Ayat 107: Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang orang yang murtad. Biasanya murtad ini berlaku kerana tukar dunia dengan akhirat. Mereka itu lebih sayang kepada dunia dibandingkan dengan akhirat.
ذٰلِكَ بِأَنَّهُمُ استَحَبُّوا الحَياةَ الدُّنيا عَلَى الآخِرَةِ وَأَنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الكافِرينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
That is because they preferred the worldly life over the Hereafter and that Allāh does not guide the disbelieving people.
(MELAYU)
Yang demikian itu disebabkan kerana mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahawasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
ذٰلِكَ بِأَنَّهُمُ استَحَبُّوا الحَياةَ الدُّنيا عَلَى الآخِرَةِ
Yang demikian itu disebabkan kerana mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat,
Murtad itu terjadi kerana lebihkan kehidupan dunia dari akhirat. Mereka tidak sanggup kehilangan dunia kerana berpegang kepada Islam; atau mereka tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan kelebihan keduniaan. Mereka rasa kalau mereka mengamalkan Islam, mereka akan kerugian dalam dunia ini.
Inilah bahayanya kalau sayang sangat kepada dunia. Jikalau umat Islam yang murtad sekarang sekali pun, kerana mereka itu cinta kepada dunia. Ini kerana tarikan dunia ini amat hebat dan kalau iman kurang, memang akan terkesan.
وَأَنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الكافِرينَ
dan bahawasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Dan kalau sudah menjadi orang kafir, dan menentang pula Islam, maka Allah tidak akan memberi petunjuk lagi kepada mereka. Mereka itu Allah telah tetapkan akan menjadi ahli neraka, tunggu mereka mati sahaja.
Ayat 108:
أُولٰئِكَ الَّذينَ طَبَعَ اللهُ عَلىٰ قُلوبِهِم وَسَمعِهِم وَأَبصارِهِم ۖ وَأُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Those are the ones over whose hearts and hearing and vision Allāh has sealed, and it is those who are the heedless.
(MELAYU)
Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai.
أُولٰئِكَ الَّذينَ طَبَعَ اللهُ عَلىٰ قُلوبِهِم
Mereka itulah orang-orang yang hati telah dikunci mati oleh Allah,
Mereka yang kafir adalah mereka yang menentang Islam. Mereka itu tidak sama dengan orang bukan Islam yang tidak mengganggu agama Islam. Kepada mereka yang menentang agama Islam, Allah akan tutup hati dari menerima hidayah.
Bila Allah telah tetapkan begitu, mereka tidak dapat memahami ajaran Islam dan kebenaran Islam. Ini adalah kerana Khatmul Qalbi telah berlaku. Iaitu Allah tutup terus hati mereka dari terima hidayah.
وَسَمعِهِم وَأَبصارِهِم
juga pendengaran mereka dan penglihatan mereka
Bukan sahaja hati mereka tidak dapat menerima Islam, pendengaran dan penglihatan mereka juga ditutup dari mendengar dan melihat kebenaran. Walaupun mereka telah ditunjukkan dengan kebenaran dan didengarkan dengan kebenaran, mereka tetapi tidak dapat terima. Mereka tidak faham kerana Allah tetap tutup deria pemahaman mereka dari memahami hidayah.
وَأُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ
dan mereka itulah orang-orang yang lalai.
Ghafil adalah apabila seseorang sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kerana itulah mereka tidak memahami kebenaran. Mereka sudah tidak dapat mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Ayat 109: Apakah kesudahan mereka?
لا جَرَمَ أَنَّهُم فِي الآخِرَةِ هُمُ الخاسِرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Assuredly, it is they, in the Hereafter, who will be the losers.
(MELAYU)
Pastilah bahawa mereka di akhirat nanti adalah orang-orang yang merugi.
Tidak syak lagi mereka akan rugi di akhirat. Mereka tidak ada peluang untuk masuk ke dalam syurga. Mereka akan kekal dalam neraka. Mereka itu rugi kerana mereka ada peluang untuk membuat bekal untuk akhirat tapi mereka tidak ambil peluang itu.
Ayat 110: Ayat tabshir ukhrawi.
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذينَ هاجَروا مِن بَعدِ ما فُتِنوا ثُمَّ جاهَدوا وَصَبَروا إِنَّ رَبَّكَ مِن بَعدِها لَغَفورٌ رَحيمٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Then, indeed your Lord, to those who emigrated after they had been compelled [to say words of disbelief] and thereafter fought [for the cause of Allāh] and were patient – indeed, your Lord, after that, is Forgiving and Merciful
(MELAYU)
Dan sesungguhnya Tuhanmu bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذينَ هاجَروا مِن بَعدِ ما فُتِنوا
Dan sesungguhnya Tuhanmu bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan,
Sekarang Allah buat perbandingan dengan mereka yang berhijrah selepas mereka kena uji. Mereka sanggup meninggalkan kampung halaman mereka dan segala harta benda mereka untuk menjaga keimanan mereka. Pada mereka, iman dan Islam lebih penting dari keduniaan.
Inilah yang terjadi kepada Muhajireen di Mekah yang terpaksa meninggalkan Mekah untuk menyelamatkan iman mereka. Tapi bukan mereka sahaja, kerana hijrah ini tetap berlaku zaman berzaman. Kalau tempat tinggal kita yang asal tidak membenarkan kita mengamalkan agama dengan sempurna, maka kita kena tinggalkan dan berhijrah ke tempat yang lebih baik.
ثُمَّ جاهَدوا وَصَبَروا
kemudian mereka berjihad dan sabar;
Selepas mereka berhijrah, mereka sanggup berjihad dan bersabar dalam mengamalkan Islam.
Dalam ayat ini, Allah telah beri isyarat kepada hijrah ke Madinah. Arahan hijrah tidak diberikan secara nyata tapi diberikan dalam bentuk isyarat. Juga dalam ayat ini ada isyarat yang arahan jihad akan berlaku. Kita kena ingat yang surah ini adalah Surah Makkiyah.
Dalam Surah-surah Makkiyah, tidak ada lagi arahan jihad. Arahan jihad hanya berlaku di Madinah selepas penghijrahan umat Islam. Apabila jihad diwajibkan kepada Muslim di Madinah nanti, para sahabat telah taat dengan arahan Allah untuk mengerjakan jihad. Maka ayat ini tentang mereka. Dan tentang orang-orang yang sanggup menyahut arahan jihad.
إِنَّ رَبَّكَ مِن بَعدِها لَغَفورٌ رَحيمٌ
sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kepada mereka yang sanggup untuk berhijrah, jihad dan sabar, Allah berjanji akan beri rahmat kepada mereka selepas mereka melalui dugaan-dugaan itu. Rahmat Allah yang paling besar adalah syurga. Mereka akan masuk terus ke dalam syurga kerana mereka itu telah diampunkan oleh Allah segala dosa-dosa mereka.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 18 April 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
One thought on “Tafsir Surah an-Nahl Ayat 107 – 110 (Isyarat kepada Hijrah)”