Ayat 34:
۞ يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِنَّ كَثيرًا مِنَ الأَحبارِ وَالرُّهبانِ لَيَأكُلونَ أَموالَ النّاسِ بِالباطِلِ وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللَّهِ ۗ وَالَّذينَ يَكنِزونَ الذَّهَبَ وَالفِضَّةَ وَلا يُنفِقونَها في سَبيلِ اللَّهِ فَبَشِّرهُم بِعَذابٍ أَليمٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who have believed, indeed many of the scholars and the monks devour the wealth of people unjustly¹ and avert [them] from the way of Allāh. And those who hoard gold and silver and spend it not in the way of Allāh – give them tidings of a painful punishment.
- i.e., through false pretense.
(MALAY)
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih,
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا
Hai orang-orang yang beriman,
Ini adalah suruhan kepada orang-orang beriman. Kita sekarang di dalam perenggan yang mengajar kita yang kita kena perangi puak-puak Ahli Kitab itu. Ini adalah kerana banyak kesalahan yang mereka telah lakukan dalam agama dan dalam kehidupan manusia.
إِنَّ كَثيرًا مِنَ الأَحبارِ وَالرُّهبانِ لَيَأكُلونَ أَموالَ النّاسِ بِالباطِلِ
sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil
Umat Islam kena perangi golongan ahli kitab itu kerana ada kalangan ulama mereka yang kafir yang tutup kebenaran yang ada dalam agama kerana hendakkan kelebihan dunia.
Kalimah الأَحبارِ adalah ulama mereka, yang banyak membaca kitab-kitab agama mereka dan banyak menulis – oleh itu, mereka adalah ulama dari kalangan Ahli Kitab yang ada ilmu sebenarnya. Sementara الرُّهبانِ pula adalah ahli ibadat mereka, yang mengkhususkan kehidupan mereka untuk ibadat sahaja – macam orang sufi kita lah kononnya.
Kedua-dua golongan ini adalah mereka yang disanjung dalam kalangan Ahli Kitab. Mereka inilah yang dirujuk kalau mereka ada masalah atau ada perkara agama yang masyarakat perlukan penjelasan. Inilah masalahnya – apabila mereka disanjung, dirujuk dalam segala hal, maka lama-lama kumpulan ahbar dan rahib ini mengambil kesempatan dari kedudukan mereka itu. Kerana mereka dihasut oleh syaitan sampaikan mereka menjadikan agama sebagai satu ‘industri’.
Apakah maksudnya? Ini adalah kerana sesungguhnya ramai sungguh dari kalangan ulama Yahudi dan Nasara yang makan harta orang ramai dengan cara salah. Mereka sorok agama sebenar dan sebar agama ikut apa yang masyarakat mahu. Mereka sanggup ubah agama asalkan mereka dapat keuntungan. Mereka mengajar ajaran sesat untuk makan harta manusia. Tetapi, untuk mengajar ajaran sesat, mereka kena sembunyikan agama sebenar.
Mereka memang boleh buat duit. Mereka akan beritahu apa yang masyarakat mereka mahu dengar. Supaya masyarakat beri duit kepada mereka. Ini adalah kerana mereka ditipu dengan dunia. Memang kita sebagai manusia memerlukan duit, bukan? Tapi mereka nampak peluang untuk buat duit dengan tipu manusia yang mengharapkan maklumat dari mereka.
Mereka buat fatwa yang dikehendaki oleh penganut mereka. Mereka ajar apa yang masyarakat hendak dengar dan tidak membetulkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat. Mereka tidak tegur kerana kalau mereka tegur, masyarakat tak suka dan masyarakat sudah tidak datang ke rumah ibadat mereka dan tidak masukkan duit dalam tabung lagi! Jadi mereka akan tutup mulut mereka dan kata baik-baik sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai.
