Tafsir Surah Yusuf Ayat 96 – 99 (Kemasukan Bani Israil ke Mesir)

Ayat 96:

فَلَمّا أَن جاءَ البَشيرُ أَلقاهُ عَلىٰ وَجهِهِ فَارتَدَّ بَصيرًا ۖ قالَ أَلَم أَقُل لَكُم إِنّي أَعلَمُ مِنَ اللهِ ما لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the bearer of good tidings¹ arrived, he cast it over his face, and he returned [once again] seeing. He said, “Did I not tell you that I know from Allāh that which you do not know?”

  • He who carried Joseph’s shirt from among the brothers.

(MALAY)

Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju itu ke wajah Ya’qub, lalu kembalilah dia dapat melihat. Berkata Ya’qub: “Tidakkah aku katakan kepadamu, bahawa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

 

فَلَمّا أَن جاءَ البَشيرُ أَلقاهُ عَلىٰ وَجهِهِ

Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju itu ke wajah Ya’qub,

Yang bawa baju Nabi Yusuf عليه السلام itu tentu salah seorang daripada abangnya. Dia datang dengan membawa kegembiraan iaitu dalam bentuk baju dari Nabi Yusuf عليه السلام. Kali ini dia datang dengan berlari. Kali ini mereka datang bawa baju dengan gembira. Masihkah ingat dahulu ketika kali pertama mereka bawa baju baginda yang berlumuran darah, mereka menangis? Keadaan sudah terbalik sekarang.

Dia terus letak sahaja baju itu ke atas muka Nabi Ya’qub عليه السلام tidak cakap apa pun kerana takut kalau cakap, ayah mereka tidak percaya.

 

فَارتَدَّ بَصيرًا

lalu kembalilah dia dapat melihat.

Apabila baju itu terkena muka baginda, maka baginda boleh melihat balik. Ini adalah termasuk dalam hal mukjizat.

 

قالَ أَلَم أَقُل لَكُم إِنّي أَعلَمُ مِنَ اللهِ ما لا تَعلَمونَ

Berkata Ya’qub: “Tidakkah aku katakan kepadamu, bahawa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Sekarang Nabi Ya’qub عليه السلام sudah gembira semula. Baginda mengingatkan kembali mereka yang tidak percaya kepadanya dahulu: “Tidakkah aku dulu cakap kepada kamu semua? Kamu dulu tidak percaya, bukan? Lihat sekarang baju Yusuf sudah sampai. Dari dulu lagi aku cakap dia masih hidup lagi.”


 

Ayat 97Anak-anaknya mengaku kesalahan mereka dan meminta maaf bersungguh-sungguh.

قالوا يا أَبانَا استَغفِر لَنا ذُنوبَنا إِنّا كُنّا خاطِئينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “O our father, ask for us forgiveness of our sins; indeed, we have been sinners.”

(MALAY)

Mereka berkata: “Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)”.

 

قالوا يا أَبانَا استَغفِر لَنا ذُنوبَنا

Mereka berkata: “Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami,

Mereka minta ayah mereka istighfar bagi pihak mereka. Dalam masa yang sama, mereka pun sama-sama minta ampun. Mereka minta Nabi Ya’qub عليه السلام meminta ampun bagi pihak mereka dan mereka akan aminkan.

Ramai yang menggunakan ayat ini sebagai dalil untuk bertawassul – minta orang lain doakan. Ramailah yang minta ustaz doakan, orang surau doakan, tok guru doakan. Namun kita kena ingat yang Nabi Ya’qub عليه السلام adalah seorang Nabi. Maka doa baginda memang makbul. Jadi patutlah kalau mereka minta Nabi Ya’qub عليه السلام doakan untuk mereka.

Kalau guru, ustaz dan orang surau, adakah doa mereka itu pasti makbul? Kalau tidak pasti, kenapa bergantung sangat dengan doa mereka? Apa beza doa mereka dengan doa kita sendiri? Kalau kita sendiri doa sudah tentu lebih ikhlas lagi daripada doa mereka dan doa yang ikhlas yang lebih makbul.

Keduanya, kesalahan mereka itu melibatkan ayah mereka sendiri. Mereka telah menipu ayah mereka, memisahkan baginda daripada anak kesayangannya, maka patutlah kalau mereka minta istighfar dari ayah mereka.

Oleh itu, jangan gunakan dalil ini sebagai hujah untuk mengatakan patut minta ‘orang alim’ doakan untuk kita. Doalah sendiri sahaja, tanpa perlu berharap kepada doa orang lain. Kalau kita doa sendiri, itu lebih ikhlas dan lebih makbul daripada doa orang lain yang belum tentu ikhlas kerana mereka tidak terlibat dengan perkara itu, jadi tidak boleh kita hendak berkata mereka lebih ikhlas. Sedangkan kalau kita yang doa, memang lebih ikhlas dan lebih berharap kepada Allah ‎ﷻ kerana kita yang dalam kepayahan memerlukan pertolongan Allah ‎ﷻ.

 

إِنّا كُنّا خاطِئينَ

sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)”.

Sekarang benar-benar mereka mengaku kesalahan mereka. Oleh itu, walaupun kita sudah baca banyak kesalahan mereka dari mula surah ini, kita kena ingat yang mereka ini telah bertaubat dan telah meminta ampun dari Allah ‎ﷻ. Maka mereka ini sebenarnya termasuk orang yang terselamat. Jangan kita kutuk mereka pula. Kita ini yang belum tentu selamat lagi.


