A’raf Ayat 161:
وَإِذ قيلَ لَهُمُ اسكُنوا هٰذِهِ القَريَةَ وَكُلوا مِنها حَيثُ شِئتُم وَقولوا حِطَّةٌ وَادخُلُوا البابَ سُجَّدًا نَّغفِر لَكُم خَطيئٰتِكُم ۚ سَنَزيدُ المُحسِنينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And [mention, O Muḥammad], when it was said to them, “Dwell in this city [i.e., Jerusalem] and eat from it wherever you will and say, ‘Relieve us of our burdens [i.e., sins],’ and enter the gate bowing humbly; We will [then] forgive you your sins. We will increase the doers of good [in goodness and reward].”
MALAY
Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: “Tinggallah dalam bandar ini dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai, dan berdoalah dengan berkata: `(Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) ‘, dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan”.
وَإِذ قيلَ لَهُمُ اسكُنوا هٰذِهِ القَريَةَ
Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: “Tinggallah dalam bandar ini
Setelah mereka sesat selama 40 tahun di Padang Pasir Tih, dan setelah habis keturunan yang degil dulu, dan yang tinggal adalah anak cucu mereka, maka mereka telah diarahkan oleh Allah untuk memasuki Bandar Jurusalem. Tempat itu telah ditetapkan untuk mereka. Ianya adalah tempat asal Nabi Ya’kob.
وَكُلوا مِنها حَيثُ شِئتُم
dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai,
Di dalamnya juga nanti mereka akan mendapat nikmat yang banyak, dimana akan ada makanan untuk mereka juga. Allah telah beri makanan kepada mereka semasa di Padang Tih dan mereka akan dapat juga makanan di Bandar itu.
وَقولوا حِطَّةٌ
dan berdoalah dengan berkata: ` (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) ‘,
Tapi kerana mereka telah mendapat segala nikmat itu, hendaklah mereka semasa masuk ke Bandar itu, mengucapkan permohonan gugur dosa mereka. Mintalah ampun kepada Allah kerana mereka banyak kesalahan yang telah dilakukan. Itu adalah syarat dan Allah ajar mereka apa nak disebut.
وَادخُلُوا البابَ سُجَّدًا
dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri,
Dan hendaklah mereka semasa memasuki pintu gerbang kota dengan dengan keadaan tunduk, jangan meninggi diri. Mereka dapat masuk ke bandar itu pun kerana nikmat yang Allah berikan. Bukanlah mereka menang dengan kekuatan mereka sendiri tapi qudrat dari Allah.
نَّغفِر لَكُم خَطيئٰتِكُم
supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu.
Kalau mereka melakukan itu semua, Allah janji akan ampunkan dosa-dosa mereka yang banyak itu.
سَنَزيدُ المُحسِنينَ
Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan”.
Dan Allah berjanji akan memberi nikmat tambahan lagi kepada mereka, tanpa disangka-sangka. Mereka sekarang dijanjikan dengan nikmat-nikmat yang lebih banyak lagi. Mereka akan dapat semua itu asalkan mereka mahu berbuat baik.
Ayat 162: Bani Israil itu disuruh untuk masuk ke Bandar Jurusalem dengan merendahkan diri dan meminta ampun kepada Allah. Tapi apakah yang mereka lakukan?
فَبَدَّلَ الَّذينَ ظَلَموا مِنهُم قَولًا غَيرَ الَّذي قيلَ لَهُم فَأَرسَلنا عَلَيهِم رِجزًا مِنَ السَّماءِ بِما كانوا يَظلِمونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
But those who wronged among them changed [the words] to a statement other than that which had been said to them. So We sent upon them a punishment from the sky for the wrong that they were doing.
MALAY
Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.
فَبَدَّلَ الَّذينَ ظَلَموا مِنهُم قَولًا غَيرَ الَّذي قيلَ لَهُم
Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka.
Tapi ada dari kalangan mereka yang zalim yang menyebut perkataan lain dari yang diajar. Mereka ubah dengan kalimah yang lain. Ini disebut dalam Baqarah:59 dengan lebih lanjut.
فَأَرسَلنا عَلَيهِم رِجزًا مِنَ السَّماءِ بِما كانوا يَظلِمونَ
Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.
Oleh kerana kezaliman mereka itu, mereka telah dikenakan dengan azab taun dari langit.
Ayat-ayat ini menunjukkan betapa susahnya Nabi Musa untuk tarbiyah kaum baginda kerana mereka amat degil dan tidak mengerti bahasa.
Habis Ruku’ 20 dari 24 ruku’ dalam surah ini.
Ayat 163: Ini adalah ayat takhwif ukhrawi. Ianya adalah kisah penutup dan bersangkut dengan Bani Israil. Kisah ini sudah disebut dalam Baqarah:65. Tetapi dari segi kronologi, ianya disebut dalam Surah al-A’raf ini kerana surah ini adalah surah ini adalah Surah Makkiah.
