Tawbah Ayat 30: Mungkin ada orang Islam yang beranggapan, Ahli Kitab itu lebih kurang sama sahaja dengan Islam dan kerana itu mereka tidak patut diserang. Tapi Allah membetulkan fahaman mereka itu dengan menyatakan yang akidah Ahli Kitab itu amat jauh berbeza dengan Islam.
Oleh itu, ayat ini adalah huraian kenapa mereka dikatakan ‘tidak beriman’. Allah hendak memberitahu kita, apakah yang dimaksudkan mereka ‘tidak beriman’ itu. Di manakah kesalahan mereka?
وَقالَتِ اليَهودُ عُزَيرٌ ابنُ اللَّهِ وَقالَتِ النَّصٰرَى المَسيحُ ابنُ اللَّهِ ۖ ذٰلِكَ قَولُهُم بِأَفوٰهِهِم ۖ يُضٰهِئونَ قَولَ الَّذينَ كَفَروا مِن قَبلُ ۚ قٰتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنّىٰ يُؤفَكونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
The Jews say, “Ezra is the son of Allāh”; and the Christians say, “The Messiah is the son of Allāh.” That is their statement from their mouths; they imitate the saying of those who disbelieved before [them]. May Allāh destroy them; how are they deluded?
(MALAY)
Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu Anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu Anak Allah”. Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?
وَقالَتِ اليَهودُ عُزَيرٌ ابنُ اللَّهِ
Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu Anak Allah”
Allah tegaskan kepada muslimin, yang mereka kena perangi golongan yang kata para Nabi itu Anak Allah. Kalimah ‘anak’ di sini maksudnya ‘wakil’. Kerana kalau sekadar anak itu tidaklah hebat sangat, tapi sebenarnya mereka beri pangkat ‘anak’ itu kerana mereka nak jadi Nabi-nabi itu sebagai wakil mereka kepada Allah.
Inilah pertalian tawasul mereka dengan Allah. Mereka seru dan berdoa kepada para Nabi itu. Tujuan diseru mereka itu adalah untuk menyempurnakan hajat mereka. Inilah tawasul yang selalu kita tekankan dalam penulisan tafsir ini dari mula lagi.
Dalam akidah penganut Yahudi, Nabi Uzair a.s. itu adalah ‘Anak Allah’. Ini adalah salah satu perkara di mana mereka buat syirik. Dengan mengangkat Nabi Uzair itu sebagai ‘Anak Allah’, mereka hendak menjadikan baginda sebagai wakil mereka kepada Allah. Ini adalah akidah syirik yang kufur.
Kita kena faham bahawa ‘syirik’ adalah salah satu jenis ‘kekufuran’. Bukanlah syirik sahaja sebagai syarat untuk jadi kufur. Dan syirik itu pun banyak jenis dan salah satunya menjadikan seseorang sebagai ‘wakil Allah’. Dan bukanlah semua penganut Yahudi memperkatakan yang Uzair itu Anak Allah, tapi mereka tetap juga kufur.
Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
وَقالَتِ النَّصٰرَى المَسيحُ ابنُ اللَّهِ
dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu Anak Allah”.
Dan puak Nasara pula kata Nabi Isa a.s. itu adalah Anak Allah juga. Ini adalah salah satu dari fahaman konsep Triniti Kristian. Kerana ada yang sampai mengatakan Jesus itu sendiri Tuhan. Ini pun adalah akidah kufur mereka.
Allah menganjurkan kepada kaum mukmin untuk memerangi orang-orang kafir dari kalangan Ahli Kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka telah mengucapkan perkataan yang sangat keji itu dan membuat kedustaan terhadap Allah. Takkan mereka dibiarkan sahaja melakukan syirik kepada Allah dan mengelirukan manusia yang banyak?
Bagaimana pula dengan kita? Kita belum sampai kepada tahap mengatakan Nabi Muhammad itu sebagai Anak Allah lagi setakat yang kita tahu. Tapi kita tahu ada puak tarekat yang kata Nabi Muhammad itu sendiri adalah Allah dalam bentuk manusia. Ini adalah kerana golongan tarekat memang selalunya jahil dan senang ditipu oleh syaitan.
Walaupun tidak ada yang mengatakan Nabi Muhammad itu anak Allah, tapi ramai dari kalangan masyarakat kita yang jahil, menggunakan Nabi Muhammad sebagai wakil mereka kepada Allah. Itu pun salah satu dari konsep ‘anak Tuhan’ juga. Kerana salah faham inilah ada dari kalangan orang Islam yang berdoa kepada Nabi Muhammad untuk sampaikan doa mereka kepada Allah; ada yang menggunakan keberkatan Nabi sebagai wasilah untuk memakbulkan doa mereka; ini juga adalah amalan kufur dan syirik. Tidak kira sama ada yang melakukan perkara itu Ahli Kitab atau orang Islam, ia tetap kufur dan syirik.
