Tafsir Surah al-A’raf Ayat 164 – 167 (Jangan tahan orang beri nasihat)

Ayat 164: Sambungan kisah umat Yahudi yang menangkap ikan pada hari Sabtu itu.

وَإِذ قالَت أُمَّةٌ مِنهُم لِمَ تَعِظونَ قَومًا ۙ اللَّهُ مُهلِكُهُم أَو مُعَذِّبُهُم عَذابًا شَديدًا ۖ قالوا مَعذِرَةً إِلىٰ رَبِّكُم وَلَعَلَّهُم يَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when a community among them said, “Why do you advise [or warn] a people whom Allāh is [about] to destroy or to punish with a severe punishment?” they [the advisors] said, “To be absolved before your Lord and perhaps they may fear Him.”

MALAY

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan binasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan mudah-mudahan mereka bertaqwa”.

وَإِذ قالَت أُمَّةٌ مِنهُم لِمَ تَعِظونَ قَومًا

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum

Semasa sebahagian dari mereka itu menangkap ikan pada hari Sabtu itu, ada golongan lain yang menasihati dari berbuat mungkar itu. Mereka ingatkan balik kepada puak yang bersalah itu tentang larangan Allah. Mereka ingatkan kembali untuk menghormati hari Sabtu, jangan tangkap ikan lagi pada hari itu. Kerana telah jelas yang mereka telah melanggar hukum Allah.

Mereka yang menangkap ikan itu memang menggunakan alasan – mereka kata mereka tak tangkap ikan hari Sabtu, mereka cuma tahan pukat sahaja pada hari Jumaat dan angkat balik pada hari Ahad. Tapi itu bukanlah alasan yang benar kerana hakikatnya, mereka telah melanggar arahan dari Allah.

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

اللَّهُ مُهلِكُهُم أَو مُعَذِّبُهُم عَذابًا شَديدًا

yang Allah akan binasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?”

Selepas ada satu pihak yang menegur mereka yang melakukan kesalahan itu, ada pula golongan ketiga yang tegur balik kepada orang yang menasihati. Pihak ketiga ini pun tidaklah terlibat dalam menangkap ikan hari Sabtu itu, tapi dia boleh pula tegur golongan yang menegur itu: “kenapa nak nasihat mereka lagi?”.

Pada mereka, golongan yang sudah melakukan kesalahan itu tidak ada harapan lagi, dan Tuhan akan binasakan mereka atau mengenakan mereka dengan azab yang amat berat. Pada mereka, buang masa sahaja tegur mereka itu.

Oleh itu, ayat ini menyebut tiga golongan:

  1. Yang buat kesalahan menangkap ikan hari Sabtu.
  2. Yang menasihati mereka
  3. Yang menegur mereka yang menasihat. Pada mereka, sudah tak perlu tegur, buang masa sahaja.

Macam kita juga lah, kadang-kadang kita tengok seseorang itu sudah teruk sangat, kita rasa kalau kita nasihat dia, buang masa sahaja, bukan dia nak dengar pun. Jadi, ayat ini berkenaan perkara itu. Ia tentang memberi nasihat dan bukan hanya tentang kesalahan menangkap ikan sahaja. Kesalahan menangkap ikan itu sebagai satu contoh sahaja.

Lihatlah pihak ketiga dalam ayat ini kata, mereka yang buat kesalahan itu sudah ditetapkan oleh Allah akan mendapat azab. Bagaimana dia tahu? Sedangkan ini adalah perkara ghaib dan pintu taubat belum tertutup lagi. Jadi, mereka itu sebenarnya telah mendahului takdir. Mereka memandai buat keputusan sendiri. Ini adalah satu kesalahan yang amat besar yang mungkin kita pun pernah melakukannya.

