Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum,

Persoalan bidaah adalah satu perkara yang amat sensitif di negara ini. Ini adalah kerana ramai yang salah faham dengan maksud ‘bidaah’. Dan ramai pula golongan ustaz di negara ini yang membenarkan ‘bidaah Hasanah’, tanpa memahami apakah maksud ‘bidaah Hasanah’ itu sendiri.

Tujuan post ini bukanlah untuk membicarakan tentang konsep bidaah itu tapi menyenaraikan apakah amalan bidaah di negara ini. Ramai yang bertanya kalau bidaah itu salah, maka apakah amalan bidaah yang masyarakat kita buat? Maka, kita cuba senaraikan di post ini, amalan bidaah yang kita tahu setakat ini. In sha Allah kita akan tambah dari masa ke semasa, kerana amalan bidaah ini pun memang akan bertambah dari masa ke semasa.

Semoga membaca dengan hati yang terbuka.

1. Lafaz usolli dalam solat semasa memulakan solat. Samada secara jahar (kuat) atau sir (senyap) semasa mengangkat takbir.
2. Baca doa lepas iqamah
3. Salam keliling selepas solat jemaah
4. Menyanyikan Kitab Barzanji (bukannya berzanji, tapi Barzanji)
5. Maulid Nabi
6. Solat hajat
7. Talqin
8. Majlis doa selamat.
9. Majlis tahlil.
10. Baca selawat nak makan ubat.
11. Sapu muka lepas solat. Ada yang tambah lagi dengan doa masa sapu kepala dan muka.
12. Tunggu kubur selepas ada kematian
13. Nak mula bawa jenazah, baca Fatihah selangkah, kemudian baca lagi sampai tiga kali.
14. Kenduri arwah.
15. Kenduri nak pergi haji, umrah
16. Hadiah Fatihah selepas dengar ada orang mati.
17. Bayar orang untuk ganti solat si-mati. Ada juga dinamakan Solat Hadiah.
18. Bayar upah kepada orang yang solat jenazah.
19. Kenduri bubur Asyura
20. Nisfu syaaban
21. Baca sadaqallahul azim selepas baca Quran
22. Bersanding
23. Amalan ‘batal wuduk’ selepas nikah
24. Pakai benda lain selain benda manis dalam tahnik. Contohnya, garam, gula, cincin emas, cincin perak.
25. Sembelih baca selawat
26. Tawasul pada Nabi, wali dan malaikat
27. Sedekah/hadiah Fatihah kepada Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi.
28. Marhaban.
29. Potong jambul sahaja kepada bayi yang baru lahir. Sepatutnya kena cukur habis.
30. Qasidah
31. Angkat tangan doa semasa doa khutbah Jumaat
32. Gantung ayat Quran di rumah, pejabat dan sebagainya.
33. Azan sebelum keluar rumah kepada mereka yang nak pergi haji
34. Collection kenduri kahwin.
35. Doa khusus awal dan akhir tahun.
36. Berdoa berjemaah selepas solat jemaah
37. Zikir berjemaah selepas solat jemaah.
38. Zikir/wirid dengan suara kuat selepas solat
39. Membaca selawat rekaan manusia selain daripada hadis yang sahih. Sebagai contoh, Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyyah.
40. Bernazar selain daripada amal ibadat. Contohnya, bernazar untuk puasa boleh, sebab puasa adalah salah satu ibadat. Tapi bernazar untuk cukur kepala tidak, kerana cukur kepala bukan ibadat. Cukur kepala adalah khusus kepada Tahallul haji dan umrah sahaja.
41. Mengkhususkan baca Yaasin malam Jumaat
42. Lafaz niat puasa: nawaitu sawma ghadin…
43. Korek lubang dubur kononnya nak betul-betul bersih dari najis.
44. Peluk atau salam orang baru balik dari Mekah untuk dapat ‘berkat’.
45. Zikir ‘Allah’ sahaja. Nabi tak zikir lafaz ‘Allah’ sahaja, tapi ada lagi lafaz lain yang disebut. Contoh: Alhamdulillah, Allahu akbar dan sebagainya.
46. Melawat kubur hari raya.
47. Baca Yaasin di kubur atau ayat-ayat lain.
48. Amalan Bismillah 5,6,7,8,9
49. Beri salam pada kubur tertentu.
50. Tulis nama pada batu nesan.
51. Pacak pokok di kubur
52. Siram air pada kubur
53. Binaan pada kubur
54. Membaca selawat ketika bersalam
55. Memulakan sesuatu majlis dengan membaca Fatihah
56. Doa selepas solat Jenazah
57. Zikir Alih Hujan.
58. Baca selawat sebelum azan. Sepatutnya selawat dibaca selepas azan, bukan sebelumnya.
59. Amalan membaca dan menggantung Ayat Seribu Dinar
60. Baca Yaasin dan ditiupkan pada air. Selalunya diletakkan banyak botol masa baca Yaasin dilakukan di masjid dan surau-surau. Siap buka tutup botol itu kerana takut bacaan Yaasin itu ‘tidak masuk’. Mereka bawa balik rumah dan bagi anak bini minum.
61. Membaca doa khusus dalam wuduk. Ada doa semasa berkumur, basuh muka, basuh tangan dan sebagainya. Ini tidak ada dalil dari perbuatan Nabi dan sahabat.
62. Telangkup tangan semasa membaca doa semasa sampai kepada bahagian minta ditolakkan bala.
63. Belajar Tauhid dari susunan Sifat 20
64. Membaca Yaasin kepada mereka yang nazak dan orang yang sudah mati.
65. Menggunakan tasbih dalam berzikir. Seeloknya pakai jari sahaja.
66. Berdoa kepada Rasulullah apabila sampai ke Madinah, supaya dapat melawat kubur baginda. Ini adalah syririk kerana berdoa kepada selain Allah.

Allahu a’lam. Semoga bermanfaat. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan senarai ini. Jikalau tidak bersetuju, harap boleh bawakan dalil yang ianya adalah amalan dari Nabi atau Nabi pernah ajar.

Mungkin ramai yang agaknya terkejut dengan list ini. Mungkin ramai yang kata itu semua adalah bidaah Hasanah, tak salah buat. Itu adalah kata-kata mereka yang tidak faham apakah maksud ‘Bidaah Hasanah’ itu. Sedikit bacaan untuk mereka yang berkata begitu: http://www.ilmusunnah.com/abdullah-bin-masoud-membantah-bidah-hasanah/

Terlalu ramai yang jahil tentang maksud Bidaah Hasanah ini. Maka harap mereka melakukan sedikit pembacaan supaya mereka tahu.

Dalil-dalil dari Qur’an dan Sunnah tentang bahayanya bidaah. Harap dapat luangkan masa membacanya.

Senarai selawat karut yang lain: https://www.nahimunkar.org/daftar-sholawat-sholawat-bidah-tersebar-masyarakat-isinya-kebanyakan-mengandung-makna-kesyirikan-datang-hadits-hadits-dhoif-lemah/

Cara untuk mengenali mana bidaah dan mana tidak, boleh baca di sini: kaedah_kaedah_dalam_memahami_bid

Kemaskini: 24 Februari 2022

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

221 thoughts on “Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia”

  1. Pasal no 11 tu. bukan kah sapu muka tu selepas habis rukun solat? Jadi mengapa dipertikaikan? Selepas habis rukun solat, salah kah? di mana yang bidaah nya? kenapa tok guru awak tak buat kuliah di masjid? Nabi tak mengajar di “madrasah”. musykil juga sebab cara macam beria nak menentang bidaah tetapi anak anak murid masih buat benda yang dilarang. Awak ada bagi upah kepada to’ guru awak? HARAM tu brader

    Like

    1. Terima kasih saudara kerana membaca dan bertanya. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Ini adalah jawapan kepada soalan anda:

      1. Walaupun menyapu muka dilakukan di luar solat, tetapi ianya masih juga perkara bidaah. Kerana perkara bidaah bukan hanya di dalam solat sahaja. Di luar solat pun, jikalau ianya dilakukan kerana menyangka yang ianya adalah sebahagian dari agama, dan tiada dalil, itulah bidaah namanya. Apa yang kita akan jawap di hadapan Allah, jika Allah tanya kenapa kita sapu muka selepas solat? Siapa yang ajar? Saya rasa susah juga mahu menjawapnya.
      2. Ustaz Rosman pernah juga memberi kuliah di masjid dan surau. Sekarang pun masih ada lagi. Tidak semestinya hanya melakukan kuliah di masjid sahaja. Nabi memberi pengajaran di mana-mana sahaja. Madrasah adalah satu tempat yang bukanlah dikira sebagai bidaah. Ianya bukan perkara ibadat, tetapi perkara yang dilakukan untuk ‘melakukan’ ibadat. Ianya tidak sama. Itulah maksudnya satu perbuatan yang dikira sebagai ‘Bidaah Hasanah’. Sebagai contoh, membaca Quran adalah sunnah. Tetapi zaman Nabi tidak dibukukan, tidak ada mushaf (mengikut satu pendapat yang masyhur). Tetapi untuk memudahkan manusia membacanya, Quran telah dimushafkan pada zaman Abu Bakar dan kemudian diteruskan lagi pada zaman Khalifah Uthman. Memang susah untuk faham kepada sesetengah orang.
      3. Apakah perkara bidaah yang dilakukan oleh anak murid? Kalau pun ada, itu adalah kesilapan peribadi, mungkin kerana tidak kuat lagi iman atau belum tahu manakah yang bidaah. Kita semua masih belajar.
      4. Ustaz tidak pernah menetapkan ‘upah’. Tapi anak murid boleh sahaja menghulurkan wang kepada ustaz. Ianya adalah ‘hadiah’ atau ‘sedekah’. Perkataan ‘ajra’ dalam Quran juga dari segi bahasa adalah ‘upah’. Selepas buat kerja, seseorang itu layak mendapat upah. Bukankah mengajar adalah satu perkerjaan yang mulia, yang kalau dikirakan lebih baik dari kebanyakan kerja-kerja di luar sana? Yang tidak dibenarkan adalah menetapkan upah. Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah menetapkan guru agama untuk mengajar kepada masyarakat dan mereka diberi gaji. Itu adalah satu penetapan dari kerajaan. Masih banyak perbincangan dalam hal ini. Yang tidak boleh, guru agama itu menetapkan berapa yang kena bayar untuk beliau mengajar. Itu tidak pernah dilakukan oleh Ustaz Rosman, setahu saya.

      Allahu a’lam. Terima kasih sekali lagi.

      Like

      1. Salam
        Jika madrasah dikira sebagai tempat bukankah tasbih dikira sebagai alat..kenapa penggunaan tasbih jadi bidaah.. bukankah ada sahabat yg mengumpul biji kurma bagi tujuan berzikir..tidakkah itu dikira sebagai butir tasbih juga..mohon penjelasan

        Like

      2. Sebahagian ulama’ menganggap berzikir dengan menggunakan biji tasbih adalah bid’ah dan mencontohi amalan kaum Yahudi, Nashara, dan Budha. Sebaliknya yang sahih dari Nabi ﷺ, disunnahkan agar membilang bacaan-bacaan zikir dengan jari tangan kanan. (lihat: Sunan Abi Daud, no. 1501, 1502. At-Tirmidzi, no. 3486)

        Sebenarnya, sudah banyak ulama’ yang menulis dan membahas hukum penggunaan alat tasbih untuk menghitung zikir. Menurut Syaikh Bakr Abu Zaid رحمه الله, dari ulama’ yang terdahulu ataupun yang sekarang (kontemporari), yang pendapatnya boleh dijadikan sebagai hujjah, menunjukkan kesimpulan, bahawa tidak ada satu pun hadith yang sahih yang membolehkan menggunakan selain jari tangan untuk menghitung zikir.

        Biji tasbih yang banyak digunakan oleh orang kita sekarang tidaklah ada dalam sejarah Islam yang awal. Melainkan ia diambil dari amalan agama-agama lain. Pada zaman tabien baru mula ada menggunakan kerikil atau biji kurma (belum pakai biji tasbih lagi), tetapi itu pun sudah ditegur oleh sahabat kerana sahabat masih ada lagi.

        Banyak atsar sahabat dan tabi’in رحمهم الله yang menunjukkan, bahawa mereka mengingkari orang yang menggunakan bijian atau kerikil untuk menghitung zikirnya. Diantara atsar tersebut ialah:

        Atsar Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه, dari Ibrahim berkata:

        كَانَ عَبْدُ اللهِ يَكْرَهُ العَدَّ وَيَقُوْلُ أَيَمُنُّ عَلَى اللهِ حَسَنَاتِهِ

        Abdullah bin Mas’ud membenci hitungan (dengan tasbih) dan berkata,”Apakah mereka menyebut-nyebut kebaikannya di hadapan Allah?” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al Mushnaf, no. 7667 dengan sanad yang sahih).

        Atsar dari Amru bin Yahya رحمه الله; dia menceritakan pengingkaran Abdullah bin Mas’ud terhadap halaqah di masjid Kuffah yang orang-orangnya bertasbih, bertahmid dan bertahlil dengan kerikil. Riwayat selengkapnya, lihat Sunan Ad Darimi, Kitabul Muqaddimah, hadits no. 206. Juga disebutkan dalam Tarikh Wasith, Aslam bin Sahl Ar Razzaz Al Wasithi. Syaikh Al-Albani mensahihkan sanad hadith ini dalam As Silsilah Ash Shahihah, hadith no. 2005

        Adapun yang membawa masuk alat tersebut ke dunia Islam dan yang pertama kali memperkenalkannya ialah kelompok-kelompok tariqat atau tasawuf; disebutkan oleh Sidi Gazalba sebagai hasil kombinasi pemikiran antara Islam dengan Yahudi, Kristian, Manawi, Majusi, Hindu dan Budha serta mistik Pytagoras. Rujukan: Sidi Gazalba, Sistematika Filsafat

        Like

      3. Saya mohon daripada penulis untuk jadikan bahan2 yang dipost oleh celik tafsir sebagai rujukan dalam kertas projek saya.

        Like

      4. assalam, tak semua bid’ah dilarang untuk kita melakukan, kalau kita belajar dan mengikut mazhab kita iaitu mazhab syafie, ulama memberi qilaf diantara bid’ah ni, iaitu bid’ah mahmudah atau maksud lain bid’ah dipuji dengan bid’ah mazmumah atau maksud lain bid’ah yang keji, bid’ah yang kita tidak boleh ikut ialah bid’ah dimana perkara itu memesongkan akidah atau kepercayaan kita atau erti lain jauh dari 6 rukun iman dalam islam. Contoh bid’ah yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang mengerjakan solat tarawih lebih daripada Nabi SAW amalkan. kalau pendapat ahli sunnah waljamaah pulak, bid’ah hasanah ialah bid’ah yang selari dengan syariat islam. jadi tuan website jangan menukarkan maksud yang bid’ah hasanah ni buruk, sepatutnya bid’ah dhalalah. jangan memberi kekeliruan terhadap masyarakat dengan kita membuat research tentang 1 maklumat sahaja. jangan menidakkan atau menolak perkara yang dipuji Allah SWT. MasyaAllah tabarakAllah🤲🏻

        Like

      5. Kita mempunyai perbezaan pemahaman tentang apakah bid’ah itu. Memang tidak akan ke mana-mana kalau begitu. Macam bercakap bahasa yang lain.
        Saya beri pemahaman bid’ah ikut sunnah. Jadi kerana itu berlainan dengan masyarakat setempat. Masyarakat setempat kena betul-betul fahami apakah bid’ah itu.

        Tuan beri contoh Saidina Umar dan rakaat terawih. Ada banyak perbincangan tentang bilangan itu. Ringkasnya, beliau tidak melakukan bidaah. Perbuatan beliau tidak boleh digunakan sebagai hujah nak benarkan buat bid’ah. Rosak agama kalau begitu. Mungkin juga tuan tidak tahu tentang Sunnah Khulafa ur Rashidin. Jadi perbuatan Umar itu dikira sebagai sunnah. Kerana beliau adalah Khulafa ur Rashidin. Selain dari mereka, tidak boleh reka bid’ah dalam agama.

        Tentang bid’ah hasanah pula. Ini pun ada salah faham dalam masyarakat. Meletakkan sesuatu itu sebagai ‘hasanah’ sedangkan ia bukannya hasanah. Siapa kita nak kata sesuatu itu hasanah ikut kehendak kita? Maka kerana itu banyak amalan yang bid’ah tapi kena hendak dibenarkan juga, diletaklah label ‘hasanah’ padanya. Ini salah.

        Tambahan: Imam Syafie tidak ajar kita buat bid’ah. Maka jangan babitkan mazhab beliau dalam menghalalkan bidaah pula.

        Like

    2. Encik Saya nak betul Kan. Rukun solat Ada 13. Takda pun Sapu muka selepas solat Rukun. Nabi pun sapu muka selepas solat kerana Pasir yang ada di lantai

      Like

    3. bongok komen ko ni.ni jenis melayu tak reti bahasa,pegi mekah tgk ada tak org sapu muka lepas solat.Rasulullah tak buat yg org memandai2 buat tu nama bidaah. macam kite lebih bagus dari Rasulullah. hadis sapu muka lepas solat tu hadis daif..tak bole buat amalan.Iman Nawawi pun ada sebut tapi terlalu daif tk bole dibuat hujah.

      Like

  2. Sebar agama adalah wajib, tuan. ‘Cara’ untuk sebar agama, boleh digunakan bermacam-macam cara. Nampaknya saudara keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘bidaah’. Ataupun saudara faham sendiri, ikut kefahaman saudara.

    In sha Allah, saya tidak taksub dengan guru saya. Terus terang, ada juga perkara yang saya tidak bersetuju dengannya. Ini pun tidak ada masalah. Dan saya bukan belajar dengan dia seorang sahaja. Tidak ada manusia yang sempurna, hanya Nabi Muhammad sahaja. Kita ambil mana yang elok. Di mana yang ada salah, kita tegur. Itulah kewajiban kita sebagai saudara seislam. Bukan begitu?

    Like

  3. Kena tambah lagi satu..doa dalam bahasa melayu..salah satu perkara bidaah juga..nabi tak pernah doa dalam bahasa melayu..

    Like

    1. Assalamualaikum Tuan Salafi,

      Terima kasih kerana meluangkan membaca blog ini.
      Nabi Muhammad tidak menggunakan bahasa Melayu, kerana baginda diturunkan dalam bangsa Arab. Umat baginda adalah umat Arab dan merekalah yang perlu didakwah pertama sekali.
      Allah dengan hikmahNya menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan menggunakan pelbagai bahasa. Kalam Allah juga tidaklah semuanya dalam bahasa Arab – Ada yang dalam bahasa lain seperti Taurat, Zabur, Injil. Rasul umat-umat itu juga berbahasa dalam bahasa yang difahami oleh umat dan kaum mereka. Tujuannya supaya mereka faham. Macam umat Malaysia, kenalah berdakwah dalam bahasa Melayu, bukannya dalam Urdu.

      Apabila Rasul dan umat yang terdahulu itu menggunakan bahasa lain, tentulah mereka juga berdoa dalam bahasa selain dari bahasa Arab juga. Oleh itu, tidaklah perlu menggunakan bahasa Arab sahaja dalam berdoa. Yang penting adalah berdoa. Allah faham apakah bahasa yang kita gunakan, bahasa apa pun. Cara penyampaian tidak penting, yang penting cara berdoa – ikut cara Nabi – jangan reka cara yang baru seperti guna tawasul, doa berjemaah dalam Solat Hajat, Doa Selamat dan cara bidaah yang lain.

      Sebelum kita lafazkan doa kita dalam bahasa apa pun, Allah sudah tahu apakah isi hati kita dan apakah keinginan dan doa kita itu. Tapi Allah suruh kita juga berdoa kerana Allah hendak melihat kesungguhan kita dalam mengharap kepadaNya.

      Memang berdoa dalam bahasa Arab itu bagus kerana bahasa Arab adalah satu bahasa yang amat indah dan amat tepat. Lebih-lebih lagi kalau kita berdoa dengan menggunakan lafaz-lafaz yang diajar oleh Nabi Muhammad. Tetapi, mereka yang tidak faham bahasa Arab, lebih baik mereka menggunakan bahasa yang mereka faham – samada bahasa Melayu, Inggeris atau Batak sekali pun, supaya doa itu lebih ikhlas, lebih tepat keluar dari lidahnya.

      Doa adalah ibadat. Untuk menyampaikan doa itu tidak ada masalah dengan bahasa apa pun. Sebagaimana azan itu boleh dilaungkan dengan speaker walaupun Nabi tidak menggunakan speaker pada zamannya. Yang penting, azan itu dapat disampaikan dengan jauh.

      Kena bijak untuk membahagikan manakah perkara yang bidaah ataupun tidak. Kalau tidak, akan ada fitnah sesama umat Islam sendiri. Banyak sekali tohmahan dan kemarahan dan kekeliruan yang timbul kerana salah faham manakah yang bidaah dan manakah yang tidak.

      Allahu a’lam.

      Like

      1. Maaf pembetulan, penggunaan “umat baginda adalah umat arab” tu salah, arab itu adalah bangsa baginda, umat baginda adalah kita orang mukmin (beriman). Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersama sahabatnya pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan bersabda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita.”
        Sahabat Baginda bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda SAW bersabda: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang Mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah SAW).” (Hadis Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasa’ie dan Imam Malik)

        Like

  4. Anda dpt dr mna ni..anda ada sanad dn hadisnya.siapa bilang smbut maulid itu bidaah.nabi pon brpuasa pd hari isnin.dlm hadis soheh abu lahab d ringnkan azab sbb gembira hri kelahiran nabi..bknkah dlm riwayat tarmizi mengatakan nabi bersabda.jgn kamu buat pesta d makamku.selawat lah d mana kamu berada sesungguhnya selawat kmu akn smpai kpdku walaupun d mna kmu berada

    Like

    1. Siapa pula yang bilang sambut mawlid itu sunnah?
      Kalau Nabi berpuasa pada hari isnin, hari kelahirannya, maka sunnahnya adalah berpuasa juga.
      Inna lillah, mana dia hadis sahih yang kata Abu Lahab itu diringankan azab kerana gembira dengan kelahiran Nabi? Sila periksa balik. Itu bukanlah sahih tu, tuan yang mulia.

      Like

  5. Ana ragui artikel ini.semua salah lg sesat.bab tawasul kmu masih lemah.knp allah kurnia karamah?sbb nk mrngarakan ajarannya itu sah lg betul.kmu kata xkeh tawassul.kmu nk tentng imam bukari.dlm hadisnya bnyk bab tawasul.dlm quran Allah kata sesungguhnya owg yg mati d jlnku.walaupun dia dh mati disisiku dia masih hidup.lslam agama hujah.bkn berfikir saja.

    Like

    1. Sila bawakan dalil yang tawasul sebagaimana cara yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita benar. Memang tawasul itu secara dasarnya ada, iaitu dengan amal ibadat kita, dengan Nama-nama Allah dan juga dengan orang yang soleh.

      Orang yang mati di jalan Allah itu masih hidup? Hidup yang bagaimana? Adakah dalil yang mengatakan mereka itu boleh datang balik ke dunia untuk tolong orang yang berdoa kepada mereka? Atau mereka boleh dengar permintaan kita kepada mereka?
      Mereka memang tidak mati, sepertimana disebut dalam Quran. Mereka hidup, tapi tidak disebut mereka hidup bagaimana, bukan? Hidup mereka selepas mati itu tidak ada kena mengena dengan kita lagi. Kalau anak dalam kandungan seorang ibu itu hidup, tapi tidak dapat berbuat apa-apa, bukan? Ya, mereka hidup, tapi hidup dengan cara mereka sendiri.

      Like

      1. Saya rasa awak maksudkan wali Allah ya boleh hidup semula dan tolong manusia di dunia?

        Ya memang yang mati akan lahir semula, tapi di dunia lain, tuan. Dan kita semua akan lahir juga nanti, di alam lain (alam barzakh dan alam akhirat).

        Like

  6. Ingatlah amalan qasidah di lakukan oleh shbt salafus soleh dn para wali jga ahlul bait nabi. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kmu dua perkara.hadis dn keturunanku(hr muslim).hadis lain nabi sebut quran dulu bara keturunan.dlm hadis lain lag nabi sebut quran dn sunnah

    Like

      1. Kenapa Anta selalu nak. Mempertikai kan benda yang dah ada Dalil. Sedang kan QASIDAH itu memuji Nabi, Bukan Memuja Nabi. Saya nak Dalil Yang mengatakan Mawlid dan Qasidah Itu Bid’ah!!!!!!
        Saya belajar Di Tareem, Yaman Bersama Habib Ummar (Cicit nabi)
        Dia pernah Berkata “Suatu hari Ajaran Sunnah Wal Jamaah akan hancur Kerana Orang yang Membuat Kenyataan Bid’ah. Sedang kan Orang yang Membuat Kenyataan itu Tidak Berilmu.” Adakah encik Yang dia Maksud kan

        Like

      2. Ia menjadi bid’ah apabila tiada dalil.
        Bukannya kami yang kena bagi dalil ia bid’ah, tapi awak yang kena bagi dalil yang ianya sunnah. Tidaklah terbalik konsep. Yang kata ia sunnah lah yang ken bawa dalil.

        Ya kerana awak belajar di Tahreem lah yang menjadi punca masalah. Kerana itu bukan tempat sunnah, tapi tempat lahirnya banyak bid’ah. Telah banyak dibongkarkan kesesatan yang datang dari sana. Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua untuk menerima kebenaran. Walaupun ia pahit.

        Like

  7. Kamu bilang nk tegak sunnah.tp kamu yg sekat sunnah..kmu pergi blaja.ingat kmu akan saya perhatikan.inn shaa Allah kmu akn dpt hidayah

    Like

    1. Terima kasih kerana perhatikan saya. Silalah baca lagi tulisan saya untuk memahamkan ayat-ayat Allah ini.
      Saya belajar, tapi tidaklah saya belajar ajaran-ajaran karut dan bidaah. Saya hanya mahu belajar sunnah sahaja. Jadi, apabila tuan suruh saya belajar lagi, saya memang terus belajar, tapi saya akan belajar aliran yang sunnah sahaja.

      Tidaklah saya perlu nak belajar perkara-perkara yang tidak patut dalam Islam. Itu membuang masa sahaja, sedangkan banyak lagi perkara lain yang sepatutnya saya belajar. Iaitu memperkukuhkan ilmu Qur’an dan hadis.

      Like

      1. Sebab Awak belajar Aliran sunnah sahaja Lah awak sesat!!! Cuba Awak belajar hadis. Automatik awak akan berasa salah Di Atas Ajaran sesat Yang awak belajar……

        Like

      2. Aliran Sunnah termasuk belajar hadis lah tuan. Itulah yang lebih sunnah. Kami belajar sunnah dengan hadis yang sahih, kemudian dengan menerima syarah ulama’ yang muktabar.

        Like

    2. Tuan al faqir zul, penulis menjawab setiap pertanyaan tuan tetapi bila ditanya pada tuan, tuan ubah ke topik lain pula.

      Sy masih baru dlm pelajaran quran dan hadis.jahil sebelum ini sebab tidak peduli utk belajar.perkara pertama yg sy belajar adalah hal bidaah.dulu sy juga anggap bidaah hasanah tu boleh dilakukan tapi bila belajar, rupanya bidaah hasanah pada pemahaman org malaysia kebanyakannya adalah salah termasuklah sy.

      Terima kasih pd penulis atas usaha anda menulis di blog ini.penerangan anda sgt mudah difahami.sy harap blog ini akan terus ditulis sehingga habis semua surah supaya ramai lagi dpt belajar quran dan sunnah.

      Like

      1. Mengapa para asatizah atau majlis agama Islam setiap Negeri tidak mengeluarkan fatwa amalan yg disenaraikan bidaah dalam agama dan tegaskan amalan tersebut harus dihentikan serta merta lantaran itu amalan yg sedemikian terus di amalkan sampai sekarang. Ramai yg hanya ikut tanpa soal. Agama ini mudah tidak menyusahkan kpd penganut nya.

        Like

      2. Kerana amalan yang telah lama dipegang di negara ini bukanlah betul-betul Sunnah. Sudah lama amalan rekaan diamalkan di negara kita. Proses untuk menyampaikan ajaran Sunnah akan mengambil masa. Sudah semakin ramai yang kenal Sunnah akan tetapi di peringkat pejabat agama negeri belum lagi (kecuali di Perlis). Semoga ia semakin dikenali.

        Proses ini akan mengambil masa kerana majoriti rakyat sudah lama amalkan ajaran tok nenek (ajaran ikut-ikutan turun temurun). Nak tukar terus tentu ramai yang akan melenting marah. Kita sekarang yang berpegang kepada Sunnah dan menyampaikannya kepada masyarakat adalah golongan awal. Kena hadaplah kemarahan masyarakat yang masih jahil tentang hal ini.

        Benar, ramai ikut tanpa soal. Ini kerana nak belajar ni agak susah juga. Kena ada semangat nak belajar dan ubah pendirian yang sudah lama dalam masyarakat. Bukan senang sebenarnya ya.

        Like

  8. Terima kasih tafsirsunnah,sesungguhya blok tuan telah banyak memberi panduan kepada saya untuk menjadi pengikut salafi ahlu sunnah,In sha Allah.Semoga Allah terus memberi hidayahNya kepada kita semua yang mencari kebenaran dan mencari jalan yang lurus.

    Like

  9. Saya rasa tak salah kalau setakat gantung ayat Quran di rumah atau pejabat tetapi dengan niat untuk mempelajari ayat tersebut supaya kita lebih mengingati ayat itu. Tetapi kalau mengharap ayat tersebut bisa menghalau syaitan atau murahkan rezeki baru jatuh syirik dan akan terjadi bidaah di situ. Penerangan Tuan baik tetapi harus lebih terperinci.

    Like

    1. Terima kasih saudara atas teguran. Cadangan tuan adalah logik. Tapi dari segi amalannya, tidak begitu. Adakah orang perasan ayat-ayat Qur’an yang digantung? Saya boleh katakan tidak. Orang nak tengok keindahan frame dan bagaimana khat itu ditulis sahaja. Dan tambahan lagi, dengan khat yang berpintal-pintal, orang tak boleh baca pun ayat-ayat itu.

      Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membaca ayat Qur’an. Ada lebih banyak keburukan dr kebaikan menggantung ayat Qur’an.

      Terima kasih atas lawatan tuan ke blogspot ini. Harap boleh war-warkan kepada rekan dan keluarga.

      Allahu a’lam.

      Like

  10. Tuan blog ni membicarakan kebanyakan masalah khilafiyah.

    Ulama ulama muktabar, sepakat suatu perkara, ada jugak yang tidak. Indahnya ulamak dahulu, mereka berlapang dada dalam berbeza pendapat. Maka disepakati semuanya, masalah khilafiyah usah diributkan.

    Jika tidak, masakan dalam perkara hukum-hakam pun ada berbeza pendapat 4 mazhab. Tetapi berbudi basernya imam mazhab 4 ini tidak mencerca hukum mazhab lainnya.

    Di situlah indahnya islam, perkara melibatkan akidah (iman) dan larangan-larangan yang disebut di dalam al-quran, disepakati haram sementara perkara melibatkan amalan dan hukum hakam fiqh dll yang tidak jelas maksud yang disebut di dalam hadis atau suatu perkara tidak pernah berlaku di zaman nabi, diperbincangkan sekelian ulamak. Maka di situlah timbulnya ketidaksepakatan hukumnya, maka dipanggil khilafiyah. Nak ikut pendapat mana, dipersilakan.

    Perkara yang telah dibincangkan dan disepakati oleh ulamak-ulamak muktabar terdahulu, ambil sebagai panduan. Ulamak muda yang baru keluar universiti, tidak usahlah hendak mencerca pandangan dan keputusan ulamak muktabar.

    Jika ada perkara yang ulamak muda tidak berpuashati, bawaklah permasalahan kepada majlis ulamak sedunia, maka akan diperdebat dan diperbincangkan sekelian ulamak dari seluruh dunia. Tunjukkanlah nas dan pendapat anda masing-masing. Kalau nas anda betul dan disepakati betul, maka umumkan, hukum yang terkini betul adalah sekian sekian.

    Tapi jika hanya mencerca perkara khilafiyah tanpa membawa permasalahan (yang dimusykilkan) ke majlis ulamak sedunia, maka memadai diam sahaja. Ikut sahaja kesepakatan majlis ulamak muktabar terdahulu.

    Memandangkan penulis telah menyatakan pendapatnya, amatlah molek jika disertakan beliau mengambil pandangan dari kitab mana sebagai rujukan. Maka sebelah pihak lain pulak boleh menunjukkan kitab mana sebagai hujah mereka pula.

    Tetapi suka ditekankan, perkara khilafiyah yang telah diputuskan oleh ulamak muktabar terdahulu, adalah sia sia diperdebatkan jika tiada nas (evidence) baru.

    Wasalam.

    Like

    1. Di manakah masalah khilafiyah yang dimaksudkan? Boleh kita bincangkan di sini. Atau dari senarai di atas, apakah dalil yang mengatakan perkara itu adalah sunnah? Saya bersedia untuk mengeluarkan dari senarai jikalau ada dalilnya. Tidak ada masalah.

      Setakat mengatakan ada ‘ulama’ yang kata boleh… itu bukanlah jawapan dan dalil. Kerana percaya tanpa usul periksa dengan ‘ulama’lah yang menyebabkan haru biru jadinya ugama ini.

      Harap dapat baca posting tafsir yang lain dan bukan senarai ini sahaja.

      Mungkin ada yang tidak faham apakah ‘khilafiyah’ sampaikan dijaja lafaz ini merata-rata..

      Khilafiyah itu terjadi apabila dua dalil untuk sesuatu masalah/isu/perkara dan dua-dua dalil itu sahih. Maka ada ulama yang berpegang kepada satu dalil sah itu dan satu lagi memilih dalil yang lain. Begitulah yang terjadi pada imam-imam mazhab itu. Mereka berpegang kepada dalil dan memilih antara dalil-dalil yang ada. Yang pasti, kedua-duanya ada ‘dalil’. Tapi kalau satu ada dalil, tapi satu lagi tidak ada dalil, hanya ‘pendapat’ atau kata-kata manusia atau dari kitab sahaja, itu tidak layak dimasukkan ke dalam masalah ‘khilafiyah’. Jangan keliru tentang perkara ini. Semoga pembaca dapat memahami maksud saya.

      ANTARA KHILAF DAN BIDAAH

      Saya kira ramai yang terkeliru antara khilaf dan bid’ah. Lantaran terkeliru, maka agenda perbincangan sudah lari. Bid’ah ialah innovasi, penciptaan, rekaan amalan atau ibadah yang tidak bersandarkan di atas dalil atau nas dari Al-quran dan al hadith di dalam perkara ibadah di dalam agama sahaja. Khilaf ialah perbezaan pendapat oleh ulama’ fiqh mengenai amalan-amalan tertentu yang berdasarkan dalil atau nas dari Al-quran dan hadith sahih.

      Beza antara keduanya jelas di mana satu merujuk kepada dalil atau nas dan satu lagi tidak merujuk kepada mana-mana dalil atau nas. Contohnya Qunut itu secara umumnya bukan bid’ah kerana diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.( rujuk Qunut Nazilah& Qunut witir) cuma para ulama’ fiqh berbeza pendapat samada ia perlu diamalkan atau tidak, merujuk kepada situasi, masa dan keadaan.

      Manakala amalan ataupun sambutan nifsu sya’ban itu bid’ah kerana tiada dalil atau nas yang sahih mengenainya. Kalau ada dalil pun ianya dari hadith lemah atau palsu. Tiada takrifan bid’ah hasanah dalam IBADAH.

      Like

  11. alhamdullah masih ade org yg berani mneggakn sunnah… disebabkan org malysia mncmpur adukkan adat dan agama..agk sukar untuk mnegur mereka2 ini semua..disbabkan ini juga negara2 di asia telah dicop negara asyaerah .. mgikut al qura,sunnah dan akal ..wallahualam ..trima ksih saudara..krna keberanian anda

    Like

  12. Salam…..Saya amat setuju dgn tuan setakat ini mengenai pekara pekara bidaah.tetapi disebabkan saya tidak mengenali tuan sy terpaksa mengambil pendekatan berhatihati.Disini saya ada sedikit persoalan mengenai fahaman wahabi yang dikatakan golongan yang menentang segala bentuk bidaah.boleh tak tuan bagi sedikit info mengenai fahaman wahabi.tq

    Like

    1. Terima kasih atas komen dan soalan.

      Berkenaan ‘wahabi’, ada banyak perbincangan di media massa yang boleh dijadikan sebagai maklumat. Cuma dengarlah hujah Kedua-dua pihak.

      Kalau tanya kepada saya, mereka yang sebut ‘wahabi’ itu adalah orang yang jahil, tidak tahu menahu tentang agama dan kumpulan mazhab dan firqah, dan mereka menyebut ‘wahabi’ itu kerana ikut kata orang sahaja. Sebab dia sendiri tidak tahu.

      Tidak ada ‘wahabi’. Ianya hanyalah satu gelaran untuk menghina mereka yang hendak menegakkan sunnah dan tauhid dan membenteras bidaah dan syirik. Orang yang menentang itu tidak tahu nak panggil apa kepada gerakan ini, yang melawan apa yang mereka sendiri amalkan. Jadi kena juga beri nama, takkan nak panggil ‘Puak Sunnah’ sebab ianya nama yang baik. Maka mereka beri gelaran ‘wahabi’.

      Ini adalah gelaran yang pelik kerana tidak ada sesiapa pun yang mengajukan mereka itu ‘wahabi’ dan menjadikan Imam Abdul Wahab sebagai ulama besar dan rujukan totok mereka. At least, Itulah keadaan di Malaysia. Jadi, ada siapa yang mengaku wahabi atau mengikut pendapat beliau?

      Begitu lah ringkasan pemahaman saya tentang isu ini. Saya nasihat kepada mereka yang kuat menyebut ‘wahabi’ itu, lebih mendalami ilmu sunnah – tafsir Qur’an dan syarah Hadis yang sahih.

      Like

  13. Assalamualaikum, terima kasih kerana membuat list ni supaya ia dapat memberikan kesedaran dan juga supaya kami boleh lebih berhati hati dengan amalan yang kami buat tanpa nas. Cuma satu soalan saya nak tanya tuan, bole tak syeikh huraikan hukum membuat majlis doa selamat? contoh : doa selamat sempena anak nak menduduki peperiksaan dengan memanggil ustaz ramai2 dtg membaca yassin pastu berdoa dirumah pastu siap khatam al quran skali? sekiranya ia adalah bidaah. Ape care alternatif untuk kita berdoa atau cara yang lebih dekat dengan sunnah untuk kita buat? Terima kasih.

    Like

    1. Waalaikum salam,

      Terima kasih kepada saudara Shah atas soalan. Nabi pernah bersabda: ubat kejahilan adalah bertanya.

      Masalah dengan Majlis Doa Selamat ini, ada berbagai:
      1. Berzikir ramai-ramai. Tidak ada dalam Islam. Zikir dilakukan berseorangan.
      2. Zikir dalam suara kuat, ini juga tidak ada malah ditegah oleh Quran dan hadis Nabi.
      3. Baca Quran ramai-ramai; ini pun tidak ada. Kalau seorang baca, ramai dengar, itu ada (dinamakan tilawah)
      4. Tawasul kepada ustaz/imam/guru dan sebagainya. Kita syak kepada Allah… kalau aku doa sendiri tidak makbul, tapi kalau ustaz/imam/guru ini, baru Allah nak dengar doa aku, baru makbul doa itu.
      5. Bayar upah. Tidak ada upah dalam amal. Kepada ustaz/imam/guru itu, tentu diberikan wang, sekurangnya 50 ringgit. Kepada ahli jemaah surau, sudah tentu diberikan makanan, sekurangnya bihun dan air teh o. Itu adalah upah. Kalau takde upah, tidak ada yang datang.
      6. Apabila sudah ada upah, adakah selamat dan ikhlas? Kerana amal tidak ikhlas tidak diterima.
      7. Yang paling besar, ianya adalah amalan bidaah. Tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat perkara sebegini.

      ‘Khatam Quran’ juga tidak ada. Tidak tahu dari mana datangnya. Ada yang kata hendak mengkajinya, tapi belum dapat lagi maklumat. Kerana ada yang kata ianya datang dari Syiah. Dari lafaz ‘Khatam’ juga sudah tidak elok. Kerana ‘khatam’ itu maksudnya ‘tutup’. Seolah-olah, lepas khatam, dah tak tengok Quran. Tapi Allahu a’lam, belum dapat lagi maklumat, jadi saya tidak masukkan dalam senarai lagi.

      Kalau berkenaan dengan anak hendak menduduki peperiksaan. Pertamanya, tentulah kena usaha belajar. Janganlah tak belajar, tapi berharap kepada Doa Selamat, Solat Hajat, Air Penerang Hati dan sebagainya. Orang kafir pun heran tengok, kenapa dah buat majlis macam itu, tapi anak tak lulus periksa pula, Tuhan tak tolong kah? Ini adalah kerana sunnatullah, Allah akan bantu mereka yang berusaha.

      Tapi tetap berdoa kena dilakukan. Cara berdoa yang sesuai dengan sunnah adalah doa sahaja sendiri. Itu lebih tepat, kerana kita yang ikhlas dengan kita, kerana dia anak kita. Caranya senang sahaja. Saya sudah tuliskan di sini: https://tafsirsunnah.me/2016/02/14/tafsir-surah-ghafir-ayat-1-7/

      Allahu a’lam. Terima kasih kerana bertanya.

      Like

  14. Salam…
    Adapun setelah saya membaca amalan-amalan bidaah seperti yang tuan simpulkan seperti di atas, jelas tuan adalah seorang fahaman Wahabi. Kerana buktinya Wahabi sahajalah yang suka membidaahkan amalan-amalan yang mana menurut mereka adalah ‘membuang masa’. Jikalau malas, bagaimana hendak menghadirkan Allah dalam diri kita? Asyik mengejar dunia dan membidaahkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah?
    Harus diingat, amalan-amalan tersebut bukan sahaja dapat mengukuhkan keimanan seseorang, malah juga menjadi contoh kepada pengikut agama lain akan keindahan Islam. Tiada jalan shortcut untuk ke syurga, namun jalan sentiasa terbuka bagi orang yang bertaqwa.
    Perbetulkan akidah, Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
    Wassalam.

    Like

    1. Terima kasih atas nasihat. Sebenarnya, saya bukanlah wahabi, tapi berpegangan ahli sunnah wal jamaah. Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang kepada manhaj Quran dan Sunnah, seperti yang diajar dalam Quran dan Hadis.

      Segala amalan ibadat telah diajar oleh Nabi, dan disitulah ada keberkatan amalan itu, kerana ianya dari Nabi, diajar oleh Allah. Bukanlah amalan yang direka caranya oleh manusia yang tidak sunyi dari kesalahan. Bukan ‘malas’ isunya. Kalau rajin, buatlah amalan yang sunnah yang diajar oleh Nabi, tidak akan habis, in sha Allah. Kenapa perlu direka amalan yang baru, sedangkan amalan itu banyak sekali.

      Anda katakan sebagai contoh kepada agama lain? Bagaimana amalan menari, menyanyi, berzikir terhenjut-henjut dan banyak lagi amalan bidaah, boleh menjadi contoh tauladan yang baik untuk orang bukan Islam? Ramai yang masuk Islam kerana keindahan Islam, bagaimana hujah-hujah yang kuat diberikan kepada mereka, bukannya kerana perbuatan memalukan sesetengah dari orang Islam sendiri.

      Benar, perbetulkan akidah. Iaitu dengan mempelajari ayat-ayat Quran dan memahaminya. Inilah yang kurang dalam masyarakat kita.

      Like

      1. saya bukan wahabi. tidak pernah daftar jadi wahabi. tidak pernah sebut “ini ajaran dari wahabi”. awak sudah tuduh saya. ni cemana nak minta maaf ini?

        Like

      2. Semoga dengan penulisan saya ini dapat mengembangkan ajaran sunnah dan dapat menghilangkan bid’ah dari masyarakat kita.
        Saya tidak kena mengena dengan Wahabi. Tak pernah pula saya promote Wahabi dalam penulisan saya ini.

        Like

      3. Sudah sudahlah habib..bawak2 bersabar, kita minta petunjuk dengan Allah dalam solat kita masa baca fatihah..

        Moga Allah beri kita petunjuk dan tunjukkan kita jalan yang lurus.

        Tak semestinya jalan yang kita pilih itu benar dan tak semestinya juga penulis celik tafsir ini salah. Hanya Allah yang maha mengetahui.

        Apa pun saya berminat dengan penulisan celiktafsir ini. Terima kasih.

        Like

  15. Assalamualaikum tuan. Saya ingin mengenali siapa tuan? Apa YG tuan senaraikan tentang bidaah tu sebahagianya saya Akur Tetapi sebahagiannya saya kurang akur
    Antara yg saya kurang Akur ialah
    Bersalaman slaps solat
    Wirid beramai ramai
    Doa qunut
    Talkin
    Maulid nabi
    Yasinan
    Tahlilan
    Kenduri Bubur asyuroh
    Dll .kalau semua itu tdk dbolehkn makanya
    Susana kemesraan dn silaturahim akn terakis. Contohnya bersalaman slpas solat Marhaban, tahlil dan yasinan kan semuanya itu bisa menghubung silaturahim jika smuanya x boleh Agama islam akn jadi statik.kan salaman tu tanda siturahim dan kasih sayang sesame Umat..

    Like

    1. Waalaikum salam,

      Terima kasih atas komen. Islam amat menganjurkan mengeratkan silaturrahim dan perhubungan baik antara sesama umat. Tapi semua itu dapat dicapai tanpa menambah-nambah ibadat dalam agama yang telah lengkap diajar oleh Nabi. Matlamat tidak menghalalkan cara.

      Allahu a’lam.

      Like

  16. Assalamualaikum.semoga tetap tabah dlm menghadapi ujian.وأخرجه مسلم (1920) من حديث ثوبان، رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَقول ذَلِكَ قول ابن مسعود رضي الله عنه

    : (اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتم)

    Like

  17. Askm cuma nk komen sikit ja.Alhamdulillah saudara di beri kesempatan belajar agama lebih mendalam.saya ni orang awam sahaja.belajar dan amal agama islam di sekolah dulu2 dan masih belajar agama islam sedikit demi sedikit walaupun sudah bekerja.cuma ada rasa sedih sikit la dalam hati.orang islam kita ni duk pertikai yg ni xboleh yg ni boleh.orang kafir duk gelak tengok kita duk berbahas sesama kita.kita ni orang islam,tapi xbersatu hati.baik pihak admin baik pihak pembaca semua.saya ni xla pandai nk bagi nas2 & dalil.tapi ni dari apa yang saya rasa saya luah kat sini.sedih hati ni habaq hang.ni saya tuju pada semua.jgn jadi mcm masyarakat islam rohingya,islam di pulau ambon,acheh,selatan thai,perancis.sedih la saya duk tengok pertikai sesama islam ni.yang terakhir,no 60.orang jepun ada buat kajian.tengok molekul air jadi macam mana.mohon semua fikirkan.assalamualaikum

    Like

    1. Terima kasih tuan atas komen. Alhamdulillah anda sudah mula belajar agama. Semoga teruskan belajar dan semoga Allah beri hidayah. Tentang kenapa orang Islam nampak selalu bertelagah tentang agama, ini adalah kerana orang Islam masih kuat pegangan agamanya. Sedangkan orang kafir, mereka tidak kisah tentang agama mereka, maka mereka tidaklah bertelagah. Pada mereka, buat apa bertelagah tentang perkara yang tidak penting?

      Jadi saya suka kalau ada komen yang bernas yang dibawa berdasarkan dalil dan hujah yang sihat. Ini agama kita dan kita kena prihatin terhadapnya. Benda yang kita prihatin, kita akan selalu bercakap dan berbincangan tentangnya. Tidak ada masalah. Cuma kita sebagai manusia yang berakal, kita hendaklah melakukannya dengan cara yang baik dan berhemah. Kalau tidak setuju pun, kita beri hujah kita dan dengar hujah orang lain. Malah saya suka untuk dengar hujah dan dalil dari antum semua.

      Tentang air bacaan Yaasin yang dimaksudkan, Prof Masaru Emoto tidak pernah melakukan kajian air bacaan Yaasin. Dia membuat kajian air-air dari beberapa tempat dan beza air kalau disebut kata-kata yang baik, beliau juga buat kajian kalau ada didengarkan dengan lagu heavy metal dan lagu classical. Tapi saya pasti, dia tidak buat kajian perubahan air kalau dibacakan Yaasin kepada air.

      Segala kajian alam kita boleh ambil pandangan dan kajian dari pendapat moden. Tapi dalam hal agama, kita kena mengambil contoh dari Nabi Muhammad dan perbuatan para sahabat dalam hal agama mereka. Kita tidak jumpa lagi ada contoh dari mereka yang mereka ada berkumpul ramai-ramai dan baca yaasin atau mana-mana ayat dan tadah ayat-ayat itu dengan air dalam botol atau mangkuk. Jadi tidak perlulah kita buat.

      Like

      1. Dari statement tuan, saya nahu tanya, adakah Islam sebuah agama yg mengajak untuk bertelagah? Kalau ya, maka pilihan non-muslim untuk terus tidak kembali kepada Islam adalah satu pilihan yang sangat tepat.

        Dan antara awlawiyyat isu ini, dengan isu bunuh umat Islam, mana lagi awla? Bawakan dalil.

        Like

      2. Saya tidak berapa faham soalan tuan. Mungkin tuan boleh memperincikan soalan. Tapi saya jawap berdasarkan fahaman saya tentang soalan tuan itu.
        1. Kalau maksud tuan bertelagah itu mencari pasal tidak tentu arah, tidaklah Islam begitu. Tapi Islam membenarkan perdebatan yang sihat. Dalilnya perdebatan antara Nabi Musa dan ahli sihir yang dilantik oleh Firaun. Zaman itu masalah mereka adalah sihir, jadi perdebatan pun dalam bentuk berlawan sihir. Zaman kita, masalah ilmu, jadi perdebatan pun tentang ilmu – bawa hujah dan dalil masing-masing.
        2. Yang awla bergantung kepada keadaan. Saya menulis dan saya tahu pembaca saya adalah orang Islam, maka isu bidaah yang saya ketengahkan. Kalau saya pemimpin negara, maka saya akan membawakan isu pembunuhan umat Islam di serata dunia. Semua bawa kerja masing-masing mengikut kedudukan mereka dalam memperjuangkan Islam. Baca Qur’an adalah baik, bukan? Tapi kalau azan sudah dikumandangkan, maka perkara yang dilakukan waktu itu adalah pergi solat, bukan baca Qur’an lagi.

        Allahu a’lam. Marilah kita juangkan Sunnah bersama-sama.

        Like

  18. Alhamdulillah….saya bersetuju dgn perkara bidaah yg tuan senaraikan. Byk lagi perkara perkara bidaah yg dilakukan dlm masyarakat kita. Kalau boleh…tiap perkara bidaah tersebut tuan huraikan beserta dalil supaya umat islam tahu dan memahaminya.

    Like

    1. Alhamdulillah. Kalau ada tambahan, boleh share di sini.
      Tak sempat nak buat satu persatu hujah tentang perkara bidaah ini. Sebab nak habiskan tafsir dulu. In sha Allah akan ditulis. Kalau nak sumbang penulisan pun boleh. Dialu-alukan.

      Like

    1. Qunut adalah bidaah kalau dilakukan berterusan. Ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah berpanjangan dan tidak juga oleh Khulafa’ ur Rashedeen. Lihat hadis ini:

      Diriwayatkan hadith daripada Said bin Tariq (r.a), yang berkata: ‘Telah berkata aku kepada bapaku: ‘Wahai bapaku, sesungguhnya engkau ada bersolat di belakang Rasulallah (s.a.w), dan di belakang Abu Bakar (r.a), dan di belakang Umar (r.a), dan di belakang Uthman (r.a), dan dibelakang Ali (r.a) semasa engkau berada di Kufah selama lima tahun. Maka adakah mereka membaca (doa) qunut pada solat Subuh?’ Maka berkata bapakku: ‘Wahai anakku! Itu adalah pembaharuan (bida’ah).’ [Hadith Ibnu Majah]

      Kalau imam qunut, ada dua pendapat.
      1. Kena ikut kerana kita disyariatkan mengikut imam.
      2. Tidak perlu angkat kerana qunut subuh bukannya syariat. Ini adalah kerana kalau imam melakukan perkara yang bukan syariat, tidaklah perlu kita ikut. Dalilnya:

      Sebagaimana dikisahkan oleh shahabat Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu dalam riwayat Abu Dawud yang artinya,
      “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam shalat bersama para sahabatnya, tiba-tiba baginda melepaskan dua sandalnya lalu meletakkannya di sebelah kirinya. Ketika orang-orang melihatnya, mereka pun melepaskan sandal-sandal mereka. Setelah Rasulullah selesai shalat, baginda bertanya, “Apa yang membuat kalian melepaskan sandal-sandal kalian?” Mereka menjawab, “Kami melihat engkau melepaskan sandal, sehingga kami pun melepas sandal kami.” Rasulullah pun menjelaskan, “Sesungguhnya Malaikat Jibril datang kepadaku lalu mengabariku bahwa pada kedua sandalku ada najis.”

      Istinbat yang kita boleh ambil dari hadis ini, kalau imam melakukan sesuatu perkara yang bukan syariat, kita tidak perlu ikut.

      Allahu a’alm.

      Like

  19. As’salam’mualaikum!

    Satu pendedahan yang cukup berani dan bagus untuk pengetahuan pelaku-pelaku ‘ BID’AH ‘ dinusantara ini. Alham’dulillah!

    Tuan, saya sangat ingin bertanya berkenaan dengan; ‘ Apakah hukumnya solat berjemaah dibelakang imam pelaku bid’ah? Mohon penjelasan beserta dengan hujah dan dalilnya( Al-Quran serta hadith sahih Rasulullah( s.a.w.). Teruskan usaha-usaha yang amat murni ini. Terima kasih dari saya yang sangat-sangat mengharap.

    Semoga tuan sekeluarga dirahmati serta diberkati Allah( S.W.T.). Amin!

    Like

    1. Boleh.

      Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

      يُصَلُّوْنَ لَكُمْ، فَإِنْ أَصَابُوْا فَلَكُمْ وَلَهُمْ، وَإِنْ أَخْطَأُوْا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ.

      “Mereka shalat mengimami kalian. Apabila mereka benar, kalian dan mereka mendapatkan pahala. Apabila mereka keliru, kalian mendapat pahala sedangkan mereka mendapat dosa.” HR. Al-Bukhari (no. 694) dan Ahmad (II/355, 537), dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu.

      Imam Hasan al-Bashri (wafat th. 110 H) rahimahullah pernah ditanya tentang boleh atau tidaknya solat di belakang ahlul bid’ah, beliau menjawab: “Solatlah di belakangnya dan dia yang menanggung dosa bid’ahnya.” Imam al-Bukhari memberikan bab tentang perkataan Hasan al-Bashri dalam Shahiihnya (bab Imamatul Maftuun wal Mubtadi’ dalam Kitaabul Aadzaan).

      Like

  20. Bertaubatlah.
    Tak semudah itu melabel amalan orang lain sebagai budah. Walaupun biat baik tapi akibatnya parah.
    Pergilah belajar dengan banyak guru dari pelbagai aliran, jangan hanya belajar daru golongan yang menggelar diri salafi/ahlulhadis dan dihelar irangbwahabi.
    Jangan berhujah dgn orang biasa, tapi berhujjahlah dengan ulama nusantara seperti Sheikh Nuruddin AlBanjari dan Baba Li dari Pattani.

    Bertaubatlah.

    Like

  21. assalamualaikum. Jika ada orang ajak tuan utk ke kenduri tahlil..apakah keadaan tuan akan pergi atau tidak? apakah dalil kedua2 keadaan tsb?

    Like

      1. mohon sedikit pencerahan sebab2 n dalil sahih apa yg meyebabkan tuan tak mahu pergi..?..ingin tahu utk ilmu…

        Like

      2. Kerana amalan dalam tahlil itu banyak perkara bidaah:
        1. Ada tawasul yang tidak dibenarkan. lafaz ila hadratin nabi itu.
        2. Ada bacaan zikir dengan kuat.
        3. bacaan zikir beramai-ramai.
        4. bacaan Qur’an beramai-ramai. Ketiga-tiga perkara ini adalah dilarang dalam Islam.
        5. pembahagian upah kepada ibadat. bagi makan kepada ahli surau dan sampul putih kepada tekong. ini adalah upah dalam ibadat. dilarang juga.

        Ini adalah secara ringkaslah. Nak tahu detail, kena belajarlah.

        Like

      3. 1. Ada tawasul yang tidak dibenarkan. lafaz ila hadratin nabi itu. – SALAH , ini bukan tawasul

        2. Ada bacaan zikir dengan kuat. – SALAH mana dalil haramkan zikir kuat, ada zikir yg dibenarkan kuat, dalami lagi bab zikir

        3. bacaan zikir beramai-ramai.- ada zikir yg dianjurkan beramai2

        4. bacaan Qur’an beramai-ramai. Ketiga-tiga perkara ini adalah dilarang dalam Islam. SALAH – ada masa dibenarkan baca al quran betanai2

        5. pembahagian upah kepada ibadat. bagi makan kepada ahli surau dan sampul putih kepada tekong. ini adalah upah dalam ibadat. dilarang juga.- TUAN SALAH FAHAM AMAL & IBADAH ORG MELAYU, pi belajar dan fahami lagi

        Jangan taksub guru2 satu aliran saja, cuba contohi ulama2 muktabar belajar dgn pelbagai aliran gutu. Itu pasal ada berbagai aliran mazhab

        Guru2 yg konon nya menyarankan ambil hanya yg sohih dari pelbagai mazhab sebenarnya sedang cuba membuat aliran mazhab baru

        Like

      4. 1. Lafaz ila hadratin itu sebab nak sedekah Fatihah dan nak jadikan Nabi, keluarga baginda dan lain-lain sebagai wasilah.
        2. Dalil tidak boleh zikir kuat:
        Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
        اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
        “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
        3. Tidak ada dalil para sahabat meratib dengan suara yang satu.
        4. Rujuk hadis no. 2
        5. Bagi duit itu bagi upah lah.

        Yang semestinya kita ikut sunnah.

        Like

  22. assalamualaikum. kalau tuan ada kemampuan..boleh tak senaraikan amalan2 bidaah org2 arab mekah & madinah yg kita anggap ia sbg agama…saya ingin tahu..?

    Like

      1. ini bermaksud tuan berkemungkinan secara pemikirannya tidak menyeluruh/ tidak global & kemungkinan sedikit asobiyah(menyepitkan hokum yg luas)…sedangkan Islam itu rahmat sekalian alam….ingat ya saya cakap itu kemungkinan…mungkin juga sy salah…

        Like

      2. Ya, awak tersilap kerana awak nampaknya tidak faham tentang bidaah. Dan inilah masalahnya dengan kebanyakan masyarakat kita, bukan awak sahaja. Pembelajaran Sunnah jarang berlaku dan manusia hanya ikut sahaja apa yang biasa dilakukan oleh masyarakat.

        Islam bukannya kena ikut pemikiran global, ikut pendapat dan kehendak masyarakat. Tapi masyarakat yang kena ikut Islam. Yang banyak diamalkan tidak semestinya benar. Islam bukan agama demokrasi.

        Jadi bukan saya yang kena berubah, tapi masyarakat yang kena berubah. Pertamanya, kena berubah dengan meningkatkan pemahaman agama.

        By the way, awak tuduh saya ‘asobiyah’. Salah penggunaan tu. Maksud asobiyah adalah fanatik kepada bangsa sendiri. Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.

        Like

      3. klakar jgk ustaz ni 🤣. Betul jgk ustaz kata tu. Ustaz org melayu, manusia biasa pulak tu. Xkan nak check semua. Nanti org mintak amalan bidaah negara cina pulak, jepun lg. India rusia.semua negara nak. Kan masing2 ada ulama sendiri.

        Like

  23. Assalammualaikum…Alhamdulillah…terima kasih Tuan atas perkongsian..cuma ingin tahu juga lebih lanjut…seperti yang kita diajarkan, bidaah itu ada yang membawa kepada kebaikan dan ada yang membawa kepada keburukan…makanya, diantara kesemua senarai tersebut…yang manakah bidaah yang baik untuk kita amalkan…yang mana pula bidaah yang ditegah dan tidak dianjurkan oleh jumhur ulamak atau ijmak ulamak untuk kita laksanakan samada secara individu mahupun oleh masyarakat umumnya… Mohon penjelasan dan perkongsian ilmu Tuan…

    Like

    1. Semua senarai yang saya letakkan itu kena ditinggalkan.

      Bidaah yang baik adalah bidaah yang tidak melibatkan agama dan ibadat. Sebagai contoh, naik kereta itu adalah bidaah kerana Nabi tak naik kereta. Tapi ia bukanlah ibadat, maka bolehlah buat kerana lagi cepat sampai ke destinasi.

      Like

  24. Tuan, saya berhajat untuk mengadakan sedikit kenduri di rumah dan tidaklah berniat untuk membuat majlis tahlil dan bacaan yassin…cuma saya ingin mohon seorang ustaz untuk memimpin bacaan doa kesyukuran sahaja…Mohon pandangan tuan berhubung perkara ini….Terima kasih saya dahulukan…

    Like

    1. Itu adalah Majlis Doa Selamat namanya atau ‘Selamatan’. Ini adalah amalan bidaah juga ni dan tak boleh buat.

      Saya nak tanya awak: Awak nak apa sebenarnya? Awak nak doa makbul, bukan? Maka awak ajak orang makan, kemudian selepas mereka balik, awak doa sendiri. Doa selepas melakukan ibadah dan amalan baik akan lebih makbul. Awak baru sahaja beri orang makan dan ini memang anjuran dan ajaran dari Nabi.

      Maka kalau jemput ustaz, bagi dia makan sahaja. Tak payah suruh dia baca doa supaya diaminkan ramai-ramai. Sepatutnya yang datang ke rumah awak, makan makanan awak tu, mereka sepatutnya dah doa awal-awal dah, tak payah nak paksa mereka doa.

      Tapi kalau mereka itu jahil, tetap tidak doa, tidak mengapa kerana awak boleh doa sendiri. Tidak perlu bergantung kepada doa mereka. Awak dah beri makan, maka awak doa. Inilah dinamakan tawasul dengan amalan yang baik.

      Boleh faham dah kot ni.

      Like

  25. Alamdulilah. Ada lg manusia yg menegakkan sunnah. Susah nak cari sbb ustaz berani berdiskusi dgn org alim lain. Biasanya golongan ustaz ni yg susah nak terima.

    Cuma bab selawat sblum azan tu. Bukankah sebelum DAN selepas pun mmg x boleh ke? Sy pernah terbaca bahawa x boleh tambah apa2, termasuk beduq dan bacaan alquran sblm dan slps azan. nanti org ingat ianya adalah termasuk azan.

    Maaf ustaz, sy xde dalil. sbb sy rakyat jelata. guru by google. tp sbb ada ustaz, lega sikit. boleh guide rakyat jelata mcm kami ni.

    Like

    1. Sunnah selawat selepas azan adalah jelas:

      Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr radiallahu ‘anhu, beliau mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

      إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ
      Apabila kalian mendengar muazzin (melaungkan azan), maka sebutlah sebagaimana yang muazzin itu laungkan.

      ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
      Kemudian selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat sekali kepada ku, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali.

      ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ” .
      Kemudian mohonlah kepada Allah agar aku mendapat wasilah. Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan di syurga yang hanya layak kepada seorang hamba Allah. Aku berharap agar aku adalah orang tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untuk aku, maka syafaat ku akan diberikan kepadanya.
      [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, hadis no: 384]

      Cuma, bukanlah baca di microphone tu. Baca sendirilah perlahan-lahan.

      Like

    1. Rasanya ustaz ini yang tak faham mana bab bidaah pada ibadah dan mana bidaah pada bab wasai’il.

      Bidaah yang dilarang adalah dalam bentuk ibadah. Kalau ia berkenaan menyampaikan kepada melakukan ibadah, memang bidaah tapi tidaklah bidaah yang dilarang.

      Sebagai contoh lagi, azan kita sama sahaja dari dulu. Tapi sekarang dah pakai speaker untuk sampaikan kepada lebih ramai orang boleh dengar. Speaker pun tidak ada pada zaman Nabi, tapi kita gunakan sekarang sebagai wasa’il sahaja.

      Liked by 1 person

  26. assalam ust..sy nak bertanya,,ad tak dalil y mengatakan salam keliling slpas solat tu bidaah? mohon hurai dgn lebih terperinci

    Like

    1. Ya, terima kasih kerana bertanya.

      al-Jawab: Dalam kitab Majmu’ Fatawa disebutkan jawapan Ibn Taimiyyah:

      وسئل: عن المصافحة عقيب الصلاة: هل هي سنة أم لا؟ فأجاب: الحمد للَّه، المصافحة عقيب الصلاة ليست مسنونة، بل هي بدعة. والله أعلم

      Beliau ditanya tentang bersalaman sesudah shalat, apakah dia sunah atau bukan? Beliau menjawab: “Alhamdulillah, bersalaman sesudah shalat tidak disunahkan, bahkan itu adalah bid’ah.” Wallahu A’lam (Majmu’ Fatawa, 23/339)

      Ulama lainnya, Syeikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin, dalam fatwanya beliau berkata:

      المصافحة بين الرجل وأخيه سنة عند الملاقاة فقط وأما بعد السلام من الصلاة المفروضة فإنها ليست بسنة إذ لم ينقل عن الصحابة رضي الله عنهم أنهم كانوا إذا سلموا من الفريضة صافح بعضهم

      “Bersalaman antara seorang laki-laki dengan saudaranya adalah sunah ketika bertemu saja, ada pun setelah salam dari shalat wajib, maka itu bukan sunah. Karena tidak ada riwayat dari sahabat –radhiallahu ‘anhum- bahwa mereka jika setelah salam dari shalat shalat wajib bersalaman satu sama lain.” (Fatawa Nur ‘Alad Darb Lil Utsaimin, pertanyaan No. 780. Syamilah).

      Maka, para sahabat tidak buat perkara ini. Dan bila orang kita buat, itu sudah menambah amalan baru. Orang kita mungkin berasalah: alaahhh, nak kenal-kenal orang kampung jer.. ramah mesra… apa salahnya? Benda baik, kan?

      Kita kena tengok kesan perkara ini dalam masa yang lama. Sekarang orang kita tahu benda ini reka sahaja, Nabi tak buat dan sahabat pun tak buat. Ini pun sudah salah bila kita buat. Tapi anak-anak kita yang lihat perkara yang dilakukan oleh bapa-bapa mereka, bagaimana? Pada mereka, mereka membesar dengan kebiasaan ini dan mereka sangka ini adalah sebahagian dari agama.

      Orang kita pula semakin lama, semakin pandai tambah amalan ini. Dulu salam orang sebelah sahaja. sekarang dah buat barisan. kemudian ditambah dengan laungan selawat… nanti, tak tahu lah apa yang akan jadi.

      Dan memang orang kita akan biasa tambah fadhilat-fadhilat pula. Mereka katalah nanti: buat ini dapat pahala ini, dapat kelebihan itu.. padahal tidak ada dalam agama. Seperti yang telah disebut, tidak ada dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Mereka berjabat tangan semasa jumpa sahaja.

      Like

  27. Tuan, nak tanya tentang bidaah solat hajat, nabi tidak pernah buat kah? Jadi secara sunnah bagaimana utk berdoa sesuatu hajat. TQ

    Like

    1. Solat Hajat berjemaah confirm tak pernah buat, sama ada nak perang ke, nak hijrah ke, nak lembutkan hati musyrikin mekah ke.

      Solat Hajat itu nama sahaja. Hakikatnya ia adalah solat sunat, kemudian berdoa. Sebenarnya tak perlu tunggu solat sunat pun, selepas solat fardhu pun boleh berdoa.

      Like

  28. Bidaah tak berdosa pun kalau lakukan. yg penting jgn terkeluar dari hukum syarak. Wahabiyah yg selalunya banyak mempamerkan dan buat banyak pertikaian perkara bidaah ini. Wallahua’lam.

    Like

  29. Tuan, bagaimana plak dgn perkara berikut..trmasuk senarai bidaah @ syirik jgk ker:
    1. Tadarus bulan Ramadan di masjid?
    2. Imam berdoa slepas solat jemaah?
    3. Doa ibubapa kpd anak2nya?
    4. Jemputan majlis prkahwinan yg kita tak tahu samada ada prsandingan atau tidak? Klau dah pegi tiba2 ada pelamin xkan nk balik terus kot?
    Tolong tuan jelaskan..tkasih

    Like

    1. 1. Tadarus itu kelas belajar (dars). Memang molek pun belajar Quran. di masjid, di rumah, semua boleh. tiada masalah.
      2. Tidak ada dalil hadis, sama ada sahih atau dhaif, Nabi pernah berdoa berjemaah dengan para sahabat selepas solat baginda. Maka ia adalah bidaah.
      Bukanlah tidak boleh imam berdoa. Tapi imam doa sendiri; makmum pun doa sendiri; masing-masing doa apa yang mereka hendak doa. keperluan masing-masing pun tidak sama.
      3. Doa tidak dilarang. kita memang digalakkan berdoa. emak doa untuk anak memang patut; anak doa untuk ibubapa, memang kena; kita nak doakan orang lain pun boleh. Kita diajar untuk berdoa dengan banyak, bukan untuk diri kita, tapi untuk orang lain.
      4. Pusing balik. sebab itu nak jimat masa, tanya dulu. saya pernah kena, diberitahu awal-awal memang tidak ada sanding (sebab sudah tahu saya takkan pergi kalau ada sanding). tengok-tengok ada juga. saya salam dan keluar. prinsip agama kena dijaga.

      Liked by 1 person

      1. Terima kasih di atas jawapan tuan tempohari.
        1. Maaf tuan, saya nak rujuk semula jawapan No.2 & No.3. Jika ibubapa digalakkan berdoa untuk anaknya atau anaknya juga wajar berdoa untuk ibubapanya, mengapa pula imam dilarang untuk berdoa untuk makmumnya manakala makmum sama-sama mengAMINkannya.
        2. Jika saya dijemput ke majlis jamuan ringkas dan saya juga dijemput untuk berdoa pendek. Apa yang patut saya buat, tuan? Adakah saya terjebak dalam bidaah hasannah?
        3. Kerjaya saya kadang-kadang terlibat dalam proses pengesahan dokumen Pinjaman Kredit yang telah mendapat kelulusan. Adakah saya juga terlibat secara tidak langsung amalan riba’?
        Boleh tuan tolong jelaskan. Terima Kasih.

        Like

      2. 1. Kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. Amalan kena ikut sunnah Nabi. Lagi pun setiap orang ada keperluan semasa yang dia perlu doa kepada Allah. Kalau imam, dia doa umum/standard sahaja.

        Bab doa memang kita digalakkan untuk sentiasa berdoa: ibu doa anak, anak doa ibu, kawan doa untuk kawan, bila-bila masalah sahaja. Jadi masalah apabila ada kaifiat khusus. Itu yang kena elak.

        2. Sekali sekala berdoa tidak mengapa. Yang jadi masalah bila dilazimi. Nabi pun ada berdoa dan diaminkan para sahabat. Jadi masalahnya apabila dilazimi seperti: doa setiap kali selepas solat setiap waktu; buat majlis khusus untuk doa seperti Selamatan dan Tahlilan.

        3. Ya, terlibat dah tu.

        Liked by 1 person

  30. Akidah tuan tidak menurut akidah ahli sunnah wal jamaah sebagaimana menurut dua orang tokoh ulama Usuluddin

    1. Imam Abu Hasan al Asy’ari dan
    2. Imam Abu Mansur al-Maturidi .

    Adakah tuan telah keluar dari akidah sebenar ? Rujuk khutbah JAIS di bawah ini

    Awas golongan yang menolak Imam Abu Hassan al Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi yang menjadi sumber rujukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Baca Khutbah Jumaat Selangor 6 April 2018 bertajuk “Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Pegangan Kita”

    “Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang beriktikad seperti Iktikad Rasulullah SAW dan para sahabatnya, seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana menurut dua orang tokoh ulama Usuluddin

    1. Imam Abu Hasan al Asy’ari dan
    2. Imam Abu Mansur al-Maturidi

    yang telah mengumpul dan menyusun prinsip-prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
    Inilah akidah yang soheh lagi benar serta mendapat jaminan selamat oleh Nabi SAW, sepertimana dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada al-‘Irbad bin Sariah Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    “Dan sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dalam kalangan
    kamu selepasku, dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka berpegang teguhlah dengan sunnah-Ku dan Sunnah Khulafah ar-rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi geraham (pegang sunnah dengan kuat).”

    (Riwayat al-Baihaqi).

    Rujukan: https://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/06.04.2018%20(RUMI)%20AKIDAH%20AHLI%20SUNNAH%20WAL%20JAMAAH%20PEGANGAN%20KITA.pdf

    Like

      1. itu bukan bab ibadah. ia hanya perkara untuk memudahkan ibadah. azan tetap lafaz yang sama, cuma nak bagi orang lebih senang dengar, pakai speaker. kita tidak ada masalah dengan hal ini. sama macam naik kereta, duduk asrama. nak kena pandai bezakan antara ibadah dan yang bukan ibadah. tak dapat bezakan, itu yang keliru seperti yang banyak masyarakat keliru. Pernah terjadi di Turki, ada ulama’ kata tak boleh perang dengan senapang sebab Nabi perang dengan pedang dan panah jer. zaman itu orang dah pakai bom apa bagai. kalah teruklah mereka. itu antara contoh orang yang tidak faham dan tidak dapat nak bezakan.

        Like

      2. Sudah ada perbincangan ulama’ tentang hal ini. Berzikir dengan biji tasbih. Sebahagian ulama’ menganggap berzikir dengan menggunakan biji tasbih adalah bid’ah dan mencontohi amalan kaum Yahudi, Nashara, dan Budha. Sebaliknya yang sahih dari Nabi ﷺ, disunnahkan agar membilang bacaan-bacaan zikir dengan jari tangan kanan. (lihat: Sunan Abi Daud, no. 1501, 1502. At-Tirmidzi, no. 3486)

        Sebenarnya, sudah banyak ulama’ yang menulis dan membahas hukum penggunaan alat tasbih untuk menghitung zikir. Menurut Syaikh Bakr Abu Zaid رحمه الله, dari ulama’ yang terdahulu ataupun yang sekarang (kontemporari), yang pendapatnya boleh dijadikan sebagai hujjah, menunjukkan kesimpulan, bahawa tidak ada satu pun hadith yang sahih yang membolehkan menggunakan selain jari tangan untuk menghitung zikir.

        Biji tasbih yang banyak digunakan oleh orang kita sekarang tidaklah ada dalam sejarah Islam yang awal. Melainkan ia diambil dari amalan agama-agama lain. Pada zaman tabien baru mula ada menggunakan kerikil atau biji kurma (belum pakai biji tasbih lagi), tetapi itu pun sudah ditegur oleh sahabat kerana sahabat masih ada lagi.

        Banyak atsar sahabat dan tabi’in رحمهم الله yang menunjukkan, bahwa mereka mengingkari orang yang menggunakan bijian atau kerikil untuk menghitung zikirnya. Diantara atsar tersebut ialah:

        Atsar Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه, dari Ibrahim berkata:

        كَانَ عَبْدُ اللهِ يَكْرَهُ العَدَّ وَيَقُوْلُ أَيَمُنُّ عَلَى اللهِ حَسَنَاتِهِ

        Abdullah bin Mas’ud membenci hitungan (dengan tasbih) dan berkata,”Apakah mereka menyebut-nyebut kebaikannya di hadapan Allah?” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al Mushnaf, no. 7667 dengan sanad yang sahih).

        Atsar dari Amru bin Yahya رحمه الله; dia menceritakan pengingkaran Abdullah bin Mas’ud terhadap halaqah di masjid Kuffah yang orang-orangnya bertasbih, bertahmid dan bertahlil dengan kerikil. Riwayat selengkapnya, lihat Sunan Ad Darimi, Kitabul Muqaddimah, hadits no. 206. Juga disebutkan dalam Tarikh Wasith, Aslam bin Sahl Ar Razzaz Al Wasithi. Syaikh Al-Albani mensahihkan sanad hadith ini dalam As Silsilah Ash Shahihah, hadith no. 2005

        Adapun yang membawa masuk alat tersebut ke dunia Islam dan yang pertama kali memperkenalkannya ialah kelompok-kelompok tariqat atau tasawuf; disebutkan oleh Sidi Gazalba sebagai hasil kombinasi pemikiran antara Islam dengan Yahudi, Kristian, Manawi, Majusi, Hindu dan Budha serta mistik Pytagoras. Rujukan: Sidi Gazalba, Sistematika Filsafat

        Like

    1. Ramai juga yang saya kenal korek lubang dubur mereka bila basuh besar. sakit… cubalah kalau tak percaya. Antaranya adik saya sendiri. saya pun hairan mulanya. Ada yang belajar sekolah agama pun buat begitu juga dan lama dia buat bertahun-tahun.

      saya mulanya hairan juga. tapi rupa-rupanya ada hadis tentang hal ini. tapi kerana para ustaz kita dulu tidak kisah sahih atau tidak hadis, mereka cerita sahaja kepada masyarakat dan ramai yang ikut membuta tuli. Hadis itu palsu.

      Like

  31. Saya tak puas Hati dengan Blog ni. Sebab benda yang ada Dalil yang sahih Di kata kan sesat. Kalau awak Belajar Sunnah sahaja Awak memang akan sesat. Kalau awak Belajar Hadis Dan Sunnah awak Pasti akan menemui kebenaran saya doa kan awak semoga dibuka pintu hati Untuk belajar sebelum Mengajar. Saya belajar Dah Jauh sampai di Yaman bersama Habib Umar(Cicit Nabi). Tetapi saya rasa tak cukup untuk Buat Ceramah. Sedang kan ada Masjid minta untuk Ceramah tapi saya rasa Ilmu saya Tak cukup. Buat masa sekarang saya Tentang Ajaran Awak Habis-Habisan. Disebab kan Ajaran Awak adalah Ajaran WAHABI. AJARAN WAHABI DAN SYI’AH SAHAJA yang akan menentang Maulid. Sedang kan Ajaran sesat lain Tidak mengupas tentang Maulid!!
    SOLLU ALAN NABIYYINA MUHAMMAD!!!!!!!!!!!!

    Like

      1. Sedang kan Cicit Nabi pun Membuat Mawlid. Kamu nak Menentang keturunan Nabi yang Ada Sanad sedang Kan Ajaran Kamu tak ada Sanad. Syiah itu Mawlid kepada HASSAN WAL HUSEIN. Dan Ajaran Wahabi Sahaja yang tak baca wirid. Kamu adalah golongan Bukan ahlul SUNNAH WAL JAMAAH

        Like

      2. Keturunan darah daging bukanlah syarat atau kepastian yang mereka itu benar. Ajaran yang berlandaskan sunnah lah yang benar, tidak kira datang dari keturunan mana pun.

        Like

  32. Siapa Guru Kamu. Kalau kamu tak berani sebut nama Guru kamu Dan tempat dia Mengajar kamu adalah Golongan Pendusta Agama.

    Like

    1. Banyak juga guru saya untuk saya senaraikan. Tapi untuk rujukan anda, boleh lah pergi ke Youtube Yayasan Ta’lim. Di situ banyak kelas untuk belajar dan itulah antara tempat saya ambil ilmu. Senang saya sebut Yayasan Ta’lim sebab senang anda hendak rujuk.

      Like

  33. Saya nak Tanya Encik Ajaran sesat ni. Sedang kah Orang Hindu yang pakai sejadah. Nabi solat Pakai Kain sal. Kenapa kita solat pakai sejadah.
    Nabi tak gosok gigi pakai Berus gigi Nabi pakai Kayu sugi. Takda dalil pun yang mengatakan gosok lah Gigi kamu menggunakan Kayu sugi dan jangan lah menggunakan Berus gigi.
    #TARBIAH.SENTAP
    #ANTI AJARAN SYIAH WAL WAHABI
    #SUNNAH WAL JAMAAH

    Like

      1. assalamualaikum tuan penulis,moga allah membalas jasamu,izinkan saya menyimpan semua tulisan tuan di dalam microsoft word saya. uhhibbuka fillah,alhamdulillah suka sangat baca tafsir tulisan tuan,menjadi hobi baru saya di masa lapang.

        Like

      2. ya silakan. tapi sebenarnya saya selalu juga update. jadi mungkin anda tidak ada yang terkini punya kalau simpan sekarang… dari masa ke sesama saya akan update. It’s an unfinished work, work in progress. selagi nyawa dikandung badan.

        Like

    1. Hairan kenapa mereka yang benar-benar ingin mencontohi Nabi dengan beramal berdasarkan dali dan nas yang jelas dan nyata, dan meninggalkan amalan yang tiada dalil dan nas yang nyata, dikatakan sesat. Jawablah hujah dengan hujah, bukan sekadar label melabel. Nampak sangat takde hujah.

      Like

  34. Alhamdullilah… Dengan penulisan ini telah banyak membuka minda saya.
    Terima kasih Tuan. Teruskan perjuangan mengajak kami kepada Al-Quran dan Sunnah yg sebenarnya2nya adalah amalan yg diterima Allah S.W.T.

    Like

  35. Alhamdullilah… Dengan penulisan ini telah banyak membuka minda saya.
    Terima kasih Tuan. Teruskan perjuangan mengajak kami kepada Al-Quran dan Sunnah yg sebenarnya2nya adalah amalan yg diterima Allah S.W.T.

    Like

  36. Terima kasih tuan. MashaAllah sgt. Saya dah bagi link kepada beberapa orang ustaz saya for verification. Teruskan menulis. Saya dah follow tuan.

    Like

  37. yang menentang kebenaran tu mmg bodoh,bangang,gelap hati.aku sungguh x puas hati dgn habib arshad…komen bodoh kau sangat memalukan diri kau sendiri..malang sungguh mak kau dpt anak mcm kau ni…knape kau tak minum racun rumpai masa kecik2 dulu..sedih..hidup pun memalukan diri.baik kau mati muda minum racun dr hidup bodoh dan memalukan…atau kau berubah pulang ke pangkal jln dgn meninggalkn amalan bidaah..hahaha…sedih…sadis…

    Like

  38. Kalau sebahagian amalan tersebut dibuat dgn niat hanya anggap sebagai budaya sekeliling dan percaya bukan sebahagian dari agama dan tidak ada kelebihan tertentu macam mana?

    Like

    1. hakikatnya, perbuatan itu telah mengambil elemen syariat (ibadah). bukannya adat sahaja. jadi tidak boleh.

      orang yang asal buat amalan itu tahu ia tidak ada dalam agama, ia mungkin niat sebagai adat sahaja. tapi orang terkemudian akan anggap ia adalah sebahagian dari agama (seperti yang dianggap oleh kebanyakan orang kita yang jahil agama), maka mereka pun teruskan amalan itu dan sangka ia adalah sebahagian dari agama (beginilah Islam cara kami, mereka kata). maka mereka itu telah menambah-nambah hal dalam agama.

      kalaulah ini dibiarkan, entah apalah yang akan jadi agama islam ini dalam 50 tahun lagi? kalau awak ditakdirkan hidup baliklah 50 tahun lagi dan tengok orang kita buat agama, anda akan tanya: “korang ni agama apa?”. terkejut awak kalau mereka kata “kami ini agama Islam”. Awak akan kata: “eh, masa aku dulu bukan begini agama Islam.”

      Like

  39. Assalamualaikum tuan. Tahniah atas usaha tafsir yg bagus ini. Semoga menjadi amal jariah yg berterusan InsyaAllah.

    Btw, sy ada satu soalan. Sy ada terbaca penulisan tuan bahawa hukum muzik itu adalah haram. Sedangkan sy pernah mendengar ulasan Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa hukum asal muzik adalah harus, ia menjadi haram jika dicampur dgn unsur2 haram. InsyaAllah nanti sy paste the relevant link.

    Mohon penjelasan, terima kasih.
    Massalamah.

    Like

    1. Ya saya tahu. Kebanyakan asatizah termasuk Dr. Maza, (Dr. RORA juga kalau tidak silap saya) pun mengatakan ia tidak haram. Ini adalah pendapat yang diambil dari Ibnu Hazm. Tapi saya pilih pendapat yang mengatakan ia haram kerana pada saya ia lebih kuat dan lebih tenang pada hati saya. Hujah-hujah mereka yang mengatakan ia tidak haram pun saya tahu. Ada orang yang saya hormat pandangannya pun kata begitu juga… akan tetapi tidaklah kita hormat seseorang itu bermaksud kita terima semua pendapat dia….

      Akhirnya kembali kepada pilihan kita setelah menilai semua hujah yang ada (setakat yang kita dapat). Mungkin ada masa di hadapan nanti saya ubah pendapat, mereka ubah pendapat, atau awak sendiri ubah pendapat. Ini biasa sahaja.

      Ya, tentang muzik haram adalah antara pegangan saya yang agak syadid, dan saya pun tahu saya syadid dalam hal ini. Anda boleh buat pilihan anda sendiri. Tidak semestinya ikut saya.

      Like

  40. Assalam tuan. Mohon pencerahan tentang item nbr (4) – Qunut Subuh berterusan. Adakah ini bermaksud kite kene baca selang sehari or seminggu sekali ke bagaimana ya? Diharap tuan dpt menjawab persoalan di atas terima kasih.

    Like

    1. Qunut Subuh adalah perkara yang sensitif. Kerana ia ada di dalam mazhab Syafie. Akan tetapi kalau dikaji dalil yang ada, sandaran bagi amalan itu tidak kuat. Maka kerana itu hanya mazhab Syafie sahaja yang mengamalkan qunut subuh berterusan.

      Kalau sekali sekala buat, maka ia tidaklah mengapa. Kerana kita boleh sahaja berdoa di dalam solat, maka qunut itu dikira sebagai doa. Tapi apabila diteruskan, setiap hari dilakukan, maka ia sudah menjadi satu syariat bagi solat subuh pula.

      Akan tetapi kita hormati sesiapa yang mengamalkannya kerana ia memang ada dalam mazhab Syafie. Tapi sekali sekala tidak buat itu lebih baik.

      Like

      1. Alhamdulillah sgt jelas penjelasan diatas . Jazakallah diatas jasa pihak tuan diatas penulisan blog tafsir yg sangat bermanafaat ini. Hanya Allah SWT shj dpt membalas budi baik tuan.

        Like

      2. Terima kasih. Semoga masyarakat terbuka hati untuk menerimanya. Apa pun kita memerlukan hidayah dari Allah untuk beri pemahaman yang benar kepada kita.

        Like

  41. Sebenarnya saya sedikit kepeningan berkaitan isu-isu bidaah ni, sebab kebanyakan ustaz-ustaz terkenal selalu mengongsikan pelbagai amalan dan bacaan untuk diamalkan kepada orang-orang macam kami.

    Saya selalu juga mengikuti ceramah online seperti di FB dan juga di Youtube dari pelbagai jenama ustaz. Tapi apa yang saya perasan ustaz-ustaz yang mengajar tadabbur sering berpesan perkara yang sama iaitu “yang bukan amalan sahih dari dari Nabi saw jangan diamalkan”.

    Dan ustaz-ustaz tadabbur selalu mengatakan apa yang selalu diucapkan oleh sesetengah orang dengan kata-kata “benda baik apa salahnya di amalkan” dan amalan tu pula kami rasakan memang baik. Bagi kami orang awam kami tak pasti mana satu dari Nabi saw dan mana yang bukan.

    Menjadi satu kepayahan bagi kami bagaimana nak memilih ustaz yang betul untuk dijadikan ikutan atau rujukan kerana masing-masing pada saya semua ustaz yang saya dengar ceramahnya saya percaya dan agakan saya mereka semua punya ilmu agama yang tinggi dan betul.

    Mohon pandangan dari tuan.

    Like

    1. Terima kasih atas soalan. Soalan ini penting kerana ia menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat, yang kita panggil ‘orang awam’. Kerana orang awam tentunya berharap kepada para ustaz untuk mengajar agama. Tapi kemudian ada pula ustaz lain kata tidak betul. Memang kepeningan jadinya.

      Pertama, semua ustaz, ulama’ dan orang awam mungkin tahu bahawa bid’ah itu tidak baik, perlu ditinggalkan. Tapi apa yang termasuk di dalam lingkungan bid’ah itu yang tidak sepakat. Ada yang kata ini bid’ah, dan ada yang kata ini tidak. Ini bukan zaman sekarang, zaman dahulu pun sudah ada. Contohnya, Imam Malik berpendapat Puasa Enam Bulan Syawal itu adalah bid’ah. Adalah perbincangannya, bukan di sini.

      Jadi yang membezakan mana bid’ah dan tidak adalah ilmu. Beza pemahaman di antara asatizah (jamak bagi ustaz). Ada yang belajar cara berlainan. Yang menjadikan cara pemahaman bid’ah itu yang berbeza. Ada yang lembut dengan bid’ah dan ada yang keras.

      Umumnya, perbezaan ketara adalah adalah di antara salafiah dan khalafiah. Salafiah: kurun dahulu, yang awal; khalafiah: yang datang kemudian. Seperti di Malaysia, yang ramainya adalah yang pegang kepada pendapat khalafiah, yang lembut dengan bid’ah. Menggunakan konsep ‘benda baik apa salahnya’. Sedangkan golongan salafiah pula berpegang kepada dalil-dalil. Kalau tidak ada dalil, maka ia ditinggalkan.

      Orang awam kena teruskan pembelajaran dan boleh buat pilihan mana aliran hendak dipilih. Memang sukar sangat untuk menggabungkan dua aliran ini. Macam saya adalah aliran salafiah, jadi saya sudah ada pegangan saya. Saya tidak bersetuju dengan pandangan lembut khalafiah terhadap bid’ah. Mereka bermudah-mudahan dan bahayanya adalah agama ini boleh bertukar menjadi agama yang bukan seperti yang diajar oleh Rasulullah sendiri. Jadi sebab ini penulisan saya, maka saya beri pandangan saya lah. Ramai yang tidak bersetuju kerana mereka berpandangan lain.

      Akhirnya, kita tidak tahu siapa yang pasti benar. Kerana Rasulullah bukan di kalangan kita lagi, jadi kita tidak dapat hendak rujuk benar atau tidak. Yang ada adalah dalil-dalil dan juga pandangan pada ulama’. Kalau sudah buat keputusan, maka silakan untuk mengamalkan apa yang anda rasa boleh. Macam saya, banyak amalan yang masyarakat lakukan adalah bid’ah dan ini pandangan saya. Saya tidak amalkan dan saya sampaikan sahaja yang ianya bid’ah. Saya pun bukannya Rasul, jadi saya mungkin salah. Tapi berdasarkan pengajian dan kajian saya, begitulah.

      Anda pun kenalah buat pengajian. Kerana nanti kita akan ditanya di atas setiap perbuatan kita. Maka kita kena bertanggungjawab atas tindakan kita. Kita tidak boleh jawap: “sebab itu kata boleh buat….”, “sebab ia benda baik…..”, “sebab ramai orang buat….”. Itu bukan hujah yang kuat. Allahu a’lam. Sekian.

      Like

  42. Terima kasih atas pandangan tuan, sebenarnya saya dah “jatuh cinta” dengan pelajaran tadabbur quran.

    Kalau dulu bila baca quran dah rasa lega tapi bila mula belajar tadabbur alquran terasa keinsafan seakan semakin menebal.

    Rasa kagum dengan Allah bila dikaitkan dengan fenomena alam. Cuma saya masih belum belajar dengan ustaz secara offline. Hanya mengikuti kelas-kelas online di FB atau youtube.

    Jika tuan ada cadangan untuk saya belajar secara khusus dengan mana-mana ustaz yang mengajar tadabbur/tafsir.

    Dengan mendalami ilmu alquran dan hadis, Insyaa allah kita akan berada dilandasan yang betul.

    Moga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayahNya dan kita semua terhindar dari segala kesyirikan yang sengaja atau tidak disengajakan.

    Like

  43. Mohon tuan senaraikan serba sedikit amalan2 yang benar dari Nabi saw samada zikir atau amalan2 sunat untuk kami orang awam amalkan.

    Terima kasih.

    Like

  44. golongan salafiah, semua ibadat mereka sempurna, tidak ada yang salah, tidak akan berpegang pada mana2 mazhab, sebab kebanyakannya mereka menuntut di pusat pengajian tinggi luar negara, balik ke malaysia bawa sijil, kalau ustaz pondok yang tak ada sijil tak layak mengajar, hanya ustaz yang ada sijil je boleh.. so ni la golongan salafiah, sedangkAn salafi yang sebenar hanya ada sehingga 300 tahun selepas nabi wafat sahaja.. selepas 300 tahun kebanyakan ulamak akan berdebat sesama sendiri, walaupun hanya tentang darah semut sama ada batal wuduk atau tidak..tahlil ke apa ke bukan bidaah, yang jadi bidaah tu sebab kita menjadikan perkara tu wajib.. menuntut ilmu agama ni bukan dari buku atau kitab sahaja, kena tahkik dengan guru yang zahir baru la tak tafsir alquran ikut makna yang tersurat saja, makna yang tersirat nak campak mana, golongan salafiah alaf baru ni hanya tafsir alquran dan hadis hanya guna makna yang tersurat. zikir lafaz Allah sahaja pun dikatakan tak boleh sebab tiada maksud, sedangkan lafaz Allah tu apa? tiada maksud ke? bukankah lafaz Allah tu adalah zat Nya, yang lain tu adalah sifat Nya. berdosakah kita memuja zat ALLAH???? bidaah ke?

    Dapat sijil ke ijazah ke master ke dari tanah arab, cuba tegur dan ajar anak2 muda kita yang sedang lalai,
    ni tak, asyik membidaahkan dan mensyirikkan dan mengkafirkan orang islam sendiri, saudara seislam.

    kita semua manusia, jangan cakap kita sentiasa betul sebab dari golongan salafiah ke khalafiah ke… sentiasa la bertaubat sebelum matahari naik dari barat. sebelum pintu taubat di tutup, dunia ni tak lama lagi dah, sangat dekat dengan kiamat, sebab tu lah fitnah, dosa, maksiat, sihir berleluasa. ramai yang ustaz dihina, orang baik dikata jahat, orang jahat dikata baik, FITNAH AKHIR ZAMAN….

    Like

    1. Terima kasih kerana baca dan komen. Saya sangat hargai. Saya komen balik ya,
      1. Ilmu bukan pada sijil. Asalkan ada ilmu yang benar dari wahyu, maka silalah sampaikan. Ilmu kena disampaikan.
      2. Ya, golongan salafi asal adalah 300 tahun awal. Ini dari segi chronological masa. Yang salafiah sekarang adalah mereka yang hendak ikut fahaman golongan itu. Itu sahaja.
      3. Perbezaan pendapat akan sentiasa sahaja ada. Kerana kita manusia. Kita raikan pendapat sesama kita. Tidak akan terjadi manusia sama sahaja pendapat 100%. Masing-masing kena bawa dalil. Yang penting kita kena berlapang dada kalau ada orang berbeza pendapat dengan kita, berhujah dengan dalil. Kena sedar juga yang kita tidak semestinya 100% benar.
      4. Lafaz Allah sebagai zikir yang tunggal tidak ada dalilnya. Semua lafaz-lafaz zikir dengan nama Allah adalah ‘khabarnya’. Allahu Akbar contoh. Kita terus sebut apakah sifat Allah itu. Kalau kita sebut Allah sahaja tergantung begitu sahaja… ia bahaya kerana nanti boleh ditambah khabar yang tidak elok. Kerana ini ulama’ bincang tentang perkara ini. Bukanlah kita tidak beri zikir nama Allah langsung, tapi sambunglah lagi…
      5. Ada sijil atau tidak, kita kena tegur orang yang buat salah dan silap. Inilah amar ma’ruf nahi mungkar. Termasuk tegur itu juga adalah amalan salah masyarakat yang terpesong sedikit dari jalan wahyu. Ini pun kena buat juga. Rasa bersalah sangat pula kalau tidak ditegur hal ini. Maafkan kami ya kerana tegur. Kalaulah tidak ada ancaman dari Allah kepada mereka yang tidak tegur, kami pun rasanya malas nak tegur. Sebab bila tegur, kami pun tahu orang tidak suka. Tapi sudah terpaksa tegur… apakan daya… maafkan kami sekali lagi. Kalau tidak terima, tidak mengapa. Tapi harap janganlah dihalang kami bersuara. Sekejap sahaja.
      6. Ya saya setuju sangat jangan kita sangka kita sentiasa betul. Mungkin kita tersalah. Kalau kami salah, betulkan kami ya.
      7. Kami tidak menghina sesiapa. Kalau ada yang menghina, maka itu adalah salah dan saya pun tidak setuju. Kami hanya menegur. Bukankah agama ini ‘nasihat’?

      Like

  45. Assalamualaikum,Umar alkhatab pernah berpesan setiap ,setiap kelakuan bernilai dgn niat. Ada perkara diatas tidak melanggar sunnah Dan Ada byk juga dilarang Dalam islam Dan selawat keatas Nabi saw harus dilakukan tidak Kira APA jua keadaankan. Dan Allah SWT layak juga dipuji tidak Kira dimana Kita berada. Contoh perkara bidaah yg boleh Di lentakkan adalah liberal ataw benda yg terang terang saw larang.contoh liberal. Allahualam, tapi tak semua yg saudara tulis Salah.
    Memuji Allah SWT adalah wajib Dan selawat kepada Nabi saw adalah wajib.
    Terima kasih kongsi.

    Like

    1. Yang anda sebut itu adalah hadis, diriwayatkan oleh Umar al Khattab. Kepentingan niat. Niat yang menjadikan sesuatu itu bertukar menjadi ibadah. Mandi setiap hari kita mandi, tapi niat untuk mandi junub menukar mandi itu menjadi ibadah ketaatan kepada Allah. Perbuatan sama sahaja, tapi kerana ada niat untuk melakukan ibadah, statusnya berubah.

      Jangan jadikan hadis itu sebagai dalil nak tukar semua benda jadi ibadah pula, ya. Salah faham hadis kalau begitu. Sesuatu ibadah mendapat pahala kena ada dua perkara: niat dan cara. Niat kena betul dan cara pun kena betul juga.

      Dan lagi satu, niat tidak menghalalkan cara. Kalau niat baik, tapi perbuatannya buruk, ia tidak mengubah perbuatan buruk itu menjadi baik.

      Like

  46. Assalamualaikum tuan, saya nak tanya pakai seluar bidaah ke ? Sbb sy xjumpa dalil sunnah pakai seluar. Sebenarnya byk lg perkara yg sy confius, mana satu bidaah dan mana satu sunnah.

    Like

    1. Isu bid’ah adalah hal berkenaan agama. Kalau hal makan minum, pakaian, kenderaan, bukanlah hal agama. Ini masyarakat Islam di negara kita tidak mahir bab ini. Yang kita bangkitkan adalah hal-hal agama seperti ibadat dan pemahaman. Bila tidak tahu hal ini, maka tidak dapat nak faham tentang mana bid’ah dan mana yang tidak.

      Like

  47. Terima kasih Celiktafsir,sesungguhya blog tuan telah banyak memberi panduan kepada saya, In sha Allah. Semoga Allah terus memberi hidayahNya kepada kita semua yang mencari kebenaran dan mencari jalan yang lurus.

    Like

  48. Kenapa banyak sangat bidaah. Kalau semua amalan bidaah apa yang patut di amal. Apa yang penulis ni amalkan setiap hari. Mungkin dia buat solat 5 waktu sahaja kut. Banyak lah waktu lapang dia. Apa dia buat masa waktu lapang?

    Like

    1. kenapa banyak? Kerana manusia pandai reka amalan baru.
      Banyak lagi amalan sunnah yang Nabi amalkan. Tak habis kalau nak diamalkan amalan yang memang sahih sunnah.
      Apakah amalan itu? Itu kena belajar.. kitab pun ada kalau nak cari.
      adakah awak tahu jadual saya sampai awak kata saya banyak masa lapang? atau adalah ini andaian awak sahaja?

      Like

    1. ya benar.
      Terbalik soalan awak ni. Bukan saya kena beri dalil ia bid’ah. yang kata ia ada yang kena beri dalil.
      Hujah saya, Nabi dan sahabat tak buat, maka ia bid’ah. Maka yang kata ia sunnahlah yang kena beri dalilnya. kalau ada dalil, saya akan tarik dari blog saya ni, mudah sahaja. dalil kena sahihlah yer.

      Like

    1. Alhamdulillah Tuan Nazam dapat sampai ke blog ini. Entah mungkin, ini cara Allah hendak beri hidayah kepada tuan. Jangan tolak kemungkinan ini. Sudah sampai di sini, bacalah sampai habis ya. Cara Allah memberi hidayah dengan berbagai cara, bukan?

      Oh ya, tentang wahabi. Teringin juga hendak tahu apa pemahaman tuan Nazam tentang Wahabi. Bukannya saya tidak tahu, tapi hendak tahu pendapat tuan. Kerana saya lihat rata-rata yang sebut Wahabi ini tahu sebut sahaja. Sedangkan di pihak yang dituduh ‘Wahabi’ itu, punya segala dalil dan hujah diberikan, tapi pihak yang menuduh rasa cukup sahaja dengan kalimah: ‘Wahabi!’.

      Minta pencerahan sikit. Supaya tidaklah orang lain tengok yang pandai dan bijak di pihak yang dituduh Wahabi sahaja. Mungkin anda ada hujah anda pula. Silakan.

      Like

      1. Adakah ibu bapa buat syirik seperti apa yang anda nyatakan dalam blog ini contohnya nabi tak boleh doa kepada ibu bapa nabi sbb buat syirik. Please?

        Like

      2. Bole beri hujah tentang ibu atau bapa nabi Muhammad SAW melakukan syirik? Sekian saya setuju dgn page ini tpi saya nk tau dengan jelas

        Like

      3. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ زَارَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ ‏ “‏ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ ‏”‏ ‏
        Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya. Baginda menangis lalu membuatkan orang di sekeliling baginda menangis. Baginda bersabda: Aku meminta izin kepada tuhan ku untuk memohon keampunan untuk ibu ku, tetapi Allah tidak mengizinkan. Aku meminta izin pula untuk menziarahi kuburnya, lalu Allah mengizinkan aku. Ziarahilah kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kepada kematian. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 976].

        عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ ‏”‏ فِي النَّارِ ‏”‏ ‏.‏ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ ‏”‏ إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ
        Daripada Anas radiallahu ‘anhu, bahawa seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah, di manakah ayah ku? Baginda menjawab: Di neraka. Apabila dia beredar, baginda memanggilnya lalu berkata: Sesungguhnya ayah ku dan ayah mu di neraka. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 203].

        Like

  49. Bole beri bukti bahawa ibu bapa nabi muhammad saw lakukan syirik? Contohnya awak kata nabi Muhammad saw x bole doa kepada ibu bapanya yang meninggal dunia? Tq

    Like

    1. Ia ada dalam Sahih Muslim.
      عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ زَارَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ ‏ “‏ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ ‏”‏ ‏
      Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya. Baginda menangis lalu membuatkan orang di sekeliling baginda menangis. Baginda bersabda: Aku meminta izin kepada tuhan ku untuk memohon keampunan untuk ibu ku, tetapi Allah tidak mengizinkan. Aku meminta izin pula untuk menziarahi kuburnya, lalu Allah mengizinkan aku. Ziarahilah kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kepada kematian. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 976].

      Like

  50. Tuan, boleh jelaskan 42. Lafaz niat puasa: nawaitu sawma ghadin…
    Bukan ke ada hadis kata kalau tak niat puasa malam sebelumnya tak sah puasa esok hari?

    Like

  51. Assalamualaikum saya ingin tanya bagaimana situasi sekarang di mana banyak masjid menggantung ayat al quran ataupun meletakkan nama allah dan rasululullah s.a.w bersebelahan yang mana hukumnya haram. Adakah saya masih boleh tunaikan solat di situ ataupun saya solat di masjid yang kosong.Akan tetapi sngat sukar untuk mencari masjid yang kosong maksud saya tiada kaligrafi ayat quran di dinding sebagai perhiasan?.Mohon sngt penjelasan tq

    Like

    1. Senang sahaja, bagi sahaja dalilnya. Dah lama dah tulisan saya ini menunggu dalilnya.

      Owh lagi satu, bahasa saya indah tersusun, melambangkan pendidikan dan fikiran yang matang dan berilmu. Tapi anda tidak. Bahasa anda kasar melambangkan ilmu anda juga yang rendah. Boleh nak komen, tapi gunakanlah bahasa yang indah bersesuaian dengan ilmu yang tinggi.

      Like

  52. Ramai yg komen tanpa dalil dari Al Quran atau Sunnah. Ulama dia kata begitu, kata begini, tak boleh pakai…

    Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

    وَاِ نْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى الْاَ رْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِ نْ هُمْ اِلَّا يَخْرُصُوْنَ
    “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.”
    (QS. Al-An’am 6: Ayat 116)

    Like

  53. Agama tidak boleh di tafsirkan dengan akal fikiran.. ajaran Islam yg di bawa oleh Nabi SAW melalui wahyu Allah diturunkan melalui Al-Quran…

    Like

  54. Ini ajaran sesat Wahhabi! Hai manusia jangan menyesatkan diri kamu dengan belajar ilmu dari ustaz wahhabi tapi belajar dengan ustaz ahli sunnah wal jamaah! Kegunaan internet untuk berdakwa pun satu bidaah kerana nabi tak pernah guna internet untuk berdakwa!

    Like

    1. Wahai saudara, belajarlah agama dengan mengikut ajaran wahyu.
      Guna internet untuk belajar tidaklah bid’ah yang dilarang. Ia untuk menyampaikan kepada pengajaran sahaja. Ini seperti menggunakan speaker untuk azan dan naik kenderaan untuk pergi ke mana-mana tempat. Ini pun perkara yang Rasulullah tidak lakukan. Kita tidaklah kata ia bid’ah pula. Yang kita tegur adalah bid’ah dalam hal agama.
      Marilah belajar sama-sama. Kalau ada yang tidak faham, boleh bertanya di sini. In sha Allah saya cuba bantu. Kita sama-sama hendak mendapatkan keredhaan Allah.
      Doa kepada Allah supaya tunjukkan kebenaran kepada kita. Ada banyak pendapat sekarang, bukan? Mana yang benar? Minta Allah tunjukkan. Tapi kenalah buka hati kepada kebenaran.

      Like

  55. Menyebar agama mengguna internet pun juga termasuk dalam hal agama kerana nabi saw tak pernah menyebar agama seperti begitu. Ajaran sesat Wahhabi ikut sesuka hati sahaja yg mana dia nak dan tanak bidaah kan! Ajaran sesat Wahhabi telah dimulakan oleh British untuk menumbangkan kilafat Ottoman dengan memecah belah umat Islam dengan ajaran baru yg sesat dan penuh dgn kontradiksi.

    Like

    1. menyebar agama melalui medium mana-mana pun boleh, kerana tujuannya adalah untuk menyebar agama. Ia tidak mengubah mana-mana ibadah, reka mana-mana ibadah. kena bezakan antara ibadah dan perkara yang menyampaikan ke arahnya.

      Saya tidak tahu lah pasal sejarah Wahabi itu, kena check sejarah betul atau tidak. Tapi saya bukan wahabi. jadi tidak kena mengena dengan saya. Awak sahaja yang tuduh saya begitu. Kena tunjukkan bukti saya Wahabi. Sebab saya tak pernah pun ajak kepada ajaran Wahabi. Tak pernah sebut Wahabi pun dalam penulisan saya. Melainkan menidakkan yang saya Wahabi.

      Masyarakat sekarang apabila tidak ada hujah, terus tuduh wahabi sahaja. Sebagai contoh tulisan saya tentang bid’ah ini, senang sahaja kalau berhujah – berikan dalil ada amalan-amalan itu yang diperbuat oleh Rasulullah, senang sahaja saya tarik balik.

      Like

  56. Jazakillahu khairan kathira. Semoga Allah melindungi kita semua dpd amalan2 bid’ah, dan semoga Allah menguatkan kita dalam amalan Islam & sunnah2 Nabi SAW yg sebenar.

    Like

    1. Majoriti merasakan janggal apabila selepas berdoa angkat tangan TIDAK menyapu muka kerana saya pun dalam keadaan sedemikian. Tapi selepas diberi hikmah oleh Allah, tidaklah lagi saya melakukannya. Wallahuálam

      Like

  57. Terima kasih byk sbb menyenaraikan semua amalan bidaah ini. Saya dan kawan2 mmg belajar dari Ustaz2 yg Sunnah shj. Sejak mula belajar baru lah faham betul..kita mesti ikut Sunnah!! Yg bukan sunnah adalah bidaah. Teruskan menulis..teruskan menulis kerana ramai yg masih tidak tahu atau tak nak amik tahu. Keep writing..! Semuga Allah balas tuan dgn Jannah. Semuga bertemu kita disana..

    Like

  58. Assalamualaikum tuan, saya hanya ingin bertanya…
    1. Saya ada tengok satu komen tuan tentang zikir secara kuat dan tuan berikan dalil hadis yg sahih tp bknkah itu hadis dimana kita x bleh berzikir dan membaca al quran dgn suara yg kuat sehingga mengacau org lain beribadat?

    2. Yang kedua bukankah kita juga ada wali yg tlh dipilih oleh Allah dan ada drp mereka sendiri melakukan amalan2 yg tuan sebutkan seperti tahlil lebih2 lg di nusantara.

    3. Adakah layak bg kita utk menolak pandangan imam mazhab yg lain?

    Like

    1. Terima kasih atas soalan. Maaf ya, saya dapati yang anda kurang memahami isu asas. Iaitu tentang zikir, tentang wali dan tentang ulama’. Jawapan saya berdasarkan soalan awak:

      1. Zikir secara kuat tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Ini sudah cukup sebenarnya. Dan ada juga hadis lain Nabi menegur sahabat yang zikir secara kuat ketika di dalam musafir. Nabi kata kamu bukannya berzikir kepada orang Dzat yang pekak. Dari sebuah hadis dari Abu Musa al-‘Asy’ari, beliau menceritakan:

      رفع الناس أصواتهم بالدعاء في بعض الأسفار، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: “أيها الناس، أربعوا على أنفسكم، فإنكم لا تدعون أصمَّ ولا غائبًا؛ إن الذي تدعونه سميع قريب

      Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):

      Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 3/539)

      Jadi, zikir kuat pun sudah ada masalah, tambahan pula kalau zikir kuat itu mengganggu orang lain, sudah berganda salahnya.

      2. Ada wali yang amalkan tahlil? Siapa wali itu tuan? Mungkin Wali Songo yang anda maksudkan kerana kajian setakat ini hanya dapati mereka ini yang reka amalan Tahlilan (sebab zaman Nabi dan sahabat memang tidak ada).
      Masalah dengan orang kita adalah senang sahaja tempek status ‘wali’ pada orang. Saya setuju adanya wali di kalangan kita. Tapi yang saya tidak setuju adalah kita sendiri ‘lantik’ wali itu sesenang hati kita.

      Siapa kita yang hendak kata dia wali? Ada Allah lantikkah? Ada majlis perlantikankah? Ada sijil? Kalau dakwa dakwi mimpi orang, itu kita tidak pakailah ya… banyak sangat tidur kah sampai keluar banyak sangat dakwaan dari mimpi itu dan ini. Sebab yang selalu terjadi tahu itu dan ini adalah wali dari mimpi belaka.

      Dan kita tidak boleh nak kata wali boleh reka sunnah baru pula. Wali tidaklah lebih hebat dari Nabi dan para sahabat sampaikan mereka boleh datangkan amalan baru yang tidak pernah difikirkan oleh Nabi dan para sahabat yang tentunya lebih hebat dari mana-mana wali pun.

      3. Kita tidak layak tolak pandangan mazhab lain. Tapi kita boleh pakai pandangan ulama mazhab lain. Kalau menolak pandangan ulama mazhab langsung tidak boleh, eh berdosa besar Imam Malik sebab tak pakai semua pendapat Imam Abu Hanifah. Ada yang beliau tolak. Begitu juga Imam Syafie yang belajar dengan Imam Malik tapi kemudian berbeza pendapat. Begitu juga dengan Imam Ahmad yang belajar dengan Imam Syafie tapi kemudian ada mazhab sendiri.

      Kalau kita tidak pegang pandangan satu-satu mazhab, kita sebenarnya pegang pendapat mazhab lain atau ulama’ muktabar yang lain. Bukannya kita buat pandangan sendiri pula. Dan bila kita tidak ambil pandangan mana-mana ulama’, bukannya kita tolak dia secara keseluruhan atau hina dia.

      Secara ringkasnya, banyak ulama’ dalam dunia ini, bukannya satu sahaja. Kita tidaklah terikat dengan hanya pakai pendapat satu mazhab sahaja.

      Like

  59. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Ustaz.

    Terima kasih kepada anta atas perkongsian senarai Bida’ah² ini. Sebelum sya teruskan comment serta soalan sya, InshaAllah, izinkan sya utk memperkenalkan diri sya sedikit. Nama sya Herbert Lye Chung Tzung, umur 39 & asal Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah, sya telah kembali kpd Fitrah pada 29 JUL 2021, bukan sebab kahwin Islam tapi hanya sebab 100% Hidayah Allah ﷻ.

    Jadi selama dekat² 2 tahun perjalanan Muallaf sya ni, Alhamdulillah sya telah berpeluang utk berguru dgn ustaz² serta agamawan² tempatan, diantara mereka adalah Sheikh Abdul Razak, Mufti Sabah Dato’ Dr. Ustaz Hj Bungsu serta Brother Lim Jooi Soon (sifu bab Da’wah sya), Alhamdulillahi Rabbiyal’alamin.
    Bila sifu dakwah sya disebut, inilah Bida’ah yang sya nk kongsikan kpd saudara-saudari khususnya tuan blogger Celik Tafsir & InshaAllah, mungkin penambahan kpd senarai tuan blogger, iaitu:

    67. [Bida’ah ‘Nama-Islam’] –
    Biar yg tgh memetik nama utk anak² yg akan dilahirkan tidak lama lagi, ataupun seseorang saudara/saudari yg baru² kembali kpd Fitrah, Jabatan Bahagian Dakwah akan excited bila saudara-saudari isi borang Muallaf yg sampai ruang ‘Nama Islam’, lalu terus mengeluarkan buku seneari “Nama² Islam Dan Maksudnya”, yg bikin meradangkan adalah banyak yg TIDAK BERDAKWAH KPD saudara-saudari baru kita TERMASUK saya. Mereka harus berdakwah kpd para saudara-saudari baru kita bhw “Nama Islam itu bukan shj suatu tidak wajib, bahkan juga langsung bukan 1 perintah Allah ﷻ, juga bukan 1 Sunnah Rasulullah ﷺ, TIDAK ADA SATU AYAT Al-Quran serta Hadith pun yg menyatakan bhw setiap Muallaf mesti tukar/tambah nama² Quranik/Arabia bila menjadi Muslim.”, tapi sedihnya, itu bukan apa yg dilaksanakan oleh para pegawai bahagian dakwah frontdesk. InshaAllah, izinkan kami Muallaf utk menerangkan situasi yg sangat tidak elok supaya InshaAllah, anda semua khususnya yg born Muslims dpt memahami dengan keadaan kecoh diantara ahli² keluarga khususnya reaksi² ibu bapa kami dgn kami sewaktu mereka mengetahui bahawa kami telah masuk Islam (*melainkan mereka yg masuk Islam sebab kahwin Islam), yg paling common anda mungkin pernah dengar adalah saudara/saudari baru tu DIHALAU KELUAR DARI RUMAH ibu-bapanya. Jadi, bila diantara anak & parents dah sampai tahap kekecohan begitu, rasa² Bid’ah menukar/menambahkan ‘Nama-Islam’ ini dpt tolong situasi ni ke, ‘menambah minyak keatas api?
    Kita semua dinasihati (termasuk UAI) supaya kita berdiam & jgn menjawab langsung biar 1 perkataan tapi hanya bersabar & diam bila dimarahi oleh parents kami sebab walaupun mereka kafirun ke mukminun ke, mereka tetap ibu bapa kami & wajib kita menghormati mereka.
    Sya adalah salah satu drpd ‘mangsa² Bida’ah ‘Nama-Islam’ ini, tapi Alhamdulillah, selepas sya membebel Jabatan Bahagian Dakwah JHAIENSabah, nama sya tetap kembali kpd ‘Nama Fitrah’, iaitu nama penuh yg dinamakan oleh ibu bapa yg sya cintai, yg membesarkan sya sehingga ke kolej.

    Kesimpulannya, Bida’ah ‘Nama-Islam’ ini walaupun 1 Bida’ah yg berhukum Mubah, tapi bolehkah kita mempertimbangkan dugaan yg hampir setiap Muallaf (kecuali yg kahwin Islam) di Malaysia, khususnya kami yg kaum Cina & kaum India, bagitahulah mereka bhw ‘Nama-Islam’ ini hanya 1 Bida’ah Mabuh, tukar x tukar, tambah x tambah pun tidak berpahala & tidak berdosa juga. Yg penting, JANJI nama asal saudara/saudari TIDAK mempunyai sebarang unsur² shirik ataupun apa² shj yg melawan Deen kita, TAUSA TUKAR/TAMBAH nama sendiri.

    68. [Menamakan Anak² Berdasarkan Istilah² Yg Terdapat Dalam Qur’an (sikit berkaitan dgn 67.)] – Selama dekat 2 tahun ini, sya juga pernah dengar ilmu tasawwuf yg bertajuk ‘The Miracles of the Quran” (Mukjizat Al-Quran). Salah satu Bida’ah yg dicabang adalah bila mengaji Al-Quran, janji tajwid serta mahkroj tepat, tak usah menghadam maksud ayat² serta pentafsiran² ‘ulama, Mukjizat Al-Quran mengaji dpt membuat pengkhatam tu hadam semua yg telah dingaji”, justeru itu, wujudnya org² yg bernama ‘Syarima’ ataupun ‘Sharima’ (cuba taip nama² tersebut dlm ruangan search di Facebook & lihatlah berapa ramai). Muallaf ke Mukallaf ke Mukmin ke, semua dah pandai membaca atau melafaz 3-Qul, jadi bukannya susah mau faham Surah al-Falaq, ayat ke-2 dimana Allah ﷻ berfirman ‘Min Sharri ma khalaq’, yg bertafsir ‘from the EVILS that He created’, Sharimma – Evils – Kejahatan, adakah org yg bersoleh, org yg bertaqwa & bertawakul menamakan anak perempuan sendiri ‘Kejahatan’ kah? Kalo gitu, yg anak laki alang² kasih nama ‘Lahab’ juga lah, baru sepadan mah.

    Sekian, itu saja komen sya. Sya mohon maaf jika tersalah hujah dan InshaAllah, semoga anda dpt menegur dan menegakkan kesalahan tersebut supaya kita dpt berilmu Fisabilillah.

    Wallahu Ta’alam & Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Like

  60. Kamu gunakan internet untuk berdakwah, internet x ada zaman Nabi.

    Tapi kamu tak panggil bidaah.

    Kamu gunakan hosting provider untuk hostkan web ni, hosting provider x ada zaman Nabi.

    Tapi kamu x panggil bidaah.

    Kamu gunakan WordPress untuk tulis artikel ni pun, WordPress x ada zaman Nabi.

    Tapi kami x panggil bidaah.

    Like

    1. Owh, ini kekeliruan yang banyak juga di kalangan orang kita. Selalunya orang kata, Nabi tak pakai kereta, tapi pakai unta. Jadi kamu patut pakai unta lah.

      Dr. MAZA pernah komen tentang ini. Dia kata (dia kata, bukan saya kata) “Kalau bodoh sikit-sikit tu takpelah, jangan bodoh sangat!”

      Ini kerana bid’ah yang dilarang dalam agama adalah bab fahaman dan amalan, bukannya bab kehidupan, sayang. Bab kehidupan terpulanglah kepada kita mengikut peredaran zaman. Kerana Nabi diutus untuk mengajar hal agama, bukannya hal kehidupan. Kehidupan ini kita boleh fikir sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Kita boleh nilai dengan akal. Tapi bab agama, kita tidak boleh nak capai tanpa ilmu wahyu yang Nabi sampaikan.

      Like

  61. Boleh ceritakan asal usul majlis bacaan yasin setiap malam Khamis? Kalau tak silap orang melayu yang mulakan.

    Like

    1. Tak boleh nak cerita, sebab tiada hadis. Orang yang mula-mula buat pun kita tak tahu. Begitulah dengan amalan bid’ah, tidak tahu siapa yang mula buat. Yang pasti bukan Nabi.

      Like

  62. Assalamualaikum ustaz.. nak tanya sikit,, kawasan surau tempat saya di Pasir Gudang, Johor ni lepas solat fardhu imam akan istighfar, zikir dan doa guna microphone dan ianya agak kuat. Dan pada saya ianya sedikit sebanyak menggangu saya utk solat sunat baadiah serta berzikir sorang2. Saya risau hilang kekhusyukkan untuk solat sunat dan zikir2 saya tu. Bolehkah saya buat semua yang sunat tu di rumah sahaja. Adakah pahala saya akan berkurangan sebab yang terbaik adalah di masjid. Saya tak mampu nak tegur jemaah dan imam disitu. Kerana saya insan yang lemah. Huhu..

    Like

    1. 1. Memang buruk apa yang mereka buat. Jenis tak belajar. Mereka blur atau tak tahu langsung perbuatan mereka itu mengganggu.
      2. Ya saya faham kalau anda susah tegur mereka. Memang orang jahil susah ditegur, kita yang kena marah balik.
      3. Ya anda boleh buat di rumah. Malah di rumah lebih baik. Kenapa anda kata terbaik di masjid. Solat Sunat terbaik dilakukan di rumah. Nabi pun buat di rumah. Kerana ia lebih selamat dari riak apabila dilakukan di rumah. Memang rumah tempat untuk buat solat sunat.

      Like

  63. Berkenaan qunut:

    Pendahuluan

    Merupakan masalah khilafiyah yang menjadi sebab pertelingkahan besar oleh segelintir masyarakat Islam.

    ——————

    Terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai doa qunut, iaitu:

    1 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan samasekali. Tidak kira samada qunut subuh, witir dan nazilah (kerana bencana/bala’).

    2 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan. Dan mereka ini terbahagi lagi kepada beberapa kelompok:
    a . Hukumnya, ada yang mengatakannya sebagai wajib dan ada yang mengatakannya sebagai sunat sahaja.
    b . Waktunya, ada yang mengatakan pada sembahyang subuh ada yang mengatakan tidak. Ada yang mengatakan pada witir, ada yang tidak. Ada yang mengatakan pada semua sembahyang dan ada yang mengkhususkan pada sembahyang tertentu. Ada yang mengatakan hanya ketika berlaku bencana.
    c . Tempatnya, ada yang mengatakan sebelum rukuk dan ada yang mengatakan selepas rukuk.

    Namun kami tidak berhajat untuk membahaskan semuanya secara terperinci, kerana terlalu panjang. Dan alhamdulillah kami telahpun hampir siap menterjemah fatwa yang panjang lebar mengenai qunut oleh bekas Syeikhul Azhar, al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. Fatwa ini kami kira agak lengkap dan sempurna. Dan di sini kami akan petik pembahasan dari fatwa berkenaan tentang qunut subuh sahaja. Sedangkan yang lain-lain, kami lakukan secara ringkas dan sepintas lalu sahaja. Dan segala nukilan dari kitab-kitab para ulamak yang terdapat di dalam fatwa berkenaan hendaklah dirujuk-kan kepada kitab fatwa: Buhuth Wa Fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Mu’asharah, vol. 3, hal.67-108.

    Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan, dalil dan penolakkannya.

    Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan: Sepintas lalu

    Tidak disyariatkan bermaksud, dilarang melakukannya samada di dalam sembahyang subuh, witir dan qunut nazilah (kerana bencana).
    Mereka behujah dengan hadis, antaranya ialah:

    1 . Dari Abu Malik al-Asyja’I, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
    Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bid’ah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
    Di dalam riwayat lain: “Apakah mereka berqunut di dalam sembahyang subuh?”

    2 . Di dalam satu riwayat al-Nasa’I, katanya (ayah Abu Malik):
    Aku bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., baginda tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Abu Bakar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Umar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyan di belakang Ali, dia tidak berqunut. Kemudian dia berkata: Wahai anakku, ia adalah bid’ah.

    3 . Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
    Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim).
    Mereka mengatakan bahawa hadis-hadis di atas memberi petunjuk hukum, bahawa qunut adalah bid’ah yang ditegah.
    Penolakan hujah menggunakan hadis ini:
    Hadis-hadis di atas tidak dapat dijadikan hujah untuk menafikan qunut, kerana ada juga hadis-hadis sahih lain yang menerangkan bahawa Nabi s.a.w berqunut. Begitu juga ada diriwayatkan dari Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa mereka berqunut.
    Oleh itu…. Kata-kata ayah Abu Malik al-Asyja’I tentang qunut: [“Wahai anakku itu adalah bid’ah.”] menunjukkan bahawa dia tidak mengetahui bahawa qunut ada dilakukan.

    Jadi… Di sini terdapat dua kumpulan, pertama yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut. Kedua yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berqunut.
    Bermakna… Kumpulan pertama tidak tahu bahawa qunut itu pernah dilakukan. Manakala kumpulan kedua tahu bahawa qunut pernah dilakukan.

    Oleh itu, orang yang tidak tahu hendaklah mengikut orang yang tahu. Riwayat dari orang yang tahu mesti kita dahulukan dari riwayat orang yang tidak tahu.

    Keputusannya: Hujah adalah bagi orang yang tahu. Dengan itu telah nyata bahawa qunut adalah disyariatkan.

    Ia adalah penolakan hujah yang dilakukan oleh Ibnu Hazmin di dalam al-Muhalla terhadap orang yang mengengkari qunut.

    ————-

    Kemudian terdapat juga sebahagian ulamak yang mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan. Mereka berhujah dengan hadis Anas r.a.:
    Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut sebulan lamanya, kemudian baginda meninggalkannya (tidak berqunut lagi). (HR Ahmad).
    Namun hujah golongan ini menggunakan hadis di atas tertolak kerana terdapat hadis-hadis lain, termasuk dari Anas r.a. sendiri yang menjelaskan bahawa ia masih dilakukan lagi dalam sembahyang dan keadaan tertentu.

    ———-

    Begitulah secara ringkas penjelasan mengenai perselisihan pendapat mengenai apakah qunut disyariatkan ataupun tidak

    Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh dan diskusinya

    Qunut Subuh: Bid’ah atau sunah

    Berikut ini adalah petikan terjemahan kami dari fatwa al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, syeikhul Azhar yang lalu:

    Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh
    Golongan yang mengatakan pensyariatan qunut di dalam sembahyang subuh telah berhujah dengan hadis riwayat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah berqunut selama sebulan, mendoakan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di telaga Ma’unah, kemudian baginda meninggalkannya. Adapun di dalam sembahyang subuh, baginda terus berqunut sehinggalah wafat. (HR al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim – sahih)

    Al-Syaukani memberi komentar terhadap hadis ini, seandainya hadis di atas itu sahih sudah tentu tidak akan berlaku pertelingkahan (antara ulamak), tetapi hadis ini diriwayatkan dari jalan Abu Ja’far al-Razi, dan dia dikatakan orang yang mencampur adukkan dan buruk hafalannya. Ada diceritakan oleh sebahagian ulamak bahawa dia adalah orang yang dipercayai (thiqah) oleh bukan seorang sahaja.

    —–

    Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.

    Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)

    Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)

    Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…
    (Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu – aL-AHKAM online)
    Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.
    Al-Syaukani berkata: Hadis di atas menunjukkan hukum bahawa qunut tidak disyariatkan di dalam semua sembahyang.

    Apabila dihimpunkan (jamak) antara riwayat-riwayat dari hadis Anas di mana Nabi s.a.w. masih berqunut di dalam sembahyang Subuh sehingga meninggal dunia, maka dapat diketahui bahawa yang dikehendaki di sini ialah meninggalkan doa atas orang kafir. Bukan asasnya qunut.
    Pengarang Subulus Salam memberi komentar terhadap perkataan “..kemudian baginda meninggalkannya” bermaksud meninggalkan qunut pada selain sembahyang subuh.
    Maksud hadis: “Baginda masih berqunut di dalam setiap sembahyangnya”
    Kemudian al-Shan’ani berkata: Hadis-hadis dari Anas sesungguhnya bercelaru dan bertentangan di dalam sembahyang subuh (qunut)

    Apabila dihimpunkan antara semuanya di dalam kitab Huda an-Nabawi disebutkan: Hadis-hadis Anas semuanya sahih, sebahagiannya membenarkan sebahagian yang lain, dan tidak berlaku percanggahan di dalamnya. Dan, qunut yang disebutkan sebelum rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana membaca al-Quran. Qunut yang disebutkan selepas rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana berdoa. Maka inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selama sebulan berdoa kebinasaan atas satu kaum, atau berdoa kebaikan bagi satu kaum. Kemudian baginda berterusan memanjangkan rukun ini untuk berdoa dan memuji sehingga wafat, sebagaimana yang tersebut di dalam dua kitab sahih (Bukhari & Muslim).

    Dari Thabit bin Anas: Sesungguhnya aku masih lagi bersembahyang sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami.”
    Ini adalah qunut yang dikatakan oleh Anas, di mana Rasulullah s.a.w. masih melakukannya sehingga wafat. Yang ditinggalkannya ialah doa atas kaum-kaum dari kalangan Arab. Ia dilakukan selepas rukuk. Maka yang dimaksudkan oleh Anas dengan qunut ialah memanjangkan berdiri.
    Al-Shon’ani melanjutkan: Tidak dapat disembunyikan lagi, bahawa penjelasan di atas tidak sesuai dengan keterangan Anas yang berbunyi (“Maka adapun di dalam sembahyang subuh, baginda masih lagi berqunut sehingga wafat..”). Bahawasanya keterangan Anas ini menunjukkan khusus untuk sembahyang subuh, sedangkan memanjangkan berdiri selepas rukuk umum untuk semua sembahyang.

    Kemudian al-Shon’ani berkata: Jamaah ulamak dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahawa doa selepas rukuk pada sembahyang subuh adalah sunat hukumnya, sekalipun mereka berselisih pendapat mengenai lafaznya.

    Ibnul Qaiyim berkata di dalam kitab Zadul Ma’ad: Apabila para fuqahak dan ramai orang menjadikan bahawa qunut itu adalah doa yang masyhur “Allahummadini Fiman Hadith..”, dan mereka mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. masih melakukannya dalam sembahyang subuh hingga wafat, begitu juga dengan khulafa’ur rasyidin dan sahabat-sahabat lainnya, lalu mereka (fuqahak & orang ramai) juga memaksudkan qunut pada lafaz sahabat dengan qunut menurut istilah yang mereka gunakan.

    Qunut berkenaan ialah doa yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh al-tarmizi, al-Baihaqi dari Hasan bin Ali. Al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis berkenaan bertaraf hasan (baik).

    Ibnul Qaiyim menguatkan hadis Anas dengan hadis Abu Hurairah r.a. yang berkata: “Demi Allah, aku adalah orang yang paling menyerupai sembahyang Rasulullah di kalangan kamu.”. Dan, Abu Hurairah berqunut pada rakaat akhir pada sembahyang subuh selepas mengucapkan `samiallahu liman hamidah..’, lalu dia berdoa untuk orang mukmin dan melaknat orang kafir. Dan, Abu Hurairah pula menyukai qunut seperti ini sebagai sunah, dan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.
    Ini, adalah sebagai bantahan/penolakan terhadap penduduk Kufah yang memakruhkan qunut di dalam sembahyang subuh secara mutlak, samada ketika berlaku bencana dan kecelakaan ataupun tidak. Mereka mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan dan melakukannya adalah bid’ah.

    Kemudian Ibnul Qaiyim menambah: Para ahli hadis bersikap pertengahan antara penduduk Kufah dan orang yang menyukai qunut ketika berlaku bencana/bala’ataupun tidak. Para ahli hadis ini lebih memahami hadis berbanding dua kelompok tadi. Mereka (ahli hadis) berqunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. berqunut. Mereka juga meninggalkan qunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Mereka melakukan dan meninggalkan sebagaimana Rasulullah s.a.w. Para ahli hadis ini berkata: Melakukannya sunat dan meninggalkannya juga sunat.

    Oleh itu, mereka (ahli hadis) tidak mengengkari orang yang melakukan qunut secara berterusan. Mereka tidak menghukumkan makruh terhadap orang yang melakukannya dan terhadap orang yang meninggalkannya. Mereka tidak menganggapnya sebagai bid’ah (samada buat buat qunut atau tidak). Mereka tidak menganggap orang yang membuatnya sebagai orang yang menyalahi sunnah, sebagaimana mereka tidak mengengkari atas orang yang mengengkarinya ketika berlaku bencana. Mereka tidak menganggap orang yang meninggalkan qunut sebagai bid’ah. Tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan mereka mengatakan, sesiapa yang melakukan qunut dialah yang paling baik, dan sesiapa yang meninggalkan qunut dialah yang paling baik.

    ***** intaha*****

    Golongan yang berpendapat qunut dalam sembahyang subuh
    Imam al-Nawawi al-Syafi’I di dalam Syarah al-Muhazzab berkata: Qunut dalam sembahyang subuh selepas mengangkat kepala dari rukuk pada rakaat kedua adalah sunat tanpa khilaf .

    Adapun apa yang telah dinukilkan dari Abu Ali bin Abu Hurairah r.a. bahawa dia tidak berqunut dalam sembahyang subuh, kerana ia telah menjadi lambang kepada sekelompok pembuat bid’ah, itu adalah sesuatu yang salah. Ia tidak dikira dari mazhab kami.

    Di dalam menjelaskan mazhab-mazhab ulamak di dalam menetapkan qunut pada sembahyang subuh, al-Nawawi berkata:

    Mazhab kami mengatakan bahawa qunut itu sunat samada ketika kecelakaan (nazilah) ataupun tidak. Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan para salaf dan khalaf serta orang selepas mereka. Sebahagian dari mereka yang berpendapat demikian ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman, Ali, Ibnu Abbas dan al-Barra’ bin `Azib r.a. Dan al-Baihaqi telah meriwayatkannya dengan sanad yang sahih. Begitu juga mereka yang berpendapat demikian ialah dari kalangan tabi’in dan orang-orang selepasnya. Inilah juga mazham imam Malik, al-Hasan dan Abu Daud.

    Al-Nawawi berkata:
    Mereka ini berhujah dengan hadis Anas r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan mendoakan kebinasaan atas mereka, kemudian meninggalkannya. Maka adapun pada sembahyang subuh, beginda masih berqunut sehingga wafat. (HR jamaah dan dianggap sahih oleh al-Hakim, al-Baihaqi, al-Daruquthni dll.)

    Mereka berhujah juga dengan apa yang diriwayatkan dari al-Awwam bin Hamzah, katanya: Aku bertanya Abu Usman mengenai qunut pada sembahyang subuh, dia berkata: Selepas rukuk. Aku berkata: Dari siapa? Dia berkata: Dari Abu Bakar, Umar dan Usman. (HR al-Baihaqi dan dianggapnya sebagai sahih)

    Begitulah halnya dengan riwayat al-Baihaqi dari Abdullah bin Mua’qqal, katanya: Ali berqunut pada sembahyang subuh.

    Terdapat di dalam Syarah al-Kabir, karya syeikh al-Dardir al-Maliki: Disunatkan qunut pada sembahyang subuh sahaja.

    Di dalam al-Mudauwanah al-Kubra: Waqi’ berkata dari Fithr dari Atho’, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berqunut pada sembahyang subuh, dan sesungguhnya Abu Musa al-Asy’ari, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan al-Hasan berqunut pada sembahyang subuh.

    Katanya lagi, diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Rafi’ bahawa kedua-duanya bersembahyang subuh di belakang Umar, dia berqunut selepas rukuk.

    Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:
    Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…

    *** Intaha Jadul Haq ****

    ———-

    Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?
    Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya.
    (Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1)

    Kesimpulan

    1 . Para ulamak berselisih pendapat mengenai pensyariatan subuh. Sebahagiannya mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan. Yang lain mengatakan ia disyariatkan. Masing-masing menggunakan hadis sebagai hujah.

    2 . Golongan yang mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan berselisih pendapat, bila waktunya ia perlu dibaca? Apakah pada waktu subuh sahaja, atau pada semua waktu sembahyang, atau pada witir sahaja, atau ketika terjadi bencana sahaja.

    3 . Syafi’I dan Malik berpendapat bahawa qunut pada sembahyang subuh disunatkan. Manakala Hanafi dan Hanbali berpendapat qunut subuh telah dinasakhkan.

    Pegangan kami:
    Qunut adalah di antara masalah yang menjadi objek pertikaian sesetengah pihak. Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi faktor pertelingkahan sesama saudara seislam.

    Kami berharap umat Islam warga Malaysia, khususnya, tidak melayan seruan-seruan yang bertindak mengungkit-ungkit masalah khilafiyah. Seruan yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan umat. Mereka ini mengatakan bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, dan orang yang melakukannya itu adalah ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu di dalam agamanya. Seruan ini adakalanya keterlaluan. Mereka seolah-olah tidak mengakui langsung adanya perselisihan pandangan di kalangan para ulamak di dalam menafsirkan nash-nash syarak.

    Gelaran ahli bid’ah yang dilemparkan kepada mereka yang mengamalkan qunut subuh telah meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam hubungan sesama muslim. Kami merasa amat sedih sekali. Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mengerti samasekali adab-adab berikhtilaf di dalam masalah-masalah furuk. Mereka ini jauh sekali dari tradisi yang diamalkan oleh para ulamak turun-menurun ketika berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Melayan bicara mereka hanya akan menyebabkan kita ini lemah dan membodohkan diri sendiri.

    Dalam masalah qunut ini, kami berpegang kepada prinsip bertasamuh di dalam masalah khilafiyah. Kami berpandangan, sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah. Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik.

    Tidak ada masalah samasekali, samada mahu berqunut subuh ataupun tidak. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat qunut subuh itu disunatkan, sila melakukannya. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, tidak perlulah melakukannya.

    Yang akan menjadi masalah ialah jika kita bersikap taksub dalam masalah khilafiyah tanpa memperdulikan pendapat yang dipegang oleh orang lain. Yang akan menjadi bercelaru ialah jika kita mengatakan orang yang melakukan qunut itu sebagai ahli bid’ah yang disesatkan Allah. Atau kita mengatakan orang yang tidak berqunut itu sebagai menyalahi sunnah.

    Berikut ini adalah pendirian Syeikh Jadul Haq yang kami terjemahkan dari kitab fatwanya, dan inilah juga pegangan kami:

    Maka inilah yang telah dikatakan oleh para ulamak terbilang, iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim mengenai masalah qunut. Itulah yang kami pilih. Dan kami cenderung untuk berpegang dengannya. Iaitu, barangsiapa yang berqunut di dalam sembahyang subuh selepas rukuk, maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah yang datang dari Rasulullah s.a.w., mengikut para sahabatnya dan ia diamalkan oleh para imam mujtahidin, fuqahak dan ahli hadis. Dan, barangsiapa yang berqunut sebelum rukuk di dalam sembahyang subuh dan sembahyang witir, maka dia juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

    Qunut itu bukanlah bid’ah yang dilarang. Ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan oleh para fuqahak yang dapat dipercayai dan para hali hadis. Begitu juga, qunut bukanlah khusus ketika terjadi bencana sahaja. Ia dapat dilihat dengan jelas berdasarkan nukilan para fuqahak dari kalangan imam-imam dan ahli hadis bahawa qunut telah dilakukan walaupun tidak berlaku bencana.

    Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
    Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.

    Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
    [.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]

    Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
    [Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.

    Begitu juga, mereka tidak mengengkari orang yang orang yang mengengkari qunut ketika terjadi bencana. Mereka tidak menganggap orang yang tidak berqunut sebagai bid’ah. Juga tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan para ulamak ini beranggapan bahawa barangsiapa yang berqunut, maka itulah yang paling baik, dan barangsiapa yang meninggalkan qunut, maka sesungguhnya itulah yang paling baik.]

    Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.
    Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid’ah’ atas sesuatu yang diterima oleh umat Islam sebagai sunah yang diikuti.
    (Buhuth Wa fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Muashirah, Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, hal.107-108)

    :wassalam

    Like

  64. Assalamualaikum

    39. Membaca selawat rekaan manusia selain daripada hadis yang sahih. Sebagai contoh, Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyyah

    Bagaimana pula dgn selawat daripada sahabat nabi contohnya dari ali, ibn mas’ud. Mereka ada cipta selawat mereka sendiri. Adakah mereka melakukan bidaah? Mohon penjelasan.
    Sebab saya baru tengok penjelasan ustaz noor derus berkaitan isu selawat ni. Ia adalah emosi manusia mengenai kecintaan kepada nabi dan diterjemahkan dalam bentuk selawat. Dan yang paling penting katanya, jgn kita menganggap selawat2 yang dicipta ini lebih baik dari selawat Ibrahimiyah.
    Apa komen sedara?

    Like

    1. 1. Saya tidak tahu apa jenis selawat yang direka oleh Ali dan Ibn Mas’ud. Adakah setelah Rasulullah wafat? Boleh share di sini? Sebab nak kena periksa juga apa sebenarnya.

      2. Kalau selawat-selawat rekaan itu tidak lebih baik dari selawat yang Nabi sendiri ajar seperti Ibrahimiyah itu, jadi kenapa nak baca? Ada makanan sedap, tapi pilih makanan tak sedap. Ada kerja gaji besar tapi pilih gaji kecil pula? Nampak tak apa yang saya hendak sampaikan di sini?

      Keduanya, bahaya apabila reka selawat sendiri kerana ada kemungkinan ia terlalu mengagungkan Nabi Muhammad melebihi yang sepatutnya seperti yang terjadi kepada Selawat Syifa’ dan Tafrijiyah itu.

      Like

  65. Assalamualaikum tuan. Terima kasih atas perkongsian, saya ingin bertanya, “Adakah memberi makan pada jemaah masjid dikira bid’ah?”

    Like

  66. Assalamualaikum. Saya nak tanya, ada tak kenalan, sy tengah cari calon yg tak amalkan bidaah. Sy tak nak suami orang. Susah nak cri yg tak amalkn bidaah. Sy ppn, tahun dpn 26 thn, tinggal kat shah alam. Dulu sy mcm tak nak kawen, tpi skrng sy rse sy kene kawen. Kalau ada calon tolong ws sy, 0196025441. Tq.

    Like

    1. Ungkapan Alhamdulillah tidaklah disyariatkan ketika seseorang itu sendawa akan tetapi ia hanyalah sebagai tanda syukur seseorang selepas menikmati makanan. Hukumnya adalah harus (boleh tanpa dosa atau pahala). Ucap alhamdulillah itu bukan kerana sendawa tapi kerana dapat makan tadi sebab sendawa mesti sebab makan, kan?
      Maka seseorang itu tidak boleh menganggap bahawa menyebut Alhamdulillah selepas sendawa merupakan sunnah Baginda Rasulullah. Yang penting tutup mulut ketika sendawa.
      Ia jadi bid’ah kalau ada pula yang ajar ia bagus, nabi pernah buat, Allah suka, Nabi suka, ada pahala tertentu.

      Liked by 1 person

Leave a comment