Begitu jugalah masyarakat kita sekarang. Ramai golongan agama yang menjadikan agama sebagai industri juga. Kalau ada majlis-majlis agama, kena jemput ustaz-ustaz, ulama-ulama, lebai-lebai. Sama ada Kenduri Selamat, Solat Hajat, Majlis Cukur Jambul, Majlis Tahlil dan macam-macam lagi ibadah bidaah yang mereka reka mereka jadi tekongnya.
Dan kalau nak jemput mereka, tentulah kena ada bayaran. Sudahlah dapat bayaran, dapat makanan percuma lagi. Masyarakat pula memang sudah jahil, nak buat apa-apa majlis pun, mesti nak kena jemput ustaz, tok imam dan ahli kariah masjid/surau kerana mereka tidak tahu nak buat apa kalau tidak ada ‘ahli surau’ dan ‘ahli masjid’.
Dan ustaz-ustaz jenis inilah juga yang mengajar masyarakat di surau-surau dan masjid-masjid. Mereka akan ajar tentang ibadat sahaja (solat, puasa, wuduk dan perkara seumpama itu). Iaitu perkara-perkara ‘selamat’ yang masyarakat senang terima.
Mereka tidak sentuh perkara-perkara sensitif seperti tauhid, syirik, bidaah dan sebagainya. Kerana kalau mereka tegur, mereka tidak dijemput lagi untuk mengajar. Kerana setiap kali mengajar, mereka akan dapat upah. Kalau mereka tegur, tentulah hilang punca pendapatan mereka. Maka, kesalahan masyarakat mereka tidak tegur.
وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللَّهِ ۗ
dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah.
Dan mereka menghalang agama Allah dari sampai kepada manusia. Kerana kalau agama yang benar sampai kepada masyarakat, tentu mereka akan susah kerana mereka sudah tidak boleh ‘cari makan’ lagi. Kalau ada yang mengajar lain dari apa yang mereka sampaikan, mereka akan halang.
Maka ulama Ahli Kitab lah yang jadi penghalang dari agama yang sebenar sampai kepada manusia. Mereka tidak akan benarkan Islam didakwah kepada penganut agama mereka. Oleh itu umat Islam kena perangi mereka itu dan mereka tidak boleh dibiarkan. Kerana kalau dibiarkan, maka masyarakat tidak akan dapat kenal agama Islam.
Cuma perkara ini tidak dapat dijalankan pada zaman ini, kerana kita tidak ada khalifah; kerana khalifah sahaja yang boleh keluarkan arahan perang. Tapi kita tetap kena belajar juga tentang perkara ini kerana konsep Khalifah tentu akan datang juga di masa hadapan. Apabila ramai umat Islam sudah faham tentang Islam, mereka tentu mahu supaya dunia Islam diperintah oleh seorang khalifah.
Lihatlah betapa teruknya ahli agama dari kalangan Ahli Kitab itu. Malangnya, begitu jugalah yang terjadi di negara kita. Ada golongan agama yang sudah ‘lama’, tidak benarkan ajaran Sunnah diajar. Mereka akan halang, mereka akan tohmah dan kata macam-macam tentang ajaran Sunnah ini supaya masyarakat tolak.
Mereka kata inilah ajaran Wahabi yang sesat. Mereka tidak benarkan ustaz-ustaz Sunnah mengajar di tempat-tempat awam kerana kalau dibenarkan ustaz-ustaz Sunnah itu mengajar, maka akan pecahlah tembelang mereka, yang selama ini mereka mengajar ajaran yang salah. Maka, kita kena teruskan dakwah sunnah ini, supaya ajaran sunnah dapat bertempat di hati manusia.
Alhamdulillah sekarang, walaupun mendapat tentangan yang banyak, ajaran sunnah semakin bertapak dan semakin ramai. Kerana mereka yang berpelajaran akan senang untuk menerima ajaran Sunnah ini kerana ianya lebih sesuai dengan minda yang sihat. Dalil-dalil yang diberikan amat jelas dan akal yang sihat, akan mudah untuk menerimanya.
وَالَّذينَ يَكنِزونَ الذَّهَبَ وَالفِضَّةَ
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak
Ulama dan ahli ibadat yang disebut itu tadi, dan juga sesiapa sahaja yang ada kuasa dari kalangan pemimpin, ada antara mereka yang cari kekayaan dunia bukanlah atas dasar keperluan hidup, bahkan mereka cari dan kaut keuntungan dunia untuk melonggokkan harta. Ini dinamakan al-kanzu.
Dan mereka yang melakukannya disebut dalam ayat ini يَكنِزونَ. Ini terjadi dengan sendirinya, kerana apabila sudah mula ambil harta dan upah dari orang ramai, lama-lama mereka jadi orang yang cinta dunia. Mereka asalnya kumpul harta dengan cara haram dan kemudian Allah akan campakkan ‘cinta dunia’ ke dalam hati mereka. Ini adalah teruk sekali kerana mereka kumpul harta dengan ajar ajaran sesat. Dan harta yang mereka dapat itu menjadi suhtun. Dan harta suhtun ini lebih berat haramnya dari daging babi.
Nota: ayat inilah yang menyebabkan Abu Dzar takut. Pada satu ketika, beliau memberitahu kepada Muawiyah yang menjadi Gabenor waktu itu, yang umat Islam sedang menjadi kaya dan mereka mengumpul emas dan perak. Muawiyah menjawab yang ayat ini tentang Ahli Kitab. Dan menarik jawapan yang diberikan oleh Abu Dzar. Beliau kata, ya memang ‘tentang’ mereka, tapi pengajaran itu ‘untuk’ kita.
Di dalam sebuah hadis sahih disebutkan:
لَتَرْكَبُنَّ سَنَن مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَذْو القُذّة بالقُذّة”. قَالُوا: الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: “فَمَنْ؟ “. وَفِي رِوَايَةٍ: فَارِسَ وَالرُّومَ؟ قَالَ: “وَمَن النَّاسُ إِلَّا هَؤُلَاءِ؟ “
Sesungguhnya kalian benar-benar akan meniru perbuatan orang-orang sebelum kalian, satu langkah demi satu langkah. Para sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksud adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Nabi Saw. menjawab, “Lalu siapa lagi?” Menurut riwayat lain, mereka mengatakan Persia dan Romawi, maka Nabi Saw. menjawab, “Lalu siapa lagi kalau bukan mereka?”
Maknanya, kita kena ambil pengajaran dari perkara-perkara yang disebut tentang Ahli Kitab itu. Kerana Allah sebut kisah mereka sebagai pengajaran untuk kita, umat Islam yang baru. Kerana Ahli Kitab itu adalah umat Islam pada zaman mereka, tapi mereka telah jauh dari agama, kerana kesalahan-kesalahan yang banyak disebut dalam Qur’an ini. Dan kalau kita pun tidak berhati-hati, maka kita pun boleh jadi seperti mereka.
Maka, kenalah kita sedar, apabila kita baca ayat-ayat tentang Ahli Kitab itu, janganlah kita rasa ianya tidak berkenaan dengan kita; jangan kita kata: “eh, ini tentang Ahli Kitab, Yahudi dan Nasara sahaja, bukan kita….”. Kalau itulah faham kita, maka akan sia-sialah sahaja kita baca Qur’an kerana kita tidak mendapat pengajaran dari ayat-ayatnya.
Bukanlah kita dilarang untuk mengumpulkan harta. Umar ibnul Khattab dan lain-lainnya mengatakan bahawa suatu harta yang zakatnya ditunaikan bukan dinamakan al-kanzu seperti dalam ayat ini, sekalipun ditanam di dalam tanah. Sedangkan suatu harta yang tidak ditunaikan zakatnya, maka harta itu adalah harta simpanan; kelak pemiliknya akan diseterika dengannya (di hari kiamat), sekalipun harta itu ada di permukaan bumi.
وَلا يُنفِقونَها في سَبيلِ اللَّهِ
dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah,
Mereka kumpul dan kumpul harta itu, sampai banyak sekali dan mereka tidak infak pun di jalan Allah. Mereka memang nak kumpul dan mereka nak kira harta itu kerana mereka suka apabila harta mereka bertambah.