قالوا مَعذِرَةً إِلىٰ رَبِّكُم

Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu,

Mereka yang memberi nasihat itu adalah golongan yang menjalankan suruhan Allah tentang memberi nasihat dalam amar makruf dan nahi mungkar. Mereka itu menjawab setelah mereka ditegur oleh golongan ketiga yang tidak faham tentang perkara ini: Kami beri nasihat supaya nanti kami ada alasan di depan Tuhan. Nanti apabila Tuhan tanya, apa yang kita telah lakukan sebagai khalifah di bumi, kita boleh jawab yang kita telah beri nasihat, manusia sahaja yang tidak dengar. Tapi kita tidaklah melihat sahaja.

Jadi, inilah sepatutnya menjadi jawapan kita. Kita sudah nampak mereka melakukan kesalahan, dan kita tegur mereka. Jadi kita sudah tidak bersalah dengan Allah kerana kita telah menjalankan suruhan Allah, iaitu memberi nasihat kepada manusia.

Ia juga ada kebaikan untuk kita, kerana apabila kita mengingatkan orang lain, ianya adalah peringatan kepada diri kita juga. Kerana kita ini insan, selalu terlupa. Maka, apabila kita ingatkan orang lain, tentulah kita sendiri malu nak buat perkara yang salah itu.

وَلَعَلَّهُم يَتَّقونَ

dan mudah-mudahan mereka bertaqwa”.

Dan keduanya mereka kata, mereka beri nasihat itu supaya yang sedang melakukan kesalahan itu sedar, dan tinggalkan kesalahan mereka itu kalau mereka dapat dengar nasihat. Mungkin ada yang akan dengar, dan mungkin ada yang tidak akan dengar. Tapi bagaimana kita nak tahu, selagi kita tidak mula beri nasihat?

Kita tidak buat boleh buat keputusan sendiri. Jangan kita lihat orang dan kita cakap dalam hati kita: “orang ini tidak akan dengar nasihat”. Ini tidak patut kerana kita tidak tahu hati orang lain. Pintu taubat belum tertutup lagi untuk mereka.

Mungkin kalau mereka dinasihati, mereka akan tinggalkan, dan kita akan dapat saham kerana kita yang memberi nasihat itu. Dan kalau mereka tidak berhenti pun, kita sudah tentu dapat pahala kerana kita telah menjalankan nasihat itu. Kerana Allah bukan beri pahala kalau berjaya sahaja – tidak berjaya pun Allah beri pahala juga.

Jadi, ayat ini amat penting untuk kita ingat sampai bila-bila. Kerana perkara ini akan selalu terjadi dalam kehidupan kita seharian. Kita kena faham bahawa kita kena masuk dalam golongan yang menasihati itu. Jangan jadi pihak yang ketiga, menahan orang beri nasihat.

Sudahlah mereka itu tidak beri nasihat, mereka pula tahan orang lain untuk beri nasihat. Itu pun adalah kesalahan besar juga. Kita sepatutnya membantu orang yang memberi nasihat, bukannya memadamkan semangat orang yang memberi nasihat. Memang yang menghalang beri nasihat itu, buat keputusan macam itu kerana mungkin mereka dulu pernah beri nasihat, tapi orang tak dengar.

Tapi itu bukan alasan untuk tidak memberi nasihat. Kita tidak boleh samakan semua orang. Ada orang yang boleh terima nasihat dan ada yang susah. Yang penting kita kena sampaikan nasihat dan teguran kepada orang lain. Kalau mereka tidak dapat kebaikan dari nasihat itu, kita yang memberi nasihat ini yang pasti dalam pahala dan kebaikan.


Ayat 165:

فَلَمّا نَسوا ما ذُكِّروا بِهِ أَنجَينَا الَّذينَ يَنهَونَ عَنِ السّوءِ وَأَخَذنَا الَّذينَ ظَلَموا بِعَذابٍ بَئيسٍ بِما كانوا يَفسُقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they [i.e., those advised] forgot that by which they had been reminded, We saved those who had forbidden evil and seized those who wronged, with a wretched punishment, because they were defiantly disobeying.

MALAY

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

فَلَمّا نَسوا ما ذُكِّروا بِهِ

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, 

Mereka yang menangkap ikan pada hari Sabtu tetap tidak menghiraukan nasihat yang diberikan oleh golongan kedua (yang memberi nasihat). Mereka telah menggali lubang pada pantai, dan bila air pasang, ikan-ikan masuk dalam lubang itu dan bila air surut balik, ikan-ikan yang banyak itu telah terperangkap di dalamnya.

Begitulah cara mereka menangkap ikan hari Sabtu itu. Tidaklah mereka benar-benar pergi turun menangkap ikan pun. Mereka ‘pusing cerita’ sedikit, nak tunjuk macam mereka tidak tangkap, tapi tangkap juga sebenarnya. Ini kerana Allah murka juga dan tidak terima alasan mereka itu.

Berapa banyak dalam kalangan kita yang cuba ‘pusing cerita’ dalam hal agama? Sebagai contoh, bersanding semasa kahwin itu adalah haram, dan kita tidak boleh pergi ke majlis sebegitu. Tapi ada yang kata mereka pergi ‘sebelum’ atau ‘selepas’ persandingan itu. Tidakkah itu dikira sebagai ‘pusing’ juga? Hakikatnya, kamu masih lagi meraikan majlis itu, bukan?

أَنجَينَا الَّذينَ يَنهَونَ عَنِ السّوءِ

Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, 

Allah selamatkan golongan yang buat amar makruf nahi mungkar, iaitu mereka yang memberi nasihat. Inilah golongan kedua yang memberi nasihat itu.

وَأَخَذنَا الَّذينَ ظَلَموا بِعَذابٍ بَئيسٍ

dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat,

Dan mereka yang degil untuk menerima nasihat dan terus melakukan kesalahan yang dilarang, mereka telah dikenakan dengan azab. Nanti akan diberitahu ang mereka telah ditukar menjadi kera. Selepas tiga hari, mereka mati.

بِما كانوا يَفسُقونَ

disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

Bukan Allah suka-suka nak kenakan azab kepada mereka, tapi kerana mereka fasik, tidak mahu taat kepada hukum.

Dalam ayat ini, Allah beritahu yang Dia selamatkan golongan yang memberi nasihat. Tapi bagaimana pula dengan golongan ketiga? Mereka tidak tangkap ikan itu, tapi mereka tidak menegur orang yang buat kesalahan itu. Malah apabila ada golongan yang menegur, golongan ketiga ini pula menegur golongan yang menegur, mereka kata buang masa nak tegur. Bagaimana dengan mereka?

Ada khilaf pendapat tentang nasib mereka. Ada yang kata, azab yang dikenakan itu hanya kepada kumpulan yang menangkap ikan sahaja. Tapi ada juga yang mengatakan, mereka yang senyap tidak menegur itu pun dikenakan dengan azab juga. Kerana kesalahan tidak menegur mereka yang buat salah.

Inilah yang terjadi kalau kita senyap membisu apabila agama Allah dikhianati dan hukumNya dirobek. Kita tak buat salah, tapi bila tak tegur, orang yang buat salah itu tidak ada rasa bersalah. Mereka senang sahaja buat kesalahan tapi tidak ada orang yang tegur.


Ayat 166: Penjelasan tentang apakah azab yang dikenakan.

فَلَمّا عَتَوا عَن ما نُهوا عَنهُ قُلنا لَهُم كونوا قِرَدَةً خاسِئينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when they were insolent about that which they had been forbidden, We said to them, “Be apes, despised.”

MALAY

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

فَلَمّا عَتَوا عَن ما نُهوا عَنهُ

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya,

Mereka tidak berhenti dari buat perkara yang dilarang. Memang ramai manusia macam ini. Jenis tidak dengar kata, tidak mahu terima nasihat yang baik.

قُلنا لَهُم كونوا قِرَدَةً خاسِئينَ

Kami katakan kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

Mereka ditukarkan menjadi kera yang hina dina. Mereka hanya dapat hidup tiga hari sahaja dan mati belaka selepas itu. Kena diberitahu yang mereka itu mati kemudiannya, sebab kalau tidak diberitahu, ada sahaja yang akal tidak berapa betul, menggunakan hujah ini sebagai dalil yang kata kera-kera sekarang adalah keturunan dari mereka. Jadi, hujah bodoh itu ditutup dengan kita beritahu, mereka tidak sempat nak membiak pun, tiga hari sudah mati.


Ayat 167:

وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَيَبعَثَنَّ عَلَيهِم إِلىٰ يَومِ القِيامَةِ مَن يَسومُهُم سوءَ العَذابِ ۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَريعُ العِقابِ ۖ وَإِنَّهُ لَغَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] when your Lord declared that He would surely [continue to] send upon them until the Day of Resurrection those who would afflict them with the worst torment. Indeed, your Lord is swift in penalty; but indeed, He is Forgiving and Merciful.

MALAY

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu:

Ini adalah pengumuman dari Allah. Pengumuman yang kuat.

لَيَبعَثَنَّ عَلَيهِم إِلىٰ يَومِ القِيامَةِ مَن يَسومُهُم سوءَ العَذابِ

Bahawa sesungguhnya Dia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya 

Kepada mereka yang telah menangkap ikan hari Sabtu itu, mereka dikenakan dengan azab hingga ke hari kiamat. Kaum mereka juga tidak dihargai dan mereka tidak akan ada negara untuk mereka. Mereka dibenci dari zaman berzaman.

Lihatlah sekarang bagaimana semua negara di dunia ini tidak suka kepada mereka. Kerana benci kepada merekalah, Hitler telah membunuh ramai dari kalangan mereka. Mereka sampai kena tumpang dengan kuasa lain. Mereka dilayan kerana mereka ada kekayaan dan kepandaian keduniaan mereka sahaja. Sampai sekarang, kita boleh lihat bagaimana Israel itu kena bergantung kepada kuasa Amerika.

Dan negara pun tidak ada, sampai kena ambil negara orang lain – Palestin. Begitulah kehinaan yang diberikan kepada mereka, sebagaimana pengumuman dari Allah ini.

إِنَّ رَبَّكَ لَسَريعُ العِقابِ

Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, 

Allah boleh kenakan azab kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Kalau Allah mahu kenakan azab, Allah boleh segerakan azab itu. Tidak ada sesiapa yang boleh halang atau tangguhkan.

وَإِنَّهُ لَغَفورٌ رَحيمٌ

dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tetapi dalam masa yang sama, kalau ada yang sanggup untuk meminta ampun, sanggup mengubah keadaan mereka dari tidak taat kepada kembali taat kepada Allah, Allah amat pengampun. Kerana Allah amat mengasihani hambaNya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 8 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

2 thoughts on “Tafsir Surah al-A’raf Ayat 164 – 167 (Jangan tahan orang beri nasihat)”

    1. Haram banyak sebab:
      1. Tabarruj
      2. mempertayangkan wanita di khalayak ramai
      3. membazir
      4. bercampur gaul lelaki wanita dalam majlis itu
      5. ada muzik pula selalunya
      6. tambah lagi berjoget.

      Itu haram. Yang lebih teruk adalah syirik:
      1. bila renjis. ini memang amalan agama Hindu. apakah hukum ikut amalan agama lain?
      2. kalau bersanding sahaja sudah syirik. bersanding itu adalah amalan agama Hindu. kerana mengingati perkahwinan Sri Rama dan Sita Devi. Mereka abadikan dalam patung dua dewa itu, dan bila mereka berkahwin pun ikut cara itu. kita yang agama Islam ini pula ikut amalan agama lain. Itu adalah syiar agama Hindu dan kita senang hati sahaja buat.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s