Tafsir Surah Fatihah Ayat 1 (Kehebatan Basmallah)

Pengenalan Surah al-Fatihah:

Surah Fatihah diturunkan di Mekah dan Madinah. Riwayat mengatakan bahawa ia diturunkan sebanyak dua kali. Ia adalah surah yang teragung di dalam Al-Qur’an.

Keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an secara ringkas berada di dalam Surah Al-Fatihah ini. Kerana itulah ia dinamakan Ummul Qur’an. Maksud/Dakwa Surah Al-Fatihah ini terdapat di dalam ayat: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. Melalui sebuah Hadith Qudsi, ringkasnya ayat-ayat di dalam keseluruhan Al-Fatihah ini adalah:

Ayat 1 – 3: Pujian-pujian kepada Allah ﷻ.

Ayat 4: Antara kita dengan Allah ﷻ

Ayat 5 – 7: Untuk kita sahaja.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana ia adalah pembukaan kitab secara tertulis. Dengan al-Fatihah itu juga dibukakan bacaan di dalam solat.

Ia juga disebut Ummul Kitab, As-Sab’ul Mathani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan Al-Qur-anul Azhim.

Ia juga dipanggil dengan sebutan al-Hamdu kerana Nabi ﷺ ada meriwayatkan firman Allah ‎ﷻ dalam Hadith Qudsi: “Aku membahagikan solat antara diri-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian. Jika seorang hamba mengucapkan: ‘Alhamdulillahi rabbil alamin, maka Allah ‎ﷻ berfirman; Aku telah dipuji oleh hamba-Ku.”

Surah ini juga dipanggil As-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat.

Ia juga disebut dengan nama Asy-Syifa’ kerana ada diriwayatkan satu hadith: “Fatihatul kitab itu merupakan syifa’ (penyembuh) dari setiap racun.”

Ia juga disebut ar-Ruqyah kerana ada satu hadith yang meriwayatkan sahabat telah menjampi (ruqyah) seseorang yang terkena sengatan, maka Nabi ﷺ bersabda: “Dari mana engkau mengetahui bahawa al-Fatihah itu adalah ruqyah?”

Abu Hurairah رضي الله عنه pernah meriwayatkan sebuah hadith daripada Nabi ﷺ: “Barangsiapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Qur’an, maka solatnya itu tidak sempurna, tidak sempurna, tidak sempurna.”

Berikut merupakan Hadith Qudsi yang telah disebut sebelum ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ الْإِمَامِ فَقَالَ اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ { الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ { الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ } قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي وَإِذَا قَالَ { مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ } قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ { إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ } قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ { اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

Daripada [Abu Hurairah] daripada Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, baginda bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan solat tanpa membaca Ummul Qur’an di dalamnya, maka solatnya masih mempunyai hutang, tidak sempurna” Tiga kali. Ditanyakan kepada Abu Hurairah, ” Kami berada di belakang imam?” Maka dia menjawab, “Bacalah Ummul Qur’an dalam dirimu, kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Aku membahagi solat antara Aku dengan hambaKu, dan hambaku mendapatkan sesuatu yang dia minta. Apabila seorang hamba berkata, ‘Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam.’ Maka Allah berkata, ‘HambaKu memujiKu.’ Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.’ Allah berkata, ‘HambaKu memujiKu.’ Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Pemilik hari kiamat.’ Allah berkata, ‘HambaKu memujiku.’ Selanjutnya Dia berkata, ‘HambaKu menyerahkan urusannya kepadaKu.’ Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Hanya kepadaMulah aku menyembah dan hanya kepadaMulah aku memohon pertolongan.’ Allah berkata, ‘Ini adalah antara Aku dengan hambaKu. Dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia minta’. Apabila hamba tersebut mengucapkan, ‘Berilah kami petunjuk jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.’ Allah berkata, ‘Ini untuk hambaKu, dan hambaKu mendapatkan sesuatu yang dia minta’.

