir. Allah swt beri tuan kefahaman tentang ilmuNya.
    Mula-mula saya menerjah masuk blog ini, saya terus kepada surah-surah. Hari ini baru perasan , baru tahu banyak lagi link-link atau chapter-chapter ( dah tak ingat pulak dlm bahasa melayu) dalam blog ini.
    Sebenarnya mencari maksud KHUSYUK dalam ALQuran. Dalam glosperasan , baru tahu banyak lagi link-link atau chapter-chapter ( dah tak ingat pulak dlm bahasa melayu) dalam blog ini.
    Sebenarnya mencari maksud KHUSYUK dalam ALQuran. Saya cuba cari dalam glosari dan kosa kata tapi tak jumpa. Buat search juga. Harap tuan boleh terangkan mengikut kefahaman yang Allah berikan kepada tuan,
    Teima kasih

    Like

    1. Sebenarnya ada, tapi ia bertebaran di dalam surah-surah. Cuba cari ya. Bila saya berkesempatan, saya akan letak di glossari. Sekarang sedang aktif update surah-surah yang sudah ada. Ada lebih dari seribu posting, jadi saya belum habis lagi susun ikut topik. Saya sedang update

      Bagi yang familiar dengan penggunaan mindmap dan ingin dapatkan pandangan makro Al-Qur’an secara keseluruhan, boleh layari di sini https://coggle.it/diagram/ZHgBjBvU4kDkMghz/t/senarai-surah

      Bagi yang suka untuk tengok berkenaan topik-topik tertentu, boleh klik di sini: https://coggle.it/diagram/ZHg0sKE7199szXUu/t/mu’jam-qur’an

      Like

  132. Assalamualaikum, Allah jumpakan saya dgn website ini. Alhamdulillah. Pelbagai persoalan saya sudah terjawab di bahagian “About”. Jadi saya cuma ingin mengucapkan jazakallah.

    Like

  133. Assalamualaikum Tuan,

    Saya Hassan Basri, baru hendak belajar tadabur quran. doakan saya supaya berterusan/konsisten.

    CelikTafsir adalah rujukan saya yg ke-3. terima kasih kerana sediakan ilmu ini secera percuma.

    Like

  134. Terima kasih atas usaha dan penulisan tuan yang sangat bermanfaat.

    Bagaimanakah caranya untuk mengikuti kelas tuan di media sosial?

    Terima kasih sekali lagi.

    Like

Leave a comment