ذٰلِكَ قَولُهُم بِأَفوٰهِهِم
Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka,
Itu semua adalah perkataan dari lidah mereka sahaja, dan bukannya datang dari agama mereka yang asal. Kerana Nabi mereka tidaklah memperkatakan sedemikian. Oleh itu, apa yang mereka lafazkan dan iktikadkan itu bukan wahyu tapi hasil dari nafsu mereka. Jadi ia tidak boleh dibuat hujah sama sekali.
Begitu juga, ajaran yang mengatakan Nabi Muhammad itu sebagai wakil Allah, boleh bertawasul dengan baginda, boleh menggunakan keberkatan baginda dalam berdoa, itu pun tidak ada dalam agama Islam tapi ajaran yang datang kemudian. Maka kita kena sampaikan pengetahuan ini kepada umat Islam kerana ramai yang tidak tahu perkara ini.
يُضٰهِئونَ قَولَ الَّذينَ كَفَروا مِن قَبلُ
mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu.
Sebenarnya, mereka cuma meniru perkataan orang kafir sebelum mereka itu yang tidak ada ilmu dari kitab wahyu. Semua itu adalah fahaman datuk nenek mereka yang telah kufur dari akidah yang benar. Mereka pakai semula dan ulang-ulang sahaja. Kerana agama Yahudi dan agama Nasrani yang asal tidak begitu.
Sebagai contoh, fahaman Kristian sekarang ini diambil dari seorang lelaki yang bernama Paul yang telah reka fahaman baru dalam agama Kristian. Dialah yang mula-mula kata Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Tapi fahaman sesatnya itu telah dipakai oleh penganut Kristian waktu itu, sampailah sekarang. Kerana mereka mengikut ajaran sesat golongan sebelum mereka, maka mereka pun jadi sesat seperti mereka juga.
Begitu jugalah dengan fahaman sesat masyarakat kita tentang tawasul ini. Ianya datang dari ajaran tok nenek kita juga yang tersilap tentang agama. Tapi masyarakat kita tidak teliti dalam mengambil ilmu, maka mereka terima pakai sahaja apa yang disampaikan oleh mereka. Apabila kita tegur, mereka akan jawab: “takkan mereka salah?”.
قٰتَلَهُمُ اللَّهُ
Dilaknati Allah mereka,
Menurut Ibnu Abbas, makna ayat ini ialah ‘semoga Allah melaknat mereka’. Semoga Allah laknat mereka kerana akidah mereka punah. Janganlah kita pun ada akidah sesat yang sama kerana Allah pun boleh laknat kita juga. Malangnya, ramai juga yang ada akidah seumpama mereka itu.
أَنّىٰ يُؤفَكونَ
bagaimana mereka sampai berpaling?
Wahyu telah diberikan kepada mereka, lalu bagaimana mereka boleh terpesong? Inilah yang akan terjadi kalau wahyu ditinggalkan tapi mengambil pendapat manusia yang tidak disandarkan kepada wahyu Allah yang jelas.
Ayat 31: Ayat sebelum ini adalah kufur dari segi iktikad. Sekarang kufur dari segi perbuatan pula.
اتَّخَذوا أَحبارَهُم وَرُهبانَهُم أَربابًا مِن دونِ اللَّهِ وَالمَسيحَ ابنَ مَريَمَ وَما أُمِروا إِلّا لِيَعبُدوا إِلٰهًا واحِدًا ۖ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۚ سُبحانَهُ عَمّا يُشرِكونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They have taken their scholars and monks as lords besides Allāh,¹ and [also] the Messiah, the son of Mary.¹ And they were not commanded except to worship one God; there is no deity except Him. Exalted is He above whatever they associate with Him.
* By their obedience to them rather than to what Allāh ordained.
* By their worship of him in conjunction with Allāh.
(MALAY)
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
اتَّخَذوا أَحبارَهُم وَرُهبانَهُم أَربابًا مِن دونِ اللَّهِ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai rabb selain Allah
Lafaz أَحبارَهُم itu dari katadasar ح ب ر yang bermaksud ‘dakwat’. Ulama mereka itu banyak membaca dan menulis sampaikan mereka dikaitkan dengan dakwat. Mereka banyak membaca dan menulis sampaikan jari-jari mereka ada kesan dakwat. Kerana itulah mereka digelar ‘rahib’.