Mereka rasa, kalau mereka infak, tentulah akan berkurangan harta mereka. Ini adalah kerana mereka sudah dikenakan dengan penyakit cinta dunia.
فَبَشِّرهُم بِعَذابٍ أَليمٍ
maka beritahukanlah kepada mereka, dengan seksa yang pedih,
Allah suruh Nabi beritahu mereka yang mereka akan dikenakan dengan azab yang pedih kerana perbuatan mereka itu. Kalau di dunia, mereka mungkin akan dikalahkan oleh umat Islam dan di akhirat kelak, mereka akan mendapat azab neraka.
Ayat 35: Takhwif Ukhrawi
يَومَ يُحمىٰ عَلَيها في نارِ جَهَنَّمَ فَتُكوىٰ بِها جِباهُهُم وَجُنوبُهُم وَظُهورُهُم ۖ هٰذا ما كَنَزتُم لِأَنفُسِكُم فَذوقوا ما كُنتُم تَكنِزونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
The Day when it¹ will be heated in the fire of Hell and seared therewith will be their foreheads, their flanks, and their backs, [it will be said], “This is what you hoarded for yourselves, so taste what you used to hoard.”
- The gold and silver which was hoarded, i.e., whose zakāh was not paid.
(MALAY)
pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu”.
يَومَ يُحمىٰ عَلَيها في نارِ جَهَنَّمَ
pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam,
Allah menceritakan apa yang akan terjadi pada harta yang mereka simpan itu pada hari kiamat. Emas dan perak itu akan dibakar di dalam neraka jahanam. Harta yang mereka sayang dan banggakan itu akan menjadi azab bagi mereka.
Ucapan ini dikatakan sebagai kecaman, penghinaan, dan ejekan buat mereka; sama halnya dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat berikut:
{ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ ذُقْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ}
Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya siksaan (dari) air yang panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia. (Ad-Dukhan: 48-49)
Inilah pembalasan buat mereka kerana sikap mereka yang dahulu, dan inilah hasil dari apa yang mereka dulu simpan buat diri mereka. Kerana itulah dikatakan, “Barang siapa yang mencintai sesuatu hingga ia melebihkannya lebih dahulu atas taat kepada Allah, maka ia akan diazab dengannya.”
فَتُكوىٰ بِها جِباهُهُم وَجُنوبُهُم وَظُهورُهُم
lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka
Lafaz فَتُكوىٰ maksudnya emas dan perak itu dipanaskan sampai merah dan dilekapkan pada kulit manusia yang mengumpulkan dan menyimpan harta yang mereka dapat dari penganut agama mereka. Maknanya diselar emas perak itu di dahi mereka, rusuk mereka, belakang mereka. Ini adalah emas perak yang mereka tidak infak. Mereka dapatkan harta itu dengan cara salah kemudian mereka tidak infakkan pula.
Mengingat mereka telah menghimpun harta benda itu dan lebih mementingkannya daripada keredhaan Allah, maka mereka diseksa dengan harta benda itu. Seperti apa yang dialami oleh Abu Lahab laknatullah, dia berusaha dengan sekuat tenaga memusuhi Rasulullah Saw. Isterinya pun membantunya untuk melampiaskan permusuhannya itu. Maka kelak di hari kiamat si isteri akan membantu mengazabnya, iaitu di lehernya ada tali dari sabut untuk mengumpulkan kayu di neraka, lalu kayu itu dilemparkan kepada Abu Lahab, agar menambah pedih seksaan yang sedang dialaminya.
Sebagaimana harta benda tersebut sangat disayangi oleh pemiliknya, maka kelak di hari akhirat harta benda itu berubah bentuk menjadi sesuatu yang paling membahayakan pemiliknya. Harta benda itu dipanaskan di dalam neraka Jahanam yang panasnya tak terperikan, lalu diseterika ke wajah, lambung, dan punggung mereka.
Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui hadis Suhail ibnu. Abu Saleh, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:
“مَا مِنْ رَجُلٍ لَا يُؤَدِّي زَكَاةَ مَالِهِ إِلَّا جُعِلَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ يُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبْهَتُهُ وَظَهْرُهُ، فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ، ثُمَّ يَرَى سَبِيلُهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ” وَذَكَرَ تَمَامَ الْحَدِيثِ
Tidak sekali-kali seseorang tidak menunaikan zakat harta bendanya melainkan akan dijadikan baginya kelak di hari kiamat lempengan-lempengan dari api, lalu diseterikakan ke lambung, dahi, dan punggungnya dalam suatu hari yang lamanya sama dengan lima puluh ribu tahun, hingga perkara hisab di antara sesama hamba diselesaikan. Kemudian diperlihatkan jalan yang akan ditempuhnya, adakalanya ke syurga, dan adakalanya ke neraka.
Sehubungan dengan tafsir ayat ini Imam Bukhari mengatakan bahawa,
telah menceritakan kepada kami Qutaibah ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Husain, dari Zaid ibnu Wahb yang mengatakan bahawa dia bersua dengan Abu Zar di Rabzah, lalu dia bertanya, “Apakah yang mendorongmu sampai datang di daerah ini?” Abu Zar menjawab bahadwa pada asal mulanya ia tinggal di negeri Syam, lalu dia membacakan firman-Nya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka gembirakanlah mereka dengan seksaan yang pedih. (At-Taubah: 34) Maka Mu’awiyah berkata, “Ayat ini bukanlah ditujukan kepada kami, tiada lain apa yang dimaksudkan oleh ayat ini terjadi di kalangan kaum Ahli Kitab.” Abu Zar menjawab, “Sesungguhnya hal itu terjadi di kalangan kita dan kalangan mereka (Ahli Kitab).”
Ibnu Jarir meriwayatkannya melalui hadis Ubaid ibnul Qasim, dari Husain, dari Zaid ibnu Wahb, dari Abu Zar r.a. Hanya dalam riwayat ini ditambahkan ‘maka ketegangan pun terjadi antara Abu Zar dan Mu’awiyah mengenai masalah ini’. Lalu Muawiyah berkirim surat kepada Khalifah Usman, mengadukan perihalku (Abu Zar). Lalu Khalifah Usman berkirim surat kepadaku, isinya memerintahkan kepadaku untuk menghadap kepadanya. Abu Zar melanjutkan kisahnya, “Ketika aku tiba di Madinah, maka orang-orang selalu mengerumuniku seakan-akan mereka belum pernah melihatku sebelum hari itu. Lalu aku mengadu kepada Khalifah Usman tentang hal tersebut, maka Khalifah Usman berkata, ‘Menjauhlah kamu dari Madinah, tetapi jangan terlalu jauh.” Aku (Abu Zar) berkata, ‘Demi Allah, aku tidak akan beranjak dari pendapatku’.”
Mazhab Abu Zar r.a. mengatakan bahawa haram menyimpan harta lebih dari apa yang diperlukan untuk nafkah orang-orang yang berada di dalam tanggungannya. Dan dia selalu memberi fatwa dengan pendapat ini dan menganjurkan serta memerintahkan orang-orang untuk mengamalkannya, bahkan dia bersikap keras terhadap orang yang melanggarnya. Maka sikapnya itu dicegah oleh Mu’awiyah, tetapi Abu Zar tidak menurut dan terus melanjutkan fatwanya itu.
Mu’awiyah merasa khawatir bila orang-orang tertimpa mudarat dalam masalah itu. Maka dia menulis surat kepada Amirul Mu’minin Usman ibnu Affan, mengadukan perkara Abu Zar dan meminta agar Abu Zar ditarik ke Madinah. Maka Usman ibnu Affan memanggilnya ke Madinah dan menempatkannya di Rabzah seorang diri. Di Rabzah itu pula Abu Zar r.a. meninggal dunia dalam masa pemerintahan Khalifah Usman.
هٰذا ما كَنَزتُم لِأَنفُسِكُم
“Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,
Waktu emas dan perak itu ditekapkan pada mereka, dikatakan kepada mereka: “ini dia barang yang kamu simpan untuk diri kamu.” Kata-kata ini sebagai penambah azab mereka. Sudahlah mereka kena azab fizikal, azab emosi pun ditambah.
فَذوقوا ما كُنتُم تَكنِزونَ
maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu”.
Ini adalah penyeksaan batin, emosi. Sudahlah mereka dikenakan dengan azab itu, kemudian dikutuk, diperli dan diingatkan lagi kepada mereka, kenapa mereka dikenakan dengan azab itu.
Sila baca ayat ini dalam konteks keseluruhan surat. Ayat ini diturunkan bersamaan dengan Perang Tabuk dan waktu itu sedang dikumpulkan wang untuk menjalankan perang itu. Tapi waktu itu masih ada yang tidak mahu mengeluarkan wang untuk infak kepada peperangan itu. Maka ayat ini memberikan takhwif yang amat keras.
Ayat 36: Sekarang kita masuk ke Perenggan Makro ke 3. Akan dibentangkan galakan jihad dan juga arahan untuk memerangi Kaisar Rom. Perenggan ini sampai ayat ke 41.
Ayat adalah sebab keenam kenapa jihad qital kena diteruskan. Kerana ada manusia yang telah ubah agama Allah. Allah telah haramkan empat bulan untuk berperang, tapi kaum musyirkin telah langgar susunan bulan itu, sehingga bulan-bulan itu bertukar habis.
Orang Kafir Mekah tahu tentang Bulan Haram itu. Mereka tahu yang ada empat bulan yang tidak boleh berperang di dalamnya. Akan tetapi, kerana orang kafir dihasut oleh syaitan, mereka telah mengubah kedudukan Bulan Haram itu. Semasa berperang, kadang-kadang peperangan mereka itu terlanjut sampai termasuk dalam Bulan Haram.
Sepatutnya mereka kenalah berhenti dari berperang. Akan tetapi, mereka alih sedikit bulan itu supaya mereka boleh juga nak terus berperang. Mereka ubah sikit-sikit, tapi lama-lama sampai tidak tahu bulan mana yang sebenar kerana sudah jadi celaru habis. Kalender mereka telah jadi kucar habis. Padahal Allah telah jadikan Bulan Haram itu dari awal masa lagi, semasa penciptaan bumi lagi.
Akhirnya Nabi Muhammad telah memperbetulkan balik susunan bulan itu setelah Pembukaan Mekah supaya balik kepada bulan yang asal. Ini baginda lakukan semasa baginda datang mengerjakan Haji. Oleh itu, kerana mereka mempermudahkan kejadian Allah, menukar ikut suka mereka, maka mereka kena diperangi.
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهورِ عِندَ اللَّهِ اثنا عَشَرَ شَهرًا في كِتابِ اللَّهِ يَومَ خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ مِنها أَربَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ ۚ فَلا تَظلِموا فيهِنَّ أَنفُسَكُم ۚ وَقاتِلُوا المُشرِكينَ كافَّةً كَما يُقاتِلونَكُم كافَّةً ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, the number of months with Allāh is twelve [lunar] months in the register of Allāh [from] the day He created the heavens and the earth; of these, four are sacred. That is the correct religion [i.e., way], so do not wrong yourselves during them.¹ And fight against the disbelievers collectively as they fight against you collectively. And know that Allāh is with the righteous [who fear Him].
- i.e., do not violate the sacred months or commit aggression therein.
(MALAY)
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهورِ عِندَ اللَّهِ اثنا عَشَرَ شَهرًا في كِتابِ اللَّهِ
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan. Oleh itu, kita tahu yang kalender kita yang pakai 12 bulan dari dulu sampai sekarang ini, bukanlah rekaan manusia, tapi Allah yang tentukan.
يَومَ خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ
di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,
Susunan bulan yang 12 itu disusun semasa Allah cipta bumi lagi, bukan selepasnya. Maka memang itu telah tetap dan tidak akan berubah sehingga kiamat.