 

Ayat 98Jawapan dari Nabi Ya’qub عليه السلام.

قالَ سَوفَ أَستَغفِرُ لَكُم رَبّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “I will ask forgiveness for you from my Lord. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.”

(MALAY)

Ya’qub berkata: “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

 

قالَ سَوفَ أَستَغفِرُ لَكُم رَبّي

Ya’qub berkata: “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Tuhanku.

Baginda beritahu yang baginda akan doakan pengampunan untuk mereka. Kalimah سَوفَ (akan) bermaksud di masa hadapan. Nanti baru baginda akan istighfar untuk mereka, bukan waktu itu terus. Maknanya, baginda tidak buat terus kerana baginda sedang marah kepada mereka. Baginda mahu tunggu tenang dahulu dan sekarang baginda hendak menikmati kegembiraan mendapat tahu yang memang benar anaknya Yusuf عليه السلام itu masih hidup dan sekarang sedang hidup dengan baik.

Atau, ada yang kata baginda tunggu untuk istighfar kepada mereka kerana hendak tunggu waktu makbul, sama ada di malam (waktu sahur) atau hari Jumaat.

Ibnu Mas’ud, Ibrahim At-Taimi, Amr ibnu Qais, Ibnu Juraij, dan lain-lainnya mengatakan bahawa Nabi Ya’qub عليه السلام menangguhkan permohonan mereka sampai waktu sahur.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Abus Saib, telah menceritakan kepada kami Ibnu Idris, bahawa beliau pernah mendengar Abdur Rahman ibnu Ishaq menceritakan asar berikut dari Muharib ibnu Disar, bahawa Khalifah Umar رضي الله عنه datang ke masjid, lalu beliau mendengar seseorang mengucapkan doa berikut: “Ya Allah, Engkau telah menyeru­ku, lalu aku memenuhi seruan-Mu. Dan Engkau telah memerintahkan kepadaku, lalu aku taati. Demi waktu sahur ini, berilah ampunan kepadaku.” Umar رضي الله عنه mendengar suara itu, lalu menyelidikinya, dan ternyata suara itu berasal dari rumah Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه. Ketika beliau ditanya tentang bacaan doanya itu, رضي الله عنه menjawab, “Sesungguhnya Ya’qub عليه السلام menangguhkan permintaan anak-anaknya sampai waktu sahur melalui ucapannya yang disitir oleh firman Allah ‎ﷻ: ‘Kelak aku akan memohonkan ampun bagi kalian kepada Tuhanku.’ (Yusuf: 98).”

 

إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Baginda yakin yang Allah ‎ﷻ akan mengampunkan dosa mereka kerana Allah ‎ﷻ Maha Pengampun.  Allah ‎ﷻ Maha Pengampun kerana Dia Maha Penyayang.


 

Ayat 99: Ini adalah kisah tentang perjumpaan keluarga mereka. Ini adalah Keadaan ke 15 apabila Nabi Yusuf عليه السلام bertemu dengan ibu bapanya. Ini adalah situasi yang terakhir berkenaan Nabi Yusuf عليه السلام.

فَلَمّا دَخَلوا عَلىٰ يوسُفَ آوىٰ إِلَيهِ أَبَوَيهِ وَقالَ ادخُلوا مِصرَ إِن شاءَ اللهُ آمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they entered upon Joseph, he took his parents to himself [i.e., embraced them] and said, “Enter Egypt, Allāh willing, safe [and secure].”

(MALAY)

Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman”.

 

فَلَمّا دَخَلوا عَلىٰ يوسُفَ

Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf:

Sebelum ini Nabi Yusuf عليه السلام telah menyuruh untuk dibawakan semua keluarga mereka datang ke Mesir. Jadi sekarang semua sudah sampai bertemu dan menghadap baginda.

Inilah titik permulaan bagi Bani Israil berada di Mesir. Kerana itulah nanti apabila Firaun berkuasa (setelah ratusan tahun), bangsa Qibti menindas dan menghambakan Bani Israil kerana Bani Israil dikira sebagai bangsa pendatang ke Mesir dan kedudukan mereka rendah kalau dibandingkan dengan bangsa Qibti. Namun ketika mereka datang pada zaman Nabi Yusuf عليه السلام ini, mereka dihormati kerana masih ada Nabi Yusuf عليه السلام di kalangan mereka.

 

آوىٰ إِلَيهِ أَبَوَيهِ

Yusuf merangkul ibu bapanya

Apabila Nabi Yusuf عليه السلام nampak ayah dan ibunya, baginda telah tarik mereka kepadanya dan memeluk mereka dengan mesra. Bayangkan berapa lama mereka tidak berjumpa. Tentu rasa rindu yang teramat sangat, bukan?

 

وَقالَ ادخُلوا مِصرَ

dan dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir,

Baginda ajak mereka semua masuk dan tinggal di Negeri Mesir. Inilah permulaan datangnya Bani Israil ke Mesir dari Kan’an. Ini menjawab persoalan Yahudi yang bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ, bagaimanakah Bani Israil boleh berada di Mesir pula?

 

إِن شاءَ اللهُ آمِنينَ

insya Allah dalam keadaan aman”.

Masuklah dengan keadaan aman. Aman daripada kemarau, aman daripada kesusahan dan segala bahaya lain. Maknanya sekarang, mereka sudah menjadi warganegara Mesir. Mereka diterima duduk di situ dengan aman dan tidak perlu takut penindasan daripada sesiapa.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Mac 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s