Sahih Muslim (5362)


Fatihah Ayat 1:

بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Kata basmallah ini adalah satu lafaz yang amat hebat. Ia tidak diberikan kepada agama-agama lain. Tidak diberikan kepada orang Yahudi dan tidak diberikan kepada agama Kristian.

بِسْمِ اللهِ

Dengan Nama Allah;

Apabila kita kata ‘dengan’, sepatutnya ada ayat sebelum itu. Ada ulama’ yang berkata ayat sebelum itu adalah “Aku mula membaca Al-Qur’an ini adalah….” disambung: ‘dengan nama Allah yang bersifat Rahman dan Rahim’.

Namun yang mengajar kita menyebut kalimat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ini adalah Tuhan sendiri. Maka adakah Tuhan menyuruh kita baca atau Tuhan yang baca? Jawapannya adalah: Tuhan menyuruh kita baca.

Oleh itu, ayat yang penuh adalah: “Katakanlah, aku membaca surah ini dengan menyebut nama bagi Allah.”

Huruf بِ ‘ba’ dalam بِسْمِ itu adalah sesuatu yang menjadi perbincangan ulama’. Apakah yang dimaksudkan olehnya? Huruf ‘ba’ itu mempunyai banyak kegunaan dalam bahasa Arab. Ulama’ mengatakan terdapat 20 makna yang boleh diambil apabila ada penggunaan ‘ba’ itu.

Perbincangan ulama’ mengatakan bahawa ‘ba’ dalam basmallah ini membawa dua maksud: ba’ musaahabah dan ba’ istiaanah.

Ba’ musaahabah bermaksud mendekatkan diri dengan Allah ‎ﷻ. Bermaksud kita hendak mendekatkan diri ‘dengan’ Allah ‎ﷻ supaya perbuatan yang kita buat itu mendapat keberkatan daripada Allah ﷻ apabila kita membaca basmallah. Ini kerana segala usaha tidak akan membuahkan hasil jika Allah ‎ﷻ tidak mengizinkannya.

Hanya apabila Allah ‎ﷻ mengizinkannya barulah perkara tersebut berlaku. Kalau Allah ‎ﷻ tidak mengizinkan kita makan, maka kita tidak dapat hendak menyuapkan makanan ke dalam mulut pun.

Kita mengharapkan keberkatan daripada bacaan basmallah sampai kepada usaha kita itu. Dengan berkat Allah ‎ﷻ, perkara yang sedikit boleh menjadi banyak. Sebagai contoh, kalau Allah ‎ﷻ memberi berkat kepada makanan itu, walaupun ia sedikit sahaja, tetapi kita akan kenyang dengan makanan yang sedikit itu dan ia akan memberi tenaga yang banyak kepada kita.

Ba’ istiaanah pula bermaksud kita mengharapkan pertolongan daripada Allah ‎ﷻ. Semoga dengan izin dan pertolongan Allah ‎ﷻ, usaha kita itu akan berjaya. Kita sebagai manusia yang hina, memang amat mengharapkan pertolongan dari Allah ‎ﷻ. Tidak akan berjaya sesuatu usaha itu tanpa ada pertolongan daripada Allah ‎ﷻ.

Daripada dua makna itu, dapat kita zahirkan di dalam diri kita bahawa Allah ‎ﷻlah sumber barakah dan pertolongan, semenjak mula lagi sebelum kita dapat memulakan usaha tersebut pun.

Nama dzat: Allah. Kata ini adalah nama untuk Rabb. Dikatakan bahawa Allah ‎ﷻ adalah al-ismul a’zham (nama yang paling agung) kerana nama itu menyandang segala bentuk sifat.

Kalau kita sebut ar-Rahman, itu hanyalah merujuk kepada sifat Pemurah Allah ‎ﷻ sahaja. Kalau kita sebut ar-Razzaq, itu hanyalah menyentuh tentang sifat Allah ‎ﷻ memberi rezeki sahaja. Akan tetapi apabila kita gunakan nama Allah ‎ﷻ – ia merangkumi semua sifat-sifat Allah ‎ﷻ itu.