Lafaz وَرُهبانَهُم dari katadasar ر ه ب yang bermaksud ‘takut’. Ini adalah biarawan mereka yang banyak menyendiri dan bermeditasi. Kalau dalam agama kita, jenis orang sufi itu (pun golongan yang pelik juga). Mereka itu adalah penganut Nasara yang jenis ekstrem. Sebab itulah ada pendapat yang mengatakan ajaran sufi itu diambil dari puak Nasara. Ini adalah kerana apa yang mereka lakukan itu tidak ada dalam Islam pun. Setelah dikaji, rupanya ceduk dari Kristian.
Kenapa para rahib itu dikaitkan mereka itu dengan ‘takut’? Kerana mereka takut dengan keduniaan. Mereka nak bermunajat kepada Tuhan sahaja. Mereka tidak mahu ada kena mengena dengan dunia. Dan kita kena ingat yang ini bukan ada ajaran dalam Islam. Islam tidak suruh kita tolak dunia terus. Itulah sebabnya pelik kalau golongan sufi dan tarekat ini – tidak kena dengan Islam. Entah ambil dari mana pun kita tidak pasti sebenarnya.
Dari segi amalan dan perbuatan mereka, mereka telah jadikan ulama dan ahli ibadat mereka sebagai tuhan, selain dari Allah. Kalau kita kata begini, mereka akan marah kerana mereka kata mereka tidak sembah pun ulama dan rahib-rahib itu macam mereka sembah Allah. Dan kita pun tengok tidaklah mereka buat macam itu, jadi macam mana pula?
Ada satu hadis tentang perkara ini, iaitu seorang lelaki yang sudah masuk Islam, namanya Adi bin Hatim, tapi dia belum jelas tentang agama Islam kerana baru masuk Islam. Dan bila dia dengar ayat ini, dia kata semasa di Kristian, dia tidak seru dan puja pun ulama dan rahib mereka. Nabi beritahu, tidakkah dia ikut hukum yang mereka fatwa? Dia kata memang ada. Maknanya, penganut itu ikut sahaja fatwa yang mereka beri macam mereka ikut arahan Tuhan.
Oleh itu, apabila pemuka agama mereka halalkan yang haram dan halalkan yang haram, mereka ikut mereka. Tidakkah itu menjadikan pemuka agama mereka itu sebagai tuhan/rabb? Kerana sepatutnya mengharamkan dan menghalalkan adalah haq Tuhan. Dan kerana mereka mengiyakan apa yang dikatakan oleh ulama dan rahib mereka itu, mereka juga telah kufur.
Imam Ahmad, Imam Turmuzi, dan Imam Ibnu Jarir telah meriwayatkan melalui berbagai jalur dari Addi ibnu Hatim r.a. yang menceritakan:
أَنَّهُ لَمَّا بَلَغَتْهُ دَعْوَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فرَّ إِلَى الشَّامِ، وَكَانَ قَدْ تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَأُسِرَتْ أُخْتُهُ وَجَمَاعَةٌ مِنْ قَوْمِهِ، ثمَّ منَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أُخْتِهِ وَأَعْطَاهَا، فَرَجَعَتْ إِلَى أَخِيهَا، ورَغَّبته فِي الْإِسْلَامِ وَفِي الْقُدُومِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَدِمَ عَدِيّ الْمَدِينَةَ، وَكَانَ رَئِيسًا فِي قَوْمِهِ طَيِّئٍ، وَأَبُوهُ حَاتِمٌ الطَّائِيُّ الْمَشْهُورُ بِالْكَرَمِ، فتحدَّث النَّاسُ بِقُدُومِهِ، فَدَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي عُنُقِ عَدِيّ صَلِيبٌ مِنْ فِضَّةٍ، فَقَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: {اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ} قَالَ: فَقُلْتُ: إِنَّهُمْ لَمْ يَعْبُدُوهُمْ. فَقَالَ: “بَلَى، إِنَّهُمْ حَرَّمُوا عَلَيْهِمُ الْحَلَالَ، وَأَحَلُّوا لَهُمُ الْحَرَامَ، فَاتَّبَعُوهُمْ، فَذَلِكَ عِبَادَتُهُمْ إِيَّاهُمْ”. وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا عَدِيُّ، مَا تَقُولُ؟ أيُفرّك أَنْ يُقَالَ: اللَّهُ أَكْبَرُ؟ فَهَلْ تَعْلَمُ شَيْئًا أَكْبَرَ مِنَ اللَّهِ؟ مَا يُفرك؟ أَيُفِرُّكَ أَنْ يُقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟ فَهَلْ تَعْلَمُ مِنْ إِلَهٍ إِلَّا اللَّهُ”؟ ثُمَّ دَعَاهُ إِلَى الْإِسْلَامِ فَأَسْلَمَ، وَشَهِدَ شَهَادَةَ الْحَقِّ، قَالَ: فَلَقَدْ رأيتُ وَجْهَهُ اسْتَبْشَرَ ثُمَّ قَالَ: “إِنَّ الْيَهُودَ مَغْضُوبٌ عَلَيْهِمْ، وَالنَّصَارَى ضَالُّونَ”