Dan Allah adakan matahari dan bulan untuk mudah manusia mengira perubahan kalender itu. Kalau kita gantung kalender di dinding rumah, seolah-olah gantung ‘kalender’ untuk kita semua di langit. Oleh itu, amat kurang ajarlah Kufur Mekah apabila mereka senang sahaja ubah apa yang Allah telah adakan.
مِنها أَربَعَةٌ حُرُمٌ
di antaranya empat bulan haram.
Dari 12 bulan itu, ada empat bulan yang telah ditetapkan tidak boleh berperang. Maksudnya, tidak boleh dimulakan perang. Jadi, kalau orang kafir serang kita, bolehlah kita balas, jangan duduk diam sahaja.
Dengan orang kafir ni bukan boleh kira, ada yang tidak kisah pun buat apa sahaja kerana mereka tidak ada adab dan tidak ada agama. Begitulah juga, sama macam kalau mereka serang kita di Tanah Haram, kita boleh balas pertahankan diri kita. Ini seperti yang ada dalam ayat yang lain:
{الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ}
Bulan Haram dengan bulan Haram dan pada sesuatu yang patut dihormati berlaku hukum qisas. Oleh sebab itu, barang siapa yang menyerang kalian, maka seranglah dia yang seimbang dengan serangannya terhadap kalian. (Al-Baqarah: 194), hingga akhir ayat.
Juga dalam ayat lain:
{وَلا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ}
dan janganlah kalian memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kalian di tempat itu. Jika mereka memerangi kalian (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. (Al-Baqarah: 191), hingga akhir ayat.
Hadis Nabi juga ada berkenaan dengan bulan-bulan ini:
قَالَ ابْنُ جَرِيرٍ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَعْمَر، حَدَّثَنَا رَوْحٌ، حَدَّثَنَا أَشْعَثُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَإِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شهرا في كتاب الله يوم خلق السموات وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ، وَرَجَبُ مُضَرَ بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ”
Ibnu Jarir mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Ma’mar, telah menceritakan kepada kami Rauh, telah menceritakan kepada kami Asy’as, dari Muhammad ibnu Sirin, dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda: Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya semula sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Dan sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan Langit dan bumi diantaranya empat bulan haram (suci); tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zul Qa’dah, Zul Hijjah, dan Muharram, sedangkan lainnya ialah Rajab Mudar yang terletak di antara bulan Jumada dan bulan Sya’ban.
ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ
Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
Ketetapan bulan yang 12 dan empat bulan yang haram itu adalah sebahagian dari agama. Ianya tidak akan berubah sampai kiamat nanti. Jadi, kenalah hormati. Antara hikmah diadakan empat bulan itu adalah supaya ada rehat dari perang dan supaya umat boleh melakukan ibadah, antaranya ibadah Haji. Kalau sepanjang tahun berperang sahaja, bila masa nak buat benda-benda lain? Bagaimana nak cari rezeki kalau asyik berperang sahaja?
Oleh itu, bulan yang diharamkan ada empat: tiga bulan di antaranya berurutan letaknya, sedangkan yang satunya lagi terpisah; hal ini tiada lain demi menunaikan manasik Haji dan Umrah. Maka diharamkan (disucikan) satu bulan sebelum bulan Haji, iaitu bulan Zul Qa’dah, kerana mereka dalam bulan itu beristirehat tidak mahu berperang; dan diharamkan bulan Zul Hijjah kerana dalam bulan itu mereka menunaikan ibadah Haji dan sibuk dengan penunaian manasiknya.
Kemudian diharamkan pula satu bulan sesudahnya —iaitu bulan Muharram— agar orang-orang yang telah menunaikan Haji pulang ke negerinya yang jauh dalam keadaan aman. Kemudian diharamkan bulan Rejab di pertengahan tahun, untuk melakukan ziarah ke Baitullah dan melakukan ibadah Umrah padanya, bagi orang yang datang kepadanya dari daerah yang jauh dari Jazirah Arab. Maka mereka dapat menunaikan ibadah umrahnya, lalu kembali ke negeri masing-masing dalam keadaan aman.