Nama Allah merupakan nama yang tidak diberikan kepada sesiapa pun selain diri-Nya, yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Oleh kerana itu, dalam bahasa Arab tidak diketahui daripada kata apakah nama itu berasal. Maka di antara para ahli nahu mengatakan bahawa nama Allah ‎ﷻ itu adalah ismun jamid, iaitu nama yang tidak mempunyai kata dasar.

Nama sifat: ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahim (Maha Penyayang). Dua-dua nama ini berasal daripada kata dasar – ar-Rahmah.

الرَّحْمَٰنِ

yang Maha Pemurah

Kalimah ar-Rahman diibaratkan seperti kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Seorang ayah sanggup memukul anaknya jikalau anaknya nakal, contohnya jika anak itu tidak mahu pergi ke sekolah.

Ayah itu sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendisiplinkan anaknya itu supaya anaknya itu menjadi seperti apa yang dia cita-citakan. Seorang ayah sanggup melihat anaknya yang nakal dimasukkan ke dalam penjara hanya kerana menginginkan yang terbaik untuk anak itu dengan harapan semoga dalam penjara dapat mengubah sikap anaknya itu.

Sifat Rahman Allah ‎ﷻ itu sanggup melihat hamba-Nya bersusah payah di dalam ibadat. Contohnya, kita diwajibkan solat lima waktu setiap hari. Kita di Malaysia tidak perlu menghadapi masalah yang besar untuk mengerjakan solat pada bila-bila masa pun.

Namun cuba bayangkan di negara-negara yang beriklim sejuk. Mereka terpaksa bersusah payah untuk mengambil wudhu’ dan sebagainya. Bayangkan mereka yang perlu berpuasa di kutub utara di dalam kesejukan dan masa yang sangat panjang kerana tempoh masa waktu siang mereka yang panjang. Ia seolah-olah nampak seperti mereka terseksa di dalam melakukan ibadat.

Allah ‎ﷻ sanggup melihat penyampai agama (pendakwah) bersusah payah di dalam menyampaikan agama-Nya. Sehinggakan ada yang dicerca, diejek malah ada yang dibunuh. Mereka hanya menghadapi dugaan ini semasa di dunia sahaja.

Namun kepada mereka di akhirat kelak, lain pula keadaan mereka nanti. Mereka akan dibalas dengan usaha dan kesusahan yang telah mereka alami semasa menjalankan ibadat-ibadat dan dakwah mereka kepada manusia.

Sifat Rahman Allah ‎ﷻ ini diberikan kepada seluruh makhluk-Nya, walaupun yang mukmin ataupun tidak. Lihatlah bagaimana Allah ‎ﷻ telah memberikan segala nikmat-Nya kepada penduduk dunia. Tidak kira sama ada mereka kafir atau tidak.

الرَّحِيمِ

yang Maha Mengasihani

Kalimah ar-Raheem diibaratkan seperti kasih sayang seorang ibu yang tidak sanggup melihat anaknya susah. Walaupun anaknya itu adalah seorang penagih dadah. Si ibu tidak akan sanggup melihat anaknya dimasukkan ke dalam penjara. Dia sanggup berbuat apa sahaja supaya anaknya tidak diazab.

Kalau di dunia, sifat Rahman Allah ‎ﷻ sanggup melihat hamba-Nya kepayahan dalam menjaga agama, tetapi apabila di akhirat nanti, Allah ‎ﷻ yang bersifat Raheem tidak sanggup melihat hamba-Nya yang Dia sayang itu mendapat penyeksaan.

Apabila Dia sudah mengampuni dosa-dosa hamba-Nya, Dia tidak akan bertanya lagi akan kesalahan dan dosa yang pernah mereka telah lakukan. Semuanya akan diampunkan dan dimasukkan hamba itu ke dalam syurga.

Amat berbeza sekali dengan kita sebagai manusia, walaupun kita sudah memaafkan seseorang, namun masih lagi ada tersisa rasa terkilan kita itu. Kita masih ingat lagi kesalahan yang dia telah lakukan terhadap kita. Namun Allah ‎ﷻ tidak begitu. Tidak sama kasih kita dengan kasihnya Allah ‎ﷻ.

Sifat Raheem ini dikatakan oleh ulama’ dikhususkan kepada orang mukmin sahaja. Tidak diberikan kepada selainnya. Kalau kita bukan seorang yang mukmin, kita tidak dapat merasa nikmat Raheem Allah ‎ﷻ ini.

Kalau kita lihat susunan basmallah ini, kita boleh melihat bagaimana Allah ‎ﷻ memulakan penggunaan nama-Nya daripada bentuk umum (nama Allah) kepada bentuk yang spesifik (ar-Raheem). Basmallah bermula dengan nama Allah – yang merangkumi seluruh sifat-sifat-Nya.

Kemudian nama ar-Rahman – iaitu sifat Pemurah Allah ‎ﷻ yang diberikan kepada seluruh makhluknya (mukmin ataupun tidak). Kemudian lebih spesifik lagi adalah nama ar-Raheem – sifat pemurah Allah ‎ﷻ yang hanya diberikan kepada orang mukmin sahaja. Begitu hebat sekali susunan Allah ‎ﷻ ini.

Para ulama telah sepakat bahawa kalimah basmalah seperti yang terdapat dalam salah satu ayat dalam Surah An-Naml (Ayat 30: اِنَّهٗ مِنْ سُلَيْمٰنَ وَاِنَّهٗ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ) adalah termasuk sebagai sebahagian daripada surah itu. Namun, mereka berbeza pendapat sama ada basmalah yang tertulis di awal setiap surah itu dianggap sebagai sebahagian daripada ayat-ayat setiap surah atau sekadar kalimah yang berdiri sendiri, bertindak sebagai pemisah di antara satu surah dengan surah yang lain.

Di antara ulama’ yang mengatakan bahawa basmalah adalah ayat daripada setiap surat adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair, Abu Hurairah dan Ali. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa basmalah itu bukan termasuk Surah Al-Fatihah dan tidak juga surah-surah lainnya.

Bagi mereka yang mengatakan bahawa basmalah bukan sebahagian daripada Surah Al-Fatihah, maka mereka tidak membacanya secara jahr (kuat) di dalam solat. Memang ada juga hadith yang mengatakan bahawa Nabi ﷺ tidak membaca basmallah di awal surah.

Namun tidaklah terjadi perbezaan pendapat kerana semua ulama’ telah sepakat bahawa solat orang yang membaca basmallah dengan kuat atau dengan perlahan adalah sah. Maka boleh pilih sama ada hendak membaca basmallah dengan jahr atau sirr, atau tidak dibaca langsung. Boleh buat kajian dan pilih mana pendapat yang dirasakan paling kuat.

Bacaan basmallah dianjurkan untuk dibaca dalam setiap perbuatan kita. Salah satu kehebatan basmallah adalah: ia adalah satu perkataan yang tidak lengkap. Bagaimana pula satu perkara yang tidak lengkap adalah satu kebaikan? Apakah yang dimaksudkan ia tidak lengkap?

Ayat yang lengkap sepatutnya ada subjek dan predikat. Sebagai contoh, apabila ayat berbunyi “saya mahu pergi…”, ia adalah tidak lengkap kerana timbul persoalan, pergi ke mana? Maka susunan basmallah tidak lengkap. Apabila kita sebut “dengan nama Allah”, ia seperti tergantung.

Itu adalah supaya ia boleh digunakan dalam semua keadaan. Sebagai contoh, “dengan nama Allah, aku hendak makan”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan solat ini”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan membaca Qur’an ini” dan sebagainya. Itulah kehebatan basmallah.

Juga, apabila kita menyebut basmallah sebelum memulakan sesuatu, ia adalah seperti pernyataan daripada kita bahawa kita berbuat sesuatu itu *hanya* dengan nama Allah ‎ﷻ. Tidak ada nama tuhan yang lain. Tidak dengan nama entiti yang lain.

Oleh kerana itu, terdapat elemen ikhlas di situ, di mana kita hanya menggunakan nama Allah ‎ﷻ sahaja. Ini melatih diri kita untuk keluar daripada syirik.  Ini kerana kalau kita merasakan perbuatan kita itu ditolong atau dibantu oleh entiti lain, itu adalah satu perbuatan yang syirik.

Oleh itu, janganlah kita menggunakan perkataan-perkataan yang lain. Jangan kita katakan, sebagai contoh, “demi rakyat, kita melakukan ini dan itu”, atau kita kata, “dengan berkat tok syeikh ini dan itu, kita berjaya sampai ke sini dan sebagainya”. Itu adalah kata-kata yang salah.

Begitu juga, kalau kita faham makna basmalah ini, kita akan sedar bahawa setiap kali kita sebut basmallah ketika ingin memulakan sesuatu, kita sebenarnya berdoa kepada Allah ‎ﷻ. Maka, ia adalah satu perkara ibadat kerana doa adalah ibadat.

Ia adalah juga satu bentuk zikir kerana kita sentiasa ingat Allah ‎ﷻ dalam kita memulakan sesuatu. Walaupun pada zahirnya, perbuatan yang kita lakukan itu bukanlah satu bentuk ibadat yang khusus. Kalau solat, sememangnya ia adalah ibadah yang khusus. Namun bagaimana dengan makan, naik kenderaan, keluar rumah dan sebagainya?

Dengan menyebut basmallah, kita telah memasukkan elemen zikir ke dalam amalan kita. Dengan sentiasa menyebut basmallah, kita telah melakukan zikir kepada Allah ‎ﷻ kerana kita ingat kepada Allah ‎ﷻ pada waktu itu. Oleh itu, semasa kita menyebutkan basmallah, hendaklah kita lahirkan dalam hati kita dan sepenuh pemahaman bahawa kita sedang menyebut nama Allah ‎ﷻ di situ.

Apabila kita sedar tentang perkara ini, secara automatik kita akan menilai sama ada perbuatan yang kita hampiri itu adakah halal ataupun tidak. Sebagai contoh, tidak ada orang yang memulakan menghisap rokok dengan basmalah. Tidak ada orang yang menyebut basmallah sebelum berzina.

Mereka sendiri mengetahui bahawa perbuatan-perbuatan tidak bermoral itu bukanlah perbuatan yang mulia atau baik, maka mereka tidak menyebut basmalah sebelum memulakannya.

Maka, sepatutnya, apabila kita sudah selalu menyebut bismillah dalam setiap perbuatan kita, kita akan rasa canggung apabila tidak dapat menyebut basmallah dalam perbuatan kita yang lain. Maka, sekurang-kurangnya itu dapat menghindari diri kita daripada melakukan perbuatan maksiat.

Dengan sentiasa menyebut basmallah, akan timbul perasaan yang semakin sayang kepada Allah ‎ﷻ kerana kita sedar bahawa hanya dengan pertolongan Allah ‎ﷻ lah segala usaha kita akan membuahkan hasil.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 9 Oktober 2019


Rujukan: 

Nouman Ali Khan

Jamal Zarabozo

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

90 thoughts on “Tafsir Surah Fatihah Ayat 1 (Kehebatan Basmallah)”

  1. Terima kasih atas Tafsiran surah Mohon copy bagi rujukan sendiri sangat memberi manafaat dan dapat memahami dengan lebih mendalam maknanya

    Like

      1. Assalamualaikum ustz
        ..nak taye…ada satu ayat ini…
        Abu Hurairah رضي الله عنه berkata lagi: “Kami berada di belakang imam.” Beliau menambah: “Bacalah al-Fatihah itu di dalam hatimu, kerana aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda..
        .
        Soalan saya…bukankah Kita baca surah Al fatihah ni Dalam solat kena baca Dan didengar sampai ke telinga sbb ia termasuk Dalam hukum qauli kan…bukan baca Dalam hati kan…Mohon ustz jelaskan…terima kasih…

        Like

      2. Pertama, saya tidak tahu hadis Abu Hurairah yang suruh baca dalam hati. Kerana apabila baca, ia bukannya ‘baca’ dalam hati. Itu bukan baca namanya.

        Keduanya, rukun qauli yang mengatakan sampai kena dengar pada telinga itu tidak ada hadis atau dalil tentangnya. Ia mungkin pendapat ulama’ sahaja. Kerana saya tidak jumpa dalilnya. Memang kita kena baca, tapi tidaklah sampai kena dengar pada telinga kita. Kalau orang pekak badak, payah tu, kena baca kuat sampai menyusahkan orang di sebelahnya pula.

        Like

  2. kurang jelas dgn ayat ini.. boleh huraikan lebih dlm…

    Ia juga disebut dipanggil dengan sebutan al-Hamdu kerana Nabi ada meriwayatkan firman Allah dalam hadis Qudsi: “Aku membahagi solat antara diriKu dan hambaKu menjadi dua bahagian. Jika seorang hamba mengucapkan: ‘Alhamdulillahi rabbil alamin, maka Allah berfirman; Aku telah dipuji oleh hambaKu.”

    Ia juga disebut ar-Ruqyah kerana ada satu hadis yang meriwayatkan sahabat telah menjampi (ruqyah) seseorang yang terkena sengatan, maka Nabi bersabda: “Dari mana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu adalah ruqyah?”

    Like

    1. 1. salah satu nama surah Fatihah adalah ‘al-hamdu’ kerana singkatan dari perkataan alhamdulillah.
      2. Fatihah adalah salah satu dari ayat-ayat yang boleh digunakan untuk perubatan. Jelas bagaimana ada sahabat yang menggunakan ayat ini untuk mengubat orang yang sakit. Dan Nabi telah memberi persaksian bahawa ianya adalah benar.

      Like

  3. Alhamdulillah…tafsir yg sangat baik dan sy mohon izin utk sy ambil bahagian2 tertentu dari tafsir utk sy sebarkan kpd keluarga dan sahabat2.tk

    Like

      1. Alhamdulillah…tafsir yg sangat baik dan sy mohon izin utk sy ambil bahagian2 tertentu dari tafsir utk sy sebarkan kpd keluarga dan sahabat2.tk

        Like

      2. Assalamualaikum Tuan.. Bagaimana saya ingin mendptkan printed copy tafsir keseluruhan Al-Quran.

        Like

  4. Assalammualaikum Tuan…maaf seandainya saya ingin membuat sedikit komen…mungkin ada kesilapan sedikit atau pemahamam saya yang silap.
    Sila Tuan rujuk kembali kepa maksud hadis yang Tuan tulis..”Dan bagi hambaKu apa ia minta: Jika ia mengucapkan الْحَمْدُ ِƒللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, maka Allah berfirman: “HambaKu telah memujiKu.”..
    Pada bacaan saya ayat tersebut terdapat typing error kerana jika dibaca dari kanan kekiri ianya sudah terbalik.

    Sekali pohon maaf andainya saya yang tersilap.

    Wassalam

    Like

  5. Assalammualaikum Tuan…maaf seandainya saya ingin bertanya…mungkin ada kesilapan sedikit atau pemahamam saya yang silap.

    Merujuk kepada Ayat 30 Surah Naml, adakah Nabi Sulaiman merupakan manusia pertama yang menggunakan kata basmallah?

    Sekali pohon maaf andainya saya yang tersilap.

    Wassalam

    Like

      1. Cuma perkataan bismillah didalam al-quran dicukupkan seperti 114 surah nya melalui ayat dlm surah an naml tu

        Sekadar mencelah inshaallah maaf kalau silap

        Like

  6. Assalamualaikum ustaz.Jazakallah khairon atas penulisan ini,sangat mudah untuk saya fahami.Cuma ada yang saya ingin dapatkan sedikit lagi penjelasan.

    Ia juga disebut dipanggil dengan sebutan al-Hamdu kerana Nabi ﷺ ada meriwayatkan firman Allah ‎ﷻ dalam hadith Qudsi: “Aku membahagi solat antara diri-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian. Jika seorang hamba mengucapkan: ‘Alhamdulillahi rabbil alamin, maka Allah ‎ﷻ berfirman; Aku telah dipuji oleh hamba-Ku.”

    Apakah maksud ‘dua bahagian’ itu?

    Like

  7. Alhamdulillah…tafsir yg sangat baik dan sy mohon izin utk sy ambil bahagian2 tertentu dari tafsir utk sy sebarkan kpd keluarga dan sahabat2.tk

    Like

  8. Alhamdulillah… Tafsir yang sangat baik dan mudah difahami. saya mohon izin untuk sebarkan kepada keluarga dan sahabat.

    Like

  9. Salam ust,

    Bila Allah SWT membalas “bagi apa yg hambaku minta”, Dia berfirman atau memberi arahan kpd siapa?

    Terima kasih atas tafsir ust

    Like

      1. Terima kasih atas Tafsiran surah Mohon copy bagi rujukan sendiri sangat memberi manafaat dan dapat memahami dengan lebih mendalam maknanya
        Izinkan juga saya ambil manfaat tafsir ini untuk disebarkan pada yang lain

        Like

  10. Subhanallah waalhamdulillah. Saya mula bertadarrus dan membaca tafsir dgn adik2 dan saya mencari2 blog yang boleh menerangkan setiap surah/ayat secara ringkas agar kami bole memahami lagi ayat2 suci Al-Quran. Terima kasih dan saya mohon untuk sebarkan kepada adik2 saya.

    Like

  11. Alhamdulillahhi robbil alameen… ❤️ 🌹 ❤️ Pencerahan serta perkongsian yang terbaik… In syaa Allah, akan usaha membaca serta menghadamkan perkongsian ilmu ini dengan sepenuhnya…Semoga Penulisan ini manfaat buat seluruh Ummah… Allahhumma Aameen ❤️ 🌹 ❤️ Jazakallahhu khairan kathira

    Like

  12. salam. boleh saya tahu apa rujukan buku tafsir bagi blog ini? selain dari kuliah ust nouman ali khan dan syeikh jamal zarabozo?

    Like

      1. Alhamdulillah…tafsir yg sangat baik dan sy mohon izin utk sy ambil bahagian2 tertentu dari tafsir utk sy sebarkan kpd keluarga dan sahabat2.tk

        Like

      1. MasyaAllah,kupasannya terbaik mdh dfahami jelas dr sumber srta dalil2 yg saheh.Mohon yg Mulia Us mnambhkn lg sumber dapatan2 trkini kajian Ulama2 dlm ayat2 brsngkutan dgn sokongn Hadith2 Qiamah Akhir zaman dr sudut Sains,Alam, fenomema smasa,jnji2 Allah n Rasulnya agr lbh tegap, itqan bg hamba2 mukmin yg sdng duji iman mrk mutakhir ini.Ini cma pndgn kecil dr hamba yg mujrim mohon maaf Wasslamlkum.

        Like

      1. As Salam. Saya mohon izin untuk dijadikan rujukkan sendiri dan keluarga, InsyaaAllah. Jazakallahu khair an katsira kerana menyediakan tafsir yang jelas dan mendalam.

        Like

  13. Assalamualaikum admin. Maafkan saya , jika admin tidak keberatan. Saya nak no.fon admin boleyh ?? Hal ini kerana jika terdapat tidak kefahaman , saya boleyh merujuk admin. Terima Kasih Admin.

    Like

      1. Baik admin. Maafkan saya admin atas kekurangan adab saya. Insha Allah , jika terdapat apa-apa soalan saya akan merujuk dengan admin disini. Terima Kasih Admin. جزاكم الله خيرا كثيرا.

        Like

Leave a comment