وَاسأَلهُم عَنِ القَريَةِ الَّتي كانَت حاضِرَةَ البَحرِ إِذ يَعدونَ فِي السَّبتِ إِذ تَأتيهِم حيتانُهُم يَومَ سَبتِهِم شُرَّعًا وَيَومَ لا يَسبِتونَ ۙ لا تَأتيهِم ۚ كَذٰلِكَ نَبلوهُم بِما كانوا يَفسُقونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And ask them about the town that was by the sea – when they transgressed in [the matter of] the sabbath – when their fish came to them openly on their sabbath day, and the day they had no sabbath they did not come to them. Thus did We give them trial because they were defiantly disobedient.
MALAY
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
وَاسأَلهُم عَنِ القَريَةِ الَّتي كانَت حاضِرَةَ البَحرِ
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut,
Allah suruh tolong tanya Yahudi yang ada pada zaman Nabi Muhammad itu, tentang kisah penduduk Yahudi yang pernah tinggal di satu kawasan yang berdekatan dengan laut. Mereka itu kerjanya menangkap ikan. Kota yang dimaksudkan ialah kota Ailah, terletak di tepi Laut Qalzum (Laut Merah).
Ertinya, tanyakanlah kepada orang-orang Yahudi yang ada di dekatmu tentang kisah teman-teman mereka yang menentang perintah Allah Swt. lalu mereka ditimpa seksa Allah yang mengejutkan akibat dari perbuatan mereka, pelanggaran mereka, dan tipu daya mereka dalam menentang perintah-Nya.
Allah juga memperingatkan mereka agar jangan menyembunyikan sifat Nabi Saw. yang mereka jumpai dalam kitab-kitab mereka, agar mereka tidak ditimpa oleh seksaan yang pernah menimpa teman-teman mereka yang terdahulu. Jangan menipu dan menutup kebenaran.
إِذ يَعدونَ فِي السَّبتِ
semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu,
Mereka itu telah melanggar hukum bekerja pada hari Sabtu. Hukum kepada orang Yahudi adalah, mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabtu. Ini adalah kerana hari Sabtu adalah hari untuk mereka beribadat sahaja.
Jadi ada larangan kepada mereka. Begitu juga seperti Nabi Adam dilarang dari menyentuh pokok larangan. Di awal surah ini telah disebut tentang larangan kepada Nabi Adam itu. Jadi, ada persamaan dalam perkara ini.
إِذ تَأتيهِم حيتانُهُم يَومَ سَبتِهِم شُرَّعًا
ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan mereka dengan jelas,
Mereka diuji dengan datangnya ikan pada hari Sabtu di permukaan air. Ikan itu datang dengan jelas dengan tunjuk tubuh mereka belaka pada hari Sabtu. Mungkin melompat-lompat keluar dari air. Sengaja menguji keimanan Kaum Yahudi di situ.
وَيَومَ لا يَسبِتونَ ۙ لا تَأتيهِم
sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka.
Tapi pada hari lain, tak timbul langsung pula. Itulah dugaan dan ujian yang Allah berikan kepada mereka.
كَذٰلِكَ نَبلوهُم بِما كانوا يَفسُقونَ
Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
Ujian itu diberikan kepada mereka kerana mereka selalu fasik. Ertinya, kerana kedurhakaan maka mereka tidak mahu taat kepada Allah dan membangkang perintah-Nya. Mereka adalah suatu kaum yang menggunakan hailah (tipu muslihat) untuk melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah.
Sebenarnya Allah lah yang mengarahkan ikan itu untuk menzahirkan diri mereka. Allah jadikan ujian itu untuk mereka terus menambahkan lagi kesalahan yang mereka telah lakukan. Kerana Allah nak azab mereka di akhirat kelak. Selalu Allah jadikan perkara sebegini kepada mereka yang fasik.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya
Kemaskini: 8 Februari 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Assalamualaikum ustaz.
Tentang sejarah pelanggaran Hari Sabtu.
Yang melanggar peraturan ini adalah golongan Bani Israel sebelum Nabi Musa ke? Saya confuse siapa audiences ayat ni.
Dan bila diulang peringatan tentang kisah mereka yang langgar aturan Hari Sabtu, Allah nak peringatkan Bani Israel zaman Nabi Musa supaya tak jadi macam orang sebelum.
Atau ayat tu ditujukan kepada orang Yahudi zaman Nabi Muhammad s.a.w. Suruh ingat supaya jangan ulang apa yang berlaku pada Bani israel sebelum ni?
Sebab dalam Al-Baqarah, peringatan tentang kisah Sabat ini adalah ketika Allah angkat gunung untuk Bani Israel pegang kuat-kuat Taurat. Then ayat berikutnya Allah ingatkan tentang kisah kaum sabat, jangan jadi macam mereka. maknanya kaum sabat ni “moyang” Bani Israel ketika itu?
Terima kasih ustaz.
LikeLike
1. Yang melanggar itu bukan zaman Nabi Musa. Ada pendapat mengatakan ia zaman Nabi Daud, jadi zaman selepas Nabi Musa.
2. Allah menceritakan Yahudi ini jenis langgar peraturan agama. Jadi jangan percaya dan ikut mereka.
3. Ayat dalam Surah Baqarah tak ikut kronologi masa.
LikeLike