bahawa ketika sampai kepadanya dakwah dari Rasulullah Saw., dia lari ke negeri Syam. Sejak zaman Jahiliah dia telah masuk agama Nasrani, kemudian saudara perempuannya ditahan bersama sejumlah orang dari kaumnya. Lalu Rasulullah Saw. menganugerahkan kebebasan kepada saudara perempuan Addi ibnu Hatim dan memberinya hadiah. Saudara perempuan Addi ibnu Hatim kembali kepada saudara lelakinya dan menganjurkannya untuk masuk Islam dan menghadap kepada Rasulullah Saw. Akhirnya Addi datang ke Madinah. Dia adalah pemimpin kaumnya, yaitu kabilah Tayyi’; dan ayahnya (yaitu Hatim At-Tai’) terkenal dengan kedermawanannya. Maka orang-orang Madinah ramai membicarakan kedatangan Addi ibnu Hatim. Addi masuk menemui Rasulullah Saw., sedangkan pada leher Addi tergantung salib yang terbuat dari perak. Saat itu Rasulullah Saw. sedang membacakan firman-Nya: Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah. (At-Taubah: 31) Addi melanjutkan kisahnya, bahawa dia menjawab, “Sesungguhnya mereka tidak menyembahnya.” Rasulullah Saw. bersabda: Tidak, sesungguhnya mereka mengharamkan hal yang halal bagi para pengikutnya dan menghalalkan hal yang haram bagi mereka, lalu mereka mengikutinya; yang demikian itulah ibadah mereka kepada orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Kemudian Rasulullah Saw. bersabda, “Hai Addi, bagaimanakah pendapatmu. Apakah membahayakan bila dikatakan Allah Maha besar? Apakah kamu mengetahui sesuatu yang lebih besar daripada Allah bila Allah menimpakan bahaya kepadamu? Apakah membahayakanmu bila dikatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah? Apakah kamu mengetahui ada Tuhan selain Allah?” Rasulullah Saw. mengajaknya masuk Islam. Akhirnya Addi masuk Islam dan mengucapkan syahadat yang benar. Addi melanjutkan kisahnya, bahawa setelah itu dia melihat wajah Rasulullah Saw. bersinar ceria, lalu bersabda: Sesungguhnya orang-orang Yahudi itu dimurkai dan orang-orang Nasrani itu orang-orang yang sesat.
Masyarakat kita pun melakukan kesalahan yang sama juga sebenarnya. Kita banyak hanya berpegang sahaja kepada pendapat yang dikeluarkan oleh ulama atau ustaz. Kita tidak tanya pun dari mana dalil yang mereka bawa itu – adakah dari wahyu.
Selalunya ada pendapat yang dikeluarkan itu dari manusia sahaja, yang didapati dalam kitab. Kita bukan tolak pendapat ulama atau kitab. Tapi ulama atau kitab itu kenalah naqalkan/bawakan dalil dari wahyu – sama ada dari Qur’an atau hadis sahih. Malangnya, masyarakat kita malas berfikir, maka apa sahaja yang keluar dari mulut manusia yang pandang sebagai ada faham agama, mereka terima bulat-bulat.
Ulama dan ustaz pula selalunya garang tak tentu fasal – kalau ditanya dan diminta dalil, ramai yang marah. Sedangkan mereka sendiri sepatutnya bawa dalil awal-awal lagi. Kerana agama ini tertegak atas nas. Bukannya kitab itu dan ini. Tidak semua dalam kitab yang ditulis oleh manusia itu benar. Kerana terlalu percaya apa yang ada dalam kitablah yang menyebabkan agama kita ini sedang bercelaru. Kerana banyak sangat pendapat yang tidak diambil dari nas yang sahih.
وَالمَسيحَ ابنَ مَريَمَ
dan Al Masih putera Maryam,
Dan ada antara mereka juga menjadikan Nabi Isa sebagai tuhan. Mereka angkat kedudukan baginda melebihi yang sepatutnya. Inilah juga yang kita takut terjadi dalam masyarakat kita. Ada yang mengangkat kedudukan Nabi Muhammad melebihi dari yang sepatutnya. Sedangkan Nabi sendiri sudah berpesan jangan buat begitu.