فَلا تَظلِموا فيهِنَّ أَنفُسَكُم
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan itu,
Allah tegaskan supaya janganlah menzalimi sesiapa pada bulan-bulan itu. Mungkin ada pendapat yang mengatakan ‘bulan-bulan’ yang dimaksudkan adalah empat bulan itu. Tapi sebenarnya lebih baik kalau kita katakan, seluruh bulan itu jangan zalimi orang lain. Kerana bukan empat bulan itu sahaja yang tak boleh zalimi orang lain, tapi dalam bulan lain, boleh pula. Adakah begitu? Tentu tidak.
Oleh itu maksudnya jaga semua bulan. Jangan ubah-ubah apa yang Allah telah tetapkan. Terutama kepada Musyrikin Mekah. Mereka kata mereka jaga Kaabah dan Tanah Haram, maka kenalah jaga sekali dengan bulan-bulan yang Allah telah tetapkan. Kerana apabila mereka ubah satu bulan, tentunya bulan-bulan yang lain akan berubah sekali, bukan?
Kalau kita mahu memegang pendapat yang dimaksudkan adalah bulan-bulan Haram yang empat itu, maka kita boleh terima bahawa kalau dalam bulan lain pun tidak boleh menzalimi, lebih-lebih lagi dalam empat bulan itu.
Lihatlah bagaimana dalam ayat ini, lafaz yang digunakan adalah ‘jangan menzalimi diri kamu’. Kerana apa sahaja kezaliman yang mereka lakukan terhadap bulan itu, mereka sebenarnya menzalimi diri mereka, kerana mereka akan menanggung akibatnya nanti.
وَقاتِلُوا المُشرِكينَ كافَّةً كَما يُقاتِلونَكُم كافَّةً
dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya,
Allah suruh puak Muslim hendaklah memerangi orang yang berakidah syirik semua sekali, sepertimana mereka juga ingin memerangi puak Islam semua sekali. Memang ada orang musyrikin yang kalau boleh memang hendak membunuh habis puak tauhid. Mereka itulah yang kena diperangi.
Cuma janganlah ayat ini digunakan sebagai dalil untuk memerangi orang kafir sekarang. Kerana zaman sekarang, kita ada perjanjian damai dengan negara-negara lain. Jadi, apa yang dilakukan oleh terroris-terroris, IS, ISIS dan Daesh itu, adalah jauh dari Islam.
Mereka sahaja yang mengaku mereka Muslim dan melakukan perkara itu atas nama Islam, tapi mereka itu bukanlah menegakkan Islam. Mereka itu membunuh tanpa haq dan mereka kena jawab nanti di akhirat kelak atas perbuatan mereka itu.
Ringkasnya, kena musnahkan semua sekali musuh (Kafir Harbi sahaja). Dan ada satu lagi maksud: umat Islam kena bersatu semua sekali untuk menentang kafir Harbi itu. Malangnya ayat ini tidak diamalkan sekarang.
Negara-negara Muslim sekarang tidak bersatu dalam mempertahankan negara Islam lain yang diserang. Sedangkan apabila musuh Islam menyerang negara Islam, mereka bersatu dan berjaya memusnahkan kita. Beginilah apabila ajaran wahyu jauh dari manusia.
Dan Muslim sekarang pun tidak ada Khalifah untuk menjalankan perintah perang itu. Maka kena sesuaikan dengan keadaan. Tapi tidaklah ayat-ayat perang ini sudah dimansukhkan. Ianya masih tetap ada, kerana tidak semestinya keadaan akan aman sepanjang masa. Ada masanya nanti yang ayat-ayat hukum peperangan ini akan digunakan kembali. Dan kita kena bersedia.
وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ
dan ketahuilah bahwasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Jangan takut untuk berperang dengan mereka kerana Allah akan bantu mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang takut Allah dan jaga hukum.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya
Kemaskini: 13 Mac 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan