Ayat 76:
فَبَدَأَ بِأَوعِيَتِهِم قَبلَ وِعاءِ أَخيهِ ثُمَّ استَخرَجَها مِن وِعاءِ أَخيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدنا لِيوسُفَ ۖ ما كانَ لِيَأخُذَ أَخاهُ في دينِ المَلِكِ إِلّا أَن يَشاءَ اللهُ ۚ نَرفَعُ دَرَجاتٍ مَن نَشاءُ ۗ وَفَوقَ كُلِّ ذي عِلمٍ عَليمٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
So he began [the search] with their bags before the bag of his brother; then he extracted it from the bag of his brother. Thus did We plan for Joseph. He could not have taken his brother within the religion [i.e., law] of the king except that Allāh willed. We raise in degrees whom We will, but over every possessor of knowledge is one [more] knowing.¹
- Ending with the ultimate knowledge of Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā).
(MALAY)
Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah boleh Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.
فَبَدَأَ بِأَوعِيَتِهِم قَبلَ وِعاءِ أَخيهِ
Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri,
Nabi Yusuf عليه السلام sendiri yang memeriksa karung-karung mereka untuk mencari gelas diraja itu. وِعاءِ adalah kain yang dijadikan sebagai penyimpan barang. Ia digunakan sebagai karung dalam perjalanan waktu zaman dahulu.
Nabi Yusuf عليه السلام membuka satu persatu karung mereka dan dimulakan dengan karung abang-abangnya kerana kalau baginda terus mencari karung Bunyamin, nanti nampak sangat yang baginda sudah tahu di mana hendak dicari. Jadi baginda berhelah dengan mencari dalam karung abang-abangnya.
ثُمَّ استَخرَجَها مِن وِعاءِ أَخيهِ
kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya.
Akhir sekali barulah karung Bunyamin dibuka, dan baginda berpura-pura mencari dan akhirnya berjumpa gelas diraja itu dalam karung Bunyamin. Maka, kenalah ikut undang-undang syariat Nabi Ya’qub عليه السلام seperti yang telah disebut oleh adik-beradik itu tadi. Bunyamin mesti ditahan sebagai kuli kepada Nabi Yusuf عليه السلام selama setahun.
كَذٰلِكَ كِدنا لِيوسُفَ
Demikianlah Kami atur untuk Yusuf.
Allah ﷻ beritahu yang apa yang terjadi itu adalah كِدنا (rancangan Kami), maknanya itu adalah rancangan Allah ﷻ sendiri. Allah ﷻ yang rancang, bukan Nabi Yusuf عليه السلام yang rancang sendiri. Allah ﷻ yang ajar helah begitu, bukan daripada nafsu Nabi Yusuf عليه السلام kerana kalau tidak datang daripada Allah ﷻ tetapi daripada Nabi Yusuf عليه السلام, maka ia boleh dikira sebagai pengkhianatan. Pengkhianatan adalah perbuatan menipu dan seorang Nabi tidak boleh menipu. Jadi kena ingat yang Nabi Yusuf عليه السلام buat begitu kerana wahyu dari Allah ﷻ.
Nabi Yusuf عليه السلام mahu supaya Bunyamin tinggal dengan baginda supaya tidak dizalimi oleh abang-abangnya lagi. Namun baginda tidak boleh hendak mengambil Bunyamin dengan cara biasa atau ikut undang-undang Mesir. Maka Allah ﷻ yang buat rancangan itu supaya Bunyamin dapat tinggal dengan Nabi Yusuf عليه السلام.
ما كانَ لِيَأخُذَ أَخاهُ في دينِ المَلِكِ
Tiadalah boleh Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang raja,
Baginda telah menanyakan apakah undang-undang di Kan’an kepada pencuri kerana dengan cara itu, baginda akan dapat menahan Bunyamin untuk tinggal dengan baginda. Baginda tidak boleh buat begitu dengan undang-undang Mesir kerana undang-undangnya berlainan.
إِلّا أَن يَشاءَ اللهُ
kecuali Allah menghendaki-Nya.
Baginda tidak akan dapat menahan Bunyamin melainkan kalau itu juga kehendak Allah ﷻ. Allah ﷻ menekankan bahawa kehendak kita dan kehendak Allah ﷻ adalah berbeza.
Kehendak kita walau bagaimana kuat pun dan walau bagaimana hebat pun perancangan untuk mendapatkannya, tidak akan berjaya kalau tidak ada iradah daripada Allah ﷻ. Apabila kehendak kita dan kehendak Allah ﷻ sama, barulah perkara itu terjadi.
نَرفَعُ دَرَجاتٍ مَن نَشاءُ
Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki;
Allah ﷻ menaikkan kedudukan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Begitulah yang terjadi dalam kisah ini. Selalunya kalau seseorang itu dituduh telah melakukan jenayah, itu adalah satu penghinaan. Nabi Yusuf عليه السلام pun sudah pernah kena dan telah dimasukkan ke dalam penjara.
Namun Allah ﷻ hendak memberitahu, walaupun ia nampak menghinakan, Allah ﷻ boleh naikkan kedudukan orang itu kalau Allah ﷻ kehendaki. Allah ﷻ boleh ubah kedudukan seseorang itu sebagaimana yang Allah ﷻ telah lakukan terhadap Nabi Yusuf عليه السلام – dahulu baginda hamba dan duduk dalam penjara, tetapi sekarang baginda adalah Menteri Mesir. Dalam kes Bunyamin ini, Allah ﷻ berikan ilham kepada baginda bagaimana hendak rapatkan Bunyamin dengannya.
وَفَوقَ كُلِّ ذي عِلمٍ عَليمٌ
dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui.
Ini adalah satu pengajaran yang amat penting: di atas setiap orang yang ada ilmu, ada lagi yang lebih berilmu daripadanya.
Allah ﷻ beri contoh, Nabi Yusuf عليه السلام memang pandai, malah baginda orang yang paling pandai di Mesir, tetapi ada lagi yang lebih pandai dari baginda, iaitu Allah ﷻ. Kalau kita rasa kita pandai, maka ada orang lain lagi yang lebih pandai daripada kita. Maka janganlah berlagak sangat. Malah yang paling Maha Aleem adalah Allah ﷻ.
Kalau kita belajar, nanti kita pun akan ada ilmu tetapi nanti kita akan berjumpa dengan orang lain yang lebih pandai lagi daripada kita. Jadi ini mengingatkan kita untuk merendahkan diri kita. Kalau kita rasa kita paling pandai, itu ada masalah dengan hati kita.
Itulah hakikat ilmu – ada sahaja yang lebih pandai daripada kita. Kita hanya boleh berusaha menambah ilmu kita sedikit demi sedikit. Namun bukanlah kita belajar untuk jadi lebih pandai dari orang lain. Kita belajar supaya kita lebih faham tentang agama dan untuk kebaikan kita dan kebaikan orang lain.
Maka jangan ada rasa ujub. Ujub adalah salah satu Talbis Iblis (Belitan Iblis). Syaitan akan bisikkan ke dalam hati kita yang kita orang pandai, orang berilmu. Kalau kita termakan hasutan syaitan itu, maka kita akan ada ujub dalam hati. Ujub adalah perasan diri lebih, dan lupa hendak menisbahkan kelebihan itu kepada Allah ﷻ.
Kita kena ingat yang segala ilmu yang kita ada ini adalah pemberian daripada Allah ﷻ. Jangan sangka diri kita hebat daripada orang lain. Maka kalau kita dapat selami ayat ini, maka kita akan teringat untuk merendahkan diri kita. Barulah kita sedar yang ada orang lain lagi yang lebih pandai daripada kita.
Ayat 77: Memang terkejut sungguh abang-abang Bunyamin dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu; kerana mereka tahu yang Bunyamin itu manusia yang baik. Malah dialah yang paling baik antara mereka pun.
۞ قالوا إِن يَسرِق فَقَد سَرَقَ أَخٌ لَهُ مِن قَبلُ ۚ فَأَسَرَّها يوسُفُ في نَفسِهِ وَلَم يُبدِها لَهُم ۚ قالَ أَنتُم شَرٌّ مَكانًا ۖ وَاللهُ أَعلَمُ بِما تَصِفونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They said, “If he steals – a brother of his has stolen before.” But Joseph kept it within himself and did not reveal it to them.¹ He said, “You are worse in position, and Allāh is most knowing of what you describe.”
- He did not answer that he himself had been stolen by them from his father.
(MALAY)
Mereka berkata: “Jika dia mencuri, maka sesungguhnya, telah pernah mencuri pula saudaranya sebelum itu”. Maka Yusuf menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka. Dia berkata (dalam hatinya): “Kamu lebih buruk kedudukanmu (sifat-sifatmu) dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu”.
قالوا إِن يَسرِق فَقَد سَرَقَ أَخٌ لَهُ مِن قَبلُ
Mereka berkata: “Jika dia mencuri, maka sesungguhnya, telah pernah mencuri pula saudaranya sebelum itu”.
Lihatlah apa hujah mereka yang tidak patut ini. Mereka kata, kalau Bunyamin mencuri, abang kandungnya dahulu (mereka maksudkan Nabi Yusuf عليه السلام) pun pernah mencuri juga sebelum ini.
Lihatlah betapa kurang ajarnya mereka menuduh Nabi Yusuf عليه السلام pula. Perkara itu tidak pernah terjadi pun dan mereka reka sahaja. Mereka cakap begitu kerana hendak menghina Nabi Yusuf عليه السلام dan Bunyamin. Mereka hendak kata, mereka 10 adik beradik yang baik sedangkan dua beradik itu (Yusuf عليه السلام dan Bunyamin) yang ada masalah. Mereka berbohong kerana dua adik beradik itulah yang paling baik.
Mereka sanggup cakap begitu kerana mereka hendak menghilangkan malu mereka. Begitulah kadang-kadang ada manusia yang buat begini.
Ada kisah dalam kitab tafsir kenapa abang-abangnya berkata begini, tetapi belum dapat dipastikan lagi kesahihannya.
فَأَسَرَّها يوسُفُ في نَفسِهِ
Maka Yusuf menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya
Nabi Yusuf عليه السلام dengar sahaja apa yang mereka kata itu. Bayangkan betapa susahnya hendak menahan diri apabila diri sendiri yang dikutuk di hadapan kita! Walaupun baginda dikutuk dan perkara yang mereka kata itu adalah satu penipuan, tetapi baginda tahan sahaja dalam dirinya.
وَلَم يُبدِها لَهُم
dan tidak menampakkannya kepada mereka.
Potongan ayat tadi sudah jelas yang Nabi Yusuf عليه السلام tahan sahaja diri baginda daripada bercakap untuk mempertahankan diri baginda, tetapi Allah ﷻ tambah pula lagi: dia tidak tunjukkan apa yang dalam hatinya. Maksudnya, baginda tahan sungguh.
قالَ أَنتُم شَرٌّ مَكانًا
Dia berkata (dalam hatinya): “Kamu lebih buruk kedudukanmu
Baginda tahan dalam hatinya dan baginda hanya berkata dalam dirinya. Allah ﷻ sampaikan kepada kita apa yang ada dalam hatinya itu: “kamu lagi teruk kerana kamu jual adik kamu sendiri. Kamu semua sebenarnya pencuri besar sekali.”
Baginda bercakap dalam hati sahaja untuk memendam perasaan baginda kerana dengar pembohongan abang-abangnya itu. Baginda masih tidak mahu rahsia terbongkar lagi. Akan tiba masanya nanti.
وَاللهُ أَعلَمُ بِما تَصِفونَ
dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu”.
Allah ﷻ tahu apa jenis kamu ini. Allah ﷻ tahu kebenaran tentang penipuan kamu itu. Allah ﷻ lebih tahu apakah penipuan yang kamu sedang lakukan itu.
Ayat 78: Dalam masa yang sama, mereka bimbang dan takut apa yang akan berlaku dengan perkara itu. Mereka terkenang yang mereka sudah berjanji dengan ayah mereka untuk menjaga adik mereka dan bawa pulang dengan selamat. Maka mereka pujuk Nabi Yusuf عليه السلام untuk melepaskan adiknya itu.
قالوا يا أَيُّهَا العَزيزُ إِنَّ لَهُ أَبًا شَيخًا كَبيرًا فَخُذ أَحَدَنا مَكانَهُ ۖ إِنّا نَراكَ مِنَ المُحسِنينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They said, “O ‘Azeez,¹ indeed he has a father [who is] an old man, so take one of us in place of him. Indeed, we see you as a doer of good.”
- Addressing Joseph, who now held the title of “al-‘Azeez.”
(MALAY)
Mereka berkata: “Wahai Al Aziz, sesungguhnya dia mempunyai ayah yang sudah lanjut usianya, lantaran itu ambillah salah seorang di antara kami sebagai gantinya, sesungguhnya kami melihat kamu termasuk orang-orang yang berbuat baik”.
قالوا يا أَيُّهَا العَزيزُ
Mereka berkata: “Wahai Al Aziz,
Sekarang mereka bercakap dengan Nabi Yusuf عليه السلام pula untuk memujuk baginda. Mereka menggunakan gelaran penghormatan kepada baginda. Mereka masih tidak kenal yang itu adalah adik mereka sendiri.
إِنَّ لَهُ أَبًا شَيخًا كَبيرًا
sesungguhnya dia mempunyai ayah yang sudah lanjut usianya,
Mereka kata yang mereka prihatin tentang ayah mereka. Ayah mereka شَيخًا (sudah tua), dan mereka tambah كَبيرًا (sangat) untuk menguatkan lagi hujah mereka. Kemudian mereka beritahu yang ayah mereka itu sayang dan rapat sangat-sangat dengan Bunyamin sampai tidak boleh berenggang.
“Selepas anaknya yang bernama Yusuf tidak ada, Bunyamin itulah yang menjadi penyejuk hatinya. Tak tahulah nanti kalau kami balik tanpa Bunyamin, apa yang akan jadi dengan dia. Takut dia jatuh sakit pula nanti.”
فَخُذ أَحَدَنا مَكانَهُ
lantaran itu ambillah salah seorang di antara kami sebagai gantinya,
Mereka bagi cadangan: “Janganlah ambil Bunyamin ini, ambillah salah seorang daripada kami. Kami sanggup berkorban, asalkan Bunyamin tidak diambil dan dia boleh balik bertemu dengan ayahnya.”
إِنّا نَراكَ مِنَ المُحسِنينَ
sesungguhnya kami melihat kamu termasuk orang-orang yang berbuat baik”.
Mereka puji Nabi Yusuf عليه السلام seorang yang baik, memiliki hati yang baik. Biasalah kalau meminta tolong kepada seseorang, selalunya akan dipuji orang itu.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 23 Mac 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an