Sebagai contoh, ada yang minta berkat terus dengan Nabi, minta syafaat terus dengan Nabi; dan macam-macam lagi perkara salah yang dilakukan; termasuk ada yang kata Nabi Muhammad itu bukan ‘manusia biasa’ sedangkan Nabi Muhammad sendiri disuruh beritahu bahawa baginda adalah manusia – ini terdapat dalam banyak ayat Qur’an.
Tetapi masyarakat kita tidak faham Qur’an kerana tidak terasa nak belajar tafsir Qur’an. Kerana itu banyak fahaman dan amalan yang pelik dalam masyarakat kita dari dulu sampai sekarang. Kalau kita tidak perbetulkan dengan sampaikan ajaran wahyu ini, entah apalah yang akan terjadi kepada masyarakat kita kelak.
وَما أُمِروا إِلّا لِيَعبُدوا إِلٰهًا واحِدًا
padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa,
Puak-puak ahli kitab itu telah melakukan kesalahan mengangkat selain Allah sebagai tuhan, sebagai ilah sembahan dan seruan mereka. Sedangkan mereka tidak diarahkan dalam kitab mereka sendiri melainkan untuk sembah Allah yang esa sahaja.
Ajaran menaikkan kedudukan makhluk lebih dari sepatutnya tidak ada dalam kitab mereka pun. Sebagai contoh, tidak ada dalam Injil itu yang mengatakan yang Nabi Isa itu adalah tuhan, malah sebagai anak Tuhan pun. Tapi ianya disebut dalam kitab-kitab tulisan tangan manusia.
Mereka lebih mempelajari dan mempercayai apa yang ditulis dalam kitab yang ditulis oleh ahli agama mereka. Begitulah yang terjadi dalam masyarakat Islam kita pun – pegang sangat ajaran dalam kitab seolah-olah itulah wahyu. Mereka tidak periksa pun sama ada yang tertulis dalam kitab itu selari dengan nas agama atau tidak.
Ramai yang marah kalau kita sebut begini – mereka kata mana ada mereka menjadikan para Nabi sebagai ilah. Mereka yang kata begitu adalah kerana mereka tidak faham konsep ilah. Ketahuilah, mereka yang seru Nabi itu telah menjadikan Nabi itu sebagai ilah. Padahal ilah itu hanya Allah sahaja. Oleh itu, mereka menduakan ilah, bukan menduakan Allah. Oleh itu kena faham dimanakah salahnya.
Termasuk kesalahan yang disebut dalam ayat ini adalah menerima hukum yang disyariatkan oleh manusia, itu juga menduakan ilah. Kalau dalam Kristian, mereka menjadikan Pope mereka sebagai pembuat hukum. Bagaimana dengan kita? Tidakkah kita juga menjadikan mereka yang dipanggil sebagai ‘ulama’ sebagai pembuat hukum?
Ayat 32:
يُريدونَ أَن يُطفِئوا نورَ اللَّهِ بِأَفواهِهِم وَيَأبَى اللَّهُ إِلّا أَن يُتِمَّ نورَهُ وَلَو كَرِهَ الكافِرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They want to extinguish the light of Allāh with their mouths, but Allāh refuses except to perfect His light, although the disbelievers dislike it.
(MALAY)
Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.
يُريدونَ أَن يُطفِئوا نورَ اللَّهِ بِأَفواهِهِم
Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka,
Lafaz نورَ اللَّهِ bermaksud ‘agama Allah’. Allah kaitkan ‘cahaya’ dengan agama Islam kerana agama ini membawa manusia keluar dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.
Ada puak kufur dari kalangan Ahli Kitab yang ingin memadamkan agama Allah. Dan mereka hendak melakukannya dengan lidah mereka, iaitu menggunakan proganda dan diayah palsu mereka. Ramai dari kalangan mereka yang mengkritik Islam supaya manusia curiga dengan agama. Mereka menggunakan media massa yang mereka kawal, untuk mencapai hasrat itu, sama ada dengan berita dunia, dengan filem atau dengan media cetak.
Mereka lakukan itu semua kerana mereka memang benci dengan Islam. Mereka tidak suka apa-apa sahaja yang terlibat dengan Islam. Kalau mereka nampak orang Islam tutup aurat, mereka benci, kalau nampak masjid pun mereka benci juga. Hati mereka tidak puas kalau lihat Islam senang. Kalau tengok ada orang berjambang pun, mereka sudah geram.
Allah bandingkan agamaNya dengan cahaya, dan kita pun tahu ada jenis binatang-binatang yang tidak suka cahaya dan kalau ada sikit cahaya pun, mereka tidak suka. Begitulah juga dengan orang-orang kafir yang benci kepada Islam.
Allah mengumpamakan perbuatan mereka itu dengan seseorang yang berkeinginan memadamkan sinar matahari atau cahaya bulan dengan tiupan. Dengan kata lain, hal ini jelas tidak mungkin dan tidak ada jalan untuk mereka berjaya. Maka demikian pula apa yang disampaikan oleh Allah melalui Rasul-Nya, pasti akan sempurna dan akan menang.
وَيَأبَى اللَّهُ إِلّا أَن يُتِمَّ نورَهُ
Allah tidak menghendaki begitu, selain menyempurnakan cahaya-Nya,
Walaupun mereka berusaha dengan teruk sekali, tetapi Allah enggan menghidupkan kehendak mereka. Allah takkan menjayakan rancangan mereka itu. Maka biarlah apa yang mereka hendak lakukan kerana ianya tidak akan berjaya.
Maka jangan kita kelam kabut dengan perkara ini. Jangan kita melatah dan melompat apabila ada orang yang mengutuk Islam, caci Islam di media massa dan sebagainya. Itu adalah cubaan mereka sahaja dan Allah tidak akan menjayakannya. Kita kena tawakal kepada Allah sahaja iaitu serahkan sahaja kepada Allah untuk menyelesaikan hal itu.
Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya jika ada di kalangan hambaNya yang ingin menghidupkan agama ini. Maknanya, kita kena jalankan kerja kita untuk menghidupkan agama Allah ini. Kenalah kita mengamalkan Islam dengan benar dan kenalah kita sampaikan Islam ini kepada manusia yang lain. Allah nak kita mulakan sahaja, dan Dia akan tolong.
وَلَو كَرِهَ الكافِرونَ
walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.
Allah akan tetap memenangkan agama Islam, walaupun orang kafir cuba nak memadamkannya. Walaupun mereka tidak suka, tapi agama Islam pasti akan tertegak juga.
Dalam ayat ini, disebut ‘orang-orang kafir’. Ini merujuk kepada mereka yang benci kepada Islam dan melakukan usaha untuk menjatuhkan Islam. Bukanlah semua orang kafir tidak suka Islam. Ada yang baik dengan orang Islam, bantu orang Islam; dan ada yang tidak kisah pun dengan kita – mereka hidup cara mereka dan kita hidup dengan cara kita. Mereka tidak cari pasal pun dengan kita.
Jadi, janganlah kita samakan semua orang yang kafir itu dengan ‘kafir’ yang disebut dalam ayat ini. Ada orang bukan Islam tapi mereka tidak ‘kafir’. Begitulah penggunaan kalimah ‘kafir’ dalam Qur’an yang merujuk kepada mereka yang menentang agama Islam sahaja. Kalau yang tidak menentang, kita tidak gelar mereka ‘kafir’.
Ayat 33:
هُوَ الَّذي أَرسَلَ رَسولَهُ بِالهُدىٰ وَدينِ الحَقِّ لِيُظهِرَهُ عَلَى الدّينِ كُلِّهِ وَلَو كَرِهَ المُشرِكونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
It is He who has sent His Messenger with guidance and the religion of truth to manifest it over all religion, although they who associate others with Allāh dislike it.
(MALAY)
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.
هُوَ الَّذي أَرسَلَ رَسولَهُ بِالهُدىٰ وَدينِ الحَقِّ
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar
Dialah yang telah memilih rasulNya sebagai utusan untuk menyampaikan agamaNya kepada manusia.
Rasul itu bukan datang dengan tangan kosong tapi Allah bekalkan dengan diberi wahyu. Nabi Muhammad telah diberi Qur’an.
Dan Rasulullah juga telah diberi dengan دينِ الحَقِّ iaitu penghayatan Qur’an. Dari pemahaman Qur’an itulah yang menjadi agama. Oleh itu kita kena sedar yang agama ini menjadi haq apabila Qur’an dihayati dan diamalkan, Barulah ia akan jadi agama. Kerana kalau ayat-ayat Qur’an itu terus duduk dalam kitab tanpa dipelajari dan diamalkan, ianya jadi Qur’an sahajalah.
Kita kena sedar yang agama itu adalah akidah dan cara hidup. Apabila dikatakan ianya cara hidup, ianya kena diamalkan. Jangan kita jahil tentang wahyu Allah ini dan kerana itu kita kena sampaikan kepada manusia.
لِيُظهِرَهُ عَلَى الدّينِ كُلِّهِ
untuk dimenangkan-Nya atas segala agama,
Tujuan diutuskan Rasul, diberi dengan wahyu dan disuruh menghayati wahyu itu adalah supaya dizahirkan agama Islam ke atas fahaman dan cara hidup yang lain, semua sekali. Tidak ada agama lain selain Islam, jadi agama lain kena kalah dengan Islam.
Oleh kerana itu, kita kena jaja agama Islam untuk dihidupkan. Maksudnya kita kena dakwah dan sampaikan kepada manusia seluruhnya. Kita kena faham bahawa agama ini ada dua sahaja dalam dunia: sama ada agama Islam atau agama selain Islam. Kerana agama selain Islam, tidak kira apa agama pun, adalah satu jenis sahaja – kafir.
قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ، حَدَّثَنَا سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ، عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الأمرُ مَا بَلَغَ الليلُ وَالنَّهَارُ، وَلَا يَتْرُكُ اللَّهُ بَيْتَ مَدَر وَلَا وَبَر إِلَّا أَدْخَلَهُ هَذَا الدِّينَ، بعِزِّ عَزِيزٍ، أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ، عِزًّا يُعِزُّ اللَّهُ بِهِ الْإِسْلَامَ، وَذُلًّا يُذِلُّ اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ”،
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mugirah, telah menceritakan kepada kami Safwan, telah menceritakan kepada kami Salim ibnu Amir, dari Tamim Ad-Dari r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya perkara ini (agama Islam) akan mencapai apa yang dicapai oleh malam dan siang hari. Dan Allah tidak akan membiarkan suatu kota pun tidak pula suatu kampung pun melainkan dimasuki oleh agama ini. Agama ini memuliakan orang yang mulia dan menghinakan orang yang hina; ia menjadi mulia kerana Allah memuliakannya melalui agama Islam, dan menjadi terhina kerana Allah menghinakan orang kafir melaluinya.
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad disebutkan pula bahawa:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَدِيّ، عَنْ ابْنِ عَوْنٍ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي حُذَيْفَةَ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ سَمِعَهُ يَقُولُ: دَخَلْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: “يَا عَدِيُّ، أَسْلِمْ تَسْلَمْ”. فَقُلْتُ: إِنِّي مِنْ أَهْلِ دِينٍ. قَالَ: “أَنَا أَعْلَمُ بِدِينِكَ مِنْكَ”. فَقُلْتُ: أَنْتَ أَعْلَمُ بِدِينِي مِنِّي؟ قَالَ: “نَعَمْ، أَلَسْتَ مَنِ الرَّكُوسِيَّة، وَأَنْتَ تَأْكُلُ مِرْبَاعَ قَوْمِكَ؟ “. قُلْتُ: بَلَى. قَالَ: “فَإِنَّ هَذَا لَا يَحِلُّ لَكَ فِي دِينِكَ”. قَالَ: فَلَمْ يَعْدُ أَنْ قَالَهَا فَتَوَاضَعْتُ لَهَا، قَالَ: “أَمَا إِنِّي أَعْلَمُ مَا الَّذِي يَمْنَعُكَ مِنَ الْإِسْلَامِ، تَقُولُ: إِنَّمَا اتَّبَعَهُ ضَعَفَةُ النَّاسِ وَمَنْ لَا قُوَّةَ لَهُ، وَقَدْ رَمَتْهم الْعَرَبُ، أَتَعْرِفُ الْحِيرَةَ؟ ” قُلْتُ: لَمْ أَرَهَا، وَقَدْ سَمِعْتُ بِهَا. قَالَ: “فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لِيُتِمَّنَّ اللَّهُ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى تَخْرُجَ الظَّعِينة مِنَ الْحِيرَةِ، حَتَّى تَطُوفَ بِالْبَيْتِ فِي غَيْرِ جِوَارِ أَحَدٍ، وَلَتَفْتَحُنَّ كُنُوزَ كِسْرَى بْنِ هُرْمُزَ”. قُلْتُ: كِسْرَى بْنُ هُرْمُزَ؟. قَالَ: “نَعَمْ، كِسْرَى بْنُ هُرْمُزَ، وليُبْذَلنَّ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ”. قَالَ عَدِيُّ بْنُ حَاتِمٍ: فَهَذِهِ الظَّعِينَةُ تَخْرُجُ مِنْ الْحِيرَةِ، فَتَطُوفُ بِالْبَيْتِ فِي غَيْرِ جِوَارِ أَحَدٍ، وَلَقَدْ كُنْتُ فِيمَنْ فَتَحَ كُنُوزَ كِسْرَى بْنِ هُرْمُزَ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَتَكُونَنَّ الثَّالِثَةَ؛ لِأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قد قَالَهَا
telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abu Addi, dari Ibnu Aun, dari Ibnu Sirin, dari Abu Huzaifah, dari Addi ibnu Hatim. Abu Huzaifah mengatakan bahawa dia pernah mendengar Addi ibnu Hatim menceritakan hadis berikut bahawa dia masuk menemui Rasulullah Saw. Maka Rasulullah Saw. bersabda, “Hai Addi, masuk Islamlah kamu, maka selamatlah kamu.” Addi menjawab, “Saya telah memeluk suatu agama.” Rasulullah Saw. bersabda, “Aku lebih mengetahui agamamu daripada kamu.” Addi bertanya, “Benarkah engkau lebih mengetahui agamaku daripada aku sendiri?” Rasulullah Saw. menjawab, “Ya, bukankah kamu dari kalangan Raksawiyyah, dan kamu biasa memakan (memungut) ufti kaummu?” Addi ibnu Hatim menjawab, “Memang benar.” Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya hal itu tidak dihalalkan menurut agamamu.” Addi ibnu Hatim mengatakan bahawa Nabi Saw. tidak mengulangi ucapannya itu sehingga dia merasa rendah diri dan malu kepadanya. Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya aku mengetahui hal yang menghambatmu untuk masuk Islam. Kamu menduga bahawa agama Islam hanyalah diikuti oleh orang-orang yang lemah yang tidak mempunyai kekuatan, dan memang dugaan yang serupa telah dilontarkan pula oleh orang-orang Arab. Tahukah kamu Hirah?’ Addi ibnu Hatim menjawab, “Saya belum pernah melihatnya, tetapi saya pernah mendengarnya.” Rasulullah Saw. bersabda: Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaannya, sesungguhnya Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehingga seorang wanita berpergian dari Hirah, lalu melakukan tawaf di Baitullah tanpa ditemani oleh seorang lelaki pun (yakni keadaan atau situasi masa itu sangat aman). Dan sesungguhnya kelak perbendaharaan kerajaan Persia benar-benar akan dibuka (dikuasai oleh kaum Muslim). Addi ibnu Hatim berkata, “Apakah yang dimaksud adalah kerajaan Kisra Ibnu Hurmuz?, Nabi SAW Bersabda : Ya, Kisra ibnu Hurmuz; dan sesungguhnya harta benda akan diberikan hingga tidak ada lagi seseorang yang mahu menerimanya. Addi ibnu Hatim mengatakan, “Musafir wanita itu memang telah berangkat dari Hirah, lalu melakukan tawaf di Baitullah tanpa ditemani oleh seorang lelaki pun. Dan sesungguhnya aku termasuk salah seorang yang ikut membuka perbendaharaan Kisra ibnu Hurmuz. Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, akan terjadi hal yang ketiga, kerana Rasulullah Saw. telah menyebutkannya (yakni saat harta benda diberikan, kemudian tiada seorang pun yang mau menerimanya; yang dimaksudkan ialah dekat hari kiamat. Pent.).”
وَلَو كَرِهَ المُشرِكونَ
walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.
Allah akan menangkan agama Islam ini atas agama-agama lain, sekali pun tidak disukai orang musyrik.
Kesyirikan itu banyak jenis. Jadi kita kena faham hal syirik itu supaya kita tidak terjerumus. Mereka yang ada fahaman syirik tentu tidak suka ajaran agama Islam yang sebenar diamalkan. Mereka akan tentang dan mereka akan lawan. Kerana mereka itu dibantu dan dibisikkan oleh syaitan.
Malangnya, ramai yang tidak faham apakah itu syirik, sampaikan umat Islam sendiri pun tidak faham kerana mereka tidak belajar. Mereka sangka mereka mengamalkan Islam, tapi mereka tidak beriman dengan sempurna. Mereka buat amal ibadat Islam, tapi dalam masa yang sama, mereka bertawasul kepada Nabi, wali dan malaikat.
Mereka tidak perasan yang mereka buat ibadat kepada Nabi, wali dan malaikat; mereka berdoa kepada Nabi, wali dan malaikat; dan mereka menjadikan Nabi, wali dan malaikat itu sebagai wasilah mereka dalam doa dan ibadah.
Dan banyak lagi fahaman syirik lain yang diamalkan oleh manusia termasuk umat Islam sendiri. Antaranya mereka sangka ada makhluk yang tahu ilmu ghaib, sedangkan hanya Allah sahaja yang tahu ilmu ghaib; mereka sangka ada wali-wali yang mengurus alam ini, sedangkan Allah sahaja yang menguruskan alam ini tanpa bantuan dari para wali.
Dan banyak lagi yang panjang kalau disebut satu persatu. Kena belajar seluruh ayat Qur’an baru akan dapat satu persatu apakah perkara yang melibatkan syirik itu. Dan ini hanya boleh difahami kalau belajar tafsir Qur’an.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan